KBK3083
DASAR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
UPSI101(A122PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SHARIAH BINTI AWALDEEN D20112053891 0192261486
NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMED FAWZY BIN YUSOF
TARIKH SERAH : 21 APRIL 2013
TUGASAN INDIVIDU – SOALAN 1
Huraikan mengenai pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dan perspektif anda mengenai program tersebut serta implikasinya
terhadap bidang pendidikan.
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran 1 - 2
a. Prosedur Kemasukan Ke Program Pendidikan
Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2 - 3
b. Kategori Murid Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran 3 - 4
c. Tempoh Dan Had Umur Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran 4 - 5
d. Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran 5 - 9
e. Pengurusan Bilik Darjah Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran 9 - 11
f. Rancangan Pendidikan Individu 11 - 12
g. Pengurusan Kewangan Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran. 12 - 13
3.0 Persepektif Saya Mengenai Program
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 13 - 14
4.0 Implikasi Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran Terhadap Pendidikan 15 - 17
5.0 Penutup 18
Rujukan
1.0 Pendahuluan
Kemahiran asas membaca , menulis, mengira dan menaakul penting bagi menuju alaf
baru dimana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar. Walau
bagaimana pun masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai kemahiran tersebut lantas
akan menggagalkan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani. Perbezaan minat, pengalaman , bakat , gaya belajar dan kecacatan mengakibatkan
segolongan mereka lambat menguasai pembelajaran. Atas dasar ini program pendidikan khas
integrasi bermasalah pembelajaran diwujudkan.
Secara umum kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan khas selalunya mempunyai
ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti biasa. Mereka
memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada dari aspek
fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika dibandingkan dengan
kanak-kanak biasa. Justeru itu kanak-kanak ini dikatakan bermasalah dan memerlukan satu
bentuk pendidikan yang sesuai. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan
yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya dari pelbagai
aspek .
2.0 Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Program integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-
sama dengan kanak-kanak biasa dalam satu sekolah. Keadaan ini berdasarkan prinsip kanak-
kanak berkeperluan khas perlu berkongsi segala kemudahan pembelajaran yang disediakan
untuk kanak-kaknak lain. (Williams 1988). Laporan Warn telah membahagikan integrasi
kepada tiga jenis :
1. Lokasi – kanak-kanak berkeperluan khas akan belajar bersama-sama dalam satu
sekolah tetapi berlainan unit atau kelas. Mereka mempunyai hubungan sosial yang
terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti menggunakan padanag permainan dan
sebagainya.
2. Sosial- penempatan murid di sekolah di mana hubungan sosial yang biasa
misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
walaupun pendidikan formal belaku di tempat-tempat yang berasingan.
-1-
3. Kefungsian- kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan
mengambil bahagian bersama-sama dengan murid lain , berkongsi kemudahan
yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviti sekolah.
Bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai
mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang
rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial,
penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran
matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf
pusat.
Pendidikan Khas masalah pembelajaran pula dapat didefinisikan sebagai “
Pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai tahap kefungsian intelek
yang terhad dan sedang berkembang, ataupun berkembang dalam tahap yang lambat
berbanding keupayaan kanak-kanak normal ”. ( Menurut Thomas 1996 ).
Pengurusan membawa maksud perancangan , pengelolaan , penyepaduan dan
pengukuran bagi mencapai sesuatu matlamat. Ia juga merupakan penyeliaan ke atas sesuatu
yang dibuat oleh orang-orang lain. Menurut Stoner (1984) dalam buku Management
mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang , mengelola, memimpin , mengawal
daya usaha ahli-ahli yang ditentukan. Matlamat akhir yang diharapkan daripada pengurusan
ialah mengekalkan serta meningkatkan taraf prestasi sesuatu organisasi . Bagi pengurusan
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran aspek pengurusan yang
berkaitan dengannya ialah :
a. Prosedur Kemasukan Ke Program Pendidikan Integrasi Bermasalah
Pembelajaran
Penempatan murid program pendidikan khas integrasi perlu melalui beberapa
prosedur. Prosedur kemasukan ke program pendidikan khas integrasi bermasalah
pembelajaran terletak di bawah Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia
dan seterusnya harus juga mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan
Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.
