26
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEYAKINAN DIRI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN UTM. SESI PENGAJIAN: 2009 / 2010 Saya, KITHA A/P MUNIANDY (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Dr. Hee Jee Mei 737 D, Jln Kuala Benut, Sg.Karangan, Nama Penyelia 09410, Padang Serai, Kedah, Darulaman Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF PELAJAR DANHUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEYAKINAN DIRIDALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN UTM.

SESI PENGAJIAN: 2009 / 2010

Saya, KITHA A/P MUNIANDY(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat -syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

__________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Dr. Hee Jee Mei737 D, Jln Kuala Benut, Sg.Karangan, Nama Penyelia09410, Padang Serai,Kedah, Darulaman

Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya krya ini

adalah memadai darisegi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penyelia : Dr. Hee Jee Mei

Tarikh :

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

i

KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF PELAJAR DAN

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEYAKINAN

DIRI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4, FAKULTI PENDIDIKAN,

UTM

KITHA A/P MUNIANDY

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2010

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nulikan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : Kitha A/P Muniandy

Tarikh :

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

iii

“ Especially to my beloved parents Mr. Muniandy and Mrs.

Kaliammal, My brothers Mr. Loganathan, Mr. Murugesan

Pillay, Mr. Nantha, relatives and all my friends.

The undivided care and support that you given are very

precious to me…”

…THANK YOU….

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

iv

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada tuhan dengan segala limpah dan kurniaNYA,

penyelidikan ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada

penyelia saya Dr.Hee Jee Mei yang sering memberi bimbingan dan nasihat

sepanjang proses menyempurnakan penyelidikan ini. Kerjasama yang telah

diberikan oleh beliau adalah amat dihargai.

Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Ibu bapa yang

disanjungi dan adik beradik yang memberi sokongan dan dorongan sepanjang

tempoh pengajian di UTM. Saya sentiasa berterima kasih atas semangat dan

bantuan yang diberikan oleh mereka.

Rakaman terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan saya yang

telah memberi bantuan dalam menyiapkan penyelidikan ini. Penghargaan juga

diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu saya untuk menjayakan penyelidikan ini. Segala bantuan dan

jasa yang telah diberikan akan sentiasa dikenangi.

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kecenderungan pembelajaran

koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan

diri. Responden kajian ini terdiri daripada 118 orang pelajar yang mengikuti

kursus Sains ( SPF,SPC, SPN) dan bukan Sains (SPL,SPI) di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam

kajian ini adalah soal selidik. Data diproses dan dianalisis menggunakan

perisian SPSS versi 15.0 (Statistical Package for Social Science). Statistik yang

digunakan untuk menganalisis data ialah deskriptif iaitu min dan peratusan,

serta statistik inferensi iaitu korelasi dan ujian-t. Secara keseluruhannya, pelajar-

pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap pembelajaran koperatif

dan juga mereka mempunyai keyakinan yang tinggi. Dapatan kajian

menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pencapaian

akademik dengan kecenderungan pembelajaran koperatif; tetapi terdapat

hubungan yang signifikan diantara keyakinan diri dengan kecenderungan

pembelajaran koperatif. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dan juga antara pelajar

aliran Sains dan bukan Sains dalam kecenderungan pembelajaran koperatif.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

vi

ABSTRACT

This study aimed to investigate students’ tendency towards cooperative

learning and its relationship with academic achievement and self-confidence.

The respondents of the study were 118 students who are taking Science (SPF,

SPC, and SPN) and Arts (SPL, SPI) courses in Faculty of Education, University

Technology of Malaysia. The Instrument of this study was a set of

questionnaire. Data was processed and analyzed by using SPSS software

version 15.0 (Statistical Package for Social Science). The data was presented in

descriptive statistics that were mean and percentage, and also the inferential

statistic that were correlation and t-test. The result of the study shows overall,

students shows high tendency towards on cooperative learning and also they

have high self-confidence. The findings of the study show that there was no

significant correlation between students achievement and students’ tendency

towards cooperative learning but there was significant correlation between self-

confident and students’ tendency in cooperative learning. The findings also

show that there was no difference between male and female students and also

science and art students in their tendency towards cooperative learning.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang kajian 3

