96
BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER Disediakan oleh: Umar Mustaqim bin Md Heshamudin No Matrik & HP/Whatssapp: 1627093 / 011-37096834 Tugasan #: EMPAT Tajuk Tugasan: Komunikasi dalam Era Revolusi Industri Ke-4 (Fourth Industrial Revolution) Disediakan untuk: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN Tarikh Hantar: 7.1.2019 MARKS Marker’s Signature: Date: Student’s Signature: Date:

BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

BMCO 4105

KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER

Disediakan oleh:

Umar Mustaqim bin Md Heshamudin

No Matrik & HP/Whatssapp:

1627093 / 011-37096834

Tugasan #:

EMPAT

Tajuk Tugasan:

Komunikasi dalam Era Revolusi Industri Ke-4 (Fourth Industrial Revolution)

Disediakan untuk:

ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

Tarikh Hantar:

7.1.2019

MARKS

Marker’s Signature: Date:

Student’s Signature: Date:

Page 2: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

1

APLIKASI GOOGLE TRANSLATE: MEMECAH DINDING

KOMUNIKASI PADA ERA REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Umar Mustaqim bin Md Heshamudin

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini berfokus kepada Revolusi Perindustrian, khususnya era Revolusi Perindustrian ke-4.

Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan tentang Revolusi Perindustrian dan untuk

menerangkan tentang pelantar (platform) atau aplikasi yang telah dipilih bagi komunikasi

pengantaraan komputer dalam era IR 4.0. Skop kajian ini ialah menghadkan jenis komunikasi

pengantaraan komputer kepada teknologi Realiti Terimbuh dan memilih pelantar (platform) atau

aplikasi yang sesuai dengan kebanyakan peranti telefon pintar di luar sana. Kaedah kajian ini ialah

melayari internet dan mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian. Bagi memastikan

kajian ini difahami oleh semua golongan pembaca, pengkaji telah menghuraikan 20 definisi

operasional yang berkaitan dengan kajian ini dengan lengkap. Pernyataan masalah kajian ini ialah

rintangan bahasa dalam perbualan antara dua pihak yang menggunakan bahasa yang berbeza,

manakala penyelesaian masalahnya adalah dengan memasang (install) dan menggunakan aplikasi

Google Translate ke dalam telefon pintar milik pengguna. Kajian ini juga mencari dan

menyenaraikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Pengkaji

merumuskan kajian ini dengan memberikan pandangannya tentang era IR 4.0 dan medium

komunikasi pada masa hadapan yang berkait rapat dengan teknologi Realiti Terimbuh.

Kata kunci: Revolusi Perindustrian, Revolusi Perindustrian ke-4, era IR 4.0, aplikasi, komunikasi

pengantaraan komputer, Realiti Terimbuh, Google Translate

Page 3: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

2

ABSTRACT

This research focused on the Industrial Revolution, primarily on The Fourth Industrial Revolution.

This research’s objectives are to describe the Industrial Revolution and to explain about the

platform or application chose for the computer-mediated communication in the IR 4.0 era. This

research’s scopes are limiting the type of computer-mediated communication to Augmented

Reality technology and choosing a suitable application for most of the smartphones out there. This

research’s methods are surfing the internet and searching websites which are related to this

research. To ensure the readers could understand this research, the researcher has defined 20

operational definitions related to this research entirely. This research’s problem statement is the

language barrier in a conversation between two persons who use different languages. Meanwhile,

the problem solving is installing Google Translate application into the user’s smartphone and using

it. This research also has found and listed the pros and cons of the application. The researcher

concluded this research with opinions on the IR 4.0 era and the communication medium in the

future related to the Augmented Reality technology.

Keywords: Industrial Revolution, The Fourth Industrial Revolution, IR 4.0 era, application,

computer-mediated communication, Augmented Reality, Google Translate

Page 4: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

3

1.0 PENGENALAN

Era Revolusi Perindustrian ke-4 telah pun tiba sejak 17 tahun yang lalu. Kemajuan teknologi yang

dibangunkan sejak Revolusi Perindustrian Pertama yang tercetus pada tahun 1765-an di negara

British telah pun berkembang dengan pesat ke serata dunia. Medium komunikasi turut berubah

dari telegraf, radio, telefon hinggalah kepada komputer dan internet. Namun begitu, medium

komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan

wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga, singkatan, jargon dan emoji.

Rentetan itu, masyarakat dunia masih lagi memerlukan penterjemah bahasa apabila mereka

bertutur dalam bahasa yang berbeza demi memahami pertuturan tersebut. Kendatipun begitu,

keunikan era Revolusi Perindustrian ke-4, iaitu pengecilan jurang di antara dunia realiti dan dunia

maya dapat dilihat dengan teknologi Realiti Berimpuh atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented

Reality (AR). Penggunaan teknologi ini oleh syarikat Google dalam produknya, iaitu aplikasi

Google Translate dapat menyelesaikan masalah rintangan bahasa yang telah dinyatakan di atas.

Bahagian seterusnya akan menjelaskan perkara-perkara penting yang mempunyai

perkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Perbincangan dalam bahagian seterusnya akan

dimulakan dengan membincangkan Latar Belakang Kajian, Objektif Kajian, Skop Kajian,

Kaedah Kajian, Definisi Operasional Dan Pernyataan Masalah. Pemilihan aplikasi yang

berkaitan dengan tajuk kajian ini, iaitu aplikasi Google Translate akan diterangkan dalam

Penyelesaian Masalah yang diikuti dengan Cara-Cara Menggunakan Aplikasi Google

Translate, Kelebihan dan Kekurangan Aplikasi Google Translate dan diakhiri dengan

Rumusan Kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengaitkan hubungan antara jenis komunikasi era Revolusi

Perindustrian ke-4 atau IR 4.0 (1999-kini) dan aplikasi atau platform yang digunakan bagi jenis

komunikasi tersebut. Kajian ini memberi tumpun kepada jenis komunikasi yang sangat baharu,

iaitu Realiti Terimbuh atau Augmented Reality (AR) dan juga aplikasi yang menggunakan

teknologi tersebut, iaitu aplikasi Google Translate. Aplikasi tersebut dilancarkan oleh syarikat

Page 5: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

4

Google.Inc pada Januari, 2010 bagi Sistem Pengendalian Mudah Alih- Android. Aplikasi tersebut

boleh dipasang (install) ke dalam telefon pintar dari kedai aplikasi Google Play Store dan Apple

App Store. Aplikasi tersebut dicipta bagi memecahkan rintangan bahasa dengan pelbagai kaedah

penterjemahan seperti kaedah “Type”, “Talk”, “See” dan “Write”. Kajian ini akan menerangkan

secara menyeluruh tentang cara menggunakan aplikasi tersebut.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Sesuatu kajian yang hendak dijalankan mestilah membawa tujuan dan objektif tertentu. Objektif

kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

a) Membuat penghuraian tentang Revolusi Perindustrian

b) Membuat penerangan tentang pelantar (platform) atau aplikasi yang telah dipilih bagi

komunikasi pengantaraan komputer dalam era IR 4.0

4.0 SKOP KAJIAN

Pengkaji mengecilkan skop kajian ini dengan menghadkan jenis komunikasi pengantaraan

komputer, iaitu Realiti Terimbuh atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented Reality (AR).

Seterusnya, pengkaji hanya memilih pelantar (platform) atau aplikasi yang sesuai dengan

kebanyakan peranti telefon pintar.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan kajian dengan melayari internet dan mencari laman-laman web yang

berkaitan dengan kajian ini secara terperinci. Melalui kemudahan internet, pengkaji dapat

mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat. Antara laman web yang telah

dilayari oleh pengkaji adalah seperti berikut:

Digital Trends

Digi-Capital

Encyclopaedia Britannica

Google Play Store

Page 6: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

5

Huffpost

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)

6.0 DEFINISI OPERASIONAL

Bahagian ini akan menghuraikan definisi secara menyeluruh berkenaan tajuk kajian ini, iaitu

Revolusi Perindustrian, IR 1.0, IR 2.0, IR 3.0, IR 4.0, Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR),

Komunikasi, Bahasa, Rintangan Bahasa, Aplikasi, Sistem Pengendalian Mudah Alih (Mobile OS),

Google, Google Translate, Antara Muka Pemprogreman Aplikasi (API), Pengecaman Karakter

Optikal (OCR), Terjemahan Mesin Statistik (SMT), Komunikasi, Penterjemahan dan Terjemahan

Mesin Neural (NMT).

6.1. Revolusi Perindustrian

Revolusi Perindustrian ataupun dalam bahasa Inggeris, Industrial Revolution bermaksud,

perubahan besar yang mendadak dalam ekonomi (bermula pada abad ke-18 di England)

yang dikenali dengan pengenalan meluas tentang mesin janaan kuasa ataupun perubahan

penting dalam penggunaan jenis dan cara mesin tersebut. Kemahiran tinggi yang dimiliki

oleh seseorang pencipta itu tidak lagi diberi keutamaan sebaliknya penghasilan sesuatu

produk itu dihasilkan secara komersial oleh pekerja-pekerja buruh di sesebuah kilang.

Istilah “Industrial Revolution” telah dicipta oleh penulis Perancis, namun orang pertama

yang memasyhurkannya ialah seorang sejarawan ekonomi berbangsa Inggeris, iaitu Arnold

Toynbee. Mendiang telah menggunakan istilah tersebut untuk menggambarkan perkembangan

ekonomi di negara British pada tahun 1760 sehingglah tahun 1840. Sehingga kini, istilah tersebut

digunakan secara meluas dan terdapat empat fasa Revolusi Perindustrian yang telah dialami oleh

seluruh dunia, di mana berlakunya kemajuan dari segi teknologi, sosioekonomi dan kebudayaan.

6.2. IR 1.0

Era Revolusi Perindustrian Pertama atau dalam bahasa Inggerisnya, The First Industrial

Revolution (IR 1.0) berlaku sekitar tahun 1765-an. IR 1.0 ini bermula di England. Kemajuan

Page 7: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

6

teknologi dapat dilihat dengan penggunaan tenaga baharu seperti enjin wap, tenaga elektrik,

petroleum dan enjin pembakaran dalaman; penciptaan mesin-mesin baharu seperti Spinning Jenny

(alat pemintal bulu dan kapas berganda) dan mesin alat menenun yang menyumbang kepada

peningkatan penghasilan dengan penurunan penggunaan tenaga manusia; organisasi pekerjaan

yang baharu dikenali sebagai sistem perkilangan yang telah meningkatkan pembahagian kerja-

kerja buruh dan pengkhususan kerja; kemajuan pengangkutan melibatkan penciptaan kereta api

wap, kapal wap, automobil, dan kapal terbang. Alat komunikasi yang digunakan pada era IR 1.0

ialah telegraf dan juga radio.

Namun, monopoli British tidak bertahan lama. Dua orang Inggeris yang bernama William

and John Cockerill telah membawa Revolusi Perindstrian ke negara Belgium dengan

membangunkan kedai mesin di Liège pada tahun 1807-an. Kemudian, negara Belgium menjadi

negara pertama di benua Eropah yang ekonominya membangun dengan pesat. Seperti negara

British, Revolusi Perindustrian di negara Belgium bertumpu kepada sumber besi, arang dan tekstil.

Revolusi Perindustrian Pertama berakhir sekitar tahun 1840-an.

