27
MENTERJEMAH FUNGSI AYAT Dr. Maheram binti Ahmad Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Menterjemah fungsi ayat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Menterjemah fungsi ayat

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Dr. Maheram binti AhmadFakulti Pengajian IslamUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Page 2: Menterjemah fungsi ayat

PENDAHULUAN

Teori Penting: Teori Fungsi Ayat Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan

teh ? Bentuk: Ayat Tanya/pertanyaan Fungsi: Suruhan

Contoh: Siapa kata saya penakut ? Bentuk: Tanya Fungsi: Cabaran

Page 3: Menterjemah fungsi ayat

TERJEMAHAN

Terjemahan: menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.

Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.

Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga

jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif ).

Page 4: Menterjemah fungsi ayat

AYAT MAKLUMAT

Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah.

Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan.

Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat.

Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.

Page 5: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Maklumat

Ayat maklumat terdiri daripada: Ayat perisytiharan, termasuk makluman,

pengumuman, pemberitahuan. Dengan ini dimaklumkan bekalan air akan

tergendala di Bandar Baru bangi selama dua minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.

Ayat pernyataan. Ada virus dalam komputer.

Page 6: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Maklumat

Ayat takrifan termasuk definisi, penjelasan dan penerangan.

Angin ialah udara yang bergerak.

Ayat Tegasan Benar bahawa manusia mempunyai roh.

Ayat Persetujuan termasuk keizinan dan sokongan.

Baiklah, awak boleh pergi sekarang.

Page 7: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Maklumat

Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.

Saya tidak pernah berkata begitu. Saya tidak setuju.

Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka. Benarkan semua bangau putih?

Ayat tanyaan termasuk soalan. Apa khabar ayah awak? Ada berapa inci dalam satu kaki?

Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa. Perbuatan mencuri adalah berdosa.

Page 8: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Maklumat

Ayat sudut pandangan. Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan

wajah membawa faedah besar pada pengguna. Ayat syarataan.

Kalau hari tak hujan, bolehlah kita pergi memancing.

Ayat cerita termasuk pemerian. Pada suatu hari saya tertinggal komuter kerana

datang lambat. Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.

Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.

Page 9: Menterjemah fungsi ayat

AYAT ARAHAN

Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah.

Sebagai contoh, dalam BI bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin maksudnya ialah suruhan, seperti pada ungkapan Can you open the door, John?. Ayat ini ialah ayat suruhan, bukan ayat soalan.

Oleh itu terjemahan yang betul ialah Tolong bukakan pintu itu, John, bukannya Bolehkan awak buka pintu itu, John?

Page 10: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Arahan

Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia.

Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya).

Page 11: Menterjemah fungsi ayat

Jenis Ayat Arahan

Ayat perintah Serang! Hapuskan mereka !

Ayat suruhan Ambilkan secawan kopi. Hantarkan kereta sekarang juga.

Ayat larangan termasuk tegahan. Jangan pijak rumput di laman itu. Jangan hisap rokok.

Ayat panduan. Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan

yang dikisar tadi.

Page 12: Menterjemah fungsi ayat

Jenis Ayat Arahan

Ayat amaran termasuk ancaman. Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.

Ayat undangan. Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.

Ayat silaan. Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.

Ayat ajakan. Marilah kita melabur untuk masa depan.

Ayat gesaan. Cepatlah bawa budak itu ke hospital.

Ayat tawaran. Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke rumah anda.

Ayat peraturan. Para pelajar masuk ikut Pintu B. Para Jemputan masuk ikut Pintu C.

Page 13: Menterjemah fungsi ayat

AYAT PERASAAN

Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna. Wajib disalin semula dalam terjemahan. Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan. Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai

pelbagai perkataan emotif sendiri. Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang

dialami oleh seseorang. Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud

menghendaki orang lain melakukan sesuatu. Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara

yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.

Page 14: Menterjemah fungsi ayat

Contoh Ayat Perasaan

Ayat marah. Kalau ikutkan hati, saya bunuh awak sekarang juga.

Ayat gembira. Alamak! Seronoknya dapat hadiah.

Ayat sanjungan. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan.

Ayat ejekan. Hai! Ular lidi hendak jadi naga?

Ayat dukaan. Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa

dipotong. Ayat sindiran.

Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan.

Page 15: Menterjemah fungsi ayat

Contoh Ayat Perasaan

Ayat cacian. Kucing kurap tak sedar diri! Ada hati nak

meminang anak kita. Ayat kutukan.

Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai.

Ayat cabaran. Kalau berani, mari kita bertumbuk sekarang.

Ayat kejutan. Masya Allah, apa yang dibuatnya dengan duit

sebanyak itu?

Page 16: Menterjemah fungsi ayat

Contoh Ayat Perasaan

Ayat sesalan. Oh! Tuhan, ampunkanlah doasaku selama

ini.

