Upload
mei-yuen
View
169
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TAJUK 9
Nordin Tahir, JIP
• Plato
• Rosseau
• Confucius
• Lao Tze
• Al-Ghazali
Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-ahli falsafah tersebut dan bincangkanperanan /sumbangan mereka dalampembinaan modal insan
Perjuangan Insan Pendidik(Ahli-ahli Falsafah)
Nordin Tahir, JIP
Tokoh-tokoh Pendidik Barat:- John Dewey-Maria Montessori-Jean Piaget-Carl Rogers-Albert Bandura
Tokoh-tokoh Pendidik Timur:-HAMKA -Confucius-Lao Tze -
Tokoh-tokoh Pendidik Negara:-ZA’BA-Burhanuddin Helmi-Aminuddin Baki-Awang Had Salleh
Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh –tokoh Pendidik Barat dan Timur)
Rujuk dan
kumpulkan
maklumat tentang
tokoh-tokoh
pendidik tersebut
dan bincangkan
sumbangan/peranan
mereka
dalam pembinaan
modal insan
Nordin Tahir, JIP
Socrates(469 -399 SM)
• Seorang yg cenderung kpd penaakulankritikal dan komitmen terhadap ketelusan
• Pernah menjadi askar kemudian sbgpengukir batu
• Sentiasa berbincang ttg ilmu, nilai, politikdsb bersama golongan muda
• Sbg Mahaguru Athens kerana keikhlasanberkongsi ilmu tanpa balasan material.
Ahli Falsafah Pendidikan
Nordin Tahir, JIP
Plato (427 – 347 SM)
• Anak murid Socrates dan guru kpd Aristotle
• Karya (Dialoge dan Republic)berkaitan disiplin iaituetika, falsafah politik, psikologi moral, epistemologi danmetafizik
• Tubuh sek sendiri di Athens sbg academi dan digelaruniversiti pertama di Eropah
• Menawarkan satu kurikulum m/p spt astronomi, biologi, matematik, teori politik dan falsafah
• Berkhidmat di sek tersebut sehingga meninggal dunia
• Pendapat beliau tentang peranan guru, guru mestiperihatin dan menjaga kebajikan murid, pendidikan sbgsatu entiti moral, maka guru b/tgjwb menyampai ilmu. Guru juga perlu mengenal pasti tahap dan had ilmu ygberasaskan kebenaran dan nilai.
Ahli Falsafah Pendidikan
Nordin Tahir, JIP
Aristotle (384 – 322 SM)
• Anak murid Plato dan guru kpd Iskandar Dzulkarnain
• Penulisan beliau berkaitan pendidikan, sastera, fizik, metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologidan zoologi.
• Sbg guru di sek Academy , mengajar m/p retorik(teknik memujuk)
• Mendirikan sek sendiri bertempat di Lyceum
• Amat komited dan tekun mengajar serta mengarangrisalah yg megandungi idea-idea berfalsafah.
• Kuliah beliau dikategorikan perbincangan terperincisebelah pagi utk kump. murid di peringkat lanjutandan perbincangan umum sebelah ptg utk kumpawam
• Semasa mengajar gemar berjalan ke sana sini, jugamenjalankan kajian terhadap pelbg m/p sterusberjaya menubuhkan sebuah perpustakaan utkmenyimpan bahan purbakala.
Nordin Tahir, JIP
Al-Ghazali
• Imam Al-Ghazali: Perintis Falsafah Islam:
• DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan
perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat
gelaran “Hujjatul Islam” adalah ilmuwan ulung yang sangat
berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama
lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus,
Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli
sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual
benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut
mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.Nordin Tahir, JIP
• Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya
sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu
ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama
terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan
Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali
diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong
kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang
Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan
Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yang
cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari
sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan
menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh
pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang
mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.
Nordin Tahir, JIP
• Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan
keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku
sahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri.
Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri
para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan
ramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan
mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi,
al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak
kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah
Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk
mati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka
sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai
dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.
Nordin Tahir, JIP
• Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali:
• Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada
enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan),
politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak
melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia
tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam
karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan
metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa
kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori
falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai
keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat
bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah
Islam.
