Tok Peramu

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    1/43

    Ahad, 2 Oktober 2011

    RAHSIA MAKRIFATULLAH KE 13 : KITAB ILMU MAKRIFAT TOGURU PERAMU

    Manuskrip yang disebut itu tiada dicatitkan siapa pengarangnya tetapi ada disebutkan sebagai ILMU

    DAN MAKRIFAT TOK GURU PERAMU. Ianya ditulis dalam Bahasa Melayu lama dengan ejaan jawi lama. (

    contoh ba wau mim bukan bom tetapi bumi )

    Fakir tidak pasti sama ada manuskrip ini benar benar hasil karangan Tok Guru Peramu atau ditulis oleh

    orang lain yang merujuknya sebagai Ilmu Makrifat Tok Guru Peramu. Namun fakir membiarkan perkara

    penulis ini sebagai satu persoalan yang tidak dapat fakir selesaikan dan menganggapnya manuskrip itu

    sebagai satu bahan sumber ilmu yang bernilai yang barangkali ditulis atau bersumberkan ilmu dari Tok

    Guru Peramu yang terkenal itu.

    Namun begitu perlu ditegaskan bahawa apa apa juga pendapat, fahaman dan tafsiran manuskrip ini

    merupakan pendapat, fahaman dan tafsiran penulis manuskrip dan bukannya pendapat , fahaman dan

    tafsiran fakir.

    Ada juga terdapat beberapa bahagian dan tulisan khususnya ayat ayat Al-Quran dan hadith hadith yang

    ditulis mengikut tulisan Arab yang tidak dapat fakir masukkan dan salin kedalam entri kerana kelemahan

    fakir sendiri dalam perkara ini. Jadi yang diambil hanyalah terjemahan ke- Bahasa Melayunya sahaja.

    KESIMPULAN HATI

    Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir

    Kedua Sumah Lawannya Bidah

    Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    2/43

    Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.

    KEDUDUKAN NIAT

    Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan

    :-

    QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan

    TAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan.

    TAAYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat

    yang disifatkan.

    Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKUZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu.

    Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan &

    Rahmat Aku semata-mata.

    Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata

    ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku

    punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji

    DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.

    Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu .

    Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    3/43

    TIANG SOLAT

    a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain selain Allah )didalam solat

    b. KHUSU / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau rayau fikiran kemana mana.

    c. SEMPURNA bacaan FATIHAH

    SAH SOLAT

    a. Sah solat kerana SAH WUDHU

    b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA

    c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.

    KESEMPURNAAN ISLAM

    Nota oleh FakirS = Soalan , J = Jawapan

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    4/43

    S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?

    J Tiga Perkara :-

    a. Diikrarkan dengan lidah

    b. Ditashdiqkan dalam hati

    c. Dikerjakan dengan anggota

    S Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ?

    J Empat perkara :-

    a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan sesama islam

    b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram

    c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat

    d. Suci badan daripada Hadath Besar

    S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?

    J Empat perkara :-

    a. Sabar akan Hukum Allah SWT

    b. Ridha akan Qadha Allah SWT

    c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    5/43

    d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.

    S Apakah yang membinasakan Islam ?

    J Empat perkara :-

    a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri

    b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT

    c. Diketahui tetapi tidak dibuat

    d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

    Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara terbahagi kepada 5 Bahagian.......

    BAHAGIAN PERTAMA :-

    Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :-

    Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?

    Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?

    Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?

    Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    6/43

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    7/43

    Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada Allah . Ada 4 perkara juga.

    Pertama Serahkan dengan ZIKIR AFAL yakni La Ilaha Illallah

    Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA yakni Allah Allah Allah

    Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu

    Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah

    BAHAGIAN KELIMA

    Hendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara

    Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI

    Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI

    Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI

    Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG WUJUD.

    MUHAMMAD..............

    Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.

    Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    8/43

    Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita

    Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.

    TUBUH.................

    Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang daripada HATI.

    Perbuatan Hati datang daripada Nyawa

    Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia

    Perbuatan Rahsia datang daripada AFAL ALLAH.

    FUAD................

    Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang yang melihat itu tempatnya pada

    MATA HATI pada JANTUNG.

    Didalam jantung ada FUAD

    Didalam Fuan ada CAHAYA

    Didalam Cahaya ada RAHSIA

    Didalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang berbunyi :-

    Al Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu

    Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    9/43

    KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )

    Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana Kehendak Allah.

    Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana Muhammad saperti dinyatakan didalam

    Hadith Qudsi :-

    Sekalian jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi daripada AKU

    Sabda Baginda Rasul :-

    Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam jadi kerana aku.

    RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )

    KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )

    Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat

    Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam

    Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA

    Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    10/43

    Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa apa akan masa itu bernama AH...( Alif Ha

    )

    KETERANGAN HURUM HA MUHAMMAD ( HA )

    Artinya SIFAT HAMBA yakni RUKUK dalam solat

    Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk

    Zikir bagi Sifat yakni Nyawa

    Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH

    KETERANGAN HURUM MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )

    Artinya ASMA HAMBA yaitu SUJUD dalam solat

    Tempat TARIQAT tatkala Sujud

    Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH

    Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR MUHAMMAD. Masa itu Tuhan bernama

    ALLAH SWT

    KETERANGAN HURUM DAL MUHAMMAD ( DAL )

    AFAL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat

    Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk

    Zikir bagi Afal yaitu TUBUH La Ilaha Illallah

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    11/43

    Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )

    Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM ( Alif Dal Mim )

    KEJADIAN DIRI.

    Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi kepada 4 bahagian

    Bahagian Pertama

    1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus

    2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi

    Alam Jabarut

    3 Jenis ASMA Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani

    Tubuh halus

    4 Jenis AFAL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    12/43

    Bahagian Kedua

    1 Wujud Wujud mutlakWujud HakikiWujud Idhafi Wujud Tajalli

    2 Ilmu Ilmu HakikiIlmu MaklumatIlmu FikirIlmu Madom

    Al-Asma

    3 Nur Nur AlHadiNurul quddusNur hadiNur Al-bayan

    4 Suhud Suhud Al-AinSuhud KhadafiKhaliq Al-Asmat

    Suhud Taufil

    Bahagian Ketiga

    1 Angin Angin NiatAngin PadtarAngin SarsaAngin Serul

    2 Api Al-HayatAl-MujaSajin

    3 Air Maal HayatMaal KusMaal Zam ZamMaal Hain

    4 Tanah Tanah FirdausTanah TiinArbail baasirTiin Siipaab

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    13/43

    Bahagian Keempat

    1 Di Jadi Ruh MasripahTubuhAfal

    2 Wadi Jadi TulangTariqatHatiAsma

    3 Mani Jadi uratHaqiqatNyawaSifat

    4 Manikam Jadi Nyawa MakrifatRahsiaZat

    Bahagian Kelima

    1 LA ( Laf Alif )

    Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu Qalbi kepada Baitullah

    2 ILAHA ( Alif Lam Ha )

    Ucaoan bagi Hati penjaga daging dan darah Qalbi kepada Baitulmakmur

    3 ILLA ( Alif Lam Alif )

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    14/43

    Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan tulang Qalbi kepada Arasy

    4 Allah ( Alif lam Lam Ha )

    Ucapan kepada Rahsia penjaga urat dan sumsum Qalbi kepada Allah

    KEJADIAN BENIH

    HU QALBI itu RABBI terdiri Aku didalam Sifat Nafsiah Aku dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah

    Muhammadur Rasullullah Fi Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si A-Hu Il Mullah

    Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MANIKAM daripadaSyurga, dirupakan Allah SWT turun

    kepada HU GHAIB rupa Allah jadi Manikam rupa gilang gemilang hingga tujuh petala langit dan tujuh

    petala bumi

    - kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari

    - kemudian manikam itu jatuh kejantung bapa 40 hari

    - kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari

    - kemudian Manikam itu jatuh TAAYUN HATI berupa air 3 hari

    - kemudian manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24 jam

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    15/43

    - kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf ALIF

    - kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji . Itulah sebab ia bernama Manikam

    - kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang bernama saperti Firman Allah : al

    insanu sirri wa ana sirruhu

    - kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada dirinya bila bercampur dengan darah

    ibunya. Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni Alam Kasar. Kemudian bila

    sampai janji, keluarlah ia dari kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka menangis ia sebab

    suara inilah bernama ALAM INSAN.

    BILA AKHIR HAYAT

    Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti asap serta kita mendengar ucapan :-

    ALASTU BI RAB BIKUMAH ( Alif Ha ) ANA MAKAA NA BII MAA KAA NA MASA KAA NA.

    Maka jawablah :-

    YA ANA LA ILA HA ILLALLAH3 kali

    Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir ALLAH3 kali

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    16/43

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    17/43

    Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya Hijau Kuning. Malikaynya MIKAIL.

    Sahabatnya pula ialah Omar. Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni APIAIRANGInTANAH.

    Istanayna pada LIMPANafsu Jasmani. Kenyataan pada kita ialah BAHU & DADA.

    MIM

    Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA. Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya

    ISHDAH & WAHIDIAH. Istananya PARUPARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada kita ialah MATA

    ( Cahayanya )

    DAL

    Huruf DAL itu waktu ISYA Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya

    ALI. Keluar dari huruf DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DIWADIMANIMANIKAM. Istananya

    HEMPEDU dari bawah lidah hingga keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.

    TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH

    ZIKIR QALBI

    Dua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    18/43

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    19/43

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    20/43

    RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri

    5 BINAFSIHI

    RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI

    6 WAHDANIAT

    RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI

    7 KUDRAT

    RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap dalam DIRI-ku

    8 IRADAT

    RUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri

    9 ILMU

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    21/43

    RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN HAQ

    10 HAYAT

    RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup alam sendiri.

    11 SAMA

    BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi

    12 BASAR

    PANCARAN MANIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri

    13 KALAM

    RUH MANIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia

    14 QADIRUN

    WUJUD MANIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    22/43

    15 MURIDUN

    ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku

    16 ALIMUN

    DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak yang putih

    17 HAIYUN

    Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi alam diriku

    18 SAMIUN

    Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku

    19 BASIRUN

    RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    23/43

    20 MUTAKALLIMUN

    Ghaib didalam Kabah Ghaib aku didalam Kabah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.

    AWALUDDIN MAKRIFATULLAH

    Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.

    Firman allah :-

    Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Dirikamu ialah Engakau Kenal Aku

    Allah juga Berfirman :-

    Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka

    engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

    Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul

    betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi

    Firman Firman Allah saperti berikut :-

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    24/43

    Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak

    Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang

    berterbangan diudara ditiup angin

    Engkau itu Aku dan Aku itu engkau

    Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta

    kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-

    mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

    Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya

    EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh

    Allah SWT.

    Perkara itu ialah :-

    Pertama

    Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.

    Kedua

    sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan jelas juga.

    Ketiga

    sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang jelas dan terang.

    Keempat

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    25/43

    Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti

    yang jelas.

    Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu

    perkara diatas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah

    membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan

    dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita

    secra terang dan jelas.

    RAHSIA DI DALAM DIRI

    Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-

    NAFAS

    ANPAS

    TANAPAS

    NUPUS

    Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa NYAWA.

    Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat

    sampai kepada NUPUS dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu

    saperti rupa ASMA dan Asma itu saperti rupa AFAL.

    Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    26/43

    QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH

    Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala

    Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan

    nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan

    TUHANnya yang qadim adanya.

    Ketahuilah olehmu wahai talibYANG KELUAR itu bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak

    dari hidung sampai kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke

    hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.

    WUJUD

    WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU

    Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK

    ANA WUJU DA HU

    Ada kita dengan DIA

    WA NAF SUHU

    Ada DIA dengan sendirinya.

    Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini

    adalah kerana Wujud itu ADA. Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    27/43

    daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT

    namanya.

    Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.

    Yang dikatakan itu ialah ZAT.

    Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang

    dikatakan lafaz itu kerana bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.

    Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ?

    Sebab lafaz wujud itu ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.

    PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG

    Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia KUFUR

    Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK

    Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN

    sabenar benarnya t

    Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH

    Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT

    atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    28/43

    PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH

    NABI

    Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AFAL daripada ZAT

    Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.

    SIFAT

    Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad

    MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA daripada ZAT ALLAH.

    ASMA

    Adapun ASMA ituNama NamaNya.

    AFAL

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    29/43

    Adapun AFAL itu Tubuh Nabi namanya AFAL.

    RASULLULLAH - Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT ALLAH SWT.

    ZAT

    Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.

    Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :-

    Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita

    Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita

    Ketiga ASMA ALLAH itu HATI pada kita

    Keempat AFAL ALLAH itu TUBUH pada kita.

    Dan TAJALLI Afal Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah pada

    Nyawa kita dan Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.

    ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    30/43

    Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan Solat.

    Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAHBAPA dan IBU.

    DATANG DARIPADA ALLAH5 PERKARA.

    1 Niat

    2 Nyawa

    3 Wujud

    4 Nafas

    5 Afal

    Yaitu didalam bentuk MerasaMenciumMenjamahMelihat & Mendengar

    DATANG DARIPADA BAPA4 PERKARA

    1 Tulang

    2 Kuku

    3 Rambut

    4 Rupa

    DATANG DARIPADA IBU4 PERKARA

    1 Darah

    2 Daging

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    31/43

    3 Otak

    4 Lendir

    Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkansekalian HAKNYA sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.

    YANG MATIYANG HILANG - YANG TINGGALYANG PULANG

    YANG MATI itu ada 6 perkara yakniWujudAnggotaHawaNafsuGerak & Diam.

    YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni DarahDagingTulang & Kulit

    YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat

    YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang keempunyanya keasalnya

    HENINGQASADTAQRID & TAYUN

    HENING itu apa ?

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    32/43

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    33/43

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    34/43

    TAYUN

    Adapun TAYUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang

    sebenarnya NYATA AFAL ALLAH SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG

    KASAR. Itulah sebenarnya TAYUN yakni sebenar benar NYATA.

    TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )

    Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.

    Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang

    dikurniakan kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia (

    pendengaran Zat Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada ciukmku

    hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.

    HAKIKAT ZAT AFAL HAKIKAT SOLAT

    Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.

    Yang menyembah itu FANA - yang disembah itu BAQA. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA.

    Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.

    Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana

    Allah SWT Memuji DiriNya sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )

    Maka hamba itu tetaplah FANA sebab ditilik sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah

    Ilmu, hayat, Kudrat, Iradat, Sam, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH semata-

    mata.

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    35/43

    Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan

    mahupun dikiri.

    TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH WAJIBUL WUJUD.

    MEMULANGKAN AMANAH.

    Hadith Qudsi yang bermaksud :-

    1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU

    2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI

    Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita.

    Amanah Allah itu ialah WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialahWUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.

    Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas

    kita dari dalam FUAD hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN

    yaitu antara dua bulu kening.

    Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud

    kita yang batinhapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.

    Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut

    semata-mata yaitu Laut Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana sekalian kelakuan

    dan diri kita maka nyatalah BAQA keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga

    sampai kepada SALAM.

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    36/43

    Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam

    Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.

    Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni

    Wujud Zat Wajibul Wujud.

    Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH

    DALIL NAQLIAYAT AL-QURAN

    Telah ada Aku dalam dirimubetapa tidak kamu lihat ?

    SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH

    A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR

    ADAM = JASAD YANG KASAR

    a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa

    b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa

    c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa

    d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    37/43

    e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa

    f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa

    g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa

    B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN

    MUHAMMAD = NYAWA INSAN

    a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan

    b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan

    c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan

    d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA Tuhan

    e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan

    f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan

    g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan

    PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK

    ZIKIRNYA HU ALLAH

    Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifatdiatas. Oleh itu Alam ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.

    DALIL DALIL AL-QURAN

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    38/43

    WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN

    Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam

    LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH

    Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian melainkan dengan IZIn Allah

    WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH

    Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah

    FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH

    Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah

    Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan janganlah terhenti pandang kamu pada

    sekalian itu hingga sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD

    Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu

    pandang pengetahuanmu hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamuhendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat

    MAANI Allah yang lain.

    Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu

    ALLAH - NIATAHDAHWAHDAHWAHIDIAH

    ALLAHAlif - LamLam- Ha

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    39/43

    ALIF itu AHDIAH ZAT

    LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. InilahUSALLI SOLAT artinya Aku Solat Sifatnya NAFSI WUJUD

    Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH.

    Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya

    ESA pada pihak TANZIL.

    LAM AWAL = ALIF DIATAS

    Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya

    SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya WAHDAH yakni TAAYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA

    yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMADAIN SABITAHWUJUD IDHAFIINSAN KAMIL

    pun ia juaga menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.

    LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH

    Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMANYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR

    maknanya ASMA mertabat WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TAAYUn THANI ertinya NYATA YANG

    KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam

    daripada huruf Alif Di-Atas.

    Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka

    jadilah LAM AKHIR maknanya ASMA ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu

    empat Sifat Alif Lam Lam Ha

    ALLAH HU AKBAR

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    40/43

    ALLAH( AlifLamLamHa )Empat Sifat

    ALIF = ZAT

    LAM AWAL = SIFAT

    LAM AKHIR = ASMA

    HA = AFAL

    AKBAR( AlifKafBaRa )

    ALIF = KAHAR

    KAF = JAMAL

    BA = JALAL

    RA = KAMAL

    ALLAH = GHAIBUL GHUYUB

    ALIF = LA TAAYUN = MERTABAT ZAT

    LAM AWAL = TAAYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH

    LAM AKHIR = TAAYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA

    HA = MERTABAT TUBUH = JASAD

    ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL

    YAKIN

    SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    41/43

    ASMA DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya ILMU YAKIN

    AFAL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. IlmunyaILMUYAKIN.

    Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN diriNya.

    Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah

    CAHAYANYA yang menerangi segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu

    sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.

    DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU -

    ENTRI KEENAM BELAS ( 16TERAKHIR. )

    HAKIKAT FATIHAH................

    Ia Menyatakan DIRI

    BISMILLAH..............

    Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad

    engkaulah kekasihKu. Tiada yang lain.

    ALHAMDULULLAH.......

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    42/43

    Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya

    Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat memuji DiriKu sendiri.

    RABBUL ALAMIN................

    Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.

    AR RAHMANARRAHIM...........

    Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun Aku juga.

    MALIKIYAU MID DIIN..............

    Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah kerajaannya.

    IYYA KANA BUDU................

    Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..

    WA IYYA KAA NAS TAA IIN....

    Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...

    IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...

  • 8/13/2019 Tok Peramu

    43/43