22
MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAHMALAYSIA Page | 1 ____________________________________________________ TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Tarikh : 25 APRIL 2019 (KHAMIS) Tempat : ARAS 1, DEWAN SERBAGUNA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG ___________________________________________________

TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

  • Upload
    others

  • View
    46

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 1

____________________________________________________

TEKS UCAPAN

YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR

KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

MAJLIS AMANAT

KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Tarikh : 25 APRIL 2019 (KHAMIS)

Tempat : ARAS 1, DEWAN SERBAGUNA

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH

NEGERI PULAU PINANG

___________________________________________________

Page 2: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 2

بسم هللا الرحمن الرحيم

حمد وعلى الحمد هلل رب العالمين ، والصالة والسالم على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا م

آله وأصحابه أجمعين. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه،

وأرنا الباطل باطال وارزقنا اجتنابه . وبعد ،

Yang Amat Arif Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau

Pinang,

Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pulau

Pinang,

Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi,

Ketua Pendaftar,

Tuan/Puan Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar,

Ketua-Ketua Bahagian dan Penolong Pendaftar,

Seterusnya Tuan-tuan dan Puan-puan warga Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNP) yang saya hormati dan

kasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT.

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT,

kerana dengan limpah kurnia, kasih sayang dan Inayah-Nya kita

diberi kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk bersama-

Page 3: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 3

sama dalam Majlis Amanat ini di dalam Dewan Serbaguna

JKSNP.

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan ribuan

terima kasih kepada semua warga JKSNPP terutamanya Yang

Amat Arif Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid kerana sudi

menjemput saya bagi menyampaikan Amanat kepada semua

warga kerja JKSNPP serta pegawai dan kakitangan Skim

Perundangan Syariah (LS) yang bertugas di negeri Pulau Pinang

yang turut hadir bersama-sama di dalam dewan ini.

YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

3. Kehadiran saya pada pagi ini adalah pertemuan rasmi buat

kali pertama antara saya dan warga JKSNPP, selepas pelantikan

saya sebagai Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 April

2019 yang lalu.

YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

4. Pelantikan saya sebagai Ketua Pengarah JKSM ini adalah

suatu amanah yang besar dan berat untuk dipikul oleh saya.

Sebagaimana yang telah saya sebut semasa pertemuan-

Page 4: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 4

pertemuan saya bersama JKSN/MSN yang saya telah pergi

sebelum ini, pelantikan ini merupakan suatu taklif

(tanggungjawab) yang begitu besar dan bukanlah semata-mata

suatu tasyrif (keistimewaan).

5. Amanah ini bukan semata-mata rantaian kesinambungan

untuk memacu misi dan visi JKSM, sebaliknya ia lebih besar

daripada itu, iaitu sebagai platform untuk memperkukuhkan

seterusnya menjelmakan JKSM menjadi sebuah institusi

kehakiman yang unggul, dihormati dan menjunjung syariat Islam.

Sebagai hamba Allah yang menginsafi bahawa segala ketentuan

adalah di dalam kekuasaan-Nya, saya menerima taklif dalam

bentuk amanah kepimpinan ini dengan penuh tawadhuk dan

rendah hati, namun percaya bahawa tanggungjawab ini akan

dapat digalas sebaiknya dengan adanya kesatuan, kerjasama,

penggemblengan tenaga yang bersesuaian pada kemampuan

dan tempatnya, perkongsian idea dan buah fikiran, kemahuan

dan semangat yang kuat, serta matlamat yang jelas daripada

semua warga kerja JKSM dan Jabatan Kehakiman Syariah di

negeri-negeri termasuklah JKSNPP, untuk bersama-sama

memaju dan memperkasakan institusi kehakiman Syariah di

Malaysia.

Page 5: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 5

Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali-Imran ayat 26;

Katakanlah (Muhammad), “Wahai Tuhan pemilik kekuasaan,

Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau

kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang

Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau

kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau

kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh,

Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.

6. Daripada firman Allah SWT ini, kita harus percaya dan jelas

dengan tujuan sesuatu amanah itu diberikan oleh Allah SWT

kepada kita. Sesuatu amanah itu diberikan oleh Allah SWT

kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, dan dengan

kepercayaan ini, kita harus sentiasa bersangka baik dan

berlapang dada dengan ketentuan Allah SWT serta bersiap siaga

Page 6: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 6

untuk menggalas dan melaksanakan dengan sebaik-baiknya apa

jua tanggungjawab yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada kita.

