Teks Ucapan Awal Tahun 2015 Pengarah BPI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengarah BPI N9

Citation preview

TEKS UCAPANPENGARAHBAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASEMPENAAWAL TAHUN PERSEKOLAHAN 2015MELESTARIKAN PENDIDIKAN ISLAM DALAMSISTEM PENDIDIKAN NEGARAHlm | 1Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuhKepada warga SMKA dan SABK yang saya kasihi sekalianUCAP SELAMATSetinggi- tinggi syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas limpah Rahmat dan InayatNya kita terus berada di tahun baru 2015 ini dalam keadaan sihat sejahtera dan tetap beriman kepadaNya Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan para tabiin serta atba tabiin dan pengikutnya hingga ke hari Kiamat TERIMA KASIHTerlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pentadbir guru yang telah berjaya mengurus sekolah dengan baik, dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cemerlang sehingga SMKA/SABK dapat menunjukkan peningkatan yang ketara dalam akademik dan kokurikulum di sepanjang tahun 2014 Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang memberikan keyakinan kepada SMKA/SABK untuk mendidik anak-anak ke arah menjadi pemimpin masa depan yang mempunyai kualiti akademik dan sahsiah serta ruhiyah yang cemerlang Paling utama, ucapan terima kasih saya hadiahkan kepada semua anak-anak yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam menimba ilmu dan kemahiran daripada para guru dan murshid di sekolah ini di sepanjang tahun 2014. Kepada anak-anak yang baharu mendaftar, saya ucapkan selamat datang dan selamat melayari dunia kehidupan dan pembelajaran di SMKA/SABK yang bertuah ini.SEKILAS KEJAYAAN SMKA DAN SABK 2014Kita amat bersyukur kerana banyak kejayaan yang diraih oleh SMKA dan SABK sama ada di peringkat kebangsaan mahupun Hlm | 2antarabangsa. Di antaranya adalah kejayaan SM Imtiaz Kuala Terengganu menerima Anugerah Emas dan Anugerah Khas dalam International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX 2014) dan menerima Anugerah Emas dalam International Young Inventors Olympiad 2014 di Korea Selatan. Kejayaan SMKA Segamat, mendapat tempat kedua (kategori pengurusan) dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat KPM. Kejayaan ini membuktikan bahawa sekolah-sekolah agama adalah hebat dan mampu mendepani cabaran pendidikan antarabangsa.Kita juga bersyukur kerana dapat melaksanakan Program Tahfiz Model Ulul Albab di tiga (3) buah sekolah iaitu SMKA Kedah, SMKA Kuala Lumpur dan SMAP Bentong. Pelaksanaan ini memberi peluang pembelajaran aliran tahfiz dalam sistem pendidikan kebangsaan. Selain itu, sebanyak 12 buah sekolah agama telah berdaftar sebagai SABK. Ini menjadikan jumlah keseluruhan SABK kini adalah 215 buah di seluruh negara dengan bilangan guru seramai 8,200 orang dan bilangan murid seramai 81,084 orang. Pada tahun lepas juga sebanyak 26 buah SABK dan tiga buah SMKA telah berjaya menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB). Kesemua ini adalah kejayaan yang mesti kita syukuri dan seterusnya kita pertingkatkan pada tahun 2015 SASARAN TAHUN 2015Pada tahun 2015, kita akan menggandakan focus dan penekanan kepada kecemerlangan akademik melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dalam bilik darjah. Guru dan murid perlu mengaplikasi KBAT dalam PdP di samping memastikan prestasi murid dipantau dan dijuruskan ke arah keupayaan yang maksimum melalui headcount dalam peperiksaan dalaman peringkat sekolah. Hasrat menjadikan semua murid di SMKA mendapat kelulusan A dalam semua mata pelajaran yang diuji dalam PT3 dan mencapai band yang baik dalam penilaian sekolah. Manakala peningkatan pencapaian dalam SPM akan diteruskan. Begitu juga matlamat melahirkan 10% daripada murid SMKA lulus dengan gred A+ Hlm | 3dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM juga akan diteruskan pada tahun 2015Dalam bidang kokurikulum, sekolah hendaklah merancang dan mengurus penglibatan dan kejayaan lebih ramai murid di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini adalah kerana kejayaan di peringkat yang lebih tinggi bukan sahaja memberi merit untuk tujuan penarafan kepada sekolah, malah lebih penting daripada itu ia dapat menimbulkan keyakinan warga sekolah terhadap kemampuan diri untuk bersaing di arena yang lebih luas serta meningkatkan kesungguhan dalam membina kualiti diri guru dan murid. Dalam usaha untuk lebih berdaya saing, sekolah hendaklah mewujudkan jaringan dan jalinan dengan sekolah atau institusi lain dalam dan luar Negara. Usaha ini selain daripada dapat mempelajari kemahiran daripada rakan jaringan, kita juga boleh berkongsi pengalaman dan mempromosikan kehebatan dan kemampuan sistem pendidikan kita ke luar Negara. Ini secara