5
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 151-161 (2004) ISS : 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan SUHAIDA ABDUL KADIR, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE, ORAN FAUZIAH YAAKUB, HABIBAH ELIAS & ROHANI AHMAD TARMIZI Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia Kata kunci: Konsep kendiri akademik, pendidikan perakaunan, strategi pembelajaran koperatif ABSTRAK Konsep kendiri akademik merupakan persepsi individu terhadap kebolehan dirinya dalam bidang akademik. Pemupukan konsep kendiri positif dalam diri pelajar adalah penting kerana konsep kendiri akademik yang tinggi akan membina keyakinan diri terhadap pencapaian cemerlang. Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep kendiri pelajar. Pada masa kini, strategi pembelajaran berkumpulan ini juga mula mendapat perhatian dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, kajian berbentuk empirik untuk mengukur keberkesanan strategi terse but dalam konteks Malaysia sangat berkurangan. Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian berbentuk eksperimen yang dijalankan di peringkat sekolah menengah. Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran koperatif dengan strategi tradisional terhadap konsep kendiri akademik dalam pendidikan perakaunan. Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran koperatif diperoleh melalui soalan terbuka yang berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiri akademik pelajar kumpulan pembelajaran tradisional lebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran koperatif. Namun begitu, data kualitatif yang diperoleh menjelaskan dengan lebih terperinci pengalaman positif yang dilalui oleh pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran koperatif sesuai dilaksanakan di Malaysia. ABSTRACT Academic self-concept is the individual's perception of his/her ability in academic field. Developing students with positive self-concept is important because high academic self-concept will help students to build confidence on high achievement. Researches abroad showed that cooperative learning is able to increase student self-concept. Right now, group learning strategy has been used in the Malaysian educational system. However, only a few empirical studies have been conducted to measure the effectiveness of the strategy in the Malaysian context. This paper reports the finding of an experimental study that was conducted at secondary schools. This study compared cooperative learning strategy with conventional strategy toward academic self-concept in accounting education. Students' perception of the implementation of cooperative learning strategy was obtained through structured open ended questions. The result of the study showed that academic self-concept of students in conventional learning groups was higher compared to cooperative learning groups. Nevertheless, qualitative data that were obtained explained in detail students' positive experiences. The implication of the study showed that cooperative learning strategy is suitable for implementation in Malaysia. PENDAHULUAN Konsep kendiri boleh diterangkan sebagai persepsi diri sendiri dari segi sikap, perasaan, pengetahuan tentang kebolehan, kemahiran, penampilan dan penerimaan sosial (Byrne 1984). Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) pula berpendapat konsep kendiri merupakan persepsi individu yang terbentuk melalui pengalaman yang dilalui. Persepsi terse but ban yak dipengaruhi oleh galakan daripada persekitaran,

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3452/1/...Terhadap_Konsep_Kendiri_Akademik.pdf · Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep

  • Upload
    buibao

  • View
    255

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3452/1/...Terhadap_Konsep_Kendiri_Akademik.pdf · Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 151-161 (2004) ISS : 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri AkademikDi dalam Pendidikan Perakaunan

SUHAIDA ABDUL KADIR, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE,ORAN FAUZIAH YAAKUB, HABIBAH ELIAS & ROHANI AHMAD TARMIZI

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia

Kata kunci: Konsep kendiri akademik, pendidikan perakaunan, strategi pembelajaran koperatif

ABSTRAK

Konsep kendiri akademik merupakan persepsi individu terhadap kebolehan dirinya dalam bidangakademik. Pemupukan konsep kendiri positif dalam diri pelajar adalah penting kerana konsepkendiri akademik yang tinggi akan membina keyakinan diri terhadap pencapaian cemerlang.Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsepkendiri pelajar. Pada masa kini, strategi pembelajaran berkumpulan ini juga mula mendapatperhatian dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, kajian berbentuk empirik untukmengukur keberkesanan strategi tersebut dalam konteks Malaysia sangat berkurangan. Kertaskerja ini melaporkan dapatan kajian berbentuk eksperimen yang dijalankan di peringkat sekolahmenengah. Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran koperatif dengan strategi tradisionalterhadap konsep kendiri akademik dalam pendidikan perakaunan. Persepsi pelajar terhadappelaksanaan strategi pembelajaran koperatif diperoleh melalui soalan terbuka yang berstruktur.Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiri akademik pelajar kumpulan pembelajaran tradisionallebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran koperatif. Namun begitu, data kualitatif yangdiperoleh menjelaskan dengan lebih terperinci pengalaman positif yang dilalui oleh pelajar.Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran koperatif sesuai dilaksanakan diMalaysia.

