Click here to load reader

(Group 19) kualiti guru

  • View
    103

  • Download
    9

Embed Size (px)

Text of (Group 19) kualiti guru

Bincangkan isu berkaitan kualiti guru

BINCANGKAN ISU BERKAITAN KUALITI GURUTrends And Issues In Education For Mathematical SciencesKumpulan 11Panel yang terlibat dalam membingkan isu ini :

*Cikgu Azrin *D20101037375*Guru Praktikal di SMK Sultan Alauddin*Cikgu Raihana*D20101037*Guru Praktikal di SMK Dato Hj Mohd Redza *Cikgu Uminur *D20101037*Guru Praktikal di SMK Bukit Mewah *Cikgu Mariah*D20101037*Guru Praktikal di SMK Dato Hj Mohd Redza

Apa yang ANDA faham mengenai KUALITI GURU?DEFINISI KUALITI GURUMenurut Dewan edisi ke-4:Kualiti: Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi, mutu, nilai, taraf dan juga standard.

Guru: orang yang mendidik atau pendidikDEFINISI KUALITI GURU MENURUT AHLI FALSAFAHKonsep dan pemahaman kualiti guru telah dibincangkan sejak tahun 1970an lagi dan masih diperkatakan hingga hari ini. Walaupun begitu, sudut definisi dan pengukuran kualiti guru masih tidak jelas dan hangat dibincangkan.

(Blanton, Sindelar & Correa, 2006)

Kesamaran definisi kualiti guru tidak beerti tiada petunjuk tertentu yang digunakan sebagai proksi guru yang berkualiti. Bahkan banyak kajian pengukuran kualiti telah dilakukan berasaskan kriteria tertentu.

(Goe & Stickler, 2008)

DEFINISI KUALITI GURU MENURUT AHLI FALSAFAHKualiti guru masih dianggap tidak jelas kerana tiada kesepakatan para sarjana mengenai pengertian dan dimensi yang mewakili konsep kualiti guru.

Blanton et al. 2006; Burnett, & Meacham 2002; Fuller, Young & Baker 2010; Goe 2007)

Tiada kesepakatan tentang kelakuan yang menyumbang kepada pengajaran yang berkualiti.

(Goe & Stickler, 2008)

DEFINISI KUALITI GURU MENURUT AHLI FALSAFAHcara kesimpulannya terdapat 4 asas yang diperselisihkan sebagai sudut memahami dan seterusnya mengukur kualiti guru. KelayakanKarakteramalan dalam kelas dankeberkesanan.Asas-asas ini secara individu mempunyai merit dan kelemahan tersendiri.

Menurut Goe (2007)4 Asas Kualiti Guru (Geo, 2007)

KUALITI GURUDr. Hj Zahri bin AzizBahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia KONSEP KUALITI DALAM PENDIDIKANThe quality of education system cannot exceed the quality of its teacher.The way to improve outcomes is to improve instruction.High performance requires every child to succeed.

(McKinsey & Company,2007)KUALITI GURU MERUPAKAN PENENTU UTAMA PRESTASI MURIDKualiti guru lebih mempengaruhi prestasi murid berbanding pemboleh ubah lainSUMBER: Kesan Kumulatif dan Sampingan ke atas Pencapaian Murid pada Masa Hadapan , Sanders & Rivers: Bagaimana Sistem Sekolah dengan Pencapaian Terbaik Menduduki Tempat Teratas, McKinsey and Co

PROFESIONALISME?

PROFESIONThe Australian Council of Professions mentakrif profesion sebagai: sekumpulan individu berdisiplin yang mematuhi piawaian etika yang tinggi dan diterima orang ramai sebagai mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus, yang diiktiraf oleh sebuah badan, telah memperolehi pendidikan dan latihan di peringkat yang tinggi, dan bersedia untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki ini demi kepentingan orang lain. Cruess, R., Johnston S & Cruess, R (2004), mentakrif profesion sebagai pekerjaan yang melibatkan penguasaan pengetahuan and kemahiran yang komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang kepada kod etika dan komited memberi perhidmatan berkualiti tinggi kepada masyarakat yang disifatkan sebagai suatu perjanjian antara profesion berkenaan dengan masyarakat Kamus Dewan (2005) menyifatkan profesion sebagai satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khusus. [sumber: Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann Asia] PROFESIONALISME?Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorangprofesional. (Kamus dewan edisi ketiga)

Socketdalamhawke &hawke(2002),profesionalisme adalah amalan berkualiti dan pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat.

Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna berhubungan dengan profesiondan memerlukan kepandaian khusus untuk menjalankannya, (KBBI, 1994).

Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (longman, 1987).Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan (a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan .(b) Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar.(c) Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika.(d) Perkhidmatan adalah penting kepada Negara.(e) Guru adalah pakar dalam pendidikan.

