32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    1/29

    KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK THINK-PAIR-SHARETERHADAP

    MARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BAHASA MELAYU

    PELAJAR TINGKATAN 4

    Munsyi Norliza binti Abu BakarJabatan Pengajian Melayu

    IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif think-pair-share

    terhadap markat pencapaian karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian

    dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttestdesign terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah

    Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan dalam

    bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim dan

    ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di peringkat

    memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada pada tahap cemerlang .

    Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian

    pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu

    menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar

    memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam

    ujian pra .

    BAB 1: PENGENALAN

    Latar Belakang Kajian

    Globalisasi telah mengubah senario pendidikan kini. Pendidikan di Malaysia telah

    mengalami reformasi untuk mencapai Wawasan 2020 agar dapat melahirkan generasi baru

    yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, warga pendidik

    perlulah peka dengan perubahan dalam sistem pendekatan serta sentiasa bersifat dinamik

    dalam menongkah arus perubahan ini. Warga pendidik yang merupakan pencorak generasi

    baru Malaysia harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran agar produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan dapat memenuhi

    tuntutan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini.

    1

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    2/29

    Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimum

    dan optimum agar pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan

    berkesan malah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajar-

    pelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan daripada penyampai ilmu pengetahuan

    kepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar meneguhkan strategi

    pembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan hala tuju

    pemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG 2002)

    Oleh itu, transformasi bukan sahaja dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuan

    iaitu guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berupaya menjana

    pemahaman dan pengetahuan mereka secara maksimum dengan mengeksploitasi pelbagai

    sumber ilmu pengetahuan yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat tersebut,

    pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang

    dirangka. Suasana pembelajaran yang kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif

    dalam pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian aktiviti seperti penyelesaian masalah,

    pembelajaran secara pengalaman, dan pengaplikasian teknologi secara inovatif.

    Pernyataan Masalah

    Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar

    dalam berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalam

    pengajaran bahasa, strategi pengajaran yang disarankan ialah pengajaran dan

    pembelajaran berpusatkan pelajar(PPK 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru

    antara yang disarankan dalam sukatan pelajaran sekolah bestari ialah pembelajaran secara

    koperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua sekolah di Malaysia akan dijadikan

    sekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran tradisional masih meluas dalam

    kalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih kurang kemahiran

    dan kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah 2000).

    Oleh itu, pengkaji berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategipengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan

    pelajar.

    2

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    3/29

    Kerangka Konseptual Kajian

    PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(One- group Pretest-Posttest Design )

    Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap MarkatPencapaian Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4

    Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen one group pretest- posttest design

    (Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara intact dan

    diberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian mereka.

    Rawatan akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

    think-pair-share. Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar

    dalam penulisan karangan berpandu.

    Objektif Kajian:

    1 Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu

    Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

    2 Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu

    Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

    3 Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam

    penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran

    koperatif model Think-Pair-Share

    Soalan Kajian

    1 Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpandu

    Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-

    Share

    3

    Kumpulan

    RawatanUJIAN PRA

    (Pencapaian)

    Rawatan(4 minggu)

    Pembelajaran

    Koperatif

    (Think- Pair-

    Share)

    UJIAN

    PASCA

    (Pencapaian)

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    4/29

    2 Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian pascapenulisan karangan berpandu

    Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-

    Share

    3 Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca

    dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu dengan menggunakan strategi

    pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

    Hipotesis Kajian

    Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar

    antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu

    Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-

    Pair-Share

    Kepentingan Kajian

    Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri,

    Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah dalam merangka program bagi meningkatkan

    prestasi kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar-pelajar serta mengatur

    program dalam meningkatkan strategi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru.

    Selain itu, kepentingan kajian ini kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysiaadalah untuk merangka kursus yang lebih rinci berkaitan pelbagai teknik dalam strategi

    pengajaran kooperatif.

    Batasan Kajian

    Kajian kuasi-eksperimen ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah

    Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor. Responden dipilih seramai 30 orang yang diajar

    menggunakan kaedah pembelajaran koperatif think- pair- share selama 4 minggu. Penilaian

    adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam aspek bahasa dan isi dengan menggunakan

    strategi pembelajaran tersebut.

    Definisi Operasional

    Pencapaian

    Dalam kajian ini pencapaian dinilai berdasarkan markat yang dicapai melalui penulisan

    karangan yang diberi. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan penskoran yang ditetapkan

    oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005). Dalam kajian ini pencapaian bermaksud

    4

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    5/29

    markat yang dicapai dalam penulisan karangan berdasarkan penskoran yang ditetapkan

    oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

    Pembelajaran Koperatif

    Slavin (1990) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai pelajar bekerjasama untuk

    belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran rakan kumpulan serta diri mereka sendiri.

    Tiga konsep utama ialah ganjaran kumpulan, akauntabiliti individu, dan peluang kejayaan

    yang saksama.

    Menurut Kagan and Kagans (1994) pembelajaran koperatif ditunjangi oleh empat

    prinsip iaitu simultaneous interaction, equal participation, positive independence and

    individual accountability. Neil Davidson (1990), Johnson et. Al (1994), dalam Slavin (1991)

    mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai menyiapkan satu tugasan secarakumpulan melalui perbincangan dan seterusnya mencapai resolusi, berinteraksi secara

    bersemuka dalam kumpulan kecil dalam suasana bekerjasama dan bantu-membantu

    melalui akauntabiliti individu. Menurut Kagan (1994), think-pair-share dibangunkan oleh

    Prof Frank Lyman dan rakan-rakan dari University of Maryland Howard County Southern

    Teacher Education Center berasaskan pendekatan struktural Kagan. Pendekatan ini

    berasaskan kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran.

    Lyman (1981,1989) menjelaskan bahawa think-pair-share is a multimode

    cooperative learning strategies that incorporates wait time, pair learning and signaling. Its

    also a vehicle for numerous other structured or scripted, response possibilities in the share

    mode such as vote, show and choral speak as well as for cognitive and social variations

    within the think and pair modes.

    Dalam melaksanakan think-pair-share terdapat 3 langkah iaitu:

    Langkah 1- Think (Write) Berfikir dan MenulisSetiap pelajar berfikir secara sendirian dan mencatatkan isi daripada bahan bacaan atau

    rangsangan mengikut masa yang diperuntukkan. Semasa perkongsian ada dalam kalanganrakan yang tidak bersependapat tetapi ini adalah wajar dan dibenarkan. Proses berfikir

    boleh berbentuk terarah atau berpandu, Kagan (1992).

    Langkah 2 Pair(Berpasangan)

    Kumpulan membincangkan idea secara berpasangan. Langkah ini adalah peluang untuk

    latihan kemahiran kolaboratif terhadap memberi dan menerima pujian.

