23
Pembelajaran Koperatif | 105 UNIT 7 PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif. 2 Saya dapat membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan pembelajaran koperatif secara kompleks 3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah

Unit 7 koperatif

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 105

UNIT 7

PEMBELAJARAN KOPERATIF

DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif.

2 Saya dapat membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan pembelajaran koperatif secara kompleks

3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah

Page 2: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 106

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :

i) Menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif. ii) Membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan

pembelajaran koperatif secara kompleks; iii) Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam

pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah; 7.1 PENGENALAN Dalam mempertimbangkan cara-cara yang terbaik untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi cabaran abad ke 21, isi kandungan kurikulum matematik dan cara pendekatan pengajaran pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi perlu diubah. Ini selaras dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan. Walau bagaimanapun, perubahan kurikulum hendaklah lebih berfokus iaitu dari kemahiran aritmatik dan komputasi kepada kurikulum matematik yang dapat memperkembangkan kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan, pembelajaran masteri, penaakulan dan penggunaan teknologi maklumat. Matlamat akhirnya adalah untuk membantu pelajar-pelajar mengkonstruk kefahaman konseptual matematik mereka, bukan menghafal fakta, peraturan dan teorem-teorem matematik sahaja. Guru matematik seharusnya berusaha untuk membina kefahaman konsep, diikuti dengan latihan-latihan untuk memperkukuhkan kemahiran dan prinsip melalui pembuktian, penjelasan semula oleh pelajar dalam kelas atau kumpulan.

Pengajaran matematik diharapkan dapat menangani matlamat-matlamat abad ke 21. Pengajaran matematik secara penerangan atau demonstrasi perlu diadunkan dengan pelbagai kaedah dan strategi dalam pengajaran yang melibatkan sama ada pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu. Guru diharapkan memainkan peranan sebagai fasilitator, membimbing pelajar untuk meneroka, menyoal soalan yang dapat mempertingkatkan daya berfikir dan memperkembangkan pelbagai kecerdasan pelajar.

Salah satu penekanan dalam kurikulum matematik sekolah bestari 1998 adalah

penerapan pembelajaran kumpulan. Mengikut National Council of Teachers of Mathematics (NCTM), menyatakan bahawa:

„Small groups provide a forum in which students ask questions, discuss ideas, make mistakes, learn to listen to others‟ ideas, offer constructive criticism, and summarize their discoveries in writing‟ (1989, page 79).

Page 3: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 107

Sebelum membaca seterusnya modul ini, adakah anda pernah melaksanakan pembelajaran koperatif semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah? Bincangkan pengalaman anda semasa melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik secara pembelajaran koperatif. 7.2 PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka. 7.3 MENGAPA PEMBELAJARAN KOPERATIF Tinjauan kajian yang dibuat oleh Davidson (1985, 1996b) dan Webb (1985) yang memfokuskan kepada pembelajaran matematik dalam aspek pencapaian serta perhubungan antara pelajar dalam kumpulan. Davidson (1996b) telah membuat tinjauan ke atas lebih kurang 80 peratus kajian-kajian yang berkaitan dengan perbandingan antara pencapaian pelajar dalam matematik secara pembelajaran koperatif dengan pembelajaran matematik pengajaran secara tradisional iaitu secara keseluruhan kelas. Didapati lebih 40 peratus kajian-kajian ini menyatakan pencapaian setiap individu yang terlibat dengan pembelajaran koperatif telah meningkat. Hanya dua kajian sahaja menunjukkan pencapaian individu kumpulan kawalan meningkat daripada individu yang mengikuti pembelajaran koperatif.

Bagi menyokong tinjauan kajian Davidson ini, kajian Webb juga mendapati terdapat korelasi pencapaian dalam matematik antara pelajar-pelajar yang berada dalam kumpulan pelbagai kecerdasan dengan pencapaian individu masing-masing. Davidson juga mendapati kesan kemahiran matematik melalui pembelajaran koperatif adalah positif apabila kombinasi akauntibiliti individu dengan matlamat kumpulan atau pengiktirafan kumpulan bagi pencapaian yang cemerlang. Kesan pembelajaran koperatif adalah tidak signifikan dengan pengajaran tradisional jika guru tidak berpengalaman melaksanakan pembelajaran koperatif, kurang sedar tentang kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan dan kurang merangsangkan pembelajaran kumpulan atau saling bergantungan secara positif antara pelajar.

Kajian Sherman & Thomas (1986) juga mendapati pembelajaran koperatif dapat

meningkatkan pencapaian pelajar cerdas, sederhana dan lemah dalam matematik. Seterusnya, pelajar-pelajar didapati dapat menyimpan ingatan dalam jangka masa yang panjang, berkebolehan menyelesaikan masalah, bersikap lebih positif terhadap

Page 4: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 108

pembelajaran matematik dan self-esteem yang tinggi (Salvin, 1990; Gickling & Theobald, 1975).

7.4 PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

ahukah anda bagaimana Melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif? Secara umum, pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai cara, antaranya formal, informal dan kumpulan asas (Rujuk 7.1).

Pengajaran yang menggunakan Koperatif Generik dan Pembelajaran Koperatif yang Pembelajaran Struktur Spesifik

Penggunaan Rutin Pembelajaran Koperatif

Rajah 7.1: Pembelajaran Koperatif

T

Elemen Penting

- Saling bergantungan - Akauntibiliti

positif individu

- Interaksi bersemuka - Kemahiran

Sosial

- Pemerosesan kumpulan

Peranan Guru

Kumpulan Formal Kumpulan Informal

- Objektif pengajaran - pengenalan

- Perbincangan awal - perbincangan

- Menerang tugasan - menamatkan Kumpulan

- Memantau dan perbincangan Asas

menyelia

- Menilai

Page 5: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 109

7.4.1 Pembelajaran koperatif secara formal Tentu anda pernah melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif di bilik darjah. Persoalannya, adakah ia boleh dikatakan pengajaran pembelajaran koperatif secara formal? Pembelajaran koperatif secara formal ini merupakan pembelajaran di mana pelajar belajar bersama-sama dalam satu waktu pembelajaran hingga ke beberapa minggu pembelajaran dalam usaha untuk mencapai dan berkongsi matlamat pembelajaran serta menyiapkan sesuatu kerja dan tugasan. Tugasan-tugasan ini termasuklah dalam usaha membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, melengkapkan sesuatu unit pembelajaran, menulis laporan, menjalankan kajian dan lain-lain tugasan yang biasa dibuat dalam bilik darjah (Johnson & Johnson, 1990).

