29
UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA SEMPENA MAJLIS RAMAH MESRA @ DIALOG KPPA BERSAMA PENJAWAT AWAM NEGERI MELAKA 19 APRIL 2013 (JUMAAT), 3.00 PETANG DEWAN SERI NEGERI, KOMPLEKS SERI NEGERI

UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

UCAPAN

YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINALKETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA

SEMPENA

MAJLIS RAMAH MESRA @ DIALOG KPPA BERSAMAPENJAWAT AWAM NEGERI MELAKA

19 APRIL 2013 (JUMAAT), 3.00 PETANG

DEWAN SERI NEGERI, KOMPLEKS SERI NEGERI

Page 2: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan Salam

Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar

Teknologi Hijau Melaka 750 Tahun.

Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara

Majlis

Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed

Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Pembangunan)

Page 3: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

3

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Alias

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Operasi)

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan

Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri

Yang Berbahagia Datuk Wira- Datuk Wira, Datuk-

Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati

sekalian.

Saya memanjatkan setinggi-tinggi syukur

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

dan InayahNya jua, Majlis Ramah Mesra @ Dialog

KPPA Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka

pada hari yang penuh bersejarah ini dapat sama-

sama kita raikan.

Page 4: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

4

2. Majlis pada hari ini begitu istimewa kerana

perjumpaan saya bersama penjawat Negeri Melaka

berlangsung pada ketika seluruh rakyat Malaysia

akan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 yang

akan diadakan pada 5 Mei 2013 kelak. Di sinilah

setiap penjawat awam perlu mempunyai solidariti

untuk bersama-sama turun membuang undi dan

menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat di

Negeri dan Negara bertuah ini demi menentukan

masa hadapan yang lebih gemilang.

3. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas

khususnya kepada Yang Berhormat Datuk Wira

Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

di atas penganjuran majlis kita pada hari ini.

Pertemuan langsung saya bersama seluruh

penjawat awam Negeri Melaka pada petang

bersejarah lagi sejahtera hari ini mencerminkan

iltizam tinggi Kerajaan dalam usaha meneruskan

Page 5: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

5

momentum transformasi menerusi pendekatan

“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.

4. Malah, penganjuran majlis kita hari ini turut

menepati falsafah Strategi Lautan Biru

Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy

(NBOS) yang menganjurkan pendekatan value

innovation selain menyokong prinsip nilai untuk

wang atau value for money. Negeri Melaka, dengan

pelbagai pencapaian dan pengiktirafan seperti

Anugerah Inovasi Sektor Awam yang diperoleh

pada tahun lalu, telah berjaya mengangkat

perkhidmatan awam negeri ini ke suatu tahap yang

begitu membanggakan. Marilah kita sama-sama

berikan tepukan gemuruh kepada kisah kejayaan

yang telah dicoretkan oleh tuan puan semua

sehingga hari ini.

Page 6: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

6

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

5. Perkhidmatan Awam Malaysia, dengan jumlah

1.4 juta penjawat awam adalah merupakan nadi

penggerak obor dan tiang seri pembinaan negara

bangsa menerusi pelaksanaan Program

Transformasi Kerajaan, Program Transformasi

Ekonomi, Program Transformasi Sosial, dan juga

Program Transformasi Politik. Hakikat ini dapat

digambarkan seperti berikut:

Bagaikan kayu besar di tengah padang

Rimbun daunnya tempat berteduh

Kuat dahannya tempat bergantung

Kukuh batangnya tempat bersandar

Besar akarnya tempat bersila

Page 7: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

7

MEMETA KISAH KEJAYAAN NEGARA SEHINGGA

KINI – RANGKUMAN PENCAPAIAN INDEKS DAN

PENARAFAN

Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang

dihormati,

6. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

menyebutkan di dalam ucapan sewaktu Majlis

Perdana Perkhidmatan Awam ke Tiga Belas

bahawa pencapaian matlamat Wawasan 2020

sudah semakin menghampiri kita. Sebagai warga

global yang berdepan dengan realiti ledakan

maklumat serta kemajuan komunikasi era terkini

kita perlukan kebijaksanaan untuk menanganinya.

Malah, beliau sering mengulangi bahawa era di

mana Kerajaan mengetahui segalanya serta

memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah

berakhir. Perkembangan teknologi pada hari ini

telah merubah segala bentuk kefahaman, amalan,

Page 8: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

8

akses serta budaya yang mendasari hubungan di

antara rakyat dan kerajaan.

7. Melihat semula kejayaan Negara sehingga kini

adalah kejayaan kita melindungi Negara dan rakyat

dari terjerumus ke lembah krisis kewangan dunia.

