22
X PENGENALAN Beberapa tahun yang lalu, satu transformasi telah berlaku dalam struktur keluarga sebagai institusi sosial dan hubungan di antara ahli keluarga. Untuk memahami perubahan ini kita perlu mengkaji beberapa persoalan penting. Apakah jenis keluarga yang wujud dan bagaimanakah keluarga berubah? Apakah sistem kekeluargaan dan bagaimanakah ia menjalinkan manusia dalam masyarakat? Mengapakah manusia berkahwin dan bagaimanakah mereka bercerai? Apakah isu-isu yang dihadapi oleh keluarga hari ini? Topik ini akan cuba menjawab kesemua soalan yang diutarakan. INSTITUSI ASAS SOSIAL Keluarga adalah institusi penting dan universal. Apabila kita menyebut „keluarga‰ apa yang akan terbayang pada mata kita ialah ibu yang sedang mengurus anak-anaknya dalam sebuah rumah dan si ayah pula bergegas ke pejabat. Sekiranya inilah imej keluarga yang anda bayangkan maka anda kurang tepat tentang apakah sebenarnya maksud keluarga pada zaman milinium ini. 4.1 T T o o p p i i k k 4 4 X Keluarga HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan keluarga nuklear dan keluarga kembangan; 2. Menjelaskan peranan keluarga daripada aspek perkembangan zuriat, sosialisasi, sokongan emosi dan status sosial; 3. Menghuraikan jenis-jenis perkahwinan dan memberi contoh untuk setiap jenis; 4. Mengenalpasti faktor penyebab perceraian dan kesan perceraian kepada keluarga; dan 5. Menyenaraikan masalah dalam keluarga dan mencadangkan penyelesaiannya.

Kajian sosial (Keluarga)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kajian sosial (Keluarga)

PENGENALAN

Beberapa tahun yang lalu, satu transformasi telah berlaku dalam struktur keluarga sebagai institusi sosial dan hubungan di antara ahli keluarga. Untuk memahami perubahan ini kita perlu mengkaji beberapa persoalan penting. Apakah jenis keluarga yang wujud dan bagaimanakah keluarga berubah? Apakah sistem kekeluargaan dan bagaimanakah ia menjalinkan manusia dalam masyarakat? Mengapakah manusia berkahwin dan bagaimanakah mereka bercerai? Apakah isu-isu yang dihadapi oleh keluarga hari ini? Topik ini akan cuba menjawab kesemua soalan yang diutarakan.

INSTITUSI ASAS SOSIAL

Keluarga adalah institusi penting dan universal. Apabila kita menyebut „keluarga‰ apa yang akan terbayang pada mata kita ialah ibu yang sedang mengurus anak-anaknya dalam sebuah rumah dan si ayah pula bergegas ke pejabat. Sekiranya inilah imej keluarga yang anda bayangkan maka anda kurang tepat tentang apakah sebenarnya maksud keluarga pada zaman milinium ini.

4.1

TTooppiikk  44 Keluarga

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan keluarga nuklear dan keluarga kembangan;

2. Menjelaskan peranan keluarga daripada aspek perkembangan zuriat, sosialisasi, sokongan emosi dan status sosial;

3. Menghuraikan jenis-jenis perkahwinan dan memberi contoh untuk setiap jenis;

4. Mengenalpasti faktor penyebab perceraian dan kesan perceraian kepada keluarga; dan

5. Menyenaraikan masalah dalam keluarga dan mencadangkan penyelesaiannya.

Page 2: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 58

Semakin sesebuah masyarakat itu berkembang maju, terdapat perubahan dalam bentuk, kepentingan dan peranannya. Dalam topik ini kita akan lihat berbagai variasi dan bagaimana institusi keluarga itu terbentuk dan berkembang.

4.1.1 Keluarga dan Keahlian Mengikut Takrif Universal

Pada tahun 1949, George Peter Murdock cuba mendefinisikan keluarga sebagai „satu kumpulan sosial yang mempunyai ciri-ciri umum seperti kediaman, kerjasama ekonomi, dan pembiakan manusia.‰ Selanjutnya beliau menambah bahawa keluarga „terdiri daripada dua orang dewasa yang berlainan jantina, yang berhak mengadakan hubungan kelamin dan mempunyai seorang atau lebih anak.‰ Beliau juga menggariskan fungsi keluarga iaitu hubungan kelamin, ahli keluarga bekerjasama dalam aspek ekonomi, dan menjalankan fungsi pendidikan iaitu mensosialisasikan kanak-kanak. Definisi keluarga oleh Murdock ini mendapat tentangan yang hebat daripada ahli sosiologi yang lain. Ahli kritik mengatakan bahawa definisi Murdock itu sempit. Contohnya, hubungan kelamin adalah sebahagian daripada hubungan kecil di antara suami isteri dan hubungan ini tidak mengambil kira hubungan di antara ahli keluarga yang lain. Mereka menjelaskan bahawa manusia memerlukan sokongan emosi dan kerap bergantung kepada ahli keluarga untuk mendapatkannya. Maka satu definisi yang lebih tepat ialah keluarga itu sebagai satu institusi manusia universal yang mengandungi satu kumpulan ahli yang berstruktur dengan fungsi khusus untuk mensosialisasikan kanak-kanak yang baru dilahirkan (Reiss, 1980). Definisi ini cuba menentukan siapakah ahli keluarga dan apakah yang dilakukan oleh ahli keluarga. Ini merupakan fungsi utama keluarga. Ahli sosiologi functionalist mentakrif keluarga mengikut fungsinya. Mereka melihat keluarga, mengkaji bagaimana keluarga dihubungkaitkan dengan bahagian lain dalam masyarakat, khususnya bagaimana keluarga menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Dengan itu mereka menyatakan bahawa keluarga memenuhi 6 keperluan asas untuk masyarakat hidup. Keperluan atau fungsi ini ialah:

(a) Menghasilkan ekonomi;

(b) Mensosialisasi kanak-kanak;

(c) Menjaga mereka yang sakit dan berumur;

(d) Menjalankan aktiviti rekreasi;

(e) Mengawal nafsu seksual; dan

(f) Melahirkan anak.