Dalam melaksanakan pembelajaran koperatif secara formal di bilik darjah, seseorang guru perlu melakukan perkara-perkara berikut:

a) Tentukan objektif pembelajaran Dalam setiap pelajaran, guru harus menentukan objektif akademik, strategi dan

kaedah yang akan digunakan dan objektif kemahiran sosial interpersonal atau kumpulan kecil yang akan digunakan semasa pengajaran pembelajaran dibuat dengan jelas.

b) Membuat keputusan awal Guru mesti memutuskan tentang saiz dan jenis kumpulan, kaedah memberikan

tugasan, peranan pelajar, bahan-bahan yang akan digunakan dan susunan bilik darjah.

c) Penerangan tugasan dan saling bergantungan positif Guru perlu menerangkan dengan jelas tentang tugasan yang perlu dibuat, saling

bergantungan positif dan akauntibiliti individu yang diharapkan daripada setiap pelajar, mengajar konsep dan strategi yang diperlukan, berikan kriteria-kriteria untuk berjaya dan kemahiran sosial yang dijangkakan daripada pelajar-pelajar.

d) Memantau pembelajaran pelajar dan kemahiran interpersonal dan

kumpulan Guru memerhati secara sistematik dan mengumpul maklumat setiap ahli kumpulan dan juga kumpulan-kumpulan dan membantu ahli atau kumpulan yang memerlukan bantuan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

e) Menilai pembelajaran pelajar dan membantu kumpulan untuk berfungsi

Pembelajaran pelajar diperhatikan dan direkodkan pencapaian setiap pelajar dan bagaimana keberkesanan pelajar-pelajar bekerjasama semasa menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran.

Cuba anda buat refleksi kepada pengajaran yang pernah anda laksanakan di sekolah. Adakah ia merupakan pengajaran pembelajaran koperatif secara formal?

Page 6: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 110

7.4.2 Pembelajaran Koperatif Secara Informal Pembelajaran koperatif informal ini berlaku jika pelajar belajar bersama untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran secara sementara sahaja. Kumpulan yang dibentuk secara „ad hoc‟ untuk jangka masa beberapa minit hingga keseluruhan masa pelajaran kelas. Semasa pengajaran atau tunjukcara, pembentukan kumpulan ini boleh dibuat untuk menarik perhatian ke atas bahan pembelajaran dan membantu pelajar-pelajar memahami bahan pembelajaran. Pembelajaran koperatif informal ini selalu digunakan antara 3 hingga 5 minit perbincangan ke atas sesuatu tugasan sebelum pengajaran atau selepas pengajaran dan 2 hingga 5 minit perbincangan dalam kumpulan sepanjang pengajaran.

7.4.3 Kumpulan Asas Pembentukan kumpulan asas koperatif dibuat untuk jangka masa panjang, heterogeneous, bilangan kumpulan antara 2 – 4 orang. Tujuan pembentukan kumpulan asas ini adalah untuk memastikan setiap ahli kumpulan membantu dan merangsang setiap ahli kumpulan untuk berjaya dalam akademik. Kumpulan ini kekal untuk sekurang-kurangnya untuk satu semester atau satu tahun. Kumpulan-kumpulan ini dimestikan berjumpa setiap minggu untuk membincang kemajuan setiap ahli dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan bantuan akademik. 7.5 KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF Terdapat lima Konsep Utama (Rajah 7.2) pendekatan pembelajaran koperatif iaitu struktur koperatif/kompleks, prinsip asas, pengurusan, kemahiran sosial, pembentukan kumpulan dan pembinaan kelas dan kumpulan. Enam perkara ini perlu dikuasai oleh guru sebelum melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif di bilik darjah.

Prinsip

Pengurusan Pembinaan Kelas

Struktur

Kumpulan Kemahiran Sosial

Rajah 7.2: Kunci Utama Pembelajaran Koperatif

Page 7: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 111

7.5.1 Pendekatan Struktur dan Kompleks Satu konsep yang penting yang perlu diketahui ialah tentang pendekatan pengajaran pembelajaran koperatif. Terdapat dua pendekatan yang dominan iaitu pendekatan berstruktur dan kompleks. Kedua-dua pendekatan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam penerangan seterusnya. 7.5.2 Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif Terdapat lima prinsip bagi pembelajaran koperatif yang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar iaitu:

a) Saling Bergantungan Secara Positif (positive interdependence) Ungkapan umum tentang prinsip pembelajaran koperatif: “all for one and one for

all”. Saling bergantungan secara positif (positif interdependence) wujud bila pelajar yakin mereka merupakan ikatan dalam satu kumpulan supaya mereka berjaya bersama-sama. Sekiranya ahli kumpulan bekerja kuat atau tidak mereka mesti bersama-sama bekerja membantu ahli-ahli kumpulan lain supaya berjaya melaksanakan tugasan. Dua tanggungjawab setiap ahli kumpulan iaitu belajar bahan pembelajaran yang diberikan dan memastikan setiap ahli kumpulan memahami bahan pembelajaran tersebut. Bagi menjamin kejayaan pembentukan perhubungan/pergantungan secara positif, guru bolehlah memberi ganjaran, membahagikan bahan-bahan pembelajaran, dan memberikan tugas-tugas sampingan setiap individu.

b) Akauntibiliti Individu (individual Accountability) Ungkapan umum adalah: “What children can do together today, they can do

alone tomorrow”. Bila pencapaian setiap individu dinilai dan keputusan diberikan balik kepada kumpulan dan individu, maka ahli-ahli kumpulan tahu ahli-ahli mana yang memerlukan bantuan bagi melengkapkan tugasan atau ujian. Bagi memastikan setiap ahli kumpulan bersikap akauntibiliti individu ahli-ahli kumpulan perlu menilai sebanyak mana kemampuan setiap ahli menyumbang kepada kumpulan, memberi maklum balas (feed back) kepada kumpulan dan individu, membantu kumpulan bagi mengelakkan sumbangan yang bertindih dan memastikan setiap ahli kumpulan bertanggungjawab kepada keputusan akhir.