6.3. IR 2.0

Revolusi Perindustrian Kedua atau IR 2.0 yang dikenali sebagai Revolusi Teknologi pula bermula

sekitar tahun 1840-an (selepas Perang Saudara) di British, Jerman, Amerika Syarikat, Perancis,

Itali dan Jepun. Terdapat penggunaan bahan asas yang baharu seperti logam yang lebih ringan,

keluli baharu dan bahan sintetik iaitu plastik. Di samping itu, pengeluaran besar-besaran dan

pengilangan dapat dibuat dengan pantas dengan penemuan tenaga elektrik. Hal ini demikian

kerana barisan pemasangan (assembly line) digunakan di kilang-kilang pembuatan. Ketika era ini,

alat komunikasi yang telah dicipta adalah seperti televisyen, telefon, radio komersial dan sistem

telegraf komersial yang menggunakan sistem kabel bawah laut. Era ini tamat pada permulaan

Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1914.

6.4. IR 3.0

Revolusi Perindustrian Ketiga atau IR 3.0 berlaku pada tahun 1914 sehingga tahun 1999 secara

global. Era ini merupakan era digitalisasi. Ketika ini, industri pengeluaran dan pengilangan

Page 8: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

7

dimudahkan dengan kemunculan komputer, automasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dan peralatan elektronik serta robot. Sumber tenaga utamanya pula ialah petroleum. Negara

Timur Tengah menjadi kuasa yang besar disebabkan oleh sumber petroleum yang banyak di negara

tersebut sehinggalah kini. Medium komunikasi baharu pada zaman ini ialah komputer dan internet.

Kemunculan internet bermula dengan penciptaan ARPANET atau nama panjangnya, Advanced

Research Projects Agency Network. ARPANET merupakan sebahagian daripada Jabatan

Pertahanan Amerika Syarikat yang memasang dan mengawal rangkaian yang menghubungkan

banyak universiti dan pertubuhan pertahanan di Amerika Syarikat.

6.5. IR 4.0

IR 4.0 merupakan Revolusi Perindustrian Ke-4 yang bermula sejak tahun 1999 sehingga kini.

Walaupun era ini tidak banyak perbezaan dengan IR 3.0, era ini mengubah cara masyarakat melihat

dunia secara fizikal. Teknologi dalam era ini merapatkan jurang antara dunia fizikal dan juga dunia

maya. Di samping itu, era ini menjanjikan sumber tenaga baharu yang mungkin bakal membawa

kepada kuasa yang mudah didapati. Menurut Rifkin, kini, manusia berkongsi kuasa sesama mereka

dengan menggunakan “tenaga internet” (Rifkin, 2011). Internet Kebendaan atau dalam bahasa

Inggeris, Internet of Things (IoT) banyak mengubah kaedah pengeluaran dan penghasilan di

kilang-kilang. Sebahagian besar mesin-mesin yang digunakan di kilang pintar tidak lagi

bergantung kepada tenaga manusia. Sebaliknya, mesin tersebut dihubungkan dengan program dan

pangkalan data dengan menggunakan kemudahan internet.

Selain itu, wujud juga teknologi Pencetakan 3-Dimensi (3-D Printing) yang mampu

mencetak apa sahaja dalam bentuk 3-D dalam tempoh masa yang sekejap. Seterusnya, sistem

kewangan atas talian iaitu Blockchain seperti Bitcoin menjadi tumpuan orang ramai pada tahun

2017 dan awal tahun ini. Tambahan pula, Kecerdasan Buatan atau dalam bahasa Inggerisnya,

Artificial Intelligence (AI) menguasai sistem komputer dan juga bidang robotik. Di samping itu,

kemajuan IR 4.0 ini dapat diperhatikan dengan kewujudan lambakan telefon pintar yang menjadi

medium komunikasi utama bagi manusia pada era ini. Tidak dilupakan juga teknologi Realiti

Maya atau Virtual Reality (VR) dan Realiti Terimbuh atau Augmented Reality (AR) yang

merupakan teknologi setahun jagung dan mengandungi banyak potensi pada masa hadapan.

Page 9: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

8

Namun, Pengkaji akan memfokuskan kajian ini kepada teknologi Realiti Terimbuh atau

Augmented Reality (AR) yang digunakan di dalam peranti telefon pintar.

6.6. Realiti Maya (VR)

Realiti Maya, atau dalam bahasa Inggerisnya, Virtual Reality (VR) merupakan sebuah teknologi

yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran tersimulasi komputer sama ada

persekitaran simulasi dunia sebenar atau persekitaran khayalan (Kamus Dewan Edisi Keempat

dalam talian). Pengguna perlu memakai peranti yang berupa gogel bagi melihat dunia maya yang

berbeza daripada dunia realiti menerusi peranti gogel tersebut. Teknologi ini mula dibangunkan

sejak era IR 3.0 lagi, iaitu pada tahun 1960-an namun diumumkan gagal oleh pakar penganalisis

industri pada sekitar tahun 1995.

20 tahun kemudian, teknologi VR ini muncul kembali dan mula berkembang pada tahun

2016. Tiga sistem utama yang diperkenalkan pada tahun tersebut ialah Oculus Rift (Facebook),

Vive (HTC) dan PlayStation VR (Sony). Teknologi ini banyak digunakan dalam sektor permainan

video. Syarikat-syarikat lain yang memasarkan produk VR adalah seperti syarikat VironIT,

Next/Now, Groove Jones, Master of Code Global dan Program-Ace. Teknologi ini akan terus

berkembang dan dijangka akan mencecah nilai sebanyak $15 bilion pada tahun 2022 (Digi-Capital,

2018). Namun begitu, data jualan Oculus Rift dan Vive telah menunjukkan hasil yang

mengecewakan sepanjang musim panas pada tahun tersebut disebabkan oleh kemunculan

teknologi Realiti Terimbuh, atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented Reality (AR).

6.7. Realiti Terimbuh (AR)

Realiti Terimbuh, atau dalam bahasa Inggerisnya, Augmented Reality (AR) merupakan sebuah

teknologi yang menutup jurang perbezaan antara dunia realiti dan dunia maya. Berbeza dengan

Realiti Maya, pengguna teknologi Realiti Terimbuh tidak perlu memakai apa-apa peranti gogel

bagi menggunakan teknologi tersebut. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menggunakan komputer

atau telefon pintar bagi melihat objek maya yang bertindih dengan paparan dunia realiti. Aplikasi

Pokémon GO merupakan aplikasi pertama yang menggunakan teknologi ini. Aplikasi permainan

video yang dibangunkan oleh syarikat Niantic tersebut telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada

Page 10: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

9

Julai, tahun 2016. Namun, teknologi ini turut digunakan dalam pelbagai sektor seperti pendidikan,

pembinaan dan juga kesihatan. Syarikat lain yang memasarkan teknologi AR pula adalah seperti

syarikat VironIT, ScienceSoft, Layar, Augment, HQSoftware, dan Program-Ace. Peranti telefon

pintar perlu dipasang (instaledl) dengan aplikasi yang menjadi platform AR terlebih dahulu

sebelum boleh memasang (install) aplikasi-aplikasi AR. Contoh aplikasi platform AR adalah

seperti aplikasi Google ARCore (dahulunya Google Tango) dan Apple ARKit. Teknologi ini akan

terus berkembang dan dijangka akan mencecah nilai $90 bilion pada tahun 2022 (Digi-Capital,

2018).

6.8. Komunikasi

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, “komunikasi” bermaksud “perhubungan (secara

langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain)”. Contoh ayat dalam kamus

tersebut ialah “Komunikasi massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang sampai kepada

orang ramai amnya”. Selain itu, “berkomunikasi” bermaksud “berhubungan (secara langsung atau

dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain); mengadakan perhubungan (bercakap,

berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan lain-lain)”. Contoh ayat dalam kamus tersebut ialah

“Bahasa ialah alat untuk berkomunikasi dan untuk berfikir dan melahirkan buah fikiran”. Maka,

pengkaji dapat merumuskan bahawa komunikasi merupakan satu cara untuk berhubung dengan

pihak lain melalui sesuatu saluran atau medium.

6.9. Bahasa

Bahasa mempunyai pelbagai makna. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “bahasa” bermaksud

“sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu

kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya)”. Kamus

tersebut memberikan contoh ini: “Bahasa Melayu, Bahasa Tagalog”. Kamus tersebut juga

memberikan contoh ayat bagi maksud perkataan “berkomunikasi” di atas yang menyatakan

bahawa bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi.

Page 11: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

10

6.10. Rintangan Bahasa

Rintangan bahasa ini merupakan salah satu masalah yang dihadapi dalam komunikasi. Rintangan

ini dihadapi oleh dua pihak atau lebih yang berlaku disebabkan oleh perbezaan bahasa yang

dituturkan oleh mereka, perbezaan dialek atau loghat bahasa, percakapan yang tidak jelas, istilah

dan slanga yang berbeza, penggunaan perkataan yang tidak tepat, kemahiran berbahasa yang

berbeza dan kesalahan tatabahasa dan ejaan. Kajian ini akan mengkhususkan kepada rintangan

bahasa yang berlaku disebabkan oleh perbezaan bahasa.

6.11. Aplikasi

Aplikasi merupakan sebuah atur cara, program komputer atau perisian lembut (software) yang

direka khusus untuk kegunaan tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perisian lembut ini dimuat

turun dari kedai aplikasi seperti Google Play Store, Apple App Store dan Microsoft Store ke dalam

perisian telefon pintar sama ada secara percuma atau berbayar.

6.12. Sistem Pengendalian Mudah Alih (Mobile OS)

Sistem Pengendalian Mudah Alih , atau dalam bahasa Inggerisnya, Mobile Operating System

(Mobile OS) merupakan perisian lembut yang membenarkan komputer mudah alih seperti telefon

pintar, tablet dan phablet untuk menggunakan aplikasi dan program. Selain itu, Sistem

Pengendalian Mudah Alih ini mengendalikan sambungan rangkaian selular dan rangkaian tanpa

wayar serta akses telefon. Perisian lembut ini terus bermula sebaik sahaja komputer mudah alih

tersebut dihidupkan. Dua perisian yang paling terkenal ialah Android dan iOS (iPhone OS).

6.13. Google

Pada tahun 1996, Google telah diperkenalkan dengan nama BackRub. BackRub merupakan sebuah

projek penyelidikan, iaitu enjin carian yang dibangunkan oleh Larry Page dan Sergey Brin di

Universiti Stanford. Setahun kemudian, mereka menukarkan nama BackRub kepada Google,

diinspirasikan dengan istilah googol (istilah yang dicipta oleh Milton Sirotta bagi nombor 10000).

Kemudian, domain “google.com” didaftarkan pada 15 September 1997 dan syarikat Google

didaftarkan pada 4 September 1998. Kelebihan enjin carian ini ialah teknik PageRank yang

Page 12: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

11

mengendalikan hasil carian. Selain daripada itu, Google juga menawarkan pelbagai servis seperti

Google Translate, Google Maps, Google Earth, Gmail, Google+, Android, Google Chrome,

Blogger, Chromebook, Google Ads, ChromeOS dan sebagainya.

6.14. Google Play Store

Google Play Store merupakan sebuah platform pengedaran digital yang dibangunkan oleh Google.

Pada 10 tahun yang lalu, iaitu 22 Oktober 2008, Google telah merasmikan Google Play Store

dengan nama asalnya, iaitu Android Market. Google Play Store berfungsi sebagai sebuah kedai

aplikasi yang rasmi bagi sistem pengendalian Android yang membenarkan pengguna untuk

melayari dan memuat turun aplikasi Android SDK terbitan Google. Selain itu, Google Play Store

berfungsi sebagai satu kedai media digital yang menawarkan e-buku, filem dan program

televisyen.