-2-
Pencalonan kanak-kanak dengan keperluan khas untuk dimasukkan ke program
pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran adalah satu aspek penting dalam
pelaksanaan program tersebut. Ini adalah kerana kanak-kanak ini mempunyai hak untuk
dididik serta dilatih supaya menjadi seorang insan yang sempurna. Pencalonan kanak-kanak
ini boleh dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah guru, ibu bapa, pegawai perubatan dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Setelah pencalonan diterima prosedur atau proses yang seterusnya yang perlu dilalui
ialah membawa anak berjumpa jawatankuasa pelbagai disiplin yang terdiri daripada pakar
perubatan, pakar psikologi, audiologi , jurupulih fizikal dancara kerja , pakar pediatrik , pakar
neurologi dan lain-lain yang berkaitan agar diagnos dan laporan untuk dapat dilakukan untuk
mendapatkan pengesahan tentang masalah yang dihadapi kanak-kanak tersebut.
Setelah mendapat pengesahan serta ditempatkan dalam program pendidikan khas
integrasi bermasalah pembelajaran yang mana program ini merupakan komponen terbesar
dalam program pendidikan khas, kanak-kanak ini akan dinilai dengan menggunakan
Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Instrumen ini menjadi sumber maklumat asas untuk menentukan penempatan calon-calon
tersebut.
Pentaksiran akan dijalankan oleh pentaksir yang terdiri dari guru pendidikan khas
yang dihadiri dengan kehadiran calon dan ibubapa. Pentaksiran dijalankan melalui temuduga,
pemerhatian dan lembaran kerja dengan menggunakan set ujian yang disediakan. Seterusnya
pentaksir akan memberi keputusan penempatan calon dalam Borang Pelaporan Individu.
Penempatan kanak-kanak ini ke program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran
ditentukan berdasarkan kepada skor Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) yang dijadikan
sebagai asas begi penempatan murid-murid yang dianggap berisiko tinggi. Tempoh tiga bulan
akan diberikan sebagai percubaan sebelum pengesahan penempatan muktamad dibuat.
b. Kategori Murid Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Mengikut peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas ) 1997 Bahagian II tiga
kurungan dua menyatakan bahawa seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh
dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan
disahkan oleh panel yang terdiri pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan
-3-
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan
kebangsaan layak kecuali murid-murid cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental
untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang
sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.
Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-
murid dalam kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial. Murid-murid ini juga mempunyai
keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya
memerlukan pendidikan yang bersesuian untuk mengoptimumkan potensi mereka.
Berdasarkan tahap kefungsian dan peraturan pendidikan di atas kategori yang berhak
mengikuti program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran iaitu :
i. Lembam merupakan satu ciri bagi murid yang gagal melaksanakan kerja normal
sekolah . Mereka ini kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan
pelajaran dalam bilik darjah.
ii. Autisma keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan
yang tidak menentu dan seperti berada di dalam dunianya sendiri . Mereka tidak
mengenali bahaya, tidak merasa kesakitan dan tiada hubunganmata apabila
bercakap serta sukar menerima pelajaran biasa.
iii. Sindrom Down ialah masalah yang disebabkan berlebihan kromosom dan bahan
kimia yang tidak seimbang. Kanak-kanak ini mempunyai kromosom tambahan ke
21. Keadaan ini boleh dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
iv. Hiperaktif/ Attention Deficit Disorder (ADHD) keadaan di mana kanak-kanak ini
mempunyai ciri-ciri khusus seperti aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan
serta sukar memberi tumpuan terhadap kerja yang dilakukan dan sukar
menyesuaikan diri untuk berinteraksi dengan rakan sebaya.
v. Terencat akal merupakan pelajar yang inteleknya di bawah tahap kanak-kanak
normal. Ia wujud bersama-sama dengan kelemahan tingkah laku adaptif pelajar
tersebut. Fungsi intelek mereka biasanya di bawah 70 melalui ujian kecerdesan
(Ujian IQ).
