View
4.986
Download
7
Category
Preview:
DESCRIPTION
..
Citation preview
Tajuk Kajian:
1
2
SENARAI KANDUNGAN
Tajuk Kajian 1
Senarai Kandungan 2
Penghargaan 4
Objektif Kajian 6
Kaedah Kajian 8
Hasil Kajian 10
Rumusan 32
Lampiran 34
Rujukan 40
3
4
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan pertolonganNya,
dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2008. Saya Siti Zaimah Azimah Korubin, mengucapkan jutaan terima kasih atas
kerjasama.yang..diberikan..oleh..semua..pihak.
Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada Tuan..Pengetua,..En..Sidek
Muhammad kerana mengizinkan saya dan rakan-rakan untuk membuat kajian ini. Terima
kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu En. Ho Hua Ming. Tanpa tunjuk
ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini.
Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa
memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses
menyiapkan..kerja..kursus..ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Amir Hamzah, Musfirah, Dini
Marinah, Bibi Faridah, Ratnah dan Suhaidah Athirah yang bersama-sama menyiapkan
tugasan ini. Kerjasama..Kalian..amat..saya..hargai.
Sekian.
5
6
Kajian ini dilakukan ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih dan sekaligus mengetahui dengan lebih mendalam tentang Permainan Gasing. Ini
akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas
dan tepat. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan
Penilaian Rendah (PMR).
Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di
kalangan masyarakat mengikut adat Melayu. Sememangnya Masyarakat Malaysia kaya
dengan Permainan tradisional yang diwarisi sejak turun temurun lagi.
Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan
tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap
kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.
Secara amnya objektif kajian ini adalah untuk mencari dan mengumpul
maklumat dari sumber yang sahih dan seterusnya merekod fakta-fakta tersebut dengan
betul.
Akhirnya saya dapat menghasilkan satu kajian ilmiah mengenai Permainan Gasing.
Dengan terhasilnya kajian ilmiah ini, saya dapat mengetahui pelbagai maklumat tentang
permainan ini. Saya menyedari bahawa permainan gasing merupakan salah satu
permainan tradisional melayu lama yang berharga yang masih lagi kekal hingga ke hari
ini.
Oleh yang demikian, kita haruslah memberi pengiktirafan kepada permainan
tradisional melayu lama sebagai sebuah warisan budaya yang unik dan berharga yang
tidak pernah lapuk dek zaman.
7
8
Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat antaranya ialah:
1. Temu bual
Saya mengumpul maklumat tentang permainan gasing dengan
menemubual serta jiran-jiran saya.
2. Penyelidikan Perpustakaan
Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan
permainan tradisional gasing.
3. Pemerhatian
Pengajaran guru sejarah yang mengajar di kelas saya serta guru-guru
sejarah yang lain.
4. Penyelidikan
Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat
tempat kajian.
9
10
PERMAINAN TRADISIONAL GASING
Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. Gasing satu
permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidak mempunyai nama
lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang
popular di beberapa buah negeri di Malaysia.
PENGENALAN
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat
pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,
kerana..saiz..yang..kecil..dan..mudah..dipermainkan.
LATAR..BELAKANG
ASAL-USUL GASING-GAH BERPUSING
Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah
berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah
ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk
menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah
perepat..(sonneratia..alba).
11
Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah
berembang, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang
yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap
sebagai..pemenang.
Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal
daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘gah berpusing’. Gah dalam istilah permainan
gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.
SEJARAH
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru, tetapi telah dimainkan sejak
sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang
berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis
permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan
oleh orang dewasa, tetapi juga dikalangan remaja dan kanak-kanak. Dahulu gasing hanya
dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah melalui
program..pengenalan.
Permainan gasing di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gasing
tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan
bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja.
Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah, dan
ketua..permainan.
Namun begitu, kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing,
memangkah, dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri,
melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang
12
menimbulkan pelbagai bentuk dan cara permainan gasing. Umpamanya terdapat
perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan, gasing
peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.
Di nusantara sendiri, gasing boleh dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan,
peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-
bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain.
Misalnya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu
juga dengan gasing paku yang di mainkan oleh masyarakat Kuala Selangor. Ternyata
adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani.
Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di
Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan
bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan
masyarakat tempatan dengan tempat lain. Selain Malaysia, permainan gasing turut
terdapat di negara-negara lain di Asia, Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya
adalah corak permainan, bentuk gasing, nama, serta golongan yang memainkannya. Oleh
itu, ternyatalah permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh
hamper..semua..tamadun.
NEGERI..YANG..MEMPOPULARKAN..PERMAINAN..INI
Negeri yang paling popular dengan permainan in adalah Kelantan. Sebagai contoh,
Gasing Begelen, berbentuk agak leper diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular
dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing Toyol, dimainkan di Melaka, Selangor
13
dan Negeri Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah
dimainkan..sejak..di..Zaman..Kesultanan..Melayu..Melaka.
KAUM/ETNIK..YANG..TERLIBAT
Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Orang
dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
TUJUAN..DIMAINKAN
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika
dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu
dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan
menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan
bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat
Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik
permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu
kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di
bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang
Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi
sesuatu..situasi.
14
ALAT–ALAT..YANG..DIGUNAKAN
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain
itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan.
Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering
digunakan untuk membuat gasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik,
mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan
besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya
dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir
dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi
gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah
indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta
dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.
CARA DIMAINKAN
Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing
langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-
1) Melilit Tali
Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali
15
yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.
Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan
pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul
hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan
kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan
pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri
manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan
dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking
pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain.
Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya
tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain
yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan
menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada
leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan
beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan
ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak
tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.
2) Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan
dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang
16
diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada
pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya
dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan
dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan
cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu
gasing.
Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.
Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk
mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.
3) Memusing Gasing
Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang
betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan
pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya
gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan
yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan
17
dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di
hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa
menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di
hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah
rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan
tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45
darjah...Pusingan..gaya..ini..agak..rendah..dan..dekat.
Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat
dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing
menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras
lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah
tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan
dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan
pusingan..akan..menjadi...kurang...ligat.
4) Memangkah Gasing
Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah
hentak,..pangkah..layang…dan…pangkah..tebang.
18
•Pangkah totok.
Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.
Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini
bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan
gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah..sesuai..dengan..jenis..pangkahan..ini.
•Pangkah hentak
Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun
tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan
pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai
sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah
dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini
bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kaedah melakukan pangkah hentak.
Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak
gasing lawan.
19
•Pangkah laying
Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala
dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,
cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus
keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,
labu, kepala atau tengkuk gasing.
•Pangkah..tebang
Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan
pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak
dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah
gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan
pepat.
5)Mengangkat..Gasing
Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan..kemahiran,..kesabaran..dan..kecekapan..yang..tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
20
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak
akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan
gasing.
CORAK DAN UKIRAN
Pembuatan gasing adalah unik kerana memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi.
Kesempurnaan apabila berpusing menentukan bentuk dan saiz gasing apabila berpusing
adalah bertepatan bagi memastikan gasing kelihatan menarik dan mampu berpusing,
beberapa inisiatif dilakukan supaya gasing kelihatan terserlah. Antaranya dalam pelbagai
segi..termasuklah..warna..asli,..selirat..kayu..cat..dan..corak..logam.
Lazimnya gasing diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi.kayu mempunyai
pelbagai warna, sama ada coklet, hitam, kuning gelap dan sebagainya. Warna kayu ini
kelihatan cukup menarik dan semula jadi. Justeru itu terdapat gasing yang tdak
diwarnakan kerana mempunyai warna asli yang menarik. Gasing yang mempunyai warna
semula jadi banyak terdapat pada gasing Melayu, Cina dan banyak lagi yang dimainkan
oleh kanak-kanak. Namun begitu, gasing ini mudah kotor dan tidak berkilat.
Kayu yang digunakan untuk menghasilkan gasing mempunyai selirat yang
menarik. Kebanyakan pembuat gasing pandai memilih kayu yang mempunyai selirat
yang banyak dan menarik. Ini adalah untuk menghasilkan gasing yang unik. Selirat kayu
yang terdapat pada gasing dilihat secara melintang. Ini akan menjadikan gasing kelihatan
21
menarik apabila berpusing. Gasing yang mempunyai selirat kayu yang banyak dan
menarik..hanya..boleh…terdapat..pada..gasing..pusing..sahaja.