ABSTRACT

Academic self-concept is the individual's perception of his/her ability in academic field. Developingstudents with positive self-concept is important because high academic self-concept will helpstudents to build confidence on high achievement. Researches abroad showed that cooperativelearning is able to increase student self-concept. Right now, group learning strategy has been usedin the Malaysian educational system. However, only a few empirical studies have been conductedto measure the effectiveness of the strategy in the Malaysian context. This paper reports thefinding of an experimental study that was conducted at secondary schools. This study comparedcooperative learning strategy with conventional strategy toward academic self-concept in accountingeducation. Students' perception of the implementation of cooperative learning strategy wasobtained through structured open ended questions. The result of the study showed that academicself-concept of students in conventional learning groups was higher compared to cooperativelearning groups. Nevertheless, qualitative data that were obtained explained in detail students'positive experiences. The implication of the study showed that cooperative learning strategy issuitable for implementation in Malaysia.

PENDAHULUAN

Konsep kendiri boleh diterangkan sebagaipersepsi diri sendiri dari segi sikap, perasaan,pengetahuan tentang kebolehan, kemahiran,penampilan dan penerimaan sosial (Byrne 1984).

Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) pulaberpendapat konsep kendiri merupakan persepsiindividu yang terbentuk melalui pengalamanyang dilalui. Persepsi terse but banyakdipengaruhi oleh galakan daripada persekitaran,

Page 2: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3452/1/...Terhadap_Konsep_Kendiri_Akademik.pdf · Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Noran Fauziah Yaakub, Habibah Elias & Rohani Ahmad Tarmizi

orang penting bagi seseorang individu tersebutdan atribusi yang dibuat oleh individu terhadaptingkah lakunya sendiri. Konsep kendiridikatakan tidak wujud sebagai satu entiti di dalamdiri individu. Sebaliknya ia lebih kepada satukonstruk yang digunakan untuk menerangkandan meramalkan tingkah laku individu. Antaradefinisi lain, konsep kendiri dianggap sebagaisatu sistem kepercayaan yang kompleks dandinamik yang dipegang sebagai satu kebenaranoleh seseorang individu tentang dirinya apabilasetiap kepercayaan mempunyai nilai tertentu(Purkey 1970: 7).

Peranan Konsep Kendiri dalam Proses Pendidikan

Purkey (1970) telah mengemukakan konsepkendiri pelajar dari perspektif teoritikal. Pelajarmempunyai konsep kendiri yang menentukannilai positif dan nilai negatif bagi setiap perkarauntuk diri mereka. Konsep kendiri mereka jugamembentuk cara tersendiri dalam menganggapkejayaan dan kegagalan yang dialami. Pelajaryang sering mengalami kegagalan memilikikonsep kendiri yang sukar untuk menerimahakikat bahawa mereka juga boleh berjaya.

Persoalan yang timbul di sini ialah adakahkonsep kendiri mempunyai perkaitan denganpencapaian pelajar? Grobler, Grobler, danEsterhuyse (2001) mendapati bahawa wujudnyakorelasi antara konsep kendiri matematik dankonsep kendiri akademik dengan prestasimatematik di kalangan pelajar lelaki rendahpencapaian dalam matematik. Ini bermaknakonsep kendiri rendah dikaitkan denganpencapaian akademik rendah. Apa yang jelasadalah wujud hubungan positif antara konsepkendiri akademik dan pencapaian pelajar(Marsh, Byrne dan Shavelson 1988).

Menurut Purkey (1970) lagi, pelajar akanberkelakuan tertentu dan membuat sesuatutindakan yang menggambarkan konsep kendirimereka. Berdasarkan pandangan tersebut,konsep kendiri pelajar itulah yang akan sentiasamereka pegang selepas tamat persekolahan.Dalam kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti konsep kendiri di kalangan pelatih institusipemulihan kebajikan, Sidek dan Adnan (2000)mendapati 112 (72.7%) pelatih yang terdiridaripada golongan remaja mempunyai konsepkendiri rendah. Sidek dan Adnan mengaitkankonsep kendiri rendah tersebut dengan tingkahlaku yang melanggar undang-undang yangdilakukan oleh remaja tersebut. Implikasi

dapatan kajian itu menunjukkan betapa perlunyaproses pendidikan untuk memberi perhatiankepada perkembangan konsep kendiri positif dikalangan pelajar.