    Langkah 3 Share ( Berkongsi )

    Pasangan berkongsi idea dengan kumpulan berempat (square) atau seluruh kelas.

    5

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    6/29

    Oleh itu pembelajaran koperatif think-pair-share dalam kajian ialah pembelajaran

    secara berpasangan melalui aktiviti berfikir, berpasangan daan berkongsi dengan rakan

    sekumpulan.

    Karangan Berpandu

    Menurut LPM(2005) karangan berpandu merupakan penulisan yang bertemakan

    bahan bahan rangsangan seperti gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan,

    petikan dan catatan. Karangan ini berbentuk respon terbuka berdasarkan bahan

    rangsangan yang perlu dijawab dalam bentuk esei yang mengandungi tiga hingga empat isi

    yang panjangnya di antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahan rangsangan dalam

    karangan berpandu bertujuan untuk membantu pelajar menghuraikan, menjelaskan atau

    membincangkan isi tersurat dan tersirat dan pemarkahan adalah berdasarkan skor yangditetapkan iaitu dinilai dari segi idea, wacana dan bahasa.

    Objektif penulisan karangan berpandu ialah supaya pelajar dapat memproses

    maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk

    memperoleh ilmu dan maklumat. Penulisan karangan berpandu adalah untuk mentaksir

    keupayaan pelajar memahami dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber secara

    berkesan dan bertatasusila. Selain itu ia juga bertujuan untiuk mentaksir keupayaan pelajar

    memahami respon positif terhadap maklumat dalam pelbagai bahan rangsangan. Pelajar

    juga dinilai dari segi keupayaan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah dan

    keputusan. Dalam kajian ini maksud karangan berpandu ialah bahan bergambar digunakan

    sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan.

    BAB 2: KAJIAN LITERATUR

    Kurikulum Bahasa Melayu

    Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan

    keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan

    harian, pendidikan dan pekerjaan. Kandungan Sukatan Pelajaran meliputi perkara berikut:

    i. Bidang pembelajaran (pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai

    berasaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

    ii. Hasil pembelajaran (perincian kemahiran dipertingkatkan kepada 3

    aras berdasarkan kebolehan pelajar iaitu aras paling asas yang harus

    dikuasai oleh murid yang paling rendah pencapaiannya, aras sederhana

    6

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    7/29

    yang sepatutnya dikuasai oleh kebanyakan murid dan aras tinggi yang

    mencabar kebolehan murid cemerlang).

    iii Cadangan aktiviti/ sumber/ teknik (pilihan aktiviti yang dicadangkan

    untuk mencapai hasil pembelajaran).

    (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003)

    Kurikulum Bahasa Melayu edisi Sekolah Bestari (KPM1998) menyepadukan kemahiran-

    kemahiran berbahasa iaitu mendengar bertutur, membaca, menulis dan pelbagai

    kemahiran generik serta kemahiran menggunakan teknologi secara langsung dan tidak

    langsung. Kandungan kurikulum bestari memberi tumpuan kepada empat komponen utama

    iaitu pengetahuan, kemahiran, nilai dan kecekapan berkomunikasi. Aspek komunikasi,

    kognitif, fizikal, afektif, emosi dan sosial menjadi domain kepada perkembangan menyeluruh

    ini. Semuanya disepadukan dengan teknologi dan keupayaan pelajar (Kementerian

    Pendidikan Malaysia 1997).

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

    Strategi pengajaran ialah cara penyampaian isi kandungan dan objektif pembelajaran yang

    akan dicapai secara induktif atau deduktif, (Burden & Byrd,1994). Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah (KPM 2003) menyenaraikan strategi pengajaran dan pembelajaran

    adalah bercirikan:

    i. Pendekatan Berpusatkan pelajar

    Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dan menguasai

    kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri agar pelajar dapat membina

    keyakinan berbahasa. Pendekatan ini selari dengan pendekatan masteri yang

    menekankan keperluan bagi memastikan pelajar menguasai hasil

    pembelajaran dan maju mengikut kadar keupayaan sendiri. Aktiviti penilaian,pemulihan dan pengayaan adalah sebahagian daripada proses pengajaran

    dan pembelajaran.

    ii. Kepelbagaian Teknik

    Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan

    kebolehan pelajar perlu digunakan oleh guru untuk meningkatkan minat

    pelajar terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada

    pengolahan teknik, serta penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat

    merangsang dan menggalakkan pelajar berinteraksi serta berfikir secara

    kritis dan kreatif. Antara teknik yang disarankan ialah kaedah dan teknik

    7

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    8/29

    perbincangan, simulasi , projek dan inkuiri berasaskan kajian masa depan,

    kecerdasan pelbagai dan konstruktivisme.

    iii. Kepelbagaian Sumber dan Bahan

    Penggunaan pusat sumber dan komputer bagi mendapatkan bahan dan

    maklumat amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

    Melayu serta untuk pembacaan luas.

    iv. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat

    Guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan

    berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan

    bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

    v. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema

    Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa,

    pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan

    dan dikukuhkan disamping menyerapkan ilmu dalam bidang lain. Tema

    haruslah berkisar kepada bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan

    serta isu semasa.

    vi. Bacaan Luas

    Bacaan luas bertujuan untuk menimba lilmu pengetahuan dan sahsiah yang

    baik serta meningkatkan daya berfikir dan minat untuk terus membaca.

    Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara serapan

    menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera.

    vii. Penggabungjalinan

    Satu proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana

    beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak melalui proses ini.

    Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara

    kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.

    viii. Penyerapan

    Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilaitambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan

    unsur-unsur adalah seperti isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan

    pelbagai bidang ilmu yang mencakupi pelbagai tema serta hal-hal

    persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan juga

    diserapkan bersama nilai murni berlandaskan kepercayaan kepada tuhan

    secara sedar dan terancang. Kemahiran berfikir pula diserapkan sacara

    terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    Kemahiran bernilai tambah seperti teknologi maklumat dan komunikasi,

    kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, konstruktivisme,

    8

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    9/29

    kecerdasan pelbagai dan pembelajaran kontekstual diserapkan dengan

    mengambil kira kesesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,

    kebolehan murid serta sumber yang ada.

    ix. Penilaian

    Sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran ialah penilaian

    dengan tujuan untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran

    supaya tindakan susulan dapat diambil.

    x. Pemulihan

    Aktiviti untuk membantu murid mencapai apa yang belum dicapai, dijalankan

    mengikut kadar kemampuan murid.

    xi. Pengayaan

    Aktiviti yang perlu diberi penekanan kerana setiap pelajar adalah berbeza dari

    segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat.

