Upload
trankhanh
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1 | P a g e
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 2/2014
____________________________________
11 FEBRUARI 2014 (SELASA)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2 | P a g e
Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara
Majlis,
Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
3 | P a g e
MUKADIMAH
1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur
dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita
bersama-sama berkumpul di dalam Majlis
Perhimpunan Ibu Pejabat Jabatan Kimia
Malaysia bagi Bulan Februari 2014 pada pagi
ini.
2. Saya juga ingin merakamkan
penghargaan kepada Pengarah dan semua
pegawai serta kakitangan Bahagian
Penyelidikan & Jaminan Kualiti (PJK) yang
mengambil giliran untuk menganjurkan majlis
perhimpunan pada pagi ini.
4 | P a g e
3. Pada kesempatan ini, belum terlambat
untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut
Tahun Baru Cina kepada semua warga kerja
Jabatan Kimia Malaysia berbangsa Cina yang
telah menyambutnya pada 31 Januari 2014
yang lalu. Menurut zodiak Cina, tahun 2014
merupakan tahun Kuda. Dalam budaya Cina,
kuda merupakan simbol kebangsawanan,
kecepatan, ketangkasan dan ketekunan.
Diharapkan warga Kimia dapat menerapkan
nilai/sikap yang sama ketika menjalankan
tugas. iaitu cepat, tangkas dan tekun.
5 | P a g e
4. Bagi warga kerja yang beragama Islam,
saya mengucapkan salam Maulidur Rasul
(1435H). Sambutan Maulidur Rasul yang telah
diadakan pada 14 Januari 2014 yang lalu
adalah untuk membangkitkan rasa cinta
kepada Rasulullah SAW dan mengingatkan
kembali umat Islam tentang perjuangan
Rasulullah SAW dalam membentuk
masyarakat madani. Saya difahamkan, enam
(6) warga kerja Kimia turut mengambil
bahagian dalam Majlis Perarakan Sempena
Hari Maulidurrasul di Putrajaya bersama
agensi-agensi lain di bawah MOSTI.
Hadirin sekalian,
6 | P a g e
PERSARAAN, KENAIKAN PANGKAT DAN
KEMASUKAN PEGAWAI BARU
5. Saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
kakitangan KIMIA Malaysia yang telah bersara
wajib pada bulan Januari yang lalu iaitu
i) En. Lim Kong Boon, Pengarah
Bahagian Forensik yang telah bersara
wajib pada 18 Januari 2014;
ii) En. Mohd Yusof bin Awang, Pembantu
Makmal, C22 dari Bahagian Forensik
yang telah bersara wajib pada 12 Januari
2014;
iii) Pn. Aslamiah binti Kordi, Pembantu
Makmal, C22 dari Bahagian Forensik
7 | P a g e
yang telah bersara wajib pada 27 Januari
2014;
Terdapat juga kakitangan yang bersara pilihan
pada bulan Januari iaitu
i) Pn. Jasbeer Kaur a/p Kesar Singh,
Pegawai Sains, C54 dari Bahagian KAS
yang telah bersara awal pada 16 Januari
2014.
ii) Pn. Siti Maserah binti Selamat,
Pembantu Makmal, C22 dari JKMC Johor
yang telah bersara awal pada 01 Januari
2014.
8 | P a g e
Pada bulan Februari, kita telah/akan turut
kehilangan beberapa warga kerja atas sebab
persaraan. Mereka ialah
iii) Pn. Nor Hayati binti Zakaria, Pegawai
Sains, C48 dari Bahagian KAS yang telah
bersara awal pada 01 Februari 2014.
iv) Pn. Halimah binti Komeng, Pembantu
Tadbir, N22 (KUP) dari Bahagian BKP
yang telah memilih untuk bersara awal
iaitu juga pada 01 Februari 2014; dan
v) En. Razak bin Mohd, Pembantu Makmal,
C26 dari Bahagian Forensik yang akan
bersara wajib pada 18 Februari 2014 .
