36
TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR KETUA PENGARAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA DI PERHIMPUNAN AWAL TAHUN JANUARI 2014 Tarikh: 5 Februari 2014 Masa: 8.00 pagi Tempat: Auditorium KR Soma, Wisma Tun Sambanthan Bismillah Hirrahmanirahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Terima kasih saudari pengacara majlis Yang Berusaha En Kamalruddin bin Shamsudin Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Yang Berusaha Dr Dahlia bt Rosly Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Pengarah-pengarah JPBD Negeri, Bahagian, dan Ketua-ketua Unit, Dato’- Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga JPBD yang saya hormati sekalian 1

TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

TEKS UCAPAN

YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR

KETUA PENGARAH JPBD SEMENANJUNG MALAYSIA

DI PERHIMPUNAN AWAL TAHUN JANUARI 2014

Tarikh: 5 Februari 2014

Masa: 8.00 pagi

Tempat: Auditorium KR Soma, Wisma Tun Sambanthan

Bismillah Hirrahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Terima kasih saudari pengacara majlis

Yang Berusaha En Kamalruddin bin Shamsudin

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan

Yang Berusaha Dr Dahlia bt Rosly

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan

Pengarah-pengarah JPBD Negeri, Bahagian, dan Ketua-ketua Unit, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga JPBD yang saya hormati sekalian

1

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

1.0 PENGENALAN

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat

Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, kita masih

diberi kesempatan untuk hadir bersama dalam Majlis Perhimpunan Awal

Tahun 2014 ini. Diharap masih tidak terlambat saya ucapkan Selamat

Tahun Baru kepada semua warga JPBD semoga kita akan lebih cemerlang

dan bersemangat untuk menempuh segala cabaran yang mendatang.

Seperti yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum, perhimpunan ini

merupakan perhimpunan awal tahun yang terakhir bagi saya sebagai

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia dan juga Ketua Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa.

Pada 26 Februari 2014, genaplah 9 tahun saya bertugas sebagai Ketua

Pengarah dan 35 tahun dalam perkhidmatan awam bersama JPBD. Satu

pengalaman yang sungguh panjang untuk bersama-sama perkembangkan

perkhidmatan perancangan bandar seperti yang kita kenali kini yang telah

mencapai satu tahap pengikhtirafannya tersendiri.

2.0 AMANAT YBHG. TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati

sekalian.

Disini ingin saya menyentuh beberapa amanat YBhg. Tan Sri Dr. Ali

Hamsa Ketua Setiausaha Negara dalam Majlis Amanat KSN 2014 yang

2

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

telah diadakan pada 20 Januari 2014. Sebelum ini YBhg. Tan Sri KSN juga

turut mengingatkan sekali lagi amanat YAB. Perdana Menteri terhadap

Dasar Transformasi Negara Perlu Terus Diperkasakan.

Keadaan ekonomi dunia pada masa ini memberikan kelebihan kepada

negara-negara yang melakukan transformasi. Transformasi yang

dimaksudkan adalah bersifat structural, iaitu kepada dasar negara dan

sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berupaya

meningkatkan daya saing negara. Sebagai penjawat awam berperanan

mendukung dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara supaya

Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020. Hubungkait transformasi yang dicanangkan dengan

penjawat awam. berupaya meningkatkan daya saing negara,

menjanakan kadar pertumbuhan ekonomi yang positif, Kerajaan akan

dapat mempertimbangkan insentif dan kemudahan-kemudahan lain

untuk kebajikan penjawat awam.

Usaha transformasi Kerajaan telah menampakkan kejayaan apabila

Malaysia telah berjaya mendaki ke kedudukan ke-6 daripada 189 buah

3

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

negara ekonomi dunia di dalam Laporan World Bank Doing Business

Report 2014.

Menjadi tanggungjawab para penjawat awam mengenai perlunya

meneruskan usaha melaksanakan segala program-program

transformasi yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan dalam menuju

Wawasan 2020. Justeru, para penjawat awam perlu melipat gandakan

usaha memastikan kesinambungan inisiatif transformasi yang telah

diperkenalkan sehingga ia membawa kepada kejayaan yang disasarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Antara lain amanat yang disampaikan

oleh YBhg Tan Sri ialah :

2.1. Memperkasa Tadbir Urus Dan Integriti Perkhidmatan Awam

Perhatian perlu diberi dalam memperkasakan sistem tadbir urus dan integriti perkhidmatan awam. Integriti merupakan asas kepada

tadbir urus kerajaan yang baik, dimana pencapaian Malaysia di dalam Global Corruption Index (GCI) menunjukkan peningkatan daripada skor 4.9 pada tahun 2012 kepada 5.0 pada tahun 2013. Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2012 didapati masih

menunjukkan berlakunya ketidakpatuhan kepada peraturan dan

prosedur kewangan. Sebanyak 378 teguran telah dibuat dalam

4

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang melibatkan 111 (29%) teguran bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan, 38 (10%) teguran bagi Badan Berkanun dan 229 (61%) teguran bagi negeri. Manakala sebanyak 267 (71%) teguran audit melibatkan penambahbaikan peraturan, prosedur dan proses kerja dan tindakan penambahbaikan ini telah dan sedang diambil oleh agensi

terlibat. Selain itu 111 (29%) teguran melibatkan 121 kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas. Jesteru itu Jabatan memandang serius kepada perkara ini dan

Jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan di peringkat kementerian

serta SPRM telahpun menjalankan siasatan dan tindakan tatatertib

serta pendakwaan akan diambil terhadap mereka yang melakukan

penyelewengan, menyalah guna kuasa dan salah laku. Sehubungan

itu, semua Kementerian/ Jabatan telah diminta untuk meneliti semula peraturan-peraturan, prosedur dan proses kerja sedia ada dan

tindakan pembetulan adalah perlu supaya ketidakpatuhan tidak

berterusan yang boleh membuka ruang kepada penyelewengan.