Page 3: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 59

4.1.2 Keluarga Nuklear

Siapakah yang membentuk keluarga? Masyarakat mendefinisikan keluarga dengan mengklasifikasikannya kepada dua jenis. Lazimnya, bila kita sebut „keluarga,‰ ia merujuk kepada sepasang suami isteri dan anak-anaknya. Saintis sosial menggelar keluarga jenis ini sebagai keluarga nuklear (sila lihat Rajah 4.1). Dalam keluarga nuclear, hubungan di antara suami isteri adalah penting untuk mengeratkan pertalian ahli keluarga.

Rajah 4.1: Keluarga nuklear

Keluarga nuklear berfungsi secara bebas dalam membuat keputusan. Contohnya, ibu bapa diamanahkan untuk menjaga anak-anak dan menentukan di mana mereka akan tinggal dan apakah keperluan yang perlu disediakan untuk mereka. Sekiranya keluarga nuklear ini tidak mampu hidup berdikari, pertolongan daripada individu lain atau agensi kerajaan seperti jabatan kebajikan masyarakat dapat membantu.

4.1.3 Keluarga Kembangan

Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga kembangan? Keluarga kembangan (sila lihat Rajah 4.2) sering dikaitkan dengan masyarakat primitif. Sekiranya kita mengkaji masyarakat primitif kita akan dapati unit keluarga mereka didefinisikan secara berlainan daripada keluarga moden pada hari ini. Lazimnya keluarga masyarakat primitif terdiri daripada keluarga kembangan yang terdiri beberapa pasangan orang dewasa (datuk, nenek, ibu dan bapa saudara dan ahli keluarga lain) dan anak-anak mereka. Contohnya, dalam kebanyakan masyarakat, anak-anak lelaki tinggal bersama dalam rumah dan apabila

Page 4: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 60

berkahwin, mereka akan membawa isteri-isteri mereka masuk ke rumah mereka. Mereka tidak berpindah.

Rajah 4.2: Keluarga kembangan

Mengapa wujud keluarga kembangan dalam masyarakat primitif? Dalam masyarakat primitif ahli keluarga akan menyokong satu sama lain, sama ada mereka terdiri daripada anak-anak kecil, yang kurang upaya, sakit atau warga emas. Satu sistem sokongan wujud untuk memberi sokongan. Maka setiap keluarga perlu ada orang dewasa yang boleh memberi perkhidmatan ini. Contohnya, sekiranya seorang lelaki dewasa meninggal maka lelaki dewasa yang lain dalam masyarakat tersebut akan menolong menjaga janda dan anak-anak yang ditinggalkan. Sekiranya seorang perempuan dewasa meninggal, perempuan lain dalam masyarakat tersebut akan menjaga dan memelihara anak-anak duda yang ditinggalkan. Ternyata keluarga kembangan ini menyerupai sebuah unit kebajikan.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Berikan definisi serta contoh-contoh keluarga nuklear dan keluarga kembangan.  

2. Apakah perbezaan di antara keluarga nuklear dan keluarga kembangan?

3. Jelaskan kelebihan keluarga nuklear dan keluarga kembangan.

Page 5: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 61

PERANAN KELUARGA

Secara umumnya, didapati bahawa beberapa peranan keluarga adalah bersifat universal. Dalam masyarakat, keluarga memenuhi fungsi asas iaitu untuk perkembangan zuriat, sosialisasi, sokongan emosi dan status sosial.

4.2.1 Perkembangan Zuriat

Untuk sesebuah masyarakat itu berkembang, ahlinya perlu melahirkan zuriat untuk menggantikan orang dewasa dan warga emas yang meninggal. Masyarakat bergantung kepada keluarga untuk menghasilkan ahli barunya. Terdapat masyarakat tradisi seperti di Uganda di mana kanak-kanak dilihat sebagai sesuatu yang sangat penting sehingga sesebuah perkahwinan itu ditamatkan sekiranya si isteri didapati mandul. Begitu juga di negara-negara seperti Singapura dan Korea yang memandang berat kepada mewujudkan bilangan ahli masyarakatnya sehingga kerajaan memberi ganjaran kepada suami isteri yang dapat melahirkan anak. Masyarakat pada umumnya menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk cepat mendapatkan anak. Ini ternyata dalam masyarakat petani di mana anak-anak dilihat sebagai aset ekonomi keluarga. Di negeri Cina sebelum regim komunis, anak lelaki dilihat sebagai satu petanda kebahagiaan di akhirat nanti. Manakala di Amerika pula, pasangan yang tiada anak disifatkan sebagai mempunyai „nasib tidak baik.‰

4.2.2 Sosialisasi

Keluarga bukan hanya berfungsi untuk memperkembangkan zuriat sahaja tetapi juga melanjutkan nilai-nilai yang terdapat dalam masyarakatnya kepada generasi baru. Keluarga merupakan agen utama sosialisasi. Memandangkan ibu bapa adalah orang yang paling melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak, mereka juga merupakan agen sosialisasi yang sangat berkesan berbanding dengan orang dewasa yang lain.

4.2.3 Sokongan Emosi

Keluarga merupakan pusat kehidupan emosi, tempat di mana kita akan mendapat sokongan atau kepastian. Soalannya ialah, sekiranya keluarga kita tidak menyayangi kita, siapa lagi akan menyayangi kita? Semasa kita masih kecil kita mengharap ibu bapa, abang, kakak dan saudara mara menghargai kita.