6.15. Google Translate

Google telah melancarkan Google Translate pada tahun 2006. Misi Google dalam melancarkannya

adalah untuk memecahkan rintangan bahasa (perbezaan bahasa) dan menjadikan dunia ini lebih

mudah untuk diakses. Sejak pelancarannya, Google Translate kini mampu menterjemahkan dari

dua bahasa sahaja kepada 103 bahasa, dan dari ratusan pengguna kepada ratusan jutaan pengguna

pada tahun 2016. Google Translate boleh dijumpai dalam carian internet dalam bentuk website

dan juga boleh dimuat turun di kedai aplikasi dalam bentuk aplikasi telefon pintar. Kajian ini akan

menerangkan kegunaan aplikasi Google Translate dalam bahagian Cara-Cara Menggunakan

Aplikasi Google Translate dan Kelebihan dan Kekurangan Aplikasi Google Translate.

6.16. Antara Muka Pemprogreman Aplikasi (API)

Antara Muka Pemprograman Aplikasi atau dalam bahasa Inggerisnya, Application Programming

Interface (API) merupakan satu set fungsi dan prosedur yang membenarkan penciptaan sesebuah

aplikasi bagi mengakses fitur atau data dalam sesebuah Sistem Pengendalian (OS), aplikasi dan

sebagainya. API memudahkan kerja pemaju (developer) dalam mencipta sesuatu aplikasi tanpa

Page 13: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

12

perlu bersusah-payah menulis kod bagi memastikan aplikasinya sesuai dengan OS atau aplikasi

yang lain.

6.17. Pengecaman Karakter Optikal (OCR)

Pengecaman Karakter Optikal, atau dalam bahasa Inggerisnya, Optical Character Recognition

(OCR) ini merupakan sebuah API yang berfungsi dengan mengekstrak teks daripada dokumen

imej atau dokumen yang mengandungi beberapa imej. API ini boleh menukarkan beberapa mode

parameter seperti dokumen_foto, dokumen_imbasan, scene_foto dan sari kata.

6.18. Terjemahan Mesin Statistik (SMT)

Terjemahan Mesin Statistik atau dalam bahasa Inggerisnya, Statistical Machine Translation (SMT)

merupakan sebuah mesin paradigma terjemahan yang menterjemahkan teks yang dikehendaki

kepada bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum menterjemahkannya kepada bahasa yang

dikehendaki oleh pengguna. Mesin ini menggunakan ramalan algoritma untuk menterjemahkan

teks tersebut. Namun, terjemahan ini tidak tepat kerana tatabahasa sesuatu bahasa itu tidak diambil

kira dalam ramalan algoritma tersebut.

6.19. Penterjemahan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat dalam talian, “penterjemahan” bermaksud “perihal (kerja,

usaha dan sebagainya) menterjemahkan”. “Menterjemahkan” pula bermaksud “memindahkan

(karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain”, atau maksud lainnya

ialah “mengalihbahasakan”. Kajian ini akan menerangkan cara aplikasi Google Translate kaedah

penterjemahan bahasa, iaitu “TYPE” (Penterjemahan Teks), “TALK” (Penterjemahan Perbualan),

“SNAP” (Penterjemahan Imej), “SEE” (Penterjemahan AR), “WRITE” (Penterjemahan Tulisan)

dan “OFFLINE” (Penterjemahan Luar Talian). Kaedah “SEE” (Penterjemahan AR) akan dikaitkan

dengan fokus kajian ini, iaitu teknologi AR.

Page 14: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

13

6.20. Terjemahan Mesin Neural (NMT)

Terjemahan Mesin Neural atau dalam bahasa Inggerisnya, Neural Machine Translation (NMT)

merupakan sebuah mesin terjemahan yang menggunakan sebuah rangkaian saraf buatan atau

teknik Pembelajaran Mendalam (Deep Learning) bagi menterjemahkan keseluruhan ayat pada satu

waktu yang sama dan memastikan ketepatan yang tinggi dari segi konteks ayat dan tatatabahasa

ayat tersebut.

7.0 PERNYATAAN MASALAH

Era Revolusi Perindustrian ke-4 telah pun tiba sejak 17 tahun yang lalu sehinggalah sekarang.

Kata-kata “Kini, semua maklumat di hujung jari” sering diucapkan. Namun, sejauh manakah

kebenarannya? Menurut Kevin Ashton, seorang pelopor Auto-ID Center di Massachusetts Institute

of Technology (MIT) yang telah mencipta Radio-Frequency Identification (RFID) dan sensor yang

lain, istilah “Internet of Things (IoT)” merupakan istilah yang direka olehnya bagi mendefinisikan

dunia yang saling berhubungan, peranti dan objek sensor-sarat. Ini bermaksud, semua maklumat

boleh didapati dan dikawal dengan mudah dengan adanya perkhidmatan internet. Maka, benarlah

ungkapan “Kini, semua maklumat di hujung jari” tersebut.

Namun, masyarakat kini tetap menghadapi satu masalah dalam komunikasi iaitu rintangan

bahasa, khususnya perbezaan bahasa walaupun kecanggihan teknologi kian meningkat. Seperti

yang telah dinyatakan di Definisi Operasional bagi Komunikasi dan Bahasa, bahasa merupakan

alat untuk komunikasi dan kamus tersebut juga memberikan contoh ayat yang menyatakan bahawa

bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi dan merupakan sistem lambang bunyi suara yang

dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Walaupun dunia ini dihubungkan dengan IoT, pengguna internet tetap menghadapi

masalah rintangan bahasa ketika berkomunikasi dengan pengguna internet dari luar negara yang

menuturkan bahasa asing. Walaupun dunia globalisasi ini bergerak dengan pantas, rintangan

bahasa ini melambatkan proses berkomunikasi antara dua pihak atau lebih yang menuturkan

bahasa yang berbeza. Rentetan itu, halangan ini bakal mengganggu dan menyukarkan akitiviti lain

Page 15: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

14

seperti proses jual beli, proses pembelajaran, pelancongan malahan berlakunya gangguan dari segi

undang-undang.

Misalnya, seorang pengguna internet di Malaysia ingin membeli barangan dari negara

Jepun. Namun, hasratnya dibatalkan kerana laman sesawang yang menjual barangan atas talian

tersebut hanya menggunakan bahasa Jepun. Maka, pengguan tersebut membatalkan hasratnya

untuk membeli barangan itu kerana dia tidak memahami tulisan dan bahasa Jepun.

Seterusnya, proses pembelajaran atas talian agak sukar bagi seorang pelajar yang lemah

penguasaanya dalam bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana, kebanyakan artikel dan kerta kerja

ilmiah boleh didapati dalam bahasa Inggeris. Pengkaji mendapati bahawa kajian yang boleh

didapati dalam bahasa Melayu adalah sangat sedikit berbanding dengan kajian yang ditulis dalam

bahasa Inggeris. Kajian yang paling hampir dengan bahasa Melayu ialah kajian yang ditulis dalam

bahasa Indonesia. Namun, terdapat beberapa perbezaan ketara dari segi perkataan yang digunakan

walaupun kedua-dua bahasa ini berasal dari rumpun yang sama, iaitu bahasa Austronesia.

Selain itu, misalnya, pelancong dari negara China yang melancong di negara Spanyol tanpa

pemandu pelancong menghadapi kesukaran dalam mencari pusat membeli-belah. Apabila dia cuba

bertanya kepada orang tempatan di sekitarnya, masing-masing tidak memahami bahasa ibunda

yang dituturkan.

Akhir sekali, misalnya, pelancong dari negara Amerika Syarikat yang telah melanggar

undang-undang di bandar Dubai, Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE). Hal ini akan

membahayakan dirinya dan orang tempatan negara tersebut hanya disebabkan ketidakupayaan

pelancong tersebut dalam membaca dan memahami bahasa asing yang ditulis di papan tanda dan

yang dituturkan oleh masyarakat tempatan di bandar tersebut.

Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa perbezaan bahasa merupakan satu masalah yang

besar apabila melibatkan dua pihak dari negara yang berlainan. Namun, masalah ini dapat diatasi

dengan wujudnya aplikasi Google Translate yang akan dihuraikan dalam bahagian seterusnya.

Page 16: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

15

8.0 PENYELESAIAN MASALAH

Bahagian ini akan memberikan dan menghuraikan jalan penyelesaian bagi masalah rintangan

bahasa (perbezaan bahasa) yang telah dihuraikan dalam bahagian sebelum ini.

Masalah rintangan bahasa, khususnya perbezaan bahasa yang dihadapi oleh pengguna

medium komunikasi terutamanya telefon pintar dan pengguna internet dapat diatasi dengan

memuat turun aplikasi Google Translate ke dalam telefon pintar tersebut melalui kedai aplikasi

seperti Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini sesuai bagi dua Sistem Pengendalian

Mudah Alih (Mobile OS), iaitu Android dan iOS.

Aplikasi ini pada asalnya merupakan sebuah servis penterjemahan yang dibangunkan oleh

Google pada April, 2006. Servis ini boleh menterjemahkan pelbagai bentuk teks dan media seperti

perkataan, frasa dan laman sesawang. Servis ini pada mulanya bertumpu kepada Terjemahan

Mesin Statistik, atau dalam bahasa Inggerisnya, Statistical Machine Translation (SMT) yang

membuat rujukan silang teks tersebut dengan dokumen-dokumen rasmi yang diambil daripada

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan transkrip Parlimen Eropah.

Beberapa tahun kemudian, Google telah membawa servis ini ke platform telefon pintar

dengan melancarkan aplikasi Google Translate bagi Android pada Januari, 2010 dan bagi iOS pada

Februari, 2011. Pada Februari 2010, Google Translation telah dimasukkan ke dalam pelayar seperti

Chrome dan ketika ini, Google Translate mampu menyebut teks, mengecam perkataan dalam

gambar dan menjejaki teks dan bahasa yang tidak biasa dikenali.

Syarikat Google telah memiliki teknologi WordLens pada 16 Mei 2014 untuk

meningkatkan kualiti penterjemahan visual dan suara. Pada ketika itu, pengumuman telah dibuat

di laman sesawang rasmi WordLens tentang kerjasama Quest Visual bersama syarikat Google

demi memajukan aplikasi Google Translate dengan menggunakan teknologi AR yang digunakan

di dalam aplikasi Word Lens tersebut. Word Lens merupakan sebuah aplikasi yang telah

dilancarkan oleh Quest Visual pada 17 Disember 2010. Aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi

yang menggunakan teknologi AR yang mengecam perkataan yang dicetak dengan menggunakan

kebolehan Pengecaman Karakter Optikal (OCR) dan membuat penterjemahan secara segera

Page 17: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

16

kepada bahasa yang diinginkan. Ketika ini, Google Translate mampu mengimbas teks atau gambar

dengan menggunakan telefon pintar dan membuat penterjamahan segera. Selain itu, sistem ini

mampu mengecam secara automatik akan bahasa asing lalu menterjemahkannya tanpa

memerlukan pengguna menyentuh ikon mikrofon apabila penterjemahan ucapan diperlukan.

Pada November 2016, Google telah menukarkan kaedah SMT kepada sistem Terjemahan

Mesin Neural atau dalam bahasa Inggerisnya, Neural Machine Translation (NMT). Sistem ini

digunakan sehingga kini (2018). Dengan perubahan tersebut, Google Translate mampu

menterjemahkan ayat dengan tatabahasa dan struktur ayat yang betul. Hal ini membuatkan

penterjemahan tersebut lebih tepat dan lebih mesra pengguna. Sehingga tahun ini (2018), Google

Translate telah menterjemahkan sehingga 100 bilion perkataan setiap hari dan mampu

menterjemahkan 103 bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia (Sila rujuk

Lampiran A: 103 Bahasa yang Boleh Diterjemahkan oleh Google Translate).