-4-
vi. Cerebral Palsi adalah sejenis kecacatan yang berkaitan dengan kelemahan anggota
yang dialami otak murid. Keadaan ini mengakibatkan kanak-kanak tersebut tidak
dapat melakukan pergerakan motor kasar , tidak dapat melakukan aktiviti
pengamatan serta pergerakan motor halus.
vii. Perkembangan Lewat merupakan kanak-kanak yang lemah pencapaian ujian
kecerdasan mereka lebih sedikit daripada kanak-kanak terencat akal. Tetapi jika
dibandingkan dengan kanak-kanak sederhana tahap kecedersannya agak lambat
dalam memahami konsep-konsep baru.
viii. Epilepsi dikenali juga penyakit sawan. Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini
akan hilang ingatan untuk sementara waktu. Malah akan menjadi cepat lupa serta
suka bertanya sesuatu perkara dengan berulang-ulang.
ix. Pertuturan boleh didefinisikan sebagai pertuturan yang menunjukkan
ketidaksempurnaan, sama ada dari segi bunyi, penguasaan bahasa dan gangguan
semasa bertutur.
x. Kurang upaya fizikal adalah seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota
badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana
bahagian badan termasuklah anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan
akan menjejaskan keupayaannya.
c. Tempoh Dan Had Umur Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran
Secara umumnya , tempoh belajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama
dengan tempoh belajar kanak-kanak di aliran perdana sama ada di sekolah menengah atau
rendah. Walaubagaimana pun mereka ini diberi kelonggaran dengan tambahan dua tahun jika
difikirkan perlu. Hal ini selaras dengan Akta Pendidikan 1996 di bawah seksyen 41 (1) yang
mana telah menyatakan bahawa tempoh pendidikan sekolah rendah dan menengah dengan
keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Selain itu, tertakluk di bawah seksyen 41
(2) telah menyatakan bahawa tempoh yang ditetapkan oleh menteri di mana tidak boleh
kurang dari tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah , mengikut mana-mana yang
berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian Akta
ini menetapkan bahawa tempoh belajar kanak-kanak berkeperluan khas adalah mesti tidak
-5-
kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah iaitu enam tahu manakala pendidikan
menengah adalah lima tahun. Namun, tempoh ini tidak boleh dilanjutkan sehingga dua tahun
maksimum mengikut keperluan murid sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun
menengah.
Justeru itu umur kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah
rendah adalah kurang daripada lingkungan enam tahun hingga dua belas tahun dan jika
dilanjutkan menjadi empat belas tahun mengikut keperluan mereka. Manakala umur bagi
program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah menengah adalah tiga belas
tahun hingga tujuh belas tahun dan boleh dilanjutkan sehingga sembilan tahun mengikut
keperluan mereka atau mana-mana yang difikirkan perlu.
d. Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran digubal berasaskan
kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat
daripada program pendidikan arus perdana. Murid –murid yang berada dalam program ini
terdiri daripada kumpulan murid dalam spektrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan
teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi dan rendah.
Oleh itu rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi
membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada. Kurikulum bermatlamat
menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran
yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah
kehidupan bermakna. Hal ini bertepatan dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997 yang menyatakan “ Guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran , masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan
dapat melahirkan individu yang memiliki dan mengamalkan tingkah laku dan sikap positif
dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara
yang berguna.
-6-
Selain itu kurikulum ini juga diharapkan dapat membantu membentuk individu yang
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan lantas
menjadi seorang yang produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarkat dan
negara. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya
dalam kehidupan.
Selaras dengan transfomasi yang berlaku di aliran perdana, Kurikulum Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran juga mengalaminya. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat
bermula dengan Tahun 1di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan sekolah rendah
yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ini adalah bersifat holistik, tidak terlalu
akademik dan tidak membebankan murid. Keadaan ini selaras dengan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.
Murid-murid bermasalah pembelajaran ini mengikuti Kurikulum Alternatif yang
digubal khusus berasaskan KSSR. Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran
yang tidak terikat.Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut
keperluan dan keupayaan murid melalui bidang berikut :
i. Asas 3M merangkumi - Komponen Bahasa Melayu
- Komponen Bahasa Inggeris
- Komponen Matematik
ii. Pendidikan Jasmani - Komposisi mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri
daripada kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik,
kecergasan, rekreasi dan kesenggangan. Bagi asas permainan dan olahraga hanya
akan diajar selepas tahun kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu
dalam Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi,
fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi.
iii. Pendidikan Islam - Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran dan As-Sunnah.