1.2.1 Kaedah pemebelajaran koperatif 4

1.2.2 Prinsip pembelajaran koperatif 7

1.2.3 Ciri-ciri pembelajaran koperatif 8

1.3 Penyataan masalah 10

1.4 Objektif kajian 11

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

viii

1.5 Persoalan kajian 11

1.6 Hipotesis kajian 12

1.7 Kepentingan kajian 13

1.8 Skop & limitasi kajian 14

1.9 Definisi istilah 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kajian terhadap pelaksanaan pembelajaran koperatif 18

2.3 Kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif 20

2.4 Keberkesanan pembelajaran koperatif 21

2.4.1 Kesan Pembelajaran koperatif ke atas pencapaian pelajar 24

2.4.2 Kesan pembelajaran koperatif ke atas keyakinan

diri pelajar 26

2.4.3 Kesan pembelajaran koperatif secara umum 28

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk kajian 32

3.3 Tempat kajian 32

3.4 Populasi dan sampel kajian 33

3.5 Instrumen kajian 34

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 35

3.5.2 Bahagian B: Persoalan kajian 35

3.6 Prosedur kajian 37

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

ix

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Kajian Sebenar 39

3.9 Kaedah analisis data 39

4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Data Bahagian A 42

4.2.1 Jantina Responden jantina 42

4.2.2 Bangsa Responden 42

4.2.3 Kursus Responden 43

4.2.4 CGPA Responden 45

4.3 Analisis Data Bahagian B 45

4.3.1 Tahap kecenderungan pembelajaran koperatif 46

4.3.2 Keyakinan diri pelajar 50

4.3.3 Hubungan kecenderungan diantara pembelajaran

koperatif pelajar dengan pencapaian akademik 53

4.3.4 Hubungan diantara kecenderungan pembelajaran

koperatif pelajar dengan keyakinan diri 54

4.3.5 Perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan

dalam kecenderungan pembelajaran koperatif 56

4.3.6 Perbezaan antara pelajar aliran Sains dengan pelajar

Bukan Sains dalam kecenderungan pembelajaran

Koperatif 57

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

x

5 CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 59

5.2 Rumusan 59

5.3 Cadangan kajian pengkaji 61

5.4 Cadangan kajian lanjutan 62

5.5 Kesimpulan 63

RUJUKAN 64

LAMPIRAN 69

Lampiran A 70

Lampiran B 74

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Taburan saiz populasi 34

Jadual 3.2 Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah 36

Jadual 3.3 Skala Likert 40

Jadual 3.4 Analisis Skor Min 40

Jadual 3.5 Penentuan tahap peratusan 40

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 44

Jadual 4.4 Taburan responden mengikut CGPA 45

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Peratus,

kekerapan dan min bagi kecenderungan

pelajar terhadap pembelajaran koperatif 49

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus,

kekerapan dan min bagi keyakinan diri pelajar 52

Jadual 4.7 Korelasi diantara kecenderungan pelajar terhadap

pembelajaran koperatif dengan pencapaian akademik 53

Jadual 4.8 Korelasi diantara kecenderungan pelajar

terhadap pembelajaran koperatif dengan keyakinan diri 55

Jadual 4.9 Perbezaan antara pelajar lelaki dan

perempuan dalam kecenderungan pembelajaran koperatif 56

Jadual 4.10 Perbezaan antara pelajar aliran Sains dan

Bukan Sains dalam kecenderungan pembelajaran koperatif 58

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

xii

SENARAI SINGKATAN

CGPA Cumulative Grad Point Average

PMR Peperiksaan Menengah Rendah

SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik

SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Kimia

SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains

SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Islam

SPL Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan TESL

SPSS Statistical Package for Social Science

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STAD Student Team Achievement Division

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

TAI Team Assisted Individualization

TGT Team Games Tournament

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UPM Universiti Putra Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 70

B Surat Pengesahan soal selidik 74

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pada zaman yang berteknologi moden ini, kerajaan kita berusaha untuk

memperkembangkan sistem pendidikan di negara kita. Dengan ini proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dijalankan dengan lebih

sistemetik dan teratur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan

harmoni. Kini, pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk membentuk pelajar-

pelajar yang cemerlang darisegi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.

Di samping itu, bagi melaksanakan pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif

pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai kaedah pembelajaran. Menurut Khalid

(1993) dinyatakan dalam Shahzalina (2002), “pembelajaran berkesan bermakna satu usaha

yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan

kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum”.