tidak langsung sekolah menjadi duta kepada Negara. Budaya inovasi dalam kalangan guru penting dalam melestarikan sistem pendidikan kita. Budaya yang disokong oleh kajian dan penyelidikan makro dan mikro perlu digalakkan. Budaya ini boleh diterapkan dalam tugasan murid dan disokong oleh komitmen para guru dalam merekayasa sama ada pada kaedah atau pendekatan PdP yang dijalankan setiap hari. Lebih banyak SMKA dan SABK akan terlibat dalam pertandingan inovasi di peringkat KPM PRA SYARAT KECEMERLANGANMasyarakat memandang tinggi terhadap sekolah agama, termasuklah seluruh warga yang berada di dalamnya. Mereka memberikan kepercayaan dan pengharapan kepada sekolah agama untuk membentuk dan melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang lebih berakhlak dan mulia. Kepercayaan ini tidak boleh dipandang ringan, dibiarkan luntur atau tercalar dengan reputasi disiplin dan salahlaku di sekolah kita. Sebaiknya kita bukan hanya baik tetapi juga mesti kelihatan baik dan boleh membawa orang lain ke arah kebaikan. Oleh itu sekolah hendaklah memastikan usaha pemantapan sahsiah dan pematuhan terhadap disiplin diberi penekanan utama. Buktikan Hlm | 4bahawa sekolah kita adalah sekolah yang benar-benar thiqah dalam pandangan masyarakatSatu perkara yang amat penting dihayati oleh warga SMKA dan SABK adalah sifat amanah. Kejayaan tidak akan memberi makna jika tidak dibina di atas sifat amanah terhadap tanggungjawab dan peraturan. Sebagai guru di sekolah agama, sifat amanah ini, harus lebih tinggi kualiti dan komitmennya. Saya percaya amanah inilah yang akan membawa SMKA dan SABK maju dan mengatasi sekolah-sekolah lain pada masa hadapan. Meskipun kita telah berjaya menunjukkan peningkatan prestasi khususnya dalam akademik dan sahsiah, namun kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Warga SMKA dan SABK mesti mempunyai semangat bertanding secara sihat dan keluar dari kepompong pemikiran dan kecenderungan yang hanya bertanding dalam kalangan kita sahaja. Sebaliknya dengan mengekalkan jatidiri sebagai sekolah agama, kita keluar bersaing dengan sekolah-sekolah lain secara terbuka. Oleh itu kejayaan yang kita raih akan bersifat kejayaan sebenar dan diakui oleh semua pihak. TAUSIAHSaya ingin memperingatkan kembali akan moto yang diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Khair bin Mohamad Yusof iaitu pelaksanaan yang mantap dan tindakan yang pantas (strong implementation and rapid execution). Bagi memastikan pelaksanaan yang mantap, pemantauan yang rapi (close monitoring) terhadap apa yang telah diputuskan bersama hendaklah diberi perhatian. Pemantauan ini adalah bagi menilai kecekapan dan pencapaian termasuk halangan serta menyegerakan tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil langkah kawalan terhadap semua guru dan staf agar tidak terpesong daripada visi, misi dan objektif yang ditetapkan. Manakala tindakan yang pantas pula bermaksud bertindak berdasarkan setiap perancangan dengan memberi keutamaan kepada tugas yang penting dan segera dan mempunyai keberhasilan yang tinggi serta berupaya membuat anjakan dan lonjakan untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Hlm | 5Sebagai tambahan, Dato Sri KPPM menambah dua lagi moto iaitu menambah ilmu dan menyempurnakan akhlak. Bagi menyempurnakan moto menambah ilmu, warga pendidik diharap dapat melaksanakan pdp yang berkesan supaya ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan baik dan sempurna. Manakala menyempurnakan akhlak pula, diharap semua warga pendidikan dapat mengamalkan sapaan yang mesra ketika memberi salam atau ucap selamat tatkala bertemu. Selain itu sifat hormat menghormati kepada yang lebih tua harus diamalkan dalam kalangan warga sekolah. Tidak kurang penting juga menjaga kebersihan dalam semua aspek kehidupan seperti kebersihan diri murid sendiri, bilik darjah, persekitaran sekolah sehinggalah ke rumah. Di sinilah sistem yang dilaksanakan serta peranan yang dimainkan oleh warga SMKA dan SABK amat relevan. Kitalah yang harus menjadi pemangkin kepada pembudayaan ilmu dan penyempurnaan akhlak dalam kalangan masyarakat. Saya sangat berharap agar warga SMKA dan SABK dapat menghayati terlebih dahulu seterusnya menyebarluaskan hasrat motto ini dalam kalangan warga pendidikan di Negara ini. PENUTUPAkhirnya, saya merakamkan ucapan selamat meneruskan usaha dan dedikasi semua warga SMKA dan SABK di sepanjang tahun 2015. Saya juga mendoakan agar kita semua sentiasa dalam limpah rahmat dan pemeliharaan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa. Selamat Tahun Baru 2015. Selamat bertugas kepada semua guru dan staf dan selamat belajar kepada semua anak-anak. WabilLahi Taufiq Wal hidayah Wassalamu Alaikum Warahmatullahi wabarakatuhu Sekian Hlm | 6