4.2

Page 6: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 62

Setelah dewasa kita mengharap yang sama daripada suami atau isteri dan juga anak-anak kita. Memang tidak semua keluarga mampu memenuhi harapan tersebut. Ini ternyata dengan masalah keluarga hari ini seperti perceraian, penderaan kanak-kanak, hubungan sulit, lari dari rumah, dan berbagai masalah lain. Ada juga terdapat di setengah tempat dan masa di mana sokongan emosi daripada keluarga kurang diingini. (a) Hubungan Ibu dan Bapa

Salah satu cara kita menilai hubungan keluarga ialah dengan bertanya kepada anak-anak tentang keluarga mereka. Maka kesemua ahli keluarga dalam negara yang terdapat dalam Jadual 4.1 ditanya tentang hubungan ibu dan bapa mereka semasa mereka membesar. Merujuk kepada jadual tersebut, boleh dikatakan bahawa hubungan keluarga yang paling rapat ialah di Afrika Selatan di mana 70% mengatakan bahawa ibu bapa mereka mempunyai hubungan yang „sangat rapat‰. Lain-lain hubungan seperti. Mexico (53%), Kanada (51%) dan Amerika Syarikat (49%) mempunyai persamaan persepsi terhadap perkara ini. Jepun (29%) adalah yang paling rendah, diikuti oleh Jerman (30%).

Jadual 4.1: Soalselidik Mengenai Hubungan Ibu Bapa

Negara Sangat Rapat (%) Afrika Selatan 70 Belgium 63 Norway 59 Hungary 58 Iceland 58 Ireland Utara 58 Itali 55 Sweden 55 Mexico 53 Britain 53 Denmark 52 Kanada 51 Perancis 51 Amerika Syarikat 49 Sepanyol 48 Australia 48 Belanda 39 Finland 36 Jerman 30 Jepun 29

Sumber: World Values Survey, 1981 1983

Page 7: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 63

(b) Hubungan Ibu Bapa dan Anak Jadual 4.2 pula memberi fokus kepada hubungan rapat di antara anak dengan ibu dan bapa. Pada keseluruhannya lebih ramai yang mengatakan bahawa mereka lebih rapat dengan ibu daripada bapa. Ini mungkin disebabkan perceraian. Namun begitu, terdapat mereka dari Jepun dan Belanda yang kurang rapat dengan ibu mereka. Begitu juga kita lihat hubungan ibu bapa (Jadual 4.1) di Jepun tidak rapat. Menurut orang Jepun:

• Wang ringgit sangat penting untuk perkahwinan;

• Mereka tidak terikat dengan hubungan emosi; dan

• Hanya 24% mengalami kesejahteraan rumahtangga. Dapatan ini mungkin mengejutkan kita sebab sekian lama kita beranggapan bahawa orang Jepun adalah masyarakat tradisional dan kekeluargaan dipandang lebih penting dan kukuh dalam masyarakat sedemikian. Kemungkinan ini berlaku disebabkan arus modenisasi yang mengakibatkan mereka kurang mengadakan hubungan keluarga berbanding dengan zaman dahulu.

 

Page 8: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 64

Jadual 4.2: Soalselidik Mengenai Hubungan Anak dengan Ibu Bapa

Negara Sangat rapat dengan ibu (%)

Sangat rapat dengan bapa (%)

Hungary 68 54 Sweden 63 50 Afrika Selatan 62 50 Ireland Utara 61 49 Norway 60 48 Belgium 60 53 Ireland 58 49 Great Britain 58 46 Itali 58 51 Amerika Syarikat 56 40 Iceland 55 35 Denmark 55 41 Australia 54 39 Perancis 53 40 Kanada 51 41 Mexico 50 41 Finland 48 31 Sepanyol 44 39 Jerman Barat 43 26 Jepun 36 25 Belanda 28 26

Sumber: World Values Survey, 1981 1983  

Anak-anak mesti diberi makan, pakaian dan disediakan tempat tinggal sehingga dewasa. Keluarga diberi tanggungjawab untuk berbuat demikian serta melindungi dan menjaga hak anak-anak. Keluarga juga menyediakan peluang untuk anak-anak belajar bagaimana berinteraksi dengan orang dewasa. Sebuah keluarga yang sihat akan ada hubungan keluarga yang merangkumi ciri-ciri kasih sayang, keselamatan, perasaan kekitaan dan kesejahteraan.

AKTIVITI 4.1

Berdasarkan Jadual 4.1 dan 4.2, bincangkan dapatan kajian tersebut mengikut negara.

Page 9: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 65

4.2.4 Status Sosial

Tahap sosial sebuah keluarga adalah berbeza dan ini juga akan mempengaruhi cara ibu bapa mendidik anak-anak. Ahli sosiologi mendapati bahawa ibu bapa yang bekerja dan berada di tahap kelas pertengahan mempunyai pandangan yang berlainan tentang penjagaan anak berbanding dengan ibu bapa yang berada di tahap kelas bawahan (sila lihat Jadual 4.3):

Jadual 4.3: Perbezaan Pandangan Ibu Bapa daripada Kelas Berbeza

Ibu bapa kelas bawahan

Beranggapan bahawa pertumbuhan dan perkembangan anak akan berlaku secara semulajadi. Berlandaskan pandangan ini, maka ibu bapa kelas bawahan meletakkan had ke atas anak-anak dan membiarkan mereka memilih aktiviti mereka sendiri.

Ibu bapa kelas pertengahan

Beranggapan bahawa penjagaan anak memerlukan banyak tunjuk ajar dan didikan sekiranya ingin anak tersebut berkembang dengan baik. Ibu bapa kelas pertengahan cuba melibatkan anak dalam aktiviti seharian yang mereka anggap akan menolong memperkembangkan kemahiran berfikir dan bersosial.

Ahli sosiologi seperti Melvin Kohn juga mendapati bahawa jenis pekerjaan ibu bapa mempengaruhi cara mereka mendidik anak (sila lihat Jadual 4.4):

Jadual 4.4: Perbezaan Pandangan Ibu Bapa kerana Pekerjaan yang Berbeza

Ibu bapa kelas bawahan

Pekerjaannya sentiasa dipantau oleh majikan dan mereka sering mengikut arahan. Maka ibu bapa ini lebih menekankan kepada kepatuhan luaran sahaja dan kurang kepada memotivasikan anak-anak mereka. Ini membuatkan mereka lebih kepada penggunaan hukuman.

