30
HNS 2013

tamadun malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: tamadun malaysia

HNS 2013

Page 2: tamadun malaysia
Page 3: tamadun malaysia

Tamadun atau peradaban manusia itu merupakan satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi atau maju.

Budaya mempunyai perhubungan yang rapat dengan tamadun kerana budaya yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.

Untuk melihat tahap pencapaian tersebut biasanya dilihat dari dua aspek, iaitu:

i. Budaya kebendaan (materialism)ii. Budaya bukan kebendaan (non-material)

Page 4: tamadun malaysia
Page 5: tamadun malaysia

5

Page 6: tamadun malaysia

6

Page 7: tamadun malaysia

7

Page 8: tamadun malaysia

8

2.0 DEFINISI BUDAYA Budaya adalah

keseluruhan cara hidup yang mencakupi antara lain kepercayaan, adat resam, agama, bahasa, ekonomi, politik dan sebagainya yang mana ianya diwarisi oleh anggota masyarakat dari semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu generasi.

Page 9: tamadun malaysia

Merupakan peralatan yang dihasilkan oleh anggota masyarakat yang boleh dilihat dan disentuh. Ia mencerminkan paras pencapaian peradaban atau tamadun bagi sesuatu masyarakat.

Budaya kebendaan tersebut berasaskan:

i. Kepada sumber-sumber yang boleh didapati daripada alam sekelilingnya.

ii. Peralatan yang dihasilkan itu bersesuaian dengan kehendak hidupnya

iii.Menggambarkan tahap pencapaian teknologi, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang merupakan usaha manusia bagi mengisi kehidupan

Page 10: tamadun malaysia

Merupakan sesuatu yang bukan benda yang tidak dapat dipegang tetapi dapat dilihat dan dirasa (Rohana Yusof, 1997: 77).

Cth: Pengetahuan, falsafah, kepercayaan, sistem keluarga, nilai, undang-undang, akhlak dan sebagainya.

Al-Marbawi mendefinisikan tamadun dengan kehalusan adat (Ahmad Zaki, 1995:5). Tamadun yang dimaksudkan oleh beliau bercirikan :

Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah tentu mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun.

Pembinaan sifat seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima.

Manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama.

Page 12: tamadun malaysia

12

Budaya merupakan cara hidup, lambang, identiti dan asas ukuran kepada keperibadian sesuatu kaum dan bangsa

Budaya ialah sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya

Fikirkan sejenak: 1) Pakaian

wanita/lelaki Melayu, Cina, India, Etnik Sabah & Sarawak pada zaman 50an.

2) Bahasa Melayu zaman dahulu kala.

3) Matawang 4) Adat

Page 14: tamadun malaysia

14

Adat Temenggung : diamalkan di negeri selain Negeri Sembilan, konsep pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada lelaki, Ia banyak dipengaruhi oleh agama Islam

Kebudayaan : Perayaan-perayaan Agama :

Seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Nuzul Quran, Maulidur Rasul dan Awal Muharam

Kesenian : Seperti Wayang Kulit, Makyung, Kuda Kepang, Menora dan Gamelan

Page 15: tamadun malaysia

15

Perkahwinan : Seperti Merisik, Bertunang, Berkahwin (nikah) dan Bersanding

Pakaian : Seperti Sarung, Cik Siti Wan Kembang, Puteri Perak, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kebaya Labuh dan Baju Riau Pahang

Page 16: tamadun malaysia

16

Amalan kebudayaan dan adat resam mereka : 1)Kalendar orang Cina 2)Keinginan mendapat anak pertama lelaki 3)Pelajaran 4)Pengkebumian

Perayaan-perayaan Masyarakat Cina:1)Tahun Baru Cina2)Chap Goh Mei (hari ke 15 selepas tahun baru)

Page 17: tamadun malaysia

17

3)Ching Ming (hari terakhir bulan 2 tahun lunar)

4)Kuih Bulan ( hari ke 15 bulan 5 5)Hantu Lapar (hari ke 15 bulan

7, popular di P.Pinang)

Pada masa dahulu orang Cina tinggi semangat kesukuan, menyebabkan lahir kumpulan kongsi gelap di Tanah Melayu.Pada ketika itu, budaya Cina adalah terasing dari budaya tempatan

Page 18: tamadun malaysia

18

Mereka ada identiti dan budaya tersendiri yang menyulitkan proses perpaduan

Menjelang kemerdekaan, keterasingan ini terhapus sedikit demi sedikit

Pakaian : samfoo (golongan tua), cheongsam (golongan muda), sekarang ini lebih terpengaruh dengan pakaian baratMakanan : asasnya ialah nasi, jenis yang utama ialah Kantonis, Hokkien dan Szechuen

Page 19: tamadun malaysia

19

Budaya dan adat mereka berasal dari di India dan telah diasimilasi dengan budaya tempatan

Masyarakatnya ada hierarki tertentu yang dipanggil kasta, 4 kasta utama ialah Brahma, Ksyatria, Vaisya dan Sudra

Ia menjadikan masyarakat India mempunyai jurang perbezaan yang besar antara satu sama lain

Golongan dalam kasta rendah akan alami kesukaran dan kebanyakkannya merantau ke negara asing untuk mencari rezeki

