22
SA/TU/2012 TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 1/2012 ____________________________________ 12 JANUARI 2012 (KHAMIS) IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

TEKS UCAPAN

KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BIL. 1/2012

____________________________________

12 JANUARI 2012 (KHAMIS)

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

Majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

MUKADIMAH

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur

dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana

dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita

bersama-sama berkumpul pada pagi ini di

Majlis Perhimpunan Ibu Pejabat Jabatan Kimia

Malaysia bagi Bulan Januari 2012.

Terima kasih kepada Pengarah dan

semua pegawai serta kakitangan Bahagian

Forensik sebagai penganjur majlis

perhimpunan pada kali ini.

2. Terlebih dahulu saya ingin

menyampaikan berita gembira yang

Page 4: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

dinantikan. Dengan bangganya dimaklumkan

bahawa Bahagian Forensik Ibu Pejabat dan

Makmal Cawangan Pulau Pinang dan Bintulu

telah berjaya mendapat akreditasi ASCLD/LAB

International. Syabas dan tahniah kepada

Pengarah Bahagian Forensik dan Pengarah

Kimia Cawangan Pulau Pinang dan Bintulu

serta semua pegawai dan kakitangan yang

terlibat.

3. Ketibaan tahun baru selalunya sangat

dinanti-nantikan dan akan menyemarakkan

berbagai emosi seperti keriangan, harapan dan

azam baru. Tidak ketinggalan juga kekhuatiran

atau kebimbangan. Ini adalah kerana tahun

Page 5: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

2012 ini akan membawa bersama berbagai

cabaran dan harapan untuk kita.

4. Pada kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada

semua warga Kimia Malaysia. Semoga

kedatangan tahun baru ini akan dapat

menyuntik azam baru di hati sanubari kita

semua untuk berusaha lebih gigih lagi bagi

meningkatkan kualiti dan produktiviti

perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi.

PRESTASI 2011

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Page 6: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

5. Seorang pujangga pernah berkata

“Study the past, if you would divine the

future”. Maksudnya, untuk maju kehadapan,

kita perlu merenung perkara yang lepas

dengan mempelajari daripada kelemahan-

kelemahan dan kejayaan.

Dalam konteks Kimia Malaysia, mari kita

soroti peristiwa tahun lalu untuk dijadikan

panduan bagi kita maju kehadapan dengan

lebih yakin dan cemerlang berbekalkan nilai-

nilai utama seperti profesionalisme, dedikasi,

integriti, akauntabiliti, ketelusan, produkttif,

inovatif dan komunikasi berkesan.

Page 7: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

6. Saya ingin memaklumkan beberapa

pencapaian kita pada tahun 2011. Kejayaan

Jabatan untuk mengekalkan pensijilan dan

akreditasi dalam standard antarabangsa telah

banyak meningkatkan imej Jabatan dan

negara Malaysia di mata dunia. Tahniah kita

ucapkan kepada semua pegawai yang

bertungkus-lumus memastikan standard

practice kita sentiasa mematuhi ISO 9001, ISO

IEC 17025, ISO 18001 dan ASCLD/LAB.

7. Pada tahun pertama pelaksanaan

Rancangan Malaysia Kesepuluh, saya gembira

kerana Jabatan berjaya mengekalkan

momentum dan mengikut jadual pelaksanaan

Page 8: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

projek yang ditetapkan. Tahun 2011 juga

menyaksikan Jabatan Kimia Malaysia telah

berjaya melepasi 10 daripada 11 Key

Performance Indicator yang ditetapkan

Kementerian. Antara KPI tersebut adalah:

a) Kaedah-kaedah Analisis Baru

Sasaran : 12 kaedah

Pencapaian : 50 kaedah (417%)

b) Penulisan Saintifik

Sasaran : 20 penulisan

Pencapaian : 23 penulisan (115%)

Page 9: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

c) Pembagunan Sumber Manusia (talent)

Sasaran : 600 orang

Pencapaian : 1,681 orang (281%)

d) Projek-projek Komuniti

Sasaran : 10 aktiviti

Pencapaian : 14 aktiviti (140%)

e) Program Kesedaran Sains

Sasaran : 50 aktiviti

Pencapaian : 147 aktiviti (294%)

f) Kepuasan Pelanggan

Sasaran : 99%

Pencapaian : 99.6%

Page 10: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

Untuk makluman tuan-puan, semua sasaran

tersebut telah ditetapkan oleh Yang Berhormat

Menteri MOSTI sendiri untuk mencabar

kemampuan warga Kimia. Dahulunya, saya

agak sedikit risau tetapi sekarang melihat hasil

usaha gigih kita selama ini telah membuktikan

kesemua cabaran tersebut dengan bangganya

dapat dicapai malah melebihi 100%. Syabas

dan tahniah!