Ibu bapa kelas pertengahan

Mereka bekerja dengan banyak menumpukan kepada menginisiasikan tugas mereka. Dengan itu, ibu bapa ini akan cuba memperkembangkan sifat ingin tahu dan ekspresi pandangan dalam anak-anak mereka. Mereka kurang menggunakan hukuman tetapi lebih kepada ganjaran dan keistimewaan.

SEMAK KENDIRI 4.2

Jelaskan peranan keluarga daripada aspek perkembangan zuriat, sosialisasi, sokongan emosi dan status sosial.

Page 10: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 66

TREND DALAM HAL KEKELUARGAAN (GLOBAL DAN TEMPATAN)

Pada zaman sekarang pasangan bercinta sebelum berkahwin dan cara ini berbeza dengan cara zaman dahulu di mana pasangan berkahwin dahulu selepas itu baru bercinta. Dalam soal perkahwinan pula, soalan yang kerap ditanya ialah „Siapa berkahwin dengan siapa?‰ Senario ini menunjukkan bahawa perkahwinan (sila lihat Rajah 4.3) adalah saluran sosial.

Rajah 4.3: Perkahwinan

Saluran sosial yang boleh ditentukan ialah melalui umur, pendidikan, kelas sosial dan etnik. Contohnya, seorang perempuan Melayu yang mempunyai kelulusan universiti dan kedua-dua ibu bapanya pula adalah berprofesion doktor, berkemungkinan beliau akan berkahwin dengan seorang lelaki yang berumur lebih tua sedikit dan juga berkelulusan universiti. Begitu juga dengan seorang perempuan Melayu yang hanya mempunyai kelulusan sekolah menengah dan kedua-dua ibu bapa bergantung kepada sumber kewangan jabatan kebajikan masyarakat, berkemungkinan beliau akan berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang datang daripada latarbelakang yang hampir sama. Ahli sosiologi memberi istilah homogami kepada corak pemilihan pasangan hidup ini iaitu mereka yang berkahwin dengan orang yang mempunyai ciri-ciri latarbelakang yang sama. Homogami berlaku disebabkan manusia berkemungkinan jatuh cinta dengan orang yang tinggal berdekatan, sekolah bersama, atau bekerja dalam pejabat yang sama. Contohnya, di Amerika Syarikat 94% orang Amerika memilih pasangan sendiri manakala 6% tidak. Pada zaman ini berlaku satu perubahan besar dalam perkahwinan iaitu perkahwinan di antara kaum yang berlainan. Contohnya, di Malaysia terdapat perkahwinan di antara orang Melayu, Cina dan India. Manakala di Amerika, berlaku perkahwinan di antara orang kulit hitam dan putih.

4.3

Page 11: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 67

4.3.1 Perkahwinan

Perkahwinan merujuk kepada persetujuan sosial yang kekal dan rasmi di antara dua orang dewasa yang berlainan jantina untuk mengekalkan hubungan jangka panjang yang melibatkan hak dan tanggungjawab kepada satu sama lain dan juga terhadap anak-anak. Terdapat beberapa jenis perkahwinan di dunia. (a) Endogami dan Eksogami

Apakah perbezaan di antara endogami dan eksogami? Endogami merujuk kepada kehendak masyarakat ke atas ahlinya untuk mencari pasangan daripada kelompoknya sahaja. Dalam situasi ini setiap ahli masyarakat yang ingin berkahwin perlu memilih pasangannya daripada kelas, bangsa, kumpulan etnik dan agama yang sama. Endogami berlaku dalam masyarakat Mesir di mana mereka menggalakkan perkahwinan di antara abang dan kakak untuk mengekalkan kuasa dan harta keluarga agar tidak terbahagi kepada orang luar. Endogami juga dipraktikkan dalam keluarga istana di Hawaii, Inca di Peru dan Dahomey di Afrika Barat. Eksogami pula menghendaki ahli masyarakat mencari jodohnya di luar kelompoknya, sama ada daripada luar keluarga nuklear, klan atau kelompoknya.

(b) Jenis Perkahwinan

Apakah jenis-jenis perkahwinan yang terdapat di dunia? Hubungan di antara suami dan isteri boleh distrukturkan kepada salah satu daripada empat cara (sila lihat Jadual 4.5):

(i) monogami (satu suami dan satu isteri),

(ii) poligami (satu suami dan dua atau lebih isteri),

(iii) poliandri (dua atau lebih suami dan satu isteri); dan

(iv) perkahwinan kelompok (dua atau lebih suami dan dua atau lebih isteri).

AKTIVITI 4.2

Pada pandangan anda, apakah trend terkini dalam memilih pasangan jodoh di Malaysia? Bincangkan.

Page 12: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 68

Jadual 4.5: Jenis-Jenis Perkahwinan

Monogami Monogami berlaku dalam 20% daripada 862 masyarakat di dunia dan dalam satu masyarakat budaya silang.

Poligami Poligami dipraktikkan di seluruh dunia. Mengikut Old Testament poligami diamalkan di kalangan orang Hebrew; Raja David mempunyai ramai isteri; Raja Solomon mempunyai 700 isteri dan 300 gundik. Pada zaman dahulu di Cina, India dan negara-negara Islam, poligami dipraktikkan di kalangan orang atasan sahaja. Poligami dilihat lebih daripada hubungan seks. Ia melibatkan hubungan ekonomi dan kedudukan. Persetujuan berpoligami melibatkan keluarga berpengaruh dan membawa keuntungan ekonomi kepada kedua-dua keluarga yang terlibat.

Poliandri Poliandri jarang diamalkan. Ia hanya berlaku sekiranya sesebuah keluarga tidak dapat mencari jodoh untuk setiap anak lelakinya. Maka keluarga tersebut akan mencari seorang isteri untuk anak lelaki sulungnya dan isteri ini dikongsi bersama dengan adik lelaki yang lain.

Perkahwinan berkelompok

Ahli sosiologi beranggapan bahawa perkahwinan berkelompok bukanlah satu norma mana-mana masyarakat. Tetapi kemungkinan ia diamalkan di kalangan orang Kaingang dalam hutan Brazil, Marquesans di Selatan Pasifik dan Todas di India.