Ini selari dengan kemahiran dan amalan yang disarankan dalam Tunjang
-7-
Kerohanian iaitu Sikap dan Nilai yang menyumbang ke arah melahirkan murid
yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh. Mata
pelajaran Pendidikan Islam ini memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu
pengetahuan, kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek keimanan,
kemanusiaan dan ketatanegaraan. Mata pelajaran ini dibahagikan kepada tiga
tajuk utama iaitu Asuhan Tilawah al- Quran, Asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak
Islamiah.
iv. Pendidikan Moral - Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu
untuk menjadikan seseorang insan itu berakhlak mulia dan bermoral. Pendidikan
Moral Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menekankan aspek pemupukan
dan perkembangan nilai-nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid
dapat mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk secara
bersepadu. Di samping itu juga murid dapat menyatakan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam
kehidupan seharian dan menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.
v. Pengurusan Kehidupan – Terbahagi kepada komponen-komponen berikut :
a. Komponen Pengurusan Diri – merupa satu keperluan asas untuk menguasai
bidang-bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan
penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna.
Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan
diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diajar kepada
murid bermasalah pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri dibina dengan
tujuan melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari
b. Komponen Pengurusan Tingkah Laku - bertujuan untuk memberi penekanan
dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya
memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga
bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan diri supaya
dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan
diterapkan bagi membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang
membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan
meningkatkan tahap kesediaan belajar murid serta memupuk sikap positif
terhadap pembelajaran
-8-
c. Komponen Kemahiran Manipulatif - memberi fokus kepada perkembangan
kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid.
Komponen ini amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M.
vi. Seni Kreatif – terbahagi kepada dua komponen seperti berikut :
a. Komponen Seni Visual - memberi fokus kepada usaha mencungkil dan
mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan
kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang
berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam
kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus,
motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini
memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk
melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat
binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.
b. Komponen Pendidikan Muzik - memberi fokus kepada usaha mencungkil dan
mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan
kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang
berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam
kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain
alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan
kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman
nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni serta seni lakon
berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.
e. Pengurusan Bilik Darjah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran
Bilik darjah merupakan tempat di mana berlakunya interaksi pengajaran dan
pembelajaran (Ornstein 1990). Program pendidikan khas integrasi ini memerlukan suatu
pengurusan yang berlainan dengan pengurusan murid-murid normal. Di program ini bilik
darjah merupakan satu tempat di mana setiap murid Pendidikan Khas menghabiskan
sebahagian masanya di sekolah.
-9-
Pengurusan dan pengelolaan kelas yang berkesan dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku dengan baik serta berkesan. Pengurusan sesebuah bilik darjah
secara umumnya mengandungi komponen-komponen fizikal seperti berikut :
i. Penyusunan Kemudahan Fizikal Serta Perabot Bilik Darjah
Aspek fizikal bilik drjah yang disusun dengan berkesan akan membolehkan aktiviti
dijalankan dengan terancang disamping dapat mengurangkan kebisingan serta
gangguan semasa pengajaran dan permbelajaran berlaku. Keselesaan , penyusunan
fizikal yang bersesuaian akan memudahkan guru memantau aktiviti murid.
ii. Cara Penyusunan Bilik Darjah
Penyusunan bilik darjah harus membolehkan guru dan murid bergerak tanpa halangan
di samping memudahkan guru untuk mendapatkan bahan. Keadaan ini membantu guru
menumpukan perhatian kepada semua murid.
iii. Ruang Pengajaran dan Pembelajaran
Penyediaan ruang pengajaran dan pembelajaran yang berasingan diperlukan tanpa
meninggalkan aspek keselamatan. Ruang belajar berasingan disediakn meliputi sudut-
sudut bacaan , sudut audio –visual, sudut pameran, sudut maklumat murid, sudut
tempat letak peralatan membersihkan diri dan juga sudut „time-out‟.
iv. Penjadualan
Jadual waktu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan satu penyusunan
tempoh masa pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan secara bersistematik tetapi
bersifat fleksibel berdasarkan keperluan, potensi serta tahap kefungsian.
Disamping itu jadual ini mesti disusun dengan sempurna untuk memberi struktur
kepada proses pengajaran dan pembelajaran, memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai serta menentapkan aktiviti yang akan dilaksanakan.
v. Stesen-stesen Pembelajaran
Kaedah stesen pembelajaran merupakan satu alternatif kepada kaedah yang sedia ada.
Kaedah ini membolehkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
belajar melalui pengalaman dan mengikut keupayaan serta minat masing-masing.
