Download docx - TAJUK rumpun bm.docx

Transcript
Page 1: TAJUK rumpun bm.docx

TAJUK ; KAJIAN BAHASA OLEH PENGKAJI BARAT Pengenalan

Pada masa ini, bahasa Melayu telah menduduki tempat keempat sebagai bahasa terbanyak penuturnya di dunia, iaitu berjumlah hampir 300 juta oarang. Daerah penyebarannya meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenal sebagai Kepulauan Melayu dan juga di beberapa kawasan lain di luar Kepulauan Melayu. Di Kepuluan Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga buah negara yang berdaulat iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam meskipun Indonesia menggunakan istilah bahasa Indonesia. Singapura yang sekalipun penduduk Melayunya hanya kira-kira 14 peratus mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasminya, aras sebab-sebab sejarah dan lokasinya yang terletak dalam lingkungan negara-negara berbahasa Melayu.

Selain di negara –negara induk bahasa Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam , bahasa Melayu mempunyai penuturnya di Thailand [khususnys dibahagian selatan], di Fillipina[ didi pulau-pulau di bahagian selatan,], di Kemboja[,di Loas, di Vietnam, di Sri Langka, di Afrika Selatan, di Madagascar, di Pulau Cocos dan Pulau Krismas di Australia bahkan di beberapa buah negara lain, tempat terdapatnya komuniti berbahasa Melayu, termasuk di Arab Saudi, di Belanda,di England dn di Australia.

Hasil kajian ahli linguistik sejarah dan perbandingan, ahli arkeologi dan ahli antropologi dan penyelidik-penyelidik dari barat menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada awal abad Masihi. Tidak banyak maklumat yang dapat dihuraikan tentang bahasa Melayu purba selain pelbagai hipotesis yang dihasilkan daripada kajian-kajian ilmiah, disebabkan tiada bukti sejarah yang ditemukan dengan nyata. Namun, bahasa Melayu dalam tahap bahasa Melayu kuno telah memperlihatkan fungsi dan bentuknya yang jelas kerana adanya nukilan bahasa tersebut pada prasasti-prasasti yang ditemukan di pelbagai tempat seperti di Campa, di 1Sumatera, di Jawa dan di Kalimantan. Tahap awal bahasa Melayu moden, digerhanai oleh penjajah yang mengurangkan peranan bahasa tersebut dalam ranah-ranah utama kehidupan tetapi segera bersinar semula apabila kemerdekaan diperoleh. Bahasa Melayu terus memainkan peranan penting dalam pentadbiran,kehakiman dan sebagainya, bahasa tersebut telah membuktikan kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa moden yang lain. Justeru, segala ilmu moden dapat diungkapkan dan dikembangkan dalam bahasa Melayu dengan tercipta banyak istilah dalam pelbagai bidang . Hal ini bukan sahaja ditemukan oleh para sarjana kita, namun ditemukan juga oleh sarjana luar negara .

Oleh yang demikian, dalam tugasan ini dihuraikan kajian bahasa oleh pengkaji-pengkaji barat yang melibatkan beberapa orang penulis barat iaitu Sir Henry Yule, R.0.Winsted, Lorenzo Hervasy Panduro, John Crowford dan Geoge Coedes .

2.0 Objektif Objektif tugasan ini adalah untuk menghuraikan Kajian bahasa oleh pengkaji-pengkaji barat yang melibatkan hanya lima orang pengkaji sahaja.

3.0 Batasan Tugasan

Kaedah yang diguna pakai untuk menyiapkan tugasan ini adalah dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, Modul PPL, jurnal dan artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini.

24.0 Analisis Kajian Bahasa oleh Pengkaji-Pengkaji Barat. 4.1 Sir Henry Yule Setiap karya yang terhasil di dunia ini pasti mempunyai pengkaryanya, sama ada dari barat, timur atau seluruh pelosok dunia. Masing-masing mempunyai kekuatan pada penghasilan karyanya walau dalam apa jua bahasa yang digunakan. Begitu yang ingin disentuh sedikit tentang prihal seorang sarjana barat yang begitu terkenal seantero dunia pada suatu masa dahulu. Beliau merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland iaitu sebuah negara yang berhampiran dengan Edinburgh. Beliau

Page 2: TAJUK rumpun bm.docx

yang ketika itu telah mula menumpukan sepenuh masa dan perhatiannya dengan mengkaji tentang perkembangan sejarah kuno dan geografi bagi Asia Tengah.

Sumbangan.Terdapat pelbagai sumbangan yang telah beliau curahkan sepanjang penglibatannya dari pelbagai sudut. Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan adalah seperti dalam penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang sangat diminati. Oleh itu, hasil karyanya telah diambil sebagai salah satu contoh hasil penulisan yang terbaik suatu masa dahulu. Hasil penulisannya tersebut dalam sebuah buku yang bertajuk Narrative Misssion dan telah digunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh mahkamah Ana pada tahun 1858.

Selain itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan pula buku lain yang berjudul Cathay dan Way Thither, pada tahun 1866. Setelah itu, sebuah lagi buku yang berjudul Book of Marco Polo juga telah Berjaya dihasilkan tetapi ia diterbitkan setelah beliau bergelar sebagai pesara dengan berpangkat kolonel. Sepanjang kariernya sebagai seorang penulis, beliau juga pernah dibawa keluar oleh sebuah agensi yang bertujuan untuk kerjasama antara beliau untuk kerjasama antara beliau dengan Dr Authur C Burnell dalam menghasilkan Hobso Jobson iaitu pada tahun 1886. Dalam hal ini, misinya utama yang menjadi tunjang kekuatannya adalah untuk menerbitkan sebuah kamus 3yang berkenaan tentang ungkapan-ungkapan yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris. Hal yang demikian keterlibatan beliau dalam penerbitan kamus ini pastinya telah menaikkan lagi semangat perjuangan beliau dalam memperjuangkan hasilan karyanya.

Seterusnya, Sir Henry Yule juga pernah menyumbang Mirabilia pada tahun 1863 sebagai penghurai kepada Jordanus dan The Diary William Hedges dari tahun 1887 hingga tahun 1889, dan beliau yang ketika itu merupakan seorang bekas president bagi Hakluyt Society. Suntingannya tadi bukan hanya untuk sekadar huraian terhadap dua perkara tadi bahkan turut mengandungi sebuah biografi pertama terhadap seorang yang berpengaruh isitu Gabenor Pitt yang merupakan datuk kepada William Pitt yang berjudul Eart of Chatham. Bukan sekadar itu sahaja, Sir Henry Yule juga merupakan penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus Oxford Inggeris dan merupakan penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan dengan Oriental.

Tidak ketinggalan juga dengan hasil karya beliau yang telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat seperti hasil buku-bukunya yang berjudul “The Book of Ser Marco Polo’: The Vietnam Concerning the Kingdom and Marvels of the East, ‘The Travels of Marco Polo’: The Complete Yule-Cordier Edition, Vol 1 by Mar Marco Polo’ ‘The Travels of Marco Polo’: The complete Yule-Cordier Edition, Vol. 2 by Marco Polo, Book of Ser Marco polo V1: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, ‘Book of Ser Marco Polo V2’: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Book of Sera Marco Polo V2: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East, Habson-Jobson dan banyak lagi.