Maka, pengkaji merumuskan bahawa aplikasi ini merupakan sebuah aplikasi yang paling sesuai

bagi menyelesaikan masalah rintangan bahasa kerana aplikasi ini mampu menterjemahkan sesuatu

bahasa itu dengan mudah dan dengan pelbagai kaedah, iaitu “TYPE” (Penterjemahan Teks), “TALK”

(Penterjemahan Perbualan), “SNAP” (Penterjemahan Imej), “SEE” (Penterjemahan AR), “WRITE”

(Penterjemahan Tulisan) dan “OFFLINE” (Penterjemahan Luar Talian) (Sila rujuk Lampiran B: Kaedah

Penterjemahan Aplikasi Google Translate). Pengkaji akan menerangkan cara-cara menggunakan aplikasi

ini dalam bahagian seterusnya.

9.0 CARA-CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE TRANSLATE

Bahagian ini akan menerangkan cara-cara menggunakan aplikasi Google Translate. Pengkaji

menggunakan telefon pintar Samsung J7 yang menggunakan Android sebagai Sistem

Pengendalian Mudah Alihnya.

9.1. Memasang (Install) dan Menggunakan Aplikasi Google Translate Secara Terus

Langkah pertama ialah pengguna perlu memasang (install) aplikasi Google Translate dalam

perantinya. Pengguna peranti Apple boleh mencari aplikasi ini di kedai aplikasi Apple App Store,

Page 18: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

17

manakala pengguna peranti Android boleh mencarinya di kedai aplikasi Google Play Store.

Gambar 9.1: Aplikasi Google Translate di Google Play Store di bawah ini menunjukkan

tangkapan skrin (screenshot) bagi carian aplikasi tersebut di Google Play Store.

Gambar 9.1: Aplikasi Google Translate di Google Play Store.

Langkah kedua ialah pengguna perlu membuka aplikasi tersebut dengan menyentuh ikon

Google Translate yang dapat dikenal pasti dengan logo Google Translate berserta tulisan

“Translate” di bawahnya seperti dalam Gambar 9.2 Aplikasi Google Translate di Senarai

Aplikasi di bawah ini:

Page 19: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

18

Gambar 9.2 Aplikasi Google Translate di Senarai Aplikasi.

Langkah ketiga ialah pengguna boleh terus menggunakan aplikasi tersebut dengan

menyentuh tulisan “Tap to enter text” kemudian menaip perkataan yang ingin diterjemahkan

seperti dalam Gambar 9.3: Terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu di bawah:

Page 20: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

19

Gambar 9.3: Terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Langkah keempat ialah pengguna boleh menukarkan kedudukan bahasa Inggeris kepada

bahasa Melayu dan sebaliknya dengan menyentuh simbol anak panah di antara kedua-dua bahasa

tersebut (jika disentuh selama satu saat, akan keluar klu “Swap languages”) seperti yang terdapat

dalam Gambar 9.4: Klu Swap Languages dan seperti yang dibulatkan dalam bulatan merah

dalam Gambar 9.5: Menukar Kedudukan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan

Sebaliknya di bawah:

Page 21: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

20

Gambar 9.4: Klu Swap Languages

Page 22: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

21

Gambar 9.5: Menukar Kedudukan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dan

Sebaliknya

Jika pengguna ingin menukar bahasa, pengguna hanya perlu menyentuh anak panah ke

bawah (simbol “▼”) di sebelah kanan bahasa tersebut seperti dalam gambar di atas. Kemudian,

pengguna boleh memilih bahasa yang diingini sama ada bagi “Translate from” (“Terjemahkan

daripada”) atau pun “Translate to” (“Terjemahkan kepada”) seperti dalam Gambar 9.6: Memilih

Bahasa yang Ingin Ditukar di bawah:

Page 23: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

22

Gambar 9.6: Memilih Bahasa yang Ingin Ditukar

Page 24: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

23

9.2. Fungsi-Fungsi Aplikasi Google Translate

Pengkaji akan menerangkan cara menggunakan aplikasi ini secara menyeluruh. Selepas membuka

aplikasi tersebut, pengguna boleh melihat fungsi-fungsi lain aplikasi ini dengan menyentuh ribbon

“Menu” (simbol “ ≡ ”) di bahagian sudut atas-kiri pada paparan aplikasi tersebut seperti yang

dibulatkan dalam bulatan merah dalam Gambar 9.7: Ribbon Menu dalam Aplikasi Google

Translate di bawah:

Gambar 9.7: Ribbon Menu dalam Aplikasi Google Translate

Seterusnya, pengguna akan melihat senarai tab yang boleh dipilih untuk melakukan

beberapa tugas, iaitu tab “Account”, “Home”, “Phrasebook”, “Offline translation”, “Settings” dan

Page 25: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

24

“Help & feedback” seperti yang terdapat dalam Gambar 9.8: Senarai Tab di Aplikasi Google

Translate di bawah:

Gambar 9.8: Senarai Tab di Aplikasi Google Translate

9.2.1. Fungsi Tab Account

Tab “Account” dapat dikenal pasti dengan gambar profil, nama akaun dan akaun Gmail yang telah

dilog masuk. Pengguna boleh menukar akaun dengan menekan gambar profil tersebut atau anak

panah ke bawah (simbol “▼”) yang terletak di sebelah kanan akaun e-mel tersebut seperti yang

terdapat dalam Gambar 9.9: Menukar Akaun di Tab Account di bawah:

Page 26: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

25

Gambar 9.9: Menukar Akaun di Tab Account

Pengguna boleh menambah akaun Gmail yang lain dengan menyentuh tab “Add account”

dan menguruskan akaun lain dengan menyentuh tab “Manage accounts”. Pengguna akan dibawa

ke paparan yang berbeza mengikut tab yang disentuh seperti yang terdapat dalam Gambar 9.10:

Paparan Tab Add Account dan Gambar 9.11: Paparan Tab Manage Accounts di bawah:

Page 27: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

26

Gambar 9.10: Paparan Tab Add Account

Page 28: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

27

Gambar 9.11: Paparan Tab Manage Accounts

9.2.2. Fungsi Tab Home

Tab “Home” digunakan bagi mengembalikan pengguna kepada paparan utama aplikasi itu, seperti

yang terdapat dalam Gambar 9.3: Terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu yang

telah diletakkan di bahagian 9.1. Memasang (Install) dan Menggunakan Aplikasi Google

Translate Secara Terus di atas.

Page 29: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

28

9.2.3. Fungsi Tab Phrasebook

Tab “Phrasebook” digunakan bagi menyimpan frasa-frasa yang telah disimpan oleh pengguna.

Pengguna boleh menyimpan frasa-frasa tersebut di dalam “Phrasebook” dengan menyentuh simbol

bintang yang terdapat di sebelah setiap frasa yang telah diterjemahkan seperti yang terdapat dalam

Gambar 9.12: Senarai Frasa yang telah Diterjemahkan di bawah:

Gambar 9.12: Senarai Frasa yang telah Diterjemahkan

Page 30: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

29

Pengguna boleh membuang frasa-frasa yang tidak dikehendaki dengan menarik frasa

tersebut ke kiri atau ke kanan seperti yang terdapat dalam Gambar 9.13: Membuang Frasa yang

Tidak Dikehendaki di bawah:

Gambar 9.13: Membuang Frasa yang Tidak Dikehendaki

Namun, jika pengguna tidak pernah menyimpan apa- apa frasa ke dalam “Phrasebook”,

aplikasi ini akan menunjukkan mesej ringkas tentang cara melakukannya seperti yang terdapat

dalam Gambar 9.14: Paparan Tab Phrasebook di bawah:

Page 31: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

30

Gambar 9.14: Paparan Tab Phrasebook

9.2.4. Fungsi Tab Offline Translation

Tab “Offline translation” akan membawa pengguna ke paparan terjemahan luar talian yang

mengandungi tab “Downloaded languages” yang memaparkan senarai fail terjemahan yang telah

dimuat turun ke dalam aplikasi tersebut dan tab “All available languages” yang memaparkan

senarai fail terjemahan yang boleh dimuat turun ke dalam aplikasi tersebut. Pengguna boleh

memuat turun “Translation file” (fail terjemahan) dengan menyentuh nama bahasa atau anak panah

ke bawah di sebelahnya. Paparan “Offline translation” boleh dilihat dalam Gambar 9.15:

Page 32: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

31

Paparan Offline Translation, manakala paparan “Translation file” (fail terjemahan) berserta saiz

fail dan saiz penstoran telefon pintar (ruangan) yang tinggal dapat dilihat dalam Gambar 9.16:

Paparan Translation File di bawah:

Gambar 9.15: Paparan Offline Translation

Page 33: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

32

Gambar 9.16: Paparan Translation File

9.2.5. Fungsi Tab Settings

Tab “Settings” memaparkan tetapan bagi aplikasi tersebut, iaitu tetapan “Tap to Translate”, “Data

usage” dan “Voice” yang mengandungi tiga subtetapan, iaitu “Region”, “Speed” dan “Speech

input”. Paparan “Settings” boleh dilihat dalam Gambar 9.17: Paparan Settings di bawah:

Page 34: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

33

Gambar 9.17: Paparan Settings

9.2.5.1. Tetapan Tap to Translate

Tetapan “Tap to Translate” akan membenarkan pengguna menggunakan aplikasi tersebut tanpa

perlu membuka aplikasi lain dan aplikasi Google Translate berulang-ulang kali semata-mata ingin

melakukan proses salin dan tampal (copy and paste). Tetapan ini menjimatkan masa pengguna

dalam melakukan terjemahan disebabkan oleh terdapatnya aplikasi timbul (pop-up application)

yang muncul setiap kali selepas pengguna menyalin sesuatu frasa daripada aplikasi lain. Bagi

Page 35: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

34

membenarkan fungsi ini, pengguna perlu menyentuh tab “Tap to Translate” kemudian sentuh tab

“Enable” seperti dalam Gambar 9.18: Tetapan Tap to Translate di bawah:

Gambar 9.18: Tetapan Tap to Translate

Paparan seperti dalam Gambar 9.19: Penerangan Tap to Translate di bawah akan

muncul bagi memberi penerangan ringkas tentang fungsi “Tap to Translate” dan membawa kepada

kebenaran bagi Google Translate muncul di atas aplikasi lain seperti yang terdapat dalam gambar

di bawah:

Page 36: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

35

Gambar 9.19: Penerangan Tap to Translate

Selepas itu, pengguna perlu menyentuh tab “TURN ON” seperti dalam gambar di atas bagi

mengaktifkan fungsi tersebut. Kemudian, pengguna perlu menyentuh tab “Allow permission”

dalam paparan tetapan “APPS THAT CAN APPEAR ON TOP” seperti dalam Gambar 9.20:

Tetapan Kebenaran Aplikasi Muncul di atas Aplikasi Lain di bawah:

Page 37: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

36

Gambar 9.20: Tetapan Kebenaran Aplikasi Muncul di atas Aplikasi Lain

Sebagai contoh, pengkaji menggunakan aplikasi Facebook lalu menyalin sebuah post yang

dibuat oleh page XES Shoes. Aplikasi timbul “Tap to Translate” muncul di atas aplikasi Facebook

seperti dalam Gambar 9.21: Post Page XES Shoes di bawah:

Page 38: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

37

Gambar 9.21: Post Page XES Shoes

Kemudian, pengkaji menyentuh aplikasi timbul Google Translate tersebut dan paparan

terjemahan pun muncul seperti dalam Gambar 9.22: Terjemahan Tap to Translate di bawah:

Page 39: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

38

Gambar 9.22: Terjemahan Tap to Translate

Page 40: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

39

9.2.5.2. Tetapan Data Usage

Tetapan “Data Usage” akan membawa pengguna kepada tetapan yang menguruskan fungsi

penggunaan data internet bagi aplikasi tersebut seperti dalam Gambar 9.23: Tetapan Data Usage

di bawah:

Gambar 9.23: Tetapan Data Usage

Tetapan “Prefer network text-to-speech” akan membolehkan pengguna mengaktifkan atau

menyahkaktifkan penggunaan rangkaian teks-kepada-ucapan berkualiti tinggi. Jika fungsi ini

diaktifkan, pengguna mampu mendengar frasa yang telah diterjemahkan. Pengguna hanya perlu

Page 41: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

40

menyentuh simbol megafon di sebelah kiri bahasa yang diterjemahkan bagi mendengar frasa

tersebut diucapkan seperti dalam petak merah dalam Gambar 9.24: Memainkan Ucapan Frasa

Terjemahan Bahasa Indonesia dan pengguna hanya perlu menyentuh simbol berhenti (simbol

“■”) bagi memberhentikannya seperti dalam petak merah dalam Gambar 9.25: Memberhentikan

Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa Indonesia di bawah:

Gambar 9.24: Memainkan Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa Indonesia

Page 42: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

41

Gambar 9.25: Memberhentikan Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa Indonesia

Jika fungsi penggunaan rangkaian teks-kepada-ucapan berkualiti tinggi dinyahaktifkan,

pengguna tidak akan mendengar frasa yang telah diterjemahkan dan klu “Speech output isn’t

available for (bahasa yang dipilih)”akan keluar di bahagian bawah skrin seperti dalam Gambar

9.26: Klu Fungsi Penggunaan Rangkaian Teks-Kepada-Ucapan Berkualiti Tinggi

Dinyahaktifkan di bawah:

Page 43: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

42

Gambar 9.26: Klu Fungsi Penggunaan Rangkaian Teks-Kepada-Ucapan Berkualiti Tinggi

Dinyahaktifkan

Selepas itu, fungsi “Download offline translation files” akan membenarkan pengguna

menetapkan kaedah aplikasi tersebut memuat turun fail terjemahan luar talian. Terdapat tiga

kaedah- “Use Wi-Fi only” (Melalui Wi-Fi sahaja), “Use Wi-Fi or mobile network” (Melalui W-Fi

atau rangkaian mudah alih) dan “Ask before downloading” (Soal sebelum memuat turun). Tetapan

tersebut boleh dilihat dalam Gambar 9.27: Tetapan Download Offline Translation Files di

bawah:

Page 44: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

43

Gambar 9.27: Tetapan Download Offline Translation Files

Seterusnya, fungsi “Improve camera input” akan membenarkan Google untuk menyimpan

gambar yang diletakkan oleh pengguna ketika menggunakan aplikasi Google Translate. Kebenaran

yang diberikan oleh pengguna kepada Google ini akan memberi ruang kepada Google untuk

membaiki input kamera aplikasi Google Translate bagi Penterjemahan AR (See) pada masa

hadapan.

Akhir sekali, pengguna boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang Penterjemahan

Gambar (Snap) dan Penterjemahan AR (See) dengan menyentuh tab “Learn more”. Pengguna akan

Page 45: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

44

dibawa ke pelayarnya (browser) yang memaparkan laman sesawang Google Translate yang

memaparkan maklumat tentang “Translate images” (terjemahan imej) seperti dalam Gambar

9.28: Google Translate: Translate Images di bawah. Pengguna boleh mengetahui dengan lebih

lanjut tentang “Improve camera input” dengan menyentuh tab “Turn “Improve camera input” on

or off”.

Gambar 9.28: Google Translate: Translate Images

Page 46: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

45

9.2.5.3. Tetapan Voice

Tetapan “Voice” ini membenarkan pengguna mengubah tetapan suara ucapan frasa yang

diterjemahkan kepada tiga subtetapan, iaitu “Region” (kawasan bahasa yang diucapkan), “Speed”

(kelajuan ucapan) dan “Speech input” (input ucapan).

Tetapan “Region” membolehkan pengguna mengubah bahasa yang diucapkan mengikut

kawasannya. Aplikasi Google Translate (Android) mengandungi 11 jenis bahasa yang mempunyai

tetapan ini, iaitu bahasa-bahasa Arab, Bengali, Cina, Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis,

Sepanyol, Swahili, Tamil dan Urdu seperti dalam Gambar 9.29: Tetapan Region di bawah.

Sebagai contoh, bahasa Arab dituturkan berbeza mengikut negara seperti negara Algeria, Bahrain

dan Mesir seperti dalam Gambar 9.30: Tetapan Region Arabic di bawah ini:

Page 47: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

46

Gambar 9.29: Tetapan Region

Page 48: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

47

Gambar 9.30: Tetapan Region Arabic

Seterusnya, tetapan “Speed” akan mengubah kelajuan ucapan bagi frasa yang

diterjemahkan seperti dalam Gambar 9.24: Memainkan Ucapan Frasa Terjemahan Bahasa

Indonesia di bahagian 9.2.5.2. Tetapan Data Usage di atas. Tetapan “Speed” mempunyai tiga

jenis kelajuan ucapan, iaitu “Normal”, “Slow” dan “Slower”. Pengguna mampu mendengar contoh

frasa yang diucapkan dengan menyentuh ikon megafon di sebelah kanan setiap jenis kelajuan

tersebut. Namun, tetapan ini tidak mempengaruhi mode “Conversation” atau Penterjemahan

Perbualan (Talk). Sila rujuk Gambar 9.31: Tetapan Speed di bawah:

Page 49: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

48

Gambar 9.31: Tetapan Speed

Akhir sekali, tetapan “Speech input” (input ucapan) akan membenarkan pengguna

mengaktifkan dan menyahaktifkan tetapan “Speak output” (output ucapan) dan “Block offensive

words” (blok perkataan-perkataan ofensif). Mengaktifkan tetapan “Speak output” akan

menyebabkan teks yang diterjemahkan diucapkan secara automatik, manakala mengaktifkan

“Block offensive words” akan menyembunyikan hasil ucapan yang ofensif yang dikenal pasti.

Berikut merupakan paparan tetapan “Speech input”:

Page 50: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

49

Gambar 9.32: Tetapan Speech Input

9.2.5.4. Tetapan Clear History

Tetapan ini terletak di bahagian bawah paparan “Settings”. Pengguna akan memadamkan

“History” (sejarah) frasa terjemahan dalam aplikasi tersebut apabila menyentuh tab “Clear

History” tersebut. Sebuah amaran akan keluar apabila pengguna menyentuhnya bagi mengelakkan

pengguna memadamkan sejarah terjemahan tanpa disedari seperti dalam Gambar 9.33: Amaran

Clear History di bawah. Kemudian, pengguna perlu menyentuh jawapan “YES” untuk

Page 51: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

50

memadamnya. Perbezaan dapat dilihat dalam Gambar 9.34: Sebelum Memadam Sejarah

Terjemahan dan Gambar 9.35: Selepas Memadam Sejarah Terjemahan di bawah.

Gambar 9.33: Amaran Clear History

Page 52: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

51

Gambar 9.34: Sebelum Memadam Sejarah Terjemahan

Page 53: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

52

Gambar 9.35: Selepas Memadam Sejarah Terjemahan

9.2.6. Fungsi Tab Help & feedback

Akhir sekali, tab “Help & feedback” akan membawa pengguna kepada paparan “Help” bagi

memberi pengguna kemudahan untuk mencari penyelesaian kepada apa-apa masalah yang

dihadapi semasa menggunakan aplikasi tersebut dengan menaipnya di dalam ruangan “Describe

your issue”. Pengguna juga boleh mencari langkah-langkah dalam menggunakan aplikasi atau

dalam menetapkan sesuatu tetapan dengan mencarinya di bahagian-bahagian “Get started with

Google Translate”, “Translate text, images, handwriting, or speech”, “Use your history &

Page 54: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

53

phrasebook” dan “Make Translate work for you”. Sila rujuk Gambar 9.36: Paparan Help di

bawah:

Gambar 9.36: Paparan Help

Bagi memberi maklum balas pula, pengguna boleh menyentuh tab “FEEDBACK” di

bahagian sudut atas-kanan dalam paparan terebut. Pengguna akan dibawa kepada paparan

Feedback seperti dalam Gambar 9.37: Paparan Feedback di bawah:

Page 55: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

54

Gambar 9.37: Paparan Feedback

Page 56: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

55

9.3. Kaedah Penterjemahan

Bahagian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang enam kaedah penterjemahan dalam

aplikasi tersebut, iaitu kaedah “Type” (Penterjemahan Teks), “Talk” (Penterjemahan Perbualan),

“Snap” (Penterjemahan Imej), “See” (Penterjemahan AR), “Write” (Penterjemahan Tulisan) dan

“Offline” (Penterjemahan Luar Talian) (Sila rujuk Lampiran B: Kaedah Penterjemahan

Aplikasi Google Translate).

Sebelum menerangkan kaedah-kaedah penterjemahan tersebut, pengkaji ingin

menekankan bahawa aplikasi ini masih belum menyediakan kesemua kaedah penterjemahan

tersebut bagi kesemua bahasa yang boleh diterjemahkannya. Pengguna boleh mengunjungi laman

sesawang Google Translate bagi mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu bahasa yang ingin

diterjemahkan. Terdapat dua jenis fitur (ciri-ciri) bagi bahasa yang diterjemahkan, iaitu “This

feature is offered for this language” (“Fitur ini disediakan bagi bahasa ini”) dan “This feature uses

our next-generation Neural translation technology for this language” (“Fitur ini menggunakan

teknologi terjemahan Neural generasi akan datang kami bagi bahasa ini”). Fitur-fitur

dilambangkan dengan simbol tersendiri dan dimasukkan ke dalam jadual bahasa yang boleh

diterjemahkan oleh aplikasi Google Translate (Sila rujuk Lampiran C: Dua Jenis Fitur Aplikasi

Google Translate).

Misalnya, bahasa Indonesia mempunyai lima kaedah penterjemahan yang menggunakan

fitur teknologi terjemahan Neural (NMT), iaitu kaedah “Type”, “Write”, “Talk”, “Snap”, dan

“Offline”. Fitur ini membolehkan pengguna menterjemahkan sesuatu ayat sekaligus tanpa perlu

memotong ayat tersebut. Namun, bahasa Indonesia mempunyai satu kaedah penterjemahan yang

tidak menggunakan fitur NMT, iaitu kaedah “See” (Sila rujuk Lampiran D: Fitur Bahasa

Indonesia bagi Kaedah Penterjemahan).

Berbeza dengan bahasa Indonesia, bahasa Melayu hanya mempunyai empat kaedah

penterjemahan sahaja. Namun, kesemua kaedah itu menggunakan fitur NMT, iaitu kaedah “Type”,

“Write”, “Snap” dan “Offline” (Sila rujuk Lampiran E: Fitur Bahasa Melayu bagi Kaedah

Penterjemahan).

