24
Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad Ke 21 Ini Oleh Prof. Madya Dr. Shahril @ Charil bin Marzuki 1. Pendahuluan Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan. Ini bermakna, pengetua atau guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko- kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan. In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. … it is his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. … if a school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83). Oleh yang demikian, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah- sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1982), telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan pengetua/guru besar mestilah: … cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat- surat siaran. (Kementerian Pendidikan Mlaaysia, 1982: 6) Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan pengetua berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Oleh itu, peranan pengetua yang hanya menjalankan peranan sebagai pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat pendidikan pada alaf baru ini dan juga bagi menghadapi cabaran- cabaran dan harapan-harapan pada masa akan datang ini. Apatah lagi dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu, dalam kontek untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pada alaf baru ini, pengetua/guru besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.

EDU 3083 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota

Citation preview

Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad Ke 21 Ini

OlehProf. Madya Dr. Shahril @ Charil bin Marzuki1. Pendahuluan Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan. Ini bermakna, pengetua atau guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. it is his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. if a school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83).Oleh yang demikian, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1982), telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan pengetua/guru besar mestilah: cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran. (Kementerian Pendidikan Mlaaysia, 1982: 6)Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan pengetua berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Oleh itu, peranan pengetua yang hanya menjalankan peranan sebagai pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat pendidikan pada alaf baru ini dan juga bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan-harapan pada masa akan datang ini. Apatah lagi dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu, dalam kontek untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pada alaf baru ini, pengetua/guru besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.

2. Peranan Pengetua/Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentadbiran dan Pengajaran Di sekolah, pengetua/guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran, peranan pengetua / guru besar menjalankan tugas seperti mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan kalendar sekolah, mengawai SPBT, surat menyurat, mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani, mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar, mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda sekolah digunakan sebaiknya, dan menjalin hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar (Zaidatul Akmaliah, 1991: 20). Manakala Hanafi Kamal (1980: 245) mengariskan tugas pengetua/guru besar ialah: (i) kepimpinan (ii) kebajikan dan disiplin (iii) staf sekolah (iv) perancangan, membuat keputusan, pengelolaan, penyelarasan dan perhubungan (v) kurikulum dan pengajaran (vi) kualliti diri (vii) pejabat sekolah, kemudahan fizikal, kewangan dan pengurusan perniagaan (viii) hubungan sekolah-masyarakat. Robiah Sidin (1989: 37) pula menyatakan terdapat enam bidang tugas pengetua/guru besar iaitu: (i) perhubungan sekolah-masyarakat (ii) perkembangan kurikulum dan pengajaran (iii) pengurusan murid (vi) pengurusan kakitangan (v) pengurusan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain (vi) pengurusan kewangan. Bagi Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989: 64) mengatakan tugas pengetua/guru besar secara umumnya boleh disenaraikan dalam empat bidang sahaja iaitu:i. Melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. ii. Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin pengajaran-pembelajaran berjalan dengan baik. iii. Mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya. iv. Mengadakan perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar. Beberapa kajian dibuat di Amerika Syarikat menyenaraikan tugas pengetua/guru besar sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran seperti berikut: (i) kurikulum dan pengajaran (ii) perundingan (iii) kemudahan fizikal (iv) kewangan dan perniagaan (v) pemilihan, pengambilan dan pembuangan pekerja (vi) perhubungan awam (Hoy dan Miskel, 1991: 319).

1. Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Yang Berkesan Kebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi atau berperanan sebagai pemimpin pengajaran. Di antara penulis-penulis tersebut ialah Sweeney (1982), Weber (1971), Rutter (1979), Edmonds (1979), Levine dan Lessotte (1981), Wellish et al. (1978), Hussein Mahmood (1993), dan Shahril Marzuki (1997).Menurut Sweeney (1982), terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait dengan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri pengetua/guru besar itu ialah:i. Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik. ii. Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran. iii. Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah). iv. Kerap menilai pencapaian akademik pelajar. v. Menyelaras program pengajaran. vi. Membantu dan memberi semangat kepada para guru. Wellish, et al. (1978) menegaskan ada empat perbezaan antara kepimpinan sekolah yang berkesan dengan kepimpinan sekolah Tidak Berkesan. Menurut Wellish, et al. (1978), pengetua di sekolah berkesan adalah:i. Mempunyai kepakaran yang jelas terhadap peranannya dalam kepimpinan pengajaran dan matlamat yang ingin dicapai. ii. Selalu menilai kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat menghasilkan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajarnya. iii. Mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat keputusan berhubung dengan pengajaran. iv. Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya. Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. Ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36) yang mengatakan:Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah.Namun begitu terdapat beberapa penyelidik dan penulis yang berbeza pendapat tentang peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan sebaliknya. Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju bahawa pengetua mesti berperanan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah Fullon (1979), Krajewski (1977), Smyth (1983), Weldy (1979), Wirsig (1980), dan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989).Fullon (1979) mengatakan bahawa pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran hanyalah merupakan satu dongengan sahaja. Dalam mempertahankan pendapat ini, beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin pengajaran. Antara bukti tersebut ialah:-i. Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya. ii. Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain. iii. Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran. iv. Pengetahuan seseorang pengetua tidak pelbagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan pengajaran amat terhad. Oleh itu, mereka tidak mampu menjadi pemimpin pengajaran. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati pengetua-pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan pengajaran, namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana beban tugas yang lain adalah berat dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua menyerahkan tugas-tugas kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang jelas dan mereka juga amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran dengan guru-guru secara profesional.Menurut Smyth (1983), penyelidikan yang dilakukan di Australia dan di lain-lain tempat menunjukkan bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di sekolahnya. Ini disebabkan:i. Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas pengajaran dalam masa persekolahan. ii. Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai oleh guru-guru di bilik darjah. iii. Mereka takut kerana kekurangan kepakaran. Namun begitu, pendapat di atas telah disangkal oleh Wirsig (1980), yang mengatakan bahawa walaupun pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka sebenarnya mahu beraksi sebagai pemimpin pengajaran, dalam keupayaan yang mereka ada.Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa peranan utama pengetua/guru besar di sekolah-sekolah adalah sebagai pemimpin pentadbiran dari pemimpin pengajaran. Ini jelas berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa pengetua/guru besar dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam menjalankan tugas mengajar ini, pengetua/guru besar mestilah peka dengan perubahan-perubahan dalam kurikulum, kaedah pengajaran-pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-pembelajaran yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat (IT) dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi profesionalismenya pula, penglibatan pengetua/guru besar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan baru selari dengan perkembangan semua. Namun begitu, bagi menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21 ini, peranan pengetua/guru besar tidak terbatas hanya sebagai kepemimpinan pentadbiran dan pemimpin pengajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu.

1. Ciri-Ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Yang Berkesan Pada Masa Depan Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan pada masa depan, kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah pada hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa depan. Mengikut Stoner (1989: 552), seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam satu situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat tentang ciri-ciri pengetua berkesan atau cemerlang. Menurut Abas Awang (1999), pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:i. Mengenali penyakit (masalah persekolahan). ii. Mengenal pasti ubatnya (penyelesaian masalah). iii. Mengetahui tempoh memerlukan rawatan (jangka masa masalah dapat ditangani). iv. Mempunyai etika yang tinggi. v. Memahami teori-teori yang berkaitan dengan kerjanya. vi. Berilmu. vii. Berkemahiran dalam bidang tugasnya. viii. Bersikap positif dan yakin. Beliau seterusnya mengutarakan pelbagai kemahiran yang perlu ada pada seseorang pengetua yang berkesan iaitu kepimpinan pengajaran yang berkesan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, sumber dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi, memotivasi, pemantauan, penilaian, membuat keputusan, TQM dan ISO 9000.Melalui kemahiran-kemahiran ini, pengetua akan mempunyai piawai dalam pengurusannya dan ada fokus untuk dilaksanakan. Manakala mengikut Institut Aminuddin Baki (1998), berdasarkan (mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 5 Mac 1998) mengatakan bahawa ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan mengikut model Malaysia adalah seperti berikut:-a. Mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap. b. Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan. c. Prihatin dan peka tentang perbezaan budaya dan adat resam masyarakat. d. Mempunyai wawasan yang jelas. e. Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik. f. Menerima tugas sebagai satu profesion. g. Membuat keputusan secara konsensus. h. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat i. Ketrampilan lain (i) Ketrampilan pentadbiran menganalisis masalah secara berkesan membuat pertimbangan yang saksama mengurus dan membuat keputusan (ii) Ketrampilan peribadi menilai pendidikan secara jelas mempunyai minat dan motivasi yang tinggi menjaga perawakan diri Bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di mana dunia pendidikan akan terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman dan dunia tanpa sempadan, langit terbuka, penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan seribu satu macam kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka pengetua yang berkesan pada masa depan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:i. Mempunyai kualiti kepimpinan. ii. Mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan, budaya dan simbolik. iii. Berwawasan, kreatif dan inovatif. iv. Mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi. v. Mempunyai kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah. vi. Mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi vii. Beriman dan bermoral.