c) Interaksi Bersemuka Dalam pembelajaran koperatif, pelajar memerlukan hubungan/interaksi

bersemuka antara ahli-ahli kumpulan yang membuatkan setiap ahli belajar dan berjaya. Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan dapat memberangsangkan perkongsian idea, sumber atau jawapan. Guru perlu memaksimumkan peluang pelajar dengan mempromosi setiap kejayaan ahli kumpulan iaitu dengan membantu, memberi

Page 8: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 112

bimbingan dan memberi sokongan, menggalakkan dan memuji setiap ahli kumpulan supaya belajar lebih giat. Antara kesan interaksi bersemuka adalah: i) aktiviti kognitif berlaku semasa ahli-ahli kumpulan berbincang dan mengajar

rakan tentang konsep-konsep yang dipelajari; ii) perhubungan sosial yang lebih luas; iii) respond verbal dan nonverbal dalam kalangan ahli memberi maklumat

tentang pencapaian masing-masing; iv) memberi peluang kepada ahli-ahli kumpulan mendesak ahli kumpulan yang

kurang berusaha supaya bekerja keras; dan v) memberi peluang setiap ahli kumpulan berhubung antara satu sama lain

dengan lebih dekat dan mesra.

d) Kemahiran Interpersonal dan kumpulan kecil (Interpersonal and small groups skills)

Ungkapan umum adalah: “I will pay more for the ability to deal with people than any other ability under the sun”. Setiap pelajar harus diajar kemahiran sosial bagi memperoleh kualiti kolaboratif yang tinggi. Kemahiran sosial ini termasuklah berkebolehan memberi arahan bekerja dalam kumpulan dan menggunakan suara yang lembut. Untuk itu setiap ahli kumpulan: i) mesti mengenali antara satu sama lain dan percaya mempercayai; ii) berhubung secara tepat dan selalu; iii) terima dan sokong antara satu sama lain; dan iv) menyelesaikan dan menghindar sebarang konflik yang wujud antara ahli

kumpulan

e) Penilaian dan Refleksi (group processing) Membuat refleksi untuk meninjau kembali cara perbincangan dalam kumpulan

dijalankan dan memberi tindak balas setiap tindakan yang membantu dan yang tidak membantu. Membuat keputusan tentang apa tindakan yang ditukar atau diteruskan agar dapat memperbaiki keberkesanan sumbangan ahli kumpulan semasa bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

Fikirkan, bagaimana memenuhi prinsip-prinsip ini dalam pengajaran pembelajaran matematik secara koperatif. 7.5.3 Pembinaan Kelas Bagi menjamin kejayaan pembelajaran koperatif ini guru hendaklah mengambil masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk semangat bekerjasama, hormat menghormati, percaya mempercayai dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pembinaan kelas dapat mewujudkan jaringan antara semua pelajar dalam bilik darjah dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Walaupun pelajar-pelajar berada dalam kumpulan masing-masing tetapi guru mesti menyedarkan mereka bahawa setiap pelajar merupakan ahli keseluruhan kelas bukan hanya kepada kumpulan masing-

Page 9: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 113

masing. Sumbangan mereka bukan tertumpu kepada kumpulan masing-masing tetapi kepada kejayaan keseluruhan kelas.

7.5.4 Pembentukan Kumpulan Dalam pembelajaran koperatif bilangan ahli bagi sesuatu kumpulan yang ideal adalah 4 orang. Jika bilangan ahli lebih terlalu ramai akan terdapat pelajar-pelajar yang tidak mengambil bahagian, masalah pengawalan kelas, dan masa yang panjang bagi sesuatu aktiviti pembelajaran. Kumpulan yang dibentuk hendaklah heterogenous iaitu terdiri dari aspek keupayaan pelajar, jantina, dan bangsa. Kumpulan-kumpulan ini harus kelas untuk lima hingga enam minggu bagi membolehkan pelajar mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat dan meningkatkan kemahiran sosial mereka. Berikut adalah beberapa contoh cara yang boleh digunakan untuk membentuk kumpulan bagi pengajaran pembelajaran secara koperatif. Katakan kelas mengandungi 28 orang pelajar, manakala anda ingin membentuk kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 4 orang pelajar. Cara yang boleh digunakan:

i. Menyediakan gula-gula dengan warna pembalut terdiri daripada 7 warna berbeza. Bahagikan gula-gula berkenaan secara rawak, dan setiap seorang sebiji gula-gula. Seterusnya mintalah pelajar yang memiliki gula-gula yang sama warna untuk duduk dalam kumpulan yang sama. Oleh itu, bilangan kumpulan yang dibentuk adalah 7 kumpulan berbeza.

ii. Menyuruh pelajar membilang nombor dari nombor 1 hingga 4. Seterusnya, pelajar yang berikutnya akan mengulang semula bermula daripada nombor 1 hinggalah 4. Proses membilang ini dilakukan sehingga semua pelajar membilangnya. Akhirnya pelajar yang menyebut nombor yang serupa diminta untuk duduk dalam satu kumpulan yang sama.

Fikirkan satu cara membentuk kumpulan secara heterogenous untuk pengajaran pembelajaran koperatif.

7.5.5 Pengurusan Dapatan kajian menunjukkan bahawa masalah pengurusan bilik darjah menurun apabila guru memulakan pembelajaran koperatif. Mengurus pengajaran koperatif dalam bilik darjah haruslah diberi tumpuan oleh guru agar pengajaran menjadi lebih menarik dan terkawal. Antara pengurusan bilik darjah yang perlu dikuasai oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran koperatif adalah menentukan susunan bilik darjah, membahagikan kumpulan, mengawal paras kebisingan semasa pembelajaran, memberi arahan, mengedarkan dan menyimpan lembaran tugasan, menyimpan rekod individu dan kumpulan pelajar. Di samping itu, guru perlu menegaskan kepada pelajar-pelajar tentang „isyarat senyap‟ yang harus dipatuhi dan dipersetujui oleh semua pelajar. Antara „isyarat senyap‟ yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti mengangkat tangan atau bertepuk tangan dua kali atau meniup wisel atau cara-cara lain yang

Page 10: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 114

difikirkan sesuai. Guru juga boleh menggunakan loceng bagi menandakan bahawa sesuatu aktiviti sudah tamat.