    Strategi pengajaran di sekolah Bestari pula adalah berpusatkan pelajar dan guru

    hanyalah sebagai pembimbing atau fasilitator. Hal ini kerana konsep Bestari ialah

    pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri. Pelajar dibimbing supaya

    bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri.

    serta dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

    Pelajar yang cerdas digalakkan supaya maju ke hadapan dan pelajar yang lemah diberikan

    tugasan pada aras yang boleh dicapainya(asas). Pembelajaran digalakkan secara koperatif

    dan koloboratif (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Pelbagai strategi boleh dirancang

    oleh guru supaya proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih bermakna dan

    menyeronokkan.

    Antaranya adalah:

    i) Terarah Pembelajaran adalah untuk pemerolehan dan penguasaan

    pengetahuan. Pelajar dilatih dalam prosedur tertentu termasuk latih tubi.

    Sebagai contohnya pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung.ii) Pemerhatian - Pelajar belajar dengan memerhati bagaimana sesuatu itu

    dilakukan. Pembelajaran juga berlaku tanpa disedari, pemerhatian rapi diikuti

    dengan peniruan atau pemerhatian formal cara kerja seseorang.

    iii) Reflektif Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana

    menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

    mengenal pasti andaian melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian,

    kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etnik termasuklah

    pembentukan dan pemahaman konsep, inkuiri kesedaran dan nilai

    9

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    10/29

    iv) Generatif - Membantu pelajar mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila

    situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian

    secara unik. Melatih pelajar dalam prosedur tertentu termasuklah percambahan

    fikiran, peta minda, pemikiran lateral dan kreativiti.

    v) Kolaboratif- Membantu pelajar mempelajari kemahiran untuk bekerja dan berfikir

    bersama-sama untuk menyelesaikan masalah secara kumpulan. Sebagai contoh

    pembelajaran koperatif, permainan pasukan, penyelesaian berdua dan

    perbincangan kelas.

    vi) Luar konteks- Pembelajaran melalui aktiviti yang berfokus dan berintensif pada

    satu-satu masa seperti sesi hands-on seminar dan bengkel dan pembelajaran

    kendiri.

    vii) Metakognitif Menilai dan merenungkan pembelajaran sendiri tentang apakah

    yang telah saya lakukan? Bagaimanakan saya boleh memperbaiki prestasi?

    Apakah bantuan yang saya perlukan?

    (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000)

    Strategi yang ditekankan banyak yang berasaskan kepada teori-teori pengajaran

    konstruktivisme, behaviorisme serta brained based learning. Burden & Byrd(2003)

    menjelaskan strategi pengajaran berpusatkan pelajar termasuklah kaedah induktif inkuri.

    Manakala kaedah perbincangan adalah berpusatkan pelajar atau berpusatkan gurumengikut cara pelaksanaannya. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Pembelajaran Koperatif

    Pembelajaran Koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana kumpulan kecil yang terdiri

    daripada pelbagai kebolehan dan kecerdasan, menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran

    untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu subjek. Setiap ahli dalam kumpulan bukansahaja bertanggungjawab untuk menguasai pembelajaran malah saling membantu ahli

    dalam kumpulan untuk belajar yang dan menghasilkan kejayaan setiap ahli kumpulan.

    Pelajar melaksanakan tugasan bersama-sama sehingga semua ahli kumpulan berjaya

    memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Menurut Azizah et.al (2000),

    pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori Persandaran Sosial,

    Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Pendekatan ini mementingkan

    kerjasama antara kumpulan .

    Dalam metodologi Pembelajaran Bersama, tugasan perbincangan dilakukan secara

    kumpulan yang mengandungi empat hingga lima orang. Setelah selesai tugasan, pelajar-

    10

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    11/29

    pelajar akan diberi ganjaran dan pujian berdasarkan hasilan mereka yang berupa skor

    setiap individu dalam kumpulan. Ganjaran juga diberikan untuk sikap dan semangat

    kerjasama secara berpasukan sepanjang proses penyelesaian tugasan dijalankan.

    Pembelajaran Koperatif merupakan satu pendekatan pengajaran kumpulan kecil yang

    mementingkan kerjasama ahli di dalam kumpulan ke arah penggarapan input objektif

    pengajaran yang optimum dan setiap individu bertanggungjawab untuk belajar bersungguh-

    sungguh bukan sahaja untuk dirinya malah menyumbang ke arah kejayaan kumpulan

    sebagai matlamat.

    Robert Slavin (1990) dalam George et.al(1995) mendefinisikan pembelajaran Koperatif

    sebagai suatu kaedah perkongsian idea di mana pelajar-pelajar bekerjasama dan

    bertanggungjawab terhadap rakan kumpulan dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan

    dan matlamat kumpulan. Neil Davidson dalam George et.al (1995) pula melihat

    Pembelajaran Koperatif dari pelbagai perspektif iaitu perbincangan dan penyempurnaan

    tugas kumpulan, interaksi bersemuka dalam kumpulan kecil, kebergantungan dan saling

    membantu antara ahli kumpulan dan tanggungjawab setiap individu.

    Dalam Pembelajaran Koperatif ahli-ahli kumpulannya adalah kecil iaitu terdiri daripada

    tiga hingga lima orang pelajar yang mempunyai kebolehan dan sosio ekonomi yang berbeza

    seperti perbezaan etnik, jantina, sosio ekonomi, serta pencapaian yang tinggi, sederhana

    dan rendah. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan

    harga diri pelajar, memiliki sikap kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan

    sekitarnya. (Stevens & Slavin 1995; Sharan 1992, Johnson & Johnson 1991; Kagan 1989)

    Pembelajaran secara koperatif akan meningkatkan kejelekitan antara pelajar dalam

    kumpulan kerana mereka terpaksa menerima kehadiran rakan sekumpulan, saling

    mempelajari dan saling berempati. Pelajar juga perlu saling mempercayai agar

    perbincangan yang dilakukan dalam pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana

    menyeronokkan, telus dan berhasil. (Susan Hill and Tim Hill ,1990)

    Menurut David and Roger Johnson (2000, 2001) pembelajaran Koperatif adalah lebih

    produktif berbanding belajar secara persaingan atau individu melalui lima elemen iaitusaling bergantung secara positif antara ahli kumpulan pembelajaran dalam memberi

    sumbangan demi kejayaan, setiap ahli berinteraksi secara bersemuka untuk meningkatkan

    kejayaan antara satu lain, akauntabiliti individu dan setiap ahli kumpulan dalam

    melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab, hubungan interpersonal dan kemahiran

    kumpulan kecil dalam membuat keputusan, komunikasi dan menangani konflik ketika

    perbincangan secara bijak dan membuat rumusan tentang pencapaian dan hasilan

    kumpulan ke arah penambahbaikan.

