29
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012 1 KOD DAN NAMA KURSUS BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU KUMPULAN : UPSI06 ( A121PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.ADENAN B. AYOB TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2012 PEMARKAHAN 1 TUGASAN ( B ) 2 FORUM JUMLAH NAMA NO. ID NO.TELEFON AMINAH BTE MOHD.AFANDI D 20111049946 012-7519176 TUGASAN B Dalam bidang kajian ilmu semantik, terdapat kepelbagaian jenis makna yang perlu dipelajari oleh mahasiswa bagi mendalami bidang kajian ilmu makna. Kepelbagaian jenis-jenis makna ini dapat menjelaskan kepada mahasiswa bahawa wujudnya kepelbagaian makna yang digunakan dalam mengintepretasi makna sesuatu perkataan, ayat dan sebagainya.Antara jenis-jenis makna tersebut ialah; a) makna konseptual b) makna konotatif c) makna afektif d) makna asosiatif e) makna denotatif Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i.Perjelaskan setiap satu jenis makna tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

1

KOD DAN NAMA KURSUS

BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

KUMPULAN :

UPSI06 ( A121PJJ )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.ADENAN B. AYOB

TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2012

PEMARKAHAN

1

TUGASAN ( B )

2

FORUM

JUMLAH

NAMA NO. ID NO.TELEFON

AMINAH BTE MOHD.AFANDI D 20111049946 012-7519176

TUGASAN B

Dalam bidang kajian ilmu semantik, terdapat kepelbagaian jenis makna yang perlu dipelajari oleh mahasiswa bagi

mendalami bidang kajian ilmu makna. Kepelbagaian jenis-jenis makna ini dapat menjelaskan kepada mahasiswa

bahawa wujudnya kepelbagaian makna yang digunakan dalam mengintepretasi makna sesuatu perkataan, ayat dan

sebagainya.Antara jenis-jenis makna tersebut ialah;

a) makna konseptual

b) makna konotatif

c) makna afektif

d) makna asosiatif

e) makna denotatif

Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut:

i.Perjelaskan setiap satu jenis makna tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

.

Page 2: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

2

PENDAHULUAN

Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos

yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat

dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.

Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga

semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan,

ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur

semantik dalam nahu.

Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini

merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus

Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu

perkataan.

Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti

“tanda” dan “lambang”. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang

menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa

serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan

oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique.

Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya

semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif).

Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna

lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (O’Grady, 200, 224,

Fromin et al 2003.173)

Dapatlh disimpulkan bahawa semantik merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang

membahas tentang makna. Kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada linguistik

yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna

kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,

hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada

Page 3: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

3

hubungan semantik. Sebagai contoh, perkataan dia boleh membawa pelbagai makna , iaitu

seorang lelaki, perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, remaja, orang tua,

pembuat roti dan sebagainya. Hal ini bermakna perkataan dia mempunyai nilai makna yang

berhubung dengan jantina, usia dan taraf sosial. Oleh itu, untuk memudahkan kita melihat makna

tersebut, ia perlu dilihat dalam struktur tatabahasa.

Konsep dan makna dalam semantik dapat dianalisis dalam 3 komponen sepertimana di

bawah ini.

1.Komponen kata ialah aspek-aspek dalam bentuk bunyi atau tulisan.

2. Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia

3.. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat.

Terdapat dua pendapat mengaitkan hubungan kata dengan rujukan iaitu:

i. Kata yang diertikan

ii. Kata yang dimengertikan.

Hubungan Makna

1. Sinonim - Sinonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki makna yang sama atau hampir sama.

Contoh:

Komponen kata

Komponen Makna

Komponen Rujukan

Page 4: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

4

Rujuk graf di atas

2. Antonim

3.Homonim

4.Homograf

5.Homofon

6.Polisem

Menurut Djajasudarma (1993: 5), makna adalah perkaitan yang ada di antara unsur-unsur bahasa itu

sendiri (terutama kata-kata), sedangkan menurut Palmer (1976: 30), makna hanya menyangkut unsur

intrabahasa. Sementara, Lyons (1977: 204) menyebutkan bahawa mengkaji atau memberikan makna

suatu kata adalah memahami kajian kata tersebut yang berkenaan dengan hubungan-hubungan makna

yang membuat kata tersebut berbeda dari kata-kata lain. Dalam hal ini, menyangkut makna leksikal

dari kata-kata itu sendiri yang cenderung terdapat di dalam kamus, sebagai leksem (dalam

Djajasudarma,1993).

. Hubungan antara kata dengan konsep adalah bersifat langsung dan demikian juga konsep

dengan rujukan. Namun, hubungan antara kata dengan rujukan adalah tidak langsung.

Sinonim

Sama makna

sudah - telah

sebab - kerana

mewah - kaya

hampir sama makna

untuk -beri - buat

cinta - kasih - sayang

.Antonim

•besar x kecil

•tanya x jawab

Homonim ( ejaan sama tapi makna berbeza )

•bisa - racun / boleh

•kopi - minuman / salinan

Homograf

•tahu - makanan /faham

Homofon

•masa - massa

Polisem - Kata banyak makna

•. alamat - tempat tinggal

• alamat - randa

Page 5: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

5

Hubungan antara kata dan makna dengan rujukan adalah bersifat obitrasi (sewenang-

wenangnya) iaitu tidak mutlak. Dalam bidang semantik juga, terdapat beberapa makna yang

perlu diketahui oleh pengguna bahasa. Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang mendokong

makna tertentu dan terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa makna lain. Selain itu

terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga makna sampingan. Oleh itu,

dengan mempelajari jenis makna, pengguna bahasa akan didedahkan dengan makna-makna

tersebut dan dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks

penggunaannya.Jenis-jenis makna adalah sepertimana di bawah ini:

Jenis-Jenis Makna

1 Makna konseptual

Melihat pada makna konseptual, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu

konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan sesuatu makna yang paling

penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentaksif makna, memahami

ujaran, ataupun membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini

bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya maka sebarang

analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal yang demikian

Jenis-Jenis

Makna

Konseptual

Afektif

Asosiatif Denotatif

Konotatif

Page 6: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

6

pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakupi komponen seperti benda,

tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya ( Abdul Chaer, 1990). Menurut ( Leech, 1974),

pula di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu asas kerana pokok atau konsep

itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula

menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu menghubungkan kata dan benda melalui

perantaraan konsep pemikiran.Contohnya:

Berdasarkan dua perkataan di atas,ia membawa makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan

laki-laki (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974), mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu, prinsip

konstrastif dan prinsip struktur konstituen. Contohnya, konotasi antara‘wanita’ dan ‘betina’ adalah

berbeza. Contohnya ‘wanita’ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita

dewasa, wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan ‘betina’, ia menjadi kurang sesuai untuk

diucapkan.Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui

pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan

linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap

ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod

makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir

dengan bunyi.

Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan

interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan

representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik.Representasi bermaksud

betina •jalang

•kurang berakhlak

wanita

•solehah

•lemah lembut

•baik

•berbudi pekerti

Page 7: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

7

sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan,

gambaran, atau pernyataan. (KamusDewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada

manusia untuk mentakrif,memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin

berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering

bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya.

2. Makna Konotatif

Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik

Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin

tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan betina dan wanita mempunyai makna denotatif

yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan betina

mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.

Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Begitu juga dengan perkataan jahat dan nakal

dimana perkataan ‘jahat’ lebih luas maknanya dan ia biasa ditujukan kepada manusia dewasa

manakala ‘nakal’ untuk perangai kanak-kanak yang bukan bersikap kekal dan ia akan berubah

mengikut kedewasaannya.

Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu.

Contohnya perkataan alamat iaitu sesuatu yang dianggap sebagai menandakan bahawa sesuatu

kejadian yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu

memberinya sesuatu .Maksud lain bagi perkataan’ alamat ‘iaitu. butir keterangan (seperti nombor

rumah, nama jalan, nama bandar, dan sebagainya ) yang menunjukkan tempat tinggal seseorang:

pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dengan terang dan lengkap pada sampul surat;

MaknaKonotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada

bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual danmuzik. Contohnya,

barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan.

Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal.Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut

budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba

ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan

pendapat.Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan.Penggunaan

kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh

masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan

makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti

minuman kopi dan kuih-muihyang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara

waktu minum pagi dantengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam).

(Kamus Dewan,2004).

Page 8: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

8

Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang

Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Contoh lain seperti di bawah ini:

Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan!

Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak!

Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering

Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan…

Wanita korporat / Wanita pisau cukur

3. Makna Denotatif

Denotatif bersamaan makna referensial @ makna selapis kerana boleh dilihat secara nyata.

Disebut juga sebagai makna sebenar. Contohnya: lelaki, wanita, perempuan.

Makna kata secara wajar, secara apa adanya, atau disebut juga makna leksikal, iaitu

makna seperti yang terdapat dalam kamus. Dengan kata lain, makna denotasi itu adalah

makna yang lebih dekat dengan bendanya. Kata gigi, misalnya, bermakna 'tulang keras dan

kecil-kecil berwarna putih yang tumbuh tersusun berakar di dalam gusi dan kegunaannya

untuk mengunyah atau menggigit'. Makna kata seperti itu adalah makna denotasi atau

makna sebenarnya. Agar lebih jelas, hal itu dapat dilihat pada ayat berikut:

Kata berbuah, putih, makan hati, dan berbasikal pada ayat di atas mengandung makna

denotatif, makna sebenamya, atau makna lugas.Makna konotatif ialah makna lain yang

ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang

menggunakan kata itu.

Pokok mangga yang ditanamnya sudah mula

berbuah.

Warna kulitnya sangat putih

Doktor menyarankan agar dia banyak makan hati ayam .

Sukan berbasikal amat popular di negara kita.

Page 9: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

9

Bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas disini diberikan perbezaan antara makna

denotative dan konotatif merujuk rajah di bawah.

Bil Denotatif Konotatif

1 babi = binatang menyusui yang bermuncung

panjang, berkulit tebal, dan berbulu

kasar, serta diharamkan bagi orang

Islam

babi = jijik dan kotor, rasa marah dan

menyampah.

2 perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan

anak dan menyusui

Perempuan = unsur negatif

4. Makna Asosiatif

Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata

lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,makna refleksi dan

makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan

dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif

merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan

tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur

perasaan,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam

bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama

dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai persamaan

dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut.

Contohnya, perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’atau membawa erti

seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu jugadengan kata ‘mawar’

yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum

dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Hal ini bermakna sesuatu yang

berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik,afektif, reflektif dan kolokatif.

Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah

berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Maknaafektif pula lebih terasa dalam

komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaanatau emosi pembicara terhadap

lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dandisampaikan dengan penuh semangat,

nada dan intonansi.Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat

bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna

asosiatif turutmemainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja

Page 10: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

10

maknareferensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang

penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-

makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi

5. Makna Afektif

Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus

Linguistik, 1997). Makna afektif (Inggris: affective meaning, Belanda: afektif betekenis).

Merupakan makna yng muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan

kata atau ayat. Oleh kerana makna afektif berhubungan dengan reaksi pendengar atau

pembaca dalam dimensi rasa, maka dengan sendirinya makna afektif berhubungan pula

dengan gaya bahasa.

Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada,

intonasi, dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang

diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang penutur, termasuk sikap penutur

terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan

baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. Kata jujur, ikhlas,

baik hati, bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif, sedangkan rasuah,jahanam

menimbulkan makna afektif yang negatif ( Kushartanti et.al., 2005). Makna afektif biasanya

disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. Contohnya,

Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi, kita pasti dapat mengenalpasti dengan

tepat perasaan penutur ketika itu. Maka faktor intonasi, tinggi rendah suara juga merupakan

elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah

fikiran yang boleh menunjukkan samada kita ‘suka’ atau ‘tidak suka’ kita pada seseorang.

Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. Makna

afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et.al., 2005).

Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sungguh aku melihat muka kau!.

Page 11: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

11

Contohnya,

1.’Teh nikmat berkhasiat’.

Nikmat dan khasiat mempunyai rasa yang positif, kerana kata nikmat dan khasiat

menimulkan rasa sosiasi dan perasaan positif.

Dalam makna afektif terlihat adanya reaksi yang berhubungan dengan perasaan pendengar

atau pembaca setelah mendengar atau membaca sesuatu. Kalau seseorang berkata “anjing,”

dengan intonasi tinggi yang bermaksud sedang marah maka orang yang mendengarnya akan

merasa tersinggung. Dengan kata lain, kata anjing memiliki makna yang berkaitan dengan

nilai rasa yaitu kata anjing berhubungan dengan penghinaan.