Sememangnya tidak semua kayu yang digunakan untuk menghasilkan gasing
mempunyai warna yang menarik. Oleh itu, gasing perlu diwarnakan. Gasing divarniskan
supaya warna asli kayu kelihatan.pelbagai jenis varnis yang digunakan. Lazimnya varnis
yang..berwarna..kuning..kecokletan,..merah..kehitaman..dan…sebagainya.
Selain itu, ada juga gasing yang diwarnakan mengikut kegemaran si pembuat.
Gasing yang di cat atau yang divarniskan dengan cara mengecat sahaja, tetapi dilorek-
lorekan atau ditambah warna lain supaya kelihatan lebih terserlah. Kepelbagaian warna
ini akan menyebabkan gasing kelihatan cukup menarik apabila berpusing. Selain
menggunakan cat, gasing juga menggunakan logam. Logam yang digunakan adalah
seperti perak, timah, besi, atau sebagainya. Logam diletakkan di bahagian atas gasing.
Pelbagai bentuk dan ukiran yang dilakukan. Namun begitu corak logam perlu baik
supaya..tidak..menjejaskan…keseimbangan..gasing.
BENTUK FIZIKAL
Lazimnya gasing berbentuk lonjong seperti sebiji telur. Ada juga gasing yang
berbentuk leper terutama gasing yang dimainkan dalam pertandingan atau pertunjukan.
Gasing yang berbentuk telur amat sesuai digunakan dalam pertandingan memangkah,
sedangkan gasing yang berbentuk leper hanya sesuai untuk digunakan dalam
pertandingan yang menekankan aspek bentuk dan lamanya gasing berpusing.
Ukur lilit sebuah gasing yang baik ialah 20.3cm, tinggi gasing ialah antara 7
hingga 10cm. ketebalan gasing bergantung kepada kehendak pemain. Ada pemain yang
22
gemarkan gasing yang tebal dan ada yang lebih minat untuk bermain gasing yang
nipis.Lazimnya gasing yang tebal tidak dapat berpusing dengan baik berbanding gasing
yang nipis. Oleh itu gasing yang digunakan untuk memangkah lebih tebal berbanding
gasing yang lain. Ini adalah untuk mengelakkan gasing daripada mudah pecah atau sukar
untuk..dipangkah.
Gasing mempunyai 5 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah paksi, patak,
labu, kepala dan pemotak. Paksi gasing terletak di bahagian bawah gasing. Paksi
diperbuat daripada besi waja yang keras.besi yang keras sangat penting kerana paksi ini
dijadikan tempat gasing berputar. Selain itu besi ini dijadikan asas untuk
memangkah.Oleh itu paksi perlu kukuh supaya dapat memecahkan gasing pihak lawan
atau berpusing dengan pantas. Namun harus diingat kedudukan paksi harus seimbang
supaya..gasing..dapat..berpusing..dengan..baik.
Pemotak adalah pusat gasing yang terletak di bahagian tengah sebelah atas
gasing. Pemotak gasing sering disaluti dengan perak. Selain itu terdapat logam lain yang
digunakan.
Logam yang di gunakan untuk menghasilkan keseimbangan yang baik ketika
gasing berpusing. Pemotak dihiasi dengan corak bunga-bunga, geometri dan sebagainya.
Dari..sinilah..kelihatan..kreativiti..si..pembuat..gasing..terserlah.
ALAT PELENGKAP
Sememangnya permainan gasing memrlukan pelbagai bahan lain yang dugunakan
dalam pertandingan. Peralatan ini aalah untuk memastikan pertandingan tersebut di
jalankan dengan baik. Walaupun gasing hanya boleh dimainkan menggunakan tali, tetapi
23
dalam sesuatu pertandingan, pelbagai peralatan lain yang perlu diambil perhatian. Antara
peralatan yang digunakan dalam permainan gasing ialah tali gasing, getah kecupu,
penyokong,..lopak..gasing..bong..dan..gelanggang.
Tali gasing akan dibuat untuk digunakan dalam permainan gasing. Tali harus
berukuran antara 300 hingga 450cm mengikut ukur lilit gasing. Bagi gasing kanak-kanak,
panjang..tali..hanya..sekitar..150cm..sahaja.
