22
Tajuk 8 : Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

Tajuk 8

  • Upload
    miz

  • View
    24

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sastera remaja dan kanak-kanak

Citation preview

Tajuk 8 :Sastera

Kanak-Kanak dan Remaja

Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

i. Latar Belakangii. Karya dan Tokoh

iii. Sastera Kanak-Kanak dan Perspektif Pendidikan

Latar Belakang

Definisi • Sastera

– Mengikut Kamus Dewan, sastera bermaksud hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.

• Kanak-kanak– Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah

umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

• Remaja– Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia

yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun.

Sastera Awal Kanak-Kanak

• Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan cara pengucapan atau bertulis.

• Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1977).

• Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka.

• Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi.

• Sastera awal kanak-kanak mampu memberi kan keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak.

• Satu konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan “kesediaan atau persiapan sebelum membaca” atau “reading readiness”.

• Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita.

• Hubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

• Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarna; dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk menarik minat kanak-kanak membaca.

• Bahan yang demikian sangat penting kerana kebolehan membaca banyak bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan kanak-kanak.

Mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera.

• Sastera kanak-kanak menggunakan konsep cerita binatang boleh digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak.

• Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera jika watak haiwan ini dipindahkan ke alam karya penulisan.

• Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada golongan ini mengenal realiti sebenar kehidupan.

Mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan

kreativiti

• Ia diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca.

• Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.

• Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan.

Hiburan

• cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni sastera bertujuan menarik perhatian khalayak.

• hasil-hasil sastera ini dicorakkan dengan ilustrasi dan gambar-gambar yang menarik.

• Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat menikmati sesi pembacaan dengan minda yang terhibur.

• Manakala karya sastera bagi golongan remaja biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra antara satu individu dengan satu individu yang lain kerana pada peringkat ini mereka melalui alam berkasih sayang.

Wadah pengajaran dan didikan moral

• Cerita lisan telah menjadi medium yang penting untuk memberi nasihat dan pengajaran yang baik dan dijadikan panduan kepada setiap individu masyarakatnya.

• Hal ini dapat dilihat dalam sastera kanak-kanak melalui cerita-cerita binatang yang menjadikan haiwan sebagai watak-watak yang memberikan pelbagai pengajaran yang baik seperti mengisahkan tentang akibat orang yang tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti cerita “Anjing dengan Bayang-bayang”.

Penerapan nilai murni

• Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-kanak lagi.

• Sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka.

Keperluan material atau kebendaan

• Keperluan material ini menggambarkan keadaan kehidupan fizikal yang serba lengkap dan istimewa khususnya dari segi material.

• Lazimnya, kanak-kanak akan terangsang dengan gambaran tempat kediaman istana atau rumah yang bangunannya besar dan indah dengan bilik-bilik yang dihiasi oleh pelbagai hiasan.

• Secara tidak langsung, ia mencabar proses imaginasi kanak-kanak untuk terus berusaha memikirkan cara untuk memiliki kepunyaan sendiri.

Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

KARYA dan TOKOH KARYA dan TOKOH

Ali Majod Ali Majod Pendidikan • Mohd Ali Majod dilahirkan pada 12 September

1940 di Kampung Ayer Penaga, Gemencheh, Negeri Sembilan.

• Beliau belajar di Sekolah Melayu Sungai Jernih (1848-1955) dan Sekolah Melayu Gemencheh pada tahun 1956-1957.

• Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dari tahun 1958-1961.

• Pada tahun 1975-1978, beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya.

Kerjaya • Memulakan kerjaya sebagai seorang guru di

beberapa sekolah di Negeri Sembilan.• Beliau juga menjadi tenaga pengajar di

Universiti Malaya pada tahu 1980.• Ali Majod juga dilantik sebagai pegawai

penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

• Menggunakan nama samaran Malinas. Beliau banyak menghasilkan cerpen remaja, cerpen dewasa, novel remaja dan buku cerita kanak-kanak.

Penulisan • Mohd Ali Majod adalah penulis cerpen, sajak,

drama dan esei dalam bahasa Melayu. • Beliau terkenal sebagai penulis cerpen ‘Pensel

Sebatang’ .• Beliau turut mempunyai kumpulan cerpen

persendirian seperti Dalam Diri, Lampu-lampu Di Pelabuhan dan Semacam kepuasan.

• Kumpulan cerpen remaja iaitu Sayang Si Tina telah memenangi hadiah pertama Sastera Remaja ESSO-GAPENA 1.

• Buku cerita kanak-kanak yang dihasilkan olehnya ialah Inilah Ceritaku dan Ani yang sihat.

• Cerpen Pensel Sebatang (Dewan Masyarakat. 1965) cukup popular dan sesuai dijadikan rujukan psikologi kanak-kanak dan sering digunakan sebagai model pengajaran guru di sekolah .

• Ali Majod mengangkat isu tentang sebatang pensel yang dibeli oleh Zahid daripada upah memungut getah skrap. Pensel itu dicuri oleh Dolah Udin. Zahid mempertahankan haknya lalu bergaduh dengan si pencuri, tetapi si pencuri yang pandai berlakon, tidak didenda oleh Cikgu Jamal. Yang didenda ialah Zahid sendiri sehingga menimbulkan suatu perasaan lain dalam diri Zahid, khususnya terhadap Cikgu Jamal .

• Era tahun 2000 , Ali Majod memiliki kolum khas di akhbar Jawi Utusan Melayu Mingguan untuk menilai dan mengulas cerpen-cerpen karya pengarang lama dan baru. Ulasan dan kritikan Ali Majod mendatangkan manfaat besar kepada para pengarang yang dikritik karyanya untuk diperbaiki lagi.

• Kemudian beliau diiktiraf dalam penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) bagi kategori esei / kritikan .

• Ketika di DBP, beliau bersama Johan Jaafar, Abdul Ahmad dan lain-lain mengendalikan Minggu Penulis Remaja sekitar 1980-an. Antara penulis muda yang turut serta ialah Zaen Kasturi dan Rahimidin Zahari.

Pantun Jenaka Sehijau Warna Daun Dengarlah Nasihat

Pantun SahabatRam dan Rim ke Planet Zerak

Lampu- lampu di Pelabuhan

Pantun Kasih Sayang Impian Murni Hikayat Patani

Sang Kancil dengan Pak Belang

Aku Terpaku Hikayat Banjar

Orang yang bijak Kasihanilah Dia Sayang Si Tina

Padah Menyamar Sang Kancil dengan Ketam

Semacam Kepuasan