Sebaliknya kalau ada orang berkata, “Lincah sungguh gadis itu menari di atas pentas,”

pendengar akan mengatakan “Hebat sekali budak itu” kata rajin dan pandai mempunyai

makna afektif yang berhubungan dengan kata sifat yang positif. Makna afektif biasanya akan

menimbulkan suatu rasa dalam fikiran para pendengar atau pembaca. Misalnya seseorang

yang sedang membaca sebuah berita di akhbar tentang pembunuhan seorang kanak-kanak

yang tidak berdosa dengan kejam.Contoh ayatnya “ Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun

telah diperkosa dan dibakar lalu mayatnya dihumban ke dalam sungai.”Timbul rasa kasihan

kepada para pembaca setelah membaca berita tersebut.Pastinya tergambar pelbagai persoalan

di dalam fikiran para pembaca berkaitan dengan rasa kasihan terhadap mangsa dan marah

yang meluap-luap kepada kekejaman penjenayah terbabit.

6. KESIMPULAN

Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang . Semantik juga boleh dibahagikan kepada

beberapa jenis. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut

pandangan.Jenis-jenis makna terdiri daripada makna denotative,assosiatif,afektif,konotatif

dan konseptual. Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga

komponen. Kata (sama dalam bentuk bunyi atau tulisan) konsep atau makna (bentuk abstrak

yang tercipta dalam fikiran) dan rujukan.(benda konkrit yang dirujuk),

Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung

dalam makna. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan, tindakan, proses atau

Page 12: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

12

benda. Dalam penggunaan bahasa, matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu

maksud atau makna yang ingin disampaikan oleh penutur. Bidang semantik dapat memberi

kefahaman kepada kita bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa

mengujarkan atau memperlihatkan tingkahlaku dan komunikasi yang mempunyai pelbagai

makna yang tersurat dan tersirat.

JUMLAH PERKATAAN 2416

Page 13: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

13

RUJUKAN

1. Siti Hajar Abdul Aziz( 2009 ) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Selangor:

Oxford fajar Sdn. Bhd.

2. Abdullah Yusof, (2009) . Semantik dan Pragmatik bahasa Melayu Guru Kuala

Lumpur: Icon Regian Sdn. Bhd.

3. Kamus Dewan Edisi Empat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Abdullah Hassan (2005). Linguistik am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran bahasa

Melayu. Pahang: PTS Profesionall Publishing Sdn. Bhd.

5. Siti Hajar Abdul Aziz (2008) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Selangor:

Oxford Fajar Sd. Bhd.

6. Modul BML 3083. UPSI. Perak.

7. http://endonesa.wordpress.com/bahasan-bahasa/makna/

8. http://www.ialf.edu/bipa/april2010/MaknaDenotatifdanKonotatif.pdf

Page 14: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

14

Self post(s)

|< << >> >| Page 1/4

Author Message

Topic : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :1 Views : 12

General Forum : Forum 5 Posted On : 06 Nov 2012 12:59:47 PM Subject : Re : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

Salam buat cikgu Zainal.

Tidak dinafikan peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata. Selain itu kamus juga berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna perkataan. Bidang leksikografi bukan sahaja menghasilkan kerja-kerja perkamusan , tetapi juga merupakan suatu bidang yang memerlukan pemahaman tentang bidang ilmu lain seperti semantik, sintaksis, fonologi dan morfologi. Ini adalah kerana bidang-bidang tersebut terlibat dalam proses penghasilan kamus.

Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-Inggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris.. Jelaslah bahawa fungsi bidang leksikografi sungguh luas dan dapat memberi penjelasan dan pengertian yang berguna tentang makna perkataan kepada pengguna.

Topic : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :5 Views : 23

General Forum : Forum 2 Posted On : 04 Nov 2012 11:59:52 AM Subject : Re : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.

Salam sejahtera cikgu Noraizah.Sedikit perkongsian daripada saya.Ketaksaan atau ambiguiti berpunca daripada ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi menerima sesuatu ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka, namun mungkin ayat itu memberi makna yang lain daripada maksud yang sebenarnya. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.

Menurut Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Dalam bahasa Melayu Tinggi, ayat yang taksa perlulah dielakkan supaya tidak mengelirukan pembaca kerana ayat ini tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca seperti contoh ayat, “Buku cerita baru.Para pembaca akan mentafsirkan kepada dua maksud yang berlainan

Page 15: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

15

iaitu:

Buku cerita itu baru diterbitkan.

Buku itu memuatkan cerita baru

Topic : Forum 3

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :3 Views : 18

General Forum : Forum 3 Posted On : 04 Nov 2012 11:48:20 AM Subject : Re : Forum 3

Salam 1 Malaysia.Saya turut bersependapat dengan cikgu.Di sini saya juga ingin membat sedikit penambahan idea.Sebenarnya, pihak guru boleh memainkan peranan penting dalam menpertingkatkan penggunakan peribahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai bahan yang menggabungkan perkataan dan lukisan yang menggambarkan maksud sesuatu peribahasa. Dengan mengguna gambar murid-murid lebih berminat dan mudah memahami maksud peribahasa tanpa perlu menghafal ayat yang panjang. Selain itu, guru perlu menggunakan peribahasa yang biasa diucapkan dalam perbualan seharian sepanjang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi suatu kelaziman dalam kehidupan murid-murid. Guru juga perlu mewajibkan setiap murid menggunakan sekurang-kurang satu peribahasa dalam setiap penulisan atau karangan yang dihasilkan oleh murid sebagai usaha agar murid berminat dan dapat mempertingkatkan penggunaan peribahasa dalam pembelajaran di sekolah dan digunakan kehidupan mereka.