7.5.6 Kemahiran Sosial Kemahiran sosial perlu diterap oleh guru melalui pembelajaran bilik darjah. Sebagai guru, kita perlu sentiasa sedar bahawa pengajaran di sekolah bukan sahaja untuk mengajar ilmu pengetahuan akademik sahaja, tetapi sama pentingnya ialah untuk menyediakan pelajar agar sesuai berada dalam masyarakat nanti. Tidak ada gunanya seseorang pelajar, sekiranya cemerlang dalam akademik, tetapi tidak tahu menghormati rakan atau bermasalah disiplin. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif telah dapat menerapkan perasaan penyayang (caring) di kalangan pelajar, bekerjasama, bantu membantu dan saling faham memahami antara satu sama lain. Semasa pelajar berinteraksi dalam kumpulan, pelajar-pelajar didapati telah dapat meningkatkan kemahiran mendengar, berbincang, mengurus pemprosesan kumpulan, menangani pelajar yang dominan, perasaan bermusuhan dan perasaan malu berkurangan.

7.6 PENDEKATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu pertama, berstruktur dan kedua, kompleks. 7.6.1 Pendekatan secara struktur Pembelajaran koperatif berstruktur ini merupakan prosedur koperatif yang standard bagi memupuk kemahiran-kemahiran generik seperti kerjasama dan komunikasi. Bagi mempraktikkan pembelajaran koperatif, guru haruslah membina struktur pembelajaran koperatif yang kukuh terlebih dahulu melalui aktiviti-aktiviti yang dapat membuatkan pelajar bekerjasama, berkomunikasi dan percaya mempercayai dalam mempelajari sesuatu isi kandungan. Terdapat lebih kurang 80 aktiviti-aktiviti berstruktur yang mudah dilaksanakan di dalam bilik darjah secara berpasangan atau kumpulan. Pemilihan aktiviti struktur bergantung kepada mata pelajaran, masa pengajaran dan kemahiran sosial yang hendak dikembangkan. Dalam unit ini kita akan membincangkan beberapa aktiviti struktur yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah. Secara umum, konsep asas pengajaran pembelajaran koperatif berstruktur ini adalah struktur-struktur yang boleh digunakan semasa set induksi dan/atau semasa perkembangan pengajaran, dan/atau semasa penilaian dan/atau semasa penutup. Penggunaan struktur ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di mana-mana langkah pengajaran.

Page 11: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 115

Bagi memulakan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif di sekolah rendah, guru hendaklah tahu dan mahir untuk melaksanakan beberapa struktur pembelajaran koperatif yang mudah dan sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik. Antaranya adalah seperti „roundtable‟, „roundrobin‟, „pair-check, „think-pair-share‟, „number heads together‟, „show down, „send-a-problem‟ dan lain-lain. Guru boleh cuba menggunakan beberapa struktur ini dalam pengajaran matematik. Berikut adalah beberapa struktur yang mudah dilaksanakan dalam pengajaran pelbagai peringkat sekolah rendah dan menengah.

a) Meja Bulat (Roundtable)

Guru mengemukakan soalan matematik yang mempunyai pelbagai jawapan atau kemungkinan dan memberikan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh kumpulan-kumpulan pelajar. Setiap kumpulan hanya dibekalkan sehelai lembaran atau kertas dan sebatang pensel atau pen. Setiap pelajar dari setiap kumpulan dikehendaki menulis satu respons atau jawapan dan kemudiannya memberikan kepada rakan di sebelahnya. Proses ini diteruskan sehinggalah semua ahli telah memberi sumbangan dengan menulis respon atau jawapan masing-masing. Jika pelajar tidak boleh memberi respon atau jawapan pada ketika itu bolehlah diambil alih oleh rakan di sebelahnya. Roundtable ini dapat menerap kemahiran koperatif seperti mengikut giliran dan mendengar pendapat rakan tanpa gangguan.

b) Tiga Langkah Temu bual (Three-Step Interview)

„Three-Step Interview‟ dilaksanakan untuk kumpulan yang mengandungi empat orang ahli yang dibahagikan kepada dua pasangan iaitu A dan B, C dan D. Langkah 1: A menemu bual B dan C menemu bual D. Penemubual mendengar, menyoal tetapi tidak boleh mengulas atau berkongsi maklumat/data personal.

Langkah 2: Tukar peranan di mana B menemu bual A dan D menemu bual C.

Langkah 3: Berkongsi idea/jawapan – setiap ahli kumpulan berkongsi idea dan maklumat dari empat orang ahli kumpulan. Antara contoh aktiviti atau soalan matematik yang boleh digunakan semasa aktiviti ini adalah seperti berikut:

Berikan contoh-contoh bentuk geometri yang terdapat di rumah anda?

Nyatakan pembolehubah-pembolehubah yang boleh dibentuk di dalam kelas anda?

Nyatakan syarat-syarat bagi petua mencari luas bagi segi tiga Aktiviti ini memerlukan pelajar memberi respon dengan lancar. Oleh itu pelajar akan diberi tajuk perbincangan satu atau dua hari terlebih dahulu untuk membuat persediaan.

c) Penomboran Ahli Kumpulan (Numbered Heads Together)

Setiap pelajar dalam kumpulan (4 orang) akan diberikan nombor daripada satu hingga empat. Guru akan memberi masalah, soalan atau isu. Pelajar-pelajar diminta berbincang dalam kumpulan dengan jangka masa yang ditetapkan. Setiap kumpulan hendaklah memastikan semua ahli-ahlinya dapat menjawab masalah,

Page 12: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 116

soalan atau isu yang diberikan. Guru kemudiannya akan memanggil satu nombor dan ahli kumpulan yang memegang nombor tersebut akan mewakili kumpulannya untuk menjawab secara lisan atau bertulis dan seterusnya guru akan memanggil nombor lain untuk dijawab oleh pelajar yang berkaitan.

d) Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)

Bagi aktiviti ini guru mengemukakan soalan kepada kumpulan (dua atau empat orang). Pelajar-pelajar diminta untuk menyelesaikan secara bersendirian terlebih dahulu dalam jangka masa yang ditetapkan. Kemudian secara berpasangan cuba menyelesaikan masalah atau soalan tersebut sama ada membuat perbandingan penyelesaian atau perbincangan dan mendapat persetujuan untuk jawapan bagi masalah atau soalan. Guru kemudiannya meminta setiap ahli kumpulan membuat perbandingan jawapan dan persetujuan atas jawapan untuk kumpulan masing-masing untuk dibentangkan kepada kelas. Antara contoh-contoh aktiviti atau soalan yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:

Jelaskan perhubungan antara bentuk-bentuk ini: segi empat tepat, segi empat sama, rombus, segi empat selari

Cari luas bagi bentuk-bentuk dua dimensi yang diberikan. Dalam hal ini guru memberikan satu lembaran kerja yang dilukiskan beberapa rajah yang berbentuk segi empat, segi tiga dan rombus.