Tali tersebut kebanyakan diperbuat daripada benang atau jut. Salah satu hujung
tali akan diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing
manakala hujung yang satu lagi akan dilekatkan dengan gam supaya tali tidak akan
terurai. Setelah siap tali diketatkan, barulah gasing boleh dimainkan. Getah kecupu perlu
dilumurkan pada gasing pada bahagian kayunya. Kemudian getah kecupu itu digosok-
gosokan dengan bilah hingga keseluruhan permukaan gasing menjadi rata. Hujung tali
gasing akan diikat pada batang kayu.
ALAT-ALAT PENGHASILAN
Gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang cukup popular. Bahan asas
gasing ini diperbuat daripada kayu yang terdapat di negara ini. Oleh itu adalah mudah
untuk pembuat gasing menghasilkan sesebuah gasing. Dalam penghasilan gasing secara
tradisional terdapat beberapa peralatan yang digunakan.
Kapak adalah bahan yang paling penting seklai untuk menghasilkan gasing. Kapak
digunakan untuk menebang pokok kayu yang terpilih. Bahagian umbi pokok diasingkan
menggunakan kapak. Oleh itu, mata kapak perlu tajam supaya tidak memecahkan umbi
kayu tersebut. Selepas kerja-kerja penebangan dilakukan, bahagian ini akan dibentuk
24
menjadi gasing. Walaupun bentuk gasingyang dihasilkan adalah kasar, tetapi kerja-kerja
pembentukan saiz dan bentuk gasing adalah penting.
Parang digunakan untuk melicinkan gasing yang di hasilkan secara kasar. Parang perlu
mempunyai mata yang tajam supaya dapat melicinkan lagi bentuk gasing. Parang yang
digunakan juga adalah kecil dan mudah untuk dikendalikan. Pahat pula digunakan untuk
melicinkan permukaan gasing yang tidak boleh dilakukan dengan menggunakan parang.
Ini disebabkan parang tidak dapat membentuk lekukan pada atas gasing. Mata pahat yang
digunakan perlu tajam untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan kerja-kerja
memahat perlu berhati-hati supaya gasing tidak pecah.
Getah kecupu diambil daripada pokok daripada pokok kecupu. Getah kecupu akan
menjadi keras dan tidak melekit. Getah kecupu disapukan secara rata pada gasing.
Sapuan getah kecupu dapat menghilangkan lekukan gasing semasa kerja-kerja pembuatan
dilakukan. Kemudian daun mempalas digunakan untuk melicinkan gasing. Daun akan
digosokkan pada gasing hingga sekata dan berkilatan. Hanya setelah itu barulah gasing
menjadi cantik dan berkilat.
Tukul besi adalah alat paling akhir sekali digunakan. Alat ini hanya digunakan setelah
gasing dihasilkan. Sebatang paku akan dimasukkan di bahagian bawah gasing. Kerja-
kerja menukul besi dilakukan dengan berhati-hati. Jika tidak, gasing akn retak atau pecah.
Setelah paku dipacakkan pada gasing, gasing telah sedia untuk dimainkan.
25
KAEDAH PENGHASILAN
Pada masa dahulu, gasing dibuat dengan menggunakan kaedah tradisional. Kaedah ini
adalah lambat dan orang yang mahir sahaja mampu menghasilkan gasing yang berkualiti.
Membuat gasing secara tradisional ini memerlukan masa dua hari untuk menghasilkan
sebuah gasing yang menarik. Bagaimanapun peralatan moden telah diperkenalkan dan
hasilnya tukang gasing mampu menghasilkan beberapa buah gasing dalam masa sehari
dan mutu gasing pula jauh lebih baik daripada menggunakan cara tradisional.
Bagi membuat gasing, pemilihan kayu hendaklah dilakukan dengan teliti. Hanya
kayu yang keras sahaja yang dipilih bagi menghasilkan gasing yang tahan lama, keras
dan tidak mudah pecah apabila dipangkah. Antara jenis kayu yang sering dipilih adalah
seperti kayu bakau, koran, sepan, penanga, keranji dan leban tanduk. Ada juga kayu yang
lembut digunakan seperti manggis, jambu batu, ciku dan asam jawa.