    Takrifan yang diberi menjelaskan bahawa Pembelajaran Koperatif ialah kaedah

    pembelajaran dalam kumpulan kecil yang hetrogenus dari segi latar belakang dan

    11

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    12/29

    pencapaian yang melibatkan proses pembelajaran berkongsi maklumat, tanggungjawab

    individu yang saling membantu bagi mencapai sesuatu kejayaan secara bersama-sama.

    Kepelbagaian ini akan mewujudkan perasaan akauntabiliti dan tanggungjawab serta saling

    membantu sesama ahli dalam mencapai kejayaan kumpulan.

    Kajian Lepas

    Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan strategi pembelajaran koperatif Hasil kajian

    yang dilakukan oleh Norijah(1997) mendapati pencapaian para pelajar dalam kaedah

    pembelajaran koperatif modul (PKM) lebih tinggi berbanding pelajar dalam kaedah

    pembelajaran modul (PM) dan pencapaian para pelajar kumpulan PM lebih tinggi

    dibandingkan dengan pelajar kaedah pembelajaran tradisional (PT). Bagi perkaitan antara

    pencapaian pelajar dengan kognitif pelajar, didapati pelajar-pelajar dalam kumpulan kaedahPKM gaya kognitifnya tidak memainkan peranan yang signifikan daalm pencapaian Bahasa

    Melayu mereka. Namun bagi kumpulan PM gaya kognitifnya mempengaruhi peningkatan

    pencapaian pelajar. Kajian juga mendapati sikap dan minat pelajar sangat positif terhadap

    pembelajaran PKM dan PM dan mereka memperlihatkan kesungguhan dan keyakinan yang

    tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini ialah jenis pengajaran dan pembelajaran yang

    sistematik amat berkesan dan memberi sumbangan yang signifikan ke arah peningkatan

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan Iskandar Shah

    (2003) mendapati pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam

    meningkatkan pencapaian pelajar Ahmad Najdi mendapati kemahiran membaca bagi mata

    pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat meningkat dan kajian oleh Razman juga

    mendapati kaedah koperatif STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian

    pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Arab komunikasi terutama

    kemahiran bertutur dan membaca.

    Kajian dalam disiplin ilmu lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa

    penggunaan pembelajaran koperatif menunjukkan dapatan yang positif (Khatijah 1997; Nor

    Azizah, Siti Rahayah dan Musa 1998; Lee Siew Gek 1999; Abd. Samat 2002; Salmiah

    2003;Zainun 2003; dan Effandi 2003). Kajian Nor Azizah, Siti Rahayah dan Musa (1998)

    mendapati pelajar memberikan respon yang positif terhadap penerapan nilai murni iaitu

    bekerjasama, kejujuran dan kerajinan dan Lee Siew Gek(1999) mendapati bahawa kaedah

    pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

    Sains KBSM. Abd. Samat (2002) pula mendapati bahawa pencapaian dalam mata

    pelajaran Matematik kumpulan homogenus adalah lebih baik daripada pencapaian

    12

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    13/29

    kumpulan hetrogenus, manakala kumpulan etnik Cina lebih baik pencapaiannya daripada

    kumpulan etnik Melayu. Sementara itu dalam kajian yang dilakukan oleh Salmiah (2003)

    untuk menentukan dan mengatasi masalah pengendalian dan pembelajaran berkumpulan

    yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam Atas dalam mata pelajaran Pengajian Am

    mendapati kaedah ini dapat meningkatkan prestasi, menarik minat dan lebih berpusatkan

    pelajar.

    Effandi (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat perbezaan secara

    keseluruhan antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional dalam kemahiran

    menyelesaikan masalah, pencapaian matematik, kesedaran metakognitif, sikap terhadap

    matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Zainun (2003) dalam kajiannya

    terhadap kesan PK Model STAD ke atas sikap dan persepsi murid Tahun Lima dalam mata

    pelajaran Matematik mendapati bahawa Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang

    signifikan dari segi sikap pelajar terhadap matematik antara kumpulan kawalan dan

    kumpulan rawatan. Analisis item mengikut kategori menunjukkan terdapat perbezaan sikap

    yang signifikan bagi kategori keseronokan dalam matematik dan kategori aktiviti sosial

    dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan yang signifikan bagi kepentingan/ nilai dalam

    matematik. Kedua-dua pelajar dan guru bersikap positif terhadap pembelajaran

    koperatif.Maklumat yang didapati melalui temubual mendapati guru menyatakan pelajar

    seronok dan berminat dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi pembelajran koperatif

    mengambil masa yang lebih panjang untuk dilaksanakan.

    Walau bagaimanapun Amizal (2000) mendapati dalam kajiannya terdapat

    peningkatan kemahiran saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan

    baik berbanding secara tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar. Daripada

    ujian hipotesis didapati bahawa hanya satu sahaja kemahiran saintifk yang menunjukkan

    perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran mengelas berbanding kemahiran lain yang tidak

    menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran memerhati, mengukur dan

    menggunakan nombor, mentafsir maklumat, meramal, berkomunikasi, manipulatif dan

    menyelaesaikan masalah .Selain kajian eksperimen, beberapa dapatan lain yang dijalankan melalui kajian

    tinjauan bagi menilai pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di sekolah mendapati

    pelaksanaan di kalangan guru adalah sederhana. Penilaian input dan penilaian proses juga

    adalah sederhana. Faktor seperti pengetahuan sedia ada guru, kursus dalam perkhidmatan

    Jabatan Pendidikan Negeri, guru Pusat Sumber sekolah, perabut sekolah, kemudahan

    fizikal sekolah, media pengajaran dan pembelajaran(P&P), tugas dalam perkhidmatan,

    penglibatan guru-guru, pentadbir dan pelajar-pelajar mempengaruhi pelaksanaan kaedah

    Pembelajaran Koperatif. (Ramlah Khalid 2003).

    13

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    14/29

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    15/29

    Singkatan: G1: Kumpulan Rawatan

    O1: Ujian pra

    X1: Eksperimen

    O2: Ujian pasca

    Menurut Jackson(2003) model ini dikenali sebagai single group pretest-posttest

    design dengan tujuan untuk mengukur dapatan kajian sebelum dan selepas rawatan. G1

    merupakan kumpulan rawatan menggunakan strategi pembelajaran koperatif think pair

    share. Ujian pra diberi kepada G1. Rawatan dalam penulisan karangan berpandu

    menggunakan strategi pembelajaran koperatif diberi selama 4 minggu. Kemudian diikuti

    dengan ujian pasca.

    Responden Kajian

    Sampel kajian yang digunakan untuk menjalani rawatan ialah 30 orang pelajar Tingkatan 4

    Rancangan Khas Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar,

    Johor.

    Instrumen Kajian

    Kajian ini menggunakan model kuasi eksperimen dan instrumen utama yang digunakan

    dalam kajian ini ialah kajian rintis, ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca

    menggunakan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.

