3
Koleksi Sajak Sempena Hari Guru…. 01.Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara.

Koleksi Sajak Sempena Hari Guru

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Koleksi Sajak Sempena Hari Guru

Koleksi Sajak Sempena Hari Guru….

01.Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia

sudah berabad lalu

bermandi keringat

meniti gigi hari

mendaki puncak tinggi

di merata lurah dan denai

menabur bakti

tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia

bukan untuk dipuja

atau di dewa-dewa

siang dan malarnnya

adalah perjuangan jua

rela meluah bahagia

menelan duka nestapa

dengan senyum dan takwa

biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia

laksana kuntum kembang mekar

Page 2: Koleksi Sajak Sempena Hari Guru

memuncak nama pembela sejahtera

abadi dalam harum nama.

02.Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman

guru adalah ratu lebah

lalu memujuk membelai kelopak

cinta kasih sayang

lilinnya berbunga sinar cahaya

madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih

lalu menabur bunga telur

baktinya segar mewangi

sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh

pedoman kehidupan

guru adalah pendakwah

lalu mengikut jejak Nabi Muhammad

memimpin insan

ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang

Page 3: Koleksi Sajak Sempena Hari Guru

terima kasih terima savang

budi bicara guru berjasa

kami sanjung tinggi.