7. Maka dengan itu, amat besarlah harapan saya agar

YAA/YA/Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian dapat membantu

saya dalam menjalankan amanah ini, seterusnya bersama-sama

saya melakukan reformasi ke atas JKSM yang nantinya kita

harapkan mampu memartabatkan Mahkamah Syariah,

meningkatkan kredibiliti, seterusnya meninggikan tarafnya

sebagaimana selayaknya syariat Islam itu dimuliakan.

YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

8. Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin berkongsi kepada

semua mengenai motto Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

(JKSM) yang ingin tekankan sebagai satu teras untuk dipegang

sepanjang kita memberi perkhidmatan kepada institusi Syariah

yang kita kasihi ini. Motto ini juga telah saya kongsikan bersama

semua warga JKS/MSN yang lain semasa pertemuan di negeri-

negeri.

Page 7: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 7

9. Motto yang saya ingin bawakan dalam usaha memacu

kecemerlangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan

seterusnya Jabatan Kehakiman Syariah di peringkat negeri-

negeri adalah, secara ringkasnya disebut C.I.A iaitu; C :

Cendekiawan, I : Ikhlas dan A : Amanah. Ini lah motto yang

saya harapkan YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan semua

dapat fahami, hayati, dan berusaha bersama-sama saya untuk

melaksanakannya di peringkat kedudukan tuan-tuan dan puan-

puan masing-masing.

C : CENDEKIAWAN

10. Bagi motto yang pertama; iaitu C : Cendekiawan, melibatkan

persoalan akal. Amat besar harapan saya agar warga kerja di

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, warga kerja di Jabatan

Kehakiman Syariah negeri-negeri termasuklah di JKSNPP ini

adalah terdiri daripada warga kerja yang berpengetahuan, yang

cintakan ilmu, dan sentiasa suka kepada perkara baru sebagai

peluang untuk menimba ilmu. Allah SWT berfirman di dalam

Surah Az-Zumar ayat 9;

Page 8: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 8

....Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang

mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”

Sebenarnya hanya yang berakal sihat sahaja yang

menerima pelajaran

11. Ini kerana, dalam melaksanakan suatu visi dan misi yang

besar, YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan mestilah terdiri

daripada orang yang mempunyai ilmu, cerdik dan berhikmah,

bersedia untuk mempelajari ilmu yang baru, dan sentiasa

berusaha mendapatkan ilmu atau maklumat dari sumber yang

benar dan boleh dipercayai. Prinsip ini terpakai kepada kita

semua, tanpa mengira jenis pekerjaan mahupun pangkat atau

gred jawatan. Sikap sukakan ilmu, tidak malu untuk belajar

daripada kesilapan, mahukan ilmu untuk menaikkan prestasi diri

adalah sikap yang mampu menjanjikan kejayaan. Para Hakim

Syarie contohnya, perlu sentiasa meneroka ilmu baru dan terkini,

mencari pengetahuan baru daripada sumber yang pelbagai, dan

berani untuk mengaplikasikan ilmu pada kes-kes yang sedang

Page 9: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 9

dikendalikan. Jika perkara ini diamalkan, saya percaya tidak

mustahil reformasi kehakiman Syariah akan dapat dilakukan

seperti yang kita cita-citakan, sama ada di peringkat JKSNPP

mahu pun JKSM hingga hingga kita mampu menaikkan imej

institusi kehakiman syariah di peringkat negara mahupun global.

12. Namun begitu, harus diingat bahawa Cendekiawan di sini

bukan hanya terpakai kepada Hakim-hakim Syarie sahaja,

sebaliknya ia terpakai kepada semua kakitangan. Warga kerja

JKSNPP secara keseluruhannya haruslah mempunyai hikmah,

kecerdikan dalam mengendalikan ragam pelanggan yang

pelbagai dan adakalanya bermasalah, serta mempunyai

kepakaran tertentu di dalam bidang kerja masing-masing. Usaha-

usaha menggembleng tenaga daripada setiap individu di

JKSNPP harus dilakukan bagi memastikan setiap satunya adalah

relevan dan berperanan penting dalam menyumbang kepada

pembangunan Jabatan ini, tanpa ada diskriminasi.