Sebagai pengajar yang sentiasa mengambil berat terhadap pelajar dalam

pembelajaran mereka seharusnya melaksanakan proses pembelajaran dengan pelbagai

gaya pengajaran bagi menarik perhatian dan minat pelajar. Guru perlu berhadapan dengan

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

pelajar yang berbeza darisegi kebolehan, dengan ini guru perlu memilih kaedah dan teknik

pembelajaran yang berlainan mengikut kebolehan dan kemampuan pelajar.

Sehubungan itu, guru perlu memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas dan mereka perlu mengaplikasikan kaedah yang berkesan kepada pelajar

mengikut tahap pencapaian pelajar. Proses pengajaran yang berpusatkan guru sahaja

sepatutnya perlu dielakkan supaya ia kurang efektif kepada pelajar. Dalam kajian Linda

Tiong (2004) beliau berpendapat bahawa berpusatkan guru sahaja membosankan pelajar.

Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan di sekolah untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan memberi manfaat adalah melalui

pembelajaran koperatif. Menurut Kagan (1998), pembelajaran koperatif dikenali sejenis

proses yang melibatkan interaksi kumpulan antara satu sama lain dalam kalangan pelajar

semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang

tertentu.

Pembelajaran koperatif merupakan kaedah pembelajaran yang terbaik kepada

pelajar yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Dengan menggunakan kaedah

ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik. Ia membantu pelajar

untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang darisegi akademik, sosial dan

psikologikal Sim (2002). Selain itu, seorang pelajar bukan sahaja mendapat pencapaian

yang tinggi dalam akademik, mereka juga mendapat peluang untuk meningkatkan

pengetahuan, kemahiran berfikir yang tinggi, interpersonal dan kemahiran

berkomunikasi, dan keyakinan diri ( Johnson, Johnson, & Smith, 1998).

1.2 Latar belakang kajian

Pembelajaran koperatif merujuk kepada salah satu kaedah pembelajaran yang

melibatkan murid yang pelbagai kebolehan untuk bekerjasama dan saling berinteraksi

dalam kumpulan yang kecil bagi mencapai matlamat yang sama

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

Melalui pembelajaran koperatif setiap pelajar bertanggungjawab dalam kumpulan

bukan sahaja untuk mempelajari apa yang telah disampaikan dalam pengajaran malah

dengan ini mereka membantu ahli kumpulan untuk meningkatkan pencapaian. Pelajar

bekerjasama dalam kumpulan bagi memastikan mereka berjaya dalam memahami dan

menyelesaikan sesuatu dalam kumpulan

Menurut Sim ( 2002), teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif sangat sesuai

dilaksanakan sebab ia menggalakkan perasaan positif dalam kalangan pelajar dengan

saling menghargai, menyokong dan menghormati diantara pelajar. Beliau juga

berpendapat melalui pembelajaran koperatif pelajar-pelajar telah menunjukkan

peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, sosial dan psikologikal

mereka.

Pembelajaran Koperatif merupakan kaedah yang terbaik dan sesuai untuk menarik

minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Burton (1987)

dinyatakan dalam Shahzalina (2002) pelajar–pelajar tidak begitu cenderung terhadap

pembelajaran secara traditional yang berpusatkan guru sahaja kerana jika berbanding

tahap pemahaman mereka lebih tinggi melalui pembelajaran koperatif. Menurut (Hamm

& Adams,1994) kebanyakkan guru lebih menggunakan kaedah “Chalk and Talk ” dalam

pengajaran dan mereka akan menjadi sumber maklumat yang utama kepada pelajar.

Proses pembelajaran ini mudah membosankan pelajar dan mereka kurang

berminat dalam pembelajaran Omardin (1999) dinyatakan dalam Zabidah ( 2002 ).

Pembelajaran berkumpulan ini membantu pelajar untuk mendapat pencapaian

yang cemerlang dalam ujian. Dapatan kajian Suhaida (2002) menunjukkan prestasi

pelajar pembelajaran koperatif lebih tinggi dan juga signifikan jika berbanding dengan

kumpulan traditional.

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

Kaedah pembelajaran koperatif ini memberi manfaat kepada pelajar dan mereka

juga menunjukkan minat dalam pembelajaran koperatif. Justeru itu, pengkaji akan

meninjau sejauh manakah kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif dan

hubungannya dalam pencapaian akademik dan keyakinan diri.