9 | P a g e
6. Sukacita dimaklumkan bahawa seorang
warga Kimia Malaysia telah diluluskan
pemangkuan pada bulan Februari iaitu Pn.
Norizan binti Jaafar, pegawai sains gred C52
dari Bahagian BKP memangku Gred C54
berkuatkuasa 03 Februari yang lalu dan
ditempatkan di Seksyen Makanan, Bahagian
KAS;
7. Jabatan ini turut menerima 6 orang
kakitangan baru. Mereka ialah:
1. En. Fazarizul Azmi bin Hawari, Gred C17
yang ditempatkan di Bahagian KAS,
10 | P a g e
2. En. Nazwantul Idlan bin Mohammad
Rushle, Gred C17 ditempatkan di JKMC
Perak,
3. Pn. Sakinah binti Shahrin, Gred C17 juga
ditempatkan di JKMC Perak,
4. En. Sarkawi bin Yusop, Gred C17
ditempatkan di JKMC Johor,
5. En. Amir Hasbullah bin Salim, Gred C17
ditempatkan di JKMC Johor, dan
6. En. Janti anak Lanyon, Gred N11
ditempatkan di JKMC Kedah
8. Diharapkan semoga mereka dapat
menjalankan tugas dengan cemerlang bagi
11 | P a g e
memacu dan membawa Kimia Malaysia ke
mercu kegemilangan pada masa akan datang.
Hadirin sekalian
MESYUARAT HOD
8. Pada 20 – 23 Januari 2013 yang lalu,
Jabatan Kimia Malaysia telah mengadakan
Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian (HOD) Bil.
1/2014. Mesyuarat ini telah dipengerusikan
oleh saya sendiri selaku Ketua Pengarah Kimia
Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh En.
Chang Hon Fong, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi), Tn. Hj. Ismail bin Talib, Timbalan
Ketua Pengarah (Dasar), Pengarah-pengarah
Bahagian, Pengarah-Pengarah Cawangan,
12 | P a g e
Ketua Seksyen-Ketua Seksyen serta Ketua
Unit-Ketua Unit. Diantara perkara yang
dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah
pembentangan pencapaian tahun 2013 dan
membincangkan pelan tindakan 2014 bagi
IbuPejabat serta Makmal Cawangan,
pembentangan status StarLIMS,
pembentangan pengagihan peruntukan
perbelanjaan 2014 serta perbincangan isu
pengurusan dan isu teknikal.
Hadirin sekalian
AMANAT 2014 KETUA SETIAUSAHA
NEGARA
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
13 | P a g e
8. Pada 20 Januari lalu pula telah
berlangsungnya sesi pertemuan Y. Bhg. Dato’
Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
bersama Penjawat Awam di Putrajaya
International Convention Centre (PICC) di
mana beliau telah menyampaikan beberapa
amanat untuk dipraktikkan dan dizahirkan oleh
seluruh penjawat awam khususnya pada tahun
2014 ini. Antara intipati amanat beliau adalah:
i) Memperkasakan dasar transformasi
negara – Transformasi yang
dimaksudkan adalah bersifat structural,
iaitu kepada dasar negara dan sistem
penyampaian perkhidmatan awam yang
berupaya meningkatkan daya saing
14 | P a g e
negara. Hanya dengan cara inilah,
negara kita akan berupaya mencapai
kadar pertumbuhan ekonomi yang
mampan. Hadirin sekalian pasti bertanya
apakah hubungkait transformasi yang
dicanangkan dengan penjawat awam.
Sebenarnya, apabila transformasi yang
dilakukan berupaya meningkatkan daya
saing negara, menjanakan kadar
pertumbuhan ekonomi yang positif,
Kerajaan akan dapat mempertimbangkan
insentif dan kemudahan-kemudahan lain
untuk kebajikan penjawat awam.