Begitulah tadi kisahnya serba sedikit mengenai salah seorang tokoh terkemuka sarjana barat iaitu Sir Henry Yule. Hal yang dapat diperjelaskan tadi seperti latar belakangnya dan sumbangan beliau yang telah banyaj mengharumkan namanya dan khususnya juga 4terdapat negaranya sendiri. Seorang insan yang dahulunya hanya sebagai orang biasa kini berjaya mencipta nama sehingga sangat dikenali dan turut disegani seantero dunia.

Sebut sahaja namanya, pasti sesetengah pihak yang begitu mengikuti hasil karyanya akan terpanggil untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Walaupun karyaan beliau banyaknya dihasilkan pada suatu ketika dahulu, namun ianya masih lagi diguna pakai sehingga sekarang. Tidak kiralah di mana berada, hasil karyaan beliau pasti mendapat tarikan.

Bertuah kepada sesiapa sahaja yang berpeluang untuk mengetahui tentang tokoh-tokoh terkemuka ini kerana sikap dan watak beliau yang sering mendapat perhatian seperti kebijaksanaan yang beliau perolehi dan sifatnya yang sentiasa berusaha untuk mencari sesuatu yang terbaik. Hasilnya beliau telah berjaya mencipta nama sehingga ke mana pelusuk dunia sekalipun pasti akan digeruni.

4.2.George Coedes George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah banyak mengkaji sejarah dan

Page 3: TAJUK rumpun bm.docx

perkembangan di Asia Tenggara. Beliau dilahirkan di Paris dan berketurunan Hungary. Beliau telah mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya mempelajari bahasa dan budaya Sanskrit di Berlin bersama R. Pischel. Beliau telah banyak menumpukan perhatian pada epigrafi Khmer dan telah menulis banyak tentangnya. Beliau juga telah menerbitkan artikel bertajuk “ Le Royoume De Crivijaya” pada tahun 1918 di Hanoi dan ini telah meningkatkan lagi reputasinya di kalangan orientalis barat.Coedes dilantik sebagai curator di Perpustakaan Kebangsaan Thailand dalam tahun 1918 dan menjadi pengarah L’Ecole francaise d’Extreme-Orient sekitar tahun 1929 hingga 1946. Dalam 5tempoh masa ini, beliau telah menerbitkan bukunya yang bertajuk “ Recueil Des Inscriptions Du Siam” ( Bangkok , 1924-29, 2 vols ). Kemudiannya, beliau telah menerbitkan buku yang mempunyai siri yang panjang di antara tahun 1937 dan 1942 . Tajuk buku tersebut ialah “Inscriptions Du Cambodge”.Beliau menerbitkan buku edisi pertama yang bertajuk “Etats Hindouises d’Indochine et d’Indonesia di Hanoi pada tahun 1944 dan edisi ke dua pula diterbitkan pada tahun 1964 di Paris.

Coedes menjalinkan hubungan kerjasama yang baik di antara L’Ecole francaise d’Extremw-Orient dan orang-orang Belanda yang merupakan kawan-kawannya dari Koninklijk Genootschap van Kunsten en Wetenschappen di Batavia. Pada tahun 1928, Coedes telah mengadakan lawatan ke ibu negeri Belanda Timur dan pada tahun 1930, pengarahnya puoa telah datang ke L’Ecole francaise d’Extreme-Orient DI Indochina. Ini menunjukkan bahawa Coedes mempunyai hubungan yang cukup yang baik dengan orang-orang Belanda.

Coedes kembali ke Perancis selepas peperangan dunia ke dua dan berkhidmat di Ecole pratique des Hautes Etudes sebagai tenaga pengajar sehinnga bersara. Selepas itu beliau tinggal di Paris sehinggalah beliau mati pada tahun 1969. Coedes telah menulis banyak teks di dalam kajiannya antaranya ialah, “The Indianized States of Southeast Asia (1968,1975)” dan “The Making of South East Asia (1996)” di mana beliau telah membina satu konsep “Indianized Kingdom”. Beliau juga telah menukis buku bertajuk “Angkor An Introduction” yang telah diterbitkan di Paris pada tahun 1947.

George Coedes merupakan penyumbang terbesar dalam kajian berkenaan kerajaan terdahulu Sriwijaya iaitu kerajaan yang berpusat di Palembang Indonesia dan telah meluasakan kawasan jajahannya hingga ke semenajung Malaysia dan Tanah Jawa. Coedes telah 6membentangkan hasil penemuan dan tafsirannya berkenaan Sriwijaya dalam akhbar berbahasa Belanda dan juga bahasa Indonesia sekitar tahun 1920.

Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan bahawa daerah Asia Tenggara telah lama bertamadun. Ini adalah berdasarkan kajiannya ke atas tinggalan-tinggalan zaman terdahulu. Antaranya, beliau telah berjaya mentranselitkan prasati berbahasa Melayu tertua yang ketiga iaitu prasasti Kedudukan Bukit. Prasasti ini ditemukan di sebuah kampung bernama Kedudukan Bukit,di tepi sebuah sungai yang bernama Sungai Tatug dan di kaki sebuah bukit yang bernama Bukit Seguntang. Nama bukit Seguntang ini ada tercatat dalam buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin). Prasati ini ditemukan pada tahun 683 masih tidak jauh dari \kota \palembang, ibu kota propinsi Sumatera Selatan.

Selain itu, Coedes juga telah berjaya mentranselitkan prasasti yang ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini bertarikh pada 684 Masihi. Prasasti seterusnya yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang ditemui di Kota Kapur, di Pulau Bangka. Prasasti ini bertarikh pada 686 masihi. Satu lagi prasasti yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang ditemukan di Karang Berahi. Prasasti ini bertarikh pada 686 masihi.

Daripada penemuan-penemuan prasasti-prasasti ini, dapatlah kita mengetahui ciri-ciri bahasa yang digunakan, adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa dan masyarakat pada masa itu di Nusantra ini. Dengan adanya terjemahan pada prasasti tersebut maka pengkajian bidang Sejarah Bahasa Melayu menjadi semakin meluas. Daripada teks yang terdapat prasasti-prasasti tersebut, kita dapat mengumpulkan kata-kata yang boleh diberi padanannya dengan kata-kata bahasa Melayu Moden. Selain itu juga, kita boleh melihat persamaan dan perbezaan kosa kata, 7morferm, fonem, morfologi, fonologi dan sebagainya antara bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu Moden.

Page 4: TAJUK rumpun bm.docx

4.3 John Crawford John Crawford dilahirkan di Pulau Islay, Scotland pada tanggal 13 Ogos 1783. Pelantikan beliau sebagai Residen Singapura pada tahun 1824 telah mengubah suasana politik di Tanah Melayu. Sisa hidupnya hanya dikhaskan untuk menulis buku dan juga makalah tentang Timur. Terdapat beberapa karya yang dilakukan secara atau menerusi kajiannya.