Walau bagaimanapun, konsep kendiritersebut akan berubah sekiranya keadaanpersekitaran menggalakkan peningkatan konsepkendiri (Purkey 1970). Slavin (1990)berpendapat strategi pembelajaran koperatif(PK) menyebabkan pelajar merasakan dirimereka lebih disukai oleh rakan-rakan dan lebihberkeyakinan dalam pelajaran mereka. Perasaandisukai dan berkeyakinan itu merupakan cirikonsep kendiri. Strategi PK adalah salah satustrategi pembelajaran yang melibatkan kerjaberkumpulan secara terancang denganpenglibatan minimum guru.

Model Penyebab telah dibentuk bagimenerangkan kesan PK ke atas pencapaiandengan melihat aspek konsep kendiri danmatlamat akademik (Rajah 1). Lynch (1991)mencadangkan model tersebut berdasarkandapatan kajian lepas yang mendapati terdapathubungan antara ciri saling bergantung yangpositif dengan identiti pelajar sebagai ahlikumpulan. Ciri saling bergantung yang positifjuga didapati mempunyai hubungan denganmatlamat individu yang selari dengan matlamatkumpulan. Dari sudut psikologi kognitif,matlamat individu mempengaruhi tahapkeupayaan pelajar untuk belajar. Seterusnyakajian lepas juga menunjukkan terdapathubungan antara proses kognitif dengan aspekmotivasi.

Lynch (1991) telah menjalankan satu kajianbagi menyokong model penyebab yang beliaukemukakan. Dalam kajian tersebut, seramai 98pelajar sekolah menengah atas terlibat denganPK yang dikendalikan oleh guru kelas. Gurutersebut telah mengikuti kursus PK yang dibuatselepas waktu persekolahan. Soal selidik yangmengukur kesan PK ke atas konsep kendiriakademik dan matlamat akademik diedarkansebagai praujian dan pascaujian. Pendedahanpelajar terhadap PK diukur melalui skala yangdicatat oleh pelatih PK terhadap kemahiran gurudalam PK dan jumlah masa yang pelajar luangkanbersama guru mereka. Pencapaian pelajar diukurdengan Regency Competency Test (RCT) iaitu satuujian bagi melayakkan pelajar menerima diplomasekolah menengah atas. Walau bagaimanapunhanya 59 orang yang menjadi sampel kajiankerana mereka telah mengisi semua soal selidikdan mengambil ReT.

152 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Page 3: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3452/1/...Terhadap_Konsep_Kendiri_Akademik.pdf · Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

Pendedahan .. Persepsi pelajarkepada PK

...terhadap diri

1I

sebagai pelajar

Pencapaian...akademik

~,

Matlamat Iakademik

pelajar

Rajah 1: Model penyebab (Lynch 1991)

Dengan menggunakan teknik analisis laluan(path analysis) dapatan kajian menunjukkan PKmempengaruhi pencapaian pelajar denganperantaraan konsep kendiri dan matlamatakademik. Analisis regresi menunjukkan konsepkendiri pelajar yang banyak melibatkan diridalam PK lebih tinggi berbanding pelajar yangkurang melibatkan diri dalam PK. Kajian inijuga menunjukkan konsep kendiri mempengaruhipencapaian akademik pelajar. amun begitu,methodologi kajian tidak diterangkan secaraterperinci. Jangka masa eksperimen yangdijalankan tidak dinyatakan dan bilangan subjekagak kecil.

Kesan Pembelajaran Koperatif TerhadapKonsep Kendiri

Kajian berkenaan dengan kesan PK terhadapkonsep kendiri mendapat perhatian di kalanganpenyelidik PK. Di peringkat institusi pengajiantinggi, Gnagery, Sarles dan Sarver (1997) inginmenentukan hubungan antara penilaian pelajarke atas keberkesanannya sebagai ahli pasukanSTAD dengan beberapa pembolehubah dalamkursus Psikologi Pendidikan yang berbentukkolaboratif. Hipotesis kajian ini menjangkapenilaian diri oleh pelajar akan mempunyaihubungan yang positif dengan penilaian ke atasdirinya oleh rakan sepasukan, penilaian ke atasrakan sepasukan oleh pelajar tersebut, penilaianterhadap kursus, penilaiannya terhadapkeputusan motivasi pengajar dan ke ataspencapaian pelajar itu sendiri.