Selain itu, tindakan pemantauan hendaklah dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut jadual dan

kelemahan serta kesilapan dapat dikesan lebih awal. Semua pegawai diingatkan agar melaksanakan projek mengikut peraturan yang digariskan dan mengambil iktibar daripada perkara ini serta bersama-

sama memikul tanggungjawab memastikan Perkhidmatan Awam

5

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

ditadbir dengan penuh integriti serta sentiasa mematuhi peraturan

kewangan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

PENUBUHAN UNIT INTEGRITI JPBDSM

Lanjutan daripada perkara yang telah digariskan tersebut, Jabatan

Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan

Bil.6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa 1 Oktober 2013, bertujuan

memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul

dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan

semangat patriotisme. JPBD telah menubuhkan unit Integriti Jabatan

bermula 6 Januari 2014. Unit integriti telah beroperasi di Wisma UOA

Damansara dan mempunyai 5 orang pegawai. Penubuhan unit ini

merupakan usaha kawalan dalaman agensi untuk menguruskan

integriti dalam organisasi.

2.2. Langkah-Langkah Perbelanjaan Berhemat Sektor Perkhidmatan Awam

Secara rasionalisasinya subsidi yang perlu dilakukan demi mengukuhkan kedudukan fiskal negara dan mengurangkan bajet defisit negara, dilaksanakan secara beransur-ansur kerana Kerajaan prihatin kepada kebajikan rakyat. Jesteru itu Perkhidmatan Awam telah memainkan peranan ke arah

6

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

mengurangkan perbelanjaan awam selaras dengan pengumuman 11

langkah-langkah perbelanjaan berhemat yang digariskan oleh YAB.

Perdana Menteri. 11 langkah-langkah tersebut ialah:

• Pengurangan Imbuhan Tetap Keraian bagi pegawai kanan Kerajaan

dikurangkan di antara 5 hingga 10 peratus;

• Pengurangan kemudahan bayaran tol yang diberi kepada pegawai

kanan Kerajaan daripada RM50 sehingga RM100;

• Pindaan kelayakan kelas tempat duduk penerbangan untuk

perjalanan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam;

• Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik pada tahun

2014;

• Pembekuan pengubahsuaian ruang pejabat;

• Pengoptimuman penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk

mengurangkan sewaan premis bagi kegunaan sebagai pejabat;

• Pelantikan perunding (consultant) perlu mendapat kelulusan

Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) terlebih

dahulu;

• Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara (event

management) serta pemberian sagu hati dan cenderamata;

• Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa

penganjuran mesyuarat dan majlis rasmi Kerajaan;

• Pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner)

bagi penganjuran mesyuarat dan majlis rasmi Kerajaan; dan

• Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia

(1MTC) dan juga kemudahan di institusi milik Kerajaan.

7

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Hadirin yang di hormati sekalian, sebelas (11) langkah penjimatan

yang telah diumum dan dilaksanakan didalam sektor Awam bagi

mengurangkan perbelanjaan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014. Pendekatan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk

berbelanja secara berhemat didalam tahun 2014. Langkah-langkah

penjimatan yang lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara

berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa. Langkah-

langkah penjimatan ini menunjukkan kerajaan sendiri boleh

mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan sistem

penyampaiannya kepada rakyat.

2.3. Untuk Tahun 2014, Seratus Lagi Skim Perkhidmatan Akan Dikaji Semula Dan Ditambah Baik.

Walaupun Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengurus

hal-ehwal ekonomi, sosial dan politik, namun Kerajaan tidak mengabaikan kebajikan dan nasib penjawat awam. Sesuatu dasar

yang ingin dilaksanakan akan diteliti YAB Perdana Menteri akan impak

kewangan kepada penjawat awam. Dalam keadaan beberapa negara

menghadapi kemelesetan ekonomi, pengangguran dan ketidakstabilan

politik, Kerajaan Malaysia masih mampu menyediakan pelbagai

ganjaran dan insentif kepada penjawat awam. Antaranya:

8

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

• kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 7% hingga 13% berkuat

kuasa 1 Januari 2012;

• penambahan gaji maksimum sebanyak 3 KGT (Kenaikan Gaji

Tahunan) dalam struktur gaji bagi setiap gred untuk membolehkan

pegawai yang berada di gaji maksimum menikmati Pergerakan Gaji

Tahunan;

• penambahan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan bagi semua penjawat

awam;

• kenaikan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi

mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 1 Januari

2012;

• kenaikan pencen tahunan sebanyak 2% setiap tahun mulai 1

Januari 2013; dan

• pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada

tahun 2013 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.

