· Web viewKemudian, guru bolehlah menyuruh murid-murid untuk membuat pertimbangan sama ada...

Preview:

Citation preview

Unit 1Tajuk Audio Kelas 2 CeriaLatihan 1 Hasil Pembelajaran: Murid dapat mendengar dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Nota:Semasa memperdengarkan audio, guru bolehlah menyuruh murid untuk menandakan jawapan yang betul bagi setiap soalan. Kemudian, guru bolehlah menyuruh murid-murid untuk menyampaikan jawapan mereka dengan menggunakan ayat yang lengkap.Kunci Jawapan:

1. Berhati-hati ketika berjalan, berjalan dengan senyap, jangan bertolak-tolak.2. Murid-murid akan terjatuh.3. Bahu Ana sakit terkena buku.4. Amira terjatuh.

Latihan 2 Hasil Pembelajaran: Murid dapat mendengar dan menyampaikan semula teks dalam konteks yang berbeza.

Nota: Setelah memperdengarkan audio, guru bolehlah berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh Kelas 2 Ceria. Kemudian, guru boleh memimpin murid untuk menghasilkan peraturan kelas untuk menyelesaikan beberapa masalah Kelas 2 Ceria. Murid-murid boleh menggunakan latihan untuk menghasilkan peraturan kelas tersebut.Kunci Jawapan (saranan):

1. Semasa berjalan, kita harus berhati-hati dan jangan bertolak-tolak.2. Sebelum kelas bermula, kita harus bersedia dengan buku mata pelajaran.3. Semasa ingin bercakap, kita harus mengangkat tangan.

*Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai mengikut pertimbangan guru.

Latihan 3 (Aktiviti Pengayaan) Hasil Pembelajaran: Murid dapat mendengar dan menyampaikan pandangan mereka berdasarkan contoh-contoh dalam konteks.Nota: Setelah memperdengarkan audio, guru bolehlah menyuruh murid-murid untuk memberi tumpuan kepada 3 watak utama dalam cerita, iaitu Adi, Ana dan Amira. Kemudian, guru bolehlah menyuruh murid-murid untuk membuat pertimbangan sama ada murid-murid tersebut adalah murid yang baik atau sebaliknya dengan menggunakan bukti contoh yang terdapat dalam audio. Guru bolehlah menulis beberapa frasa yang dikemukan oleh murid semasa perbincangan itu nanti.Kunci Jawapan: Mengikut pertimbangan guru