Malaysia telah mencapai pertumbuhan sederhana

tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi Negara

lain yang tidak menentu. Malah, menurut Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri, kejayaan ini

telah mendapat pujian daripada Madame Christine

Lagarde, Pengarah Urusan, International Monetary

Fund (IMF) yang mana menyebutkan “Malaysia is

the only country that IMF would have to revise its

growth estimate figure”.

8. Perjalanan transformasi yang kita sama-sama

layari pada tahun 2012 telah menerbitkan bintang-

bintang kejayaan di langit penarafan dunia.

Penarafan World Happiness Index yang dikeluarkan

Page 9: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

9

oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah

memperlihatkan kita berada di kedudukan ke-51

daripada 156 negara. Jika dinilai dari kayu ukur

global pula, Malaysia hari ini tercatat antara

negara dagangan terbesar dunia dengan nilai

eksport dan import lebih 1 trilion ringgit. Hari ini

kita turut diiktiraf Institute for Management

Development atau IMD dan The World Economic

Forum atau WEF dalam barisan 20 negara paling

berdaya saing di dunia.

9. Forbes Online juga turut menyenaraikan

Malaysia sebagai negara ke sepuluh paling

peramah di dunia dalam kalangan 100 buah negara

dunia yang menyertai kajian Forbes tersebut

sekaligus mengiktiraf perkhidmatan mesra

pelanggan yang diberikan oleh Perkhidmatan

Awam Negara. Dalam hal ini, sudah pastilah tuan-

tuan dan puan-puan semualah yang menyumbang

kepada pengiktirafan cemerlang ini.

Page 10: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

10

10. Kejayaan kita menobatkan nama Malaysia di

pentas antarabangsa ini adalah merupakan

testimoni kepada kesungguhan dan usaha tanpa

penat dan lelah Kerajaan dan seluruh rakyatnya

demi mengangkat watan di puncak kegemilangan.

Kedudukan ini perlulah menjadi pendorong dan

pencetus semangat untuk setiap Warga

Perkhidmatan Awam untuk memberikan

perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM DAN

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN: SINERGI

KE ARAH PENCAPAIAN LUAR BIASA

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Mendepani cabaran-cabaran getir globalisasi,

tugas menerajui transformasi Perkhidmatan Awam

bukanlah sesuatu yang mudah. Perubahan-

perubahan drastik yang sedang berlaku di

Page 11: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

11

peringkat global mahu pun tempatan adakalanya

begitu sukar untuk diadaptasi.

12. Pelaksanaan transformasi menuntut warga

Perkhidmatan Awam untuk berfikiran lebih

terbuka, sentiasa dinamik dan memperlengkapkan

diri dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan.

Malah, lebih besar dari itu, setiap penjawat awam

mesti berani memecah tembok kemustahilan untuk

merangsang pemikiran bagi mencerna isu dan

mencari jalan penyelesaian dalam melakukan

pembaharuan.

13. Hasrat dan iltizam Yang Berbahagia Dato’ Sri

Ketua Setiausaha Negara untuk “Merakyatkan

Perkhidmatan Awam” yang diperkukuhkan lagi

melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan

mempunyai makna dan signifikan yang cukup

besar. Ia bukan sahaja menuntut kepada

kesungguhan kita semua untuk mendakap gagasan

Page 12: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

12

ini, malah memerlukan pengertian jelas bahawa

setiap apa sahaja pelaksanaan dasar kerajaan

yang dilaksanakan akan memberi kesan kepada

1.4 juta penjawat awam yang lain serta

memantulkan impaknya kepada sehingga 8 juta

ahli keluarga dan rakan terdekat mereka.

14. Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang

menjadi lakaran asas kepada kejayaan Negara

turut menuntut setiap agensi Kerajaan

memperhalusi semula peranan dan sejauh mana

perkhidmatan yang telah kita berikan.

Kesungguhan melaksanakan transformasi mestilah

diterjemahkan kepada keberanian untuk

merekayasa proses kerja lapuk kepada sistem

kerja yang baharu yang lebih mesra dan

meyakinkan rakyat.

Page 13: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

13

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM:TRANSFORMASI DAN PACUAN KEJAYAAN

Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang

dihormati,

15. Sejurus dilantik sebagai Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam mulai 15 Mac 2013, saya

menyedari bahawa amanah dan tanggungjawab

yang begitu besar kepada rakyat dan Negara kini

berada di atas jemala saya. Perkara pertama yang

terlintas di minda saya adalah Penjawat Awam dan

Rakyat. Bagaimana harus saya mencaturkan

strategi dan membangunkan pendekatan terbaik

untuk membentuk barisan penjawat awam Negara

yang hebat jiwanya, serta perkasa mindanya ke

arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada

rakyat.