Seramai 154 pelajar di dalam empatkumpulan kursus psikologi pendidikan terlibatdalam kajian ini. Pembahagian pelajar kepadakumpulan mengikut prosedur pendaftaranpelajar yang biasa. Bermula minggu kedua,

pelajar diagihkan kepada lapan kumpulan yangheterogen menggunakan senarai kelas yangdisusun mengikut skor yang diperoleh daripadakuiz. Kuiz terdiri daripada 30 soalan yangmeliputi bab pertama dalam buku teks.

Alat kajian yang digunakan bagi penilaiandiri ialah Team Member Performance Appraisal(TMPA) yang menggunakan skala Likert limamata berpandukan ciri kehadiran dalamperjumpaan pasukan, sumbangan idea,menyiapkan tugasan, mewujudkan perasaanpositif di kalangan ahli pasukan danmenggalakkan rakan sepasukan meluahkansesuatu. Pelajar membuat penilaian ke atasdirinya dan rakan sepasukan menggunakan alatkajian ini. Bagi menilai keberkesanan kursustersebut, University Course Rating Scale (VCRS)yang mengandungi 12 item digunakan.Pencapaian pelajar dinilai dengan ujian yangmengandungi 60 item soalan pelbagai pilihan(multiple choice). Penilaian terhadap motivasipengajar dinilai menggunakan TARGETT Ratingscale.

Walaupun semua hipotesis yangdikemukakan berjaya disahkan namun kajian initidak menggunakan definisi operasional konsepkendiri yang kukuh seperti dalam kajian lain.Semasa membuat rumusan, penyelidikmenganggap penilaian diri pelajar merupakankonsep kendiri. Maka kesahan alat kajian tersebutsebagai mengukur konsep kendiri bolehdipersoalkan.

Terdapat juga kajian yang menunjukkantiada perbezaan konsep kendiri pelajar antarakumpulan PK dengan kumpulan kawalan.Antaranya ialah kajian yang dijalankan ke atas266 orang pelajar sekolah rendah KristianQacobs, Watson dan Sutton 1996). Kajian inimembandingkan pencapaian matematik,

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 153

Page 4: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3452/1/...Terhadap_Konsep_Kendiri_Akademik.pdf · Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep

Suhaida Abdul Kadir, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, oran Fauziah Yaakub, Habibah Elias & Rohani Ahmad Tarmizi

Apa yang dapat dirumuskan di sini, terdapatpelajar yang memerlukan masa yang lebih lamaun tuk menghilangkan perasaan rendah diriketika berinteraksi di dalam kumpulan kecil.Apabila diberi masa yang secukupnya sertamelalui pergantungan positif dan interaksisesama pelajar akan dapat membantu merekadalam memahami sesuatu mata pelajaran. Maka,pelajar menjadi lebih yakin terhadap matapelajaran tersebut dan membuat perbandingansosial yang lebih positif. Berdasarkan ModelKerangka Rujukan Dalaman dan Luaran (Marsh1986), perbandingan sosial yang positif akanmembantu meningkatkan konsep kendiriakademik pelajar.

RUMUSAN

Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiriakademik kumpulan PT lebih tinggi dansignifikan berbanding kumpulan PK Implikasidaripada dapatin ini adalah proses interaksipelajar dengan ahli kumpulan yang lebihberkebolehan boleh menyebabkan pelajarmembuat perbandingan dari segi kebolehan danterdapat pelajar yang merasa rendah diri. ]usteru,adalah sangat perlu untuk pelajar diberi peluanguntuk saling kenal-mengenali sesama ahlikumpulan dalam suasana yang lebih terancang.Dengan kata lain, guru perlu mewujudkan lebihbanyak aktiviti yang dapat membina hubunganbaik sesama ahli kumpulan. Apabila pelajar salingkenal-mengenali dan mempunyai hubungan eratdalam satu kumpulan, mereka dapatmewujudkan satu identiti kumpulan iaitukebolehan individu dan usaha secara bersamabergabung mewujudkan satu tahap kebolehankumpulan. Pelajar yang berkebolehan rendahakan cenderung mengukur kebolehan kumpulansebagai kebolehan individu, yang membantumeningkatkan konsep kendiri akademik pelajar.

