View
3.214
Download
10
Category
Preview:
DESCRIPTION
Ini adalah folio sejarah yang terkini yang akan dihantar selepas cuti, harap semua orang dapat share maklumat saya.
Citation preview
SEJARAH 21/2KERJA KURSUS
Nama Calon : …………………………………………………
Tingkatan : …………………………………………………
Nombor Kad Pengenalan : …………………………………………………
Angka Giliran : …………………………………………………
Nama dan Alamat Sekolah : …………………………………………………
Tajuk Kerja Kursus : BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA: BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Nama Guru : …………………………………………………
Skor:
Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta
sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur
patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
………………. ………………………….Tarikh Tandatangan Guru Penilai
MAJALAH
INTERNET
ENSIKLOPEDI
A
SURAT
KHABAR
BUKUILMIAH
ELEMEN 2
TAJUK : BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA: BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Senarai Semak
Bil Perkara Tandakan ( / )
i Tajuk Kajian
ii Senarai Kandungan
iii Penghargaan
iv Objektif Kajian
v Kaedah Kajian
vi Hasil Kajian
vii Rumusan
viii Lampiran
ix Rujukan
Markah
..……………………….(xxxxxxxxxx)
TAJUK KAJIAN
Bangunan Bersejarah DiBangunan Bersejarah Di
Negara Kita:Negara Kita:
Bangunan Sultan AbdulBangunan Sultan Abdul
SamadSamad
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 ELEMEN 1
2 TAJUK KAJIAN
3 SENARAI KANDUNGAN
4 PENGHARGAAN
5 OBJEKTIF KAJIAN
6 KAEDAH KAJIAN
7 HASIL KAJIAN1. Nama Bangunan
2. Latar Belakang
3. Keistimewaan Bangunan
8 RUMUSAN
9 LAMPIRAN
10 RUJUKAN
11 ELEMEN 3
PENGHARGAAN
Kesempatan in, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan
Pengetua SMK Taman Klang Utama iaitu Puan Hajah Zaleha Bt Hashim kerana memberi
kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kerja kursus sejarah.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru Sejarah iaitu Puan Ong Sian Hui di atas
tunjuk ajar, nasihat, dorongan dan bantuan beliau kepada saya untuk menyiapkan kajian ini
ketika saya menghadapi rintangan yang melanda.
Tidak melupakan juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyk membantu dari segi
sokongan moral mahupun kewangan. Segala pengorbanan mereka amat saya hargai dan
kenangai. Seutus ingatan berpanjangan buat mereka.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan di atas nasihat dan kerjasama di dalam menjayakan kajian ini. Segala kerjasama,
dorongan dan nasihat daripada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus sejarah
ini amat dihargai. Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan
semasa menjalankan kajian ini.
Pisang emas di atas para,
Sudah masak boleh dimakan.
Budi baik jangan dilupa,
Jutaan Terima Kasih diungkapkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:-
1. Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang dipilih.
2. Mengambil iktibar dan memupuk semangat patriotisme daripada catatan sejarah
bangunan yang dipilih.
3. Melahirkan rasa sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang mempunyai pelbagai
sejarah disebalik sesebuah bangunan yang dipilih.
4. Mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik.
KAEDAH KAJIANSemasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat.Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
TEMUBUAL
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah dengan
menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang
sememangnya pakar tentang Bangunan Sultan Abdul Samad ini. Beliau banyak memberi
maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad.Walaupun kaedah ini ada negatifnya, saya
mendapat pelbagai perkara yang saya dapat masukkan ke dalam kerja kursus ini.
ANALISIS DOKUMEN
Saya membuat rujukan berdasarkan buku-buku ilmiah dan dengan melayari laman
web.Dengan maklumat yang diperoleh saya menganalisis dan mengambil maklumat yang
berkaitan dengan kajian saya.
PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN
Saya telah merujuk dan menganalis maklumat dari buku-buku ilmiah,dan majalah yang
berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang
telah saya pilih.