1.2.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif

Terdapat enam kaedah pembelajaran koperatif yang dinyatakan oleh beberapa tokoh-

tokoh pendidikan. Antaranya ialah:

i) Penyiasatan berkelompok ( Group Investigation )

Menurut Sharan & Sharan, 1990 penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang

membolehkan pelajar merancang melakukan satu kursus pembelajaran.Dengan ini,

pelajar ditugaskan utk mengkaji atau menyiasat topik diberi dengan terperinci dalam

kumpulan kecil yang melibatkan para pelajar bekerja secara koperatif sehingga proses

persembahan terakhir.Ini membantu pelajar untuk menguasai dan mahir dalam topik

kajian yang diberi

ii) TAI ( Team Assisted Individualization)

TAI dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program

yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar.

Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai

keupayaan yang berbeza-beza

iii) STAD ( Student Team Achievement Division )

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

STAD merupakan kaedah yang mudah dan praktikal dan ia berasal dari Hopkins.Dalam

kaedah STAD guru mengajar dan menguji pemahaman individu degan memberi ujian

individu. Setiap markah individu digabungkan mengikut kumpulan dan kumpulan yang

mendapat markah yang tinggi daripada ujian yang lepas sentiasa diberi sijil atau

penghargaan kejayaan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan

peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat

markah yang maksimum

iv) Belajar bersama ( Learning Together )

Belajar bersama bermaksud ahli kumpulan dalam kumpulan yang kecil yang pelbagai

bekerja secara koperatif untuk mencapai matlamat pembelajaran.Pelajar bekerja keras

dengan ahli kumpulan mereka untuk menyiapkan tugasan akademik dengan membuat

perancangan yang teratur (Johnson & Johnson , 1991).

v) Jigsaw

Jigsaw merupakan satu kaedah koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan tahap

yang mereka pelajari. Dalam kaedah Jigsaw ini setiap pelajar dalam satu kumpulan

menguasai dalam topik-topik yang tertentu dan mereka bertanggungjawab berbincang

apa yang mereka pelajari dengan ahli kumpulan mereka

vi) TGT ( Team- Games Tournament )

TGT telah diperkenalkan oleh Robert Slavin. Ia disampaikan dalam dua konsep iaitu

pengajaran dan pertandingan.Guru melaksanakan proses pengajaran dalam bentuk

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

penyampaian, demonstrasi, dan pertujukan visual.Kemudian pelajar berbincang bahan

ynag disampaikan oleh guru.Dalam bentuk pertandingan pula pelajar-pelajar bermain

dalam kumpulan. Permainan disisipkan bersama-sama dalam kelompok dan menjelaskan

masalah tetapi ketika permainan berlangsung maka peserta bekerja secara individual

1.2.2 Prinsip Pembelajaran Koperatif

Terdapat lima prinsip dalam pembelajaran koperatif iaitu:

i) Saling kebergantungan positif

Saling pergantungan positif ialah bekerjasama diantara ahli kumpulan untuk mencapai

sesuatu matlamat. Dalam keadaan sebegini pelajar-pelajar berusaha untuk kumpulan

mereka berjaya.pelajar-pelajar juga bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang

merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, dan pujian guru. Saling

bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi dimana setiap ahli

pertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu bergantung pada peranan setiap ahli

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

untuk berjaya. Semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran diri

sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan sekumpulan

ii) Kebertanggungjawaban individu

Setiap ahli dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada

tugasan kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing.Ahli-ahli dalam kumpulan

akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah dan masig-masing

dikehendaki untuk menduduki ujian individu dan markah itu yang menentukan kejayaan

kumpulan.

iii) Penglibatan saksama

Dalam pembelajaran koperatif semua pelajar mesti melibatkan diri dan mereka akan

menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran.