Think-Pair-Share ini boleh digunakan untuk perbincangan konsep atau

prosedur bagi penyelesaian masalah atau semasa latihan di bilik darjah. Aktiviti ini boleh juga dibuat serentak semasa pengajaran guru di mana guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan apa yang telah dipelajari, kemudiannya pelajar diminta berbincang dengan pasangannya dan menjawab soalan tersebut kepada keseluruhan kelas.

e) Semak Pasangan (Pairs Check)

Aktiviti Pairs Check boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Dalam kumpulan empat orang, setiap pasangan akan memainkan dua peranan iaitu sebagai penyelesai dan juru tunjuk atau pemerhati. Langkah 1: Pelajar pertama akan menyelesaikan masalah yang diberikan dan pelajar kedua sebagai juru tunjuk dengan meneliti, menyemak, membuat pembetulan semasa penyelesaian yang dibuat oleh pelajar pertama. Langkah 2: Pelajar pertama dan kedua menukar peranan untuk penyelesaian masalah kedua. Langkah 3: Dua pasangan bagi kumpulan akan membuat perbandingan dan penyemakan serta mencapai persetujuan untuk penyelesaian masalah yang diberikan dan bersalaman atau meraikan kejayaan mereka.

Page 13: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 117

f) Show Down Aktiviti Show Down boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Dalam kumpulan empat orang, guru memberikan soalan pada setiap individu untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Langkah 1: Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki menyelesaikan masalah yang diberikan dalam masa yang diberikan secara individu. Langkah 2: Setelah tamat tempoh yang diberikan, setiap ketua kumpulan meminta ahli-ahlinya menunjukkan hasil penyelesaian soalan yang diberikan. Langkah 3: Setiap ketua kumpulan perlu menyemak dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan setiap soalan dan memastikan mendapat jawapan yang betul. Langkah 4: Guru akan memanggil ketua kumpulan yang dipilih untuk menunjukkan penyelesaian bagi soalan-soalan tertentu di papan putih dan menjelaskan penyelesaian secara lisan kepada kelas. Di akhir kelas, setiap ahli kumpulan bersalaman dan meraikan kejayaan kumpulan mereka.

g) Send-A-Problem Aktiviti Send-A-Problem (Trade-A-Problem) boleh digunakan sebagai latihan dan menguasai kemahiran atau prosedur sesuatu kemahiran. Aktiviti ini boleh dilakukan setelah tamat pengajaran sesuatu tajuk atau beberapa kemahiran. Langkah 1: Guru mengarahkan, dalam masa yang ditetapkan, setiap kumpulan supaya menggubal satu soalan berdasarkan tajuk atau kemahiran yang sudah dipelajari. Ketua kumpulan mesti memastikan berlaku perbincangan dan menggubal soalan bersama dengan jawapan penyelesaiannya. Langkah 2: Setelah tamat tempoh yang diberikan, guru boleh memilih mana-mana kumpulan (katakan Kumpulan A) untuk memulakan dengan membaca atau menulis soalan matematik yang digubal oleh kumpulan A di papan putih dan meminta ketua kumpulan A tersebut untuk memilih mana-mana kumpulan (katakan Kumpulan B) untuk menjawab soalan tersebut dalam masa yang ditentukan. Ketua kumpulan B mengadakan perbincangan dengan ahli-ahlinya untuk menyelesaikan soalan tersebut. Ahli-ahli kumpulan lain juga turut mengadakan perbincangan dalam kumpulan masing-masing untuk penyelesaian soalan yang diberikan. Langkah 3: Setelah tamat tempoh, ketua kumpulan B diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut secara lisan atau bertulis di papan putih. Jika kumpulan B tidak boleh menjawab, guru boleh menawarkan mana-mana kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.

Page 14: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 118

Langkah 4: Jika ketua kumpulan B atau mana-mana kumpulan boleh menjawab, ketua kumpulan B atau mana-mana kumpulan diminta untuk mengemukakan soalan yang digubal oleh kumpulannya dan memilih mana-mana kumpulan untuk menjawab, katakan kumpulan C. Ketua kumpulan C dan ahli-ahlinya akan berbincang untuk menjawab soalan tersebut dan ahli-ahli kumpulan lain juga turut berbincang dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk menjawab jika diminta atau dipilih oleh ketua kumpulan C nanti. Langkah 5: Begitulah seterusnya, sehingga guru merasakan murid-muridnya sudah dapat menguasai tajuk atau kemahiran yang diajar. Di akhir pelajaran, guru mengarahkan setiap ahli kumpulan bersalaman dan meraikan kejayaan mereka.

Bincangkan dalam kelas tutorial pembelajaran koperatif secara berstruktur menggunakan suatu masalah matematik sekolah rendah.

7.6.2 Pendekatan secara kompleks Aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan yang memerlukan pelajar memenuhi peraturan atau langkah-langkah yang tertentu iaitu pengajaran kelas, aktiviti kumpulan, kuiz atau ujian secara individu, merekodkan skor pencapaian dan pengiktirafan kumpulan. Antara pembelajaran koperatif kompleks yang dibincangkan di sini adalah STAD (Student Team Achievement Division), TGT (Team Games Tournament)/TMT, JIGSAW, TAI (Team Assisted Individualization), dan GI (Group Investigation) dan Learning Together (LI). Guru disarankan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif kompleks ini sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu selepas pelajar-pelajar menerima pendedahan kaedah pembelajaran koperatif berstruktur.