YAA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

I : IKHLAS

13. Motto yang kedua adalah; I : iaitu Ikhlas. Ia bermaksud

ikhlas dalam bekerja dan mempunyai matlamat semata-mata

Page 10: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 10

untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah SWT. Dalam surah

Az-Dzariyat ayat 56:

....Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk

mereka beribadah kepada-ku”

14. Tujuan Allah SWT menciptakan makhluk dari kalangan jin

dan manusia, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadat

kepada-Nya. Dalam memahami konteks ibadat di sini, ia adalah

lebih besar dan tidak fokus kepada maksud ibadat khusus sahaja

seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan sebagainya. Ibadat

di sini termasuklah ibadat dalam konteks pekerjaan yang

dilakukan oleh kita di tempat kerja. Apabila kita memasuki sahaja

ruang tempat kerja dan membuat kerja dengan penuh itqan dan

amanah selama 8 jam bagi tempoh lazim bekerja, maka ketika

itulah YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sedang melakukan

ibadat.

Page 11: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 11

15. Sehubungan itu, lakukanlah kerja Tuan-tuan dan Puan-puan

dengan sebaik-baiknya, dengan penuh ketaqwaan dan semata-

mata mengharapkan keredhaan Allah sebagai ganjaran terbaik

bagi setiap titik peluh yang keluar kerana kerja yang dilakukan.

Elakkan lah sikap menolak kerja, terlalu berkira untuk memberi

pertolongan dalam kerja yang bukan merupakan pekerjaan Tuan-

tuan dan Puan-puan, serta tidak mengambil endah kesulitan

rakan sekerja sendiri. Amalkanlah sikap bantu membantu, ringan

tulang, memudahkan urusan orang lain, ikhlas dalam membuat

kerja yang diarahkan atau ditetapkan dari semasa ke semasa

serta berserah diri kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha

Mengetahui akan segala apa yang Tuan-Tuan dan Puan-puan

kerjakan.

16. Lebih-lebih lagi bagi JKSNPP yang berhadapan dengan

masyarakat yang moden, berilmu dan rata-ratanya berkerjaya.

Sudah pasti, mereka ini sering bersifat “demanding” dan sentiasa

meletakkan ekspektasi yang tinggi semasa ingin mendapatkan

perkhidmatan di JKSNPP. Oleh itu, YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan

Puan-puan perlu sentiasa bersedia, peka dan pro-aktif dalam

memastikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ini

dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Page 12: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 12

17. Bagi mereka yang berada di front-liners seperti di kaunter

pelanggan, harus diingat bahawa peranan kakitangan di sini

boleh menggambarkan imej baik atau buruk bagi sesebuah

Jabatan. Di zaman yang serba canggih terutama dalam bidang

ICT dan keadaan masyarakat yang sangat gemar berkongsi apa

juga maklumat termasuklah luahan rasa tidak puas hati terhadap

perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan di media sosial, kita

berhadapan dengan satu cabaran yang cukup besar untuk

memastikan bahawa setiap pelanggan yang datang mendapatkan

perkhidmatan di Mahkamah Syariah berpuas hati dan mendapat

perkhidmatan yang terbaik, bersesuaian dengan keperluan

mereka.

18. Oleh yang demikian, mereka yang berada di front-liners ini

adalah orang yang pertama yang akan dinilai yang menjadi

rujukan pelanggan. Justeru, sikap lemah lembut dan murah

senyuman amat dititikberatkan untuk sentiasa diamalkan

sepanjang mengendalikan urusan di kaunter pelanggan. Sikap

lemah lembut dan murah senyuman ini dapat meredakan

keresahan pelanggan yang kita sedia maklum, hadir dengan

segala kekusutan masalah peribadi dan mengharapkan, mereka

akan dapat jalan penyelesaian apabila bertemu kita. Ingatlah

Page 13: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 13

pesan Nabi junjungan kita Muhammad SAW di dalam sebuah

hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban;

تبسمك في وجه أخيك صدقة

“Senyummu kepada saudaramu adalah sadaqah”

