isi linguistik

  • View
    7.012

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of isi linguistik

10 PENDAHULUAN Pada semester ini kami telah mempelajari subjek PengantarLinguistik (BMM 3107). Dalam pada itu kami telah dikehendaki membuat satu tugasan berkaitan tajukini. Antara aspek yang perlu dikaji ialah mengenai bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa, susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga abad ke-19 serta menganalisis tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. Perkataan linguistik pada dasarnya berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Tugasan ini sememangnya menepati perkara yang dipelajari kerana setiap aspek yang dinilai merupakan antara yang terkandung dalam bidang linguistik ini. Malah, melalui tugasan ini pelajar dapat memperdalam ilmu yang dipelajari. Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, namun subjek ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannya sahaja memerlukan daya penumpuan yang tinggiserta daya pemahaman yang kritis. Hal ini kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu meneroka susur galur linguistik itu sendiri. Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintifik. Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebih mendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyibunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yang sememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasa Melayu.

2

2.0 BIDANG LINGUISTIK Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai langage-langue manakala Italia menyebutnya sebagai lingua. Di Sepanyol, bahasa dikenali sebagai lengua dan language ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik Selain itu, memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar. Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau kajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics.

linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan

Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidanga linguistik seperti linguistik am, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguuistik kontestual. Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi pecahan subbidang.

3

2.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik umum disebut juga dikenali sebagai linguistik am. Bidang ini mengkaji aspekaspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus . Kaedah inimengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Selain itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, ialah terjemahan dan perkamusan, Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik ini juga bertindak sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan

2

2.1.1 Fonetik dan fonologi Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diintepretasikan. Fonetik juga menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Pragmatik

Wacana

Sintaksis

Morfologi Fonologi

Fonetik3

Rajah 2.1.1 Kedudukan fonetik dalam tatatingkat linguistik. Fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa merupakan satu bidang yang amat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti morfologi dan sintaksis. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. F. Parker (1974:112) mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik hasil penulisan Harimurti Kridalaksana (1984:61) pula menyebut fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

2.1.2 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan (2007) dalam bukunya Linguistik Am, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk

3

2.1.3 Sintaksis Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu, bidang sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya, sintaksis dapat didefinisikan sebagai:

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

2.1.4 Semantik Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini

merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Asal perkataan semantik ialah daripada kata adjektif Yunani, semantikos yang bermaksud penting atau bererti. Akmajian et. Al (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Maklumat semantic merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Secara ringkasnya,

3

semantik mempunyai kaitan dengan bidang pragmatik.

Hal ini kerana pragmatik

mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik juga bermakna satu kajian yang teorikal tentang makna dalam sistem tanda. Sebagai contohnya, ayat Guru Sejarah saya Puan Rini menunjuk