8. Satu lagi inisiatif yang membuktikan

komitmen Jabatan terhadap perkhidmatan

berpaksikan pelanggan ialah dengan

terlaksana impian kita untuk mempunyai

Page 11: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

'Mobile Laboratory' atau Makmal Bergerak

untuk membolehkan kita memberi

perkhidmatan analisis Kimia walau di mana

kita berada. Dengan kecanggihan teknologi ini

dijangka kita dapat meningkatkan keupayaan

teknikal dan bidang kerja baru,

mempercepatkan pengeluaran laporan Kimia

dan seterusnya meningkatkan kepuasan

pelanggan. Saya dimaklumkan 'Majlis

Pelancaran Makmal Bergerak' ini akan

diadakan pada pagi ini. Jadi, saya berharap

semua warga Kimia dapat turut serta

menyaksikan detik sejarah ini.

Page 12: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

9. Tahun 2011 juga agak mencabar kerana

peruntukan kewangan Jabatan dikurangkan

hampir 9% daripada tahun sebelumnya tetapi

sayangnya kita hanya belanjakan 95% sahaja

daripada jumlah peruntukan RM96,835,480.33

sedangkan pada 2010 kita membelanjakan

hampir 97% daripada peruntukan keseluruhan

RM106,450,300.00. Ini menunjukkan bahawa

kita tidak menggunakan sepenuhnya

peruntukan yang kita sendiri pohon. Oleh

sebab itu baki wang tersebut terpaksa

dipulangkan kepada pihak kementerian. Saya

harap pada tahun 2012 ini perancangan

perbelanjaan hendaklah dimantapkan betul-

betul supaya wang yang diperuntukkan dapat

Page 13: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

diguna untuk kemajuan Jabatan. Untuk

makluman, jumlah peruntukan tahun 2012 ini

hampir 10% berkurang daripada tahun 2011.

10. Pelbagai usaha juga telah dijalankan

pada tahun 2011 untuk memastikan kualiti,

prestasi kerja dan motivasi pekerja meningkat.

Antara usaha tersebut adalah Kajian Kepuasan

Pekerja yang meliputi beberapa aspek seperti

kepuasan terhadap iklim organisasi, kepuasan

dalam bekerja dan kemudahan fizikal yang

disediakan. Majoriti daripada 314 responden

berpuas hati dengan ketiga-tiga aspek tadi.

Walau bagaimanapun, kita tidak menyangkal

bahawa terdapat peratusan kecil yang kurang

Page 14: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

berpuas hati, maka sebab itulah Pihak

Pengurusan mengambil inisiatif menjalankan

Kajian Kepuasan Pekerja ini dan berusaha

untuk menyediakan kemudahan yang optimum

kepada semua warga kerja.

11. Usaha lain adalah program penerapan

nilai-nilai murni yang bertujuan untuk

membentuk warga kerja Kimia Malaysia yang

berbudi bahasa dan berakhlak mulai. Namun

begitu, kesan daripada pelaksanaan program

ini selama hampir tiga tahun belum

memuaskan. Ini terbukti melalui indeks

keseluruhan Audit Nilai yang dicapai tidak

banyak ber ubah iaitu berada disekitar 75%.

Page 15: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

12. Keadaan ini diburukkan lagi dengan

pertambahan bilangan kes tatatertib daripada

hanya 6 orang pada tahun 2010 kepada 12

orang di tahun 2011. Kebanyakan kes

tatatertib tersebut adalah daripada kes tidak

hadir bertugas dan penipuan; iaitu

mengemukakan sijil cuti sakit palsu. Situasi ini

tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menjadi

barah jika tidak dibendung.

Saya minta semua Pengarah, Ketua

Seksyen dan Ketua Unit memantau pegawai

dan kakitangan masing-masing. Saranan saya

kepada seluruh warga Kimia, sama-samalah

kita berusaha untuk merubah diri kita untuk

Page 16: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

menjadi insan yang lebih baik dan sebagai

peringatan, saya tegaskan di sini sekali lagi

bahawa saya tidak akan berkompromi dengan

sebarang salah laku di kalangan pegawai dan

kakitangan Jabatan.

PERANCANGAN 2012

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

13. Apakah pula yang akan kita hadapi pada

tahun 2012? Berikut adalah sedikit peringatan

untuk makluman dan tindakan kita semua;

a) Memastikan Rancangan Malaysia

Kesepuluh pada tahun kedua ini berjalan

Page 17: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

seperti yang dijadual atau boleh kita 'advance'

sedikit;

b) Memastikan prestasi kerja dan KPI

Jabatan dipantau secara bulanan supaya

sentiasa peka dengan prestasi semasa; dan

c) Memastikan setiap warga Kimia

melaksanakan inisiatif-inisiatif baru melalui

inovasi samada dalam pengurusan mahupun

teknikal serta meningkatkan keupayaan diri

supaya lebih baik dalam semua segi.

14. Sebaga Ketua Jabatan, ini adalah sedikit

amanat saya untuk tahun baru kepada seluruh

warga kerja Jabatan Kimia Malaysia samada di

Page 18: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

Ibu Pejabat mahupun cawangan-cawangan

negeri;

Pertama sekali, ingatlah akan matlamat

serta misi kita dan budayakanlah nilai-nilai

murni dan etika kerja dalam diri seperti sikap

berbudi bahasa, profesional dan kerja

berpasukan atau teamwork; kerana 'no man is

an island'. Kita juga mesti berkebolehan untuk

berkomunikasi dengan baik supaya dapat

melakukan perubahan dalam gaya hidup;

berkomunikasi bukan sahaja pandai bercakap

tetapi juga mesti menjadi pendengar yang baik!

Oleh itu, kita perlu menghisab diri dan

bertanya pada diri sendiri, “Mengapakah saya

bekerja dalam profesion ini dan mengapa saya

Page 19: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

memilih Jabatan Kimia?”. Mungkin ada yang

menjawab “Aku bekerja hanya untuk mendapat

gaji” tetapi pernahkah kita ikhlas dalam

melaksanakan kerja. Bagi saya, ia sepatutnya

menjadi pegangan hidup.

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

15. Sebelum saya mengakhiri ucapan pada

pagi ini, ingin saya berkongsi suatu cerita

pendek mengenai keikhlasan bekerja yang

dipetik dari 'Unknown Author'.

Cerita ini adalah mengenai seorang

tukang kayu tua yang ingin bersara dari

pekerjaannya. Maka hasrat untuk bersara

Page 20: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

diberitahu kepada majikannya. Oleh kerana

sayang untuk melepaskan Tukang Kayu itu,

maka Majikan tersebut meminta Tukang Kayu

untuk menyiapkan sebuah rumah lagi, iaitu

yang terakhir. Tukang Kayu bersetuju tetapi

kerjanya dibuat hanya sekadar untuk siap,

tidak teliti seperti kebiasaannya. Apabila rumah

tersebut siap, Majikan mengajak Tukang Kayu

melihat rumah tersebut dan memberikan kunci

rumah kepada beliau. Rupa-rupanya rumah

tersebut adalah hadiah dari Majikan untuk

Tukang Kayu. Alangkah kesalnya Tukang

Kayu kerana tidak membina rumah tersebut

dengan baik dan cantik, rupa-rupanya rumah

tersebut adalah untuk dirinya sendiri.

Page 21: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

16. The moral of the story is that we build

our lives a day at a time, often putting less than

our very best into its construction. When we

realize we have to live in the house we have

built, we are shocked! If only we could do it all

over again, we would have done it much

differently. But we cannot turn back the clock.

YOU, are the carpenter of your own lives.

Each day, you hammer a nail, place a board,

erect a wall. “Life is a do-it-yourself project,”

someone has said. Your attitude and the

choices you make today build the “house” you

live in tomorrow.

Page 22: TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA … ucapan kp... · SA/TU/2012 Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara Majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera

SA/TU/2012

Mengambil petikan dari Confucius:

“When it is obvious that the goals cannot be

reached, don’t adjust the goals, adjust the

action”

Dengan semangat 1Malaysia dan 1KIMIA saya

akhiri ucapan saya pada pagi ini dengan lafaz

Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.