19. Oleh itu, senyumlah apabila kita berhadapan dengan

mereka dan ia sudah pasti akan memberi cerminan keikhlasan

kita dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

mereka. Dengan kefahaman yang jelas mengenai konsep

pekerjaan sebagai salah satu ibadat kepada Allah SWT, saya

percaya setiap warga JKSNPP akan mampu mengamalkan sikap

yang terpuji dalam pekerjaan harian masing-masing, murah

senyuman, berlaku adil kepada pelanggan dalam memberikan

hak mereka dan tidak berlebih-lebihan, ikhlas dalam bekerja

tanpa mengharapkan pengiktirafan manusia sebaliknya

menyerahkan kepada Allah SWT untuk menilai pekerjaan yang

dilakukan, dan sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan

orang lain dengan kepercayaan bahawa di akhirat nanti akan

menjadi asbab kepada Allah SWT memudahkan urusan kita di

hari perhitungan kelak.

Page 14: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 14

YAA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

A : AMANAH

20. Bagi Motto yang ketiga dan terakhir ini adalah; A : ialah

Amanah. Bagi motto Amanah ini, ia sangat berkait rapat dengan

integriti. Dalam usaha mengejar impian kita untuk mendapatkan

kejayaan bagi Jabatan kita, adalah sangat perlu untuk

memerhatikan nilai integriti ini ada dalam diri warga kerja

Jabatan. Daripada motto ini, kita mahu lahirkan manusia yang

amanah, dan berbuat ihsan dalam setiap pekerjaannya.

Bagaimana untuk berbuat Ihsan? Dalam hadith Rasulullah SAW

dalam hadith Jibril menjelaskan Ihsan :-

تراه قال فأخبرني عن اإلحسان، قال ؛ " أن تعبد هللا كأنك

ه فإنه يراكفإن لم تكن ترا

“Wahai Rasulullah! Ceritakan kepadaku apakah Ihsan

itu? Beliau menjawab; “Kamu menyembah Allah seakan-

akan kamu melihat-nya. Jika kamu tidak mampu

beribadah seakan-akan melihat-Nya, maka

sesungguhnya Dia melihatmu”

Page 15: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 15

21. Sekiranya kita menghayati Hadith ini, baginda Nabi SAW

menyarankan agar kita sebagai manusia meletakkan tanda aras

bagi usaha dan pekerjaan kita melalui penilaian di sisi Allah SWT.

Ini adalah tanda aras yang paling maksimum sebagai motivasi

kepada kita untuk melakukan pekerjaan kita dengan bersungguh-

sungguh dan dengan sebaik-baiknya supaya di sisi Allah,

pekerjaan kita akan dicatatkan sebagai suatu amal soleh dan

diganjarkan pahala di sisi-Nya selain beroleh kemuliaan dan

keredhaan Allah SWT. Inilah yang akan menjanjikan keseriusan

semua warga kerja JKSNPP untuk sentiasa berhati-hati dalam

setiap pekerjaan masing-masing, dengan mengetahui hakikat

bahawa Allah SWT itu Tuhan yang Maha Melihat, Maha

Mengetahui, Dia tidak tidur dan sentiasa memerhatikan segala

amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya sama ada dalam

gelap, mahu pun terang, secara terang-terangan mahu pun

secara sembunyi-sembunyi.

22. Hasrat saya dalam meletakkan motto Amanah ini adalah

bagi memastikan setiap kejayaan yang telah dicapai mahupun

yang bakal dicapai selepas ini, diimbangi dengan ketelusan kerja.

Nilai integriti dalam diri warga kerja JKSNPP haruslah berada

pada paras yang tinggi kerana perkhidmatan di Mahkamah

Syariah ini amat tinggi potensinya untuk terjebak dengan gejala-

Page 16: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 16

gejala negatif seperti penyalahgunaan kuasa, korupsi,

pengurusan birokratik dan berbagai-bagai bentuk penipuan atau

kecuaian yang sering berlaku dalam pengurusan pentadbiran.

Inilah yang kita takuti, dan cuba kita jauhi bersama-sama.