    Alat kajian yang digunakan adalah karangan berpandukan gambar yang diberi.

    Panjang karangan yang perlu ditulis antara 200 hingga 250 patah berkataan berpandukan

    gambar yang diberi.

    1. Tajuk kajian ujian pra : Faedah menyambut perayaan kaum di Malaysia2. Tajuk kajian ujian pasca: Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar

    3. Tajuk karangan yang diberikan dalam latihan menulis karangan:

    3.1 Memanfaatkan masa lapang

    3.2 Amalan gaya hidup sihat

    3.3 Kempen anti merokok

    3.4 Gejala vandalisme

    15

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    16/29

    Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah strategi dalam pengajaran

    karagan iaitu pembelajaran koperatif model think-pair-share dan pencapaian pelajar dalam

    menulis karangan.

    Kajian Rintis

    Kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk :

    1. Memastikan kesesuaian kandungan soalan karangan yang dikemukakan

    2. Memastikan arahan yang diberi dapat difahami oleh pelajar

    3. Menentukan kesesuaian masa menjawab soalan.

    Daripada kajian rintis yang dijalankan oleh guru yang berpengalaman ke atas empat

    buah kelas, pelajar berupaya untuk menjawab soalan dengan mengarang menggunakan

    bahasa yang gramatis dan idea yang menepati tema. Perbincangan yang dijalankan dengan

    guru-guru tersebut mendapati tajuk karangan berpandu yang digunakan adalah bersesuaian

    untuk pelajar Tingkatan 4.

    Tatacara Pemerolahan Data

    Dalam pengumpulan data pengkaji telah memilih sampel yang sesuai, seterusnya

    melakukan ujian pra, memberikan rawatan kepada kumpulan dan diikuti dengan ujian

    pasca. Setiap kali rawatan dan ujian dijalankan pengkaji akan memeriksa karangan

    mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(2005).

    Setelah selesai rawatan dan ujian, data direkod dan dianalisis serta rumusan dibuat hasil

    daripada dapatan.

    Tatacara Penganalisisan Data

    Data dianalisis melalui markat yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pascamenggunakan program SPSS versi 11.5. Penganalisisan data dijalankan secara statistik

    deskriptif dengan menggunakan taburan kekerapan dan ujian-t yang akan di dasarkan pada

    aras signifikan 0.05 untuk menerima dan menolak hipotesis.

    Pemarkahan

    Pemarkahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan

    karangan berpandu (LPM 2005). Skema pemarkahan adalah berdasarkan bahasa, wacana,

    16

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    17/29

    tema dan idea. Peringkat penilaian ialah cemerlang (26-30), kepujian (20-25), memuaskan

    (15-19), kurang memuaskan (10-14), pencapaian minimum (01-09)

    BAB 4: HASIL KAJIAN

    Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah

    Kebangsaan Bandar Maharani,Muar Johor.

    KEBERKESANAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP MARKAT

    PENCAPAIAN KARANGAN BERPANDU BAHASA MELAYU

    4.3.1 Pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa

    Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

    Think-Pair-Share

    Strategi Pembelajaran Markah Kekerapan Peratus N Min SL

    Pembelajaran Koperatif

    Think-Pair-Share

    15-19 20 67%

    30 17.9 2.6820-25 10 33%

    26 -30 0 0%

    JADUAL 4.1: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan

    karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

    pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

    Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan

    karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

    Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 67% pelajar mendapat peringkat memuaskan

    dengan memperoleh markah antara 15-19. Manakala 33% pelajar mendapat peringkat

    kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25 . Min pencapaian pelajar dalam ujian

    pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68. Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar

    adalah dalam peringkat memuaskan.

    4.3.2 Pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa

    17

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    18/29

    Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

    Think-Pair-Share

    Strategi Pembelajaran Markah Kekerapan Peratus N Min SL

    Pembelajaran Koperatif

    Think-Pair-Share

    15-19 0 0%

    30 23.97 1.39720-25 28 93.3%

    26 -30 2 6.7%

    JADUAL 4.2: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan

    karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

    pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share.

    Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pos penulisan

    karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

    Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 0% pelajar mendapat peringkat memuaskan

    dengan memperoleh markah antara 15-19 namun 93.3% pelajar mendapat peringkat

    kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25. Sebanyak 6.7% pelajar mendapat

    peringkat cemerlang dengan memperoleh markah antara 26-30. Keputusan ini menunjukkan

    min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 23.97 dan sisihan lazim ialah 1.397. Hal ini

    menunjukkan min pencapaian pelajar adalah dalam peringkat kepujian.

    4.3.3 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca penulisan

    karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran

    koperatif model Think-Pair-Share

    Strategi Pembelajaran N Min SL Ujian t P

    Ujian Pra 30 17.9 2.68

    2.045 0.00Ujian Pasca 30 23.97 1.397

    JADUAL 4.3: Analisis keputusan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian

    pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan

    strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

    Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

    penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran

    koperatif model Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan min pencapaian pelajardalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam

    18

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    19/29

    ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397. Ha ini menunjukkan min pencapaian pelajar

    meningkat dari peringkat memuaskan ke peringkat kepujian.

    Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara

    pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

    dalam ujian pra dan ujian pasca pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang digunakan

    telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar. Oleh itu hipotesis nul iaitu tidak

    terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara ujian pra dan

    ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

    pembelajaran koperatif model Think-Pair- Share ditolak.

    BAB 5: RUMUSAN

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian

    karangan berpandu Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian dijalankan menggunakan

    reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design (Wiersma2000,

    Jackson 2003) terhadap 30 orang respoenden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan

    Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian

    dinyatakan dalam bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min,

    sisihan lazim dan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra

    adalah di peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada di tahap

    cemerlang. Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara

    pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa

    Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar

    memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam

    ujian pra .

    Perbincangan Dapatan Kajian

    Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif model think-

    pair- share terhadap markat pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu. Dapatan yang

    dianalisis secara deskriptif selaras dengan objektif kajian mendapati bahawa min

    pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu berada pada tahap

    memuaskan iaitu 17.9% .Sebanyak 67% pelajar berada di peringkat memuaskan dan 33%

    peratus sahaja yang berada di peringkat kepujian. Hal ini disebabkan pelajar masih belum

    dapat menguasai kemahiran teknik menjawab penulisan karangan berpandu iaitu

    penggunaan bahasa yang kurang gramatis dan penggunaan kosa kata serta frasa menarik

    19

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    20/29

    yang masih terhad. Selain itu pelajar juga tidak dapat menyampaikan idea mengikut tema

    dengan baik serta huraian yang kurang jelas

    Setelah menjalani rawatan selama 4 minggu menggunakan strategi pengajaran

    koperatif think-pair-share, pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan

    berpandu berada pada tahap kepujian dan cemerlang dengan min pencapaian iaitu

    23.97%. Sebanyak 93.3% pelajar berada pada peringkat kepujian dan 6.7% berada pada

    peringkat cemerlang. Teknik pembelajaran yang menekankan proses berfikir serta

    perkongsian secara berpasangan dan kumpulan telah dapat meningkatkan kemahiran

    menulis pelajar dalam aspek bahasa dan olahan idea, menepati tema yang diberi serta

    huraian yang jelas dan menarik.

    Analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan

    berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-

    Shar menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim

    ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397.

    Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar meningkat dari peringkat memuaskan ke

    peringkat kepujian. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

    antara pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran

    koperatif dalam ujian pra dan ujian pos pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang

    digunakan telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar.

    Dapatan kajian mendapati penggunaan strategi pembelajaran koperatif teknik think-

    pair-share telah dapat merangsang daya berfikir pelajar untuk menjana idea bagi

    mendapatkan maklumat berkaitan tema yang diberi sepanjang sesi pembelajaran. Proses

    berfikir berlangsung dari langkah pertama hingga ke langkah akhir. Selain itu perkongsian

    maklumat antara pelajar dapat menjalin hubungan interpersonal serta memperkaya

    penguasaan bahasa dan menjadikan pelajar lebih kritis dalam membincangkan idea-idea

    tertentu. Pelajar-pelajar yang pasif dan berpencapaian rendah dapat dibantu oleh pelajar

    aktif dan berpencapaian tinggi menjana idea melalui soal-jawab yang dikemukakan semasa

    proses interaksi dan hal ini telah dapat membantu meningkatkan proses berfikir pelajar-pelajar Perkongsian maklumat secara berpasangan dan berkumpulan telah dapat

    membantu pelajar untuk menyatakan dan menghuraikan idea dengan lebih bernas dalam

    wacana yang lebh menarik. Lyman (1992) menyatakan bahawa dalam model think-pair-

    share, idea-idea tersebut dapat dikembangkan dan dihuraikan dengan lebih jelas dan

    menarik melalui sesi perbincangan. Kajian juga mendapati proses berfikir berlaku secara

    berterusan dari awal sesi pembelajaran sehingga ke proses penulisan. Strategi ini telah

    dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berpandu dari segi

    bahasa dan idea yang disampaikan.

    20

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    21/29

    Menurut Bellanca & Fogarty(2003) strategi pembelajaran koperatif think-pair-share

    dapat membantu pelajar mengingat fakta selepas pengajaran, mengaitkan pengalaman

    lepas dalam pembelajaran serta merangsang proses berfikir pelajar serta menjadikan

    suasana pembelajaran lebh menarik dan berkesan. Johnson et.al(1993)dan Slavin(1990)

    mendapati pembelajaran koperatif bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik

    pelajar malah meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan

    dan kerja berpasukan.

    Amizal (2000) menjelaskan dalam kajiannya terdapat peningkatan kemahiran

    saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik berbanding secara

    tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar dan Norijah(1997) mendapati

    pencapaiaan pelajar menggunakan pembelajaran koperatif lebih tinggi berbanding

    pembelajaran tradsional. Sikap dan minat pelajar juga menunjukkan kesungguhan dan

    keyakinan yang tinggi. Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan

    Iskandar Shah (2003) mendapati pembelajaran secara koperatif sangat berkesan dalam

    meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa.

    Kesimpulan dapatan Kajian

    5.4.1 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan

    berpandu bahasa melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

    model Think-Pair-Share

    Hasil dapatan kajian yang dijalankan tentang kesan pembelajaran koperatif model

    think-pair-share terhadap pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan

    30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar,

    Johor mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar

    dalam ujian pra dan ujian pasca. Pencapaian pelajar dalam ujian pasca adalah lebih baik

    dengan min pencapaian 23.97 dan 93.3%pelajar berada di peringkat kepujian manakala6.7% berada di peringkat cemerlang berbanding dalam ujian pra min pencapaian ialah 17.9

    iaitu 67% di peringkat memuaskan dan 33 % berada di peringkat kepujian Dapatan kajian

    telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan lazim dan ujian-t.

    Daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar telah dapat meningkatkan

    pencapaian mereka dari segi penyampaian idea secara kritis melalui penggunaan pelbagai

    bahan rangsangan yang diberikan. Pelajar juga telah dapat menghuraikan idea dalam

    wacana yang menarik serta penggunaan bahasa yang gramatis dan frasa yang menarik.

    Selama 4 minggu pelajar telah menjalani rawatan menggunakan pembelajaran koperatif

    model think-pair-share di mana pelajar melalui proses berfikir bagi menjana idea untuk

    21

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    22/29

    mendapatkan maklumat yang menepati tema bahan rangsangan. Selain itu pelajar juga

    menjana idea dan berkongsi idea bersama pasangan dan kumpulan.

    Slavin(2000), Davidson et.al(1995) menjelaskan bahawa pembelajaran koperatif

    dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar dalam

    sesuatu kumpulan untuk mencapai kejayaan dan matlamat kumpulan. Hasilnya melalui

    kajian ini, pelajar bukan sahaja berupaya mendapatkan maklumat dan meningkatkan

    pencapaian dalam penulisan karangan berpandu malah dapat menjalin hubungan

    interpersonal melalui interaksi berpasangan dan kumpulan kerana menurut Azizah et.al

    ( 2000), pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori

    Persandaran Sosial, Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Kajian-

    kajian yang dijalankan oleh Ahmad Najdi( 2001); Razman(2001); Zainun(2003); Salmiah

    (2003) dan Iskandar(2003) juga mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan

    pencapaian pelajar dan memberi kesan yang positif terhadap sikap dan minat pelajar

    terhadap pembelajaran.

    Implikasi Dapatan Kajian

    Kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru, pihak pentadbir sekolah dan institusi

    pendidikan secara umumnya.

    1. Kajian mendapati strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian

    pelajar dalam penulisan karangan berpandu. Sehubungan dengan itu, guru perlulah lebih

    kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran agar dapat

    meningkatkan minat dan keupayaan berfikir pelajar dan seterusnya meningkatkan

    pencapaian pelajar dalam bidang penulisan. Keupayaan dan kemahiran berfikir para pelajar

    perlu ditingkatkan dan dirangsang melalui penggunaan pelbagai kaedah dan strategi

    pengajaran untuk melahirkan pelajar yang berdaya fikir. Guru juga perlulah bersedia untuk

    mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan berkesan demimeningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan khasnya dan pembelajaran amnya.

    2. Penyelidikan tindakan boleh dijalankan oleh guru atau pihak panitia untuk mengenal

    pasti aspek kelemahan pelajar dan seterusnya merangka strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, kursus yang

    berkaitan juga boleh dirangka oleh pihak panitia untuk meningkatkan kemahiran pedagogi

    guru-guru.