4.3.2 Perceraian

Perceraian yang tinggi pada zaman sekarang mencerminkan bahawa hubungan rumahtangga telah menjadi lebih bermakna atau penting berbanding dengan pada masa lampau. Pada masa dahulu, pasangan suami isteri tidak akan bercerai

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Huraikan jenis-jenis perkahwinan dan berikan contoh setiap jenis.

2. Bincangkan kesan setiap jenis perkahwinan berikut ke atas anak-anak:

• Monogami

• Poligami

Page 13: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 69

walaupun hubungan mereka tidak mesra lagi. Tetapi sekarang walaupun pasangan memilih jodoh mereka sendiri, mereka bercerai dalam keadaan marah dan kecewa. (a) Punca-punca Perceraian

Mengapakah perceraian berlaku? Perceraian bermaksud berakhirnya sebuah rumahtangga. Walaubagaimanapun ini tidak bermakna berakhirnya sebuah keluarga sebab perceraian berlaku di antara dua orang yang mempunyai anak. Walaupun seorang ibu atau ayah meninggalkan rumah tetapi terdapat seorang lagi ibu atau ayah yang masih ada. Di Amerika Syarikat hanya 5% sahaja orang dewasa yang bergelar janda atau duda, lebih daripada 80% mereka yang bercerai telah berkahwin semula. Ini bermakna mereka masih percaya kepada institusi perkahwinan. Ramai yang bercerai disebabkan tidak bahagia dalam perhubungan suami isteri. Pada satu ketika dahulu tidak ramai yang bercerai. Suami isteri akan membandingkan rumahtangga mereka dengan orang lain dan mungkin menganggap rumahtangga mereka lebih baik. Tetapi hari ini pasangan yang sama mungkin mendapati rumahtangga mereka lebih teruk berbanding dengan orang lain sebab taraf rumahtangga sudah meningkat.

(b) Kesan-kesan Perceraian Apakah kesan perceraian ke atas keluarga? Lebih daripada separuh pasangan yang bercerai mempunyai anak. Kajian mendapati bahawa keluarga di mana ibu bapa bercerai adalah tidak terurus, di mana anak-anak mengalami masalah tingkahlaku dan akademik berbanding dengan keluarga yang bersama. Begitu juga dengan anak-anak yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal berkemungkinan tercicir daripada sekolah, mengambil dadah, mengandung lebih awal, melahirkan anak luar nikah dan lebih miskin berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa. Dua tahun selepas perceraian merupakan masa yang paling genting. Ibu bapa yang bercerai tidak banyak berkomunikasi dengan anak-anak, kurang bermesra, dan tidak konsisten mendisiplinkan anak-anak berbanding ibu bapa yang bersama. Ibu tunggal yang mempunyai anak remaja lelaki mendapati situasi mereka lebih tertekan disebabkan menghadapi kesukaran untuk mengawal dan bertindak ke atas anak tersebut.

Page 14: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 70

Masalah kewangan merumitkan lagi keadaan kebanyakan ibu tunggal. Hanya separuh daripada ibu tunggal yang menerima bantuan kewangan daripada bekas suami mereka dan ini pun tidak mencukupi. Walaubagaimanapun perceraian bukan penghujung untuk sesebuah keluarga tetapi permulaannya. Kebanyakan ibu bapa yang bercerai akan berkahwin semula. Memandangkan tahap berkahwin semula lebih tinggi daripada perkahwinan pertama maka ramai kanak-kanak mengalami kehidupan berkeluarga yang kompleks. Berdasarkan kepercayaan bahawa perceraian akan meninggalkan kesan kepada anak-anak maka ramai pasangan kekal sehingga anak mereka sudah dewasa. Atas alasan ini maka ramai pasangan yang melalui konflik, tekanan dan perbalahan. Kebanyakan masalah emosi, tingkahlaku dan akademik yang dialami oleh anak-anak sebenarnya berlaku sejurus sebelum perceraian. Kesukaran yang dilalui ini adalah hasil daripada tekanan rumahtangga dan bukan perceraian sebenar. Begitu juga dengan anak-anak, mereka mungkin tidak menerima akibat sekiranya ibu bapa mereka tidak bahagia tetapi perceraianlah yang menghancurkan kehidupan ramai anak-anak.

(c) Kesan Perceraian Kepada Anak-anak

Setiap tahun di Amerika terdapat satu juta kanak-kanak yang mengetahui bahawa ibu bapa mereka akan bercerai (Cherlin, 2002). Kanak-kanak ini akan berkemungkinan mengalami masalah psikiatrik semasa membesar dan selepas dewasa (Amato & Sobolewski, 2001; Weitoft et al., 2003). Mereka juga berkemungkinan akan menjadi delinkuen juvenil, tidak akan menghabiskan persekolahan menengah, tidak akan ke kolej atau universiti. Akhirnya, mereka ini juga akan melalui perceraian dalam kehidupan berkeluarga, melengkapkan satu pusingan. Adakah kanak-kanak yang kurang menyesuaikan diri dengan perceraian ibu bapanya merupakan satu masalah yang serius? Terdapat perdebatan dalam jawapan kepada soalan tersebut. Mengikut ahli psikologi, Judith Wallerstein dan rakan-rakan (2001), perceraian meninggalkan parut ke atas jiwa kanak-kanak dan ini yang akan membuat mereka murung dan kurang perasaan selamat sehingga masuk alam dewasa. Hetherington dan Kelly (2003) pula mengatakan di antara 75% hingga 80% kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga di mana ibu bapanya bercerai berfungsi sama sahaja dengan kanak-kanak yang dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa yang tidak bercerai. Maka terdapat 20% hingga 25% kanak-kanak dalam satu juta yang mengalami kesan negatif daripada perceraian ibu bapa mereka. Ini adalah satu bilangan yang besar pada setiap tahun.