4.1 Kepimpinan Yang BerkualitiPengetua/guru besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti. Menurut Azmi Zakaria (1996), pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti kepimpinan seperti berikut:i. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran. ii. Pintar dan berinisiatif tinggi. iii. Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran. iv. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain. v. Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka. vi. Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal, ramah dan baik hati. vii. Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas. Oleh itu, pengetua yang berkesan pada masa depan boleh menghadapi cabaran dan masalah-masalah sekolah secara profesional dan berkesan. Mengikut Edmonds (1979), kepimpinan pengetua yang berkesan membolehkan "principals can make difference". Manakala Mortimore (1995), mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah pengetua yang mempunyai kepemimpinan profesional (professional leadership) iaitu pengetua yang mempunyai sikap yang tegas dan bermatlamat. Ia juga mengamalkan pendekatan bersama dan permuafakatan rumah-sekolah seperti dalam soal-soal pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. Kepemimpinan profesional juga menekankan keunggulan pengetua itu sendiri sebagai pemimpin untuk menangani pelbagai masalah di sekolah.

2. Berkemahiran dan Berketrampilan (Competent Leader) Pengetua yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan ketrampilan supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan. Ketrampilan ini boleh membantu pengetua menangani cabaran-cabaran dan harapan-harapan yang diminta oleh majikan, ibu bapa dan pelajar yang terdapat di sekolah. Mengikut Sergiovani (1995: 85), seseorang pengetua yang berkesan perlu mempunyai lima kemahiran iaitu:i. Kemahiran teknikal. ii. Kemahiran manusia. iii. Kemahiran pendidikan. iv. Kemahiran simbolik. v. Kemahiran budaya. Kemahiran teknikal bermaksud pengetua boleh memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan (management engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ia perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam menyelesaikan masalah seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang (planning), pengelolaan (organizing), penjadualan (schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan organisasi sekolah.Kemahiran manusia bermaksud pengetua berkesan berperanan sebagai jurutera manusia (human engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan yang tinggi, mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu memotivasikan stafnya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah kurangnya wujud hubungan baik dan mesra antara pengetua dengan guru, guru dengan guru, dan guru dengan pelajar. Selain itu, wujudnya masalah seperti kurang komitmen, ketidakhadiran bertugas dan perasaan burn out di kalangan guru-guru juga menggambarkan pengetua kurang berjaya dalam memotivasi guru-gurunya. Bagi menangani masalah ini, pengetua perlu mempunyai kemahiran motivasi untuk membina dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan memberi penghargaan, sokongan, menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat keputusan.Kemahiran pendidikan bermaksud, seseorang pengetua adalah menjadi pemimpin atau pengamal klinik "Clinical Practitioner (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna seseorang pengetua yang berkesan mesti pakar dalam pendidikan. Ia bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-pembelajaran, penggunaan alat bantu mengajar, diagnosis keperluan, penilaian dan membuat pencerapan pengajaran guru dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai super teacher kepada guru dan pelajarnya.Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua atau chief (Sergiovani, 1995: 93), di mana pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa, membuat rondaan di kawasan sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan bagi mencapai visi dan misi sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Melalui kemahiran ini, pengetua dapat menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah, masalah disiplin pelajar dan kelakuan yang tidak sihat.Kemahiran budaya bermaksud, seseorang pengetua adalah memainkan peranan sebagai high priest (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadi sekolah berkesan. Peranan pengetua termasuklah mewujudkan visi dan misi sekolah, mewujudkan simbol-simbol sekolah, mewujudkan sosiolisasi di antara guru dengan pelajar, dan mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah mencapai kejayaan.Melalui kemahiran ini pengetua dapat mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang perlu diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar.