John Crawfurd juga turut meneruskan kajian yang telah dijalankan oleh William Marsden dalam bukunya A Grammar and Dictionary Of Malay Language, with a Pleninary Disssertation (i852) pada bahagian tatabahasa. Beliau menyatakan bahawa perbezaan dalam bahagian ucapan adalah tidak senyata dan sejelas bahasa Eropah.

Selain itu, John Crawfurd juga telah menulis sebuah buku yang berjudul On Malayan and Polynesian Languages and Races. Dalam buku ini beliau merumuskan bahawa jedua-dua bahasa Melayu dan Polinesia adlah tidak sekeluarga. Melalui buku ini juga beliau menyatakan dengan jelas bahawa jejak bahasa Melayu telah dijumpai dari Madagascar hingga ke Pulau Easter, dan dari Farmosa ke New Zealand .Dalam bukunya juga, beliau turut menyatakan dengan jelas ciri-ciri ras bangsa Melayu yang terdapat di Madagascar hingga ke Pulau Easter, dan daripada Farmosa ke New Zealand. Dari segi penyebaran bahasa pula adalah sangat luas dan Crawfurd mengatakan bahawa bahasa yang digunakan oleh merekaadalah sangat kasar. Malah, terdapat pelbagai dialek yang wujud. Malah,teori beliau juga turut diterima pakai oleh Mr Marsden, Sir Stamford Raffles, dan Baron William 8Humboldt, dan juga oleh orang Perancis dan Jerman.Seterusnya adalah pada tahun 1848, John Crawfurd membuat kajian tentang perbandingan antara bahasa-bahasa di kawasan Nusantara iaitu bahasa Polinesia seperti Sumatera, Jawa, dan Kalimantan. Beliau menerbitkan bukunya yang berjudul A Grammar and Dictionary of the Malay Language dan buku ini terdapat empat jilid. Dalam bukunya yang pertama beliau membincangkan sejarah bahasa Melayu dan bahasa Jawa.Dalam buku ini juga turut membincangkan tentang perbandingan di antara bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Crawfurd juga turut merumuskan aslal usul bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa bahasa yang tersebar di seluruh Nusantara adalah berasal dari Pulau Jawa dan Pulau Sumatera. Bahasa Jawa berasl Pulau Jawa manakala bahasa Melayu berasal dari Pulau Sumatera. Bahasa Jawa dan juga bahasa Melayu juga dikatakan sebagai bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara.Crawfurd juga turut menyimpulkan bahawa Nusantra telah mencapai taraf kebudayaan yang tinggi khususnya dalam abad ke-19. Manakala hasil perbandingan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Nusantara yang lain antaranya adlah Bugis, Tagalog, Sunda, Madura, Farmosa, Bali, Lampung, Sunda dan banyak lagi. Beliau turut menegaskan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana kawasan tertentu yetapi induk mereka yang tersebar ke tempat lain. Beliau menjadi pencetus idea kepada para pengkaji yang lain untuk mengkaji tentang bahasa Melayu kerana kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan pendapat dan kesimpulan tegas yang dikemukakan oleh Crawfurd.Representasi piktorial adalah terdiri daripada benda dan perkara alam yang paling jelas dan mudah. Contohnya dalam penulisan bergambar suku Aztech di Mexico. Malah, menurut Crawfurd juga, ketidaksempurnaan piktoral juga turut berlaku kepada sebahagian besar bangsa manusia. Namun, golongan ini juga dapat memberikan sumbangan contohnya dalam penemuan vocal fonetika atau penulisan. Beliau turut merumuskan bahawa manusia mempunyai kapasiti intelik 9

terhadap vocal fonetik dan penulisan.Seterusnya, John Crawfurd juga turut menghasilkan kamus dan juga buku-buku nanu bahasa Melayu. Dalam buku beliau yang berjudul A Grammar and Dictionary of the Malay Language mengkhukususkan tentang nahu yang dimulakan dengan abjad jawi dan cara-cara penyebutan perkataan. Penggolongan perkataan yang merangkumi kata nama, kata adjektif, kata ganti nama, dan kata kerja turut dibincangkan dalam bukunya. Perbincangan mengenai binaan ayat juga turut dimuatkan di dalam bukunya.Karya yang dihasilkan oleh JOHN crawfurd jelas memberikan sumbangan yang besar dalan asa pembinaan kamus dan nahu sama ada bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Malah, buku yang dihasilkan oleh beliaumerupakan antara salah satu buku tatahabasa terawal yang agak lengkap.

Page 5: TAJUK rumpun bm.docx

Salah satu sumbangan penting Crawfurd adlah system ejaan rumi Crawfurd. Dalam tahun 1848, beliau berusaha merumikam tulisan jawi dan telah disiarkan dalm Journal of Indian Archipelago dan Easten India. Beliau juga turut menegaskan bahawa skrip bahasa Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan bahasa Melayu dengan sempurna. Kenyataan beliau :“…a little better than an imperfect short-hand…”Beliau menyatakan bahawa system tulisan jawi hanya mendatangkan sedikiti kenaikan. Dalam proses merumikan ejaan jawi, Crawfurd telah mengambil abjad Jawa sebagai panduan kerana beliau berpedapat bahawa bunyi yang mengikutinya menyamaibunyi bahasa Melayu.Selain itu, Crawfurd bukan sahaja menulisbuku yang berasaskan bahasa dan teori bangsa Melayu tetapi, beliau juga turut menulis buku-buku yang berkaitan dengan dengan sejarah. Penulisan beliau mengenai sejarah lebih terarah kepada kawasan Nusantara. Antara hasil penulisan beliau mengenai sejarah ialah History of Indian Archipelago (1820). Menerusi bukunya, Crawfurd menegaskan bahawa agama Islan datang ke Nusantara adalah melalui Tanah Arab.Beliau turut mengemukakan beberapa hujah yang mengukukan lagi pendapat beliau tentang 10catatan sejarah Cina mengenai kedatangan orang-orang Arab ke Tanah Jawa dan membuat penempatan di Pantai Barat Sumatera sekitar 684 H. Malah, sebagai salah seoranga pentadbir koloni Barat, nama beliau turut tercatat dalam sejarah.Ketokohan beliau dalam bidang penulisan amat terserlah walaupun dalam masa yang sama beliau turt terlibat aktif dalam bidang politik. Nama beliau dalam bidang penulisan walaupun tidak standing dengan nama-nama penulis yang lain, namun penglibatan belaiau dalam menyumbagkan idea tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga turut membuktikan ketokohan dalam bidang pentadbiran.Usaha beliau dalam penyelidikan tentang asal usuk bahasa Melayu merupakan saru usaha yang telah meninggalkan kesan yang mendalam. Penulisan Crawfurd mengenai nahu bahasa Melayu juga telah meletakkan nama beliau sebaris dengan nama-nama ahli bahasa yang lain. Malah, hasil-hasil karya beliau terus dimanfaatkan sehingga sekarang dan untuk generasi yang akan datang.