Page 15: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 71

Apakah yang menolong kanak-kanak menyesuaikan diri apabila berlaku perceraian? Kanak-kanak yang rapat perhubungan dengan kedua ibu bapanya yang bercerai mampu membuat penyesuaian yang baik; mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan salah satu sahaja ibu bapanya yang bercerai akan membuat penyesuaian yang lebih baik. Manakala kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan rapat langsung dengan kedua-dua ibu bapanya yang bercerai akan melalui penyesuaian yang paling susah (Richardson & McCabe, 2001). Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri mereka dengan perceraian ibu bapa sekiranya mereka melalui pengalaman konflik yang rendah, masih merasa dikasihi, hidup bersama ibu atau bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan perceraiannya dan mempunyai rutin kehidupan yang konsisten. Keadaan akan lebih baik juga sekiranya terdapat sumber kewangan yang mencukupi untuk keperluan mereka. Kanak-kanak juga akan dapat menyesuaikan diri dengan baik sekiranya terdapat seorang lagi dewasa tempat untuk bergantung. Orang dewasa kedua ini mungkin saudara mara, rakan, ibu mertua, atau rakan sepejabat tetapi bapa/ibu atau bekas suami/isteri yang merupakan orang yang paling baik untuk menolong menyesuaikan diri selepas peceraian.

(d) Kesan Jangka Masa Panjang Perceraian

Perceraian meninggalkan kesan emosi dan fizikal yang lebih mendalam berbanding dengan jenis tekanan yang lain. Mereka yang berpisah dan bercerai merupakan penghuni yang paling ramai di institusi mental, berkemungkinan mati daripada penyakit jantung, kanser, pneumonia, sirosis dalam hati, dan lebih cenderung untuk mati dalam kemalangan dan cuba membunuh diri. Kesan perceraian ke atas kanak-kanak akan berlarutan sehingga dewasa. Contohnya, kanak-kanak yang melalui perceraian ibu bapanya berkemungkinan akan mempunyai hubungan yang kurang baik dengan ibu atau bapa mereka. Kanak-kanak ini juga berkemungkinan tidak berkahwin dan juga berkemungkinan bercerai sekiranya berkahwin. Kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perceraian ibu bapa mereka bergantung kepada bagaimana ibu atau bapa mereka menyesuaikan diri selepas perceraian. Apabila kanak-kanak tersebut dewasa mereka susah untuk mengadakan hubungan romantis. Keadaan ini sering berlaku terhadap mereka yang mempunyai ibu yang tidak berkahwin semula, yang berkahwin semula dan bercerai, dan ibu yang menghalang hubungan mereka dengan bapa. Maka,

Page 16: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 72

seorang ibu yang selepas bercerai, mampu mewujudkan hubungan rapat akan dapat menyediakan sebuah persekitaran yang sihat untuk menolong anak-anaknya membina perhubungan rapat juga.

(e) Selepas Perceraian

Kebanyakan orang yang bercerai akan berkahwin semula. Lelaki yang bercerai (duda) besar kemungkinan berkahwin semula berbanding dengan perempuan. Selalunya duda akan memilih perempuan yang lebih muda daripadanya untuk berkahwin. Ini adalah disebabkan mereka mempunyai pilihan perempuan yang ramai. Duda juga akan memilih perempuan yang belum pernah berkahwin. Kajian menunjukkan bahawa kemungkin perceraian akan berlaku kedua kali untuk golongan ini berbanding dengan mereka yang berkahwin untuk pertama kali. Terdapat 61% lelaki dan 54% perempuan dalam lingkungan umur 30an yang berkahwin kali kedua dan melalui perceraian sekali lagi. Ini mencerminkan mereka membawa masalah peribadi dan sikap kurang selamat yang dilalui dalam perkahwinan pertama ke dalam perkahwinan kedua mereka.

(f) Ketiadaan Bapa dan Kewujudan Bapa Bersiri

Apabila perceraian berlaku si bapa pada beberapa bulan selepas itu akan berhubung rapat dengan anak-anaknya, ini yang dinamakan sebagai bapa bersiri. Tetapi apabila si bapa mula mengadakan hubungan rapat dengan perempuan lain dan seterusnya berkahwin, tanggungjawabnya mula berkurangan kepada anak-anaknya. Ini mungkin disebabkan sekarang si bapa sudah mempunyai tanggungjawab kepada keluarga barunya. Hubungan dengan anak-anaknya juga akan berkurangan apabila si bapa mula mempunyai anak dengan isteri baru ini. Ramai kaum bapa yang berhenti menghubungi anak-anak mereka selepas berkahwin semula. Untuk kebanyakan lelaki, tanggungjawab bapa merupakan satu tanggungjawab jangka pendek.

(g) Kesan Perceraian Kepada Bekas Suami dan Isteri Perceraian selalunya diikuti oleh kemarahan, kemurungan dan kerisauan. Tetapi perceraian juga membawa kepada kelegaan. Kaum ibu berkemungkinan merasa bahawa perceraian memberi mereka „peluang kedua‰ dalam hidup. Terdapat pasangan bercerai yang menjadi rakan baik tetapi ini hanya segelintir sahaja. Selalunya pasangan yang ingin kepada perceraian merupakan orang yang lebih cepat mengatasi keadaan perceraian dan juga yang lebih dahulu berkahwin semula.

Page 17: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 73

Selepas perceraian akan wujud soal kewangan, bagaimana hendak menyara dua buah keluarga. Soal kewangan selalu meninggalkan impak yang berlainan untuk kaum bapa dan ibu. Perceraian bermakna kerumitan ekonomi untuk ibu, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat anak-anak yang masih kecil. Maka semakin tinggi pelajaran seorang ibu, semakin mudah untuk dia menguruskan kewangannya selepas perceraian.

