24
ELEMEN 2 Merekod Fakta Sejarah Kerja kursus PMR 2009 0

Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

  • Upload
    aafham

  • View
    2.640

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

ELEMEN 2Merekod Fakta Sejarah

Kerja kursus PMR 2009 0

Page 2: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN

SULTAN ABDUL SAMAD

Kerja kursus PMR 2009 1

Page 3: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka surat

1 Tajuk 1

2 Senarai Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Objektif Kajian 4

5 Kaedah kajian 5

6 Hasil kajian 6 - 11

7 Rumusan 12

8 Lampiran 13 – 17

9 Rujukan 18

Kerja kursus PMR 2009 2

Page 4: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberi banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya, Ahmad Afham Bin Noor Azizan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mudir MATRI, Al-Fadil Datuk Dahlan Bin Mohd. Zain dan guru pembimbing saya iaitu Cikgu Rosmawar Binti Ramli dan guru-guru sejarah yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperolehi hasil kajian yang baik.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Noor Azizan Bin Mohd.Isa dan bonda Norliza@Rohana Bt. Yusof yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini adalah kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang turut membantu menyumbang buah fikiran, cadangan dan bahan rujukan serta semangat setiakawan sepanjang memproses untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Saya memohon maaf atas apa jua kesilapan saya sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Kerja kursus PMR 2009 3

Page 5: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

a- Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b- Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c- Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengimbil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Sultan Abdul Samad, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu.

d- Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Kerja kursus PMR 2009 4

Page 6: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

KAEDAH KAJIAN Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah utama yang telah banyak membantu saya dalam proses pengumpulan maklumat. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah :

Kaedah Melayari Internet

Kaedah ini adalah kaedah pertama yang digunakan untuk mendapat dapatan kajian. Oleh kerana ia adalah sebuah bangunan yang sangat bersejarah dan menjadi antara bangunan terpenting dalam sejarah pentadbiran Malaysia bahan kajian ini mudah diperolehi di laman sesawang. Carian laman sesawang melalui Google, Yahoo, dan MSN telah memaparkan laman-laman sesawang yang berkaitan dengan bahan kajian. Saya telah menggabungkan bahan-bahan dari laman sesawang berkaitan untuk dimuatkan dalam dapatan kajian saya. Beberapa laman sesawang yang menarik telah dicetak sebagai lampiran sokongan.

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Perpustakaan Awam Jitra yang terletak di Jalan Protokol, Jitra, Kedah juga turut dikunjungi untuk mencari beberapa sumber penting lain tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Antara sumber yang dirujuk ialah majalah rasmi Kerajaan Negeri Kedah, buku-buku ilmiah, jurnal dan bahan cetak lain yang berkaitan dengan tajuk kajian. Beberapa helaian sumber rujukan seperti jurnal dan majalah yang berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad telah difotostat sebagai lampiran.

Kaedah Perbincangan

Kaedah ini turut digunakan untuk mendapat gambaran sebenar dapatan kajian. Saya telah berbincang dengan kawan yang berasal dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan tentang Bangunan Sultan Abdul Samad untuk mendapat maklumat tentang bagaimana bangunan ini telah dipulihara oleh kerajaan Malaysia yang telah menjadikannya sebagai khazanah sejarah Malaysia. Ketelitian senibina, rupabentuk, ruang gunasama bangunan, tataletak bangunan, serta dokumentasi sejarah bangunan adalah antara perkara-perkara yang dibincangkan untuk dapatan kajian.

Kerja kursus PMR 2009 5

Page 7: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

HASIL KAJIANNama Bangunan

Nama bangunan ini diambil bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah pada masa itu, iaitu Sultan Abdul Samad pada tahun 1896.Pada asalnya bangunan ini hanya disebut ‘Bangunan’ sebelum ditukar nama kepada nama Sultan Abdul Samad.

LATAR BELAKANGAsal-usul

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974.

Pembinaan Bangunan ini adalah kemuncak pembangunan yang di dirikan di Kuala Lumpur pada akhir abad ke 19 malah berupa kejayaan program Bangunan Tersergam (Massive Building programme), di bawah pengendaliaan Maxwell/Spooner sebagai perancang dan akitek Bangunan Kerajaan di Kuala Lumpur ketika itu.

PengasasBangunan ini telah diasaskan oleh arkitek Inggeris yang bernama Anthony

C.Norman sekitar tahun 1893-1897 untuk menempatkan beberapa jabatan kerajaan penting ketika zaman pemerintahan British.Norman menghabiskan masa di Afrika dan mendapat ilham daripada masjid di India yang membawa kepada ciri senibina Moor dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.

Tarikh PembinaanBangunan ini telah di bina pada tahun 1893.Tetapi perlrtakan batu asas bagi

bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H Mitchell yang merupakan Gabenor negeri-negeri Selat ketika itu.Bangunan ini telah siap di bina pada tahun 1897.

Kerja kursus PMR 2009 6

Page 8: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

LokasiBangunan Sultan Abdul Samad ini terletak pada satu tapak di antara pertemuan

Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi.Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Makamah Perseketuan.Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka,Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

Lokasi bangunan Sultan Abdul Samad

Tujuan penubuhan bangunanTujuan penubuhan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk

menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat:

1. Menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); 2. Bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); 3. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); 4. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); 5. Public Works Department (PWD); 6. Audit dan Perbendaharaan; 7. Pejabat Tanah; 8. Jabatan Galian; 9. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office)

Kos PembinaanKos binaan setelah siap April 1897 berjumlah $152,824 (anggaran awal

$152,000) memakan masa pembinaan selama 2 tahun 7 bulan selepas perletakan batu asas yang dilakukan oleh H.E Sir Charles B.H Mitchell K.C.M.G (Gabenor negeri-negeri

Kerja kursus PMR 2009 7

Page 9: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Selat) pada 6hb Oktober 1894.Kos pembinaanya yang berjumlah $152.824 merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

PerasmianBangunan ini telah disiapkan pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara

gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut.Teks lengkap ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris boleh didapati dalam JMBRAS VOL. 65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M. Gillick.

