29
PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL Pensejarahan Malaysia -penulisan teks-teks Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat al Nafis -penulis tempatan Sarjana barat meragui kesahihannya sebagai sumber sejarah.

PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sej

Citation preview

Page 1: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Pensejarahan Malaysia

-penulisan teks-teks Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat al Nafis -penulis tempatan

Sarjana barat meragui kesahihannya sebagai sumber sejarah.

Page 2: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Namun, sumber seperti ini amat diperlukan untuk menulis sejarah negeri-negeri Melayu zaman tradisi.

• Bagaimanakah kita harus menangani tanggapan Bottoms bahawa orang Melayu bukan menulis sejarah sebenar.

• Sejarah bagi mereka hanyalah percampuran fakta dan mitos, khayalan dan kenyataan,menulis gosip-gosip istana dll.

Page 3: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Adakah penulis tradisi sebenarnya tidak mempunyai kesedaran sejarah sewaktu menulis teks-teks tersebut (dokumen politik)?

• Adakah mereka tidak mempunyai kesedaran untuk membina kualiti dalam hasil mereka?

• Kalau tidak ada, mengapa mereka hasilkan?• Ini satu soalan penting.• Mengapa penulis tradisi menulis Sejarah Melayu, Tuhfat

dan Misa yang makan masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

• Cth. Tuhfat-dimulakan oleh si bapa kemudian disudahkan oleh si anakbila bapa meninggal.

Page 4: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Untuk suka-suka, hiburan atau untuk tinggalkan kepada pengkaji sastera masa kini?

• Mengapa?• Jadi, untuk mendekati tema pensejarahan Melayu tradisional ini

memerlukan penelitian yang rapi dan berhati-hati.• Kita terpaksa ;

– Selidiki tujuan

– Siapa penaja

– Keadah yang digunakan

– Inspirasi atau hasrat penulis

– Centrik penulis

– kepada siapa ia ditujukan (target group)

Page 5: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Untuk memudahkan atau juga menyedarkan kita semua pnulisan zaman tradisi seeloknya dibahagi kepada 2.

• Hasilan sejarawan Istana (biasanya ditaja oleh istana/diarah tulis oleh sultan).

• Hasilan sejarawan persendirian (ini merupakan inisiatif penulis sendri tanpa ditaja/diarak oleh sesiapa).

Page 6: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Hasilan sejarawan Istana

• Sejarah Melayu.

• Sebuah penulisan istana-diarah tulis sultan

• Ditulis oleh orang dalam lingkungan orang dalam lingkungan istana juga (Bendahara) 100 % bercentrik istana.

Page 7: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Dalam sejarah Melayu adakah pengarang tidak ada kesedaran sejarah maka kesemua ceritanya mengagung-agungkan raja.

Kita akhirnya jumpa cerita-cerita berupa: • amaran kepada kejahatan raja, • nasihat melalui wasiat raja-raja kepada penggantinya

tentang ciri-ciri yang perlu ada pada pemerintah-baik dan adil

• Kita disogok pula dengan cerita kezaliman raja

Apakah makna disebalik pemaparan kisah-kisah ini?

Page 8: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Abdul Rahman Ismail dengan menggunakan penelitian yang teliti terhadap hasrat pengarang itu sendiri akhirnya mengatakan Sejarah Melayu sebuah dokumen dakyah

• pendakyahan pihak istana untuk menguasai pemikiran dan tingkahlaku rakyat agar tidak memberontak.

• Inspirasi pengarang jelas tertonjol dengan menunjukkan pendakyahan ini tidak begitu berjaya kerana ada percubaan memberontak.

Page 9: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Jadi, akhirnya pengarang seolah-olah mengesyorkan satu jalan yang adil melalui waadat (yang selalu ditafsir lebih menyebelahi raja).

• Raja jangan zalim dan rakyat jangan derhaka.• Inilah sumbangan penting kepada

pensejarahan.• Kita dapat kesani pemikiran penulis dan dia ada

kesedaran sejarahnya sendiri dan penting kualiti iaitu “cari cara untuk capai hasrat dirinya sendiri meskipun ditaja oleh raja.

Page 10: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Hasilan sejarawan Persendirian

• Apa bezanya dengan hasilan sejarawan istana? • Menulis tanpa didorong oleh sesuatu perintah. Biasanya

menulis kerana;i) minatii) kesedaran untuk menulis peristiwa yang dirasakan penting.

Contoh, Pensejarahan Yunani- Herodotus dan Thucydides Pensejarahan Islam- Ibn Khaldun, al masudi, al Zuhri Pensejarahan Cina – Ssu ma Chien Pensejarahan Melayu – Tuhfat al-Nafis

Page 11: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Tujuan Raja Ali Haji menulis Tuhfat:– Dorongan hati kecilnya untuk memaparkan sejarah/

tradisi Bugis di alam Melayu supaya ia tidak tenggelam dalam rakaman sejarah dan boleh memberi faedah kepada umat manusia dan boleh dibanggai pula oleh anak cucu bangsa terkemudian.

– Penulisan ini dilakukan tanpa arahan sesiapa tapi atas inisiatif sendiri.