2. Berwawasan, Kreatif dan Inovatif

Seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan. Jika adapun, wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. Mengikut Hussein (1993: 163), wawasan dikatakan sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Ia meliputi rasional, matlamat, arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru dan pelajar untuk mendapat hasilan yang dicita-citakan. Untuk membolehkan seseorang pengetua itu merealisasikan wawasannya, ia perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif serta inginkan perubahan. Pengetua yang berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan cara ini, masalah kurangnya hubungan, sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat terhadap sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.

3. Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi

Pengetua yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi. Berlakunya beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar, sekolah dengan agensi luar seperti masyarakat kerana komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh pengetua kurang sesuai. Oleh itu, pengetua perlu memahami, proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat dapat disampaikan dan diterima oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Mengikut A.L. Ramaiah (1999: 115), seseorang pengetua yang mahir dalam proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka terhadap pelbagai halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara aktif, dan sebagai pemberi maklum balas yang mahir. Pengetua yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan dapat menangani pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari guru dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang komunikasi antara pengetua dengan pelajar dan masyarakat dapat dikurangkan.Selain kemahiran berkomunikasi, pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorangmotivator dan kaunselor di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak atau pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah, 1999: 108). Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan dengan pelbagai masalah guru dan pelajar di sekolah. Biasanya masalah yang dihadapi oleh pengetua di sekolah ialah bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam usaha mencapai visi sekolah, iaitu untuk menjadi sekolah berkesan.

4. Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru, pelajar, masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Mengikut Lunenburg (1995: 116), proses membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat iaitu:i. Mengenal pasti masalah. ii. Mengenal pasti alternatif. iii. Menilai alternatif. iv. Memilih alternatif yang sesuai. v. Melaksanakan keputusan. vi. Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat. Mengikut Lunenburg (1995) lagi, pengetua perlu melibatkan guru dan pelajar dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah, manakala Hussein Mahmood (1993: 1124) penglibatan para guru dalam membuat keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan pengetua dan pencapaian akademik yang tinggi.

2. Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi

Pengetua yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan emosi. Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan cergas. Pengetua yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan berkesan. Pengetua juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi yang seimbang (EQ Test). Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan pemimpin (pengetua) hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan standard kakitangannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua menangani masalah yang dihadapi secara rasional. Mengikut Keith Davis lagi, pemimpin (pengetua) juga perlu mempunyai kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai konsep kendiri yang boleh diteladani dan disanjung. Kajian yang dijalankan untuk melihat stres dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru di negara ini mendapati bahawa pengetua adalah antara golongan yang mengalami stres pekerjaan berbanding dengan profesion lain. Kecergasan fizikal yang terganggu dan ketidakstabilan emosi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua terhadap tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami stres dan sukar diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Manakala pengetua yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan gaya kepimpinan demokratik.

3. Beriman dan Bermoral Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut keagamaan. Dari perspektif Islam, keunggulan seseorang pemimpin atau pengetua seharusnya melibatkan ketinggian komitmen, moral dan akhlak. Ketinggian moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya sekolah di samping mensepadukan kurikulum dan agama. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada mereka. Selain daripada mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, pengetua juga perlu mempunyai "character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga boleh dijadikan "uswatun hasanah" (model terbaik). Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral dan rasional. Ia perlu mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu menerima pandangan orang lain atau kakitangannya dengan berlapang dada dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu, sebagai pengetua sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan kepada nilai-nilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab. Dengan mempunyai ciri-ciri ini, pengetua akan dapat menangani masalah di sekolah dalam keadaan menang-menang (win-win).