23. Perkhidmatan awam di negara kita ini sudah mempunyai

berbagai-bagai sistem, undang-undang dan prosedur yang amat

baik dan sistematik untuk mengekang sebarang bentuk

penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Bahagian Integriti

JKSNPP juga harus memainkan peranan penting dalam

memantau sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa atau pun

kedudukan, eksploitasi terhadap kelemahan dalam prosedur

untuk keuntungan peribadi dan sebagainya serta memastikan

sekiranya ada pihak-pihak yang terlibat, mereka tidak boleh

terlepas daripada dikenakan tindakan yang sewajarnya. Setiap

warga JKSNPP haruslah berusaha menjaga disiplin diri, imej dan

nama baik Jabatan daripada terlibat dengan sebarang isu yang

boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat. Berikanlah

perkhidmatan yang terbaik, kerana hanya dengan berbuat

demikian sahaja, Perkhidmatan Awam akan dipandang tinggi dan

dipercayai oleh rakyat.

Page 17: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 17

YAA, YA-YA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

24. Saya amat yakin bahawa jika kita mampu melahirkan warga

kerja Jabatan yang cendekiawan, sentiasa ikhlas dalam

pekerjaan dan bersikap amanah serta berintegriti tinggi, maka

apa jua bentuk reformasi yang akan diperkenalkan di peringkat

JKSM seterusnya ke negeri-negeri, pastilah akan dapat

dilaksanakan dengan sebaiknya oleh JKSNPP. Ini kerana, warga

kerja inilah orang-orangnya yang akan melakukan kerja,

menggerakkan sumber daya manusia seterusnya memastikan

pelaksanaan misi dan visi JKSNPP dapat dilaksanakan seiring

yang ditetapkan oleh JKSM. Apa jua reformasi yang dirancang

meskipun cukup baik dan sempurna secara teorinya, namun jika

tenaga kerja yang ada ini tidak mempunyai sifat ikhlas, tidak

mahu belajar perkara yang baru, berfikiran negatif, tidak amanah

dengan tanggungjawab yang diberi, maka natijahnya nanti,

tiadalah apa-apa pun perubahan yang dapat dilakukan terhadap

perancangan yang cukup baik itu.

25. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada kejayaan demi

kejayaan yang diperoleh oleh JKSNPP, saya sangat optimis

bahawa warga kerja JKSNPP cukup kompeten dan sentiasa

komited dalam melaksanakan tugasan kerja masing-masing. Ini

Page 18: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 18

adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri melihat konsistensi

kecemerlangan JKSNPP di bawah kepimpinan YAA Dato’

Mohammad Shakir bin Abdul Hamid pada masa ini. Tahniah dan

syabas saya ucapkan kepada semua warga JKSNPP di atas

kecemerlangan yang membanggakan ini, kerana secara tidak

langsung ia membuktikan bahawa agensi Islam juga mampu

untuk mencapai kecemerlangan dan menguruskan

pentadbirannya dengan baik.

26. Paling membanggakan saya ialah kejayaan JKSNPP telah

dianugerahkan dengan pemberian Wang sebanyak RM 15,000.00

oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas pencapaian inovasi

diperingkat kebangsaan yang telah mengharumkan nama baik

negeri Pulau Pinang.

27. Selain itu juga, JKSNPP telah menerima anugerah lain

seperti Pemenang Tempat Pertama Aktif Digital PgGov 2018 di

peringkat negeri Pulau Pinang. JKSNPP juga mendapat

pengiktirafan sebagai Pejabat Hijau sektor kerajaan di negeri

Pulau Pinang dengan dianugerahkan Penang Green Office

Certification.

Page 19: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 19

28. Begitu juga dengan kejayaan demi kejayaan lain yang telah

berjaya dirangkul oleh JKSNPP. Ia telah memberi pengiktirafan

bahawa JKSNPP sememanganya di antara Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri yang terbaik di Malaysia. Ditambah dengan