MELAYARI LAMAN WEB
Akhir kaedah yang saya gunakan ialah dengan melayari laman web untuk menambahkan
lagi maklumat tentang bangunan ini. Banyak laman web yang telah saya layari tetapi hanya
beberapa laman web saja yang mempunyai maklumat yang sah. Laman web tersebut saya
muatkan dalam rujukan.
HASIL KAJIAN
1.0 PENGELANAN
Bagunan bersejarah di Malaysia yang dikaji oleh saya ialah Bagunan Sultan Abdul
Samad. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu warisan peninggalan sejarah yang
penting di negara kita. Bangunan ini mempunyai keistimewaan tersediri dari aspek sejarah dan
senibinanya. Hal ini menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad dibawah hak milik Kementirian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kerajaan Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad juga
merupakan monument penting yang pernah menjadi tarikan pelancongan di Malaysia.
2.0 NAMA BANGUNAN
Bangunan Sultan Abdul Samad juga dikenali sebagai Banguan Baru Kerajaan (“The New
Govermen Offices”). Kebudian, ia dikenali dengan nama Skreteriat Persekutuan (“Federal
Secretariat”) diguna bersama dengan kerajaan negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam
pada tahun 1974. Akhirnya, nama Bangunan Sultan Abdul Samad diambil sempena nama Sultan
Negeri Selangor iaitu Sultan Abdul Samad (1857-1898) pada masa itu. Hal ini, badi
memperingati jasa dan sumbangan Beliau dalam emakmurkan negeri Selangor.
3.0 LATAR BELAKANG
Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai latar belakang sejarah yang tersendiri dari
pelbagai aspek dari awal pembinaanya sehingga siap dibina sepenuhnya. Peristiwa penting
negara juga berlakunya di bangunan ini.
Sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1893 apabila kerajaan British di Selangor atas
cadangan Sir William Maxwell, Residen Selangor (1889-1892), telah merancang usaha untuk
mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbirannya. Sebuah kawasan seluas
1035 hektar telah dipilih untuk pembinaanya.
Bangunan Sultan Abdul Samad juga merupakan salah satu bangunan yang terawal dibina
Di Malaysia. Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di Kuala
Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan Terseragam (“Massive
Building Programme”), dibawah pengendalian Maxwell/Spooner senagai perancang dan akitek
Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu.
Antara pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terdiri dari Arthui Charles Alfred
Noeman selaku Akitek Kerajaan, Charles Edwin Spooner selaku Jurutera Negeri dan Pengarah
PWD, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback yang menyediakan pelan, dan lukisan untuk membina
Bangunan Sultan Abdul Samad.
Pada tahun 1894, Bangunan Abdul Samad telah mula dibina dan siap dibina sepenuhnya
pada April 1897. Pembinaan bangunan ini, mengamil masa selama dua tahun tujuh bulan selepas
perletakkan batu asas yang dilakukan oleh H.E. Sir Charles B.H Mitchell K.C.M.G (Gabenor
Negeri-negeri Selat) pada ^hb Oktober 1894.
Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang
dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang stratergic, iaitu ditengah-
tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi
dan dibahagikan belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenai sebagai Jalan Mahkamah
Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategic kerana terletak
berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang
kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.
Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan
semua Jabatan Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) di bawah satu Bangunan
pentadbiran berpusat; menempatkan Sekreatariat Kerajaan (G.S.O.); bilik mesyuarat Majlis
Negeri (Council Chamber), Pejabat Pos, Lembaga Kebersihan (Sanitary Board), Pejabat
Kehakiman (Judical Commissioner), Public Works Department ( PWD), Audit dan
Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D.
District Office).
Kos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal ($152,000).
Bangunan ini dirasmikan oleh Sir Frannk Swettenham K.C.M.G. (Residen Jeneral) pada 4hb.
April 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan tempat di mana bendera Union Jack telah
diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan satu
tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.