Kaedah stesen pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses pembelajaran
yang sistematik di mana disediakan bilik atau sudut yang didalamnya diletakkan
peralatan yang bersesuaian meliputi kemahiran asas hingga ke peringkat yang lebih
-10-
tinggi. Ianya bertujuan untuk melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan
kemahiran-kemahiran tertentu bagi mencapai perkembangan yang menyeluruh selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Stesen-stesen kemahiran dibina berasaskan
kepada komponen yang ada dalam kurikulum yang digunakan. Kerjasama yang padu di
kalangan pihak pentadbir sekolah, guru-guru pendidikan khas dan ibu bapa menjadi
faktor kejayaan pelaksanaan kaedah ini.
f. Rancangan Pendidikan Individu
Satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang
dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.
Menurut Hallahan dan Kauffman(1997) RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa
dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-
keperluan itu dapar dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang
perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu.
RPI ini dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu
bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai.Rancangan Pendidikan Individu ini
mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dengan
keperluan khas itu. Matlamat dan objektif dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam
perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan
yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dala RPI dinyatakan juga tarikh
perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan
pencapaian murid.
Melalui Rancangan Pendidikan Individu , ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam
beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai
keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila
berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.
Penulisan RPI merupakan komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber
yang diperlukan dan dipersetuji bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat
dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid itu dalam mencapai
-11-
matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan
isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak
g. Pengurusan Kewangan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran.
Pengurusan kewangan amat diperlukan untuk memastikan urusan pentadbiran dan
pengurusan sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
baik. Kerajaan memperuntukkan pelbagai jenis kumpulan wang untuk membantu dalam
proses tersebut.
Peruntukan Wang Kerajaan adalah semua wang yang diperolehi daripada bantuan dan
pemberian kerajaan. Sebahagian besar wang ini disalurkan melalui bantuan per kapita. Wang
Suwa pula merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah daripada punca-punca
kewangan yang lain.
Kumpulan wang yang terdapat di sekolah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu
Kumpulan Wang Kerajaan, Kumpulan Wang Suwa dan Kumpulan Wang Asrama. Setiap
kumpulan perlu diselenggarakan secara berasingan.
Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan
kepada setiap murid sekolah . Ia meliputi PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran.
Tuntutan PCG bagi tahun berikutnya hendaklah dibuat berdasarkan enrolmen murid
Pendidikan Khas pada 31 Oktober tahun semasa. Sekolah dibenarkan membuat tuntutan
pelarasan PCG sekali sahaja dalam setahun dengan syarat ada pertambahan enrolmen murid
Pendidikan Khas sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tahun semasa. Seperti juga Sekolah
Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Pendidikan Khas Rendah dan Menengah
serta Program Pendidikan Khas Rendah dan Menengah juga menerima bantuan PCG Mata
pelajaran dan Bukan Mata Pelajaran.
-12-
3.0 Persepektif Saya Mengenai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran
Kewujudan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang
bermula pada tahun 1988 telah menunjukkan banyak perubahan dari pelbagai aspek.
Terbinanya program ini telah banyak membantu kanak-kanak keperluan khas terutama yang
mengalami masalah pembelajaran untuk mendapat pendidikan dan meneruskan kehidupan
mereka. Penglibatan saya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran yang bermula pada tahun 1991 telah dapat melihat banyak perkembangan
positif seiring dengan peredaran masa yang berlalu.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah dapat membantu
perkembangan potensi murid-murid ini dalam menguasai kemahiran berbahasa, komunikasi
dan berinteraksi dalam kehidupan mereka. Disamping itu melalui program ini berjaya
membentuk keyakinan diri seterusnya membantu murid-murid ini membina serta
mempertingkatkan kemahiran bersosial dan berinteraksi dengan keluarga rakan dan juga
masyarakat. Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran juga dapat
menyumbangkan ke arah melahirkan murid yang beriman , berilmu dan juga berahlak mulia
serta mampu menyesuaikan diri dengan masyarak majmuk secara bersepadu.
Walaupun Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran mampu
mempertingkatkan dan mengembangkan potensi murid-murid berkeperluan khas ini, namun
pada persepektif saya masih ada yang perlu dibaiki. Dari segi prasarana , masih terdapat
bilik-bilik darjah yang tidak kondusif , suasana kelas yang tidak selesa dan tidak memenuhi
keperluan kanak-kanak khas ini. Masih terdapat kelas yang sempit dan terpaksa berkongsi
ruang . Keadaan ini akan menjadikan pergerakan kanak-kanak keperluan khas ini terhad dan
terganggu malah boleh mewujudkan pelbagai masalah terutamanya masalah tingkahlaku.