Page 14: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

14

16. Jawapannya ada pada “Transformasi”.

Transformasi yang kita dambakan adalah

merangkumi kesediaan setiap penjawat awam

untuk menjunjung misi kritikal ini menerusi CTI-PCI

atau Cepat-Tepat-Integriti yang disulami

Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi. Dengan

suntikan “Merakyatkan Perkhidmatan Awan” serta

pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan

mengemudi bahtera transformasi ini menerusi

kaedah Outside In dengan mengutamakan dasar

dan inisiatif yang sentiasa tailored with its

customer’s need.

OPEN COMMUNICATION: KOMUNIKASI TERBUKATANPA SEMPADAN

17. Untuk merealisasikan kaedah ini, kita harus

menggalakkan komunikasi yang bebas dan terbuka

tanpa dibatasi red-tape atau sebarang protokol

Page 15: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

15

yang terlalu mengikat. JPA akan menggalakkan

lebih banyak komunikasi yang terbuka di antara

semua agensi kerajaan. E-mel saya

[email protected] adalah untuk seluruh penjawat

awam.

18. Jika tuan-tuan dan puan-puan punyai sebarang

permasalahan atau cadangan demi untuk

memperkasakan lagi perkhidmatan awam Negara,

teruslah menghubungi saya segera. Anggaplah

saya sebagai rujukan utama yang menjadi rakan

karib tuan-tuan dan puan-puan menerusi e-mel

tersebut. Kita menyedari bahawa era “Government

knows best” telah pupus ditelan zaman. Justeru,

marilah bersama-sama saya menyumbangkan idea

dan cadangan yang bernas ke arah perkhidmatan

awam terbaik di dunia. “Tell us what you want,

and how you want it”.

Page 16: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

16

ENGAGAMENT: MENYELAMI DENYUT NADIPENJAWAT AWAM

Para hadirin yang dihormati sekalian,

19. Transformasi tidak terhenti sekadar

komunikasi semata-mata. Lebih dari itu, kita

memerlukan engagement yang lebih mantap

dengan setiap lapisan dan spektrum penjawat

awam. Kita mahu memahami kehendak dan

keperluan semua pihak daripada peringkat pucuk

pengurusan tertinggi sehinggalah ke peringkat

akar umbi penjawat awam.

20. Kita ingin menyelami setiap denyut nadi dan

degupan jantung semua penjawat awam kerana

jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang

saya sandang hari ini bukanlah sekadar untuk JPA,

malahan merangkumi keseluruhan penjawat awam.

Tanpa penjawat awam yang menjadi tulang

Page 17: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

17

belakang perkhidmatan awam negara, maka

siapalah KPPA mahu pun JPA itu sendiri.

JOB DECENTRALISATION AND EMPOWERMENT:PEREKAYASAAN DAN KEPERCAYAAN

21. Oleh yang demikian, JPA telah memutuskan

bahawa telah tiba masanya kita mengamalkan Job

Decentralisation dan Empowerment menyeluruh di

dalam aspek sumber manusia. Telah sampai

waktunya untuk JPA memberikan kepercayaan

penuh kepada agensi untuk melaksanakan peranan

sumber manusia seperti pertukaran dalaman,

pusingan kerja dan sebagainya tanpa perlu

menunggu kelulusan JPA. Memadailah JPA

dimaklumkan sahaja dengan jelas untuk tujuan

rekod dan pentadbiran.

22. Kepercayaan yang diberikan ini, di samping

mampu mempercepat proses dan prosedur

Page 18: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

18

dalaman, juga akan mewujudkan penjawat awam

generasi baharu yang lebih berkemahiran dan

berpengetahuan tinggi.

JOB ROTATION: PUSINGAN KHIDMAT KE ARAHPEMERKASAAN PENJAWAT AWAM

23. Selain itu, JPA dengan bidang kuasa yang

dimandatkan ke atasnya, akan memperkasa

semula job rotation kepada semua penjawat awam

merentasi skim perkhidmatan. Bagi perjawatan

yang kritikal, tempoh perkhidmatan maksimum

adalah selama 3 tahun, manakala bagi perjawatan

biasa, perkhidmatan maksimum di sesebuah

organisasi adalah selama 5 tahun.

