Upload
truongtuong
View
266
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/November/2014
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 11/2014
_______________________________________
25 NOVEMBER 2013 (SELASA)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
1
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Janji Ditepati Terima kasih kepada saudara dan saudari pengacara majlis.
Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja
Jabatan Kimia sekalian.
2
MUKADIMAH
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia
Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan November
2014 pada pagi yang berbahagia ini.
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada
Pengarah dan semua warga kerja Bahagian
Khidmat Pengurusan (BKP) atas penganjuran
perhimpunan bulanan bulan November 2014.
3. Walaupun agak terlambat, namun saya ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Hari
3
Deepavali kepada warga kerja JKM
beragama Hindu yang jatuh pada 22 Oktober
yang lalu. Saya harap Deepavali kali ini
menambahkan cahaya kegembiraan dan
keceriaan kehidupan warga kerja kimia
Malaysia yang beragama Hindu khususnya.
4. Tidak lupa juga kepada warga kerja yang
beragama Islam, saya ingin mengucapkan
selamat menyambut Maal Hijrah (1436H).
Peristiwa Hijratul Rasul mengajar umat Islam
supaya berhijrah dari amalan kurang baik
kepada yang lebih baik. Penghijrahan dari
perlakuan mungkar dan dosa kepada amal
soleh dan dari perpecahan kepada perpaduan.
4
Hadirin sekalian,
KURNIAAN PINGAT KEBESARAN
5. Saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada warga JKM yang telah
dikurniakan pingat kebesaran sempena Ulang
Tahun Hari Keputeraan Yang Ke- 84 KeBawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, pada 24
Oktober 2014 yang lepas. Mereka ialah:
i) Pengarah Kimia Cawangan Negeri
Pahang, Tuan Haji Mohamd Salleh Bin
Ramli yang telah dikurniakan Darjah
Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang
Yang Amat DiMulia – Peringkat Ketiga
Setia Ahmad Shah Pahang (SAP).
5
ii) En. Abdullah Bin Mohd. Yusof, Pegawai
Sains Gred C54 dari Bahagian PJK yang
telah dikurniakan Darjah Kebesaran
Mahkota Pahang Yang Amat Mulia –
Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang
(SMP).
Sempena Hari Jadi ke-76 TYT Yang Dipertua
Negeri Melaka pada 15 November yang lepas,
En. Jasmin bin Salleh, Pembantu Makmal
Gred N22 dari JKMC Melaka telah menerima
Pingat Bakti Masyarakat (PBM)
Hadirin sekalian
6
NATIONAL INNOVATION CONFERENCE
AND EXHIBITION (NICE) 2014
6. Pada 31 Oktober hingga 2 November
2014, pihak MOSTI telah menganjurkan
program NICE 2014 iaitu Persidangan dan
Pameran Inovasi Kebangsaan bertempat di
PWTC. NICE 2014 merangkumi enam (6)
aktiviti utama iaitu:
i) Persidangan Inovasi & Pengkomersilan;
ii) Pameran produk peserta akhir
pertandingan Anugerah Inovasi Negara
2014
iii) Pameran interaktif produk / perkhidmatan
/ Agensi R&D
iv) Padanan perniagaan
7
v) Bengkel
vi) Malam Anugerah MOSTI
7. Jabatan Kimia Malaysia telah menyertai
program tersebut dengan mengadakan
pameran yang dijayakan oleh pihak Bahagian
PJK.
8. Bukan itu sahaja, malah beberapa orang
warga Jabatan Kimia Malaysia juga turut
terlibat dalam penganjuran program yang
gilang gemilang ini sebagai Ahli Smart Tech
Crew, Liason Officer dan juga jurugambar.
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang
terlibat.
8
Hadirin Sekalian
PROGRAM KREATIVITI & SCIENCE4U
9. Pihak Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program
Kreativiti dan Science4U di Dataran Pekan,
Pahang pada 18 – 19 Oktober 2014. Jabatan
Kimia Malaysia telah turut serta mengambil
bahagian dalam program tersebut melalui
makmal cawangan JKMC Pahang. Program
ini bertujuan untuk meningkatkan tahap
kesedaran pentingnya sains dan kreativiti di
kalangan pelajar sekolah dan masyarakat
setempat. Terima kasih saya ucapkan kepada
9
Pengarah dan semua warga kerja JKMC
Pahang yang terlibat.
