Upload
norazrinah-hjj
View
374
Download
0
Embed Size (px)
Terapi bermain
Kumpulan 4: Anie, Achai, Kiki, Bebet & Izuan
Pengenalan
• Main merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi.
Pengalaman Belajar Kanak-kanak yang Optimum
Pembelajaran melalui pengalaman
lagsung
Penglibatan diri secara aktif
Kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar, gaya berfikir, minat kanak-
kanak serta masa yang mencukupi
Ciri-ciri main•Aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan.
•Dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa.
•Membawa keseronokan dan tidak dilakukan ke atas tekanan.
•Mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan atau kepuasan pemain
•Merupakan aktiviti fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya dan disertai oleh peserta secara aktif.
Jenis-jenis main
Main sosialMildred Parten (1932)
Pendekatan KognitifJ. Piaget (1962, 1983)
Jenis-jenis main
Main diri sendiri
(Solitary play)
Main selari (Parallel
play)
Main asosiatif
(Associative play)
Main koperatif
(Cooperative play)
Mildred Parten (1932)-Pola-pola Main sosial dalam lingkungan 2
hingga 5 tahun.
Main diri sendiri (Solitary play)
• Merupakan sesuatu aktiviti fizikal atau psikologikal atau kedua-duanya sekali yang dilaksanakan oleh seorang kanak-kanak tanpa peserta lain.
• Bermula pada umur 2 tahun.• Kanak-kanak menyertai diri dalam main yang serupa
hilang diri dalam dunia imaginasi, tanpa kesedaran kanak-kanak lain di sekelilingnya.
• Terdapat unsur main pemerhati (onlooker play) apabila dia memerhati seorang kanak-kanak lain bermain tetapi tidak turut serta bermain.
Main Selari (Parallel play)
• Berlaku apabila dua atau lebih kanak-kanak bermain sendirian secara berasingan dalam aktiviti main yang sama, di tempat yang sama, pada masa yang sama.
• Menarik minat kk tertentu untuk turut serta aktiviti kk lain.
• Peluang meningkatkan interaksi dan komunikasi.m
Main asosiatif (Associative play)
• Dalam kk antara 3 atau 4 tahun.• Dua atau sekumpulan kk yang melibatkan diri
dalam aktiviti main secara berasingan tetapi melibatkan kerjasama dan komunikasi antara satu sama lain.
• Masa tertumpu kepada perkongsian dan pinjam-meminjam alatan main, bergilir-gilir menjalankan aktiviti main, berkomunikasi serta saling membantu di antara mereka.
Main koperatif (cooperative play)
• Dua atau lebih kk melibatkan diri mereka dalam permainan yang mempunyai matlamat tertentu.
• Merupakan tahap tertinggi dalam aktiviti main sosial.
• Kerjasama, komunikasi dan interaksi sosial dapat dipupuk dan diperhatikan.
• Memainkan peranan yang penting dalam perkembangan potensi kk dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi secara keseluruhan.
Main dengan objek Berasakan Pendekataan Kognitif -J. Piaget
• Meliputi dua proses iaitu:- Asimilasi : adaptasi kemahiran atau maklumat
baru- Akomodasi: ubahsuai kemahiran
Kategori main Kanak-kanak Pra-sekolah
Main sensorimotor (Sensorimotor play)
Main dengan objek
Main seimbolik (symbolic play)
Piaget (1962)
Main sensorimotor (sensorimotor play)
• Dikenali sebagai main latihan.• Meliputi ulangan aktiviti-aktiviti sensorimotor yang telah diasimilasi
dalam struktur kognitif kanak-kanak.• Berlaku dalam 3 peringkat:- Bermain dengan tindak balas berputaran asas (primary circular
reaction): 1-4 bulan, sebagai pengalaman menarik dan mengulangnya.
- Tindak balas berputaran sekunder (Secondary circular reaction): 4 bulan ke atas, aktiviti ulangan t/laku membawa suasana kegembiraan.
- Tindak balas berputaran tertiari (Tertiary circular reaction): 8-12 bulan, diiringi usaha modifikasi gaya dengan tujuan bermain lebih menarik.
Main dengan objek
• Berlaku a/bila kk mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan.
• Berlaku pada kk berumur 5 bulan ke atas.• Mainan yang sesuai digunakan untuk memegang,
merasa, memeras atau menggigit a/bila kk mula menguasai kemahiran memegang primitif (3-6 bulan)
• Semasa kemahiran sensorimotor berkembang mengikut kadar pertumbuhan bayi, bahan-bahan main menjadi lebih canggih termasuk buku gambar berwarna, mainan telefon dengan nombor putaran, mainan yang boleh bergerak, mainan masak dsb.
Main simbolik (Symbolic play)
• Serupa main pura-pura• Berlaku dalam kalangan kk berumur 12-13 bulan• Mulanya berlaku secara tiba-tiba dan tanpa
dijangkakan tetapi selepas itu teknik bermain bertambah canggih iaitu dari berpura-pura secara inisiatif kendiri kemudian meliputi objek animasi sebagai penerima a/bila berumur 18 bulan.
• 2 tahun: objek animasi menjadi pemain kk bukan shj berperanan sebagai penerima tetapi juga berlakon sebagai pemain inisiatif.