4.0 KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan warisan yang mempunyai senibina
yang menarik dan unik. Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama
A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang
jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Antara factor menarik disebalik sejarah
pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang bertempat di
Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000
pikul kapur, 5,000 Ib tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.
Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan diantara
bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk
ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh
batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara
jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu
elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
Pemilihan stail senibina Islam ‘Moorish’atau ‘Mahometan Style’ pengaruh bangunan
awam di India menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan
pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah
dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri “the Raj style” mencerminkan fungsi utama
pembinaanya di rantau ini.
Tiga buah kubah yang menghiasi Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu
keunikan yang jelas dilihat dan menyerupai kubah Taj Mahal. Diperingkat awalnya, ia diperbuat
daripada kayu dan batu-bata yang dicat berwarna hitam. Namun kini, ianya telah digantikan
dengan tembaga. Manakala tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid di
Cardova dan Mesir. Kubah besar di tengah yang terletak pada menara jam setinggi 143 kaki
dibina dengan hujung kiri dan kanan yang menyerupai kubah masjid biasa.
Struktur binaan menara jam setinggi 43.5 meter ditengah-tengah binaan berbentuk huruf
‘F’ penampilan identiti tersendiri serta dikenali “Big Ben Malaysia”. Jam ini berdetik sejak tahun
1897 lagi dan merupakan jam yang paling tua serta bersejarah di negara kita. Jam ini
menggunakan sistem takal yang berat serta akan berdenting setiap jam. Jam ini banyak
digunakan oleh orang ramai sebagai rujukan waktu pada ketika itu. Semasa peristiwa
kemerdekaan Malaysia, menara jam ini berbunyi sebanyak 12 kali tepat pada pukul dua belas
tengah malam, 30 Ogos 1957. Detingan jam ini menandakan negara telah mencapai
kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British.
Ia juga merupakan bangunan awam pertama yang berdiri megah di tapak berbentuk
segitiga terletak di antara Jalan Raja dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang
melengkari ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang serta menghadap (Clarke
St), Jalan Mahkamah Tinggi.
Bangunan yang menjadi ‘pemula’ dalam waktu pembinaanya 1894 – 1897, hasil
senibinanya pula lengkap dengan ciri – ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti:
stail, ragam hias dan pemilihan unsur – unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh
lengkong (arch), kubah potong bawang (dome) dan sturuktur berbentuk minaret yang
kebiasaanya terdapat pada senibina Masjid. Kesemua elemen – elemen tersebut menambah nilai
estetika yang hebat dan kemudian menjadi contoh ikutan dan penentu aliran kecenderungan
dalam pembinaan bangunan awam (civic building).
Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum merdeka merupakan sebuah Pusat
Pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen – General dan Pejabat Besar
Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbenderaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan
Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah – Mahkamah Tinggi Malaya
dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978 sehingga kini. Bangunan Sultan Abdul
Samad merupakan lambang kekukuhan Institusi Kehakiman negara yang sudah menyaksikan
pelbagai cerita pahit manis daripada kes jenayah Botak Chin yang berakhir di tali gantung
sehingga jatuhnya beberapa Menteri Kabinet, ahli politik, ahli korporat, penjenayah dan orang
awam.
Sekitar tahun 1978, kerja – kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam
tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia
telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga - tiga
kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada dalam bangunan tanpa
menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya,
Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.
Walaupun bangunan lama ini, terhimpit dengan bangunan pencakar langit lain di
sekelilingnya, ia tetap signifikan kerana memiliki ciri pembinaan tersendiri sekaligus
menjadikannya warisan berharga sehingga menjadi nadi dan identiti Kuala Lumpur. Bangunan
Sultan Abdul Samad ini jugalah tempat berkumpulnya rakyat Malaysia setiap kali menjelang
kemerdekaan dari generasi kecil hinggalah yang dewasa dan pelbagai bangsa bersatu
melaungkan ungkapan “MERDEKA”.
RUMUSANSaya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada
masa yang telah ditetapkan. .Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai
bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian
ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini
mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu
tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran,
keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan
sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa
perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang
membabitkan promosi pelancongan negara.
Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi
mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat
pujian daripada luar negara.
Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan
berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan
bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunan-
bangunan bersejarah ini.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama
antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan
sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk
mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.
LAMPIRAN
(GAMBAR BANGUNAN ABDUL SAMAD)
(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)
Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad
(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)
(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezan)
( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)
RUJUKAN
1. internet –
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM
http://www.virtualmalaysia.com/destination
http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad
1. buku ilmiah –
Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era Didik.
Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated
Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.
2. ensiklopedia-
Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia, Dawrna
Sdn.Bhd.
3. majalah-
Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran Shah
Alam,Selangor
4. surat khabar
Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7
Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan sejarah yang tak
ternilai harganya. Dapat dilihat, bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia mempunyai
sejarah dan ciri – ciri senibina yang unik daripada pelbagai pengaruh negara yang berbeza. Hal
ini bertepatan dengan Objektif “Convention concerning the Protection of the World Cultural and
Natura Haritage” pada tahun 1972, dibawah Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu mengenai
Pendidikan, Saintifik dan Budaya (“United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organisation - UNESCO”) untuk menggalakan pengenalpastian, perlindungan dan pengekalan
(pemeliharaan) warisan – warisan budaya dan semulajadi seluruh dunia yang mencukupi nilai
keunggulan tinggi kepada manusia. Konvensyen ini juga telah menerima pakai satu strategi
menyepadukan usaha negara – negara di seluruh dunia ke arah menyelamatkan dan melindungi
warisan – warisan budaya dan lingkungan semulajadi yang terdapat di serata dunia.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah di Malaysia yang menjadi warisan kebanggaan negara sejak merdeka.
Seharusnya kita berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan
bersejarah yang menarik dan menjadi perhatian penyelidik dan masyarakat luar dan dalam
negara. Usaha – usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang dijalankan oleh pihak yang
bertanggungjawab dapat membuka mata masyarakat betapa perlunya bangunan bersejarah
dipelihara dan mewujudkan sikap berbangga dengan sejarah tanah air. Rakyat Malaysia juga
dapat menghormati identiti negara khususnya bangunan bersejarah apabila ceramah, seminar,
bengkel, pameran, dan risalah turut diadakan bagi mengajar dan mendidik masyarakat tentang
cara dan kepentingan memelihara bangunan warisan negara. Contohnya di muzium Shah Alam
terdapat maklumat mengenai bangunan - bangunan bersejarah negeri Selangor. Hal ini secara
tidak langsung akan memupuk sikap menghargai bangunan bersejarah yang terdapat di negara
kita
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memainkan peranan penting untuk
memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia supaya bangunan warisan terus
kekal selamanya. Oleh itu, masyarakat Malaysia akan berterusan dapat melihat bangunan
bersejarah dan semangat setia negara akan terpupuk di hati masyarakat, penyelidikan dan
kajian di dalam beberapa cabang kebudayaan negeri khasnya supaya penerangan mengenainya
dapat disebarkan kepada orang ramai sebagai bahan pengetahuan dan mendidik serta menyemai
semangat cintakan bangsa dan negara. Apabila kita sebagai rakyat Malaysia bersama – sama
memelihara dan memulihara bangunan bersejarah mewujudkan kita adalah seorang yang
bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Bahkan membuktikan kita bersedia berkorban
untuk bangsa dan negara.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah adalah tanggungjawab semua
warganegara Malaysia. Sehubungan dengan itu, ia akan menjadikan rakyat Malaysia mempunyai
semangat kekitaan apabila berkerjasama dan tolong menolong memelihara dan memulihara
bangunan bersejarah di Malaysia.
Di samping itu, rakyat Malaysia perlu berusaha dan produktif untuk memulihara dan
memelihara bangunan bersejarah ini supaya ia terus terpelihara dengan baik. Aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini akan menunjukkan kita berganding bahu untuk
membangunkan negara dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan.
Recommended