Galakkan murid-murid menggunakan peribahasa dalam perbualan seharian.Melalui program KSSR Didik Hibur,guru boleh menyelitkan nyanyian yang mengandungi unsure-unsur peribahasa kepada murid-murid kecil ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Topic : Forum 3 : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dala

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :3 Views : 17

General Forum : Forum 3 Posted On : 04 Nov 2012 11:32:40 AM Subject : Re : Forum 3 : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda

Salam cikgu Zauyah

Sedikit penambahan daripada saya.Guru boleh menggunakan kemahiran bercerita untuk mengaitkan dengan peribahasa yang sesuai. Contohnya, murid dikehendaki bercerita mengenai satu kisah yang sukar dilupakan. Guru boleh meminta murid untuk bercerita secara ringkas mengenai kisah yang dikehendaki. Guru akan memfokuskan pada unsur-unsur peribahasa yang ada atau hampir-hampir dan guru akan mencatat ayat tersebut. Guru akan meminta murid membaca ayat yang ditulis bagi mengesan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut. Guru perlu menayangkan contoh-contoh peribahasa melalui skrin dan lakukan soaljawab. Pengajaran secara berkumpulan juga perlu diterapkan untuk menilai pemahaman murid. Para guru boleh memberikan soalan -soalan berkaitan peribahasa untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan. Apabila kesemua ahli bersetuju dengan jawapan yang sesuai, mereka bersedia mengemukakan jawapan mereka. Selain itu, teknik pengajaran yang boleh dijalankan untuk meningkatkan penguasaan di sekolah adalah dengan teknik kuiz, latih tubi dan permainan. Teknik pengajaran berbentuk parallel juga adalah penting untuk meningkatkan mutu penggunaan peribahasa di peringkat sekolah rendah. Sebagai contoh. murid-murid diberikan ayat

Page 16: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

16

contoh yang menggunakan peribahasa. Kemudian, murid-murid perlu membina ayat menggunakan peribahasa yang sama. Selain itu, guru juga boleh memaparkan contoh karangan menggunakan peribahasa dan murid-murid harus menulis karangan bermula dengan satu perenggan, dua dan seterusnya.

Topic : Forum 4 : Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :2 Views : 14

General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:55:32 AM Subject : Re : Forum 4 : Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual.

Selamat sejahtera cikgu Ah Moy.

Sedikit penambahan.Menurut dalam buku linguistik umum,

Chaer mengungkapkan lagi bahawa makna kontekstual adalah

makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam konteks.

Makna konteks juga dapat berkenaan dengan situasinya yakni

tempat, waktu, lingkungan, penggunaan leksem tersebut

(1994:290).Maka dapatlah kita katakan di sini bahawa sesuatu

perkataan tersebut akan membawa maksud yang berlainan

bergantung pada ayat yang disebut seperti dalam penggolongan

kata banyak makna.

Makna ini muncul sebagai akibat antara ujaran dan konteks.

Banyak faktor yang mempengaruhi konteks ini seperti konteks

pembicara, kebahasaan, waktu, tujuan, situasi atau suasana hati

si pembicara/pendengar, objek pembicaraan dan lain-lain.

Makna kontekstual ini berkaitan erat dengan hubungan

kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang

lain dalam satu susunan misalnya dalam ayat.

|< << >> >| Page 1/4

Self post(s)

|< << >> >| Page 4/4

Author Message

Topic : Dengan menggunakan contoh-contoh,berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :1 Views : 8

General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 10:54:23 PM Subject : Dengan menggunakan contoh-contoh,berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna

Salam sejahtera.

Ketaksaan makna boleh didefinasikan sebagai sesuatu kekeliruan,kekaburan atau perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan wacana samada melalui bacaan ataupun ujaran.Seterusnya kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat atau perkataan itu mengalami ketaksaan.Jadi, ini menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh penutur menjadi sukar difahami. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatimdan Mohd Ra’in Shaari (2009 ), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai

Page 17: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

17

struktur makna berdasarkan teori semantik. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan oleh penutur. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Darwis Harahap (1994), menyatakan taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya.

Ini berlaku kerana sifat binaan bagi perkara-perkara yang dinyatakan itu dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada lagu bahasa atau intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan .

Terdapat empat jenis ketaksaan makna yang diberikan menurut Ruth (1991 ) iaitu :

1. Kekaburan rujukan - contoh angin dan bayu. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam

ayat berbeza.

2. Ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris.

3. Kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja.

4. Pertentangan pada makna item. - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. -

Ketaksaan makna disebabkan oleh hubungan makna dengan alam.Lantaran alam kita tidak terbahagi kepada batas-batas yang jelas. Banyak kekaburan yang terdapat pada batas-batas antara suatu konsep dengan konsep yang lain.

Selain itu, kekaburan makna disebabkan oleh ketaksaan leksibel iaitu hormonim dan akibat polisemi. Ketaksaan leksibel hanya melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat. Hal ini berlaku apabila sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam sesebuah ayat. Contohnya perkataan kumbang dalam ayat di bawah ini:

Contoh 1 ;

Kumbang-kumbang itu berterbangan mencari bunga.

Pendengar ayat ini akan membayangkan antara dua maksud penutur samada kumbang yang mewakili serangga atau kumbang yang membawa maksud jejaka.

Contoh 2 :

1.Saya makan biskut marie di ruang tamu.

2.Saya makan biskut,Marie di ruang tamu.

Ayat 1 dan 2 di atas membawa maksud yang berbeza. Ayat ini menyatakan bahawa saya makan biskut Marie di ruang tamu. Biskut marie ialah nama sejenis biskut yang mempunyai pelbagai rasa dan

Page 18: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

18

sangat digemari. Sebaliknya, Jika dalam ucapan berlaku hentian selepas perkataan biskut, kemudian disambungkan ujaran dengan ayat Marie di ruang tamu, maka ayat ini menghasilkan dua ayat yang berbeza ceritanya. Cerita pertama mengisahkan saya makan biskut marie dan ayat yang kedua pula menyatakan Marie berada di ruang tamu.

Kesimpulannya, ayat-ayat yang boleh menimbulkan kekeliruan, pernyataan makna yang tidak jelas dan menimbulkan pelbagai tanggapan kepada pembaca menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut mempunyai ketaksaan makna. Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran. Kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat mahupun perkataan itu mengalami ketaksaan menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan penulis atau penutur menjadi pelahan dan sulit.

Topic : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam mempert

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :3 Views : 22

General Forum : Forum 3 Posted On : 23 Oct 2012 11:13:14 PM Subject : Re : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam me

Salam buat cikgu Susiah.