1. Cadangan dan Saranan Untuk Pemilihan dan Lantikan Jawatan Pengetua/Guru Besar Pada Abad Ke 21 IniDi bawah ini adalah cadangan dan saranan untuk memperbaiki pemilihan dan lantikan pengetua/guru besar sekolah dan dicadangkan juga jawatan pengetua dinaikkan taraf sesuai dengan beban tugas dan tanggungjawab pengetua di sekolah pada abad ini.5:1 Semua sekolah menengah Gred A, seharus dinaikkan pangkat daripada Jawatan Pengetua DG2 kepada Jawatan Pengetua DG1 selaras dengan beban tugas yang dijalankan oleh pengetua pada hari ini. Walau bagaimanapun, dalam perlantikan jawatan Pengetua DG1, hendaklah berdasarkan kepada kelulusan (Masters dan Ph.D.), pengalaman, dan ciri-ciri pengetua yang berkesan seperti yang dicadangkan di atas.5:2 Bagi sekolah menengah Gred B, seharusnya disandang oleh pengetua berjawatan DG2. Walau bagaimanapun, bagi menjalankan tugas-tugas sebagai pengetua, seharusnya diberi elaun tanggung kerja di antara RM450 RM650. Ini untuk membezakan gaji dan beban tugas pengetua DG2 dengan guru-guru biasa DG2 (lantikan melalui time base).5:3 Bakal-bakal pengetua/guru besar yang telah menghadiri Kursus National Professional Qualification Headship (NPQH) dari IAB dan dari Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, hendaklah terus dilantik ke jawatan Pengetua/Guru Besar di sekolah menengah Gred B atau rendah Gred A dengan elaun tanggungan kerja, jika ada kekosongan jawatan dan tanpa menunggu kekananan jawatan. Ini disebabkan latihan-latihan yang diberikan kepada mereka ini tidak akan dapat diamalkan di sekolah sebagai pengetua/guru besar jika tidak terus dilantik.5:4 Jawatan Guru Besar Gred A di sekolah rendah seharusnya dipegang oleh guru-guru siswazah yang telah menghadiri kursus NPQH, dengan diberi elaun tanggungan kerja. Jawatan Guru Besar di sekolah rendah Gred B seharusnya dipegang oleh guru-guru DG4 atau DG5.5:5 Pengetua/guru besar yang dilantik dan yang memegang jawatan di sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berumur 35 45 tahun, kerana mereka ini masih bertenaga, berinovatif dan kreatif dalam mengubah dan memajukan sekolah untuk menjadi sekolah berkesan.6. Jawatan Pengetua seharusnya dipegang oleh mereka yang mempunyai keluusan Master atau Ph.D. serta telah menghadiri kursus NPQH di IAB.

KesimpulanDalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke 21 ini, pengetua/guru besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan, mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan, budaya dan simbolik, berkemahiran dalam komunikasi, motivasi, membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Selain itu, ia mesti mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi, beriman dan bermoral. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan ganjaran yang setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin kompleks yang dipikul oleh pengetua pada abad ke 21 ini.

