12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 6 A Nama : _____________________________

Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 6A

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,
Page 3: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Kertas 1 Karangan Jenis Bahan Rangsangan – Pelan / Peta Latihan: Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan faedah-faedah pembinaan lebuh raya di negara kita.. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. [30 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 1

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Peta Minda/Rangka

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 2Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Bahagian B : Karangan –Karangan Wawancara / Dialog / Temu Ramah Anda dan beberapa orang rakan berbincang tentang kesan-kesan pembacaan bahan-bahan picisan. Hasil perbincangan tersebut akan dibentangkan dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Malaysia. Tulis perbualan itu sepenuhnya. Pada pukul empat petang 27 Januari 2012 yang lalu, saya (Zakri bin Daud) berbincang tentang kesan-kesan pembacaan bahan-bahan picisan dengan dua orang rakan saya, iaitu Norhisham bin Mohamad dan Rajan A/L Suresh kerana hasil dalam perbincangan tersebut akan kami bentangkan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Malaysia di kelas kami. Yang berikut ialah perbualan kami sepenuhnya. Zakri : Selamat petang, Hisham dan Rajan. Saya fikir, eloklah kita mulakan

perbincangan kita sekarang memandangkan kamu berdua sudah bersedia dengan pen dan kertas masing-masing.

Hisham : Saya setuju. Lebih cepat kita mulakan perbincangan kita, lebih cepat

saya dan Rajan pulang. Maklumlah, hari sudah petang. Zakri : Baiklah. Rajan, bolehkah kamu berikan satu kesan positif daripada

aktiviti pembacaan bahan-bahan picisan dalam kalangan rakyat negara kita?

Rajan : Tidak dinafikan bahawa kehadiran bahan-bahan picisan di pasaran kini mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan golongan muda. Majalah hiburan, komik, dan cerita seram melambak dan mudah didapati di kedai-kedai buku. Antara kesan positif daripada perkara ini ialah kadar membaca dalam kalangan masyarakat telah meningkat. Mereka seronok membaca kandungan bacaan picisan Kerana memaparkan cerita-cerita hiburan dan gosip. Kandungan bahan sedemikian sememangnya menepati cita rasa pembaca remaja. Selain itu, bahasa yang digunakan dalam bahan bacaan picisan mudah difahami oleh khalayaknya.

Hisham : Namun demikian, pembacaan bahan-bahan picisan memberikan lebih

banyak kesan negatif. Peningkatan gejala sosial akibat pembacaan bahan-bahan picisan berlaku apabila masyarakat terpengaruh oleh nilai- nilai yang negatif, ganas, lucah, dan materialistik yang disajikan dalam

bahan bacaan tersebut. Perbuatan buli, pergaulan bebas, dan sebagainya meningkatkan masalah sosial yang sedia ada sehingga mencapai tahap yang membimbangkan banyak pihak. Dalam jangka masa panjang, perkara ini akan menggugat pembangunnan negara, terutama

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

pembangunan manusia Kerana negara dilanda masalah sosial yang kronik.

Zakri : Bagi saya pula, kesan negatif daripada pembacaan bahan-bahan picisan

yang lain adalah melembapkan daya fikir masyarakat. Kita berbangga kerana rakyat gemar membaca, tetapi mereka cenderung membaca bahan bacaan yang menyeronokkan sahaja. Mereka sebaliknya tidak gemar membaca bahan bacaan yang berat untuk menambahkan ilmu pengetahuan, seperti ensiklopedia dan jurnal. Hal ini menyebabkan mereka gagal memahami realiti semasa manakala pemikiran pula tidak berkembang dan kadangkala beku. Sikap segelintir daripada mereka yang lebih gemar membaca perkara-perkara Karut dan tahayul pula memburukkan keadaan kerana akan menggugat Keamanan dan dapat memesongkan akidah.

Rajan : Selain itu, sumber tenaga kerja tidak berkualiti sekiranya rakyat asyik

membaca bahan-bahan picisan. Tenaga kerja tidak inovatif dan kreatif kerana tiada pengetahuan dalam sesuatu bidang akibat membaca bahan yang Kandungannya tidak bersifat ilmiah. Mereka juga tidak proaktif untuk menimba pengalaman dan Kemahiran bekerja, sebaliknya bekerja untuk keseronokan dan menghabiskan masa, selain mendapat gaji. Aktiviti penguasaan ilmu dengan membaca dan menghayati bahan bacaan ilmiah serta menghadiri majlis ilmu sering dihindari.