Page 57: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

56

9.3.1. Kaedah “Type”

Kaedah “Type” (Penterjemahan Teks) merupakan kaedah penterjemahan yang sedia ada wujud

ketika Google Translate dilancarkan. Seperti nama kaedahnya, pengguna hanya perlu menaip frasa

yang ingin diterjemahkan di bahagian atas aplikasi tersebut yang bertanda “Tap to enter text” di

papran “Home”. Kaedah ini telah pun dihuraikan dalam Gambar 9.3: Terjemahan bahasa

Inggeris kepada bahasa Melayu dalam bahagian 9.1. Memasang (Install) dan Menggunakan

Aplikasi Google Translate Secara Terus. Tidak seperti kaedah penterjemahan yang lain, kaedah

ini merupakan kaedah yang paling kerap digunakan dan kaedah ini dapat digunakan oleh kesemua

bahasa (103 bahasa) yang boleh diterjemahkan oleh aplikasi tersebut. Berikut merupakan contoh

Penterjemahan Teks:

Gambar 9.38: Kaedah “Type” (Penterjemahan Teks)

Page 58: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

57

9.3.2. Kaedah “Talk”

Kaedah “Talk” (Penterjemahan Perbualan) merupakan kaedah penterjemahan yang melibatkan

perbualan dwibahasa. Kaedah ini juga digelar sebagai “Conversation mode”. Kaedah ini boleh

diaktifkan dengan menyentuh ikon dua mikrofon yang disertakan dengan perkataan

“Conversation” di bawahnya di paparan “Home” seperti yang dapat dilihat dalam Gambar 9.39:

Mengaktifkan Kaedah “Talk” (Conversation Mode) di bawah:

Gambar 9.39: Mengaktifkan Kaedah “Talk” (Conversation Mode)

Page 59: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

58

Selepas menyentuh simbol tersebut, pengguna akan dibawa ke paparan seperti dalam

Gambar 9.40: Paparan “Conversation Mode” Bahasa Inggeris-Bahasa Indonesia di bawah:

Gambar 9.40: Paparan “Conversation Mode” Bahasa Inggeris-Bahasa Indonesia

Gambar di atas merupakan paparan “Conversation mode” yang melibatkan penterjemahan

bagi perbualan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Mode ini amat sesuai dengan perbualan yang

berlaku antara dua pihak yang langsung tidak memahami bahasa yang diucapkan oleh pihak yang

lain. Mode ini boleh digunakan dalam situasi pelancong asing yang sedang berjual beli dengan

penjual tempatan sesebuah negara itu. Ayat yang diujarkan akan muncul dalam bentuk teks sebaik

Page 60: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

59

sahaja ayat tersebut selesai dituturkan oleh si penutur. Kemudian, dalam beberapa saat sahaja ayat

tersebut akan diterjemahkan dan muncul dalam bentuk teks berserta ikon fon kepala di sebelah

kirinya. Berdasarkan gambar di atas, bahasa Inggeris (kiri) yang diujarkan akan muncul pada

bahagian atas terjemahan tersebut, manakala bahasa Indonesia (kanan) akan muncul pada bahagian

bawah terjemahan tersebut. Kaedah “Talk” ini boleh dilakukan secara automatik ketika perbualan

sedang berlangung dengan menekan ikon mikrofon berserta tulisan “Auto” di antara kedua-dua

bahasa yang diterjemahkan. Selain itu, seperti biasa, pengguna boleh menukarkan bahasa dengan

menyentuh simbol anak panah ke bawah “▼” di sebelah kiri bahasa tersebut.

Bagi memudahkan pengguna, aplikasi tersebut telah menyediakan sebuah poster yang

memaparkan penerangan ringkas tentang kaedah “Talk”. “Show this to the other person”

merupakan ayat pertama yang tertulis dalam poster tersebut yang bermaksud, “Tunjukkan (poster)

ini kepada pihak lain”. Bahasa yang digunakan dalam poster tersebut ditulis dalam bahasa kedua

yang dipilih oleh pengguna. Hal ini demikian kerana, aplikasi tersebut menganggap bahasa

pertama yang dipilih (“Translate from”) merupakan bahasa yang difahami oleh pengguna,

manakala bahasa kedua yang dipilih (“Translate to”) merupakan bahasa yang difahami oleh pihak

yang sedang berbual dengan pengguna tersebut. Poster ini akan muncul jika pengguna menyentuh

simbol tapak tangan di sudut atas-kanan pada paparan “Conversation mode”. Sila rujuk Gambar

9.41: Poster Penerangan Kaedah “Talk” di bawah:

Page 61: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

60

Gambar 9.41: Poster Penerangan Kaedah “Talk”

9.3.3. Kaedah “Snap”

Kaedah “Snap” (Penterjemahan Imej) merupakan kaedah penterjemahan yang menterjemahkan

imej atau gambar kepada bahasa yang diingini oleh pengguna. Kaedah ini boleh diaktifkan dengan

menyentuh ikon kamera yang disertakan dengan perkataan “Camera” di bawahnya di paparan

“Home”. Kaedah “See” juga boleh diaktifkan dengan cara yang sama. Misalnya, pengguna telah

pun memilih bahasa Inggeris yang ingin diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Kemudian,

Page 62: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

61

pengguna itu menyentuh ikon kamera tersebut seperti dalam Gambar 9.42: Mengaktifkan

Kaedah “Snap” (Penterjemahan Imej) di bawah:

Gambar 9.42: Mengaktifkan Kaedah “Snap” (Penterjemahan Imej)

Memandangkan bahasa Melayu masih belum menerima kaedah “See”, maka imej dalam

bahasa Melayu hanya boleh menggunakan kaedah “Snap” ini. Sebelum mengaktifkan Kamera

Google Translate, pastikan telefon pintar tersebut dalam mode “Auto rotate” bagi memudahkan

kamera tersebut mengambil gambar sama ada dalam keadaan lanskap atau portrait. Kemudian,

selepas mengaktifkannya, kamera telefon pintar milik pengguna akan kelihatan seperti dalam

Page 63: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

62

Gambar 9.43: Kamera Google Translate (Portrait) dan Gambar 9.44: Kamera Google

Translate (Lanskap) di bawah:

Gambar 9.43: Kamera Google Translate (Portrait)

Page 64: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

63

Gambar 9.44: Kamera Google Translate (Lanskap)

Selepas Kamera Google Translate diaktifkan, pengguna perlu memastikan teks dalam

gambar yang ingin diambil itu selari dengan tulisan “Align text” (“Selarikan teks”) di dalam segi

empat tepat berwarna hitam seperti dalam gambar di atas. Pengguna boleh mengaktifkan dan

menyahaktifkan flash kamera dengan menyentuh ikon flash yang berbentuk kilat di bahagian

bawah-kanan paparan kamera tersebut.

Kemudian, pengguna perlu menyentuh ikon kamera putih di dalam bulatan merah seperti

dalam gambar di atas untuk mengambil gambar tersebut. Paparan akan muncul seperti dalam

Gambar 9.45: Gambar yang Diambil oleh Kamera Google Translate di bawah:

Page 65: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

64

Gambar 9.45: Gambar yang Diambil oleh Kamera Google Translate

Selepas itu, pengguna boleh menggunakan jarinya untuk menonjolkan (highlight) teks

dalam gambar tersebut atau pun pengguna boleh memilih semua teks yang dapat dikecam oleh

Kamera Google Translate dengan menyentuh “SELECT ALL” seperti dalam gambar di atas.

Pengguna telah menonjolkan perkataan “Languages” daripada gambar yang telah diambil tersebut.

Paparan akan muncul seperti dalam Gambar 9.46: Teks yang Ditonjolkan daripada Gambar

yang Diambil oleh Kamera Google Translate di bawah. Aplikasi ini juga mampu

menterjemahkan ayat yang penuh seperti dalam Gambar 9.43: Kamera Google Translate

(Portrait) di atas.

Page 66: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

65

Gambar 9.46: Teks yang Ditonjolkan daripada Gambar yang Diambil oleh Kamera Google

Translate

Di samping itu, pengguna juga boleh menterjemahkan imej yang tersedia ada dalam

simpanan galeri telefon pintarnya. Pengguna hanya perlu menyentuh ikon dua keping gambar

gunung di sebelah kiri ikon kamera dalam bulatan merah tersebut di paparan “Home” seperti dalam

Gambar 9.44: Kamera Google Translate (Lanskap) di atas. Pengguna akan dibawa ke paparan

seperti dalam Gambar 9.47: Paparan Simpanan Galeri Telefon Pintar di bawah:

Page 67: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

66

Gambar 9.47: Paparan Simpanan Galeri Telefon Pintar

9.3.4. Kaedah “See”

Kaedah “See” (Penterjemahan AR) atau nama lainnya, “Instant Translation” merupakan kaedah

penterjemahan yang menjadi tumpuan dalam kajian ini. Hal ini demikian kerna, kaedah ini

menggunakan teknologi AR, sebuah teknologi yang menjadi tumpuan dalam era IR 4.0, seperti

yang telah dihuraikan dalam bahagian-bahagian sebelum ini. Seperti Penterjemahan Imej, bagi

mengaktifkan kaedah Penterjemahan AR ini, pengguna hanya perlu menyentuh ikon kamera di

paparan “Home”. Namun, perbezaan dapat dilihat antara ikon kamera bagi kaedah “Snap” dan

Page 68: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

67

ikon kamera bagi kaedah “See”, iaitu lensa pada ikon kamera Kaedah “See” mempunyai simbol

kerlipan atau bintang berbucu empat di dalamnya seperti dalam Gambar 9.48: Mengaktifkan

Kaedah “See” (Penterjemahan AR) di bawah:

Gambar 9.48: Mengaktifkan Kaedah “See” (Penterjemahan AR)

Perbezaan ini memudahkan pengguna bagi mengetahui dengan pantas sama ada sesuatu

bahasa itu mempunyai Kaedah “See” atau tidak. Namun begitu, semua bahasa yang mempunyai

kaedah ini pasti mempunyai Kaedah “Snap”. Selepas mengaktifkannya, pengguna boleh

menggunakan Kamera Google Translate seperti Kaedah “Snap” tetapi perbezaan dapat dilihat

Page 69: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

68

dalam paparan kamera tersebut, iaitu terdapat simbol mata bagi melambangkan kaedah “See”

sedang diaktifkan seperti dalam Gambar 9.49: Kamera Google Translate bagi Kaedah “See”

(Instant ON) atau sedang dinyahaktifkan seperti dalam Gambar 9.50: Kamera Google

Translate bagi Kaedah “See” (Instant OFF) di bawah:

Gambar 9.49: Kamera Google Translate bagi Kaedah “See” (Instant ON)

Gambar 9.50: Kamera Google Translate bagi Kaedah “See” (Instant OFF)

Page 70: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

69

Pengguna boleh menyentuh ikon “ll” (Pause / Jeda) bagi melihat paparan kamera tersebut

dalam keadaan statik atau diberhentikan bagi memudahkan pengguna melihat terjemahan AR yang

dipaparkan seperti dalam Gambar 9.51: Kamera Google Translate ketika “Pause” dan ikon

“►” (Play / Main) bagi menjadikannya seperti sediakala seperti dalam Gambar 9.52: Kamera

Google Translate ketika “Play” di bawah:

Gambar 9.51: Kamera Google Translate ketika “Pause”

Page 71: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

70

Gambar 9.52: Kamera Google Translate ketika “Play”

Kaedah penterjemahan AR ini amat sesuai jika pengguna ingin menterjemahkan sesuatu

tanda jalan, menu makanan, tanda amaran dan juga nama bangunan yang ditulis dalam bahasa

asing tanpa memerlukan pengguna menaip bahasa tersebut. Hal ini memudahkan pengguna kerana

pengguna tidak perlu memuat turun fail papan kekunci maya bagi bahasa asing tersebut dan

pengguna tidak perlu bersusah payah menaipnya. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menghalakan

kamera telefon pintarnya ke arah imej yang mengandungi tulisan bahasa asing tersebut. Kaedah

ini juga merupakan kaedah yang paling menarik perhatian orang ramai kerana sifatnya yang

interaktif dan mesra pengguna.