Hadirin Sekalian
KARNIVAL KIMIA MALAYSIA (K2M)
10. Jabatan Kimia Malaysia Cawangan
Sabah bersama-sama dengan Institut
Kimia Malaysia Cawangan Sabah & WP
Labuan dan Pejabat Daerah Ranau telah
menganjurkan Karnival Kimia Malaysia
(K2M) pada 25 – 25 Oktober 2014
bertempat di Dewan SMK Mat Salleh,
Ranau. Pameran yang bertema “For
every action, there’s a chemistry
reaction’ adalah bertujuan untuk
10
meningkatkan kesedaran orang awam
khususnya para pelajar sekolah
terhadap keupayaan bidang kimia dalam
memenuhi keperluan dunia,
menggalakkan minat bidang kimia di
kalangan generasi muda dan menjana
keghairahan demi kreativiti masa
hadapan dalam bidang kimia.
Hadirin Sekalian
CSR JKMC PERAK
11. Untuk makluman, Jabatan Kimia
Malaysia cawangan Perak telah menjalankan
projek tanggungjawab khidmat komuniti (CSR)
11
di Kuala Gula, Parit Buntar, Perak dengan
menanam pokok bakau. Sebanyak 500 pokok
telah ditanam pada hari Sabtu , 18hb Oktober
2014. Seramai 46 peserta (37 kakitangan dan
9 ahli keluarga) telah menyumbangkan
khidmat ini dengan kerjasama Jabatan
Perhutanan Daerah Larut - Matang.
Penanaman pokok bakau dapat meningkatkan
kualiti alam sekitar di mana hutan pokok bakau
dapat mengawal hakisan pantai, menjadi zon
penampan utama bagi ombak besar.
Hadirin Sekalian
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI MOSTI
12
12. Pada 13 November 2014 yang lepas,
Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Perak juga
telah menerima lawatan rasmi daripada Yang
Berhormat Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Diah, Timbalan Menteri MOSTI diiringi oleh
YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Hj. Yahaya,
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI ,
disambut oleh YBhg. Dato’ Ahmad Ridzuan Bin
Ibrahim, Ketua Pengarah Kimia Malaysia, En.
Ahmad Nazri bin Husain Pengarah Kimia
Malaysia Cawangan Perak dan kakitangan
Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Perak.
Kunjungan YB Timbalan Menteri MOSTI ke
JKMC Perak adalah bertujuan untuk bertemu
dan beramah mesra dengan warga JKMC
13
Perak dan mengenal lebih dekat peranan
Jabatan Kimia Malaysia secara khususnya.
Dalam lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri
telah merasmikan ‘Hari Inovasi JKMC Perak
2014’ dan Kolam Inspirasi. Sekalung tahniah
diucapkan kepada Pengarah dan semua warga
JKMC Perak kerana dapat membuat persiapan
rapi menerima kunjungan lawatan rasmi YB
Timbalan Menteri MOSTI dalam tempoh masa
yang singkat.
Hadirin Sekalian
SUKAN 4 PENJURU
13. Satu program Sukan 4 Penjuru anjuran
bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia
14
(MPC), Jabatan Meteorologi Malaysia, Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga Kelab
Sukan dan Kebajikan Jabatan Kimia Malaysia
telah diadakan pada 17 – 19 Oktober yang
lepas. Terdapat beberapa kategori perlawanan
antaranya bolasepak, sepak takraw, bola
jaring, badminton, futsal, bola tampar, ping
pong, boling dan dart. Jabatan Kimia Malaysia
telah berjaya mendapat tempat kedua secara
keseluruhan. Tahniah saya ucapkan.
PERLAWANAN BOLA JARING ANTARA
BAHAGIAN
14. Satu pertandingan bola jaring anjuran
PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan
Jabatan Kiimia Malaysia antara Bahagian
15
Jabatan Kimia Malaysia telah diadakan pada
11 November 2014 yang lepas bertempat di
Arena MBPJ. Pelawanan ini melibatkan 4
kumpulan iaitu Senior Forensik, Pasukan
Junior Forensik, Pasukan KAS dan pasukan
Gabungan. Objektif utama program ini adalah
untuk merapatkan ukhwah antara warga Kimia
khasnya warga Kimia wanita. Tahniah kepada
pasukan yang menjadi johan iaitu Senior
Forensik.