Kayu ini kemudian ditarah dengan kapak dan dibentuk seperti dua buah piring yang
tertangkup. Semasa tarahan ini dilakukan, pembuat gasing perlu berhati-hati. Jika tidak,
kayu akan retak atau terbelah. Oleh itu kemahiran adalah penting dalam proses awal ini.
Setelah dibentuk seperti piring tertangkup, satu lubang akan ditebuk. Pada masa dahulu,
lubang ditebuk terus menggunakan paku yang akan dijadikan paksi. Cara ini adalah sukar
kerana kayu yang keras dan mudah terbelah. Kini alat gerudi atau penebuk digunakan
kerana mudah dan cepat.
Lubang yang telah ditebuk dimasukkan paku paku yang berukuran 6cm. paku itu
dibenamkan dan dikeluarkan kira-kira 2.5cm di bahagian luar yang akan dijadikan paksi.
Paksi hendaklah lurus dan keras kerana paksi merupakan tempat gasing berputar. Paksi
26
yang tidak lurus dan keras menyebabkan gasing tidak berpusing dengan ligat atau
tersekat-sekat. Setelah itu proses melastik gasing akan dilakukan. Proses ini untuk
melicinkan permukaan gasing supaya seimbang ketika berpusing. Pada masa dahulu
gasing dilarik dengan menggunakan pahat. Kini mesin yang digunakan membolehkan
gasing berputar. Oleh itu permukaan gasing dapat dilicinkan.
Bagi masyarakat Kelantan, gasing yang telah dilarik akan dipasang dengan
logam. Logam mula diperkenalkan pada awal tahun 1930-an yang bertujuan melancarkan
pusingan pusingan gasing. Gasing ini juga dikatakan mempunyai mutu yang tinggi dan
amat digemari. Selepas proses melarik, gasing akan menjalani proses menggilap. Gasing
akan digilap dengan menggunakan kertas pasir atau daun mempalas. Gasing yang telah
licin di bahagian permukaan akan dicat atau divarniskan. Setelah itu gasing sudah sedia
untuk dimainkan.
PERTANDINGAN
Pada masa dahulu gasing merupakan sejenis permainan yang popular. Gasing dimainkan
untuk memenuhi masa lapang terutamanya golongan lelaki. Permainan gasing boleh
dimeriahkan melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah, negeri,
wilayah, dan sebagainya. Dalam pertandingan, unsur-unsur budaya turut diselitkan
bersama. Unsur-unsur itu dapat dilihat dalam upacara sambutan dan istiadat dengan
menghadiahkan bunga telur kepada ahli-ahli pasukan yang bertanding.
Dalam perlawanan gasing, pemberian bunga telur kepada ahli pasukan yang
mengambil bahagian adalah sebagai lambang persahabatan, setiap perlawanan akan
ditonton oleh orang ramai. Ini akan mengeratkan hubungan dalam masyarakat.
27
Pertandingan gasing diadakan sehari suntuk iaitu sejak pagi hingga ke petang.
Pertandingan diadakan dalam bentuk pertandingan antara dua pasukan. Permainan gasing
dimainkan mengikut hari serta peraturan yang dipersetujui bersama. Sebelum hari
perlawanan semua gasing akan dikumpulkan dan diuri terlebih dahulu. Gasing yang telah
diuri bertujuan supaya keadaan gasing sentiasa baik dan seimbang.
Permainan ini melahirkan sikap kerjasama antara pelbagai pihak yang akan bertanding.
Semasa pertandingan ini dijalankan setiap pemain bersama-sama bertanggungjawab
menyumbangkan tenaga untuk memusingkan gasing sebaik mungkin. Keadaan ini
menunjukkan bahawa kerjasama setiap pemain tetap wujud. Justeru itu, permainan gasing
patut diketengahkan dalam bidang sukan.
PERATURAN
Seperti permainan lain, permainan gasing mempunyai perturan yang tersendiri. Justeru
itu, terdapat beberapa peraturan yang terpaksa dilalui oleh pemain dalam sesuatu
pertandingan. Sebelum pertandingan dimulakan, setiap pemain dikehendaki mematuhi
arahan yang diberikan oleh pengadil. Pemain tidak boleh menidakkan keputusan yang
dibuat oleh pengadil. Peraturan permainan terlebih dahulu dibacakan oleh pengadil dan
pemain perlu mematuhinya dengan baik.