Penjawat awam diingatkan mengenai
15 | P a g e
perlunya meneruskan usaha
melaksanakan segala program
transformasi yang telah diperkenalkan
oleh Kerajaan.
ii) Penjawat Awam perlu taat setia
kepada Raja, Negara dan Kerajaan -
Sebagai tunjang kepada pelaksanaan
dasar negara, penjawat awam perlulah
menumpukan segala usaha dan tenaga
ke arah memenuhi keperluan
stakeholders kita. Dalam erti kata lain,
kita perlu menumpukan taat setia yang
tidak berbelah bagi kepada Raja, Negara
dan Kerajaan seperti yang digariskan
dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini
16 | P a g e
adalah penting demi memastikan
kesinambungan pelaksanaan dasar dan
kejayaan program serta inisiatif yang
diperkenalkan oleh Kerajaan. Sekiranya
prinsip asas ini tidak dipatuhi dan
dihayati, maka ia akan menjejaskan
keyakinan rakyat kepada perkhidmatan
awam negara serta mendatangkan
implikasi yang lebih meluas dari segi
pelaburan asing yang mungkin terjejas
akibat dasar yang tidak konsisten atau
dilaksanakan sepenuhnya.
iii) Langkah-langkah Perbelanjaan
Berhemat Sektor Perkhidmatan Awam
- Perkhidmatan Awam telah memainkan
17 | P a g e
peranan ke arah mengurangkan
perbelanjaan awam dengan
pengumuman 11 langkah perbelanjaan
berhemat yang digariskan oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri.
Langkah-langkah ini mencerminkan
penjawat awam turut berkongsi impak
pengurangan perbelanjaan bersama
rakyat, selaras dengan konsep
‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’.
iv) Keprihatinan Kerajaan Terhadap
Penjawat Awam - Dalam keadaan
beberapa negara menghadapi
kemelesetan ekonomi, pengangguran
18 | P a g e
dan ketidakstabilan politik, Kerajaan
Malaysia masih mampu menyediakan
pelbagai ganjaran dan insentif kepada
penjawat awam. Antaranya; kenaikan
gaji penjawat awam sebanyak 7% hingga
13% berkuat kuasa 1 Januari 2012;
penambahan gaji maksimum sebanyak 3
KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) dalam
struktur gaji bagi setiap gred untuk
membolehkan pegawai yang berada di
gaji maksimum menikmati Pergerakan
Gaji Tahunan; penambahan satu (1)
Kenaikan Gaji Tahunan bagi semua
penjawat awam; kenaikan pencen
tahunan sebanyak 2% setiap tahun mulai
19 | P a g e
1 Januari 2013; dan pemberian Imbuhan
Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi
pada tahun 2013 sebanyak setengah
bulan gaji atau minimum RM500. Selain
ganjaran dan insentif yang sebutkan tadi,
Kerajaan juga mengambil langkah untuk
memantapkan pembangunan kerjaya
penjawat awam melalui penambahbaikan
81 skim perkhidmatan seperti yang
diumumkan dalam Bajet 2014 yang
merangkumi: kenaikan taraf skim
perkhidmatan berikutan penetapan
kelayakan masuk minimum kepada
peringkat Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Dengan penambahbaikan
20 | P a g e
tersebut, skim-skim perkhidmatan di gred
gaji 1 hingga gred gaji 10 di naik taraf
kepada gred gaji 11; penggabungan skim
perkhidmatan dengan tujuan
mengembangkan pelbagai
kepakaran/kemahiran, penambahbaikan
peluang kemajuan kerjaya dan mobiliti
pegawai. Melalui proses ini, 19 skim
perkhidmatan telah digabungkan kepada
7 skim perkhidmatan; dan pewujudan
skim perkhidmatan bersepadu dengan
tujuan penambahbaikan peluang
kemajuan kerjaya berasaskan
kesinambungan perkhidmatan yang
melibatkan penggabungan 9 skim
21 | P a g e
perkhidmatan kepada 5 skim
perkhidmatan. Untuk tahun 2014, seratus
(100) lagi skim perkhidmatan akan dikaji
semula dan ditambah baik. Saya
difahamkan itu termasuklah skim
perkhidmatan sains.