4.4 R.O Winstedt

Bagi Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang sama. 11Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931.Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai pensyarah, pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada 1939 hingga 1959. Di samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic

Page 6: TAJUK rumpun bm.docx

society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Jun 1966.

12Sumbangan R.O Winstedt Sewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu”.Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan buku tatabahasa melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan kamus bahasa Melayu pada tahun 1960. Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British Empire, Order of St. Michael and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O.T Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan 13Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu. Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul “The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance”. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malays Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu. Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun CHe Tunggal” yang dihasilkan pada 1914.Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul “Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and Johore”,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”, iaitu mengenai salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938, beliau telah menghasilkan karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS.Of Malay Romance of Alexander The Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin copy of The Sejarah Melayu”.14Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan “A Literary Device Common to homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul

Page 7: TAJUK rumpun bm.docx

“Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944 pula beliau menghasilkan “An Undersribed Malay Version of the Ramayana”. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays:A Cultural History” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan karyanya yang berjudul “Notes On Malay subjects”.Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949, beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and the King Of Singapore”. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul “Modern Malay Poetry”.

4.5.Lorenzo Hervasy Panduro Lorenzo Hervasy Panduro adalah seorang Bahasa Sepanyol Jesuit dan ahli filologi terkenal. Beliau dilahirkan di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom pada 24 Ogos 1809. Filologi berasal dar bahasa Yunani, Filologi merupakan ilmu yang mempelajari naskah-naskah manuskrip, biasanya dari zaman kuno. Tugas seorang filologi, nama untuk ahli filologi, ialah meneliti naskah-naskah ini membuat laporan tentang keadaan naskah-naskah ini dan menyunting teks yang ada di dalamnya. Lorenzo merupakan Ilmuan filologi biasanya berdampingan dengan paleografi, atau ilmu tentang penulisan pada masa lampau.Pada tahun 1799, beliau kembali ke tanahair namun empat tahunberikutnya menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di Sepanyol dan hidup di Rom. Beliau diberikan penghargaan yang tinggi.Beliau tekun dan diberi peluang secara luar biasa. Dengan itu ia memberikan beliau ruang mengkaji maklumat tentang simpulan bahasa secara terperinci yang tidak diketahui dan dikaji dalan khazanah sastera. Keputusan daripada pembelajaran beliau simpan dalam satu siri nombor kerja-15kerja yang pertama dicipta oleh Itali dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol.Kerja terbesar beliau adalah wacana kosmografi, “Ideadell’Universo”(Cesena, 1178-87, in 21 vols. In 4ti). Ia mengandungi beberapa bahagian , hampir semua dapat diterjemahkan ke dalam Sepanyol dan muncul seperti memisahkan kerja-kerja. Ini amat penting di mana wujudnya secara berasingan di Itali pada tahun 1784, hasil beliau bertajuk “Catalogo de las lenguas de las naciones cono cidas, y numericaion division y claseos” de estas segun la diversitad de sus idiomas y dialectos” b(Madrid, 1800-5 6 vols.)Percubaan L.Hervas di sini adlah untuk menyiasat asal usuldan hubungan etnologi bangsa yang berbeza ke atas dasar bahasa. Onjektif utama buku bukan filogi. Vol I adlah ‘ merawat saya bangsa Amerika dan simpulan bahasa’; Vol II’ bagi pulau-pulau mereka dalam Orang India dan Pasific Oceans’; (jilid-jilid baki, amat manyayangi Orang Eropah bahasa-bahasa, adalah kerendaan mutu dalam nilai yang pertama dua. Dialek-dialek Amerika adalah suatu tentu lebih baik menggambarkan rahsia daripada mereka yang sebelum ini ; (kewujudan seorang Melayu dan Polinesia ucapan keluarga telah ditubuhkan)Untuk penentu afniti dalam persamaan bahasa kedalam tatahabahasa yang ditekankan sebagai menentang kesamaan yang kecil dalam perbendaharaan kata. Semasa di sana beliau melihat kesilapan-kesilapan dan kecacatan-kecacatan dalan kerja, (ia dikalahkan yang ia menyampikan bahan dengan akademik ketepatan dan oleh itu terbukti berguna untuk penyiasat terlambat).Bahagian kerja yang lain muncul bersaingan di Itali dan kemudian Sepanyol adalah (“Virilita dell’ Uomo” (4 vols.,1779-80); “Vecchiaja e morte dell’ Uomo” (1780); Viagggio estatico al Mondo planetario ” (1780); Stiria della Terra” (1781-83, 6 vols);” Origine, formazione, mecanismo ed prolegomeni sopra piu de CL lingue” (1787); “Saggio practicco delle Lingue com prolegomeni e una raccolta di orazioni dominicali in piu di trecento lingue e dialetti”(1787)Selain itu, beliau juga menulis stu nombor kerja penyelidikan untuk pekak mutes, (yang terbanyak kewujudan penting)” La Escuela Espanola de Sordo-mudos o Arte para ensenarles a 16escribir y hablar el idioma esponal” (Madrid,1795), kerja-kerja lainyang aksara pelbagai, di mana kita mentebut “Descripcion de los archivos de la corona de Aragon y Barcelona”,etc. (Cartagena,1801). Beliau juga meninggalkan satu nombor kerja-kerja yang belum disunting; “Historia de la Escritura”; “Paleografia universal”; “moral de Conficio”; “Historia de las primeras colonoas de America”; “El hombre vuelto a la religion”, (serta hutan rimba satu kontroversial atau yheolgicial sifat).Beliau lahir di Horcajo pada 1 Mei 1735 dan telah meninggal dunia di Rom pada 24 Ogos 1809. L.Hervas adlah orang yang pertama melahirkan pendapat bahawa bahasa-bahasa di Aia Tenggara adalah serumpun. Beliau amat menyokong pendapat William Marsden yang mengkaji bahasa Melayu. Mereka banyaj membuat kajian-kajian bahawa bahasa Austronesia adalah berbeza dengan bahasa Melayu-Polinesia sejak pada abad ke-19 dan ke-20. L. Hervas yang tekun mengkaji bahasa telah memberikan beliau keuntungan banyak serta penghargaan yang tinggi.

Page 8: TAJUK rumpun bm.docx

4.6. William Edward Maxwell

Bagi William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan seorang pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran ‘Sir’ sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E Maxwell telah mempelajari bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang pelbagai dialek dalam 17bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.Sumbangan William Edward MaxwellSir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku Tatabahasa Bahasa Melayu iaitu ‘A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay’. Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu bahasa dalam, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu ‘Kisah 1001 Malam’. Beliau juga menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek 18pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.Buku Tatabahasa ‘A Manual of Malay Languages’, hasil karangan Maxwell mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa tersebut.

5.0 KesimpulanDengan penerangan dan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh sebab kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu iaitu pengkaji-pengkaji barat dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh nahu bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, penulis-penulis terkemudian dalam menghasilkan buku-buku terpaksa merujuk pada buku-buku yang terdahulu.Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar dalam kalangan tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai alasan

Page 9: TAJUK rumpun bm.docx

tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat 19oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.

