Kelayakan menterjemah

  • View
    379

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nur Adibah Bt Alias A139313 Terjemahan Arab- Melayu-Arab II PPPJ2443 Jabtn. Peng. Arab dan Tamadun Islam UKM.

Text of Kelayakan menterjemah

  • 1. KELAYAKAN MENTERJEMAHNur Adibah Bt Alias A139313 Terjemahan Arab-Melayu-Arab II PPPJ2443 Jab. Peng. Arab dan Tamadun Islam UKM

2. Mengetahui dua bahasa sahaja tidak cukup untuk menjadi penterjemah yang baik . Penterjemah yang menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik tidak semestinya boleh menterjemah dengan baik.Penterjemah bukan hanya sekadar mengalihbahasakan karya dari bahasa sumber ke bahasa yang lain tetapi juga wajib memahami situasi dan konteks karya yang diterjemahkannya. Dalam tiap-tiap bidang ilmu akan terdapat pakarnya masing-masing dan demikian juga halnya dengan ilmu terjemahan. Pakar-pakar dalam bidang terjemahan telah menghasilkan teori-teori dan prinsip prinsip yang menjadi panduan bagi seorang penterjemah. 3. Menurut Ainon 1985, seseorang yang ingin menjadi seorang penterjemah yang baik haruslah dapat memenuhi empat syarat utama seperti berikut : Mengetahui bahasa sumber . -iaitu bahasa asal yang akan diterjemahkan kepada bahasa kedua. - Mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam . - Penterjemah harus menguasai bahasa itu sumber secukupnya agar mengetahui selok belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya mampu membezakan perbezaan-perbezaan makan yang terkandung dalam teks asal. Dengan itu ia dapat mentakrifkan maksudnya dengan tepat. 4. Mengetahui bahasa penerima. - Iaitu bahasa sasaran - Penterjemah harus menguasai bahasa penerima dengan lebih baik lagi - Pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan. - Untuk menjamin supaya maklumat atau makna yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna - Tanpa pengetahuan yang baik dalam bidang yang diterjemahkan terjemahan yang dilakukan sudah pasti banyak maklumat yang bercanggah - Lebih-lebih lagi dalam bidang yang memerlukan penterjemahan teksteks khusus seperti bidang sains, teknologi, undang-undang atau falsafah, kesusasteraan. 5. Mengetahui teori dan amalan terjemahan Pada masa dahulu penterjemahan hanya dianggap sebagai suatu tugas untuk mencari perkataan ang boleh menggantikan perkataan asal dalam bahasa sumbernya. Anggapan ini tidak benar. Penterjamahan bukanlah mencari padanan perkataan semata-mata tetapi bertanggungjawab memindahkan idea, maklumat dan gaya teks yang diterjemahkan. Penterjemah perlu dibantu oleh ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menterjemah. 6. Beberapa masalah peribadi dalam terjemahan Salah faham mengenai ciri-ciri bahasa, tugas penterjemahan dan matlamat penterjemahan mudah timbul apabila kita tidak benarbenar bersikap objektif pada maklumat dalam teks. Masalah-masalah peribadi yang sering dialami oleh penterjemah biasanya bukanlah berasal daripada sikap seseorang yang sengaja tidak mahu objektif terhadap tugasnya tetapi biasanya berasal daripada andaian andaian yang tidak disedarinya yangmempengaruhi tugasnya dan melemahkan hasil yang cuba diusahakannya dengan jujur. (Ainon 1985) 7. Antara masalah-masalah tersebut ialah :---Terlalu mengetahui bidang yang tertentu. Masalah ini mungkin nampak janggal , kerana kebiasaannya ciri-ciri lazim yang perlu ada pada penterjemah ialah mempunyai pengetahuan yang baik dalam subjek yang diterjemahkannya. Oleh kerana mereka cukup mengetahui sesuatu bidang itu secara mendalam maka mereka sering beranggapan bahawa pembaca juga tahu apa yang mereka ketahui. Akibatnya mereka akan menterjemah pada peringkat yang tidaka dapat difahami oleh pembaca. Mereka sukar merendahkan diri mereka setaraf dengan orangorang yang tidak mempunyai pengetahuan yang sedemikian 8. Menerima translationese tanpa soal jawab. Tradisi translationese telah timbul daripada penterjemahan bukubuku teks dan bahan lain yang dibuat dengan cara sekaligus dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Gol.ongan terpelajar seperti ini biasanya belajar dalam bahasa asing dan tidak kenal lagi dengan tabiat dan keistimewaan bahasa ibunda mereka sendiri Lalu mereka mudah terjerat oleh translationese. Sikap mereka ini kadang-kadang terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri. 9. -Tidak yakin pada bahasa sendiri. Ramai yang merasakan bentuk-bentuk bahasa asing lebih baik prestijnya dan oleh yang demikian mereka meniru bentuk-bentuk tersebut Oleh itu mereka meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, bentuk-bentuk stilistik malah bentuk nahu juga. Ada pula golongan yang terlalu yakin pada kemampuan bahasanya sehingga ia percaya apa yang dinyatakannay dalam bahasa asing dapat dinyatakan juga dalam bahasanya. 10. -Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa Ada sesetengah pihak tertentu yang mempunyai semacam profesionalisme dalam tugas mereka dan kalau sesuatu hal itu telah dijelaskan dengan mudah maka ianya akan mengetepikan fungsi mereka untuk menghurai dan menjelaskan lagi hal tersebut. Kurang pengetahuan mengenai terjemahan - Kebanyakan orang menyangka oleh kerana bahasa itu terdiri daripada perkataan-perkataan maka menterjemahkannya sekadar kerja mengganti satu perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan lain dalam bahasa penerima. - Kemudian baru disedari bahawa perkataan bukanlah unit bahasa yang baik untuk dijadikan dasar terjemahan , tumpuan hendaklah diberi pada ayat malah perenggan dan seluruh wacana.