13

Teks Ucapan Pengerusi Majlis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dd

Citation preview

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Perak Aman Jaya. Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berusaha DSPIPD Perak TengahYang Berusaha Pn Lidiawati bt. ZamriPegawai Perpaduan Daerah Manjung & Perak TengahYang Berusaha Ust. Amir Hasan b. RazaliPengerusi KRT Taman Changkat Lada Raya, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Seminar KeselamatanKetua-ketua Jabatan,Pengerusi-pengerusi KRT Daerah Manjung dan Perak TengahPegawai-pegawai PDRMDif-dif jemputanPeserta-peserta SeminarDan hadirin sekalianSelamat datang ke :Program Seminar Keselamatan Bersama PDRM dan RT Daerah Manjung & Perak Tengah.

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seriTerlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan program ini.Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berusaha DSP kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua peserta seminar yang hadir untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas sempadannya. Bak kata pujangga Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.Hadirin yang dimuliakan,Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.*********** (Doa)Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz . atas bacaan doa itu tadi.Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkatiSekapur sirih tiada berharta,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah tuan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali, Pengerusi Jawatankuasa Program Seminar Keselamatan merangkap Pengerusi KRT Taman Changkat Lada Raya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.************(Ucapan)Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b. Razali atas ucapan tersebut.Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.************(Ucapan PPD)Terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri atas ucapan tadi.Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha DSP,IPD Perak Tengah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Seminar Keselamatandengan segala hormatnya mempersilakan.***********(Ucapan Perasmi)Dijemput DSP ke tengah pentas bagi menyempunakan gimik perasmian. Dipersilakan.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha DSP atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa bagi membenteras jenayah di kawasan masing-masing. Keprihatinan dan tindakan kita akan mencegah dari berlakunya kegitan-kegiatan jenayah. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.Ceramah & Tayangan videoTuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan menjemput bagi menyampaikan slot ceramah & tayangan video. Dipersilakan.************(ceramah).Penyampaian CenderahatiMajlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri, Pegawai Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Ust Amir Hasan b. Razali naik ke pentas bagi menyempurnakannya.Sebagai tanda terima kasih kami,Majlis menjemput DSP bagi menerima cederahati. Dipersilakan.Majlis menjemput ...................................Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri atas kesudian meyampaikan cederahati.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Seminar Keselamatan, ucapan tahniah buat semua peserta yang memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam seminar ini dan berkongsi dengan rakan-rakan dan jiran-jiran yang tidak dapat turut seta dalam program ini.Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Di lain masa bersua lagi.Rumpun nipah tepi telaga,Diambil orang buat nira;Hidangan di meja sudah tersedia,Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.Sekian, tarima kasih.....Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Sebelum pulang,Dijemput semua peserta dan hadirin untuk menjamu selera.

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASIBismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahillazi anaman biniaqmatil imani wal islam. Wassola tu wanaslamu ala qairil anam, saiyidina muhammadin waala alihi wasohbihi wabarik wassalam. Dari Johor hendak ke Pekan,Singgah di Lipis membeli haruan,Semanis senyuman kami hamparkan,Buat bingkisan salam pertemuan. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang Berhormat,Dato Hajah Suraya Bt YaacobAhli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang

Yang Dihormati, Encik Rosham Noor, Selaku penceramah jemputan

Yang Dihormati,Encik Zubidi bin DerisYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang,

Barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang,

Para ibu bapa dan waris

Seterusnya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang.

Buah pauh si bunga rampai,Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,Orang jauh sudahlah sampai,Selamat datang kami ucapkan.

Biji selasih boleh dimakan,Menjadi perisa sedap terperi, Kehadiran tuan kami alukan,Semoga majlis tambah berseri.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Ceramah Motivasi Pelajar dan Waris SMK Kubor Panjang.Bagi seluruh warga SMK Kubor Panjang., pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato dan para jemputan bertamu ke majlis kita pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan menjadi lebih bermakna.

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLISMAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009MENGUMUMKAN KETIBAAN EN RAMBLI BIN HJ HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU KE DEWAN.BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIMASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERADARI JAUH TETAMU DATANGDATANG BERSAMA HARAPAN MENGUNUNGDEWAN PEN VIEW MENYAMBUT LADANGSEMOGA ANDA SEMUA MERASA DI SANJUNG. BUAT KETUPAT BERSAMA RENDANGJADI HIDANGAN DI WAKTU PETANGKAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANGKE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN. SERI MURNI HIASAN TAMUINDAH MEKAR TEPIAN MUARAHARI INI KITA BERTEMUMOGA KEKAL MENJALIN MESRA. SALAM BAHAGIA , SALAM HOMAT, DAN DIUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009. (zul)YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI,PENGETUA SMK DEMAK BARU YANG DIHORMATIPN MISIA BINTI HJ ZAINPENOLONG KANAN PENTADBIRANEN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,EN SELAMAT BIN MASUNII,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.. EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBPKETUA-KETUA BIDANGGURU- GURU ,KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIANDIPANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI,LANTARAN DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA,KITA SAMA-SAMA DAPAT BERKUMPUL, DI DEWAN INI BAGI MENGIKUTI MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PKBP SMK DEMAK BARU 2009.BAGI JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI, PENGETUA SMK DEMAK BARU, DAN HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS YANG DIADAKAN PADA HARI INI.NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA ACARA,MAJLIS MENJEMPUT TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU ITU TADI.

BACAAN DOA HADIRIN YANG DIHORMATI,DENGAN NAMA ALLLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU DARIPADA ILAHI TERHADAP USAHA MURNI YANG KITA LAKUKAN. UNTUK ITU, DIJEMPUT USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN UNTUK MEMBACAKAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.TERIMA KASIH KEPADA USTAZ SYED ABDILLAH BIN SYED KAMALDIN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

UCAPAN ALU-ALUAN

PKBP DEMAK BARU AMAN SENTOSA MEMBENTUK INDIVIDU BEKERJAYA DAN BERDIKARI MISI UTAMADENGAN TIADA MELENGAHKAN MASAKITA MULAKAN MAJLIS PERTAMA.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN,PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.DENGAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA EN JAMAL SYUKURI BIN BOLHASSAN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.UCAPAN ALUAN PEMBUKA ACARASALAM DIBERI TETAMU DIMULIAKANUCAPAN TUAN TERSIRAT MAKNADALAM HATI TERSEMAT SETIA.UCAPAN PERASMIAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,CEMPAKA SARI WARISAN SEJATIMENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERIUCAPAN PERASMI MEMANG DINANTIBERILMU TINGGI BIJAK BESTARI.

MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

(Cgu ita)MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERUSAHA ,EN RAMBLI BIN HJ HASBI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.