(h) Berkahwin Semula Terdapat separuh daripada kaum ibu yang berkahwin semula selepas perceraian. Ibu yang berkemungkinan berkahwin semula adalah ibu tunggal yang berusia muda dan kurang berpendidikan tinggi. Sebaliknya mereka yang berpelajaran tinggi akan lebih berdikari dan mampu membuat pilihan. Mereka yang mempunyai anak dan berkahwin semula berkemungkinan bercerai lagi. Hubungan mereka akan menjadi lebih rumit dan tertekan. Ini belaku mungkin disebabkan tidak ada satu norma untuk dicontohi. Mengikut ahli sosiologi Andrew Cherlin, beliau mengatakan bahawa kita kekurangan nama yang memuaskan untuk ibu tiri, bapa tiri, abang tiri, kakak tiri, dan seterusnya. Kesemua ini adalah nama-nama yang kurang selesa disebut dan mencerminkan hubungan kekeluargaan yang tidak positif.

(i) Perkahwinan yang Berjaya

Selepas membincangkan perceraian, kita boleh rumuskan bahawa perkahwinan bukan satu hubungan yang mudah dikekalkan. Namun begitu di Amerika, dua di antara tiga pasangan yang berkahwin mengatakan bahawa mereka bahagia dengan perkahwinan mereka. Untuk mengetahui apakah yang membuat sesebuah perkahwinan itu berjaya, dua ahli sosiologi, Jeanette dan Robert Lauer, telah menemubual 351 pasangan yang telah berkahwin lebih daripada 15 tahun. Terdapat 51 daripada mereka yang mengatakan mereka tidak bahagia tetapi masih kekal berkahwin disebabkan oleh agama, tradisi keluarga, atau „untuk

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Kenalpasti faktor-faktor penyebab perceraian dan kesan-kesan perceraian kepada keluarga.

2. Bincangkan kesan perceraian ke atas anak-anak.

Page 18: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 74

anak-anak.‰ Manakala 300 pasangan lagi mengatakan mereka bahagia disebabkan mereka:

• Menganggap pasangan sebagai rakan baik;

• Suka pasangan mereka;

• Melihat perkahwinan sebagai satu komitmen jangka masa panjang;

• Percaya perkahwinan itu suci;

• Setuju dengan pasangan tentang tujuan dan halatuju;

• Percaya bahawa pasangan mereka telah menjadi lebih menarik selepas berkahwin beberapa tahun;

• Mahu hubungan mereka berkekalan; dan

• Ketawa bersama. Nicholas Stinnett pula menemubual 660 keluarga di seluruh Amerika utara dan selatan dan mendapati bahawa keluarga bahagia ialah keluarga yang:

• Menghabiskan banyak masa bersama;

• Cepat meluahkan perasaan penghargaan;

• Menolong meningkatkan kesejahteraan di antara satu sama lain;

• Beragama; dan

• Tidak menghadapi masalah dengan tingkahlaku positif. Ada juga ahli sosiologi yang mengatakan pasangan bahagia adalah mereka yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mertua.

4.3.3 Dasar Keutuhan Kekeluargaan

Di negeri Louisiana, Amerika Syarikat, terdapat satu undang-undang yang diluluskan pada 1997 yang memerlukan pasangan memilih di antara perjanjian tradisional atau perjanjian keagamaan. Mereka yang berkahwin dengan perjanjian tradisional boleh memohon perceraian selepas enam bulan hidup berasingan atau perceraian serta-merta sekiranya salah seorang pasangan melakukan zina. Manakala mereka yang berkahwin mengikut perjanjian keagamaan perlu melalui kaunseling sebelum berkahwin dan dikecualikan daripada melakukan sebarang perceraian kecuali yang terlibat dengan zina, deraan dan ditinggalkan boleh diterima untuk bercerai.

Page 19: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 75

Di Malaysia, satu cara mengelakkan perceraian di kalangan orang Islam ialah memastikan pasangan yang bakal berkahwin mengikuti kursus pra-perkahwinan agar mereka tahu tanggungjawab dan peranan mereka dalam rumahtangga.

4.3.4 Masalah Dalam Keluarga dan Penyelesaiannya

Pertikaian di antara desakan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan formal dan menjalankan tanggungjawab berkeluarga mungkin akan menimbulkan ketegangan terutamanya untuk kaum perempuan. Apabila tanggungjawab keluarga meningkat, contohnya menjaga orang tua, selain daripada mendidik anak-anak dan kerja rumah, maka kebanyakan wanita perlu mengimbangkan tanggungjawab di rumah dengan desakan tugas di tempat kerja. Kajian menunjukkan bahawa kesan penjagaan ke atas orang tua oleh pekerja wanita mendapati 12% wanita berhenti kerja untuk menjaga ahli keluarga yang berumur, 23% mengurangkan waktu bekerja, 25% mengambil cuti tanpa gaji, dan 35% mengubah waktu bekerja mereka (Stone et al., 1987). Kadangkala apabila seorang wanita cuba mengimbangkan desakan tugas di pejabat dan keluarga, ini meninggalkan kesan ke atas cara hidupnya. Satu kajian menunjukkan bahawa seorang wanita yang cuba mengurangkan masa bertugas di pejabat agar dapat menjaga anaknya yang kecil mendapati majikannya menyindir bahawa beliau tidak akan lama bekerja sekiranya mengamalkan cara bekerja begitu (Hochschild & Machung, 1989). Seorang lagi wanita dalam kajian tersebut terpaksa melayani anaknya yang mengalami penyakit sakit telinga, merasa tertekan untuk melepaskan kerjanya. Pada beliau, anaknya merupakan keutamaannya bukan tugas di pejabat (Hochschild & Machung, 1989). Mengapakah desakan bekerja dan pertembungan keluarga berlaku dan mengapakah wanita menanggung pertentangan ini? Walaupun wanita Afrika Amerika dan wanita kulit putih kelas buruh mempunyai sejarah bekerja di luar rumah untuk mencari pendapatan, dunia masih menganggap tenaga buruh adalah domain kaum lelaki. Persepsi ini dipegang sehingga akhir Perang Dunia Kedua. Pasaran buruh mengambil masa untuk mengiktiraf kewujudan wanita dalam pasaran buruh dan ini telah gagal untuk menyelesaikan percanggahan di antara peranan bekerja dan peranan di rumah. Anggapan yang sama juga wujud di antara persepsi tugas yang „sesuai‰ untuk lelaki dan wanita dalam pasaran pekerjaan dan ini telah meninggalkan kesan ke atas pembahagian kerja dalam keluarga. Selepas sehari suntuk bekerja di pejabat wanita akan pulang ke rumah dan menghadapi tanggungjawab di rumah sepenuh masa. Hochschild dan Machung (1989) merujuk kepada tugas di rumah

Page 20: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 76

yang dihadapi oleh wanita selepas sehari bekerja di pejabat sebagai syif kedua (second shift). Keluarga menggunakan pelbagai strategi untuk menangani desakan percanggahan ini tetapi kebanyakannya merugikan wanita. Setengah daripada wanita ini tertekan untuk berhenti bekerja atau mengurangkan waktu bekerja agar dapat menguruskan rumah yang dianggap tanggungjawabnya. Ada juga di antara wanita ini yang cuba berunding untuk berkongsi tanggungjawab bersama keluarga, keputusan yang kurang memberangsangkan. Selalu perundingan sedemikian akan menimbulkan ketegangan dalam keluarga. Lelaki selalunya enggan memikul tanggungjawab yang lebih dalam rumah dan berkongsi beban kerja rumah. Sepasang suami isteri dalam kajian Hochschild dan Machung cuba mengagihkan tanggungjawab dengan membahagikan kerja rumah kepada tingkat bawah dan atas rumah. Terdapat sedikit kemajuan dalam mengagihkan kerja rumah di antara suami isteri dan shif kedua perlu dilaksanakan untuk kedua-dua suami dan isteri. Kajian menunjukkan bahawa ketidakadilan dalam agihan kerja pejabat dan rumah tidak semestinya mencerminkan semua keluarga beranggapan sedemikian. Pasangan Afrika Amerika lebih bertolak ansur dalam perkara ini berbanding dengan pasangan kulit putih. Ini adalah disebabkan wanita Afrikan Amerikan biasa bekerja berbanding wanita kulit putih. Maka mereka menganggap berkongsi tanggungjawab keluarga adalah untuk menolong dalam ekonomi keluarga. Mereka mengekalkan corak hidup ini, tidak kira tahap pekerjaan wanita, pendapatannya, dan nilai peranannya. Namun demikian wanita Afrika Amerika masih memegang tanggungjawab tradisi kaum wanita iaitu memasak, mencuci dan mengemas rumah. Terdapat beberapa perubahan dalam tempat kerja untuk menyelesaikan ketegangan di antara tugas di pejabat dan di rumah. Contohnya, ada organisasi yang memberi waktu kerja fleksibel, membenarkan pekerjanya memegang kerja tetap tetapi pada masa yang sama memberi perhatian kepada tanggungjawab bersama di rumah. Ada program fleksi yang membolehkan pekerja datang lebih awal ke pejabat atau lewat daripada biasa, selagi bilangan waktu bekerja sepenuhnya dipenuhi. Ada juga program yang membenarkan pekerja bekerja untuk beberapa hari sahaja dan selainnya untuk mengurus rumah. Perancangan fleksi ini untuk lelaki dan perempuan, memberi ruang untuk berkongsi tanggungjawab di pejabat dan di rumah. Maka waktu fleksi ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan tugas suami isteri di pejabat dan di rumah.

Page 21: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 77

• Keluarga adalah institusi yang penting dalam masyarakat. Secara universal, keluarga terdiri daripada dua jenis iaitu keluarga nuklear dan keluarga kembangan.

• Keluarga merupakan institusi asas sosial yang memainkan peranan menanam kemahiran bersosial, memperkembangkan zuriat, memberi sokongan emosi, dan meletakkan keluarga pada status sosial yang tertentu.

• Institusi keluarga juga tidak dapat lari daripada kesan negatif kemajuan dunia pada hari ini. Perceraian dan masalah-masalah keluarga menggugat keutuhan institusi ini.

Bapa bersiri

Eksogami

Endogami

Homogami

Hubungan ibu bapa dan anak

Hubungan ibu dan bapa

Keluarga kembangan

Keluarga nuklear

Masalah keluarga

Monogami

Peranan keluarga

Perceraian

Perkahwinan

Perkahwinan berkelompok

Perkembangan zuriat

Poligami

Sokongan emosi

Sosialisasi

Status sosial

Syif kedua

AKTIVITI 4.3

1. Senaraikan masalah-masalah dalam keluarga dan berikan cadangan untuk mengatasinya.

2. Bincangkan masalah yang sering berlaku dalam keluarga di Malaysia.

3. Adakah masalah keluarga berbeza mengikut kaum dan agama? Bincangkan.

Page 22: Kajian sosial (Keluarga)

TOPIK 4 KELUARGA 78

Amato, P. R., & Sobolewski, J. M. (2001). „The effects of divorce and marital

discord on adult childrenÊs psychological well-being.‰ American Soiological Review, 66 (6), December 2001:900-921.

Cherlin, A. J. (2002). „A ÂQuietingÊ of change.‰ Contexts, 1 (1), Spring 2002. Hetherington, M., & Kelly, J. (2003). For better or for worse: Divorce

reconsidered. New York: W. W. Norton. Hochschild, A., & Machung, A. (1989). The second shift: Working parents and the

revolution at home. New York: Viking Penguin. Reiss, I. A. (1980). Family systems in America. New York: Free Press. Richardson, S., & McCabe, M. P. (2001). „Parental divorce during adolescence

and adjustment in early adulthood.‰ Adolescence, 36, Fall 2001. Stone, R. I., Cafferata, G. L., & Sangl, J. (1987). Caregivers of the frail elderly:

A national profile. Report No. 191-345:60026, National Center for Health Services Research and Health Care Technology Assessment, Public Health Services. Washington, DC: U.S. Government Printing Press.

Wallerstein, J. S., Blakeslee, S., & Lewis, J. M. (2001). The unexpected legacy of

divorce: A 25-year landmark study. Concord, N. H.: Hyperion Press.