Benar seperti pendapat dan pandangan cikgu itu.Pelbagai kaedah boleh digunakan antaranya kaedah hafalan,latih tubi,penggunaan bahan ICT ,lakaran gambar dan penggunaan bahan maujud.Idea sudah cukup menarik.Tapi kita jangan lupa guru sebagai role model perlu tunjukkan contoh terbaik.Guru adalah bahan bantu mengajar terbaik kepada murid-murid.Maksud saya kita sebagai guru harus kerap menggunakan istilah peribahasa dalam berkomunikasi bersama murid.Secara tidak langsung murid lebih mudah mengingat makna sesuatu peribahasa kerana pengulangan yang kerap dilakukan oleh guru mereka.Selain itu mereka juga tidak akan rasa kekok untuk menggunakannya sebagai perbualan sesame arakan sebaya.Itulah yang berlaku di zaman lampau dimana peribahasa ini telah menjadi bahasa basahan kepada masyarakat pada waktu itu.Guru boleh mewujudkan kembali kegemilangan itu dengan penggunaan yang kerap bersama anak-anak didik mereka.

Topic : Forum 3:Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :5

General Forum : Forum 3 Posted On : 23 Oct 2012 11:04:38 PM Subject : Re : Forum 3:Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda d

Page 19: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

19

Views : 34 Salam sejahtera buat cikgu Norhayati.

Pendapat saudari sememangnya benar.Dewasa ini peribahasa kian dilupakan sedangkan peribahasa adalah salah satu elemen penting dalam kemahiran berbahasa.Murid-generasi masa kini menganggap pelajaran peribahasa ini membosankan dan sukar dihafal.Selain itu mereka mengangap peribahasa adalah milik generasi lampau Selain itu mereka menganggap peribahasa terlalu panjang dan mempunyai banyak makna.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1965 ) peribahasa membawa maksud segala susuanan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan-sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.

Benar sepertimana pendapat saudari.Memandangkan kepada scenario semasa sebagai seorang pendidik adalah berperanan penti ng dalam memastikan khazanah lama ini tidan berkubur. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan pelbagai sumber kombinasi audio, grafik, animasi, , dan video secara interaktif bagi merangsang tumpuan dan minat murid.Gunakan pelbagai kemudahan ini seoptimum mungkin. Wujudkan pelbagai bentuk pertandingan sama ada dalam atau luar bagi menarik minat di kalangan generasi masa kini.Janganlah jadikan peribahasa kita lapok dek hujan,lekang dek panas.

Topic : Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat menghurai

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :4 Views : 24

General Forum : Forum 1 Posted On : 23 Oct 2012 10:27:56 PM Subject : Re : Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat meng

Salam 1 Malaysia buat cikgu Noraizah.

Sebagai kesimpulannya, bidang semantik lebih kepada

pengkajian makna manakala pragmatik lebih menyentuh bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai .Sebagaimana

menurut kamus dewan edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan

dalam mencari makna yang sebenar. Semantik hanya dapat menjelaskan makna secara luaran sahaja

berbanding pragmatik di mana melalui bidang pragmatik penafsir dapat membuat telahan atau andaian yang tepat apabila berlaku satu interaksi sosial

Oleh itu bidang semantik adalah mengkaji atau menghuraikan tentang makna manakala prgmatik pula

Page 20: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

20

memperjelaskan maksud makna dengan lebih lengkap

kepada kita.

Topic : Forum 1: semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpadu.berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat me

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :1 Views : 11

General Forum : Forum 1 Posted On : 23 Oct 2012 09:59:07 PM Subject : Forum 1: semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpadu.berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat me

Dalam bidang linguastik, semantik adalah bidang yang

mengkaji makna atau erti bahasa (Nik Safiah Karim, 2001).

Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang

mengcakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa

dan juga masaalah dalam kajianpsaikologi, falsafah dan

Antrapologi. Dengan kata lain semantik ialah kajian tentang

makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat

dalam bahasa manusia (Lyo Menurut Abdullah Hassan (1992:

1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna.

Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula semantik

ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna

kata. ns, 1997). Eliss (1996) pula mentarifkan semantik sebagai

penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu.

Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan

bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis

seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Hashim, 2006:

79 ). Rujukan ialah proses memperoleh dan memberikan

pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam

persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dan alam fizikal.

Perbedaan antara pragmatik dengan semantik iaitu

Semantik mempelajari makna, iaitu makna kata sedangkan

pragmatik mempelajari maksud ayat, iaitu untuk apa ujaran itu

dilakukan. Ia menitikberatkan kajian tentang makna dan

penggunaan bahasa secara praktikal .

- Kalau semantik bertanya “Apa makna X?

-- maka pragmatik bertanya “Apa yang anda maksudkan

dengan X?”

Makna di dalam semantik ditentukan oleh konteks, sedangkan

makna di dalam pragmatik ditentukan oleh konteks, iaitu siapa

yang bercakap, kepada siapa, di mana, bilamana, bagaimana,

dan apa fungsi ujaran itu. Berkaitan dengan perbezaan .

Kaswanti Purwo (1990: 16) merumuskan secara singkat

“semantik bersifat bebas konteks (context independent),

sedangkan pragmatik bersifat terikat konteks (context

dependent)”

|< << >> >| Page 4/4

Page 21: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

21

Self post(s)

|< << >> >| Page 3/4

Author Message

Topic : Berdasarkan contoh-contoh,jelaskan pemahaan anda tentang makna kontekstual.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :1 Views : 20

General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 12:20:04 AM Subject :

Berdasarkan contoh-contoh,jelaskan pemahaan anda tentang makna

kontekstual.

Sarwiji (2008:71) memaparkan bahawa makna kontekstual

(contextual meaning; situational meaning) muncul sebagai akibat

hubungan antara ujaran dan situasi pada waktu ujaran dipakai.

Beliau juga berpendapat bahawa makna kontekstual adalah makna

kata yang sesuai dengan konteksnya (2008:72). Dalam buku linguistik

umum, Chaer mengungkapkan bahawa makna kontekstual adalah

makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam konteks.

Makna konteks juga dapat berkenaan dengan situasinya yakni

tempat, waktu, lingkungan, penggunaan leksem tersebut

(1994:290).Maka dapatlah kita katakan di sini bahawa sesuatu

perkataan tersebut akan membawa maksud yang berlainan

bergantung pada ayat yang disebut. Sebagai contohnya saya

mengambil perkataan, ‘hati’ dalam ayat-ayat di bawah:

a.Pak Abu meninggal kerana sakit barah hati. ( salah satu organ

dalam badan ) )

b. Hati ibu terhiris bagai terkena sembilu. ( Perasaan)

c. Hati-hati sewaktu memandu. ( Ingatan atau amaran supaya

berwaspada ).

d. Ibu membelikan kek berbentuk hati sempena hari jadi nenek. (

bentuk atau rupa )

Makna ini muncul sebagai akibat antara ujaran dan konteks. Banyak

faktor yang mempengaruhi konteks ini seperti konteks pembicara,

kebahasaan, waktu, tujuan, situasi atau suasana hati si

pembicara/pendengar, objek pembicaraan dan lain-lain. Makna

kontekstual ini berkaitan erat dengan kolokasi iaitu hubungan

kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain

dalam satu susunan misalnya dalam ayat.

