27
BMS3013 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TEORI SASTERA

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENGENALAN TEORI SASTERA

Citation preview

Page 1: TEORI SASTERA

BMS3013 KESUSASTERA

AN DANKEBUDAYAAN

MELAYU

Page 2: TEORI SASTERA

Oleh:HANI NABILA BINTI KAMSANI

MAS SYAHIRAH BINTI MOHAMAD AKHIR

TINARENU A/P MUNISVIRANNURUL HASHIKIN BINTI IRAHIM

SOALAN: BINCANGKAN TEORI-TEORI KESUSASTERAAN DARI SUDUT RASIONALISME DAN EMPIRISME

Page 3: TEORI SASTERA

Definisi Teori Kesusasteraan

Page 4: TEORI SASTERA

Hashim Awang (1988), teori kesusasteraan sebagai pengkajian tentang prinsip-prinsip kesusasteraan, kategori-kategori, kriteria dan sebagainya.Merangkumi dua bahagian utama iaitu ‘teori kritikan kesusasteraan’ dan ‘teori sejarah kesusasteraan’.Ia merupakan suatu sistem ilmiah yang membincangkan mengenai hukum-hukum umum suatu objek ilmu pengetahuan daripada sudut pandangan tertentu.Menghuraikan mengenai aspek gaya, struktur, plot, persoalan, watak, nilai dan lain-lain.Dapat dibahagikan kepada dua iaitu teori kesusasteraan klasik dan teori kesusasteraan moden.Teori kesusasteraan klasik muncul dari zaman Plato sehinggalah sekarang manakala teori moden muncul sekitar era perbaharuan iaitu sehingga akhir abad ke-20.

Page 5: TEORI SASTERA

Latar Belakang Teori Sastera Modendi Malaysia

Page 6: TEORI SASTERA

Teori yang berasal dari Barat ini sudah meresapi karya sastera di Malaysia sekitar tahun 1950-an iaitu zaman pascamerdeka.Hashim Awang (1988), teori yang datang dari Barat ini mempunyai unsur berat sebelah yang ketara.Mana Sikana (2006), dominasi Barat dalam kesusasteraan Melayu tidak wajar kerana bertentangan dengan nilai-nilai murni dan jati diri dalam konsep sosiobudaya yang berbeza antara dua benua.Unsur Barat juga mengenepikan ciri keislaman dan kemelayuan dalam karya.Kesannya, muncul tokoh berwibawa seperti Shahnon Ahmad, Kassim Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Mohd Affandi Hassan dan lain-lain.Abdul Halim Ali (2001), perkembangan tersebut membawa kesan positif dalam cabang ilmu kesusasteraan Melayu.

Page 7: TEORI SASTERA

Teori-teori KesusasteraanMelayu Moden

Page 8: TEORI SASTERA

a. Teori Marxisme Muncul disebabkan oleh perbezaan kelas dalam sistem

ekonomi, kekuasaan dan pengaruh politik. Teori ini meletakkan kesusasteraan dalam struktur yang

tinggi dalam sistem sosial. Menggunakan model dalam mengkritik isi kandungan,

tema dan persoalan dalam sesebuah karya sastera.

b. Teori Feminisme Bertujuan memahami penglibatan wanita dalam lapangan

sastera. Memperincikan mengenai kedudukan wanita sebagai

pengkritik, penulis, dan fungsi watak dalam teks. Enam jenis kritikan iaitu Psikoanalitik, Lesbian, Ideologi,

Genokritik, Ras, dan Sosialisme. Sebagai contoh, kritikan Feminis Ras membincangkan

mengenai pertentangan dua kaum iaitu kulit hitam dengan kulit putih.

Pejuang teori ini ialah Mary Ellman, Elaine Showalter, Julia Kritive dan ramai lagi.

Page 9: TEORI SASTERA

c. Teori Formalisme Menyerupai teori struktural dan kritikan baharu. Pengkritik memfokuskan aspek tekstual teks khususnya

aspek bahasa. Hal ini bagi memastikan teks sastera memiliki nilai

estetika atau keindahan yang tinggi. Lebih sesuai digunakan dalam teks puisi berbanding prosa. Namun kini, penggunannya tidak lagi relevan kerana

pelajar mudah bosan.

d. Teori Sejarah Mana Sikana (2006: 382), karya sastera memiliki unsur

sejarah yang tersendiri. Sebagai contoh, karya Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis. Kebiasaannya mengandungi unsur lagenda, mitos,

dongeng dan fantasi. Hippolyte Taine (Philip Rahr, 1970) merumuskan teori

sejarah juga mementingkan aspek masa, bangsa dan alam sekitar.

Page 10: TEORI SASTERA

e. Teori Semiotik Pelopor utama teori ini ialah Ferdinand de Saussure, Jurij

Lotman, dan Michael Riffaterre. Lebih menumpukan soal kebahasaan dengan mencari dan

memahami melalui lambang dan perlambangan dalam teks. Bahasa merupakan sistem yang ditandai oleh lambang yang

mempunyai hubungan dengan psikologi sesebuah masyarakat.