20 BIBLIOGRAFI Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa dan Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin [2008], Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM Abdul Chaer [2007], Kajian Bahasa: Struktur Internal, Pemakaian dan Pemelajaran,Jakarta: PT Rineka CiptaKamus Dewan Edisi Ke-4, [2007], Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

Page 10: TAJUK rumpun bm.docx

1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan medium utama manusia untuk berhubung.Manusia berfikir dengan bahasa yang mereka fahami.Tanpa bahasa tidak mungkin ada kehidupan spiritual, intelektual dan sosial.Salah satu bahasa yang menarik minat kepada pengkaji bahasa dari Negara Barat untuk mengkaji dan membuat penyelidikan mendalam tentang bahasa ialah bahasa Melayu.Bahasa Melayu merupakan bahasa yang amat mudah untuk difahami dan dipelajari oleh pelbagai  bangsa.Hasil kajian ahli linguistic sejarah dan perbandingan,ahli arkeologi dan ahli antropologi serta penyelidik  –  penyelidik dari Barat,telah mengesahkan bahawa bahasa Melayu telah wujud  pada awal abad masehi.Hasil penyelidikan yang dijalankan terdapat pelbagai perbezaan mahupun persamaan berdasarkan era dan zaman ia dijalankan serta idea dan pendapat peribadi individu pengkaji itu sendiri.

3.1 LATAR BELAKANG PENGKAJI PENULIS BARAT.3.1.1 Hugh Clifford Bagi Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh Clifford telah mengembara ke Tanah melayu pada tahun 1887 iaitu ketika berumur 17 tahun. Setelah berada lama dan bergaul dengan masyarakat Melayu, beliau mula faham dan fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, beliau telah berminat untuk mengkaji asal usul bahasa Melayu.Jadi , Hugh Clifford telah dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park Devon, London. Beliau telah memasuki tentera setelah dipilih oleh sepupunya Sir Frederick Weld yang menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk menjadi kadet bagi perkhidmatan di Perak, Selangor dan Sungai Ujung bersama 11 orang kadet-kadet yang lain. Tugas yang pertama di British Malaya ialah sebagai Setiausaha kepada Residen Perak Sir Hugh Low. Walau bagaimanapun , setelah lancar bahasa Melayu, Clifford telah dilantik menjadi pemungut hasil tanah di Kuala Kangsar pada bulan Mac 1885. Apabila British mencampuri urusan di Pahang, Clifford dihantar sebagai wakil British di Pekan tanpa mempunyai kuasa yang luas. Clifford dipertanggungjawabkan untuk mendesak sultan mewujudkan sistem residen di Pahang.Pada tahun 1895, Clifford yang tidak berapa sihat telah ditugaskan sebagai Superintendent di Ulu Pahang di bawah pengawasan residen Inggeris pertama di Pahang iaitu J.P Rodger. Clifford telah menamatkan tugasnya pada tahun 1929 sebagai Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya kerana kesihatan tidak mengizinkan beliau memanjangkan khidmatnya. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Disember 1941 di saat-saat Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.3.1.2 William Edward MaxwellBagi William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell merupakan seorang

Page 11: TAJUK rumpun bm.docx

pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau diberi gelaran ‘Sir’ sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau sentiasa berusaha mewujudkan hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E Maxwell telah mempelajari 14bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi peluang kepadanya untuk menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa-bahasa lain di Nusantara. Kesan daripada hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang pelbagai dialek dalam bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah memberi idea kepadanya untuk menerbitkan buku tatabahasa Bahasa Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.3.1.3 Thomas BowreyManakala Thomas Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan Melayu dan buku tatabahasa melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St Phillips, Gloucestershire London, England dan telah menyertai syarikat Hindia Timur Inggeris ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan beberapa karya. Selama beliau tinggal di Teluk Benggal dan Kepulauan-kepulauan di Asia Tenggara, beliau telah menghasilkan kamus dwibahasa yang pertama pada lewat kurun ke-17. Kamus itu ditulis ketika dalam perjalanan pulang ke England pada tahun 1688, dan kemudiannya diterbitkan oleh ‘The Sam London’ pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga mengkaji tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan Melayu dan walaupun amat ringkas dalam bahasa Inggeris yang terkandung dalam kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam London ketika beliau berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Melayu dihasilkan.

15

3.1.4. R.O WinstedtBagi Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford, England. Ayahnya berasal dari Sweden dan telah menjadi rakyat Britain. Beliau mendapat pendidikan di Magdalen College School dan di New College, Oxford di mana beliau telah menerima satu MA. Beliau juga telah berkahwin dengan Sarah Castell, daripada sebuah keluarga yang telah lama menetap di Kota Oxford. Mengikut Bastin (1964:1) Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama setahun di universiti yang sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir tahun ketiga di New College. Oleh hal demikian, jika dilihat dari suatu sudut beliau tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang antropologi, sastera ataupun bahasa yang merupakan bidang yang diceburinya ketika di Tanah Melayu.Winstedt juga telah menduduki peperiksaan Gabungan Perkhidmatan dalam negeri India dan Tanah Jajahan adalah untuk menjadi pegawai kolonial di India, tetapi kerana kecuaiannya telah tersalah membaca soalan peperiksaan menyebabkan markahnya agak rendah dan beliau telah dihantar untuk berkhidmat di Tanah Melayu iaitu di negeri Perak pada tahun 1902 sebagai pegawai pelatih. Melalui pengaruh R.J Wilkinson, Winstedt akhirnya telah dipindahkan ke Kuala Pilah, ini memberinya peluang untuk mempelajari sistem marrilenial. Dalam 1913 beliau telah dilantik Pegawai Daerah dalam kuala Pilah, dan dalam 1916 telah dilantik berkhidmat di Jabatan Pendidikan. Pada tahun 1920an, Winstedt menerima DLittnya daripada Oxford. Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden pertama, di Raffles College Singapura pada tahun 1921 hingga 1931. Sepanjang jawatan sebagai presiden dia juga telah berkhidmat sebagai setiausaha bagi pesuruhjaya tinggi, pada tahun 1923;bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan anggota majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat, 1924 hingga 1931; dan sebagai anggota FMS Federal council, 1927 hingga 1931.Setelah pencen daripada Perkhidmatan Awam Melayu, beliau telah dilantik sebagai pensyarah, 16pembaca dan kemudian sebagai Honorary Fellow dalam kajian bahasa Melayu di School Oriental Studies, di mana beliau juga berkhidmat sebagai ahli Badan Pentadbiran pada 1939 hingga 1959. Di