9.3.5. Kaedah “Write”

Kaedah “Write” (Penterjemahan Tulisan) merupakan kaedah penterjemahan yang memerlukan

pengguna menulis frasa yang ingin diterjemahkan dengan jarinya sendiri. Bagi mengaktifkan

kaedah ini, pengguna perlu menyentuh simbol pen yang sedang menulis yang disertakan dengan

perkataan “Handwriting” di bawahnya seperti dalam Gambar 9.53: Mengaktifkan Kaedah

“Write” (Penterjemahan Tulisan) di bawah:

Page 72: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

71

Gambar 9.53: Mengaktifkan Kaedah “Write” (Penterjemahan Tulisan)

Selepas mengaktifkannya, pengguna akan dibawa ke paparan baharu. Pengguna perlu

menulis pada bahagian “Write here” di paparan putih seperti dalam Gambar 9.54: Paparan

Putih “Write here” di bawah:

Page 73: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

72

Gambar 9.54: Paparan Putih “Write here”

Pengkaji telah menggunakan kaedah ini bagi menterjemahkan frasa bahasa Inggeris kepada

bahasa Jepun. Sila rujuk Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan bahasa

Inggeris kepada Bahasa Jepun (1), (2) dan (3) di bawah:

Page 74: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

73

Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada

Bahasa Jepun (1)

Page 75: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

74

Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada

Bahasa Jepun (2)

Page 76: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

75

Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan Bahasa Inggeris kepada

Bahasa Jepun (3)

Pengguna perlu menunggu paparan putih itu berganjak ke arah kiri atau menyentuh ikon

“Spacebar” jika pengguna ingin menulis frasa yang melebihi satu perkataan seperti dalam

Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan bahasa Inggeris kepada

Bahasa Jepun (1), (2) dan (3) di atas.

Page 77: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

76

Frasa yang ditulis oleh pengkaji ialah “guarding my country” yang diterjemahkan kepada

bahasa Jepun kepada “Watashi no kuni o mamoru” seperti dalam Gambar 9.56: Kaedah

Penterjemahan “Write” Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun di bawah:

Gambar 9.56: Kaedah “Write” Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun

Terdapat cadangan perkataan lain di dalam petak-petak kelabu yang berada di atas paparan

putih tersebut seperti dalam Gambar 9.55: Paparan Kaedah “Write” bagi Penterjemahan

Bahasa Inggeris kepada Bahasa Jepun (2) di atas.

Page 78: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

77

Selain itu, pengguna boleh menukarkan kaedah “Write” dan kaedah “Type” dengan mudah,

iaitu dengan menyentuh simbol pen di dalam petak kelabu yang terletak di atas paparan putih lalu

memilih “Keyboard” bagi kaedah “Type” atau “Handwriting” bagi kaedah “Write”. Sila rujuk

gambar di atas.

Seterusnya, pengguna boleh melaraskan ketinggian paparan putih tersebut dengan

menyentuh simbol “≡” sambil menggerakkannya ke atas atau ke bawah. Fungsi ini memudahkan

pengguna untuk menulis dengan ruang yang sesuai dengan tulisannya. Sila rujuk Gambar 9.56:

Menyelaraskan Ketinggian Paparan Putih dalam Kaedah “Write” (Sebelum) dan (Selepas)

di bawah:

Page 79: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

78

Gambar 9.56: Menyelaraskan Ketinggian Paparan Putih dalam Kaedah “Write”

(Sebelum)

Page 80: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

79

Gambar 9.57: Menyelaraskan Ketinggian Paparan Putih dalam Kaedah “Write” (Selepas)

Di samping itu, pengguna boleh membatalkan atau mengundurkan (Undo) tulisan dengan

menyentuh ikon anak panah melengkung ke kiri “Undo”, menjarakkan frasa dengan menyentuh

ikon “Spacebar” dan memadam tulisan dengan menyentuh ikon “Delete”. Pengguna boleh

menjumpakan ketiga-tiga ikon ini di dalam petak-petak kelabu yang terletak di bawah sekali dalam

paparan kaedah “Write” seperti dalam gambar di atas.

Page 81: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

80

9.3.6. Kaedah “Offline”

Kaedah “Offline” (Penterjemahan Luar Talian) merupakan kaedah penterjemahan yang paling

penting dalam aplikasi ini. Hal ini demikian kerana, semua kaedah penterjemahan yang lain akan

berfungsi dengan mudah dengan adanya fail terjemahan yang telah dimuat turun ke dalam aplikasi

tersebut kerana pengguna mampu menggunakan kaedah-kaedah tersebut walaupun tiada

sambungan internet. Pengkaji mendapati bahawa sebanyak 60 fail terjemahan bahasa (termasuklah

bahasa Jerman dan bahasa Jerman↔bahasa Arab) seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan

bahasa Indonesia. Pengkaji telah pun menerangkan cara menggunakan kaedah ini dalam bahagian

9.2.4. Fungsi Tab Offline Translation di atas.

9.3.7. Kaedah “Voice”

Selain daripada kaedah-kaedah di atas, terdapat juga satu kaedah penterjemahan yang tidak

terdapat dalam Lampiran B: Kaedah Penterjemahan Aplikasi Google Translate, iaitu kaedah

“Voice” (Penterjemahan Suara) merupakan kaedah penterjemahan yang memerlukan pengguna

untuk mengucapkan frasa yang ingin diterjemahkan. Bagi mengaktifkan kaedah ini, pengguna

perlu menyentuh ikon mikrofon yang disertakan dengan perkataan “Voice” seperti dalam Gambar

9.58: Mengaktifkan Kaedah “Voice” (Penterjemahan Suara) di bawah:

Page 82: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

81

Gambar 9.58: Mengaktifkan Kaedah “Voice” (Penterjemahan Suara)

Selepas mengaktifkannya, pengguna akan dibawa ke paparan seperti paparan dalam Gambar

9.59: Paparan Kaedah “Voice” di bawah:

Page 83: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

82

Gambar 9.59: Paparan Kaedah “Voice”

Pengguna akan melihat klu arahan “Speak now” dalam petak biru yang berada di bawah

anak panah kiri-kanan. Pengguna juga dapat melihat ikon mikrofon tersebut menyala-nyala dalam

bulatan berwarna biru. Ini menunjukkan bahawa pengguna boleh mula mengucapkan frasa yang

ingin diterjemahkan. Selepas selesai, paparan seperti dalam gambar di atas ini akan kembali

semula seperti dalam paparan dalam Gambar 9.38: Kaedah “Type” (Penterjemahan Teks) di

atas.

Page 84: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

83

10.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN APLIKASI GOOGLE TRANSLATE

Pengkaji akan menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh aplikasi

Google Translate dalam bahagian ini.

10.1. Kelebihan Aplikasi Google Translate

Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki oleh aplikasi tersebut.

Kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

i. Pengguna boleh memilih pelbagai kaedah penterjemahan yang mengikut kesukaan dan

keselesaannya

ii. Kaedah “Type” mudah digunakan oleh pengguna kerana kaedah ini boleh digunakan

sejurus selepas aplikasi tersebut dihidupkan. Kaedah ini sesuai jika pengguna mempunyai

papan kekunci maya bagi kedua-dua bahasa yang terlibat dalam proses penterjemahan

iii. Kaedah “Talk” memudahkan pengguna berbual dengan pihak lain tanpa memerlukannya

untuk menaip atau menulis bahasa asing tersebut. Kaedah ini sesuai digunakan jika

pengguna sedang menjalankan proses jual beli dengan penjual atau pembeli asing

iv. Kaedah “See” atau “Instant translation” mencepatkan proses penterjemahan sesuatu frasa

dengan adanya teknologi AR. Hal ini demikian kerana, pengguna tidak perlu menaip atau

menulis frasa yang hendak diterjemahkan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu

mengaktifkan Kamera Google Translate dan menghalakan telefon pintarnya ke arah imej

yang mengandungi teks yang ingin diterjemahkan

v. Kaedah “See” memudahkan pengguna kerana pengguna tidak perlu memuat turun papan

kekunci maya bahasa asing dari kedai aplikasi ke dalam telefon pintarnya. Hal ini

demikian kerana, Kamera Google Translate yang menggunakan teknologi AR mampu

mengecam teks sesuatu bahasa itu dan menterjemahkannya mengikut bahasa yang dipilih

oleh pengguna

vi. Kemudahan memberhentikan Kamera Google Translate (Pause) memudahkan pengguna

membaca terjemahan dalam kaedah “See”

vii. Kaedah “Snap” membolehkan pengguna mengambil gambar, kemudian menyentuh dan

menterjemah “highlight text” jika kaedah “See” tidak jelas atau tidak tepat

Page 85: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

84

viii. Kaedah “Snap” boleh menterjemah gambar yang telah sedia ada di dalam simpananan

galeri telefon pintar milik pengguna. Maka, pengguna boleh mengambil pelbagai gambar

sebelum memulakan penterjemahan

ix. Dua bahasa yang telah dipilih sebelum membuka Kamera Google Translate boleh ditukar-

tukar kedudukannya (Misalnya, bahasa Indonesia ↔ bahasa Inggeris)

x. Flash Kamera Google Translate boleh dibuka dan ditutup untuk menerangi gambar yang

diambil

xi. Kaedah “Write” membantu pengguna berlatih menulis frasa terutama sekali tulisan yang

sukar seperti bahasa Cina dan Jepun

xii. Kaedah “Offline” atau penterjemahan luar talian memudahkan pengguna menggunakan

kaedah penterjemahan yang lain jika tiada sambungan internet di kawasan pengguna

berada

xiii. Kaedah “Voice” memudahkan pengguna untuk menterjemah sesuatu frasa tanpa perlu

menaip frasa tersebut. Sebaliknya, pengguna hanya perlu mengucapkannya sahaja

10.2. Kekurangan Google Translate

Walaupun aplikasi tersebut mempunyai pelbagai kelebihan, pengkaji dapat mengenal pasti

beberapa kekurangan yang dimiliki oleh aplikasi tersebut, iaitu:

i. Kaedah “Type” tidak mampu mengenal pasti teks yang ditaip dalam tulisan Romaji (tulisan

bahasa Jepun yang bunyi dan ejaannya telah di-Romankan). Kaedah ini hanya mampu

menterjemahkan bahasa lain kepada bahasa Jepun dalam bentuk tulisan asal dan

dibawahnya ditulis dalam tulisan Romaji supaya pengguna dapat mengetahui cara

menyebutnya

ii. Kaedah “Talk” tidak mempunyai kekurangan yang besar melainkan perbualan antara

pengguna dan pihak lain perlu diperlahankan kerana mereka perlu menunggu terjemahan

dilakukan secara bergilir-gilir. Namun, proses ini sama sahaja seperti menggunakan

khidmat seorang penterjemah bahasa

iii. Kaedah “Snap” tidak boleh memberhentikan Kamera Google Translate (Pause) seperti

dalam kaedah “See”. Sebaliknya, pengguna perlu mengambil gambar terlebih dahulu

Page 86: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

85

iv. Kaedah “See” masih belum dimiliki oleh semua bahasa yang dapat diterjemahkan oleh

aplikasi Google Translate. Misalnya, pengguna dari Malaysia perlu memilih terjemahan

bahasa Indonesia jika ingin menggunakan kaedah ini. Hal ini demikian kerana, kaedah ini

tidak dimiliki oleh terjemahan bahasa Melayu.

v. Pengguna tidak boleh mengambil gambar yang telah diterjemahkan dalam kaedah “See”.