24. Pemerkasaan semula pusingan kerja atau job

rotation ini adalah bertujuan untuk memastikan

landasan kerjaya setiap penjawat sentiasa berada

di kedudukan terbaik di samping mampu

Page 19: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

19

melahirkan penjawat awam yang lebih berkaliber

dan berwibawa menerusi kepelbagaian

pengalaman yang diperolehi sepanjang

perkhidmatan mereka.

PERKHIDMATAN PERUNDINGANBERKUALITITINGGI: FLEKSIBEL DAN MESRAPELANGGAN

25. Usaha transformasi perkhidmatan awam tidak

tertakluk kepada isu sumber manusia semata-

mata, malah menerusi lensa yang lebih besar, JPA

akan turut memperkasakan semula perkhidmatan

perundingan yang lebih berkualiti tinggi dan

berinovatif.

26. Perkhidmatan perundingan sebelum ini yang

berorientasikan one size fits all serta dipandu oleh

format tertentu yang ketat akan dihapuskan serta

akan digantikan dengan perkhidmatan yang lebih

fleksibel, lebih inovatif, lebih mesra pelanggan dan

Page 20: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

20

lebih empati. Ini kerana setiap penjawat awam

adalah merupakan kelompok yang begitu dekat di

hati serta merupakan prioriti utama Kerajaan.

D.E.A.D : BERUBAH SEBELUM REBAH

Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang

dihormati,

27. Menyedari hakikat bahawa transformasi turut

memerlukan kepimpinan perkhidmatan awam yang

berupaya mencipta sinergi yang padu bagi

menghadapi kepelbagaian rencah ragam dan

karenah yang wujud dalam perkhidmatan awam,

saya suka untuk berkongsi dengan tuan-tuan dan

puan-puan sebuah paradigma baharu dalam

kepimpinan transformatif di era ini. Dalam konteks

ini, Emmanuel Gobilot, di dalam bukunya

“LeaderShift”, telah mengilhamkan 4 trend baharu

Page 21: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

21

di dalam membina idealisme kepimpinan

kolaboratif dalam Perkhidmatan Awam.

28. Lebih menarik idea ini didatangkan menerusi

akronim D.E.A.D yang bermaksud “mati”!

• ‘D’ bermaksud Demographic trend.

• ‘E’ pula merujuk kepada Expertise trend.

• ‘A’ adalah Attention trend.

• Manakala ‘D’ yang terakhir bermaksud

Democratic Trend.

29. Akronim D.E.A.D memberi ironi yang begitu

mendalam. Hari ini, di era di mana kolobarasi

menjadi raison de etre kepada kejayaan kerjasama

awam dan swasta, kepimpinan perkhidmatan

awam perlu mempunyai keupayaan yang tinggi

untuk menangani empat trend yang disebutkan

tadi. Kegagalan untuk memastikan keempat-empat

isu tersebut diselesaikan secara efektif hanya

Page 22: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

22

akan membawa kepada “kematian” sesebuah

organisasi sekaligus menjadikan mereka tidak lagi

relevan.

30. Demographic Trend bermaksud kepelbagaian

generasi daripada latar belakang sosio budaya

yang bekerja di dalam organisasi kita. Setiap

generasi membawa dinamik sikap, cara gaya

bekerja serta pengalaman dan pengharapan yang

berbeza. Di sinilah perlunya kemahiran dan

keupayaan kepimpinan organisasi untuk

mempertemukan kehendak dan keperluan setiap

generasi ini dengan aspirasi dan cita-cita

organisasi.

31. Hari ini, kita berhadapan dengan sekurang-

kurangnya dengan 3 generasi bermula dengan

Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y. Sebagai

KPPA, pendekatan turun padang yang saya

laksanakan tidak terhad kepada pertemuan dalam

Page 23: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

23

skala yang besar seperti hari ini sahaja, malah

mestilah dalam kelompok yang lebih kecil

mengikut generasi. Di sinilah kita mesti memahami

kehendak, cita-cita dan keluhan mereka supaya

dasar dan pendekatan keseluruhan yang dihasilkan

menepati keperluan semua pihak. Dengan kata

lain, pendekatan one-size fits all kini tidak lagi

terpakai.

32. Trend kedua adalah Expertise Trend.

Expertise atau kemahiran serta pengetahuan

adalah kritikal kepada semua organisasi. Di dalam

memahami isu ini, kita harus menyedari sesebuah

kepakaran tidak lagi terletak kepada kelompok

atau individu tertentu, malah dengan kecanggihan

teknologi serta kewujudan pelbagai media sosial,

kepakaran wujud dalam pelbagai dimensi yang

mungkin berada di luar organisasi kita. Di sinilah,

kepimpinan organisasi perlu melihat dan mencatur

semula bagaimana sinergi di antara kemahiran

Page 24: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

24

dalaman serta kepakaran luar boleh diasonasikan

bagi melahirkan keberhasilan yang berganda.