Kerajaan turut mengambil berat tentang
masalah kemampuan penjawat awam
memiliki rumah dengan harga yang
berpatutan. Menyedari hakikat ini,
Kerajaan telah melancarkan Skim
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
(PPA1M). Ini adalah kesungguhan dan
komitmen tidak berbelah bahagi
22 | P a g e
Kerajaan untuk sentiasa mengutamakan
penjawat awam yang merupakan nadi
penggerak jentera pentadbiran Kerajaan.
9. Amanat lengkap boleh didapati di laman
intranet Jabatan. Diharap semua warga Kimia
meluangkan masa untuk membaca amanat
yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ KSN
seterusnya mengaplikasikan amanat yang
telah diberikan.
Hadirin Sekalian
PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT
KEMENTERIAN
23 | P a g e
10. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada
Puspanita Kimia Malaysia kerana telah berjaya
menjadi tuan rumah bagi pertandingan nasyid
puspanita peringkat Kementerian pada 23
Januari 2014 yang lalu. Sebanyak 6 pasukan
telah bertanding pada hari pertandingan
tersebut. Saya difahamkan YBhg. Datin
Rohanah, Pengerusi PUSPANITA
Kementerian berpuashati dengan penganjuran
nasyid ini. Saya juga ingin merakamkan
sekalung tahniah buat kumpulan nasyid
Jabatan Kimia yang diketuai oleh Pn. Haznita
Rose dari Bahagian PJK dan diuruskan oleh
Pn. Shuzeleene Faris kerana telah berjaya
menggondol tempat pertama. Saya mendapat
24 | P a g e
tahu bahawa pasukan nasyid Kimia Malaysia
hanya dapat berlatih selama seminggu
sebelum pertandingan dijalankan.
11. Terima kasih juga kepada Pengarah
Bahagian dan Ketua Seksyen yang
memberikan pelepasan bagi ahli pasukan
nasyid untuk menjalani latihan nasyid awal
setengah jam dari masa rehat. Ini
membuktikan bahawa kerja berpasukan amat
penting dalam memastikan kejayaan sesuatu
tugasan. Adalah tidak menjadi kesalahan bagi
kakitangan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
sebegini, walau bagaimanapun saya berharap
kerja hakiki diutamakan dan tidak diabaikan.
25 | P a g e
Hadirin Sekalian
CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL
12. Untuk makluman semua, selepas tamat
majlis perhimpunan kita pada hari ini, Pemurni
akan menganjurkan satu ceramah sempena
Maulidur Rasul yang bertajuk “Rasulullah
Qudwah Umat: Dimana Kita Dengan
Rasulullah” yang akan disampaikan oleh
Ustaz Roslan bin Mohamed (penceramah
jemputan TV9) bertempat di Dewan Syarahan,
Aras 1, Bangunan Forensik. Sambutan
Maulidur Rasul ini akan diserikan dengan
selawat dan qasidah oleh pelajar tahfiz. Saya
menyeru agar kakitangan yang berkelapangan
26 | P a g e
hadir bagi memeriahkan lagi majlis agama
yang di anjuran pada kali ini.
PENUTUP
13. Akhir sekali, pesanan saya kepada
semua warga KIMIA supaya marilah kita
bersama-sama merapatkan saf dan memahat
azam di sanubari dalam menjayakan agenda
kita pada tahun ini untuk menempa kejayaan
yang lebih manis dan besar. Yang terpenting
ialah untuk merealisasikan wawasan KIMIA
Malaysia untuk menjadi peneraju dalam
penyelesaian saintifik pada tahun 2020.
Disamping itu tidak lupa juga kita untuk sama-
27 | P a g e
sama berdoa semoga segala usaha murni kita
sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt.
14. Dengan kata-kata itu tadi dan dengan
semangat 1Malaysia dan 1KIMIA, saya akhiri
ucapan saya pada pagi ini dengan lafaz
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.