Topic : Forum 5

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :4 Views : 17

General Forum : Forum 5 Posted On : 04 Nov 2012 12:04:48 AM Subject :

Re : Forum 5

Salam buat cikgu Tusinah.

Page 22: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

22

Satu hujahan dan pandangan idea yang baik tentang topic

perbincangan.Hanya sedikit penambahan ayat daripada saya. Sistem

ejaan merupakan salah satu maklumat penting yang memberitahu

pengguna tentang bagaimana sesuatu kata dalam sesuatu bahasa itu

ditulis dalam bahasa tersebut.Kamus bukan sahaja bahan rujukan

yang semata-mata untuk merujuk sebutan, semantik dan struktur

bahasa yang betul, tetapi juga sebagai bahan rujukan ejaan yang

betul. Kamus dapat menjadi pedoman kepada para pelajar untuk

memastikan ejaan yang baku. Terdapat pelbagai aspek ejaan,

antaranya ialah berkaitan dengan keselarasan vokal dan

kekecualiannya, aspek ejaan kata-kata ambilan, dan ejaan kata

terbitan.

Menurut tokoh bahasa dan pakar perkamusan Melayu, Prof Datuk Dr

Asmah Omar , kemunculan kamus Melayu-Inggeris dan Melayu-

Belanda boleh dikaitkan dengan perkembangan pemerintahan dan

pendidikan yang menggunakan bahasa penjajah. Satu lagi kegiatan

mempengaruhi perkembangan leksikografi Melayu ialah kegiatan

Mubaligh Kristian seperti P. Fabre yang menghasilkan kamus

Melayu-Perancis pada 1875 dan B.P Keasberry (Kamus Melayu

Inggeris ) pada abad ke 19..

Kesimpulannya,bidang leksikografi amat perlu dalam menguruskan

perniagaan, hubungan sosial dengan penduduk setempat, penjajahan

dan sesuai dengan pembangunan arus pemodenan dunia global.

Kemunculan kamus juga penting bukan hanya kamus dwibahasa

melibatkan bahasa inggeris, malah bahasa-bahasa lain sejajar

dengan matlamat negara menuju era negara maju di pentas

antarabangsa.Sehubungan itu usaha penyelidikan leksikografi wajar

dipertingkatkan kerana ia mampu menjadikan ilmu perkamusan

sebagai sesuatu yang menarik untuk diterokai.Ia juga amat

berperanan dalam meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan

seseorang.

Topic : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan.Berikan ulasan anda sejauh manakah

bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :3 Views : 19

General Forum : Forum 5 Posted On : 03 Nov 2012 11:41:32 PM Subject :

Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan.Berikan

ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam

menjelaskan makna perkataan.

Kamus didefinisikan sebagai buku yang mengandungi senarai kata

dalam suatu bahasa yang dilengkapi dengan makna dan maklumat

ringkas tentang tatabahasa bahasa tersebut (Salinah, 2000: 809),

dan disusun mengikut abjad (KD, 2007: 667). Manakala bidang

perkamusan pula adalah perihal (yg berkaitan dengan) kamus

(penyusunannya, ilmu mengenainya, dll.) (KD,2007: 667). Salinah

(2000:810) mengkategorikan bidang perkamusan kepada bidang

1-leksikografi – iaitu tugas penghasilan kamus

2- leksikologi – iaitu bidang pengajian tentang perkamusan.

Bidang perkamusan Melayu, khususnya leksikografi, sebenarnya

Page 23: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

23

telah bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Kamus bahasa

Melayu yang tertua dicatatkan merupakan sebuah senarai 482 istilah

Melayu-Cina yang telah dikumpulkan sekitar tahun 1403 AD hingga

1511 AD(Blagden) dalam (Asmah, 1975: 337; Salinah, 2000:

810).Walaupun bidang perkamusan Melayu bukan sesuatu yang

baharu, namun tidak bermakna ia telah mantap. Dalam tugas

perkamusan yang pernah dilakukan, terdapat kepelbagaian dalam ciri

dan kaedah yang digunakan bagi menulis kamus. Ia antara lain

merangkumi identifikasi metabahasa (Nor Azizah, 2000). Metabahasa

dalam perkamusan, menurut Nor Azizah, melibatkan

(1) bahasa yang digunakan untuk memerikan kesemua butir leksikal

bahasa objek yang dipilih sebagai entri (masukan) kamus,

(2) Cara bahasa ini (di atas)mempersembahkan maklumat linguistik

dan luar linguistik bahasa objek,

(3) Konvensi leksikografi yang digunakan untuk mempersembahkan

maklumat ini.

Amnya, persoalan metabahasa dalam kamus lebih merujuk kepada

penggunaan dan gaya bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam

menyampaikan maksud/ makna/ definisi sesuatu istilah masukan

dalam kamus.Kaedah dan bahasa yang digunakan perlu sesuai

kerana melalui keterangan yang disertakan kepada masukan akan

memberi kefahaman kepada pengguna kamus.

Perkembangan kamus selari dengan perkembangan sesuatu bahasa,

dan usaha mengumpulkan istilah bahasa itu mungkin tidak pernah

tamat. Yang nyata, ‘perkataan lengkap dalam kerja perkamusan

memang sesuatu yang tidak mudah dicapai kerana sifat kedinamikan

bahasa itu sendiri’ (Noresah, 1994) dalam (KD, 2007:xxv). Usaha

perkamusan tidak lagi sekadar mengumpul dan menyusun istilah dan

makna, bahkan termasuk tugas memperbaiki dan memantapkan

masukan-masukan kata pada edisi sebelumnya, membuat

penyelarasan dan pembaikan sistem penyusunan serta pembaikan

tatabahasa; terutamanya aspek morfologi.Kesemua penambahbaikan

ini lebih cenderung kepada mengungkapkan secara ilmiah setiap

istilah dan sifatnya supaya dapat dijadikan sumber rujukan yang

lengkap tentang istilah Melayu.

Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa,

dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus

yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan.

Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa,

contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-

Inggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurang-

kurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris.

Pada peringkat awal, usaha-usaha dalam bidang ini bermula dalam

bentuk senarai kata. Pada peringkat ini, proses pengumpulan kata

akan dilakukan dengan tujuan untuk memelihara suatu bahasa

daripada terhapus. Seterusnya, pengumpul-pengumpul kata ini akan

memberikan makna kepada kata-kata yang disenaraikan dengan

Page 24: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

24

tujuan mempelajari makna kata-kata yang terdapat dalam sesuatu

bahasa, khasnya dalam memahami sesuatu konsep untuk tujuan

keagamaan. Selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan,

leksikografi telah mencapai suatu tahap yang tinggi, sehingga

terhasilnya pelbagai bentuk kamus yang meliputi berbagai-bagai

bidang.

Peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat

difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai

buku rujukan yang menerangkan makna kata.. Selain itu kamus juga

berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan

ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus

seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna

seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan

kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna

perkataan Di Malaysia, bidang leksikografi telah mencapai kejayaan

yang besar bukan sahaja dari segi banyaknya kamus yang

diterbitkan, tetapi juga dari segi cara penyusunannya atas dasar

ilmiah yang pada keseluruhannya sesuai dengan aliran utama

leksikografi antarabangsa.

Topic : Forum 2:Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan

makna.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :2 Views : 21

General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 11:16:19 PM Subject :

Re : Forum 2:Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda

tentang bidang ketaksaan makna.

.Assalammualaikum.

Sememangnya ketaksaan berlaku apabila adanya unsur-unsur

kekaburan dan makna yang tidak jelas di dalam sesuatu ayat. Ini

bermakna akan berlaku kekeliruan kepada pembaca dalam memberi

tafsiran terhadap ayat-ayat tersebut.Seperti yang telah saudari

jelaskan, ketaksaan makna boleh berlaku pada perkataan, frasa atau

pun ayat. Suatu ayat mungkin ditafsirkan kepada beberapa maksud

tertentu bergantung kepada lagu bahasa atau intonasi ayat yang

diucapkan.

Ini menunjukkan bahawa tanda baca dan intonasi memainkan

peranaan yang penting dalam sesuatu penulisan dan pembacaan

sesuatu ayat kerana ia penentu kepada maksud ayat tersebut. Malah

ia dapat mengelakkan daripada timbulnya salah tafsir (ketaksaan

atau ambiguity).Kesimpulannya,dalam proses membina ayat, aspek

makna dalam ayat perlu diambil kira dan tidak harus diabaikan.Hal ini

perlu kerana walaupun ayat tersebut menepati hukum tatabahasa

dan nahunya, namun kelogikan ayat perlu dititikberatkan. Oleh itu

penutur perlu menguasai aspek intonasi ketika menuturkan sesuatu

ayat atau perkataan untuk mengelak berlakunya ketaksaan. Bukan

setakat penutur, pendengar juga memainkan peranan yang penting

agar apa yang hendak disampaikan dapat difahami dengan jelas.

Topic : Forum 2 : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan

makna.

d049946 General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 11:07:56 PM Subject :

Page 25: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

25

AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :2 Views : 16

Re : Forum 2 : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan

anda tentang bidang ketaksaan makna.

Assalamualaikum,

Setelah meneliti pandangan saudari Marsita tentang ketaksaan

makna adalah difahami bahawa ketaksaan berlaku apabila adanya

unsur-unsur kekaburan dan makna yang tidak jelas di dalam sesuatu

ayat. Ini bermakna akan berlaku kekeliruan kepada pembaca dalam

memberi tafsiran terhadap ayat-ayat tersebut.Seperti yang telah

saudari jelaskan, ketaksaan makna boleh berlaku pada perkataan,

frasa atau pun ayat. Suatu ayat mungkin ditafsirkan kepada beberapa

maksud tertentu bergantung kepada lagu bahasa atau intonasi ayat

yang diucapkan.

Berbalik kepada contoh ayat yang saudara nyatakan dalam 1a iaitu:-

Orang mati hidup balik ( orang yang mati itu telah hidup semula )

2. Orang mati, hidup balik( orang mati ditanam, orang yang hidup

balik ke rumah)

Mengikut pemahaman saya, ayat di atas boleh ditafsirkan kepada

dua maksud yang berbeza sekiranya dibaca tanpa tekanan dan

intonasi dalam ayat tersebut. Maksud pertama, orang yang telah mati

tetapi telah hidup semula. Maksud kedua, orang telah mati setelah

dikebumukan, orang yang hidup pulang ke rumah masing-masing.

.

|< << >> >| Page 3/4

Self post(s)

|< << >> >| Page 2/4

Author Message

Topic : Forum 4

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :2 Views : 17

General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:45:29 AM Subject :

Re : Forum 4

Salam buat cikgu Tusinah

Saya ingin berkongsi sedikit idea dengan saudari berkenaan

topik yang dibincangkan. Makna kontekstual muncul sebagai

akibat hubungan antara ujaran dengan situasi. Makna

kontekstual disebut juga makna struktural kerana proses dan

satuan gramatikal itu selalu berkenaan dengan struktur

ketatabahasaan. Kontektual berhubungan dengan penggunaan

makna yang relevan, mempunyai hubungan atau kaitan

langsung dalam sesuatu konteks tersebutKontekstual itu

sendiri berasal dari kata konteks yang makna leksikalnya

Page 26: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

26

adalah bahagian kata. Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu

kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu

sendiri.

Topic : Forum 4: Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :1 Views : 11

General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:28:30 AM Subject :

Re : Forum 4: Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda

tentang makna kontekstual

Salam sejahtera

Penjelasan saudari memang tepat.Makna kontekstual juga

muncul sebagai akibat hubungan antara ujaran dan situasi.

Makna kontekstual disebut juga makna struktural kerana

proses dan satuan gramatikal itu selalu berkenaan dengan

struktur ketatabahasaan. Kontekstual itu sendiri berasal dari

kata konteks yang makna leksikalnya adalah bahagian suatu

uraian atau kalimat yang dapat mendokong atau menambah

kejelasan makna suatu kata. Kesimpulannya berdasarkan

kepada apa yang saudari perkatakan itu dapatlah saya fahami

bahawa makna kontekstual ini akan terhasil dari konteks

penggunaannya. Ini bermakna sesuatu perkataan sama yang

digunakan dalam ayat yang berlainan atau mengikut konteks

akan membawa maksud yang berbeza.

