7

Click here to load reader

Teks pengacara majlis hari guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks pengacara majlis

Citation preview

Page 1: Teks pengacara majlis hari guru

Teks Pengacara Majlis - Majlis Persaraan Guru Besar

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan

diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria

Hari yang berbahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena

persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha

Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran

Guru Penolong Kanan 1

SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha

Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha

En. Rahmat bin Ibrahim

Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan

Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati

En. Mohd Rosli bin Othman

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Bahagian Menengah

Yang Dihormati

Tn. Hj. Muhammad bin Salleh

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Bahagian Rendah

Yang Dihormati

En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman

Pegawai Maklumat

Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Page 2: Teks pengacara majlis hari guru

Yang Dihormati

Barisan Guru Besar dan Pengetua

Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah

Daerah Kulai

Yang Dihormati

En. Abdul Naser bin Bedu

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati

En. Md. Sukor bin Marzuki Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”

dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan

En. Abdull Mutalib bin Denan

Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya

Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En.

Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa

yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Page 3: Teks pengacara majlis hari guru

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang

Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan

sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia

sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-

mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad

Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin

Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa

dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Page 4: Teks pengacara majlis hari guru

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang

Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.

Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala

hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita

saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah

sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.

Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai

tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan

mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En.

Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Page 5: Teks pengacara majlis hari guru

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-

wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan

Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan

Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull

Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis

turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha

Page 6: Teks pengacara majlis hari guru

Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull

Mutalib bin Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan

turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada

Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK

LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai

Pelajaran Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong

Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman,

Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Page 7: Teks pengacara majlis hari guru

Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak

Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul

Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan

En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang

Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di

dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis

“Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu

`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.