– Bila kita kaji hasilan sejarawan persendirian ini kita juga terpaksa megenakan persoalan yang sama sebagaimana sejarawan istana- tujuan, kaedah, centrik, hasrat pengarang, kesedaran sejarah dan target groupnya.

Page 12: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

TUHFAT AL-NAFIS: SUMBANGANYA TERHADAP HISTORIOGRAFI MELAYU

• Rujukan: -Virginia Matheson, Tuhfat al-Nafis – Muhammad Yusoff hashim, Pensejarahan

Melayu

• Pengaruh pemikiran politik Islam merupakan satu hal yang sepatutnya diberi perhatian yang serius apabila seseorang itu cuba menghuraikan pemikiran politik Melayu tradisional kerana ia memang merupakan satu ciri yang kuat dalam penghasilan sesuatu karya lama.

• Jadi, dalam mengkaji teks Tuhfat al-Nafis, perkara ini akan diberi perhatian utama.

Page 13: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Apakah yang dimaksudkan dengan Tuhfat al-Nafis?

• “Pemberian (hadiah) yang bernilai.”• Judul ini merupakan judul Arab.• Maksudnya ada pengarauh Islam/Arab dalam

karya ini.• Ada terdapat 4 naskah kesemuanya.• Setelah menyemak beberapa naskah yang telah

disalin semula, Matheson telah menggunakan naskah Maxwell yang dianggap lebih baik berbanding dengan teks Winstedt kerana menurut kajian Matheson, teks Winstedt mengandungi banyak kesalahan.

Page 14: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Empat naskah tersebut terdiri daripada teks tidak bernama.

• Naskah ke-3 berjudul “Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis.”

• Teks ini dipercayai sebagai versi panjang.• Teks ke-4 diberi judul”sejarah Raja-raja Riau”

dan masih tersimpan di Leiden.• Matheson berpendapat ada 2 versi yang boleh

dinamai versi pendek dan versi panjang.

Page 15: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Latar belakang kemunculan Tuhfat al-Nafis

• Md. Yusoff Hashim mengaitkan kemunculan teks ini dengan perubahan politik dan budaya Johor-Riau.

• Keadaan politik Johor-Riau ditentukan bukan sahaja oleh suasana tempat tetapi juga oleh perubahan atau perkembangan di luar negara.

• Satunya pengaruh Belanda yang bertapak di daerah-daerah Melayu.

• Belanda misalnya membuat hubungan dagang dengan Johor tetapi bila Bugis masuk ke Johor, ia mengganggu hubungan Johor-Belanda kerana Bugis memamg anti-Belanda.

Page 16: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• 1784, Bugis-Belanda berperang di Teluk Ketapang.• Bugis kalah.• Ketuanya, Raja Haji terkorban dalam peperangan itu.• Meskipun Bugis bermusuh dengan Minangkabau dan

Belanda tetapi perdagangan Johor-Riau tidak terjejas.• Sumber Belanda, Dagh-Register sebut pelabuhan Riau

terus dikunjugi saudagar dari China, Jawa. Bugis dan India Muslim.

• Suasana ini berterusan hinggalah abad ke-19.

Page 17: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Dengan peranannya sebagai sebuah negeri pelabuhan (Port state), bukan sahaja pedagang malah ulama juga datang dari berbagai tempat termasuk dari Timur Tengah.

• Ada yang mengaitkan ini dengan kemasukan fahaman Wahabi dari Timur Tengah.

• Walaubagaimanapun dari segi politik, memang kekalahan Bugis kepada Belanda pada 1784 itu memberi kesan.

• Kuasa Bugis dilenyapkan bilamana seorang Residen diletakkan di tanjung Pinang, Riau.

Page 18: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Seterusnya, perjanjian Inggeris-Belanda 1824, makin mengubah pola yang ada bila secara fizikal rumpun Melayu dipisahkan melalui pembahagian.

• Inggeris (kuasai Tanah Melayu-Melayu Johor), manakala Belanda-kuasai Indonedia-Riau-Lingga.

• Ditambah pula dengan kemunculan Singapura sebagai pelabuhan memberi saingan.

Page 19: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Kesannya pelabuhan penyengat semakin merosot sejak 1824 itu.

• Penulisan ini dilakukan di Pulau Penyengat di Riau.• Pulau Penyengat merupakan pusat pentadbiran anak-

anak Bugis. • 1804, kerajaan Riau-Lingga terbahagi kepada 2 iaitu

Riau (di bawah Bugis) dan Lingga (di bawah Melayu).• Pembahagian ini masih nampak kekal hingga kini jika

dilihat daripada pelbagai sudut – adat, budaya, bahasa dll.

Page 20: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Anak-anak raja Bugis ini pula dianugerahkan kepandaian mengarang dan buktinya ialah penulisan karya Tuhfat al-Nafis pada akhir 1860-an.

• Kegiatan persuratan di Pulau Penyengat ini telah menarik minat ramai sarjana Barat .

• Matheson juga mengaitkan perkembangan ini dengan persekitaran waktu itu.