Disamping itu juga Kerajaan turut mengambil langkah untuk

memantapkan pembangunan kerjaya penjawat awam melalui

penambahbaikan skim perkhidmatan seperti yang diumumkan

dalam Bajet 2014 yang merangkumi:

• kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan penetapan kelayakan

masuk minimum kepada peringkat Penilaian Menengah Rendah

(PMR). Dengan penambahbaikan tersebut, skim-skim perkhidmatan

di gred gaji 1 hingga gred gaji 10 di naik taraf kepada gred gaji 11;

9

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

• penggabungan skim perkhidmatan dengan tujuan mengembangkan

pelbagai kepakaran/kemahiran,

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR

Diatas inisiatif tersebut saya ingin mengucapkan tahniah diatas

penambahbaikan keatas skim Perancangan Bandar dan Desa

sebagaimana terkandung didalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 & 12

/2013: Penjumudan Skim Perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar

dan Desa, pindaan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang

Bandar dan Desa serta Pelukis Pelan seperti berikut;

i. Juruteknik Perancang bandar dan Desa Gred J17/J22/J26

• Bagi Juruteknik yang dilantik sebelum tahun 1989, secara terus

akan ditukar lantik kepada JA 29

• Bagi Juruteknik yang memenuhi syarat akan ditawarkan pertukaran

perlantikan ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang

bandar dan Desa Gred JA 29

• Bagi Juruteknik yang tidak memenuhi syarat akan diperlukan

mengambil peperiksaan untuk layak ke perkhidmatan Penolong

Pegawai Perancang bandar dan Desa Gred JA 29

ii. Pelukis Pelan Gred J17/J22/J26

10

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

• Kerajaan telah memutuskan supaya skim perkhidmatan Pelukis

Pelan Gred J17/J22/J26 bidang Senibina dijadikan skim

perkhidmatan bersepadu.

2.4. Mengadun Bakat Bestari, Mencipta Kejayaan Lestari

Dalam memacu Malaysia sebagai sebahagian daripada kelompok

negara maju, Perkhidmatan Awam Negara dengan jumlah 1.4 juta

orang penjawat awam dilihat sebagai aset modal insan yang berharga.

Pun begitu, di era Open Talent atau Bakat Terbuka ini, penekanan

diberikan kepada pegawai yang mempunyai pelbagai kemahiran atau

multi-skills. Menyedari peredaran era yang begitu pantas, Jabatan

harus melihat pengurusan bakat menerusi perspektif yang berbeza;

lensa baharu untuk realiti baharu. Mencatur modal insan perlu dilihat

dari segi kemampuan menyumbang kepada keberhasilan yang negara

perlukan.

Demi memastikan cita-cita pemerkasaan bakat terbaik, Jabatan bukan

sahaja perlu sentiasa mengasah, bahkan mempelbagaikan bakat dan

kebolehan. Seiring dengan transformasi Perkhidmatan Awam, tugasan

sesebuah bahagian di sesebuah jabatan tidak lagi tertakluk kepada

gaya kerja rutin. Kini, sektor awam menjadi semakin elastik, bersifat

fleksibel dan pantas beradaptasi. Justeru, kepelbagaian keupayaan

pada seseorang pegawai berupaya memenuhi keperluan ini.

11

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

2.5. Pecutan Transformasi Perkhidmatan Awam: Strategi Inovatif, Pendekatan Kolaboratif

Sepertimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri di dalam Ucapan Bajet 2014, Transformasi Perkhidmatan

Awam menjadi satu kemestian bagi mengukuh dan menyusun semula

organisasi supaya relevan dengan perkembangan semasa. Malahan,

usaha ini perlu dilaksanakan di semua kementerian. Sehubungan itu,

dua agensi yang menjadi enjin utama Kerajaan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Negara memulakan agenda transformasi ini. Sebagai agensi perintis, kedua-dua agensi

utama ini menjadi contoh terbaik sama ada dari segi penstrukturan

organisasi, sistem dan cara kerja atau pun etos dan budaya jabatan.

2.6. Strategi Lautan Biru Kebangsaan : Merancak Pelaksanaan Berimpak

Sebagai strategi penjimatan perbelanjaan Kerajaan pula, kolaborasi

strategik melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) perlulah di

perkasa bukan sekadar merentasi kementerian dan jabatan, malahan

ia perlu bermula di peringkat unit, seksyen dan bahagian di sesebuah

kementerian atau jabatan. Strategi NBOS akan terus dipergiat

berpaksikan empat (4 ) prinsip utama iaitu:

12

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

• Impak positif yang tinggi (faedah ketara kepada Rakyat);

• Kos yang minima (kos yang lebih rendah daripada kaedah

konvensional);

• Pelaksanaan Pantas (impak dapat dirasai dalam masa yang

singkat); dan

• Perubahan yang Mampan (boleh diaplikasikan untuk projek yang

lain & perubahan minda serta budaya).

Di dalam kontek ini Jabatan melalui Unit NKRA sebagai urusetia telah

ditugaskan untuk merealisasikan pelaksanaan NBOS diperingkat

KPKT.

2.7. Perkhidmatan Awam Sebagai Perkhidmatan Rakyat

Penggal terakhir sebelum detik bersejarah tahun 2020 akan

memperlihatkan usaha transformasi Perkhidmatan Awam terus di

perkasa. Untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai

sebuah perkhidmatan rakyat, konsep Merakyatkan Perkhidmatan

Awam telah diperkenalkan dimana sebuah Perkhidmatan Awam yang

unggul adalah berteraskan 6 prinsip utama iaitu:

• Keterbukaan – bermaksud mengamalkan minda terbuka dan

sentiasa mudah untuk didekati oleh pelanggan yang memerlukan

khidmat kita;

• Turun Padang – bermakna sentiasa pasang telinga dan buka mata

seluas-luasnya untuk mendengar dan melihat sendiri keperluan dan

ekspektasi pelanggan;

13

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

• Musyawarah – bermaksud memperhebatkan lagi penglibatan kita

dengan pelanggan menerusi engagement serta memberi

penerangan dengan jelas terhadap mereka;

• Insaniah – bermakna setiap penjawat awam harus

menyeimbangkan antara kehidupan rohani dan kesihatan jasmani

dalam cara kita bekerja;

• Kekitaan – bermaksud meraikan perbezaan sumber dan mengukuh

persamaan; dan

• Kerjasama Awam, Swasta dan NGO – bermakna memperkasakan

lagi perkongsian sumber dengan mengadakan kolaborasi dengan

mereka dan sentiasa berusaha mencapai permuafakatan.