Jika pengguna mengambil gambar, paparan AR bagi teks yang diterjemah akan hilang

serta-merta

vi. Ayat yang diterjemah berkemungkinan besar tidak tepat kerana terdapat perbezaan antara

struktur ayat bahasa Inggeris dengan bahasa asing. Hanya bahasa yang mempunyai fitur

NMT sahaja mampu menterjemahkan sesuatu ayat itu secara menyeluruh dan bersesuaian

dengan struktur ayat tersebut

vii. Kamera AR Google Translate masih belum mampu menterjemahkan tulisan tangan dan

sesuatu teks pada sesuatu permukaan yang tidak rata

viii. Kamera AR Google Translate hanya boleh dipegang secara menegak (portrait) melainkan

telefon pintar milik pengguna tersebut telah dijadikan mode “Auto rotate”

ix. Kamera AR Google Translate tidak dapat melakukan penterjemahan AR dengan baik

melainkan teks dalam imej yang ingin diterjemah telah diselarikan dengan tulisan “Align

text” (“Selarikan teks”) di dalam segi empat tepat berwarna hitam yang berada di tengah-

tengah paparan kamera tersebut

x. Kaedah “Write” lebih sesuai digunakan ketika telefon pintar pengguna dalam mode “Auto

rotate”. Hal ini demikian kerana, paparan putih atau tempat menulis tersebut akan lebih

lebar apabila mode tersebut diaktifkan

xi. Walaupun aplikasi tersebut mampu menterjemahkan 103 bahasa, fail terjemahan luar talian

nya hanya boleh dimuat turun dalam 60 bahasa sahaja (termasuklah bahasa Jerman dan

bahasa Jerman↔bahasa Arab)

xii. Kadah “Voice” tidak mampu mengecam suara yang kurang jelas dan tidak kuat. Pengguna

perlu mengucapkan frasa yang ingin diterjemahkan dengan teliti

Page 87: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

86

11.0 RUMUSAN KAJIAN

Pengkaji merumuskan kajian ini dengan memberikan pandangannya tentang era Revolusi

Perindustrian ke-4 dan medium komunikasi pada masa hadapan yang berkait rapat dengan

teknologi Realiti Terimbuh.

Pengkaji berpendapat bahawa era IR 4.0 merupakan era yang paling tinggi teknologinya

terutamanya dari segi medium komunikasi yang digunakan oleh kebanyakan golongan masyarakat

dunia, khususnya telefon pintar. Telefon pintar merupakan komputer yang boleh dimuatkan ke

dalam tangan atau komputer mudah alih yang boleh dipasangkan (install) pelbagai jenis aplikasi

yang berbeza fungsi ke dalamnya. Telefon pintar merupakan sebuah medium komunikasi IR 4.0

yang sangat berbeza sifatnya berbanding dengan medium komunikasi yang digunakan semasa era

IR 1.0, 2.0 dan 3.0.

Walaupun medium komunikasi semasa era Revolusi Perindustrian yang lama digunakan

untuk komunikasi antara dua pihak atau lebih dan bersifat komersial, medium-medium komunikasi

seperti radio dan telegraf memakan masa yang lama bagi menyampaikan sesuatu mesej itu. IR 4.0

merupakan sebuah era yang menggunakan medium komunikasi yang bersifat komersial dan

pantas. Misalnya, mesej yang disampaikan oleh pengguna telefon pintar melalui media sosial akan

disebarkan dengan pantas kepada pengguna media sosial yang lain.

Selain itu, medium komunikasi pada era ini merapatkan jurang antara dunia realiti dan juga

dunia maya. Hal ini dapat dibuktikan dengan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh

(AR). Teknologi VR menggantikan paparan dunia realiti dengan paparan dunia maya melalui

gogel, manakala teknologi AR menggabungkan kedua-dua paparan tersebut hanya tanpa

memerlukan pengguna memakai apa-apa gogel. Sebaliknya, kini, pengguna hanya memerlukan

sebuah telefon pintar bagi menggunakan teknologi ini. Kebanyakan aplikasi yang menyediakan

teknologi ini memerlukan telefon pintar yang telah pun dipasang (installed) aplikasi yang menjadi

pelantar (platform) bagi teknologi AR seperti ARCore bagi Android dan ARKit bagi iOS. Namun,

memandangkan teknologi ini masih baharu, maka, kebanyakan telefon pintar masih belum

disesuaikan lagi dengan pelantar tersebut.

Page 88: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

87

Namun, pengguna amat beruntung kerana aplikasi Google Translate boleh dipasang ke

dalam peranti telefon pintar yang tidak dipasang (installed) dengan apa-apa pelantar AR. Ini

bermaksud apa-apa telefon pintar yang tidak terlalu lama boleh menggunakan aplikasi ini dan

boleh menggunakan kaedah penterjemahan “See” yang menggunakan teknologi AR tersebut.

Pengkaji telah memilih aplikasi tersebut bagi medium komunikasi pengantaraan komputer sebagai

bahan kajian disebabkan oleh faktor ini. Pengkaji berpendapat bahawa tindakan syarikat Google

memperoleh teknologi AR ini daripada aplikasi WordLens hasil kerjasama dengan syarikat Quest

Visual lalu menyediakannya secara percuma kepada pengguna merupakan tindakan yang bijak dan

mesra pengguna.

Akhir sekali, pengkaji yakin bahawa aplikasi ini mampu memecahkan rintangan bahasa

yang dihadapi pengguna dengan mudah. Walaupun terdapat beberapa kekurangan yang dimiliki

oleh aplikasi ini yang telah dinyatakan di atas, aplikasi ini mampu diperbaiki lagi pada masa

hadapan terutama sekali kualiti Kamera Google Translate yang menjalankan kaedah

penterjemahan “See”. Pengkaji berpendapat bahawa kaedah penterjemahan tersebut mampu

menarik minat ramai pengguna untuk mempelajari bahasa baharu atau sekurang-kurangnya

memahami serba sedikit maksud frasa yang diterjemahkan. Hal ini demikian kerana paparan

terjemahannya yang menarik dan interaktif. AR sememangnya sebuah teknologi yang perlu

diteroka lagi kerana pelbagai manfaat yang boleh diterima oleh masyarakat dalam sektor

pendidikan, hiburan, pekerjaan, pembinaan dan juga kesihatan.

Page 89: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

88

12.0 BIBLIOGRAFI

Aplikasi. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 24 Disember 2018 di

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aplikasi

Bahasa. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 25 Disember 2018 di

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahasa&d=69812&#LIHATSINI

Businesstopia. (2018, Februari 15). Definition of Language Barriers. Dimuat turun pada 23

Disember 2018 di https://www.businesstopia.net/communication/language-

barriers

Computer Hope. (2019, Januari 5). Google. Dimuat turun pada 23 Disember 2018 di

https://www.computerhope.com/jargon/g/google.htm

Digi-Capital. (2018, Januari 26). Ubiquitous $90 billion AR to dominate focused $15 billion

VR by 2022. Dimuat turun pada 23 Disember 2018 di https://www.digi-

capital.com/news/2018/01/ubiquitous-90-billion-ar-to-dominate-focused-15-billion-vr-

by-2022/

Duignan, B. (n.d.). Inventors and Inventions of the Industrial Revolution. Dimuat turun pada

12 Jun 2018 di https://www.britannica.com/list/inventors-and-inventions-of-the-

industrial-revolution

Encyclopaedia Britannica. (2018, Oktober 9). Industrial Revolution. Dimuat turun pada

12 Jun 2018 di https://www.britannica.com/event/Industrial-Revolution

Etherington, D. (2014, Mei 16). Google Has Acquired Quest Visual, The Maker Of

Camera-Based Translation App Word Lens. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di

https://techcrunch.com/2014/05/16/google-has-acquired-quest-visual-the-maker-of-

camera-based-translation-app-word-lens/

Google Translate. Languages. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di

https://translate.google.com/intl/en/about/languages/

Haven OnDemand. (n.d.). OCR Document. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di

https://dev.havenondemand.com/apis/ocrdocument#overview

Page 90: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

89

Hoffman, C. (2018, Mac 21). What Is an API? Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di

https://www.howtogeek.com/343877/what-is-an-api/

Industrial revolution. (n.d.). Merriam-Webster. Dimuat turun pada 1 Disember 2018 di

https://www.merriam-webster.com/dictionary/industrial%20revolution

Jansen, M. (2017, Disember 16). Google kills augmented reality project Tango to focus on

ARCore. Dimuat turun pada 30 Oktober 2018 di

https://www.digitaltrends.com/mobile/google-tango-retired/

Komunikasi. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 25 Disember 2018 di

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=komunikasi

Peña, I. (2014, November 12). Industrial Revolution 3.0. Dimuat turun pada 8 Disember 2018 di

https://www.huffingtonpost.com/ignacio-peaa/industrial-revolution-

30_b_5806874.html

Penterjemahan. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada di 23

Disember 2018 di http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penterjemahan

Ray, M. (2017, Januari 30). Virtual Reality. Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di

https://www.britannica.com/topic/Virtual-Reality-2080073#accordion-article-history

Realiti maya. (n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dimuat turun pada 23 Disember 2018 di

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=realiti+maya&d=286464&#LIHATSINI

Rouse, M. (2011, Disember 22). DEFINITION mobile operating system. Dimuat turun pada

25 Disember 2018 di https://searchmobilecomputing.techtarget.com/definition/mobile-

operating-system

Schwab, K. (2018, Mei 25). The Fourth Industrial Revolution. Dimuat turun pada 22

Disember 2018 di https://www.britannica.com/topic/The-Fourth-Industrial-Revolution-

2119734

Sommelad, J. (2018, Jun 19). GOOGLE TRANSLATE: HOW DOES THE SEARCH

GIANT'S MULTILINGUAL INTERPRETER ACTUALLY WORK? Dimuat turun pada 25

Disember 2018 di https://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-

Page 91: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

90

tech/news/google-translate-how-work-foreign-languages-interpreter-app-search-engine-

a8406131.html

Starr, M. K., & Gupta S. K. (Eds.). (2017). The Routledge Companion to Production and

Operations Management. Dimuat turun pada 6 Disember 2018 di

https://books.google.com.my/books?id=L8eEDgAAQBAJ&pg=PT125&lpg=PT125&dq

=ir+1.0&source=bl&ots=JHF25UGn3t&sig=fqb9FmwOzUaAA00XKpzRtlqiB-

Y&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiR-

MTq44rfAhVLFHIKHXgBCtYQ6AEwDXoECAYQAQ#v=onepage&q&f=false

The Economist. (2012, April 21). The third industrial revolution. Dimuat turun pada 18

Disember 2018 di https://www.economist.com/leaders/2012/04/21/the-third-

industrial-revolution

Think Mobiles (2017, April 12). Augmented Reality development Companies in 2018. Dimuat

turun pada 19 Disember 2018 di https://thinkmobiles.com/blog/augmented-reality-

companies/

Think Mobiles (2017, April 12). Virtual Reality development companies in 2018. Dimuat turun

pada 19 Disember 2018 di https://thinkmobiles.com/blog/virtual-reality-companies/

Tsotsis, A. (2010, Disember 17). Word Lens Translates Words Inside of Images. Yes Really.

Dimuat turun pada 25 Disember 2018 di https://techcrunch.com/2010/12/16/world-

lens-translates-words-inside-of-images-yes-really/

Turovsky, B. (2016, April 28). Ten years of Google Translate. Dimuat turun pada 25

Disember 2018 di https://blog.google/products/translate/ten-years-of-google-translate/

Page 92: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

LAMPIRAN

Lampiran A: 103 Bahasa yang Boleh Diterjemahkan oleh Google Translate

Page 93: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

Lampiran B: Kaedah Penterjemahan Aplikasi Google Translate

Page 94: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

Lampiran C: Dua Jenis Fitur Aplikasi Google Translate

Page 95: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

Lampiran D: Fitur Bahasa Indonesia bagi Kaedah Penterjemahan

Page 96: BMCO 4105 KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER · komunikasi yang utama, iaitu bahasa tetap tidak mengalami perubahan yang besar melainkan wujudnya perkataan baharu, perkataan slanga,

Lampiran E: Fitur Bahasa Melayu bagi Kaedah Penterjemahan