4
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU SARAWAK BAGI BULAN FEBRUARI 2015 DAN CERAMAH KEWANGAN PADA 25 FEBRUARI 2015 **bagi pihak majlis, diminta warga MAMPU mematikan telefon bimbit atau menetapkannya pada mod senyap untuk melancarkan perjalanan majlis perhimpunan kita pada hari ini. 1)Yang Dihormati, TUAN HAJI MOHD SHAHABUDDIN BIN OMAR ; Pengarah MAMPU Sarawak (MSWK), EN NORIZAN BIN JILI, timbalan pengarah seksyen TPP 1 PUAN AZIZAH BT. MOHAMAD BEE, Timbalan Pengarah Seksyen ICT, ENCIK JOSEPH ANAK NGALAMBAI, Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Khidmat Sokongan, Penolong- Penolong Pengarah, Warga MAMPU Sarawak yang dihormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Bulanan MAMPU SARAWAK BAGI BULAN FEBRUARI 2015. 2) Assalamulaikum , Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Saya, Khairul Najlah .... ingin mengucapkan terima kasih atas peluang mengendalikan majlis perhimpunan bulanan MAMPU pada hari ini. 3)Bagi memulakan majlis, marilah kita bersama sama berdiri bagi menyanyikan lagu “NEGARAKU” dan lagu “MAMPU TERBILANG.”

Teks Ucapan Pengacara Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

TEKS UCAPAN PENGACARA MajlisMAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAMPU SARAWAKBAGI BULAN FEBRUARI 2015DAN CERAMAH KEWANGANPADA 25 FEBRUARI 2015

**bagi pihak majlis, diminta warga MAMPU mematikan telefon bimbit atau menetapkannya pada mod senyap untuk melancarkan perjalanan majlis perhimpunan kita pada hari ini.

1) Yang Dihormati, TUAN HAJI MOHD SHAHABUDDIN BIN OMAR ; Pengarah MAMPU Sarawak (MSWK),EN NORIZAN BIN JILI, timbalan pengarah seksyen TPP 1PUAN AZIZAH BT. MOHAMAD BEE, Timbalan Pengarah Seksyen ICT,ENCIK JOSEPH ANAK NGALAMBAI, Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Khidmat Sokongan,Penolong- Penolong Pengarah,Warga MAMPU Sarawak yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Bulanan MAMPU SARAWAK BAGI BULAN FEBRUARI 2015.

2) Assalamulaikum , Salam Sejahtera dan Selamat Pagi

Saya, Khairul Najlah .... ingin mengucapkan terima kasih atas peluang mengendalikan majlis perhimpunan bulanan MAMPU pada hari ini.

3) Bagi memulakan majlis, marilah kita bersama sama berdiri bagi menyanyikan lagu NEGARAKU dan lagu MAMPU TERBILANG.

#warga mampu dipersilakan duduk

4) Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,Doa dipohon penuh pengharapan,Agar Majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh EN RAHMAT BIN DAHAN. Dipersilakan.

*Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

5) Tuan-tuan dan Puan-puan,Majlis diteruskan lagi dengan bacan ikrar kualiti MAMPU dan ikrar integriti Perkhidmatan Awam oleh EN SONY WILLIAM DAOR.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar sebentar tadi.

6) TUAN TUAN DAN PUAN PUAN,

Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan TN HAJI MOHD SHAHABUDDIN BIN OMAR, Pengarah MAMPU sarawak bagi menyampaikan ucapan dan amanat sempena majlis perhimpunan bulanan mampu sarawak bulan februari 2015. Majlis mempersilakan.

#Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas ucapan beliau sebentar tadi.

7) Pergi ke kota beli selasi,Sayang si maimun senyum tertawa,Kata azimat simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.

Tuan tuan dan puan puan,marilah sama sama kita mendengar perkongsian ilmu oleh EN TALENG ANAK GAEL. Majlis penuh hormat mempersilakan.

#Terima kasih diucapkan kepada en taleng atas ucapan beliau sebentar tadi.

Untuk makluman semua, pengawai contoh MAMPU SARAWAK bagi bulan Januari 2015 ialah cik NORMI BINTI BUNYUH.

Marilah kita sama-sama memberikan tepukan tahniah kepada beliau.Semoga warga MAMPU sarawak akan terus bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Untuk makluman bersama, pada 16 februari, mampu sarawak telah menerima seorang pegawai baru. Beliau yang dimaksudkan adalah EN RAHMAT BIN DAHAN. Beliau pernah betugas di jabatan Alam sekitar Negeri Sarawak dan kini mengisi kekosongan untuk jawatan penolong pegawai teknologi maklumat f29.

Dijemput en rahmat untuk memperkenalkan serba ringkas mengenai diri beliau.

Semoga dengan kehadiran beliau di MAMPU Sarawak akan menguatkan lagi sumber manusia dan gerak kerja semua warga MAMPU.

Untuk makluman bersama, pengawai yang menyambut hari jadi bagi bulan februari ADALAH PUAN HAMDIAH BT.MOHD BUJANG DAN PUAN ANNY LEE CHIAO CHEN. Selamat Hari Jadi diucapkan.

Dijemput untuk sesi memotong kek harijadi.

[Jika ada pengumuman]

Ceramah Kewangan : Tatacara Bayaran Emolumen dan Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan AwamPenceramah : Pn. Halimah bt. Arrifin,Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sarawak.Masa: 10.00 pagi -12.00 thari

Semua warga dijemput hadir ke sesi ceramah tersebut.

Dengan ini berakhirlah sudah majlis kita. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih, Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Majlis tamat.