Nordin Tahir, JIP
• Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para
filosuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang
berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan:
a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini mengingkari adanya Tuhan.
Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada
melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian
pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.
b. Golongan at-Tobi’iyyah (Naturalis) - Golongan ini memusatkan perbahasan
pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang
mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha
Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali
lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan
neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.
c. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul daripada dua golongan
yang telah dinyatakan.
Nordin Tahir, JIP
• Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali berpendapat pandangan
para filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu
dan pemikiran mereka wajib ditolak.
• Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah
yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam
(meliputi hal kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam hari ini.
• Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam perbahasan kitab
tersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filsuf dan Islam
iaitu:
1. Filsuf menganggap qadimnya alam .
2. Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di
bumi .
3. Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat.
Nordin Tahir, JIP
• Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah al-Ghazali,
orang ramai bolehlah membaca karyanya Tahafut al-Falasifah dan
Maqasid al-Falasifah.
• Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para Ilmuwan Islam
sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat
tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan
beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada
filsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai
seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah
buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadap
dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau
bagai manapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan para
ilmuwan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan
pendapat di kalangan mereka.Perkara sebegini juga berlaku
terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh
muridnya, Aristotles.
Nordin Tahir, JIP
• Selain sarjana Islam, orientalis barat dan penulis-penulis barat juga
sering menulis tentang al-Ghazali.
• Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantaran
kekaguman terhadap teori falsafah Al-Ghazali.
• Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan al-
Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang
berbeza-beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al-Ghazali
sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana
Augustinus dalam dunia Kristian.
• Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepada
pendapat al-Ghazali dalam falsafahnya.
Nordin Tahir, JIP
Karya Al-Ghazali:
• Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang
sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga
kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara definitif oleh
para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yang
telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan
makhtutah negara-negara Arab.
• Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepada
tiga kategori.
1. Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai karya al-Ghazali
berjumlah 72 kitab.
2. Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab.
3. kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan berjumlah 31 kitab.
• Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti
ilmu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq,
falsafah, kebatinan dan lain-lain.Nordin Tahir, JIP
• Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah:
1. Tahafut al-Falasifah
2. Ihya’ Ulumiddin
3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal
4. Miskat al-Anwar
5. Maqasid al-Falasifah
6. Majalis Al-Ghazali
7. Al-Mustazhari
• Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah
ialah Tahafut al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan
pendirian beliau.
• Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang
bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli
falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dan
kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang
bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai
dzuq seorang Muslim sejati.
• Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55
tahun.Nordin Tahir, JIP
Jean Jacques Rousseau(1712-1778)
• Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari Geneva.• Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the Arts and
Sciences (1754) dan Social Contract (1762).• Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan
pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya. Bagi beliaumanusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadimasing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body)yang menentukan bentuk undang-undang yang akanmelindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyaihak asasi yang sama.
• Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang umumyang telah dipersetujui secara kolektif.
Nordin Tahir, JIP
• Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalampemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat
i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagaisatu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmupegetahuan yang baru.
ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyaitanggungjawab penting untuk membantu dalam usahamembina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektualawam (public intellectuals).
iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnyadiwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaranilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidangdalam disiplin sains sosial.
Nordin Tahir, JIP
Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuatbeberapa sumbangan penting kepada pertumbuhanpendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:-
1. Mereka telah membuat penelitian intensif danekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat,sifat manusia dan ciri alam semula jadi.2. Mereka berjaya mengembangkan sistempendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmusekular.3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuanilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.
Nordin Tahir, JIP
Tokoh-tokoh Pendidik Barat:- John Dewey-Maria Montessori-Jean Piaget-Carl Rogers-Albert Bandura
Tokoh-tokoh Pendidik Timur:-HAMKA -Confucius-Lao Tze -
Tokoh-tokoh Pendidik Negara:-ZA’BA-Burhanuddin Helmi-Aminuddin Baki-Awang Had Salleh
Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh –tokoh Pendidik Barat dan Timur)
Rujuk dan
kumpulkan
maklumat tentang
tokoh-tokoh
pendidik tersebut
dan bincangkan
sumbangan/peranan
mereka
dalam pembinaan
modal insan
Nordin Tahir, JIP
Prof. HAMKA
Nordin Tahir, JIP