    22

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    23/29

    2. Dalam mendepani perubahan pendidikan yang bersifat global, institut pendidikan

    guru yang bertanggungjawab dalam melatih guru dari semasa ke semasa perlulah

    merancang dan mengadakan kursus serta latihan tentang strategi dan kaedah pengajaran

    dan pembelajaran bahasa Melayu yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Kursus

    pendek kelolaan institut merupakan antara landasan terbaik untuk pendedahan dan

    penataran strategi pengajaran tersebut. Kursus dan latihan yang dirangka akan dapat

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru lantas dapat diaplikasi dalam pengajaran

    dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar.

    3. Pemantauan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran,

    Jemaah Nazir serta pihak pentadbir dan ketua bidang akan dapat meningkatkan kualiti

    strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasilnya pendidikan di Malaysia dapat

    melahirkan pelajar yang yang bercapaian tinggi dan mampu berfikir serta berdaya saing di

    peringkat sejagat.

    4. Walau bagaimanapuna, kurikulum yang berorientasikan peperiksaan merupakan

    antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan strategi

    dan kaedah pengajaran. Hal ini kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran demi

    tuntutan peperiksaan lantas penggunaan pelbagai strategi dalam pengajaran terpaksa

    dibataskan. Selain itu lebih banyak masa terpaksa digunakan oleh para guru untuk

    mengulang kaji pelajaran dan menfokuskan pengajaran dan pembelajaran ke arah

    peperiksaan.

    Cadangan Kajian Lanjutan

    Kajian ini telah dilakukan dalam ruang masa dan keperluan yang terhad. Oleh itu untuk

    kajian-kajian yang akan datang pengkaji mencadangkan beberapa kajian selanjutnya.

    Antaranya:1. Kajian lanjutan meliputi skop yang lebih luas dan menyeluruh supaya boleh

    digeneralisasikan memandangkan kajian ini terbatas kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah

    Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor.

    2. Kajian yang membandingkan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk

    meninjau keberkesanan antara strategi tersebut.

    3. Kajian yang menggunakan teknik-teknik lain dalam pembelajaran koperatif sebagai

    variasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk pembelajaran yang berkesan

    dan seterusnya meningkatkan pencapaian.

    23

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    24/29

    4. Kajian berbentuk trangulasi yang meliputi temu bual pelajar dan guru serta

    pemerhatian supaya dapat mencerminkan keadaan sebenar proses pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah.

    Rumusan

    Strategi pengajaran memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan prestasi

    kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Penggunaan kaedah pembelajaran yang berkesan

    dalam pembelajaran akan meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran interpersonal

    pelajar. Strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar,

    meningkatkan kemahiran kognitif dan pelajar dapat menjalin hubungan sosial yang lebih

    baik dalam kumpulan (Lynn 1981,1989).

    Penggunaan strategi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran amatmempengaruhi pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Hasil kajian telah

    menunjukkan pencapaian pelajar bertambah baik selepas rawatan penulisan karangan

    berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif think-pair-share dilaksanakan.

    Sekiranya guru dapat mempelbagaikan strategi, maka pengajaran dan pembelajaran akan

    menjadi lebih menarik dan berkesan. Strategi pengajaran yang disarankan dalam KBSM

    ialah strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar yang sesuai dengan kebolehan pelajar

    agar dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa dan seterusnya

    melahirkan pelajar yang dapat berinteraksi serta berfikir secara kreatif dan kritis. Seterusnya

    pencapaian pelajar secara keseluruhannya dapat ditingkatkan kerana bahasa Melayu

    merupakan bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran. Implikasi kajian ini, para

    pendidik, pihak pentadbir sekolah, jabatan pendidikan negeri dan institut pendidikan guru

    diharapkan akan mempertingkatkan usaha ke arah meningkatkan strategi pengajaran dan

    pembelajaran bahasa Melayu yang inovatif, kreatif, berdaya fikir dan berpusatkan pelajar.

    RUJUKAN

    Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaranBahasa Arab Tinggi Tingkatan empat. Projek Sarjana Pendidikan. UniversitiKebangsaan Malaysia

    Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatifpengajaran-pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Prosiding SeminarPendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November

    Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari. KementerianPendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

    Bellanca. James & Fogarty Robin 2003. Blueprints for achivement in the cooprativeclassroom. Person Education.USA.

    Burden, P.R. & Byrd, D.M. 2003. Methods for effective teaching. Boston: Ally and

    Bacon.Davidson, Neil & Worsham, Toni (1992). Enhancing teaching through cooperative

    24

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    25/29

    learning. Teachers College Press. New York.David & Roger Johnson 2000 Thinking through cooperative learning. New York,

    Teachers College PressGeorge, Gan Siowck Lee & Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of

    lesson plans for teacher education. SEAMEO: SingaporeHill S & Hill T. 1993. The Collaborative Classroom. Victoria, Eleanor CurtainIskandar Shah. 2003. Kesan dua strategi pengajaran terhadap pembelajaran komponen

    sastera di Sekolah Menengah Tun Tuah Melaka. Projek Sarjana Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia

    Jackson L. Sherri 2003 . Research methods and statistic : A critical thinking approach.Thomson Learning. USA

    Johnson D.W. & Johnson R.T. 1994. Learning together and alone: Cooperative,competitive and individualistic learning. Massachusetts, Allan and Bacon.

    Johnson D & R Johnson. Cooperative learning.(atas talian)http://www.clcrc.com/pages/cl.html (19 Januari 2004)

    Johnson D. & Johnson R. An overview of cooperative learning." (atas talian)http://www.clcrc.com/pages/overviewpaper.html (19 Januari 2004)

    Johnson & Johnson. 1991. Cooperative learning lesson structures.Edina. MN InteractionBook Company.Kagan, Spencer. Kagan structures for emotional intelligence. ( atas talian )

    http://www.kagancooplearn.com/Newsletter/1001/index.html (19 Januari 2004)Kagan 1994. Cooperataive learning. San Juan Capistrano,CA: Kagan Cooperative

    LearningKhatijah Endut.1997. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan pembelajaran

    koperatif dalam Pendidikan Islam. Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia

    KBSM . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002.Latihan Guru Bestari: Modul PengurusanPembelajaran Bestari . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998.Huraian sukatan pelajaran Bahasa MalaysiaKBSM edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian Smart School: An MSCFlagship Application: A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: KementerianPendidikan Malaysia.

    Lembaga Peperiksaan Malaysia . 2005. Bahasa Melayu 1- Karangan berpandu:peraturan pemarkahan. Kuala Lumpur

    Lyman 1981. Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive systemfor cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham (pnyt) . Enhancing Thinkingthrough cooperative learning, hlm. 169-181. Teachers College Press, New York.