Berikut dibincangkan enam kaedah pembelajaran koperatif yang kompleks atau peringkat tinggi iaitu Student Team Achievement Division (STAD), Team Games Tournament (TGT/TMT), JIGSAW, Team Assisted Individualization (TAI), Learning Together (LT) dan Group Investigation (GI). Guru disarankan agar menggunakan pendekatan ini apabila pelajar-pelajar telah mahir melaksanakan pembelajaran koperatif secara berstruktur.

a) Student Teams Achievement Division (STAD) Satu kaedah yang banyak dibuat kajian (Slavin, 1990). Ia juga dapat digunakan dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Kajian Sosial, English/Bahasa, dan lain-lain mata pelajaran dari Tahun 2 hingga peringkat kolej.

Page 15: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 119

Cara pelaksanaan STAD dalam bilik darjah Lima komponen dalam pelaksanaan STAD iaitu pengajaran kelas (class presentation), kumpulan (teams), kuiz, peningkatan skor individu dan penghargaan (recognition).

Persembahan/pengajaran kelas Bahan STAD diperkenalkan pada permulaan pengajaran. Pengajaran secara

STAD berbeza daripada pengajaran yang biasa kerana pengajaran STAD ditumpukan kepada bahan-bahan STAD yang disediakan oleh guru. Dengan cara ini murid-murid tahu bahawa mereka perlu menguasai dan memberi perhatian terhadap pengajaran guru jika tidak mereka tidak boleh membuat perbincangan dan menjawab kuiz.

Kumpulan (Teams) Kumpulan secara STAD terdiri daripada 4 – 6 orang sekumpulan. Tugas utama

kumpulan adalah memastikan setiap ahli kumpulan mencapai kejayaan yang baik dalam kuiz. Selepas guru menyampaikan pengajaran, kumpulan berjumpa untuk belajar lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan lain-lain bahan. Bahan-bahan ini merupakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. Murid-murid membuat perbincangan, bantu membantu, membandingkan jawapan dan memperbetulkan sebarang kesilapan yang dibuat oleh rakan-rakan dalam kumpulan. Semua ahli kumpulan perlu menyumbang dan bekerja keras dan membantu rakan-rakan.

Kuiz/ujian Selepas satu atau dua waktu pengajaran dan satu atau dua waktu latihan

menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru seperti lembaran kerja Murid-murid perlu menduduki kuiz/ujian secara individu. Murid-murid tidak dibenarkan membantu rakan-rakan sekumpulan semasa kuiz. Ini dapat memastikan semua murid bertanggungjawab mempelajari dan memahami bahan-bahan yang dipelajari.

Skor pencapaian individu Idea di sebalik skor pencapaian individu ini adalah agar setiap pelajar

menetapkan pencapaian yang tinggi. Semua pelajar berpeluang memberi sumbangan yang maksimum. Setiap pelajar diberi skor asas berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Mata akan diberikan jika pencapaian mereka melebihi skor purata.

Pengiktirafan kumpulan – team recognition Kumpulan-kumpulan yang berjaya mendapat skor melebihi skor purata diberi

ganjaran berbentuk sijil penghargaan atau surat penghargaan bagi pencapaian tinggi, pamerkan di papan kenyataan di bilik darjah atau mendapat kemudahan-kemudahan tertentu.

Page 16: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 120

Persediaan Menggunakan STAD:

Bahan Guru membina bahan-bahan untuk tujuan STAD mengikut tajuk-tajuk atau unit-

unit yang telah ditetapkan. Bahan-bahan STAD mudah dibina iaitu sediakan lembaran-lembaran kerja serta jawapan kepada lembaran kerja berdasarkan kepada tajuk-tajuk yang dipilih. Setiap unit pelajaran mengambil masa antara 3 hingga 5 hari pengajaran.

Membahagikan murid kepada kumpulan STAD mempunyai 4 atau 6 orang sekumpulan. Kumpulan ini hendaklah mewakili

jantina (2 atau 3 orang perempuan dan 2 atau 3 lelaki), pencapaian lemah, sederhana, dan tinggi dan kaum. Kumpulan ini hendaklah berbentuk heterogenus. Guru menentukan kumpulan-kumpulan. Murid-murid tidak dibenarkan membuat pemilihan ahli kumpulannya. Guru juga perlu menyediakan lembaran rumusan kumpulan seperti Jadual 7.1. Kumpulan-kumpulan diberi kebebasan memilih nama-nama kumpulan masing-masing.

Jadual 7.1: Nama Kumpulan:

Nama/Skor Kuiz/Ujian Jumlah

Jumlah skor kumpulan

Purata Kumpulan *

Ganjaran Kumpulan

* Purata kumpulan = jumlah skor kumpulan / bilangan ahli kumpulan

Memberi ‘ranking’ pelajar Guru membuat „ranking‟ pelajar dalam kelas daripada pencapaian tinggi kepada

pencapaian rendah. Guru juga boleh membuat „ranking‟ pelajar-pelajar mengikut markah, gred atau mengikut pengelasan guru.

Penentuan bilangan kumpulan Setiap kumpulan jika boleh mempunyai 4 orang. Bagi menentukan bilangan kumpulan yang sesuai, guru bolehlah membahagikan jumlah bilangan pelajar dengan 4. Sebagai contohnya jika pelajar kelas terdiri daripada 32 orang, maka perlu membentuk 8 kumpulan iaitu 32 / 4. Jika bilangan pelajar 30 orang, perlu

Page 17: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 121

membentuk 7 kumpulan dengan 2 kumpulan mempunyai 5 orang dan 5 kumpulan mempunyai 4 orang. Cara menentukan pelajar dalam kumpulan mengikut pencapaian seperti Jadual 7.2.

Melengkapkan Lembaran Rumusan Selepas membahagikan pelajar-pelajar mengikut kumpulan, lengkapkan nama- nama pelajar setiap kumpulan di lembaran rumusan.

Menentukan Skor Asas Permulaan Berdasarkan kepada skor purata pelajar-pelajar yang diperolehi pada kuiz/ujian yang lalu. Jika baru melaksanakan STAD, guru boleh menggunakan skor di ujian-ujian bulan atau penggal.