Pengadil berhak mengarah dan menegur pemain yang melakukan kesalahan.
Oleh itu, setiap pemain perlu berfikiran terbuka. Pemain perlu menerima keputusan
pengadil apabila pertandingan sedang dijalankan. Setiap pemain mempunyai semangat
kesukanan yang cukup tinggi. Oleh itu, setiap pemain diserapkan dengan nilai-nilai
murni. Dalam pertandingan gasing, pemain atau pengadil tidak boleh menghina pihak
28
yang lain.
Sekiranya berlaku pergeseran dalam pertandingan setiap pemain perlu
bertoleransi. Maki hamun atau sebagainya amat dilarang. Oleh itu, pengadil perlu peka
untuk mengelakkan hal-hal sedemikian berlaku. Ketika gasing sedang berpusing atau
terkeluar dari bulatan pemain tidak boleh tidak boleh menggunakan kaki untuk
menyekatnya. Para pemain boleh menggunakan tangan untuk menghalang terkeluar dari
bulatan. Pemain juga boleh menghalang menggunakan tali.
Penggunaan kaki akan menunjukkan sikap negatif. Pembatalan boleh dilakukan oleh
pengadil sekiranya pemain ingkar. Oleh itu, setiap pemain perlu peka dan mempunyai
disiplin yang tinggi dalam permainan gasing. Sekiranya gasing pihak lawan terkeluar dari
bulatan, adalah menjadi kewajaran pemain mengambil gasing untuk diberikan kepada
pihak lawan. Pemberian boleh dilakukan dengan tertib dan tidak boleh melambung,
membuang atau sebagainya. Jika ini berlaku, pengadil boleh memotong atau menamatkan
permainan. Ini dapat mengajar pemain untuk menghormati pihak lawan.
PADANG PERMAINAN
Permainan gasing tidak memerlukan gelanggang yang khusus. Ini disebabkan gasing
bebas dimainkan di mana-mana sahaja tempat yang lapang. Bagaimanapun permainan
gasing pangkah memerlukan gelanggang khas untuk pengiraan mata. Gelanggang seluas
270cm per segi dengan mengandungi empat bulatan diperlukan. Bulatan ini adalah untuk
kawasan gasing yang dipangkah.
Untuk pertandingan di kalangan kanak-kanak, hanya satu bulatan sahaja yang
diperlukan. Bulatan itu hanya mempunyai ukuran keliling 4m atau mengikut kehendak
29
pemain.dalam permainan gasing yang lain, tidak ada kawasan yang khusus diperlukan.
Kawasan yang bertanah liat adalah sesuai kerana gasing boleh berputar dengan laju.
Tanah liat yang keras tidak akan menghalang gasing daripada terus berpusing. Tanah
pasir pula hanya sesuai untuk gasing telur. Ini disebabkan gasing telur tidak mempunyai
paku paku yang berputar dengan laju.
PERUBAHAN FIZIKAL
Dalam membuat gasing, perkara pertama yang diberikan perhatian adalah ketahanannya
yang dihasilkan daripada pembuatan yang baik daripada jenis kayu yang baik. Bagi
tujuan pertandingan sudah tentu sebuah gasing harus memenuhi kehendak pertandingan.
Jika tidak adalah mudah ditewaskan oleh lawan.
Biasanya pembuat gasing memberikan tumpuan kepada kecantikan dan
keupayaannya berpusing. Sekiranya gasing kelihatan menarik, tetapi tidak mempunyai
pusingan yang seimbang akan menjejaskan mutu gasing itu sendiri. Begitu juga bagi
gasing yang hanya berpusing dengan laju tetapi tidak mempunyai warna yang menarik
atau bentuk yan seimbang. Justeru itu pemilihan gasing amat diperlukan dalam satu-satu
pertandingan.
Gasing sering mengalami perubahan yang cukup drastik sejajar dengan perubahan
corak permainan. Jika dahulu hanya gasing yang berbentuk besar dan leper sahaja yang
digunakan. Kini pelbagai jenis gasing boleh didapati. Terdapat gasing yang berbentuk
bulat, lanjong dan sebagainya.Semua bentuk itu mengikut citarasa si pembuat.Gasing
yang digunakan untuk menguji kelajuan berpusing mempunyai bentuk yang leper.