Etika ProfesionalSemua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakatKepentingan Etika Guru

1. Garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. 2. Tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan.3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.5. Guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi.6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.Etika Kerja Kementerian Pelajaran MalaysiaNiat yang betulPerlakuan yang baikPengerak ke arah kebaikanMemperkotakan apa yang dikatakanberdisiplin dan beradabMenghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasiStandard Guru MalaysiaMempertingkatkan Kualiti Guru Baru Secara SignifikanRMK-10

AKAUNTABILITI?DEFINISI AKAUNTABILITImengenai displin dan keperluan untukmemberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

YAB Dato Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah mengatakan bahawa pendidikan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik.

Program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti tinggi.Bagaimana akauntabiliti seorang guru dinilai?ISU KUALITI GURUIsu 1: Kursus Pengurusan Lepasan Ijazah (KPLI) & Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) kurang berkualiti.PengenalanIsu berbangkitan

Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) dan merupakan kursus yang ditawarkan oleh bahagian pendidikan guru (BPG), kementerian pelajaran malaysia untuk memberi peluang kepada graduan-graduan yang memiliki ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan guru. Menurut mak soon sang (2002), matlamat utama kpli dan dpli ini adalah bagi menampung keperluan guru berkemahiran.

Tempoh Pengajian bagi program DPLI dan KPLI adalah selama setahun . Berikut merupakan tempoh pengajian KPLI dan DPLI:Tempoh PengajianMenjadi seorang guru tidak boleh dilahirkan dalam tempoh masa yang singkat. Guru- guru ini bakal menghadapi masalah bukan sahaja dalam mengendalikan aktiviti dalam bilik darjah dengan berkesan malah turut merasa sukar untuk bertindak secara proaktif dalam aktiviti kokurikulum dan pentadbiran.

Dorongan dalaman (minat)Persoalan: adakah calon guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih benar-benar layak dan bercita-cita ingin menjadi guru?Terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion keguruan daripada dorongan dalaman mereka terhadap kelebihan menjadi guru seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang dan jangkaan mereka dalam bidang perguruan ini mudah dan tidak mencabar.Menurut wan mohd zahid nordin, terhadap kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burn-out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak awal lagidalam bidang yang dicuburi.Jalan mudah mencari pekerjaanKerjaya guru mudah mendapat pekerjaan tanggapan orang ramai terhadap profesion perguruan.Daisy ee (1974) dan obura (1974), ramai yang memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang terakhir.Menurut satu kajian oleh mahadi hj. Khalid dan salehudin hj. Sabar (2005) yang menunjukkan 53.10% pelajar KPLI tiada pilihan lain yang mendorong mereka mengambil kursus pendidikan lepasan ijazah.

Penguasaan Kemahiran Pelajar DPLI dalam Kursus Ikhtisas.Penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran.Kursus tumpuan kedua kurang diberi penekanan, walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidian tenikal yang menjadi opsyen utama.

Keadaan ini mendorong IPTA melahirkan guru-guru pelatih DPLI yang kurang berkeyakinan, kerang kemahiran mengajar (pedagogi), kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam Komunikasi (Akhbar Utusan Malaysia 31 Oktober 2004)Langkah mengatasi:Isu 2: Guru Luar BidangGuru luar bidang merupakan guru tyang tidak mempunyai sijil atau major dalam mata pelajaran yang di ajar.

Guru dikehendaki mengajar mata pelajaran lain yang bukan daripada bidang setelah mereka mendapat penempatan. (Posting).

Guru mengalami masalah untuk mengajar subjek yang bukan bidang mereka.

Intensification of research in priority areas metematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang.

Analisis data menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran pengkhususan Matematik, sementara selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan berkhususan matematik.Kadar ketidak sepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberi kesan secara langsung terhadap kualiti pengajran dan pembelajaran di sekolah.

Isu 3: Isu Beban GuruMerujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat.

Artikel ini menjelaskan bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Beban tugas guru dibahagikan kepada lima bidang iaitu:

Urusan data, fail, buku rekod dan laporanPemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolahSkim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkelPenilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaanPenilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)Buku Nilam SekolahLaporan Adab BelajarBaitulmal dan biasiswaLaporan guru bertugasUrusan disiplin pelajarUrusan pusat sumberProgram khas dari Jemaah NazirBuku rekod kerja sekolah

2.PentadbiranPegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan DaerahPengurusan pentadbiranKutipan yuran dan pelbagaiGuru kelas

3.KurikulumJenis peperiksaanProgram sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian PelajaranKertas kerja kajian tindakanPanitiaMata pelajaranPentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4.KokurikulumAspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

5.Hal Ehwal Murid (HEM)Urusan HEM Sekolah Menengah BerasramaKesimpulanKualiti Lahir Daripada Kasih Sayang(Dr. Haji Zahri bin Aziz)

There would be no good education without good teacher quality(Lin et al. 2010)