    Lyman 1989 Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive systemfor cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham(pnyt) . Enhancing Thinkingthrough cooperative learning, hlm 169 181. Teachers College Press, New York.

    Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia. 1998. Penerapan nilai-nilai murnimelalui pembelajaran kooperatif dalam sains. Laporan IRPA, UKM.

    Mazlan. 2002. Amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan kesan ke atas sikappelajar terhadap matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti KebangsaanMalaysia

    Norijah 1997 Keberkesanan pembelajaran koperatif dan pengajaran secara modul bagipeningkatan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat sekolahmenengah. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif disekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

    Razman Muhamad. 2001. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan

    25

    http://www.clcrc.com/pages/cl.html%20%20http://www.clcrc.com/pages/overviewpaper.htmlhttp://www.clcrc.com/pages/cl.html%20%20http://www.clcrc.com/pages/overviewpaper.html
  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    26/29

    pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi.Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Salbiah Mohd Som. 2000. Kajian kes tentang pelaksanaan kemahiran proses sains dalampengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia

    Slavin(1987) Cooperative learning: theory, research and practice. Englewood Cliffs. NJPrentice Hall

    Slavin, R.E .1990. Foundations of cooperative learning. Dlm George, Gan Siowck Lee &Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teachereducation.hlm 30-35SEAMEO: Singapore

    Suhailah Ishak 1999. Pelaksanaan pembelajaran koperatif di kalangan guru sekolahmenengah kebangsaan di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. ProjekSarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

    Toni Worsham 1992. The inclusion process: Cooperative metacognition fordisccovering, describing and assessing thinking skills. Dlm Davidson and Worsham(pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm 66-83. TeachersCollege Press, New York.

    Unit Matematik, MPKT 1999. Pengenalan sekolah Bestari Malaysia. Maktab PerguruanKuala Trengganu. Kuala Trengganu.Wiersma William 2000. Research and methods in education. Allyn and Bacon. BostonZaenab Hanim, Rahmat Soeoed, Siti Rahayah Ariffin & Noriah Ishak. 2004.

    Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik:Penyelidikan tindakan di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan UKM29(2004): 105- 124.

    Zainun Ismaun. 2003. Kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap danpersepsi murid tahun lma dalam mata pelajaran Matematik. Projek Sarjana Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia

    26

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    27/29

    LAMPIRAN A

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( 1 )BAHASA MELAYU

    Mata pelajaran: Bahasa MelayuTingkatan : 4 BestariMasa:Tajuk karangan : Karangan Bergambar-Memanfaatkan Masa LapangObjektif: Pada akhir pelajaran , murid dapat:

    i) Menghuraikan idea yang relevan dengan tema bahan

    rangsangan secara jelas dan matang

    ii) Menulis karangan menggunakan ungkapan yang menarik dan

    unsur bahasa yang bervariasi

    Tatabahasa: Peribahasa

    Ilmu: Sains sosial

    Kemahiran

    Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir

    Fokus Utama: 2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat

    dalam perbincangan

    Aras 1

    (ii) Menjelaskan idea secara deduktif

    (iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan

    repons yang sesuai

    Fokus Sampingan: 7.3 Mengemukakan soalan bagi mendapatkan penjelasan

    lanjut.

    Aras 1(i) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok , isi penting

    dan kurang penting dalam pelbagai bahan

    (iii) Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan

    tinggi untuk mendapatkan penjelasan lanjut

    9.1 Menggunakan peribahasa yang tepat untuk menyampaikan

    maklumat secara tersusun dan kohesif

    Aras 1

    (i) Menentukan peribahasa yang sesuai untuk menyampaikan

    maklumat.

    Bahan Bantu Belajar: Edaran Gambar BersiriBorang Pengurusan Grafik (Peta Minda)

    27

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    28/29

    LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

    Langkah Aktiviti Pengajaran Isi Pelajaran

    Induksi Set

    (5 minit)

    Bersoal jawab tentang hobi pelajar Jelaskan hobi anda?

    Apakah faedahnya kepada

    diri anda?

    Langkah 1

    (5 minit)

    BERFIKIR DAN MENULIS

    Think and Write

    1. Setiap pelajar di beri edaran

    bergambar bertajuk

    Memanfaatkan Masa

    Lapang

    2. Pelajar membaca dan

    memahami kehendak

    soalan.

    3. Pelajar memikirkan dan

    mencatatkan idea tersurat

    dan tersirat.

    4. Pelajar memikirkan

    ungkapan yang menarik

    sesuai dengan tema bahan

    1. Teknik sumbang saran

    2. Mencatatkan idea secara

    individu

    3. Ungkapan menarik

    4. Peta minda Faedah

    memanfaatkan masa

    lapang

    Langkah 2(20 minit) BERPASANGANPair

    1. Perbincangan tentang idea

    tersurat dan tersirat dengan

    pasangan masing-masing.

    2. Pelajar memberikan

    pendapat dan menjelaskan

    idea kepada pasangan

    3. Pasangan memberi respons

    dengan mengajukan soalan

    bercapah aras rendah dan

    tinggi untuk penjelasan4. Membincangkan

    penggunaan bahasa dan

    peribahasa yang sesuai

    dengan konteks.

    5. Pasangan memilih idea yang

    menepati tema dan

    peribahasa yang bersesuaian

    dan menarik daripada hasil

    perbincangan secara

    berpasangan

    1. Aktiviti berpasangan2. Perbincangan

    merangkumi idea dan

    bahasa.

    3. Soalan bercapah

    pelbagai aras

    4. Peta minda

    28

  • 7/21/2019 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

    29/29

    Langkah 3

    (20 minit)

    BERKONGSI MAKLUMAT

    (Kumpulan Berempat)

    Share

    1. Pelajar membentangkan

    hasil perbincangan kepada

    ahli kumpulan

    2. Pelajar dalam kumpulan

    memberi respons.

    3. Pelajar memilih idea yang

    relevan serta ungkapan

    menarik hasil perbincangan

    dengan ahli dalam

    kumpulan.

    1. Pembentangan hasilan

    perbincangan pasangan

    2. Soalan bercapah aras

    rendah dan tinggi

    3. Hasilan merangkumi:- idea

    - bahasa

    Langkah 4

    (25 minit)

    1. Pelajar menulis karangan

    2. Guru membuat ulasan

    terhadap idea dan bahasa

    1. Menulis karangan

    berpandukan gambar

    2. Ulasan guru tentang idea

    yang relevan dengan

    tema dan ungkapan

    menarik

    Penutup(5 minit) Guru membincangkan hasilanpenulisan pelajar yang terpilih Rumusan berkaitan dengantema Memanfaatkan Masa

    Lapang