Contohnya :

otak – sejenis organ dalam tubuh manusia

- Otak berfungsi untuk berfikir dan membuat pertimbangan.

otak-otak - sejenis makanan kegemaran ramai

- Saya suka makan otao-otak.

Topic : Apakah hubungan semantik dan pragmatik dalam penghuraian makna.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :1 Views : 5

General Forum : Apakah hubungan semantik dan pragmatik dalam

penghuraian makna? Posted On : 04 Nov 2012 10:11:01 AM Subject :

Apakah hubungan semantik dan pragmatik dalam penghuraian makna.

Salam 1 Malaysia

Semantik adalah berasal daripada bahasa Yunani „sema‟ yang

bererti tanda atau lambang. Semantik ialah cabang ilmu

linguistik yang mengkaji makna samada makna leksikal

maupun makna gramatikal. Makna leksikal adalah makna unit

semantik yang paling kecil , sedangkan makna gramatikal

adalah makna yang berbentuk dari penggabungan dari satu-

satu bahasa.Bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur

makna. Kata makna memberi erti ‘maksud’ atau erti dan

bermacam-macam erti lagi. Selain itu, semantik boleh juga

didefinisikan sebagai peraturan-peraturan yang menentukan

makna perkataan dan kombinasi perkatan. Oeh itu terdapat

peraturan-peraturan semantik yang menentukan jenis

Page 27: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

27

perkataan yang boleh dikombinasikan secara bermakna dalam

sesuatu ayat. Pengetahuan peraturan-peraturan semantik

tersebut memerlukan pengetahuan mengenai objek / orang,

hubungan antaranya dan hubungan antara peristiwa. Sebagai

rumusan peraturan-peraturan semantik akan menentukan

perkataan-perkataan yang boleh dipilih dalam sesuatu ayat

supaya ia menggambarkan maksud yang sebenarnya

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.

Pragmatik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang

menentukan bagaimana bahasa diguna dalam konteks sosial,

iaitu semasa interaksi atau perbualan. Ia melibatkan

pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Kajian

pragmatik lebih luas cakupannya jika dibandingkan dengan

semantik. Pragmatik dapat menghuraikan makna berdasarkan

konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak

yang memerlukan huraian yang lebih terperinci. Pragmatik

adalah cabang ilmu bahasa yang mempelajari struktur bahasa

secara eksternal, iaitu bagaimana satu-satu bahasa itu

digunakan dalam komunikasi (Parker, 1986: 11). Makna yang

dikaji dalam semantik adalah makna yang bebas konteks

sedangkan makna yang dikaji dalam pragmatik adalah makna

yang terikat konteks (context dependent).

Topic : Forum 5: Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh

manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :3 Views : 34

General Forum : Forum 5 Posted On : 04 Nov 2012 09:42:04 AM Subject :

Re : Forum 5: Bidang leksikografi merupakan kajian tentang

perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi

berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

Salam buat cikgu Norhayati

Sedikit penambahan untuk renungan bersama.Terdapat beberapa

kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka

bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu

bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah

kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus

Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-Inggeris) dan

kamus aneka bahasa mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahasa

seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris.

Pada peringkat awal, usaha-usaha dalam bidang ini bermula dalam

bentuk senarai kata. Pada peringkat ini, proses pengumpulan kata

akan dilakukan dengan tujuan untuk memelihara suatu bahasa

daripada terhapus. Seterusnya, pengumpul-pengumpul kata ini akan

memberikan makna kepada kata-kata yang disenaraikan dengan

tujuan mempelajari makna kata-kata yang terdapat dalam sesuatu

bahasa, khasnya dalam memahami sesuatu konsep untuk tujuan

keagamaan. Selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan,

leksikografi telah mencapai suatu tahap yang tinggi, sehingga

terhasilnya pelbagai bentuk kamus yang meliputi berbagai-bagai

Page 28: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

28

bidang.

Peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat

difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai

buku rujukan yang menerangkan makna kata.. Selain itu kamus juga

berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan

ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus

seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna

seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan

kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna

perkataan.

Topic : Forum 5

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI

Replies :3 Views : 21

General Forum : Forum 5 Posted On : 04 Nov 2012 09:34:29 AM Subject :

Re : Forum 5

Salam 1 Malaysia

Hujahan cikgu Zarina memang benar.Sedikit penambahan daripada

saya.Perkembangan canggih teknologi masa kini telah membantu

bidang leksikografi dalam pengumpulan data yang tiada

penghujungnya.

Perkembangan kamus selari dengan perkembangan sesuatu bahasa,

dan usaha mengumpulkan istilah bahasa itu mungkin tidak pernah

tamat. Yang nyata, ‘perkataan lengkap dalam kerja perkamusan

memang sesuatu yang tidak mudah dicapai kerana sifat kedinamikan

bahasa itu sendiri’ (Noresah, 1994) dalam (KD, 2007:xxv). Usaha

perkamusan tidak lagi sekadar mengumpul dan menyusun istilah dan

makna, bahkan termasuk tugas memperbaiki dan memantapkan

masukan-masukan kata pada edisi sebelumnya, membuat

penyelarasan dan pembaikan sistem penyusunan serta pembaikan

tatabahasa; terutamanya aspek morfologi.Kesemua penambahbaikan

ini lebih cenderung kepada mengungkapkan secara ilmiah setiap

istilah dan sifatnya supaya dapat dijadikan sumber rujukan yang

lengkap tentang istilah Melayu. Terdapat beberapa kategori kamus

iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus

ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja

seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang

menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford

Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-Inggeris) dan kamus aneka bahasa

mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahasa seperti Kamus

Melayu -Cina-Inggeris. Di Malaysia, bidang leksikografi telah

mencapai kejayaan yang besar bukan sahaja dari segi banyaknya

kamus yang diterbitkan, tetapi juga dari segi cara penyusunannya

atas dasar ilmiah yang pada keseluruhannya sesuai dengan aliran

utama leksikografi antarabangsa.

|< << >> >| Page 2/4

Page 29: Tugasan (b) Bml 3083 Dr Adenan

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012

29