Main Sosiodramatik (Sociodramatic play)
• Lanjutan main simbolik atau berpura-pura.• Melibatkan banyak interaksi kumpulan.
Jenis peranan yang dimainkan oleh kk dalam main sosiodramatik
Garvey (1972)
Peranan ahli keluarga: Sebagai ibu, bapa, kakak,
abang, adik dan kadangkala berperanan sebagai kucing atau haiwan yang dibela.
Peranan model seperti superman, spiderwoman, pahlawan, makhluk dari angkasa atau orang yang
disanjungi.
Peranan fungsional seperti tukang masak, guru, pemandu, ahli bomba, pekerja dsb.
Fungsi-fungsi main sosiodramatik
Dapat memahami peranan sebagai
orang dewasa dalam realiti hidup
Memberi peluang kk melepaskan perasaan mereka terhadap hubungan ahli-ahli
keluarga dan pengalaman hidup dalam rumah mereka
Sebagai saluran untuk melepaskan perasaan yang tidak dibenarkan
dalam hidup nyata.
Memberi peluang untuk menunjukkan hasrat kendiri
seperti peranan pengasuh atau mentor dengan mencurahkan rasa sayang terhadap mainan,
haiwan atau kk kecil.
Main dengan peraturan (Games with rules)
• Melibatkan pertandingan antara dua atau lebih pemain dan dikehendaki mematuhi sesuatu set peraturan yang disetujui oelh pemain-pemain sebelum permainan dimulakan.
• Dua kriteria (Piaget, 1962):- Pemain-pemain mempunyai kebolehan bermain
dengan mematuhi peraturan yang dipersetujui.- Sekurang-kurangnya mesti ada dua atau lebih dua
orang peserta yang mempunyai tahap pemikiran logikal yang diperlukan.
Main dengan Binaan (Play with Construction)
• Mengajar konsep kuantitatif dan ruang.• Memerluka kefahaman prinsip ukuran serta
konsep unitari dan bahagi.• Membolehkan kk belajar konsep ruang atau
kemahiran menyusunnya dalam ruang itu.• Menggunakan blok atau tanah liat.
Tujuan dan kegunaan bermain
• Membentuk konsep abstrak.• Membentuk kemahiran fizikal.• Membentuk kemahiran sosial.• Menguasai situasi kehidupan harian disamping membuat
persiapan untuk kehidupan dan peranan alam dewasa.• Melatih kk menguasai kemahiran bertutur dan
menggunakan bahasa yang sesuai.• Membolehkan kk membentuk kemahiran literasi.• Membolehkan kk memperkukuh dan mengaplikasi
kemahiran mengira dalam situasi kehidupan seharian.m
Kepentingan Main dalam Perkembangan KK
•Melepaskan tenaga badan yang berlebihan. H. Spencer, 1973
•Sesuatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan yang salah sewaktu berada dalam dunia khayalan.
Sigmund Freud, 1968
•Menggerakkan kognitif kk disamping memperkukuh pembelajaran yang baru diadakan sementara membenarkan pembelajaran baru dijalankan dalam suasana yang santai.
J. Piaget, 1962
•Membina semula realiti tanpa pengaruh situasi atau halangan dan menggerakkan perkembangan intelek secara tidak langsung.
L. Vygotsky, 1976
Definisi Terapi Bermain
Penggunaan secara sistematik model teoritikal untuk membentuk proses interpersonal. (Persatuan
Terapi Bermain)
Suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan
komunikasi normal dan proses pembelajaran kk. (Carmichael,
2006)
Rasional Terapi Bermain
• Untuk menolong kk menggambarkan apa masalah yang dihadapi oleh mereka dan bukan melalui bahasa verbal untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka.
• Objek mainan (toys) merupakan perkataan kk dan bahasa mereka.
• Membantu kk belajar t/laku positif a/bila mereka mengalami defisit kemahiran emosi-sosial.
• Boleh digunakan untuk memperkembang kognitif dan memberikan persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kk.
Kegunaan Terapi Bermain
• Sebagai intervensi asas untuk pelbagai keadaan kesihatan mental seperti pengurusan marah, kesedihan, trauma, modifikasi gangguan t/laku dsb.
• Sebagai alat untuk diagnosis.
Pendekatan Terapi Bermain
• Penggunaan proses desensitizasi secara sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubah gangguan t/laku kk.
• Untuk menilai atau memahami aktiviti bermain kk di mana mengaplikasikan pendekatan terapi bermain untuk menolong mereka mengadaptasikan gangguan mental dan mengenal pasti penyelesaian masalah mereka.
Manfaat terapi Bermain untuk kkMenjadi lebih
bertanggungjawab dan membentuk lebih
strategi berkesan.
Membangun penyelesaian baru dan reatif untuk
masalah.
Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang
lain.
Belajar mengalami dan emosi yang
dinyatakan.
Memupuk empati dan menghormati
fikiran dan perasaan orang lain.
Belajar kemahiran sosial baru dan
kemahiran relasional dengan keluarganya.
Membentuk keberkesanan (efficacy)
kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap
kebolehannya.