3.0 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ingin saya mengumumkan beberapa pengiktirafan yang telah JPBD

SM perolehi atas usaha dan komitmen semua warga kerja JPBD SM

bagi tahun 2013 dimana Jabatan telah memenangi beberapa

anugerah seperti;

i. Anugerah Cemerlang Penarafan 5 Bintang Portal didalam MGWA

2013

ii. Memenangi anugerah Ketua Pengarah MAMPU melalui kumpulan

PEKA dari JPBD Negeri Pahang didalam Konvensyen KIK

Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah berlangsung di Kuching

Sarawak pada 2-4 Januari 2014

14

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

iii. Memperolehi Persijilan Semula MS ISO 9001: 2008 bagi tempoh

tiga tahun

Untuk itu saya ucapkan tahniah diatas kejayaan – kejayaan yang

telah berjaya diperolehi.

4.0 PENCAPAIAN JPBD BAGI TEMPOH 2005 – 2013

Tuan tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Jika diimbau kembali pencapaian JPBD, seperti yang ditunjukkan

dalam imbasan 2013 tadi, kita sebenarnya telah jauh dan pantas

mengorak langkah dalam memperkukuhkan peranan JPBD sebagai

peneraju utama dalam bidang perancangan bandar dan desa

pencapaian-pencapaian inilah yang mesti kita banggakan:

4.1 Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah ditubuhkan pada tahun

2003 di bawah peruntukan Subseksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Pindaan) 2001, (Akta A1129) sebagai usaha

untuk menangani masalah pasaran dalam sektor hartanah yang

berpunca daripada ketidakseimbangan kuasa di antara kerajaan pusat

dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dalam hal ehwal

perancangan bandar dan desa.

15

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas

perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. MPFN yang

dibantu oleh 3 Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kerja MPFN,

Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Kawal Selia.

Sehingga Disember 2013 sebanyak 18 mesyuarat telah bersidang

sejak tahun 2003. Daripada 18 Mesyuarat MPFN, saya telah menjadi

Setiuasaha MPFN sebanyak 15 MPFN iaitu semenjak tahun 2005

hingga 2013 dan sebanyak 102 kertas kerja telah dibentangkan yang

merangkumi :

i. Perkara-perkara dasar berkaitan perancangan bandar dan desa,

ii. Perkara berkaitan Rancangan Fizikal Negara

iii. Perkara berkaitan Rancangan Struktur Negeri,

iv. Perkara berhubung dengan Perancangan Wilayah,

v. Perkara yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri, Subsek. 22 (2A), Akta

172,

vi. Perkara yang dikemukakan oleh Jawatankuasa-Jawatankuasa

Teknikal dan Pasukan Petugas,

vii. Perkara yang berkaitan dengan Akta 172,

viii. Garis panduan, piawaian dan peraturan perancangan; dan

ix. Perkara yang diarah oleh pengerusi / Majlis.

16

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

4.2 Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Dalam Bidang Hartanah (Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan serta Pelaksaan Pusat Setempat)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui

Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah

mengambil inisitif untuk membuat perekayasaan (re-engineering) ke

atas sistem, prosedur dan proses kelulusan cadangan pemajuan yang

dilaksanakan melalui Pusat Setempat (OSC). Penambahbaikan ini

merupakan salah satu inisitif yang telah ditetapkan semasa

Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Awam .

Penambahbaikan ini telah memperkenalkan halacara baru sistem

memproses secara serentak bagi permohonan-permohonan cadangan

pemajuan. Projek-projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ),

projek-projek impak tinggi, pelaburan asing dan projek kerajaan

diluluskan dalam tempoh 4 bulan. Projek-projek di bawah Konsep Jual

Kemudian Bina (JKB) diluluskan dalam tempoh tidak lebih dari 6 bulan.

Lanjutan daripada penambahbaikan tersebut, OSC telah ditubuhkan di

setiap PBT dan mula berkuatkuasa pada 13 Jun 2007. Jawatankuasa

Pusat Setempat telah diwujudkan bagi menggantikan Jawatankuasa

Perancangan dan Pembangunan dalam memproses cadangan-

cadangan pemajuan.

17

Page 18: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

JPBD telah menempatkan pegawai-pegawai Perancang Bandar JPBD

di seluruh PBT Semenanjung Malaysia. Seramai 180 perancang

bandar dan desa telah ditempatkan di OSC daripada jumlah

perjawatan keseluruhan iaitu 566 orang.

Penambahbaikan dalam penyediaan pembangunan hartanah oleh

OSC ini telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-6 daripada

189 negara (kedudukan ke 8 pada tahun sebelumnya) dalam laporan

Doing Business 2014 oleh World Bank. Pencapaian ini adalah melalui

peningkatan dalam bidang Dealing With Construction Permits yang

mencatatkan peningkatan yang paling ketara iaitu dari kedudukan 99

ke kedudukan 43 (peningkatan 56 tangga).

Seperti sedia maklum OSC ini ditunjangi oleh pegawai-pegawai

Perancangan Bandar dan Desa JPBD yang ditempatkan berkhidmat

di semua pihak berkuasa tempatan diseluruh Semenanjung Malaysia.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai di OSC

yang telah menyumbang kepada pencapaian ini.

4.3 Rancangan Tempatan

Rancangan Tempatan merupakan hierarki rancangan pemajuan di

peringkat ketiga. Ia merupakan Pelan Terperinci yang menterjemah

polisi-polisi dan cadangan am Rancangan Struktur di peringkat Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan.

18

Page 19: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Fungsi Rancangan Tempatan:

i. Menterjemah dasar RS;

ii. Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan PBPT

berkaitan melalui Peta Cadangan Gunatanah;

iii. Menyediakan garis panduan bagi kawalan perancangan;

iv. Mengenalpasti projek utama daerah; dan

v. Menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan

Sehingga Disember 2013, sebanyak 84 daripada 91 RT (92%) telah

diwartakan, manakala 7 RT (8%) masih belum diwartakan. RT yang

belum diwartakan adalah:

i. RT Daerah Bandar Baharu;

ii. RT MP Pulau Pinang;

iii. RT Daerah Seberang Perai Utara;

iv. RT Daerah Seberang Perai Tengah;

v. RT Daerah Seberang Perai Selatan;

vi. RT Daerah Kota Tinggi; dan

vii. RT Kuala Lumpur.

19

Page 20: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

4.4 Rancangan Tempatan sebagai Pemudahcara melalui Program Kolaborasi Perancangan dan Pelaksanaan Ke atas Cadangan Pembangunan Projek-Projek RMKe-10 dengan Kementerian dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Rancangan Tempatan juga akan digunakan sebagai Pemudahcara

melalui Program Kolaborasi Perancangan dan Pelaksanaan Ke atas

Cadangan Pembangunan Projek-Projek RMKe-10 dengan

Kementerian dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri.

Program ini adalah bagi membantu memudahcara jabatan dan agensi

terlibat dalam mengenalpasti cadangan tapak projek pembangunan

yang akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan RMKe-10. Ini

adalah selaras dengan kerangka penyediaan program dan projek

RMKe-10, di mana bagi semua cadangan projek fizikal, Kementerian

yang berkaitan hendaklah membuat perancangan program dan projek

secara bersepadu dengan mengambil kira dokumen RFN, RS dan RT

yang disediakan oleh Jabatan. Ianya adalah selaras dengan Garis

Panduan Kedua RMKe-10, Penyediaan Pelan Pelaburan Sektor

Awam, 2011-2012 yang telah dikeluarkan pada 17 November 2009.

Program ini melibatkan pengumpulan data dan maklumatcadangan

pembangunan mengikut sektor terpilih daripada semua RT yang telah

disediakan. Antara sektor yang terlibat adalah seperti berikut:

20

Page 21: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

i. Kemudahan landskap dan rekreasi;

ii. Kemudahan Bomba dan Penyelamat;

iii. Kemudahan pelupusan sampah dan sisa pepejal;

iv. Kemudahan pendidikan;

v. Kemudahan kesihatan;

vi. Cadangan pembangunan kampung tradisi;

vii. Kemudahan keselamatan (kemudahan balai polis);

viii. Program perumahan rakyat dan perumahan kos rendah;

ix. Pelancongan;

x. Rangkaian jalan raya; dan

xi. Perindustrian.

Program ini telah dibentangkan di Mesyuarat Ketua Setiausaha

Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 9 Disember 2009 sebagai

makluman kepada semua jabatan dan agensi peringkat persekutuan

mengenai memudahcara pembangunan berdasarkan kajian-kajian RT

yang telah disediakan oleh JPBD.

4.5 Garis Panduan Perancangan

Semenjak 1997 jumlah garis panduan yang disediakan ialah sebanyak

41 GP. Semakan semula garis panduan dilakukan bermula 2008 bagi

mengemaskini garis panduan dengan keperluan-keperluan baru

seperti dasar/polisi baru, isu semasa, piawaian agensi yang terkini dan

sebagainya.

21

Page 22: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Ini adalah penting bagi memastikan suatu pembangunan dapat

disediakan secara teratur, terkawal dan terancang dalam memastikan

kepentingan semua pihak terpelihara. Cadangan-cadangan yang

dikemukakan akan dapat menyokong pembangunan yang

dicadangkan serta dapat memandu dan mendisiplinkan semua pihak

yang terlibat dalam bidang tersebut.

Sebanyak 41 garis panduan yang telah dikaji semula digabungkan

menjadi 17 garis panduan sahaja iaitu:

i. GPP Masjid dan Surau

ii. GPP Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara

iii. GPP Taman Tema

iv. GPP Taman Atas Bumbung

v. GPP Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)

vi. GPP Pembangunan Pulau-Pulau dan Taman Laut

vii. GPP Laluan Kemudahan Utiliti

viii. GPP Kemudahan Masyarakat

ix. GPP Tanah Perkuburan dan Krematorium

x. GPP Perumahan

xi. GPP Perdagangan

xii. GPP Tempat Letak Kereta

xiii. GPP Perindustrian

xiv. GPP Tanah Lapang dan Rekreasi

xv. GPP Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam

Sekitar

xvi. GPP Tapak Utiliti dan Infrastruktur

22

Page 23: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

xvii. GPP Padang Golf

Selain itu, terdapat juga garis panduan baru yang telah disediakan

antaranya:

i. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan

Tanah Tinggi

ii. Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau dan;

iii. Garis Panduan Perancangan Warga Emas

4.6 Perundangan dan Kawal Selia Perancangan

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Selepas 37 tahun (sejak 1976), Akta 172 telah dipinda sebanyak 4 kali.

Iaitu :

i. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1993 [Akta A866] -

mengambil kira peruntukan Akta Perkhidmatan Pembentungan

1993 [Akta 508]

ii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1995 [Akta A933] -

lanjutan dari kejadian highland tower; mengukuhkan aspek

pemeliharaan alam sekeliling dan penyediaan Laporan Cadangan

Pemajuan (LCP)

iii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2001 [Akta A1129] -

lanjutan dari isu property overhang; mewujudkan Majlis Perancang

Fizikal Negara (MPFN), Jawatankuasa Perancang Wilayah,

23

Page 24: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

penyediaan Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan

Struktur yang merangkumi seluruh Negeri.

iv. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2007 [Akta A1313] -

mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

Akta 172 sekali lagi akan dipinda dan status pindaan kali ke 5 ini

adalah di peringkat penyediaan Memorandum Daripada Menteri

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Rang Undang-Undang

Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2012 di mana

memorandum ini telah diedarkan kepada 6 Kementerian/Agensi

terlibat untuk mendapatkan ulasan

4.7 Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan Pemajuan

Tujuan penyediaan Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan adalah

sebagai panduan kepada PBPT untuk menubuhkan sesuatu

perbadanan bagi memajukan sesuatu kawasan khas yang telah

diisytiharkan sebagai kawasan pemajuan di bawah subseksyen 38(1)

Akta 172. Penyediaan kaedah-kaedah ini mengambil kira keperluan

perundangan seperti Akta 172, Akta Pengambilan Tanah 1960, Kanun

Tanah Negara 1965, Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan dan struktur

organisasi 4 perbadanan terpilih iaitu Johor Corporation (JCorp),

Perbadanan Putrajaya, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

24

Page 25: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah dibentang dan

diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan

Pembangunan (JPP) JPBD Bil. 4/2010 pada 14 Disember 2010.

Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diserahkan kepada

PUU KPKT pada 23 Disember 2010 untuk mendapatkan nasihat dan

semakan.

Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diedarkan kepada 11

JPBD Negeri untuk penerimapakaian pada 13 Januari 2011.

Walau bagaimanapun, PUU 2 KPKT berpandangan melalui sesi

perbincangan yang telah diadakan pada 29 Jun 2011 bahawa JPBD

boleh menyediakan satu panduan pelaksanaan yang mengandungi

proses dan tatacara pelaksanaan menurut Bahagian VIII Akta 172.

Panduan tersebut adalah Panduan Pelaksanaan Akta Perancangan

Bandar dan Desa1976 [Akta 172] : Kawasan Pemajuan.

Hasil perbincangan tersebut, JPBD telah menghantar surat mengenai

penangguhan penerimapakaian Draf Kaedah-Kaedah Kawasan

Pemajuan kepada semua JPBD Negeri pada 13 Julai 2011.

Pada masa kini, Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan Pemajuan

telah siap disediakan dan telah diedarkan kepada Bahagian-Bahagian

(Ibu Pejabat), pejabat projek zon-zon, JPBD Negeri dan pihak

berkuasa tempatan sebagai panduan.

25

Page 26: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Sehingga kini, taklimat berkenaan Panduan Pelaksanaan Akta 172 :

Kawasan Pemajuan telah diadakan kepada JPBD Negeri Melaka pada

29 Oktober 2013 untuk penerimapakaian.

4.8 Rancangan Fizikal Negara (RFN)

Kajian Rancangan Fizikal Negara telah bermula pada tahun 2000.

Pada tahun 2001, Laporan Awal RFN telah disediakan dan diedarkan

kepada pelbagai Kementerian, Jabatan/Agensi Kerajaan, IPT, Agensi

bukan kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk

pandangan dan ulasan.

Sepanjang tahun 2005, aktiviti RFN melibatkan mesyuarat

pelaksanaan dan penyelarasan RFN dengan RSN, RT yang dibuat di

peringkat wilayah. Selain itu, taklimat dan perbincangan RFN semasa

perundingan di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri juga

dilaksanakan sebelum RFN dimukatamadkan.

RFN mengandungi 8 Tema, 36 Dasar dan 194 langkah. RFN

diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2005 dan

Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.

4.9 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2)

RFN Ke-2 telah disediakan pada tahun 2010. Ia merupakan Kajian

Semula ke atas RFN pertama yang disediakan pada tahun 2005. RFN

26

Page 27: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Ke-2 diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Ogos 2010

dan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 13 Ogos 2010.

Dasar-dasar RFN Ke-2 mencakupi dimensi yang luas ke arah menuju

Wawasan 2020 mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Terdapat 8 tema yang masih dikekalkan kerana masih relevan dalam

keadaan semasa.

Selain itu, RFN Ke-2 mengandungi 41 dasar dan 7 daripadanya adalah

dasar baru. Selebihnya merupakan dasar sediada yang

diperkukuhkan dan ditambahbaik dari segi pernyataan dasar itu sendiri

supaya lebih jelas. Selain itu, langkah-langkah dalam dasar berkenaan

juga ditambahbaik.

4.10 NKRA Mengurangkan Jenayah- Program Bandar Selamat

Di bawah GTP 1.0, NKRA Mengurangkan Jenayah bermula dari tahun

2010 sehingga 2012, JPBD di bawah KPKT bertanggungjawab

melaksanakan 2 daripada 55 inisiatif yang disyorkan oleh Lab GTP 1.0

iaitu:

i. NKPI 1.2.1 : Mengaktifkan semula dan memperluaskan Program

Bandar Selamat di 151 PBT seluruh negara, dan

ii. NKPI 1.1.4 : Mempertingkatkan kemudahan keselamatan rumah

melalui Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)

27

Page 28: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah Bandar Selamat adalah

satu-satu program JPBD KPKT yang dilaksanakan secara kolobrasi

dan smart partnership terutamanya dengan KDN, PDRM dan PBT

dengan menumpukan kepada pencegahan jenayah jalanan di

kawasan hotspot.

Pada tahun 2010, Pelaksanaan langkah Program Bandar Selamat

hanya bertumpu di 12 PBT hotspots (DB Kuala Lumpur, MB Shah

Alam, MB Petaling Jaya, MP Klang, MP Selayang, MP Subang Jaya,

MP Ampang Jaya, MB Johor Bahru, MP Johor Bahru Tengah, MP

Pasir Gudang, MP Pulau Pinang dan MP Seberang Perai).

12 PBT hotspots telah menyumbangkan sebanyak 70% daripada

keseluruhan jenayah jalanan di negara ini pada tahun 2009, dan

tindakan ini akan memberi impak “big result fast” .

Dari tahun 2011 sehingga 2012 pelaksanaan langkah PBS

diperluaskan kepada semua 151 PBT di seluruh negara termasuk 24

PBT di Sabah dan 26 PBT di Sarawak. PDRM membantu mengenal

pasti semua kawasan hotspot di semua PBT terlibat.

Sehingga akhir 2012, langkah PBS telah dilaksanakan di semua PBT

iaitu:-

i. 18,102 unit lampu telah dinaik taraf dan dipasang baru,

ii. 2,460 unit cermin keselamatan

28

Page 29: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

iii. 280.7 KM tonggak jalan atau rel penghadang (panjangnya sejauh

dari Kuala Lumpur hingga Ipoh)

iv. 3 unit Penggera keselamatan

v. 1,165 unit papan tanda talian kecemasan PDRM

vi. 34,813 unit tempat letak motosikal berkunci telah disediakan,

vii. sebanyak 35 PBT dan 216 daripada 764 balai polis di seluruh

negara mempunyai Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)

termasuk peningkatan kapasiti talian internet di balai polis terlibat.

viii. 496 CCTV (Fasa 1: 496 CCTV telah dipasang di 25 PBT di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan – RM70 juta)

4.11 Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)

Ditubuhkan dibawah peruntukan subseksyen 6(A) Akta 172,

Memperuntukkan bahawa selepas berunding dengan Pihak Berkuasa

Negeri yang berkenaan, MPFN boleh menubuhkan Jawatankuasa

Perancang Wilayah yang terdiri daripada sesuatu kawasan yang

terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

Penubuhan JPW bagi Kawasan Bersempadanan antara Negeri

Sembilan, Melaka dan Johor telah diluluskan oleh Mesyuarat MPFN

pada 27 Julai 2012.

29

Page 30: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

5.0 HALATUJU MASA HADAPAN

5.1 Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan Bandar

Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa merupakan subsektor

perkhidmatan yang telah dikenal pasti bagi tujuan liberalisasi. JPBD

Semenanjung Malaysia terlibat secara langsung sebagai fasilitator

dalam melaksanakan Inisiatif Makmal Liberalisasi Sektor

Perkhidmatan Perancangan Bandar antara Unit Pengurusan Prestasi

dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Lembaga Perancang Bandar

Malaysia (LPBM). JPBD Semenanjung Malaysia selaku custodian

kepada perkhidmatan ini memainkan peranan penting bagi memikul

tanggungjawab dalam menyelaras dan memberi perkhidmatan terbaik

ke arah proses liberalisasi.

Lanjutan itu, sebanyak lapan (8) inisiatif telah dibentuk untuk

memastikan liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan Bandar

dapat dilaksanakan iaitu :

Inisiatif 1 : Review Amendment to Town Planners Acts 1995

(Act 538) and Develop Domestic Regulations;

Inisiatif 2 : Develop Domestic Regulations;

Inisiatif 3 : Management System Based on International

Standards;

30

Page 31: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Inisiatif 4 : Accreditation of Tertiary Education Programs For

Urban Planning To Be Based On International

Standards;

Inisiatif 5 : Mutual Recognition Agreements (MRA) With

Selected Countries To Enable Access To Foreign

Markets;

Inisiatif 6 : Promote Malaysian Town Planners and Showcase

Malaysian Urban Planning;

Inisiatif 7 : Market Intelligence System;

Inisiatif 8 : Technical Cooperation Program.

Liberalisasi adalah pembukaan pasaran yang memberi pilihan yang

lebih luas bagi barangan atau perkhidmatan kepada pengguna yang

menyumbang kepada kepuasan pengguna. Kemasukkan barangan

atau pemberi perkhidmatan ke pasaran tempatan akan

menyemarakkan persaingan daripada pelbagai aspek seperti kualiti,

kos dan penggunaan teknologi yang lebih canggih. Persaingan akan

berupaya meningkatkan kecekapan dan menggalakkan inovasi dan

kreativiti di kalangan pemberi perkhidmatan di pasaran dan seterusnya

akan meransang pertumbuhan ekonomi Negara.

31

Page 32: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

5.2 Penyediaan Pelan Pelaksanaan

Berdasarkan senario pembangunan negara, penekanan projek-projek

pembangunan di bawah RMKe-11 perlu diberikan terhadap aspek

pelaksanaan atau implementation centric. Fokus perlu menjurus

kepada pelaksanaan dengan memastikan projek atau program

memberi faedah kepada rakyat atau people centric initiatives.

Penglibatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung

Malaysia dalam pelaksanaan sesuatu projek atau program adalah

melalui pendekatan seperti berikut :

i. Penyelarasan;

ii. Pemudahcara; dan

iii. Pelaksanaan.

Pendekatan penyediaan pelan pada masa akan datang perlulah

menekankan kepada konsep kebolehlaksanaan atau dalam erti kata

lain pelan yang disediakan adalah untuk melaksanakan sesuatu projek

yang telah dikenalpasti.

Penyediaan RKK pada masa akan datang juga perlu dilaksanakan

secara kolaborasi dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti

Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS) dan agensi-agensi lain yang telah dikenalpasti semasa

pengenalpastian projek.

32

Page 33: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

5.3 Garis Panduan Perancangan

Penyediaan garis panduan perancangan pada masa hadapan perlu

memberi perhatian kepada aspek kemampanan. Garis panduan yang

disediakan hendaklah memikirkan tentang keperluan dan permintaan

masyarakat terhadap teknologi pintar. Pada masa yang sama,

pembangunan mampan perlu di ambilkira.

Justeru, bagi menepati keperluan masa hadapan, antara garis

panduan perancangan yang sedang dan telah disediakan antaranya:

i. Garis Rekabentuk Bandar Padat dan Berdayahuni

Kajian Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk Bandar

Padat Berdaya Huni dijalankan untuk mengenalpasti komponen

perancangan dan elemen reka bentuk bandar yang perlu ada bagi

menjadikan sesuatu bandar itu padat dan berdaya huni dalam

persekitaran dan budaya Malaysia. Output kajian ini adalah satu

garis panduan bagi memandu penggubal dasar dan agensi

pelaksana di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa

tempatan serta pemaju dalam melaksanakan pembangunan.

ii. Garis Panduan Perancangan Ubiquitous City

Garis Panduan Perancangan ini disediakan sebagai panduan

kepada PBN, PBT, agensi teknikal serta pemaju dan pihak yang

berkepentingan dalam membangunkan ‘Ubiquitous City’ (U-City)

33

Page 34: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

selaras dengan usaha mempertingkat inovasi pintar di dalam

perancangan pembangunan bandar untuk dimanfaatkan oleh

generasi kini dan akan datang.

Konsep U-City adalah bagi memberi nilai tambah kepada

pelaksanaan konsep bandar pintar yang telah sedia diaplikasi di

Malaysia dengan menerapkan penambahbaikan berasaskan

infrastruktur dan infostruktur ‘ubiquitous’(ubiq). Garis panduan

U-City ini bukan sahaja merujuk kepada skala sebuah bandar

tetapi ia juga boleh diterapkan bagi pembangunan kecil seperti zon

tertentu di dalam sebuah bandar ataupun pembangunan sebuah

kawasan kejiranan sama ada di pembangunan baru dan juga bandar sedia ada.

iii. Program Bandar Sejahtera Masa Depan (Future Cities)

Selain daripada menggubal garis panduan perancangan, Jabatan

juga sedang merangka Konsep Pembangunan ‘Future Cities’ atau

Bandar Sejahtera selaras dengan penekanan Kementerian kepada

aspek kesejahteraan bandar. Kekuatan ‘Future Cities’ adalah

untuk mewujudkan ‘human-centered cities’ (penglibatan aktif

masyarakat / rakyat) dan ‘green-oriented development’ dalam

aktiviti pembangunan bandar dan kawasan penempatan.

Bagi tujuan ini, Jabatan akan menjalankan dua (2) program iaitu:

34

Page 35: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

i. Kajian Kerangka Pelaksanaan Bandar Sejahtera Malaysia

(Malaysia Future Cities) pada tahun 2014 yang akan

menghasilkan ‘template’ dan panduan bagi melaksanakan

‘Future Cities’ di peringkat kejiranan, bandar kecil dan bandar

besar; dan

ii. Pembangunan Projek Perintis ‘Bandar Sejahtera Malaysia’ di

Kawasan Kejiranan sedia ada di sekitar Lembah Kelang pada

tahun 2015. Projek ini akan mengaplikasi secara bersepadu

dan menyeluruh inisiatif kejiranan hijau, inisiatif pembangunan

perumahan mampan, inisiatif pembangunan ubiquitous city

dan inisiatif-inisiatif pembangunan penempatan warga emas

dan rekabentuk sejagat sebagaimana yang terkandung di

dalam garis panduan perancangan yang digubal oleh JPBD.

6.0. PENUTUP

Akhir kata, saya menyeru semua lapisan pegawai warga JPBD SM

untuk terus bekerja dengan lebih gigih dan komited terhadap kerja.

Sama-samalah menggembeling tenaga untuk mengharumkan dan

meneruskan kecemerlangan nama JPBD.

Saya percaya JPBD akan terus maju dan terus membangun dalam

member sumbangan yang signifikan kepada pembangunan

Negara.Saya sentiasa mendoakan kejayaan semua dari jauh.

35

Page 36: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/ucapan_kp_perhimpunan_… · TEKS UCAPAN . YBHG. ... Terima kasih saudari pengacara majlis . ... utama ini menjadi contoh terbaik

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada urusetia

Perhimpunan awal tahun pada kali ini.Semoga usaha kita semua

sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Wabillah hi Taufik wal hidayah, wassalamualikum warahmalullah

hiwabarakatuh

Sekian. Terimakasih.

36