Perayaan : utama – Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal

Page 21: tamadun malaysia

21

Budaya lama Iban ialah ‘Head Huntings’ - lambang kepahlawanan

Budaya baru Iban ialah ‘utai basai gagamit’ (tiada masalah besar yang tidak boleh diatasi)

Mereka tinggal di rumah panjang bersama beberapa keluarga yang dibahagikan kepada beberapa bilik keluarga asas

Bawah rumah ialah tempat haiwan ternakan seperti babi dan ayam

Mereka juga adakan upacara khas dalam adat kematian yang melibatkan semua ahli rumah panjang dengan diketuai Tuai Rumah

Page 22: tamadun malaysia

22

Kesenian : banyak hasil kraftangan seperti anyaman, kain selimut, bakul dari rotan

Tarian : ngajat, bepencaha, berkuntau, main kerichap, dan main chekak

Orang Melanau pula menghasilkan kraftangan seperti bakul, tikar, perangkap ikan, tudung saji, ukiran kayu dan perahu

Page 23: tamadun malaysia

23

Masyarakat Kadazan Dusun mempunyai pelbagai budaya dan adat resam

Upacara kematian melibatkan seluruh masyarakat Unggun api dihidupkan untuk halau hantu dan roh jahat Wujud konsep sepert ‘mihad’ (menangisi mayat), ‘memojuk’

(mandikan mayat), ‘lobong’ (kubur) dan ‘panukup’ (kenduri) Kelahiran : proses menamakan bayi melibatkan semua ahli

keluarga dan jiran, adat ‘mintuhun’ ialah adat jejakkan kaki bayi ke tanah Dalam masyarakat Bajau terdapat 4 nilai/norma iaitu : hubungan lelaki dan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian Mereka juga menghasilkan kraftangan seperti perangkap binatang dari buluh untuk menangkap tikus, tupai dan burung

Page 24: tamadun malaysia

Sesebuah tamadun itu ada hayatnya. Samuel Huntington menyatakan sebanyak lebih 20 buah tamadun yang pernah wujud di dunia ini. Namun hanya lapan buah sahaja yang masih tinggal kini. Oleh kerana itu beliau bersetuju bahawa tamadun juga boleh diibaratkan sebagai benda bernyawa, iaitu lahir, remaja, dewasa, tua dan mati.

Pada masyarakat China, mereka mempercayai wujudnya konsep kitaran dinasti yang dapat menggambarkan tamadun lahir, puncak dan jatuh. Tetapi kejatuhannya itu diganti oleh dinasti yang baru dan meneruskan pembinaan tamadun sebelumnya.

Page 25: tamadun malaysia

Ibn Khaldun yang menulis Muqaddimah pada abad ke-14 menjelaskan sesebuah tamadun itu melalui tiga tahap utama. Pada tahap akhir, tamadun tersebut akan mengalami kemusnahan.

Ibn Khaldun bermula dengan semangat assabiyah lalu berkembang sampai ke puncak. Pada tahap tersebut tamadun sedang mengalami kehidupan mewah, berseronok, rasuah dan meninggalkan ajaran agama. Itulah mulanya kemerosotan dan membawa kepada kehancuran tamadun.

TAHAP AWAL

KEMUNCAK

KEMEROSOTAN

Page 26: tamadun malaysia

Sebelum sesebuah negara itu wujud, ia harus melalui beberapa proses utama iaitu:

1) Perubahan daripada nomad kepada menetap dan seterusnya kemunculan teknologi pertanian

Contoh: Kewujudan negara-negara kota Melayu pada ketika itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu maritim dan agraria. Contoh negara kota maritim ialah Srivijaya dan Melaka. Manakala contoh negara kota agraria ialah Angkor dan Ayuthia.

Page 27: tamadun malaysia

2) Pertambahan penduduk menyebabkan manusia menjadi kreatif bagi memenuhi keperluan masing-masing. Teknologi yang simple seperti membajak menggunakan kerbau diganti oleh traktor. Ini berlaku melalui revolusi perindustrian pada abad ke-18 di Eropah

Kesan daripada revolusi perindustrian tersebut, maka negara-negara Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan terutamanya di Timur. Alam Melayu turut dijajah dan pada tahun 1824, melalui perjanjian Inggeris-Belanda, maka Alam Melayu dibahagi kepada kawasan masing-masing.

Page 28: tamadun malaysia

3) Perubahan berikutnya ialah teknologi moden

Melalui dasar-dasar pembangunan yang positif, Malaysia muncul sebagai sebuah negara industri dan diharapkan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti.

Page 29: tamadun malaysia

Unsur utama untuk membina sebuah tamadun dan juga negara bangsa adalah semangat assabiyah seperti yang diperkatakan oleh Ibn Khaldun. Semangat inilah yang telah menyatukan rakyat Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia membebaskan negara daripada penjajahan Inggeris. Beberapa usaha pembebasan tanah air daripada penjajah telah gagal kerana tidak adanya semangat assabiyah. Semangat yang ada sebelum kita merdeka adalah kedaerahan, kenegerian, perkauman dan diskriminasi. Sehubungan itu adalah sukar untuk menyatukan semua rakyat menentang penjajah pada masa itu. Semangat nasionalisme dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik itu.

Page 30: tamadun malaysia

BAGAIMANA KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA MENJADI SATU KELEBIHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

APAKAH KUNCI UTAMA UNTUK MEMASTIKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA TIDAK TERGUGAT WALAUPUN MEMPUNYAI BUDAYA YANG BERBEZA?