Hadirin Sekalian
MINGGU INOVASI
15. Minggu Inovasi Jabatan Kimia Malaysia
telah berlangsung pada 27 – 29 Oktober
bertemakan “Inovasi….lah!”. Penganjur
16
(Bahagian PJK) telah menyediakan pelbagai
acara untuk memeriahkan sambutan minggu
tersebut, antaranya ialah ceramah inovasi,
Konvensyen KIK, Cabaran Inovasi dan Kuiz
Inovasi.
Hadirin Sekalian
MINGGU INTEGRITI
16. Sempena Hari Integriti Nasional yang
jatuh pada 5 November setiap tahun, pihak
Unit Integriti, BKP telah menganjurkan Minggu
Integriti Peringkat Jabatan Kimia Malaysia dari
3 hingga 7 November 2014. Semoga
penganjuran Minggu Integriti pada kali ini akan
menjadi penggerak kepada kita semua untuk
terus mentransformasikan diri ke arah
membudayakan nilai-nilai murni dan integriti
17
dalam Jabatan ini. Antara pengisian Minggu
Integriti ini ialah sesi bicara integriti, kuiz
integriti, pertandingan reka cipta e-poster
Integriti, senamrobik dan pameran integriti.
Hadirin Sekalian
PENUTUPAN BULAN BAHASA
KEBANGSAAN PERINGKAT JABATAN
KIMIA MALAYSIA
17. Buat julung kalinya pihak PEMURNI
bergabung tenaga dengan PUSPANITA dan
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kimia
Malaysia telah menganjurkan kempen Bulan
Bahasa Kebangsaan Peringkat JKM. Program
ini mendapat kerjasama dan sokongan padu
18
daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dengan bertemakan ”Budaya Disanjung, Sains
Dihayati”, pelbagai acara telah diadakan,
antaranya ialah Pertandingan Mencipta
Slogan, Ceramah Tokoh Bahasa,
Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan
Berbalas Pantun, Pertandingan Kior dan
Pameran serta Jualan Buku. Hari ini
merupakan hari penutup bagi Bulan Bahasa
peringkat Jabatan ini dan saya ingin
mengucapkan tahniah dan syabas kepada
pihak penganjur kerana telah mengadakan
program ini dengan jayanya.
19
Hadirin Sekalian
KIMIA KE DESA KAMPUNG SETIA, KUANG
18. Pada 14 – 15 November 2014 yang
lepas, Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
telah dengan jayanya menganjurkan Program
Kimia Ke Desa di Kampung Setia, Kuang
Selangor. Objektif program ini adalah untuk
memupuk minat dalam sains, teknologi dan
inovasi khususnya sains kimia di kalangan
masyarakat desa, terutama golongan belia dan
pelajar, mendedahkan kepada masyarakat
tentang peranan dan fungsi Jabatan Kimia
Malaysia dalam penguatkuasaan undang-
undang dan kesejahteraan rakyat dan untuk
mengeratkan hubungan mesra dan
silaturrahim antara kakitangan Kimia (penjawat
20
awam) dengan masyarakat desa. Ianya juga
dapat memberi peluang kepada pelbagai pihak
untuk berinteraksi, berkenalan dan
mengeratkan lagi hubungan selaras dengan
saranan penjawat awam ‘turun padang’ dan
mendekati masyarakat.
19. Banyak acara yang telah dijalankan
sepanjang tempoh program tersebut
berlangsung antaranya pameran interaktif, Ikon
Kimia, wacana ilmu, gotong royong,
senamrobik dan lain-lain. Secara
keseluruhannya saya amat berpuas hati atas
penganjuran dan perjalanan program tersebut.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan
kepada semua yang terlibat samada secara
21
langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program ini.
Hadirin Sekalian
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
20. Kelab Sukan dan Kebajikan Kimia
Malaysia melalui Biro Kebudayaan sedang
menganjurkan satu Karnival Permainan
Tradisional pada bulan November hingga
Disember 2014. Sebanyak 6 kontinjen akan
bertarung dalam karnival ini. Antara permainan
tradisional yang diadakan adalah dam haji,
congkak, batu seremban dan ceper (tutup
botol), sepak raga, galah panjang dan Teng
Teng.
22
Hadirin Sekalian
PENUTUP – ULANGTAHUN KELAHIRAN
21. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya
ingin mengucapkan selamat panjang umur dan
murah rezeki kepada warga KIMIA yang
menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan
November ini.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.