Page 12: TAJUK rumpun bm.docx

samping itu beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Pejabat Tanah jajahan Mengenai Pendidikan, 1936 hingga 1939. Kemudian beliau juga telah dilantik sebagai presiden di Royal Asiatic society pada tahun 1947. Beliau juga turut berkhidmat di British Academy dan menjadi ahli kehormat bagi Southeast Asia Institute, Royal Batavian Society, dan di Kon Institut Voor TaalLanden Volkenkunde. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Jun 1966.3.1.5 R.J WilkinsonManakala R.J Wilkinson tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889 dan bertugas sebagai pegawai pentadbiran kolonial. Beliau telah didorong oleh Sir William Maxwell, gabenor negeri Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku tentang ilmu ghaib. R.J Wilkinson telah menjadi setiausaha Strait Branch of the Royal Asiatic Society. Pada masa itu politik wakil-wakil Kerajaan Inggeris bertujuan memerintah dan mendalangi para ‘Raja’ tempatan dan menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama untuk menjayakan pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus Melayu-Perancis Abbe Favre dan terkejut akan tahap pengetahuannya.Pada tahun 1895 M, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut Harun Aminurrashid, kamus ini sangat berguna dan bersemangat dalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902M. Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itulah terkenalnya Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam kamus tersebut. Semasa berada di Dinding, Perak, Wilkinson berpeluang memperbaiki seluruh leksikon tentang fauna dan flora. Beliau telah mendapat kehormatan dengan namanya diberikan kepada sejenis tupai (tupai ferruginea Wilkinson). Pada tahun 1903M, beliau telah dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch yang memberi kesempatan kepada beliau untuk menerbitkan bukunya Paper on Malay subjects dan menyelesaikan hampir keseluruhan draf kamusnya. Jawatan-jawatan 17selanjutnya yang dipegang oleh beliau adalah di Sierra Leone pada tahun 1915, kemudian di Smyne pada tahun 1922.Dr. C. Hooykaas dalam bukunya ‘Perintis Sastera’ mengatakan bahawa Pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (Malay Literature Series 12), mengandungi sejumlah lebih kurang 1,500 rangkap pantun, lebih 10% daripadanya adalah seloka. Weltanschauung atau pandangan hidup orang Melayu boleh juga wujud dalam pantun tersebut. 4.0 Analisis Sumbangan Dan Peranan Pengkaji Barat Dalam Perkembangan Bahasa Melayu Oleh itu kelima-lima tokoh ini telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu khususnya dalam sistem ejaan. Sistem ejaan ini telah menjadi panduan dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah pada masa itu. Pertamanya kita lihat sumbangan R.J Wilkinson yang telahh menyusun kamus dwibahasa iaitu A Malay-English Dictionary pada tahun 1901. Merupakan kamus dwibahasa yang terawal pada abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu bahagian I, II dan III. Kata kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi serta keterangan data dalam bahasa Inggeris (Abdul Rashid Daing Melebek:176).Wilkinson telah melakukan tiga kali semakan iaitu:

Kamus setebal 1300 halaman merupakan karya leksikografi yang paling terperinci tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959. Wilkinson telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan ungkapan daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus ini. Beliau juga telah menggunakan 3 naskhah karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Koris dan Hikayat Bestammam. Tiha cerita rakyat yang digunakan untuk menambahkan kosa kata ialah seperti Sang Samba, Parang Putting 18dan Putra Jaya Pati serta satu roman panji.Kamus ini sehingga sekarang merupakan kamus yang paling lengkap tentang bahasa Melayu abad ke-19. Wilkinson banyak berbincang dengan ahli leksikografi Belanda seperti Klinkert, Pijnappel dan Von Dewall serta individu berbangsa Melayu bernama Zainal Abedin Haji Ghani, yang banyak memberi idea dan input untuk menyusun kamus ini. Kekayaan maklumatnya adalah luar biasa, terutama sekali mengenai Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Kandungannya mengandungi istilah berkenaan dengan bidang teknik (pelayaran, kraftangan), budaya, zoologi dan botani.Kamus Wilkinson ini bermutu kerana beliau telah benar-benar mengkaji kesusasteraan Melayu Klasik

Page 13: TAJUK rumpun bm.docx

abad ke-17. Kamus ini disertakan dengan lampiran, bukti-bukti dan banyak contoh berserta rujukan yang terperinci. Wilkinson tidak hanya menggunakan sumber-sumber sastera sahaja tetapi juga merujuk buku-buku tentang batu permata, kraftangan kayu, teka-teki dan ubi kayu. Semua rujukan ini dimasukkan ke dalam senarai terperinci yang terdapat pada akhir jilid kedua kamusnya.Jumlah kata masukan kamus Wilkinson terdapat sekitar 32 000 perkataan termasuk 17% merupakan rujukan. Ia adalah dua atau tiga kali ganda jumlah yang ada pada kamus lain. Berikut adalah perbandingan kadar asal perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan kamus-kamus yang wujud sekarang.

Terdapat 53% kata masukan lain tanpa diberi bahasa asalnya, yang boleh dianggap sebagai perkataan bahasa Nusantara, terutamanya bahasa Melayu. Kata masukan tentang zoologi dan botani merupakan 18% daripada 53% kata masukan tersebut.Berdasarkan perbandingan dengan kamus-kamus yang ada sekarang, kadar perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah lebih tinggi dan kadar perkataan yang berasal dari bahasa Eropah adalah agak rendah. Di kalangan bahasa-bahasa Sumatera, bahasa Minangkabau yang mendapat 19tempat utama, satu kedudukan yang diwarisi secara berturut-turut oleh kamus-kamus yang lain. Para sarjana menyifatkan kamus ini sebagai kamus bahasa Melayu dwibahasa yang terbesar sebagai ensiklopedia Melayu Klasik (Abdul Rashid Daeng Melebek:178).Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun oleh Sir Richard Winstedt dari University Of London merupakan edisi ketiga yang dicetak pada tahun 1952. Cetakan pertama pada tahun 1949 dan cetakan kedua pada tahun 1951. Semuanya dicetak oleh Kelly, Walsh di Singapura. Menurut pengakuan penyusunnya dalam pendahuluan edisi pertama yang ditulis di Kuala Pilah pada tahun 1913, kamus ini disusun berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh Wilkinson dalam Kamus Malay-English , dengan persetujuan penyusunnya sendiri. Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum diterbitkan lagi yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke dalam kamus ini. Winstedt telah menambahkan beberapa ratus perkataan baharu, memperluaskan makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan.Sistem pengejaan yang digunakan ialah sistem pengejaan yang terdapat dalam Kamus Kechil Tuan Wilkinson kecuali ejaan beberapa perkataan kesusasteraan Arab yang didasarkan kepada pengejaan yang lebih saintifik iaitu berdasarkan Kamus Besar Tuan Wilkinson. Perkataan dialek ditandakan dengan tahi bintang (*) tetapi bagi kaya dialek yang sudah diketahui umum, kata-kata tersebut ditandai huruf awal negeri berkenaan, misalnya K bagi negeri Kedah. Kata-kata sastera ditandai dengan tanda (+).Dalam keluaran edisi yang kedua, penyusun kamus telah memperbaiki kesalahan ejaan dan kesalahan lain yang terdapat dalam edisi pertama. Banyak penambahan perkataan dan frasa baharu yang diperoleh daripada J.I Humprey, J.E Nathan, M.C Hay, C Boden Kloss dan H.C Robinson.Satu lagi sumbangan Wilkinson adalah Kamus Jawi-Melayu-Inggeris ketika beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20. Kamus Melayu Tulisan Jawi ini telah disusun oleh Wilkinson dalam tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu digunakan dalam kamus ini. Dengan itu, huruf Jawi 20Melayu digunakan sepenuhnya selain huruf-huruf dari aksara bahasa Arab. Oleh yang demikian, huruf-huruf yang digunakan oleh Wilkinson sama dengan huruf-huruf jawi yang digunakan sekarang, kecuali huruf yang baru dicipta dalam Konvensyen Tulisan jawi di Terengganu Oleh yang demikian, di bawah kata masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( £ ) mewakili semua vokal.

Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang kerana urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana kamus ini menyediakan indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini. Bahagian akhir kamus ini pula menyediakan nama burung, ular, dan pokok berserta nama saintifiknya dalam bahasa Latin.4.1 Sumbangan R.O Winstedt Dalam Perkembangan Bahasa MelayuSewaktu bekerja di Kuala Pilah, beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial (Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A Dictionary of Colloquial Malay-English and English

Page 14: TAJUK rumpun bm.docx

Malay pada tahun 1920. Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat tentang geografi tempatan. Di samping itu, beliau juga banyak memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal of Politics and History, “Winstedt adalah cendekiawan British pertama untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu untuk tujuan-tujuan bersejarah, malah mengaplikasikan pendekatan sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu”.Dengan kata lain, kamus Winstedt ini banyak menunjukkan persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan buku tatabahasa melayu yang berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun 1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary diikuti dengan kamus bahasa 21Melayu pada tahun 1960. Winstedt juga turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada 1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British Empire, Order of St. Michael and St. George oleh kerajaan British. Dari segi kerjaya R.O Winstedt juga telah berkhidmat di Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan di Maktab Perguruan sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924. Winstedt dan O.T Dussek telah dilantik menjadi penasihat. Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah di bawah Malay School Series.Di samping itu, Winstedt juga banyak menghasilkan buku-buku mengenai kesusasteraan Melayu sepanjang perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu. Pada tahap awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul “The Literature of Malay Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance”. Wan Abdullah Sabary misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malays Subject yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah menerbitkan A History of Classical Malay Literature diikuti dengan “Father Civet” pada tahun 1908 dan diikuti dengan “Musang Berjanggut” setahun selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan zaman itu. Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah merumikan “Hikayat Seri Rama” dan setahun selepas itu beliau menghasilkan esei yang berjudul “Awang Sulung Merah Muda”, iaitu sebuah sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul “Hikayat Anggun CHe Tunggal” yang dihasilkan pada 1914.22 Beliau juga turut menghasilkan esei yang berjudul “Misa Melayu” pada tahun 1919 dan diikuti dengan “Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay magic” pada tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu Winstedt juga menghasilkan karyanya yang berjudul “A Malay History of Riau and Johore”,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun yang sama juga beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul “A History of Johore”, iaitu mengenai salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul “A History of Perak” dan diikuti dengan “A History of Malaya”. Pada tahun 1938, beliau telah menghasilkan karya yang berjudul “The Date, Autorship, Content and Some New MSS.Of Malay Romance of Alexander The Great” diikuti dengan “The Malay Annals or Sejarah Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...). Manakala pada tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul “Valentjin copy of The Sejarah Melayu”.Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul “The Panji Tales” dan “A Literary Device Common to homer and the East”. Diikuti pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul “Nature in Malay Literature and Folk Verse”. Manakala pada tahun 1944 pula beliau menghasilkan “An Undersribed Malay Version of the Ramayana”. Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan kemunculan “The Malays:A Cultural History” pada tahun 1947. Pada tahun yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan karyanya yang berjudul “Notes On Malay subjects”.Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja. Pada tahun 1949, beliau telah menghasilkan “A Panji Tale From Kelantan” dan “Malay Annals Again, Goa and the King Of Singapore”. Pada tahun 1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul “Modern Malay Poetry”.4.2 Sumbangan Thomas Bowrey Dalam Perkembangan Bahasa Melayu

Page 15: TAJUK rumpun bm.docx

Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar terutamanya di dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama yang menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris 23dan telah berkembang dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus beliau telah diterbitkan pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701).Pada bahagian pendahuluan kamus ini, Thomas Bowrey telah menulis bahawa,”..di mana-mana sahaja di kepulauan-kepulauan ini..., bahasa Melayu telah diterima dan secara umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu,” dan beliau juga menulis bahawa “... hanya untuk perdagangan di kebanyakan tempat di mana bahasa Melayu digunakan.” Kamus beliau ini mengandungi senarai-senarai perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan juga dalam Melayu-Inggeris. Sebagai tambahan beliau juga ada memasukkan seperti berikut:

Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu:a) Sebahagian aspek-aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu terutamanya yang berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan bandingkan dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam buku Tatabahasa Dewan (1994).b) Penerapan semulajadi ke atas bentuk asas sintetik bahasa Melayu dan perbandingannya dengan yang ada pada masa kini.Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa fungsi kepada imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif meng-. Ini adalah bertentangan dengan tatabahasa moden pada buku Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia kelihatan seperti mempunyai versi bahasa Melayu berbanding dengan imbuhan pasif pada bahasa Melayu lewat kurun ke-17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis (syntax), ia akan melaporkan tentang penerapan ke atas ayat-ayat komplimen, persaudaraan dan bentuk-bentuk struktur interrogatif. Teori morphological tradisional akan digunakan untuk menerangkan morfologi itu. Sementara itu, teori ‘X’ daripada “Principle and Parameters of 24Culicover” (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.Sejarah perkembangan bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey. Sistem ini menjadi begitu popular di kalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia.4.3 Sumbangan William Edward MaxwellSir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular ialah Buku Tatabahasa Bahasa Melayu iaitu ‘A Manual of Malay Languages With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay’. Karyanya ini merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden pertama diterbitkan. Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17.Dalam karyanya ini, beliau menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur dan binaan yang sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan bahawa perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ mempunyai sebutan yang berlainan di daerah atau negeri yang berlainan. Beliau telah menulis tentang pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di Nusantara yang dibawa ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa bahagian iaitu bahasa dalam, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa 25Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu ‘Kisah 1001 Malam’. Beliau juga menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek pertuturan berbanding aspek penulisan. Penulisan dalam bahasa Jawi banyak digunakan pada masa itu.Buku Tatabahasa ‘A Manual of Malay Languages’, hasil karangan Maxwell mengandungi lima