Hisham : Pembacaan bahan bacaan picisan turut menggalakkan penggunaan

bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya, aku, kamu, dan engkau" lebih kerap ditukar dengan "wa" dan "lu". Kata bantu seperti "pula" dan "sekarang" lebih gemar digantikan dengan ejaan "plak" dan "skunk. Hal ini mengelirukan dan seterusnya mempengaruhi pembaca, terutama remaja dalam penulisan karangan di sekolah dan perbualan sehari-harian. Jika perkara ini berlarutan, cogan kata "Bahasa jiwa bangsa" sukar dipupuk dalam kalangan masyarakat.

Zakri : Berdasarkan perbincangan kita, lima isi telah kita kemukakan berserta

huraian dan contoh yang lengkap. Saya rasa, perbincangan kita setakat ini sahajalah.

Rajan : Kita boleh memberikan penjelasan atau isi tambahan dalam sesi soal

jawab yang akan diadakan selepas sesi pembentangan nanti. Hisham : Jika begitu, kami minta diri dululah, Zakri. Jumpa lagi. Zakri : Baiklah. Jumpa lagi.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 4

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Latihan : Anda telah menemu bual seorang pemimpin belia tentang sebab-sebab belia hari ini kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan faedah-faedah menyertai aktiviti tersebut.

Tulis temu bual itu selengkapnya.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 5

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Peta Minda

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 6

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Peribahasa

*O

ombak membanting dirinya

Maksud: Marah yang sia-sia.

ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan

Maksud: Terdengar akan berita kekayaan seseorang, tetapi belum ada buktinya lagi.

ombak yang kecil jangan diabaikan

Maksud: Jangan menganggap mudah akan perkara kecil yang boleh mendatangkan bahaya.

orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi

Maksud: Permintaan yang tidak akan dihiraukan orang.

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Maksud: Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan penghargaan; kita harus tahu berterima kasih.

orang berdendang di pentas, orang beraja di hatinya

Maksud: Tiap-tiap orang yang berkuasa mempunyai kawasan masing-masing.

orang bergayung sama pandai, sama bak kundi di atas dulang

Maksud: Sama ari! dan bijaksana atau sama-sama handal.

orang buta diberikan bersuluh

Maksud: Perbuatan yang sia-sia.

orang buta mendapat tongkat, dipukul buta tuli

Maksud: Sombong kerana baru mendapat kekayaan atau kemuliaan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 7

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

orang haus diberikan air, orang lapar diberikan nasi

Maksud: Mendapat apa-apa yang diingini atau dihajati.

orang karam di laut, aku karam di darat

Maksud: Mendapat kecelakaan di tempat yang tidak sepatutnya.

orang kaya maksud tercapai, orang miskin patah di tengah

Maksud: Maksud orang kaya mudah dicapai kerana ada kemudahannya, tetapi maksud orang miskin sukar dicapai kerana kurang alat dan syaratnya.

orang kaya tempat meminta, orang pandai tempat bertanya

Maksud: Orang kaya menjadi tempat untuk meminta pertolongan oleh orang miskin dan orang pandai pula menjadi tempat meminta buah fikiran yang baik.

orang mandi berselam, awak mandi bertimba

Maksud: Orang mendapat keuntungan yang besar, tetapi kita mendapat keuntungan yang sedikit.

orang mencubit kita menampar

Maksud: Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.

orang mendorong lekas kena

Maksud: Orang yang terlalu mudah marah cepat ditimpa bencana.

orang menebas berpadang senang, orang diberi beroleh sahaja

Maksud: Harta yang telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.

orang mengantuk disorongkan bantal

Maksud: Mendapat sesuatu yang dihajati atau yang dinanti-nantikan.

orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam

Maksud: Sudah lazimnya orang muda bercinta, orang tua pula banyak bersabar.

orang sukar baharu kaya

Maksud: Orang yang hina menjadi sombong kerana beroleh kejayaan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 8

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

orang tua diajar makan dadih

Maksud: Mengajar orang yang sudah tahu.

orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang

Maksud: Kecelakaan orang janganlah terlalu dikata. Barangkali suatu masa nanti kita akan mengalami nasib yang serupa.

orang tua diajar makan pisang

Maksud: Sia-sia mengajar orang telah pandai.

orang tua tak akan kehilangan tongkat dua kali

Maksud: Orang cerdik tidak akan tertipu dua kali.

orang yang kenyang jika dijamu lauk yang sedap sekalipun dikatakan tawar juga

Maksud: Pemberian yang tidak dikehendaki tidak akan dihargai.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM506A 9

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM Modul A Nama · bahasa "rojak" dan slanga secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Banyak terdapat Kesalahan bahasa dan ejaan yang nyata, contohnya kata ganti nama "saya,

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my