iv) Interaksi bersemuka

Pelajar-pelajar saling berkongsi pendapat dan pengetahuan, menyelesaikan masalah serta

berbincang dalam kumpulan antara satu sama lain untuk meningkatkan pemahaman

mereka dalam pembelajaran

vi) kemahiran sosial

Kemahiran-kemahiran yang terlibat dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut

giliran, memberi galakan, mendengar, dan memberikan pertolongan. Agar pembelajaran

koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-

kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina

kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

1.2.3 Ciri-ciri pembelajaran koperatif

Menurut Johnson & Johnson (1994) Pembelajaran koperatif berkesan apabila

mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i) Matlamat kumpulan

Matlamat kumpulan ialah pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menguasai sesuatu

topik yang diberikan dan mencapai matlamat yang ditetapkan

ii) Ganjaran kumpulan

Pelajar digalakkan dengan memberi ganjaran seperti hadiah apabila mereka berjaya tanpa

persaingan dengan kumpulan yang lain.Ini menjadikan pelajaran lebih bermotivasi dan

mereka gemar melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan

iii) Tanggungjawab individu

Pelajar-pelajar bertanggungjawab dan bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai

kejayaan kumpulan dan ia akan mendorong pelajar bertanggungjawab terhadap tugasan

yang diberikan.

iv) Peluang yang sama untuk berjaya

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-

masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka

tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

1.3 Penyataan Masalah

Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang sangat berkesan

kepada pelajar. Menurut Zuraihan (2008), pembelajaran koperatif membantu pelajar

untuk meningkatkan pemahaman, keyakinan diri dan pencapaian akademik mereka.

Dengan ini pengkaji ingin mengenalpasti adakah pembelajaran koperatif mempengaruhi

pencapaian akademik dan keyakinan diri pelajar. Pengkaji juga meninjau minat dan

komitmen pelajar dalam pembelajaran koperatif.

Banyak kajian tentang pembelajaran koperatif telah dijalankan di dalam dan di

luar Negara. Kebanyakkan kajian tersebut mengenai keberkesanan (Koh, Choi, Lai &

Khaw, Seah , 2008 ), dan pelaksanaan ( Sharan , 1990 ) terhadap pembelajaran koperatif

sahaja. Walaubagaimanapun, kajian terhadap kecenderungan pembelajaran koperatif

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri masih tidak

lagi dikaji.

Selain daripada itu, pengkaji melaksanakan kajian di UTM kerana tiada kajian

yang telah meninjau kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif. Kajian-

kajian lepas yang telah dijalankan di UTM adalah mengenai pelaksanaan (Zabidah Binti

Yakob, 2002), keberkesanan, (Linda Tiong, 2004) amalan (Shahzalina Binti Ghazali,

2002) dan persepsi pelajar ( Suhairi, 1999) terhadap pembelajaran koperatif. Maka kajian

ini untuk meninjau kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif perlu dikaji

supaya mungkin dapatan kajian ini sebagai panduan bagi kajian yang akan datang dalam

bidang yang sama.

Justeru itu, pengkaji ingin mengkaji kecenderungan pelajar terhadap

pembelajaran koperatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan

diri dalam kalangan pelajar aliran Sains dan bukan Sains.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk meninjau:

i. Tahap kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif

ii. Hubungan kecenderungan pembelajaran koperatif pelajar dengan pencapaian

akademik mereka;

iii. Hubungan kecenderungan pembelajaran koperatif pelajar dengan keyakinan diri

(self-esteem) mereka;

Page 26: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) - fp.utm.my · i kecenderunganpembelajaran koperatif pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar tahun 4,

iv. Perbezaan diantara pelajar lelaki dan perempuan dalam kecenderungan

pembelajaran koperatif;

v. Perbezaan diantara pelajar aliran Sains dan bukan Sains dalam kecenderungan

pembelajaran koperatif

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kecenderungan pelajar terhadap

pembelajaran koperatif dan hubungannya dengan pencapaian akademik dan keyakinan

diri. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan

yang berikut:

i. Sejauhmanakah tahap kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran koperatif?

ii. Adakah terdapat hubungan diantara kecenderungan pembelajaran koperatif

pelajar dengan pencapaian akademik mereka ?

iii. Adakah terdapat hubungan diantara kecenderungan pembelajaran koperatif

pelajar dengan keyakinan diri (self-esteem) ?

iv. Adakah terdapat perbezaan diantara perbezaan pelajar lelaki dan perempuan

dalam kecenderungan pembelajaran koperatif ?

v. Adakah terdapat perbezaan diantara pelajar aliran Sains dan bukan Sains dalam

kecenderungan pembelajaran koperatif ?