Page 16: TAJUK rumpun bm.docx

bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus dwibahasa yang ditulis ini sangat membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di kalangan penutur bahasa tersebut.4.4 Kekuatan Hugh Clifford Dalam Perkembangan Bahasa MelayuHugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat yang mengkaji bahasa Melayu di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul Bahasa Melayu. Beliau juga telah membandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu Klasik dan membuat kesimpulan bahasa kedua-dua bahasa tersebut mempunyai persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir sama. Dengan beberapa penemuan yang dikaji oleh beliau telah banyak membantu bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu.Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa pawang dirujukkan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk mencari bahan galian, mengenali tumbuh-tumbuhan, memperoleh ikan atau perkara yang berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata untuk penyembuhan penyakit yang menyerang manusia. Walaupun demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukarganti penggunaannya.Sumbangan paling besar, Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah beliau dan F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu yang berjudul A Dictionary of the Malay Languages. Kamus tersebut telah disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. Selain itu, Hugh Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu dan mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di 26samping menjalankan tugas sebagai Residen British di Pahang. Seterusnya, Hugh Clifford melibatkan diri dalam bidang masyarakat melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di Tanah Melayu.5.0 Analisis Kelemahan – Kelemahan Pengkaji BaratWalaupun begitu besar sumbangan para pengkaji Barat ini, namun mereka juga tidak lari daripada melakukan kelemahan dalam kajian mereka. Contohnya R.J Wilkinson yang berpegang teguh kepada ejaan pengaruh Arab tahap kedua, dan ejaan pengaruh Melayu tahap pertama yang diberi istilah oleh Za’ba sebagai ‘ejaan tua’. Timbul kekeliruan dalam kamus ini hingga orang Melayu yang mahir bahasanya pun agak sukar membezakan kata-kata yang diejanya. Terdapat perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya. Terdapat perkataan dalam kamus ini yang telah ada ejaan Melayunya tetapi masih dikekalkan ejaan pengaruh Arabnya.Langkah yang dibuat oleh Wilkinson yang mengekalkan ejaan Jawi yang asli mempunyai motif yang tertentu. Beliau sengaja mengekalkan ejaan pengaruh Arab kedua dan pengaruh Melayu tahap pertama, untuk menggambarkan kepada para pengguna kamus bahawa tulisan Jawi yang digunakan untuk bahasa Melayu tidak sesuai kerana banyak yang mengelirukan. Hal ini beliau perlu tanamkan ke dalam hati orang Melayu, supaya mudah orang Melayu menerima tulisan rumi untuk bahasa Melayu yang beliau sedang susun pada masa itu dan diterbitkan setahun selepas terbitnya kamus ini, iaitu pada tahun 1904.Usaha Wilkinson ini diteruskan oleh R.O Winstedt dalam tulisan-tulisannya. Beliau tetap terus menggunakan ejaan tua, dan usaha ini dipertahankan terus oleh keraninya seorang Melayu yang bernama Daeng Abd. Hamid. Ejaan yang digunakan oleh Wilkinson yang boleh mengelirukan para pembaca bukunya adalah kerana beliau menggunakan sistem ejaan tua. Terdapat beratus-ratus kata yang sama ejaan untuk beberapa kata yang berlainan sebutan dan makna (homograf). Boleh dikatakan setiap halaman bukunya yang tebal itu mengandungi kata-kata yang berbentuk homograf. Ada kata yang sama ejaan tetapi mengandungi dua kata yang berbeza sebutan dan makna seperti:27

Terdapat juga kata yang sama ejaan yang mengandungi banyak kata yang berbeza sebutan dan makna. Contoh homograf yang lain:

Bukti-bukti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa pengekalan ejaan pengaruh Arab memang sengaja ditonjolkan dengan menggunakan alasan untuk memelihara “keaslian dan kemurnian” ejaan Jawi Melayu. Di sebalik alasan itu ialah supaya orang Melayu akan sentiasa terkeliru dengan sistem Jawi yang ada. Lama-kelamaan mereka akan benci terhadap tulisan sendiri dan berpindah ke tulisan Rumi yang sedang diperluaskan penggunaannya oleh penjajah pada masa itu. Pada masa yang

Page 17: TAJUK rumpun bm.docx

sama Wilkinson telah ditugaskan untuk menyusun sistem ejaan rumi Melayu.Ejaan Jawi yang mengelirukan ini dipertahankan terus oleh orang Inggeris yang lain termasuk orang melayu yang bekerja di bawah mereka. Apabila sistem ejaan Rumi Melayu telah mula mantap, buku kamus Wilkinson tidak lagi memasukkan versi tulisan Jawinya, melainkan hanya versi yang rumi sahaja. Ini terbukti daripada kamusnya yang dicetak selepas tahun 1932. Alasan yang diberikan ialah ejaan Jawinya telah ada pada buku yang telah lama. Inilah taktik halus yang digunakan oleh orang Barat untuk memisahkan orang Melayu daripada tulisan kesayangannya, iaitu tulisan Jawi. Usaha ini terbukti kejayaannya apabila anak-anak Melayu sekarang termasuk di negeri-negeri yang kuat latar belakang sekolah agama tradisionalnya seperti di Kelantan dan Kedah, banyak yang tidak tahu membaca Jawi.Seperti para pengkaji sebelumnya, Winstedt juga begitu kontroversial kerana beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut ‘imperialistik’ yang diterapkan dalam berbagai-bagai buku karyanya 28tentang bahasa Melayu, sastera dan budaya Melayu. Satu kenyataan yang cukup jelas menggambarkan niat sebenar kerajaan Inggeris memberi pendidikan kepada orang Melayu ialah kenyataan George Maxwell dalam Annual Report bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920 (Azmah Abdul Manaf:279).Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda yang berpendidikan baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik, melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan menjadikan anak Melayu atau petani seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapanya.Serta menjadikan ia mengerti, menerusi pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah sesuai dengan cara hidup sekelilingnya.Begitu juga dengan Thomas Bowerey yang menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis). 6.0 KesimpulanDengan penerangan dan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi nahunya. Oleh sebab kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan penutur ibunda bahasa Melayu iaitu orang lain dan bahasa Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh nahu bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan. Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak daripada falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, penulis-penulis terkemudian dalam menghasilkan buku-buku terpaksa merujuk pada buku-buku yang terdahulu.Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan pelbagai teori tentang asal 29usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar dalam kalangan tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford, Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada suatu sudut sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat oleh mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.

Page 18: TAJUK rumpun bm.docx

30 BIBLIOGRAFI Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain [2006], Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rashid Daing Melebek [2010], Sejarah Penyelidikan Barat Tentang Bahasa dan Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin [2008], Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM Abdul Chaer [2007], Kajian Bahasa: Struktur Internal, Pemakaian dan Pemelajaran,Jakarta: PT Rineka CiptaKamus Dewan Edisi Ke-4, [2007], Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

1.1.1 Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

Page 19: TAJUK rumpun bm.docx

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

 

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Page 20: TAJUK rumpun bm.docx

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

1.1.2 Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Page 21: TAJUK rumpun bm.docx

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

1.2 KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini

Page 22: TAJUK rumpun bm.docx

berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, m.s. 592.Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963, m.s. 6.Peta ini disesuaikan daripada peta dunia yang diselenggarakan oleh UNDP dalam bentuk lembaran.Mulia, T.S.G. op. cit., m.s. 778.Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18.Ibid., m.s. 30.Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395.Ibid., m.s. 16.Ibid., m.s. 31-32.Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965, m.s. 5-6.Asmah Hj. Omar, passim., m.s. 28-29 dan Slametmuljana. passim., m.s. 11-28.Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim., m.s. 184-201.Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. 1967, m.s. 2.Ibid., m.s. 28.Keraf, Gorys. op. cit., m.s. 196-198.Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. vi.Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran, 1988. passim., m.s. 53-55