Jadual 7.2: Menentukan Kumpulan Murid Mengikut Pencapaian

Pering Peringkat Pencapaian

Urutan „Ranking‟ Pelajar

Nama Pelajar

PPPp Pencapaian Tinggi

1

Pencapaian Sederhana

Pencapaian Rendah

Memulakan STAD

Mengajar ( 1 – 2 waktu) Tajuk: Luas dan perimeter bagi segi tiga dan segi empat Pengajaran dibuat secara kaedah induktif dan perbincangan.

Memberi tugasan kumpulan Pelajar belajar dalam kumpulan heterogenous (4 orang). Guru mengedarkan

lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2. Pelajar belajar secara berpasangan dalam kumpulan menyelesaikan lembaran kerja 1 dan setiap pelajar mempunyai peranan masing-masing untuk membaca, menulis dan menyemak. Setiap kumpulan memastikan ahli kumpulan dapat menyelesaikan semua soalan yang terdapat di lembaran 1 dan lembaran 2.

Page 18: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 122

Ujian/Kuiz individu Setiap ahli kumpulan mengambil ujian atau kuiz secara individu. Guru harus memastikan bahawa bilangan soalan ujian atau kuiz adalah sama dengan bilangan soalan yang dibincangkan dalam lembaran 1 dan lembaran 2. Soalan-soalan ujian atau kuiz juga mesti sama dari aras kesukaran dan kemahiran yang sama seperti di lembaran 1 dan lembaran 2.

b) Group-Maths-Tournament (GMT) / Group-Teams-Tournament (GTT)

Kaedah GMT diubahsuai dari kaedah GTT (kaedah pembelajaran koperatif yang dibina di John Hopkins University oleh Dr. Robert Slavin). GMT boleh digunakan untuk pengajaran pengetahuan dan kemahiran matematik. GMT tidak boleh digunakan bagi tajuk-tajuk yang membawa kepada perbincangan, kontroversi dan soalan-soalan terbuka. GMT terdiri daripada 4 komponen iaitu:

persembahan kelas dan ulang kaji tajuk yang dipelajari

latihan dalam kumpulan

pertandingan matematik (math-tournament)

ganjaran kumpulan (hujung minggu)

Bilangan soalan adalah gandaan bagi bilangan pelajar dalam setiap kumpulan. Ganjaran kumpulan diberikan berdasarkan kepada markah bonus kumpulan.

Kriteria (group bonus point) Ganjaran (Reward)

Markah Bonus Pertama Tinggi Kumpulan Cemerlang Markah Bonus Kedua Tinggi Kumpulan Cergas Markah Bonus Ketiga Tinggi Kumpulan Baik

Cara pelaksanaan GMT

Guru memperkenalkan tajuk baru atau mengulang kaji kemahiran yang telah dipelajari.

Guru membentuk kumpulan (4-6 orang) heterogeneous.

Setiap kumpulan belajar bahan yang diedarkan oleh guru (worksheet dan answer sheet).

- kumpulan dianggap telah selesai jika semua ahli. - kumpulannya memahami bahan worksheet.

Pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan dan skor markah dikumpul dari setiap ahlinya untuk markah kumpulan.

Markah setiap kumpulan dipaparkan dan ganjaran diberikan kepada kumpulan yang skor markah tinggi.

Page 19: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 123

c) JIGSAW Guru melaksanakan pengajaran atau mengulang kaji pelajaran. Kemudian guru akan mengedarkan kertas lembaran (expert‟s sheets) kepada pelajar yang mengetuai kumpulan tersebut. Kertas lembaran tersebut mengandungi sub tajuk atau sub kemahiran tertentu yang perlu dibincangkan. Seterusnya ketua kumpulan/pakar akan memberi penerangan mengenai kertas lembaran kepada ahli kumpulan. Pelajar dalam kumpulan akan bekerja sama untuk menguasai sub tajuk yang diberi. Akhirnya pelajar akan mengambil ujian dan skor daripada ujian ini akan dijumlahkan untuk mendapat skor bagi kumpulan. Kumpulan yang mendapat skor tertinggi akan diberi penghargaan. Cara pelaksanaanya:

Lembaran/bahan pembelajaran dipecahkan kepada beberapa bahagian/subtajuk

Bentukkan kumpulan heterogeneous (2 hingga 4 orang). Setiap ahli kumpulan membaca lembaran pembelajaran masing-masing (A1 membaca bahagian 1, A2 membaca bahagian 2, dan seterunya kepada ahli yang lain). Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D 1……….. 1. ………… 1………….. 1………….. 2……….. 2………….. 2………….. 2………….. 3……….. 3………….. 3………….. 3………….. 4………… 4…………. 4………….. 4…………..

Kumpulan pakar. Pelajar yang mempunyai bahagian yang sama membentuk kumpulan pakar bagi membincang bahagian mereka.

A1 A2 A3 A4 B1 C1 B2 C2 B3 C3 B4 C4 D1 D2 D3 D4

Pelajar kembali kepada kumpulan masing-masing dan mengambil giliran mengajar rakan-rakan tentang bahagian pembelajarannya.

pelajar mengambil ujian secara persendirian dan skor setiap pelajar dikumpulkan untuk skor kumpulan

Pamirkan keputusan bagi memperakui kejayaan kumpulan

d) Team Assisted Individualization – TAI

TAI dibentuk khas untuk pembelajaran matematik.

Bentukan kumpulan kecil heterogenus ( 2- 4 orang)

Page 20: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 124

Setiap pelajar diberi lembaran kerja serta jawapan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan

Ahli kumpulan bekerja dalam pasangan, bertukar hasil kerja dan menyemak kerja

Setiap ahli mendapat skor 80 % atau lebih dan diberi peluang untuk mengambil ujian akhir.

Pelajar mengambil beberapa ujian dalam tempoh seminggu

e) Belajar bersama (Learning Together (LT)) Berikut adalah langkah yang perlu dilaksanakan dalam pendekatan belajar bersama

Bentukkan kumpulan heterogenus 4 – 5 orang

Edarkan lembaran kerja - kumpulan hanya menyerahkan satu lembaran kerja yang telah lengkap. - ganjaran dan penghargaan diberikan berdasarkan kepada hasil kumpulan.

b) Group Investigation (GI)

Berikut adalah langkah-langkah untuk melaksanakan GI:

kumpulan kecil menggunakan koperatif inkuairi, kumpulan perbincangan, rancangan koperatif dan projek.

