5
Pengurusan latihan dan program perkembangan staf Abstrak Dari masa ke semasa guru-guru di sekolah memerlukan latihan khusus untuk me- ningkatkan kemahiran dan ketrampilan dalam bidang-bidang tertentu. Kemahiran dan ketrampilan guru-guru perlu terus diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan (content) atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pun, perlu disedari bahawa latihan bukan penyelesaian kepada semua masalah yang wujud di sekolah. Oleh yang demikian, latihan yang dirancang seharusnya benar - benar memenuhi keperluan. Pengurusan latihan dalaman yang sistematik bermula dengan mengenal pasti keperluan, diikuti dengan merekabentuk, pelaksanaan serta penilaian secara berkesan dapat membendung pendekatan simplistik ini. Latihan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan pengorbanan daripada pelbagai pihak. Di negara-negara maju keperluan menghadiri latihan adalah menjadi syarat untuk memperbaharui lesen mengajar. Dalam konteks ini, perkembangan terbaru dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mewajibkan kakitangan menghadiri latihan pada peringkat tertentu adalah satu perkembangan yang menggalakkan (Kerajaan Malaysia, 2002). Tajuk 1. Apakah maksud latihan dan program perkembangan guru? 2. Huraikan proses pengurusan latihan dan program perkembangan guru. 3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan sebuah program latihan? 4. Terangkan kesan-kesan yang wujud hasil daripada pogram perkembangan staf. Rangka perbincangan kami akan berfokus pada: Maksud latihan dan program perkembangan guru

Tugasan Kump.plg 526

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh tugasan

Citation preview

Page 1: Tugasan Kump.plg 526

Pengurusan latihan dan program perkembangan staf

Abstrak

Dari masa ke semasa guru-guru di sekolah memerlukan latihan khusus untuk me- ningkatkan kemahiran dan ketrampilan dalam bidang-bidang tertentu. Kemahiran dan ketrampilan guru-guru perlu terus diperbaharui seiring dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan (content) atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bagaimana pun, perlu disedari bahawa latihan bukan penyelesaian kepada semua masalah yang wujud di sekolah. Oleh yang demikian, latihan yang dirancang seharusnya benar -benar memenuhi keperluan. Pengurusan latihan dalaman yang sistematik bermula dengan mengenal pasti keperluan, diikuti dengan merekabentuk, pelaksanaan serta penilaian secara berkesan dapat membendung pendekatan simplistik ini. Latihan merupakan pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan pengorbanan daripada pelbagai pihak. Di negara-negara maju keperluan menghadiri latihan adalah menjadi syarat untuk memperbaharui lesen mengajar. Dalam konteks ini, perkembangan terbaru dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mewajibkan kakitangan menghadiri latihan pada peringkat tertentu adalah satu perkembangan yang menggalakkan (Kerajaan Malaysia, 2002).

Tajuk

1. Apakah maksud latihan dan program perkembangan guru?

2. Huraikan proses pengurusan latihan dan program perkembangan guru.

3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan sebuah program latihan?

4. Terangkan kesan-kesan yang wujud hasil daripada pogram perkembangan staf.

Rangka perbincangan kami akan berfokus pada:

Maksud latihan dan program perkembangan guru Proses pengurusan latihan dan program perkembangan guru Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menguruskan sebuah program latihan Kesan-kesan yang wujud hasil daripada program perkembangan staf

Page 2: Tugasan Kump.plg 526

Pendahuluan

Mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada pekerja belum boleh memastikan ianya dilaksanakan dengan lebih baik. Kehendak dan keperluan tugas perlu diseimbangkan dengan kebolehan seseorang. Kedua-duanya adalah sama penting. Setelah seseorang itu mahir dalam sesuatu bidang kerja potensinya masih boleh dibangunkan dan kemahirannya diperkembangkan bagi menghadapi tanggungjawab yang lebih besar dan lebih mencabar lagi. Latihan diberikan kepada pekerja bagi membolehkannya memikul sesuatu tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Namun begitu, manafaatnya boleh dirasai seterusnya apabila pekerja tersebut mampu membangunkan atau memperkembangkan potensi dirinya untuk memikul lain-lain tanggungjawab yang lebih mencabar pada masa hadapan. Bagi tujuan ini, program-program perkembangan staf adalah perlu dilaksanakan.

Sikula (1976) mendefinisikan latihan sebagai satu proses pendidikan jangka pendek yang menggunakan kaedah sistematik untuk menambah pengetahuan dan kemahiran para peserta. Manakala,Goldstein (1980) telah mendefinisikan latihan sebagai suatu proses pemerolehan kemahiran,konsep atau sikap yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik. Menurut Kamus Dewan (2002) pula, latihan ialah pelajaran atau didikan untuk memahirkan (membiasakan) sesuatu ajaran yang diterima. Umumnya,latihan ialah segala usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Perkembangan mengikut Kamus Dewan (2002) pula bermaksud perihal atau proses menjadi maju atau tersebar,membiak atau meluas. Staf ditakrifkan sebagai kumpulan pekerja yang berkerja bersama-sama iaitu di bawah ketua yang sama . Manakala,James A.F.Stoner Charles Wankel (1989) menyatakan bahawa staf merupakan individu atau kumpulan yang menyediakan nasihat dan perkhidmatan untuk pengurus lain. Mengikut penyelidikan Richard,Mathew dan Robert (1992) dalam buku “ Personal Administrator ”,

Konsep perkembangan staf banyak dikaitkan dengan perkembangan personel ,latihan dan kursus dalam perkhidmatan. Dalam aspek ‘Perkembangan Personel’ ,beliau mengaitkan dengan perkembangan individu,kumpulan dan kemajuan dalam sistem pengurusan.Secara keseluruhan program latihan dan perkembangan staf ialah satu set aktiviti yang dirancang oleh organisasi untuk memberi peluang kakitangan memperoleh pengetahuan,kemahiran

dan kompetensi bagi memenuhi tuntutan kerja masa kini dan masa depan. Bertujuan membolehkan semua pekerja dalam organisasi seperti sekolah, memperbaiki atau menambah pengetahuan dalam bidang akademik serta tahap profesionalnya dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan serta menstruktur suasana pembelajaran yang menggalakkan pembelajaran secara kooperatif atau kolaboratif.

Page 3: Tugasan Kump.plg 526

Sikula (1976) Goldstein (1980) Kamus Dewan (2002), Umumnya

Proses pendidikan jangka pendek

kaedah sistematik

pengetahuan dan kemahiran

pemerolehan kemahiran,konsep atau sikap

prestasi kerja yang lebih baik.

Pelajaran ataudidikan

Memahirkan

sesuatu ajaran yang diterima

usaha yang dilakukan

meningkatkan kemampuan seseorang

melaksanakan tugasnya

Rajah 1 menunjukkan kesimpulan ringkas mengenai maksud latihan seperti yang dijelaskan di atas.

Walaupun program latihan dan perkembangan staf bukan merupakan jawapan kepada kesemua masalah, ianya berupaya memberi sumbangan dalam menguruskan sesebuah organisasi. Program latihan dan perkembangan staf yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik akan menguntungkan kedua-dua pihak; pekerja danorganisasi.

Program-program latihan dan perkembangan staf boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti:

• ceramah dan aktiviti dalam bilik darjah • simulasi tentang sesuatu situasi • bimbingan kerja atau latihan semasa kerja • pengagihan tugas secara putaran atau giliran yang berubah-ubah • permainan menguji akal (management games) • sesi perbincangan atau mesyuarat pembangunan staf

Melalui latihan, pekerja-pekerja berpeluang meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Contohnya, sewaktu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR dan KBSM) diperkenalkan pada akhir tahun 80an dahulu, ramai guru-guru di sekolah telah dihantar berkursus. Hasilnya ialah guru-guru tersebut telah mendapat pengetahuan tentang kandungan KBSR dan KBSM serta bagaimana melaksanakannya selaras dengan apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan. Sesetengah sekolah turut menjalankan program-program latihan secara dalaman yang dikendalikan samada oleh guru sumber mahupun Pengetua sekolah sendiri.

Page 4: Tugasan Kump.plg 526

Rujukan :

Abdul Rafie Mahat (2001, Oktober 30-November 1).Ucap utama KetuaPengarah Pendidikan Malaysia.Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan Ke-lO, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

Abdul Rahim Tahir (2001). Ke arah pembangunan profesionalisme keguruan. KertasKerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Ball, D. L., & McDiarmid, G. (1990). The subject matter preparation of teachers. DalamW. Houston., M. Huberman., & J. Sikula. (Eds.). Handbook of Research onTeacher Education, hlm. 437-449, New York: MacMillan.

Cochran, S.M. (2000). Teacher education at the turn of the century (Ed.). Journal of Teacher Education, 51(3), hlm. 163-165.

Cullingford, C. (1995). The effective teacher. London: Cassell.

Davis, C., Haggarty, Y. L., Parkes.,& Stratton, J. (1990). Learning to teach: Designing and running two curriculum programmes. Dalam P. Benton. (Ed.), The oxford internship scheme: Integration and partnership in initial teacher education.London: Calouste Gulbenkian Foundation.

Dessler, G. (1997).Human resource management (Cet. 7). Upper Saddle River, NJ: Pren- tice.