RUJUKANALLE , W. H. dan R. L. VANSICKLE. 1984. Learning

teams and low achievers. Social Education 48:60-64.

BERG, B. L. 1998. Qualitative Research Methods for theSocial Sciences. 3rd ed. Boston: Allyn and Bacon.

BYRNE, B. M. 1984. The general!academic self­concept nomological network: A review ofconstruct validation research. Review ofEducational Research 54(3): 427-456.

DENZIN, N. K. dan Y. S. LINCOLN. 2000. Introduction:The discipline and practice of qualitativeresearch. Dalam Handbook of Qy,alitative Research,disunting oleh N. K. Denzin dan Y. S. Lincoln.Edisi Kedua. Thousand Oaks, California: SagePublications, Inc.

FRAE KEL, j. R. dan N. E. WALLEN. 1996. How toDesign and Evaluate Research in Education. EdisiKetiga. New York: McGraw-Hill, Inc.

GNAGERY, W. j., K. B. SARLES dan T. R. SARVER. 1997.Correlates of self-concept incollaborativelearning. ERIC Document ReproductionService o. ED 413812.

GROBLER, A. C., A. A. GROBLER dan K. G. F. ESTERHUYSE.2001. Some predictors of mathematicsachievement among black secondary schoollearners. South AfricanJournal ofPsychology 31 (4):48-55.

JACOBS, D. L, T. G. WATSO dan j. P. SUITO . 1996.Effects of a cooperative learning method onmathematics achievement and affectiveoutcomes of students in a private elementaryschool. Journal of Research and Development inEducation 29(4): 195-202.

LYNCH, R. 1991. Cooperative learning, self-conceptand academic achievement: A theoreticalargument for self-concept as mediating therelationship between cooperative learning andacademic achievement. ERIC DocumentReproduction Service o. ED 359278.

MARsH, H. W. 1986. Verbal and math self-concepts:an internal!external frame of reference model.A merican Educational ResearchJournal23( 1): 129­149.

MARsH, H. W. 1990. The structure of academic self­concept: The Marsh/Shavelson model. Journalof Educational Psychology 82(4): 623-636.

MARsH, H. W. 1992. Content specificity of relationsbetween academic achievement and academicself-concept. Journal of Educational Psychology84(1): 35-42.

MARsH, H. W., B. M. BYR.!"lE dan R. j. SHAVELSON.1988. A multifaceted academic self-concept:Its hierarchical structure and its relation toacademic achievement. Journal of EducationalPsychology 80(3): 366-380.

PURKEY, W. W. 1970. Introduction to Theories of theSelf: Self-concept and School Achievement. hIm. 1­13. Massachusetts: Allyn & Bacon.

160 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No.2 2004

Page 5: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3452/1/...Terhadap_Konsep_Kendiri_Akademik.pdf · Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik Di dalam Pendidikan Perakaunan

SHAVELSON, R. j., j. j. HUB ER dan G. C. STA.'\ITO .1976. Self-concept: Validation of constructinterpretations. Review of Educational Research46(3): 407-441.

SIDEK MOHO OAH dan AnNAN BIN ABu BAKAR. 2000.Konsep kendiri di kalangan pelatih-pelatihinstitusi pemulihan kebajikan, JabatanKebajikan Masyarakat. Jumal Kebajikan 22(2):www.kempadu.gov.my/jkm/jumal/dis %202000/jumaC4_dis2000.htm

SLAV!;\', R. E. 1983. When does cooperative learningincrease studen t achievement? PsychologicalBulletin 94(3): 429-445.

SLAVI , R. E. 1990. Cooperative Leaming: Theory,Research and Practice. Massachusetts: Allyn &Bacon.

STRAUSS, A. dan j. CORBIN. 1995. Basics of QualitativeResearch: Grounded Theory, Procedures andTechniques. London: Sage Publications.

TmvNsENo, M. A. R., D. W. MOORE, B. F. TUCK danK. M. WILTON. 1998. Self-concept and anxietyin university students studying science statisticswithin a co-operative learning structure.Educational Psychology 18(1): 41-54.

(Diterima: 8 November 2002)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 0.22004 161