Bukan itu sahaja malah gangguan akan berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan.
Keperluan terapi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran amat diperlukan bagi
meningkatkan lagi prestasi serta perkembangan fizikal mereka. Dalam hal ini , tidak semua
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang mempunyai kelengkapan
-13-
dan kemudahan bilik terapi ini. Hanya segelintir sekolah yang mampu menyediakan
kemudahan sebegini memandangkan kosnya yang tinggi. Oleh yang demikian, kerajaan
sepatutnya menyediakan kemudahan terapi ini di semua program atau di sekolah yang
berhampiran untuk dikongsi kemudahan tersebut.
Selain dari keperluan terapi yang berupa peralatan, perkhidmatan sokongan seperti
terapi fizikal atau fisioterapi dan juga terapi carakerja amat diperlukan di program ini. Kedua-
dua perkhidmatan ini dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran meningkatkan
kemampuan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas dalam kehidupan harian mereka
disamping membantu meningkatkan kemahiran menaakul dan ingatan.
Perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran ialah jumlah atau bilangan murid-murid di dalam satu-satu
program. Bilangan murid tersebut hendaklah dihadkan agar bersesuaian dengan bilik darjah
serta kemudahan yang disediakan. Bilangan yang ramai akan menimbulkan pelbagai masalah
yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan dengan baik serta
murid-murid tidak dapat memperolehi hak yang sepatutnya mereka perolehi. Kementerian
Pelajaran sepatutnya mengambil langkah dengan membuka banyak lagi program terutama di
kawasan yang mempunyai bilangan murid yang ramai agar sesebuah program berjaya
dilaksanakan dengan berkualiti.
Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian bagi program ini pada perspektif saya
ialah kewujudan program ini di sekolah kadang-kala kurang diambil berat oleh pentadbir.
Sesetengah pentadbir tidak menerima secara positif penempatan atau pembukaan program
pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran di sekolah mereka. Anggapan mereka
murid-murid dari program ini akan menjejaskan prestasi sekolah dan menambahkan bebanan
pengurusan sekolah. Keadaan ini terjadi berikutan pentadbir sekolah tidak diberi pendedahan
atau kursus yang berkaitan dengan program tersebut. Penerimaan secara positif amat
diperlukan kerana murid-murid bermasalah ini mempunyai hak yang sama untuk
mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang
ke tahap yang optimum.
-14-
4.0 Implikasi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Kepada
Pendidikan
Implikasi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran kepada pendidikan
antaranya :
1. Rangka Tindakan Salamanca - Program Pendidikan Khas kebanyakan dimulakan di
negara-negara di dunia dan Asia hasil daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di
peringkat antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada pendidikan khas di
Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca
Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994
memberitumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang
berkeperluan khas . Rangka Tindakan Salamanca ini memperakukan tentang hak dan peluang
kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang
untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-
kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan, minat, kemampuan dan keperluan
pembelajaran, satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi
keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang
bersesuaian dengan perbezaan minat individu. Gesaan dan saranan telah dibuat agar Negara-
negara yang bersidang memberi keutamaan terhadap polisi dan peruntukan kewangan agar
sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas
diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah
ketidakupayaan mereka.
2. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996.
Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut
yang menyarankan bahawa : Seksyen 40 dan Seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat
oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri
Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.
Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh
persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan
pada masa ini , kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga
berumur 19 tahun.
-15-
41.1 Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) , menteri boleh melalui peraturan-peraturan
menetapkan :
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
menerima pendidikan khas;
(b) Kurikulum hendaklah yang digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas ; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud
topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan
di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang
difikirkan oelh menteri suaimanfaat.
3. Penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian di mana telah diputuskan
penubuhan jawatankuasa tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Penyelidikan
yang telah bersidang pada 30 Jun 1981. Jawatankuasa ini telah mengkaji dan menentukan
bidang masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang
terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan , Kementerian
Kebajikan Maysarakat yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Buruh.
Pada amnya Jawatankuasa ini menetapkan:
Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-
kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kaknak spastik.
Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan
menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
-16-
4. Selain itu implikasi kepada pendidikan ialah deklarasi-deklarasi antarabangsa
merupakan penyumbang besar kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia
yang mana deklarasi ini menghasilkan „Peraturan –peraturan Standard Mengenai
Persamaan Peluang-peluang Pendidikan Untuk Orang Kurang Upaya (1993). Negara-
negara di dunia telah digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang upaya
dimasukkan dalam sistem pendidikan negara masing-masing. Selain itu mereka yang
memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di sekolah-sekolah biasa yang
menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid dan mampu memenuhi
keperluan mereka.