BibliografiAbd. Razak Wahid (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-Masalah Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Artikel yang tidak diterbitkan). Ahmad Tajuddin bin Abd. Hamid (1989). Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan Pengajaran. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Disertasi M.Ed. yang tidak diterbitkan).Alias bin Ngah (2000). Ciri-Ciri Pengetua Yang Unggul Bagi Menangani Masalah-Masalah Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Malaysia. (Artikel yang tidak diterbitkan).Azizah bte. Isa (2000). Apakah Pengetua-Pengetua di Malaysia Menjalankan Tugas Sebagai Pemimpin Pengajaran atau Pemimpin Pentadbir? (Artikel yang tidak diterbitkan).Azmi Zakaria (1996). "Indikator Pemimpin Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan". Jurnal Pendidikan. Genting Highland: Institut Aminuddin Baki.Brookover, W.B. dan Lezotte, L.W. (1979). Changes in School Characteristics Coincident with Changes in Student Achievement. East Lansing: Michigan State University: College of Urban Development.Covey, S. (1990). Principle-Centered Leadership. New York: Fireside, Simon & Schuster.Dwyer, D.C. (1986). Understanding the Principals Contribution to Instruction dalam D.C. Dwyer (ed.), The Principal as Instructional Leader. Peabody Journal of Education, 63 (1), hlm. 3 17.Edmond, R. (1979). Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership, 37 (1), hlm. 15 27.Fadzilah bin Hj. Md. Noor (1990). Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Disertasi M.Ed. yang tidak diterbitkan).Hanafi Kamal (1980). An Identification for the Desirable Behavioral Domains of the Secondary School Principalship in Malaysia. University Ohio. (Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan).Hoy, W.K. dan Miskel, C.G. (1991). Educational Administration, Theory Research and Practice. Singapore: McGraw-Hill.Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Institut Aminuddin Baki (1998). Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan Menurut Model Malaysia. Mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan, 5 Mac 1998. (Tidak diterbitkan).Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Krajewski, R.J. (1977). "Secondary Principals Want to be Instructional Leader". Phi Delta Kappan, hlm. 53 58.Leithwood dan Montgemery. (1982). "The Role of The Elementary School Principal In Program Improvement". Review of Educational Research, 52 (3).Levine, D., dan Lezotte, L. (1990). Unusually Effective Schools. Madison, WI: The National Center for Effective Schools Research and Development.Lunenburg, C.F. (1995). The Principalship. Englewood Cliffs: Prentice Hall.Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, S., dan Ecob, R. (1988). School Matters: The Junior Years. Somerset, Open Books.Peter Mortimore. (1995). "Key Characteristics of Effective School". Kertas dibentangkan pada seminar Sekolah Efektif, Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Rutter, M., Maughan, B., Mortimore, P., Ouston, J., dan Smith, A. (1979). Fifteen Thousand Hours: Secondary School and Their Effects on Children. Cambridge MA: Harvard University Press.Sergiovani, T.J. (1982). "Ten Principles of Quality Leadership". Educational Leadership, 35 (9).Sergiovani, T.J. (1984). "Leadership and Excellent in Schooling". Educational Leadership, 41 (5).Sergiovani, T.J. (1995). "The Principalship: A Reflective Practice Perspective". Boston: Allyn and Bacon.Shahril @ Charil Marzuki (1997). Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tesis kedoktoran tidak diterbitkan).Stoner, J. A. F. (1989). Pengurusan (edisi terjemahan). Kuala Lumpur: AMIZA.Sweeney, J. (1982). "Research Synthesis on Effective School Leadership". Educational Leadership, 39 (5), hlm. 346 352.Zaidatul Akmaliah (1999). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti.

Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

(a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan:(i) Hal perkhidmatan kakitangan(ii) Hal kewangan(iii) Hal bangunan dan pembangunan(iv) Perbekalan(v) Hal perhubungan dengan pihak atasan.

(b) Peranan Profesional:(i) Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum(ii) Perkembangan staf(iii) Pembimbing dan kaunselor.(iv) Perhubungan antara sekolah dengan komuniti.(v) Penyeliaan dan penilaian.(vi) Pemimpin pengajaran(vii) Hal ehwal pelajar.Peranan pengurusan kurikulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan staf, penyeliaan boleh dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran.Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang Peranan Unggul Dan Sebenar Guru Besar Sekolah telah mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang merupakan fungsi pentadbiran-pengurusan dan satu kategori sahaja yang dikenali sebagai fungsi pengajaran. Lima kategori fungsi pentadbiran pengurusan itu ialah yang berkaitan dengan:(a) Staf sekolah.(b) Murid sekolah(c) Kewangan dan kemudahan fizikal(d) Perhubungan sekolah dan masyarakat.Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan utama iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Kesimpulannya peranan Guru Besar meliputi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran bukan pengajaran (non-instructional) dan pelbagai aspek pengajaran (instructional).

6.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN

Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal seorang pemimpin itu.

Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk Kepimpinan Guru Besar Sekolah (1997) dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagai pemimpin pentadbiran iaitu:

(a) Kewangan dan bekalan

Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah

(b) Pembangunan Fizikal

Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.

(c) Penyebaran maklumat

Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai resource providers atau brokers.

(d) Perkembangan kakitangan

Seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama di kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para Guru Besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan menyediakan sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru.

7.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN

7.1. Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran

Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem pembelajaran. Mengikut Bevoise (1984) dan Duke (1987), kepimpinan pengajaran melibatkan empat aspek utama:

(a) Pembangunan staf.