Bentuk ini dapat mengurangkan rintangan ketika berpusing.
30
Selain itu, gasing ini tidak mempunyai ukiran atau warna yang timbul. Hanya
kepungan logam dipasang pada bahagian bawah atau atas gasing untuk memastikan
pusingan menjadi semakin pantas. Ini berbeza dengan gasing yang digunakan untuk
tujuan pangkah. Lazimnya gasing ini hanya berbentuk lonjong atau tebal. Ketebalan
dapat mengurangkan risiko untuk pecah. Oleh itu, terdapat gasing pangkah yang
diletakkan logam pada bahagian bawah supaya gasing tidak mudah pecah atau rosak.
Dari segi saiz juga berbeza. Gasing yang digunakan untuk pertandingan yang
menguji kepantasan berpusing, mempunyai saiz yang lebih besar. Semakin besar gasing
tersebut, semakin lama pusingan yang dibuat. Tetapi harus diingat, saiz yang terlalu besar
sukar untuk dipangkah atau tidak dapat berpusing dengan baik kerana ketidakseimbangan
gasing tersebut. Oleh itu gasing yang sederhana sahaja yang digunakan untuk
mengelakkan risiko tersebut. Ini berbeza dengan gasing yang digunakan untuk tujuan
pangkahan yang perlu mempunyai saiz yang kecil tetapi tebal atau padat. Ini penting
untuk memastikan pangkahan boleh dilakukan dengan padu dan tepat.
Dari segi gasing berat pula juga turut mempengaruhi gasing yang berlainan
tujuan. Gasing untuk kelajuan perlu mempunyai berat yang seimbang dengan saiz dan
bentuk. Namun untuk gasing pangkahan, gasing perlu berat dan dihasilkan daripada kayu
yang keras. Gasing yang berat dan keras akan mengelakkan daripada mudah pecah atau
bertujuan memecahkan gasing pihak lawan.
31
32
Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang
terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali
dengan..lebih..mendalam..tentang..Permainan..Tradisional..Melayu.
Bak kata perpatah melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’. Selepas kajian ini, saya
lebih menghargai tradisi dan budayanya. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan
budaya..bangsa..yang..begitu..unik..dan..indah.
Jika semua rakyat masyarakat kita dapat menghargai dan menyedari betapa
berharganya warisan budaya ini, maka akan timbul semangat bersefahaman dan muafakat
antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang
perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan
semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.
Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya
memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun, itu bukan
sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang terdekat. Oleh itu,
usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara belum merdeka lagi.
Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga dan mempertahankan
maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang
menetap di negara ini. Dalam masa yang sama, perpaduan akan wujud jika
tanggungjawab..dijalankan...dengan..penuh..rasa..hormat..dan..bekerjasama.
Justeru itu, sama-samalah kita menjaga, mengamalkan dan mempertahankan
tradisi..dan..budaya..bangsa..kita..hingga..ke..akhir..hayat.
33
34
35
36
37
38
39
40
1. Internet:
- ‘Sejarah Permainan Gasing’
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/permainangasingmasakini.html
- ‘Permainan Tradisional Gasing’ - http://melayuonline.com/
- ‘Gasing’ http://www.heritage.gov.my/
- ‘Sejarah Gasing’ http://malaysiana.pnm.my
2. Orang Sumber:
- Hj Korubin bin Hj Surup, 57 tahun, Peti Surat 841, 89007, Kg Kota Ayangan,
Keningau, Sabah.
-Siti Zabiah binti Ebin, 55 tahun, Peti Surat 841, 89007, Kg Kota Ayangan,
Keningau, Sabah.
3. Akhbar:
- Utusan Malaysia, 03 Ogos 2006.
- New Sabah Times, 25 Julai 2007.
4. Buku Ilmiah:
- Yunos Pipet, 1993, Gasing Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Iman Suffiya, 1995, Permainan Tradisional dan Seni Reka Kraf Tangan, Kuala
Lumpur, Penerbit Era Didik.
- Iman Suffiya, 1995, Ensiklopedia Sejara h dan Kebudayaan Melayu, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
41
42
Recommended