Pelajar membentuk kumpulan masing-masing ( 2 – 6 orang) - pilih sub tajuk - pecahan sub tajuk kepada tugasan individu - ambil langkah tertentu untuk menyediakan laporan kumpulan - setiap kumpulan membentangkan kepada kelas

7.7 BAGAIMANA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN KOPERATIF Bagaimana melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif? Adakah dengan berada dalam suatu kumpulan belajar sudah memadai untuk dianggap sebagai pembelajaran koperatif? Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan pengajaran pembelajaran koperatif: i) Guru memulakan dengan membentuk iklim bilik darjah yang koperatif, „team

building‟, „trust building‟, „class building‟, susunan bilik darjah, pembentukan kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran perhubungan, membuat keputusan dan kemahiran membuat kumpulan. Guru harus membincang, menerang dan memberi tahu sumbangan/peranan setiap ahli kumpulan. Latihan ini mengambil masa 3 – 4 minggu.

ii) Guru mula melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dengan menggunakan struktur pembelajaran koperatif yang mudah untuk beberapa minggu seperti „think-pair-share‟ dan „turn-to-your partner‟. Pelajar bekerja berpasangan, bertukar lembaran kerja dalam „pair check‟, soalan dan jawapan dalam berpasangan.

iii) Bila pelajar bersedia untuk bekerja bersama-sama, guru akan memberi tugasan untuk bekerja dalam kumpulan 4 orang dan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif yang kompleks atau peringkat tinggi iaitu Jawsaw, Team Assisted

Page 21: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 125

Individualization (TAI), Student Team Achievement Division (STAD), Tean Games Tournament (TGT/TMT), Group Inverstigation (GI) dan Learning Together (LT). Contoh-contoh pengajaran matematik menggunakan kaedah pembelajaran koperatif kompleks ini akan ditunjukkan dilampiran 2.

7.8 PERANAN GURU DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF Berikut digariskan peranan guru dalam proses pengajaran pembelajaran koperatif: a) Merancang pembelajaran – setting the lesson Guru merancang dengan jelas tujuan akademik dan tugasan yang diberikan. Guru memastikan berlakunya saling bergantungan secara positif (positif interdependence) dan akauntibiliti individu (individual accountability). Guru juga memberi kriteria untuk berjaya dan menerangkan kemahiran sosial yang diharapkan dalam pelajaran tersebut.

i) Tentukan objektif pembelajaran – objektif akademik dan objektif kemahiran sosial/kemahiran koperatif

ii) Tentukan saiz kelas ( 2 – 6 orang) iii) Rancangkan bahan pembelajaran bagi mencetuskan perasaan saling

bergantung secara positif antara pelajar dalam kumpulan. iv) Tentukan peranan setiap pelajar dalam kumpulan bagi memastikan saling

bergantung secara positif berlaku. v) Kenal pasti peraturan dalam kumpulan, bahan-bahan yang perlu untuk

pembelajaran dan susunan bilik darjah b) Semasa Kerja Kumpulan Guru perlu mengawasi pelajar atau membantu meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Guru bergerak sekeliling kelas bagi memastikan pembelajaran berlaku semasa kerja kumpulan. Kumpul data bagi setiap pelajar tentang pembelajaran dan kemahiran sosialnya. Jika perlu guru boleh membantu menyelesaikan dan menyiapkan tugasan kumpulan.

i). Mengagihkan pelajar kepada kumpulan ii) Menyusun bilik darjah iii) Terangkan tugasan akademik iv) Strukturkan matlamat positif salingan bergantungan secara positif v) Strukturkan koperatif individu berlaku vi) Terangkan kriteria bagi pencapaian pembelajaran vii) Nyatakan dengan jelas sikap yang positif yang perlu dicapai viii) Motivasikan sikap pelajar ix) Sediakan bantuan untuk tugasan x) Mencelah bagi mengajar kemahiran koperatif dalam kumpulan xi) Nilaikan bagaimana kumpulan-kumpulan berfungsi

Page 22: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 126

d) Akhir pelajaran Guru perlu meninjau kualiti dan kuantiti pembelajaran setiap pelajar/kumpulan. Guru perlu memberi peluang pelajar bertanya soalan. Meneliti makluman balas di atas pembelajaran akademik yang dialami dan diperolehi.

i. Pelajar bersama guru merumus hasil pembelajaran. ii. Sediakan „closure‟ dalam pembelajaran/pengajaran iii. Nilaikan kualiti dan kuantiti pembelajaran pelajar-pelajar

7.9 KESIMPULAN Secara umum, pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran secara berkumpulan yang memberi peluang kepada pelajar belajar dan juga mengajar. Melalui pembelajaran koperatif, pelajar akan bekerja bersama-sama dalam suatu kumpulan kecil untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dalam kelas. Pembelajaran koperatif sebenarnya berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur dengan melibatkan semua ahli dalam sesuatu kumpulan, dan seterusnya memberi peluang kepada semua pelajar belajar. Ini bererti, pengajaran pembelajaran secara koperatif perlulah dilakukan dengan sistematik berdasarkan konsep dan prinsip yang sudah digariskan. 7.10 SOALAN PERBINCANGAN 1. Jelaskan enam kunci bagi Pembelajaran Koperatif. 2. Pilih satu kemahiran daripada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik

KBSM, sediakan satu aktiviti pembelajaran koperatif dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut:

i) JIGSAW ii) STAD

3. Pilih satu kemahiran daripada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran matematik

KBSR, sediakan satu aktiviti pembelajaran koperatif dengan menggunakan Struktur pembelajaran koperatif yang berikut:

i) Show Down ii) Number Heads Together

Page 23: Unit 7 koperatif

P e m b e l a j a r a n K o p e r a t i f | 127

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menjelaskan konsep dan prinsip pengajaran pembelajaran koperatif.

2 Saya dapat membezakan konsep pembelajaran koperatif secara struktur dengan pembelajaran koperatif secara kompleks

3 Mengaplikasikan pembelajaran koperatif secara struktur dan kompleks dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah