Topik 1: Linguistik perbandingan dan Pensejarahan

  • View
    5.241

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mendefinisikan pelbagai linguistik dan persejarahannya..

Text of Topik 1: Linguistik perbandingan dan Pensejarahan

Linguistik perbandingan dan Pensejarahan

Definisi Linguistik PerbandinganMenurut Jose Daniel Parera dalam bukunya yang berjudul Study Linguistik umum dan Historis bandingan mendifinasikan Linguistik bandingan adalah satu pendekatan dan metode yang membandingkan seperangkat korespondensi bunyi, leksikon, morfem, frasa serta kalimat antara bahasa yang serumpun atau antara beberapa tempoh dalam perkembangan bahasa. Bahasa-bahasa itu dikelompokan dalam beberapa kelompok berdasarkan korepondensi tadi.

Selain itu linguistik bandingan juga merupakan satu pendekatan kepada pengkajian bahasa yang padanya meletakkan persamaan fonologi, tatabahasa isu leksikon antara bahasa-bahasa yang berkaitan atau berbagai-bagai dalam perkembangan sejarahnya bagi sesuatu bahasa yang disenaraikan atau dikelaskan. Kajian bahasa-bahasa dinamakan felologi. Misalnya pengkajian bahasa dalam abad ke-17(Prof. Dr Amat Juhari Moain)

Definisi Linguistik Pensejarahan Linguistik pensejarahan ini juga dikenali sebagai Linguistik Bandingan Historis (Linguistik Historis Komparatif). Linguistik pensejarahan ini boleh didefinasikan sebagai suatu cabangdari ilmu bahasa yang mempersoalkan bahasa dalam bidang waktu serta perubahan-perubahan unsur bahasa yang terjadi dalam bidang waktu tertentu. Linguistik Pensejarahan ini juga mempelajari data-data dari suatu bahasa atau lebih, sekurang-kurangnya dalam dua masa atau tempoh. Data-data dar suatu bahasa dan dari dua masa atau lebih itu akan diperbandingkan secara teliti untuk mendapatkan maklumat-maklumat perubahan yang terjadi dalam sesuatu bahasa. Demikan juga, hal yang sama dapat dilakukan terhadap dua bahasa atau lebih. Unsur-unsur bahasa itu akan dapat diperbandingkan berdasarkan kenyataan dalam tempoh masa yang sama ataupun perubahan-perubahan yang telah terjadi antara beberapa tempoh masa (periode).

Linguistik Pensejarahan juga ditakrifkan sebagai penggelompokkan (Sub-Grouping) bahasa-bahasa yang termasuk dalam rumpunan bahasa dengan wujudnya bahasabahasa yang pelbagai ini mewujudkan permulaan variasi kepelbagaian bahasa itu sendiri. Linguistik persejarahan juga berupaya mempersoalkan bahasa-bahasa yang serumpun dengan mengadakan perbandingan mengenai unsur-unsur yang menunjukkan hubung kaitannya antara satu bahasa dengan bahasa yang lain dari segi sejarah permulaan seseuatu bahasa itu. (Gorys Keraf)

Menurut Jos Daniel Parera, Linguistik Historis adalah satu pendekatan dan metode dalam setiap cabang linguistik yang mempelajari dan maneliti pergeseran dalam jangka pendek dan perubahan-perubahan dalam jangka panjang komponen folnologi , morfologi, sintaksis dan semantik satu atau beberapa bahasa. Linguistik ini mempelajari perkembangan bahasa dari sejak awal tahap demi tahap hingga dewasa ini. Pengertian dan study linguistik ini selalu dihubungkan dengan linguistik bandingan.

Dengan wujudnya linguistik perbandingan dan juga linguistik persejarahan ini terdapat beberapa kelompok bahasa dunia yang saling berhubung kait antara satu bahasa dengan bahasa yang lain sama ada daripada segi perbandingan mahupun sejarahnya. Antara kelompok-kelompok bahasa dunia ialah: Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Indo-Jerman Hamit Semit Ural-Altal Austris Lautan Pasifik dan Asia Afrika Amerika

Bahasa Indo-Jerman / Indo -EropahBahasa indo-Jerman, adalah nama sebuah bahasa Jermanik barat yang telah mengalami pergeseran bunyi Jermanik kedua. Bahasa ini adalah salah satu bahasa yang luas dipertuturkan di Eropah. Bahasa Jerman masih dekat dengan Bahasa Belanda dan lebih jauh juga Bahasa Inggris. Tetapi bahasa Belanda termasuk rumpun bahasa Jermanik hilir sedangkan bahasa Jerman termasuk rumpun bahasa Jermanik hulu. Perbedaan keduanya terutama terletak pada beberapa bunyi yang telah bergeser.

Rumpun bahasa ini mempunyai daerah asal yang tersebar dari India Utara hingga ke Eropah Barat.Namun begitu, setelah penemuan dunia baru, bahasa ini mula tersebar di pelbagai tempat dan daerah di seluruh dunia seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika Selatan, Australia, New Zealand dan beberapa banyak tempat lagi.

Dengan itu rumpun bahasa Indo-Eropah adalah rumpun bahasa yang terbesar di dunia.Mengikut rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh para pengkaji dan peneliti bahawa bahasa Indo-Eropah ini berasal dari Proto IndoEropah yang tanah asalnya mengikut pendapat sebahagian pengkaji terletak di Eropah Timur.Daripada bahasa proto ini lahir beberapa banyak keluarga bahasa lain iaitu Tocharia,Armenia, Auatolia, Albania, Yunani, Italik dan lain-lain.

Daripada bahasa Tocharia pula lahir pula bahasa IndoIran.Daripada bahasa Indo-Iran timbul pula bahasa IndoArya dan Iran.Bahasa Indo-Arya ialah kelompok bahasa Sanskrit.Bahasa ini menyebar dibenua kecil India.Penyebarannya ke Timur melahirkan bahasa Assam, Bengali dan Oriya.Selain itu, penyebarannya ketengahtengah benua India melahirkan bahasa Rajasthani, Birani dan Hindi serta Urdur, manakala penyebarannya ke tengah barat daya menumbuhkan bahasa Gujarati, Marathi, Konkani, Maldive dan Singhala dan penyebarannya kearah barat melahirkan bahasa Punjabi, Lahnda, Sindhi dan Dardik. (Sejarah dan rumpun bahasa Melayu, Prof.Dr.Amit Juhari Moain, 1998, Universiti Putra Malaysia, Selangor)

BAHASA HAMIT.Sebelum ini, bahasa Hamit dikenali dengan nama "Semito-Hamitic". Hamit adalah bahasa yang diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan etnik atau bahasa dikalangan keluarga bahasa Afroasiatic. Orang Mesir, Berber, Cushitic, dan (kadangkala) bahasa-bahasa Chadic adalah dengan dahulunya diklasifikasikan sebagai bahasa-bahasa Hamitic. Semasa Abad Pertengahan dan sehingga abad Ke-19 dan awal tempoh Hamitic telah digunakan oleh Orang-orang Eropah untuk merujuk secara sembarangan terhadap orang-orang Afrika. Dalam abad Ke-19, satu "kumpulan bahasa Hamitic" dicadangan untuk menyatukan pelbagai bahasa, terutamanya bahasa utara dari afrika. Perkembangan bahasa Hamit dikenalpasti sebagai tanda yang menunujukkan masyarakat Afrika telah maju berbanding masyarakat Afrika yang mengunakan bahasa Semit oleh orang-orang Eropah. Hari ini konsep-konsep bahasa Hamit telah dipandang rendah secara keseluruhannya dan ianya hanya dirujuk untuk sebagai Hamitic Myth. Perkembangan Hamitic sendiri kadangkala dianggap merendahrendahkannya. Kumpulan bahasa Hamitic tidak lagi dianggap satu konsep berguna, walaupun frasa Semito-Hamitic adalah suatu istilah yang bertarikh untuk Afro-Asiatic kumpulan.

Bahasa SemitBahasa semit ini juga dikenali sebagai bahasa Hamito-Semitik Bahasa semit ini terbahagi kepada dua iaitu semitik Timur dan Semetik Barat Semitik Timur terdapat di daerah Akkadia (Iraq) bahasa ini telah lama wujud dengan mempunyai tulisannya sendiri sejak 2800 S.M. Bahasa ini wujud hinggalah ke zaman Masihi kemudiannya hilang atau pupus. Semitik Barat pula mempunyai beberapa pecahan iaitu ArabicEthopic dan Aramaic Ada juga pendapat mengatakan bahawa bahasa Semitik ini mempunyai subkumpulan yang terbahagi kepada empat cabang bahasa iaitu Arab Utara, Canaanitik, Aramaik dan Ethiopik Kemudiannya cabang Bahasa Arab Utara mengandungi dua bahasa major iaitu Arab dan Malta

Cabang bahasa Canaanitik pula mempunyai satu bahasa major iaitu Yaahudi atau Hebrew Cabang bahasa Aramaik pula memiliki tiga bahasa major iaitu Syariak, Aramaik dan Assyria Manakala itu, cabang bahasa Ethiopik pula mengandungi bahasa Amharik, Tigrinya, Tigre, Guraj, Haraari dan Gaeez. Subkumpulan bahasa semitik adalah bahasa yang terkenal bukan sahaja sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan antarabangsa tetapi juga menjadi bahasa keagamaan. Sebagai contoh ialah bahasa arab yang menjadi bahasa rasmi di setiap negara Asia Barat pada masa kini. Bahasa Yahudi pula digunakan oleh orang-orang yahudi yang jumlahnya menjangkau 20 juta orang di seluruh dunia. Bahasa Amharik pula menjadi satu cabang bahasa semitik yang terdapat di Ethiopia dan menjadi bahasa rasmi di negara berkenaan. Perkaitan bahasa ini terus berkembang dan telah wujud di Asia Barat sejak lima ribu tahun yang lalu dan mempunyai cabang-cabang bahasa kunonya seperti Akkadia di Mesapotamia, Assyria dan Babylonia yang digunakan di kawasan timur sehingga ke bahagian timur benua Afrika dan akhirnya timbul bahasa Aramaik dan seterusnya bahasa arab.

Bahasa Ural-AltaiRumpun bahasa-bahasa Altai ialah nama sebuah rumpun bahasa. Pada rumpun bahasa ini diduga termasuk 60 bahasa yang dipertuturkan hampir 250 juta jiwa, kebanyakan pada dan sekeliling Asia Tengah. Hubungan antara bahasa-bahasa itu menyisakan persoalan perdebatan di antara ahli sejarah bahasa, dan keberadaan bahasa Altai sebagai keluarga disangkal sejumlah pihak. Para pendukungnya menganggap bahwa bahasa-bahasa Turki, bahasa Mongolia dan bahasa Tunguska (atau Manchu-Tungus) termasuk rumpun bahasa ini. Bahasa Japonik dan bahasa Korea sering juga digolongkan, dan bahasa Ainu juga telah dianjurkan sejumlah pihak.

Bahasa AustrisAustronesia Para penutur bahasa Austronesia proto atau purba diduga berasal dari daerah yang sekarang disebut China bagian selatan. Mereka sekitar 5.000 tahun yang lalu bermigrasi ke pulau Taiwan dan dari sana lalu menyebar ke Filipina, Indonesia, kemudian ke Madagaskar dekat benua Afrika dan ke seluruh samudra Pasifik. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : -Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti -Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia -Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Rumpun baha sa Austro- Asia yang secara harafiah berarti Asia Selatan, adalah sebuah rumpun bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Rumpun bahasa ini biasa dibagi menjadi dua cabang yaitu: cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Dari cabang Mon-Khmer ada dua bahasa yang penting yaitu bahasa