33. Trend ketiga adalah Attention Trend yang

menjelaskan bagaimana ledakan maklumat luar

yang diperoleh daripada saluran alternatif seperti

di media sosial akan menjadi saluran yang lebih

dipercayai oleh pelanggan berbanding dengan

agensi yang memonopoli perkhidmatan itu sendiri.

Dengan kata yang mudah, semakin pelanggan

mempercayai maklumat luar, semakin sukarlah

untuk sesebuah agensi untuk mengekalkan

kerelevanannya.

34. Trend keempat yang ingin saya kongsikan

merujuk kepada Democratic Trend. Hari ini, di

dalam lingkungan organisasi kita, terdapat

pelbagai jenis pegawai yang berkhidmat. Ada yang

dilantik sebagai tetap, ada yang dilantik bertaraf

Page 25: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

25

perunding, dan ada yang dilantik bertaraf kontrak

atau sambilan harian.

35. Fenomena ini menuntut kepimpinan organisasi

untuk mendengar keluhan dan suara dari semua

peringkat pegawai tanpa mengira taraf kerana

kegagalan kita untuk memahami dengan tepat

suara hati mereka akan mencetuskan pelbagai isu

dan rungutan yang berpanjangan serta tiada

berkesudahan.

36. Di sinilah peranan kita semua sebagai

kepimpinan agensi perkhidmatan awam harus

berfungsi bersama-sama saya di dalam merubah

sektor awam negara ke arah yang lebih gemilang.

Dalam konteks JPA, secara peribadi bagi saya,

mentransformasikan JPA bermakna

mentransformasi Perkhidmatan Awam secara

holistik dan komprehensif.

Page 26: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

26

FLOWERING PERKHIDMATAN AWAM:MENGGANDAKAN USAHA, MEMPERKASA BUDAYA

Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang

dihormati,

37. Mengangkasa Perkhidmatan Awam di puncak

keterbilangan bukanlah sesuatu tugas yang

mudah. Lebih utama daripada itu, iltizam untuk

membina peradaban negara bangsa yang mulia dan

terhormat memerlukan akar nilai yang mesti

dipasak kukuh di dalam setiap warga masyarakat.

38. Hakikatnya, peningkatan taraf hidup, proses

pembandaran, akses kepada pendidikan, kemajuan

teknologi maklumat, komunikasi serta

pengangkutan telah merubah keutamaan, selera,

dan sistem nilai rakyat Malaysia. Citarasa dan

jangkaan mereka terutamanya golongan muda

telah bertukar dengan mendadak lantas menuntut

Page 27: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

27

kepada perkhidmatan Kerajaan yang lebih efisien,

efektif dan pantas.

39. Mengulas cabaran yang mendesak ini, Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri pernah

menyebutkan; The age of information has its own

generation: the digital natives, those who have

only ever known a connected world. There are

children leaving school now who do not remember

life before the internet. The expectations they

have – of access to information, and freedom to

communicate – are completely different. They do

not understand closed systems, or one-way

Government. They expect information to be free,

democracy to be responsive and communication to

be global. They want to play an active role in the

digital economy. And if they are not satisfied, they

will tell the world in a heartbeat.

Page 28: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

28

40. Inilah cabaran kita seluruh warga

Perkhidmatan Awam demi menyahut hasrat

“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”. Justeru,

berpegang kepada janji keramat mendahulukan

rakyat, kita mestilah menghayati dan mendakap

kemas gagasan dan idea-idea yang telah dilakar

oleh pucuk pimpinan tertinggi negara iaitu

“1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan” yang didokong oleh gerakan budaya

kerja secara Cepat – Tepat – Integriti dan

pembudayaan Produktiviti – Kreativiti – Inovatif.

PENUTUP

Warga Penjawat Awam Negeri Melaka yang saya

kasihi sekalian,

41. Mengakhiri amanat saya hari ini, saya ingin

mengambil kesempatan untuk merakamkan

ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada

Page 29: UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA … · Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara Majlis Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

29

pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di

bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Wira

Omar Kaseh serta seluruh penjawat awam Negeri

Melaka di atas pertemuan kita pada hari ini.

Diharapkan segala kerjasama dan komitmen yang

telah diberikan selama ini akan tetap diteruskan di

masa-masa yang akan datang.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu

Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima

kasih.