Menterjemah Istilah Warna

  • View
    106

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Menterjemah Istilah Warna

PPPJ2443 TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB 2

PPPJ2443TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB 2Menterjemah Istilah WarnaOleh: Mohd Haffizzuddin bin Kamaruddin A144955Pensyarah:Dr. Maheram binti Ahmad

PENDAHULUAN Setiap bahasa mempunyai cara tersendiri untuk menerangkan unsur-unsur dalam kebudayaan masing- masing. Salah satu unsur tersebut ialah unsur warna yang bersifat universal. Jumlah warna di dunia ini adalah tidak terhad bilangannya malah berbeza mengikut negara ataupun kawasan. Tiap-tiap bahasa misalnya membuat peta warna mereka yang tersendiri dan tidak ada dua bahasa yang membuat peta warna yang serupa. Setiap bahasa membuat peta warna berdasarkan sudut pandangan mereka yang tersendiri. Dengan yang demikian, wujudlah peta-peta warna yang berlainan dalam setiap bahasa dan budaya. Selain itu, tiap-tiap kebudayaan juga menamakan jenis warna di sekeliling mereka menggunakan cara padanan. Sesuatu jenis warna itu dinamakan mengikut nama benda-benda lain yang mempunyai warna yang serupa atau hampir sama dengan warna tersebut.CONTOH VARIASI WARNA Di dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai variasi warna hijau seperti hijau pucuk pisang, hijau lumut, hijau pandan, hijau serindit dan hijau daun, tidak ketinggalan juga hijau tua dan hijau muda.Warna kuning juga terdapat pelbagai variasi dalam bahasa Melayu seperti kuning langsat, kuning telur, kuning pinang masak, kuning padi, kuning kunyit dan kuning emas.Di dalam bahasa Inggeris pula, terdapat pelbagai variasi warna kuning seperti apricot, amber, cadmium yellow, buff, chrome yellow, cream, orange, peach, beige, vivid yellow dan pure yellow.Bagi menterjemah variasi warna daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran, penterjemah perlu memberikan persamaan terdekat dan sejadi dalam bahasa sasaran.KUMPULAN ISTILAH WARNA1) Istilah Warna-Warna Utama Warna-warna utama mempunyai istilah dalam setiap bahasa. Contohnya:- 1) hijau - green - 2) merah - red - 3) hitam - black - Menterjemah warna-warna utama ini adalah mudah dan tidak mempunyai sebarang masalah.2) Istilah Warna-Warna Budaya Istilah warna ini dicipta berdasarkan unsur- unsur yang terdapat dalam persekitaran budaya bahasa itu. Istilah warna budaya ini biasanya menimbulkan masalah dalam penterjemahan. Punca masalah tersebut ialah penterjemah tidak mahir berkenaan istilah warna dalam budaya sesebuah bahasa. Kadangkala penterjemah tidak mengetahui bahawa istilah warna sesuatu bahasa itu mempunyai padanan dalam bahasa yang lain tetapi menggunakan nama yang berbeza. Contohnya :- Istilah InggerisIstilah MelayuGoldenKuning padiApple greenHijau pucuk pisangViolet brownMerah manggisCrimsonMerah lembayungBlack brownHitam lotong3) Istilah Variasi Warna Baru Sesetengah variasi warna telah diberi padanan warna dalam bahasa sasaran. Namun kadang-kadang walaupun sesuatu bahasa itu telah mengenali warna tersebut, mereka tetap memberikan nama khas untuk variasi warna tersebut. Contohnya, dalam budaya Melayu walaupun mereka mengetahui bahawa warna putih mempunyai banyak variasi, namun dalam peta warna kebudayaan Melayu, variasi warna putih tersebut belum dibezakan secara rasmi serta tidak diberikan nama yang khusus. Ini kerana warna putih tidak diiktiraf sebagai warna dalam kebudayaan Melayu.

Terdapat dua cara utama dalam menterjemahkan variasi warna yang belum diiktiraf oleh bahasa penerima ini iaitu:- (1) Jika padanan tersebut telah wujud dalam kebudayaan sesuatu bahasa, variasi tersebut boleh diterjemah dengan cara meminjam padanan warna tersebut secara sekaligus. contoh : lavender grey kelabu gandaria indigo blue biru nila wood brown perang kayu

(2) Bagi variasi warna yang padanannya tidak wujud dalam bahasa sasaran, cara menterjemahnya adalah dengan mencari padanan tempatan (bahasa sasaran) yang sewarna dengan bahasa sumber. contoh : violet red merah bawang jade green hijau lumut ice blue biru laut Kadangkala sesetengah variasi warna tidak dipandang serupa oleh sesetengah kebudayaan. Contohnya warna ungu (purple) dalam Melayu dianggap daripada variasi warna biru manakala dalam kebudayaan Inggeris dianggap daripada variasi warna merah.KESIMPULAN Menterjemah istilah warna juga adalah salah satu ilmu yang perlu diketahui oleh penterjemah dalam melakukan sesuatu terjemahan. Istilah warna adalah berbeza mengikut sesuatu bahasa dan budaya. Melalui terjemahan istilah warna, secara tidak langsung penterjemah juga dapat mengetahui kebudayaan sesuatu bahasa ataupun bangsa. RUJUKAN Dipetik dan diolah daripada :- Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. 2008. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.