penghayatan dan penekanan terhadap nilai-nilai yang saya sebut

di atas tadi, saya tidak nampak sebarang alasan yang boleh

menghalang JKSNPP daripada mencapai visinya iaitu untuk

“Menjadi Institusi Kehakiman Syariah Yang Terunggul di Malaysia

pada tahun 2020”. Syabas dan Tahniah sekali lagi saya ucapkan

kepada YAA Dato’ dan semua warga JKSNPP yang telah

bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan JKSNPP

YAA, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

29. Di dalam zaman serba moden ini, penyampaian

perkhidmatan kita haruslah berinovasi dan tidak berada di takuk

yang lama. Amalan untuk membiarkan masyarakat yang harus

berusaha datang mencari dan mendapatkan bantuan, tidak lagi

menjadi satu-satunya solusi. Sebaliknya, perkhidmatan yang

berbentuk turun padang, untuk kempen kesedaran, mencari

orang yang memerlukan dan menghulurkan bantuan kepada

mereka adalah satu bentuk alternatif penyampaian perkhidmatan

yang lebih praktikal dan berkesan kepada masyarakat. Dengan

Page 20: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 20

aktiviti sebegini, lebih ramai orang awam akan mendapat manfaat

dan seterusnya promosi perkhidmatan kerajaan dapat dijalankan

dengan lebih meluas sehingga ke akar umbi masyarakat dalam

negeri tersebut.

30. Saya dengan ini menyeru kepada semua warga JKSNPP

untuk sama-sama menghayati dan seterusnya menggembleng

tenaga dalam usaha merealisasikan visi yang telah ditetapkan

oleh agensi agama di peringkat Persekutuan iaitu “Menjadikan

Malaysia Sebagai Model Pentadbiran Islam Terunggul Yang

Progresif dan Inklusif Menjelang 2025” yang turut menjadikan

perundangan dan kehakiman sebagai kluster pertama daripada

keseluruhan teras strategik iaitu—

“Memperkasakan Perundangan dan Kehakiman Syariah

melalui Reformasi berterusan pentadbiran kehakiman,

penggubalan undang-undang dan peningkatan

professionalisme Hakim-Hakim Syarie”

31. Tahun 2019 ini pastinya mendatangkan lebih banyak

cabaran dari berbagai-bagai sudut, dengan perubahan

persekitaran sosial dan ekonomi global dan mentaliti masyarakat

tempatan yang lebih mencabar, ia pastilah menuntut komitmen

Page 21: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 21

dan kesediaan Tuan-tuan dan Puan-puan agar sentiasa bersedia,

berdaya saing, kreatif dan inovatif serta terus istiqomah dalam

memastikan kewujudan institusi kehakiman Syariah ini kekal

relevan dan diyakini rakyat, khususnya dalam membantu

memelihara maslahat umat Islam di negeri Selangor dan

seterusnya di Malaysia. Perubahan ini signifikan bagi menyahut

tiga (3) wawasan utama yang digariskan oleh YB Menteri di

Jabatan Perdana Menteri iaitu konsep Rahmatan Lil ’Alamin,

Maqasid Syar’iyyah dan Fiqh Setempat atau pun Fiqhul Malizi

(Fiqh Malaysia).

32. Sebelum mengakhiri bicara, saya ingin mengucapkan

syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga kerja

JKSNPP yang telah dapat meneruskan kecemerlangan dan

sentiasa maju ke hadapan. Kekalkanlah momentum

kecemerlangan ini agar menjadi teras kepada budaya kerja

berintegriti di kalangan warga kerja JKSNPP

33. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua urus setia

program yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan

program pada hari ini hingga kita semua dapat sama-sama

berhimpun di dalam majlis amanat ini yang saya lihat dengan

kehadiran kakitangan JKSNPP, selain pengurusan majlis yang

cemerlang dan sistematik.

Page 22: TEKS UCAPAN...TEKS UCAPAN YAA DATO’ DR HJ. MOHD NAIM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM

M A J L I S A M A N A T K E T U A P E N G A R A H / K E T U A H A K I M S Y A R I E J A B A T A N K E H A K I M A N S Y A R I A H M A L A Y S I A

P a g e | 22

34. Akhir kalam, sekali lagi saya ucapkan terima kasih di atas

jemputan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan

Amanat pada hari ini. Saya mendoakan agar kecemerlangan

JKSNPP yang merupakan salah satu cabang kepada JKSM akan

terus berkekalan dan memberikan inspirasi kepada Jabatan-

jabatan lain. Semoga kita semua diberikan rahmat dan

keberkatan oleh Allah, diampunkan dosa-dosa oleh Allah dan

dilindungi oleh-Nya dalam setiap apa jua perkara.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.