• Penyengat, misalnya sebagai sebuah pulau terpencil dan apa-apa perkembangan dalam negeri dari pelbagai sudut merupakan reaksi terhadap perkembangan kawasan sekitar;

• Singapura dibangunkan oleh Inggeris, kuasa sultan Melayu-Lingga dilicutkan oleh Belanda pada 1857

Page 21: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Kemunculan kuasa Temenggung yang akhirnya menjadi Sultan Johor memberi kesan dan teladan kepada orang-orang di Penyengat.

• Mereka melihat perubahan-perubahan ini dan menyesuaikan diri dan memajukan diri.

• Jadi, banyak perkara yang membingungkan berlaku antara 1784-1824 seperti;

-Perang dengan Belanda

-kematian pemimpin Bugis

-Perjanjian Inggeris-Belanda

Page 22: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Kesemuanya menjadikan Bugis terkongkong dan hilang daya penggerak.

• Kalau dulu, dengan adanya pemimpin yang kuat, orang Bugis dikatakan suka berperang tapi sekarang terpaksa mencari alternatif lain iaitu saluran politik dan budaya.

• Misalnya, dari segi politik mereka menjalinkan hubungan dengan timur tengah tapi tidak begitu berjaya.

• Jadi, mereka beralih kepada bidang budaya dan sastera Melayu sebagai kempen saraf (mengikut Md Yusoff Hashim) untuk mengenang kembali zaman keagungan Melayu Johor-Riau-Lingga.

Page 23: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Jadi, mengikut Md Yusoff Hashim, penerokaan kepada bidang sastera ini semacam satu usaha ‘memenuhkan’ masa bagi mengatasi kemelut politik dan dagang yang telah diambil oleh Belanda.

• Pemimpin-pemimpin Riau bukan sahaja menjadi penaung malah juga menjadi penulis yang besar dan amat profilik.

• Antara faktor/suasana yang telah sedia ada yang mempercepatkan proses budaya/sastera ini:

Page 24: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Di Penyengat sendiri telah sedia ada ramai saudagar asing yang datang berdagang dan datang mengajar agama

• Kealiman para pemerintah dalam bidang agama• Johor-Riau-Lingga telah mengalami proses

perkembangan sejarah/kebudayaan sejak zaman berzaman (kaya dari segi ini)

• Bakat semulajadi dalam kalangan elit Melayu-Riau dalam bidang penulisan dan mereka juga berminat sangat dan sanggup berkelana cari ilmu di tempat lain.

Page 25: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Mereka juga ambil tahu perkembangan politik yang berlaku di luar negeri.

• Mereka menyimpan sumber2 penting tentang sejarah keturunan/ keluarga mereka supaya generasi akan datang dapat ingat dan jadikan teladan.

• Dengan latar belakang seperti ini akan membantu kita mengkaji matlamat, motif pengarang, karya bercorak sejarah dalam kerajaan Johor-Riau-Lingga.

Page 26: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Siapa Pengarang

• Jawapan kepada persoalan ini boleh membantu kita menentukan siapakah penulis versi pendek dan siapakah penulis versi panjang (Matheson, hal. 37) membuat satu hipotesisi bahawa Raja Ahmad bin Raja Haji dan Raja Ali Haji sebagai pengarang.

• Kedua-duanya merupakan orang istana Bugis (dari keturunan Daeng Cellak iaitu Yam Tuan Muda Bugis yang ke-2)

Page 27: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

• Dimulakan oleh Raja Ahmad (bapa) dan disudahkan aoleh anaknya, Raja Ali Haji.

• Raja Ahmad hidup antara 1778-1878; Raja Ali haji (1804-1872).

• Kandungan versi pendek dan versi panjang berakhir 1866atau 1867 iaitu lebih kurang 5 thn sebelum mangkatnya Raja Ali Haji.

• Berdasarkan ini maka Matheson mengemukakan satu hipotesis lagi bahawa Raja Ahmad mengarang versi pendek Tuhfat dan anaknya hasilkan versi panjang.

Page 28: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Tujuan Pengarangan

• Bagi Matheson, Tuhfat adalah suatu cantuman antara nilai raja-raja di Penyengat di abad ke-19 dengan sejumlah besar rekod-rekod bertulis yang mendahuluinya.

• Dari segi tujuan, dijelaskan dalam paragraph petama iaitu “mempersembahkan salasilah dan perjalanan dan tawarikh dan segala kabar2 raja-raja Melayu dan Bugis dan keturunannya.”

• Dari segi tumpuannya, nampak jelas ia bertumpu kepada Raja-raja Bugis Lima Bersaudara.

Page 29: PENSEJARAHAN MELAYU TRADISIONAL

Pembahagian Teks

• Dibuat dengan begitu cermat.• Teks Tuhfat terbahagi kepada 2:

– Bab 1 dan bab 2.– Bab 1 pula terbahagi kepada 2

• Pertama, membayangkan peristiwa2 dalam bab 2 melalui pengisahan sejarah Johor masa lalu- bahagian ini banyak merujuk kepada teks Sejarah Melayu.

• Bahagian kedua, sebagai “senarai kandungan untuk memperkenalkan bab 2 pula.