5. Implikasi Program Pendidikan Integrasi Bermasalah Pembelajaran terhadap
pendidikan ialah penubuhan Program Pendidikan Khas Pra Sekolah di sekolah biasa
yang telah mula di uji rintis pada tahun 2003 dengan pembukaan tiga buah kelas yang
melaksanakan integrasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Setelah melihat
kejayaan program rintis tersebut , penambahbaikan dibuat dan Program Pendidikan
Khas Pra Sekolah dikembangkan ke program integrasi yang lain di seluruh Malaysia.
6. Implikasi yang tidak kurang pentingnya terhadap pendidikan ialah telah
digubal satu kurikulum khas untuk Program Pendidikan Integrasi Bermasalah
Pembelajaran iaitu Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP)
Kurikulum ini telah diguna pakai bermula pada 1 Januari 2004. Pelaksanaan Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ini adalah seperti yang diperuntukan dalam
AKTA PENDIDIKAN 1996, Bab 8 – PENDIDIKAN KHAS, SEKSYEN 14,
SUBSEKSYEN (1) (b).
Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu
berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada programpendidikan
arus perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina ini bersifat fleksibel yang
membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.
Kurikulum ini menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-
kemahiran pengembangan (developmental skills ) Selain itu, kurikulum ini juga
menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktiviti-aktiviti
pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang-
bidang seperti pengurusan kehidupan, akademik berfungsi, kerohanian dan nilai - nilai
murni, serta sosial, riadah dan kreativiti.
-17-
Bertitik tolak dari kurikulum ini , berlaku beberapa perubahan untuk
penambahbaikan dan pada tahun 2011 ,Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas telah mula digunakan untuk Tahun Satu selaras dengan penggunaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah di aliran perdana.
5.0 Penutup
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran semakin mendapat
perhatian dari segi kurikulum, sekolah, murid dan juga gurunya. Murid-murid pendidikan
khas ini sepatutnya mendapat peluang yang sama seperti murid-murid biasa dan tidak di
sisihkan oleh kerana kekurangan yang mereka tidak harapkan. Setiap murid mempunyai
kekurangan dan kelebihan masing-masing. Mereka perlu dididik dengan pembelajaran yang
terancang dan bersistematik, bersesuaian dengan tahap keupayaan dan kebolehan mereka.
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran sememangnya terdapat
banyak isu dan cabaran yang berkaitan. Dalam mengurus dan melaksanakan program ini ,
guru memainkan peranan penting dalam menjamin pelaksanaan dan kejayaan program
tersebut. Bagi menjamin pengurusan dan kejayaan program prasarana yang sesuai dan
kondusif diperlukan bagi melicinkan perjalanan program tersebut. Prasarana yang kondusif
dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan lebih efektif serta akan
memberi keselesaan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk terus belajar agar
tujuan asas pendidikan khas iaitu untuk memaksimumkan potensi setiap orang kanak-kanak
berkeperluan khas supaya mereka dapat menjalankan rutin harian yang lebih sempurna
berasaskan kemahiran yang dipelajari tercapai.
-18-
Rujukan
1. Buku Panduan Pengurusan Dan Pentadbiran Program Pendidikan Khas Integrasi
Negeri Selangor , Unit Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan
Khas Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, 2012
2. Stesen Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Rendah & Menengah , BUKU PANDUAN, Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia 2003
3. Buku PANDUAN Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan
Khas , Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia 2000
4. KIT PENDIDIKAN KHAS , Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia 2008
5. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa, Jamila K. A. Mohamed, 2005.
PTS Profession Publishing Sdn. Bhd, Bentong Pahang.
6. Psikologi Kanak-kanak , PTS PROFESSIONAL, Publishing SDN BHD
http://eprints.utm.my/11011/1/Masalah_Guru_Pendidikan_Khas_Program_Integrasi_Dalam_
Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Kemahiran_Hidup_Di_Sekolah_Menengah.pdf
http://pmspk.moe.gov.my/index.php?option=com content&view=article&id=263%Akaedah-
stesen-pembelajaran-dalam-program-pendidikan-khas-bermasalah-pembelajaran-daerah-
www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1307694440.pdfkB