Wujud sejak zaman Plato.

f. Teori Fenomenologi Merupakan satu kritikan sastera yang bersifat batiniah. Diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman iaitu Edmund

Husserl. Idea ini muncul ketika masyarakat Eropah berada dalam

krisis ketamadunan dan kebendaan. Husserl percaya bahawa keyakinan diri terhadap kehidupan

manusia dapat dicapai sekiranya manusia berpegang kepada teori ini yang mencadangkan pembersihan minda dilakukan.

Memperihalkan mengenai suatu yang bebas, universal dan tidak terikat.

Page 11: TEORI SASTERA

g. Teori Sosiologi Kaedah kritikan yang menggunakan prinsip teori sosiologi

yang bersumberkan bidang sains sosial. Melibatkan latar sosial masyarakat baik dari dalam karya

atau luar karya yang menjadi teras kemanusiaan. Menceritakan mengenai cara seorang individu menjadi

anggota komuniti yang prihatin dan bertanggungjawab demi kepentingan sejagat.

Teori ini juga membicarakan mengenai instrinsik karya, biografi pengarang, nilai kehidupan dan sebagainya.

h. Teori Struktural Berkembang luas dalam tahun 1960-an. Suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan

Sausurre sebagai pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan.

Percubaan untuk menerapkan ilmu linguistik kepada objek lain selain daripada bahasa itu sendiri.

Teori yang wajib ada dalam karya sastera.

Page 12: TEORI SASTERA

i. Teori Rasional isme Satu penyelidikan yangmenyatakan bahawa akal

merupakan sumber utama ilmu pengetahuan. Namun, menafikan konsep pancaindera sebagai suatu

sumber pengetahuan dan rujukan misalnya berdasarkan wahyu dan mukjizat dianggap tidak logik.

Konsep utama ialah kemampuan bagi menyingkap ilmu dan kebenaran berlandaskan konsep yang wujud secara semula jadi dalam diri manusia.

Pencetus utama teori ini ialah Heraclitus. Blaise Pascal, Baruch Spinoza, G. W. Leibnitz, Christian

Wolff, dan Rene Descartes merupakan antara idealis yang mengembangkan teori ini.

j. Teori Empirisme Teori yang mengajarkan bahawa hanya pengalaman yang

melewati pancaindera merupakan sumber pengetahuan yang benar.

Bertentangan dengan teori rasionalisme. Immanuel Kant orang yang bertanggungjawab dalam

mengamankan teori rasionalisme dan empirisme ini. Antara tokoh yang terkenal ialah Thomas Hobbes dan John

Locke.

Page 13: TEORI SASTERA

Perkaitan Teori dengan Karya Sastera

Page 14: TEORI SASTERA

PuisiGuru Oh Guru

Page 15: TEORI SASTERA

Rasionalisme

Mengaplikasikan sumber akal

Melahirkan modal insan

yang cemerlang.

Page 16: TEORI SASTERA

Berdasarkan pengalaman

yang dilalui oleh pengkarya

Menggunakan

pancaindera yang dimiliki

untuk menganalisis pengorbanan

guru

Empirisme

Page 17: TEORI SASTERA

Cerpen Pak Pandir DenganSemut

Page 18: TEORI SASTERA

Rasionalisme

Mampu berkomunika

si dengan semut yang dianggap

tidak logik.

Pak Pandir seorang yang lurus bendul dan kurang bijaksana.

Mengambil keputusan untuk

menyeberangi sungai dengan menggunakan batang pinang.

Page 19: TEORI SASTERA

Empirisme

Menggunakan pancaindera

sebagai sunber ilmu

pengetahuan.

Walaupun lurus bendul,

Pak Pandir tetap

berusaha mencari jalan pulang paling

cepat.

Page 20: TEORI SASTERA

Kesimpulan

Page 21: TEORI SASTERA

Teori-teori yang berkembang

menyebabkan berlakunya

asimilasi antara teori terbabit.

Petanda yang baik dalam

bidang kesusasteraan

.

Perkembangan ini bagi memastikan

karya sastera terus berkembang subur dan sihat.

Page 22: TEORI SASTERA

TokohTeori Rasionalisme

Page 23: TEORI SASTERA

B l a i s e P a s c a l

G . W . L e i b n i t z

B a r u c h S p i n o z a

Page 24: TEORI SASTERA

Rene Descartes

C h r i s t i a n W o l ff

H e r a c l i t u s

Page 25: TEORI SASTERA

TokohTeoriEmpirisme

Page 26: TEORI SASTERA

J o h n L o c k e

T h o m a s H o b b e s

I m m a n u e l K a n t

Page 27: TEORI SASTERA

SEKIAN, TERIMA KASIH

^^SEBARANG PERSOALAN DITERIMA DENGAN HATI

YANG TERBUKA :D