(b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran.

(c) Sokongan pengajaran.

(d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap prestasi guru dan pelajar dengan kerjasama semua staf.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy (1987) adalah merujuk kepada peranan Guru Besar dalam menentukan matlamat sdekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajara di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi iaitu:

(a) Penentuan matlamat sekolah.

(b) Penyebaran matlamat sekolah.

(c) Pencerapan dan penilaian pengajaran.

(d) Penyelarasan kurikulum.

(e) Pengawasan kemajuan pelajar.

(f) Penjagaan waktu pengajaran

(g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran.

(h) Pengukuhan usaha guru

(i) Penggalakan perkembangan profesional.

(j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar.

(k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan peranan-peranan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah:

(a) Profesional pendidikan

Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan pendidikan yang meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan pengurusan sumber fizikal.

(b) Pengurusan operasi

Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan penyelenggaraan sumber fizikal sekolah.

(c) Pengurusan sumber manusia

Merujuk kepada tugas-tugas motivasi kakitangan akademik dan pelajar, perkembangan kakitangan ; resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini meliputi pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di bilik darjah

7.2 Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran.

Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru Besar. Seorang Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya tidak mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang hendak disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan atau dilakukan menerusi tindakan atau tingkahlakunya. Terdapat lima kecekapan fungsian Guru Besar yang disarankan dalam kepimpinan pengajaran iaitu:7.2.1 Menetapkan wawasan sekolah

Seorang Guru Besar perlu mempunyai kebolehan mewawasankan sekolahnya. Wawasan ini akan memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Guru Besar. Kebolehan untuk menetapkan misi dan wawasan sekolah merupakan keperluan yang semestinya ada pada Guru Besar sekolah untuk mencapai matlamat.7.2.2 Kurikulum dan pengajaran.

Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Analis kajian juga menunjukkan kemahiran perlu dalam empat bidang iaitu pengajaran, penilaian, penyeliaan dan perkembangan staf (Keefe (1987) & Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang berkesan dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Seorang Guru Besar dikatakan harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya.

7.2.3 Kemahiran pengurusan.

Kemahiran dalam perancangan meliputi kebolehan untuk membuat ramalan , menganalisis atau mentafsir maklumat, membuat program dan penilaian program. Leithwood dan Montgomery (1968) dalam Hussein (1993) mendapati Guru Besar yang berkesan mahir dalam merancang strategi di sekolah. Selain itu Guru Besar juga perlu mahir mengelola untuk mengelakkan kegagalan pelaksanaan sesuatu program.7.2.4 Hubungan manusia dan komunikasi.

Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain.

7.2.5 Sikap.

Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar yang dilabelkan sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran pelajar. Mereka mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar dan boleh diajar.

Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut dilakukan oleh orang yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk mempastikan pencapaian akademik pelajar iaitu:

(a) Memastikan penggunaan sumber yang berkesan. Guru Besar haruslah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang guru.

(b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran.

(c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru.

(d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh sekolah.

Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru Besar juga haruslah mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat sebarang keputusan. Dwyer, et al (1984) dan Blumberg dan Greenfield (1986) mendapati antara ciri-ciri utama pemimpin pengajaran yang berjaya ialah:

(a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar

(b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan.(c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas.7.3 Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran.

Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar sekolah seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti 1980) dan prestasi akademik yang cemerlang. Ertinya jika Guru Besar memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya maka proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan berlaku. Kajian kajian sekolah berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan Guru Besar yang dikatakan berkesan, iaitu tingkahlaku-tingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah berlakunya proses pengajaraan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi prestasi murid untuk menjadi baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah;

(a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid.

(b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasi murid.

(c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.

(d) Sentiasa menilai pencapaian murid.

(e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.

(f) Memberi sokongan kepada guru.

Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan tugas pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational Leader menekankan terdapat tiga perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh Guru Besar untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu:

(a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran.

(b) Kursus-kursus yang diajar terangkan dengan jelas apa yang akan diajar.

(c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan baik.

Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selepas itu mereka perlu memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal. Kepimpinan pengajaran dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Yang penting Guru Besar mesti memainkan fungsi pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997).