Ayat sumpahan. Aku sumpah kau jagi batu.

Ayat bujukan. Janganlah diikutkan hati, bunga bukan

sekuntum, kumbang bukan seekor.

Page 17: Menterjemah fungsi ayat

PERASAAN

Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana dua faktor:

Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima. Sebagai contoh kita berasa sedih apabila diberitahu sahabat baik kita terlibat dalam kemalangan.

Akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan. Sebagai contoh, orang yang menyampaikan berita itu sangat pandai bercakap sehingga kita menjadi sangat sedih.

Page 18: Menterjemah fungsi ayat

Samb…

Sesetengah perkataan menimbulkan reaksi yang tertentu. Sebagai contoh, ungkapan My mother is a strong woman mungkin diterjemahkan menjadi enam bentuk: Ibuku kuat. Ibuku perempuan yang gagah. Emak saya wanita yang kuat. Ibu saya perempuan yang kuat. Ibu saya teguh pendiriannya. Mak saya gagah.

Page 19: Menterjemah fungsi ayat

AYAT BAHASA ARAB

Ada beberapa cara untuk membahagikan ayat:

Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur: apa yang dimaksudkan oleh penutur? Adakah dia mahu memberi maklumat atau meminta maklumat? Adakah dia mahu memberi arahan atau menunjukkan rasa kagum atau takjub kepada sesuatu? Pembahagian ini boleh kita panggil pembahagian nafsi ( al-tasnif al-nafsi ).

Page 20: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Bahasa Arab

Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat. Adakah ayat itu ayat ringkas/tunggal atau ayat kompleks? Adakah kata kerja di dalam ayat itu satu sahaja ataupun lebih? Adakah terdapat dalam ayat itu ayat pancangan? Adakah dalam ayat itu terdapat huruf `ataf?. Pembahagian berdasarkan perkara ini boleh dipanggil al-tasnif al-tarkibi.

Pembahagian berdasarkan permulaan ayat. Apa jenis perkataan yang ada di permulaan ayat? Adakah perkataan itu kata kerja atau kata nama? Pembahagian jenis ini dipanggil al-tasnif al-awwali.

Page 21: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Bahasa Arab

Berdasarkan tujuan penutur, ayat bahasa Arab dibahagikan kepada:

Ayat maklumat ( jumlah ikhbariyah ), iaitu ayat yang digunakan oleh penutur untuk memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya. Contoh: ( ikhbar ) سافر والدي أمس (maklumat ) تتكون المادة من الذرة ( perasaan) . أقدرك وأحترمك (pendapat ) . من الفضل تأجيل السفر .( mawqif/pendirian ) .ل بد من الوحدة العربية

Page 22: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Bahasa Arab

Jumlah istifhamiyah, iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyoal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh: ( individu ) من فعل هدا ؟ ( masa )متى جاء ؟ ( tempat ) أين وجدته ؟ ( alat ) بما قطعته ؟ ( sebab ) لماذا تأخرت ؟ ( keadaan ) كيف أجاب ؟

Page 23: Menterjemah fungsi ayat

Samb…

Ayat takjub , iaitu ayat yang digunakan untuk menunjukkan rasa kagum atau takjub. Contoh: ما أجمل هذه الشجرة ؟

Ayat suruhan atau permintaan , iaitu ayat yang digunakan untuk menyuruh atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Contoh: . إفتح الباب . نم مبكرا

Page 24: Menterjemah fungsi ayat

Ayat Bahasa Arab

Ayat-ayat BA tidak boleh semata-mata dibahagikan kepada jenis-jenis itu sahaja, bahkaan ada kalanya ayat Tanya/soalan mengandungi fungsi lain, seperti menyatakan atau memberitahu sesuatu. Ada kalanya ayat Tanya mengandungi fungsi suruhan, ayat takjub mengandubgi maksud menyatakan juga. Lihat contoh-contoh yang berikut:

Di sini ada soalan mengenai لماذا تأخر الطبيب ؟sebab kelewatannya, tetapi pada masa yang sama ayat ini menkhabarkan kepada pendengar bahawa tabib itu lewat . ( istifham + ikhbar ).

Page 25: Menterjemah fungsi ayat

Sambungan

أل يمكن أن تفتح النافذة ؟ Di sini ada istifham, tetapi pada masa yang sama ayat ini juga mengandungi permintaan secara beradab. ( istifham + talab )

ما أجمل السيارة ! Kagum dan menceritakan kerata itu cantik. ( ta`ajjub + ikhbar )

Page 26: Menterjemah fungsi ayat

KESIMPULAN

Semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat.

Bentuk ayat ada kalanya berubah, walapun seboleh mungkin, bentuk juga perlu dikekalkan dalam terjemahan.

Page 27: Menterjemah fungsi ayat

SEKIAN TERIMA KASEH DAUN KELADI

JUMPA LAGI…!