Menterjemah sari kata

  • View
    113

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Menterjemah sari kata

1. Menurut Ainon Mohd (Orang yang menonton filem mahupun drama televisyen mempunyai dua sumber maklumat bagi memahami cerita yang sedang ditontonnya. Sumber pertama ialah gambar-gambar yang sedang ditayangkan pada skrin. Contohnya ialah penonton tahu pelakon sedang bergaduh hanya dengan melihat aksi pergaduhan yang sedang ditayangkan. 2. SAMB. Sumber kedua ialah skrip dialog yang diperdengarkan kepada penonton. Maklumat yang perlu dimasukkan dalam sari kata adalah maklumat yang tidak dapat diketahui oelh penonton melalui apa yang ditontonnya. 3. Jenis-Jenis Sari Kata Menurut Ainon Mohd terdapat tiga jenis sari kata :Sari kata bagi dialog dalam drama Dialaog drama mestilah diterjemahkan ke dlam bentuk dialog juga. Gaya bahasa drama adalah gaya bahasa pertuturan hari-hari. Ia menggunakan gaya spontan. Ia juuga penuh dengan beban emosiSari kata bagi suara latar belakang dalam rancangan dokumentari. Sebenarnya teks suara latar belakang adalah sejenis dialog juga.bezanya ialah teks seperti ini menggunakan bahasa yang tersusun rapi. Bahasa ini berbeza dengan gaya bercakap dalam drama. 4. Samb. Sari kata bagi teks ceramahApabila penceramah itu berceramah di dalam televisyen, apa yang diucapkannya adalah sejenis dialog juga. Bezanya adalah beliau bercakap dalam bentuk monolog, iaitu beliau tidak mempunyai lawan bercakap. 5. PANDUAN UNTUK TERJEMAHAN SARI KATA Menurut Ainon Mohd : Sari kata hendaklah sama laju dengan kadar kelajuan pertukaran gambar pada skrin Terjemahkan maklumat yang tidah boleh difahami oleh penonton daripada menonton gambar dalam skrin. Pilih perkataan-perkataan yang pendek.-Di dalam setiap bahasa terdapat apa yang dinamai sinonim iaitu perkataan yang hampir serupa maknanya. Jadi, lebih elok sekiranya kita memilih perkataan yang paling pendek untuk diletakkan di dalam sari kata. 6. Samb. Salah satu cara memendekkan perkataan adalah dengan berjimat cermat apabila menggunakan penambahan. Ada kalanya sesuatu penambahan itu tidak wajib digunakan. Perkataan yang mempunyai tambahan boleh digunakan dalam bentuk kata akarnya saja. -contoh:Kemajuan - majuKebersihan bersihKelajuan - laju 7. Samb. Ada kalanya perkataan itu menggunakan dua atau lebih penambahan. Dalam keadaan ini jumlah penambahan itu boleh dikurangkan. contohnya: memajukan majukan Membersihkan bersihkan Melajukan - lajukan Ayat Jangan menyebabkan aku malu boleh ditulis dengan Jangan buat aku malu sahaja ataupun jangan malukan aku ataupun Jangan bagi malu. Pilih frasa yang pendek. Kebanyakan frasa boleh digantikan dengan satu perkataan sahaja 8. Samb. Terjemahan sari kata filem atau televisyen mestilak seringkas-ringkas yang boleh. Apabila sari kata itu panjang, ia akan menimbulkan beberapa kesan negatif. Diantaranya ialah : Penonton akan mengambil masa yang banyak untuk membaca sari kata itu. Ini akan menyebabkan tidak sempat menyaksikan gambar yang sedang berubah-ubah pada skrin. Akibatnya penonton kehilangan maklumat. Oleh sebab saiz skrin itu terhad, sari kata itu terpaksa di sambungke dalam frem depan, akibatnya sari kata itu tergantung-gantung dan tidak dapat dibaca sehingga tamat dalam satu filem. 9. Samb. Satu lagi kesan negatif yang menyakitkan hati penonton ialah apabila cerita sudah beralih kepada frem lain tetapi sari kata frem yang sebelumnya belum tamat. Banyak dialog tidak sempat diberikan sari katanya. Saiz skrin juga terhad yang menyebabkan sari kata yang panjang ditulis dalam dua baris ataupun lebih. Jumlah perkataan yang banyak pada skrin akan menutup lebih banyak bahagian gambar pada skrin. 10. Penutup Terjemahan sari kata untuk filem atau televisyen mestilah tepat dan seiring dengan paparan yang keluar di skrin. Terjemahan sari kata mestilah tidak terlalu panjang supaya tidak mengganggu penonton yang ingin menonton filem tersebut. 11. SEKIAN TERIMA KASIH