KEISTIMEWAAN BANGUNANReka Bentuk Pelan

Pelan bangunan ini telah direka bentuk oleh arkitek dari British bernama A.C Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga yang berasal dari British, iaitu C.E Spooner.

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Kerja kursus PMR 2009 8

Page 10: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Pelan Tingkat Mezanin

Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.

Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung.

Tangga Berputar

Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin udara.

Kerja kursus PMR 2009 9

Page 11: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Bahan BinaanKerja-kerja membangunkan bangunan ini telah mnggunakan beberapa bahan

binaan iaitu, 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

PengubahsuaianSekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya

dalam tahun 1984 dengan anggran belanja RM 17.2 juta.Pada waktu itu, kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982.Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pda bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut.Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Kegunaan Dahulu dan Sekarang

Kegunaan Dahulu Kegunaan Sekarang-Pusat pentadbiran negeri-negeri melayu bersekutu-Pejabat Residen-General-Pejabat Besar pos

Makamah Tinggi MalayaMahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Tampak

TAMPAK HADAPAN

TAMPAK BELAKANG

TAMPAK KIRI

Kerja kursus PMR 2009 10

Page 12: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

TAMPAK KANAN

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal

Dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan  dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama

ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini.

Kerja kursus PMR 2009 11

Page 13: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

RUMUSAN

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga

rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan

bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik

bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga

orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih

memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang

terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan

bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan

bersejarah ini.

Kerja kursus PMR 2009 12

Page 14: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala

harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di

masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah

negara yang aman merdeka .

LAMPIRANGAMBAR

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Gambar 1: Pandangan Sisi Bangunan Sultan Abdul Samad

Kerja kursus PMR 2009 13

Page 15: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Gambar 2 : Suasana pada waktu malam di Bangunan Sultan Abdul Samad

PETA

Kerja kursus PMR 2009 14

Page 16: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Peta : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

DOKUMEN LAINKerja kursus PMR 2009 15

Page 17: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS

KUALA LUMPUR 22 Nov - Bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Jalan Raja di sini hari ini mencatatkan satu lagi sejarah - istiadat penghormatan penuh tentera ke atas jenazah Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada masa yang sama, ia juga menyaksikan istiadat pilu pemindahan jenazah Almarhum Seri Paduka daripada usungan diraja ke atas kereta jenazah yang sedia menanti untuk menyambung perjalanan ke Istana Alam Shah, Klang.

Bangunan Sultan Abdul Samad yang merupakan struktur paling menarik di Jalan Raja, lengkap dengan menara tembaga dan menara jam setinggi 130 meter, telah menyaksikan pelbagai lakaran sejarah penting negara, termasuk pengisytiharan Kemerdekaan negara.

Bangunan yang tersergam indah hasil seni bina neoklasik Moghul, Moorish, Arab dan British, direka bentuk oleh arkitek Norman dan Bidwell. Ia mengambil masa dua tahun untuk dibina dan siap pada 1897.

Kebetulan pula, bangunan itu dinamakan sempena moyang Almarhum Seri Paduka yang menjadi Sultan Selangor keempat yang memerintah dari 1859-1898.

Pada peringkat awal, bangunan itu dijadikan pusat pentadbiran British di Malaya, kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.

Bangunan Sultan Abdul Samad kini menempatkan mahkamah tertinggi di negara ini, jabatan kehakiman serta sebagai pusat maklumat kraftangan Malaysia.

Bertentangan bangunan itu ialah Dataran Merdeka, sebelum ini dikenali sebagai Padang Kelab Selangor yang digunakan sebagai padang kriket semasa pemerintahan British di Malaya.

Di Dataran Merdeka inilah pada tengah malam 31 Ogos, 1957, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan Bendera Malaysia serentak dengan laungan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" menandakan kemerdekaan negara dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri pertama.

Bekas padang Kelab Selangor itu bertukar menjadi apa yang kita lihat sekarang, lengkap dengan pentas konkrit dengan tiang bendera setinggi 100 meter. Kerja pengubahsuaian padang itu siap lebih 10 tahun lalu.

Dataran Merdeka kini menjadi tempat utama perayaan sambutan Hari Kebangsaan dan acara rasmi dan tidak rasmi, termasuk konsert. - Bernama

Kerja kursus PMR 2009 16

Page 18: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Kerja kursus PMR 2009 17

Page 19: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

RUJUKAN

Kerja kursus PMR 2009 18

Page 20: Kerja Kursus folio sejarah PMR 2009 (ELEMEN2) bangunan Sultan Abdul Samad

Saya telah mengkaji dan merujuk mengenai bangunan bersejarah ini melalui,

JURNAL: Dr. A. Gharfar Ahmad,June 1997 “Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society” Vol LXX Part 1 

MAJALAH: Malaysia Tourism News, May/June 1992, 10 dan 11. Malaysia Tourism News,July-Sept’94,2

BUKU ILMIAH: Mohamed Roselan Abdul Malek, 1998, Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik Wilayah Persekutuan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, OSCAR BOOK International

WEBSITE :

1.http://malaysiana.pnm.my/2.http://www.malaysiavacationguide.com/sultanabdulsamadbuilding.html3.http://daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show _detail&category=1&id=8 4.http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/agongmangkat/index.asp?y=2001&dt=1122&pub=agongmangkat&sec=Berita&pg=be_07.htm

Kerja kursus PMR 2009 19