4

Click here to load reader

Syarahan Kamil 2014

  • Upload
    teazah

  • View
    436

  • Download
    16

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Syarahan KAMIL

Citation preview

Page 1: Syarahan Kamil 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih buat tuan pengerusi majlis, yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa, guru-guru, hadirin dan hadirat sekalian.

Sebelum bahtera saya layarkan, definisi tajuk saya dahulukan.

PEMANTAPAN IBADAH MEMBINA SAHSIAH UNGGUL, itu tajuk syarahan saya. Dapatlah difahami bahawa, perbuatan atau amalan yang dilakukan kerana Allah secara bermutu tinggi dapat melahirkan individu Islam yang sentiasa menyerah diri kepada Allah dan membenarkan segala yang disampaikan oleh para rasul.

Hadirin dan hadirat yang diredhai Allah sekalian.

Bagaimana untuk kita memantapkan ibadat agar sahsiah unggul dapat dapat dijana?

PERTAMA: KHUSYUK DALAM BERIBADAT.

Untuk membentuk ibadah yang berkualiti, kita harus menghadirkan hati kepada Allah. Allah menjanjikan kejayaan bagi insan yang khusyuk di dalam solat sebagaimana firmanNya di dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2:

(Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya)

Anak panah yang tertusuk pada kaki Saidina Ali berjaya dicabut keluar ketika beliau sedang khusyuk menunaikan solat. Dr Yusuf Al Qaradawi pernah menerima anugerah tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia, mengaplikasikan khusyuk dalam beribadah sebagai rencah kehidupannya. Maka benarlah bahawa khusyuk dalam beribadat melahirkan muslim sejati bersahsiah unggul.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah.

KEDUA: ISTIQAMAH DALAM BERIBADAT

Istiqamah ialah berterusan dalam melaksanakan sesuatu ibadah kepada Allah. Muslim yang sejati hanya akan muncul jika kita beristiqamah dalam menyembah Allah. Allah berfirman di dalam Surah Hud ayat 112:

..……(Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian)

Nik Nor Madihah yang memperoleh 20A dalam SPM 2009 memformulasikan istiqamah dalam beribadat sebagai petua buat mereka yang ingin menurut jejak langkahnya.Kehebatan ibadat Khulafa’ Ar-Rasyidin sememangnya tidak dapat disangkal kerana bukan sahaja menjaga ibadat wajib, tetapi ibadat sunat turut dititikberatkan. Maka benarlah bahawa istiqamah dalam beribadat pembina sahsiah yang unggul.

Hadirin dan hadirat yang berada dalam redha Allah.

Page 2: Syarahan Kamil 2014

KETIGA:IKHLAS DALAM IBADAH.

Ikhlas dalam ibadah semata-mata kerana Allah sememangnya akan menjadi teras pembentukan sahsiah unggul. Allah telah berfirman di dalam surah Az-Zumar ayat 14:

(Katakanlah lagi: "Allah jualah Yang Aku sembah Dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya)

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari telah pun menderma lebih dari 300 juta ringgit ke arah keagamaan merupakan insan yang ikhlas dalam perbuatannya. Keikhlasan Saidina Usman Bin Affan membelanjakan sejumlah hartanya bagi membeli telaga Raumah tidak pernah bermegah-megah dengan usahanya. Ini sekaligus membuktikan ikhlas dalam perbuatan mampu membina sahsiah unggul.

Sidang dewan yang dirahmati Allah.

KEEMPAT:MENUNAIKAN IBADAT DENGAN SEMPURNA.

Bagi membentuk muslim yang sejati, ibadat perlu ditunaikan dengan sempurna. Arahan beribadat telah Allah rakamkan di dalam Al-Quran melalui surah Ali 'Imran ayat 51:

(Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaNya)

Rasulullah merupakan contoh terbaik manusia mulia yang bersahsiah unggul bertitik tolak dari ibadahnya yang sempurna. Kejayaan adik Muhammad Husayn Tabatabai menghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika berumur 5 tahun berkat dididik melaksanakan ibadah dengan sempurna. Maka benarlah bahawa,menunaikan ibadah dengan sempurna melahirkan keperibadian unggul.

Sidang pendengar yang budiman.

KELIMA: AMANAH DALAM IBADAT MELAHIRKAN MUSLIM SEJATI.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa amanah dalam beribadat mampu melahirkan muslim yang sejati seperti menjaga solat. Allah telah berfirman di dalam surah Al-Mukminun ayat 9:

(dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya)

Kejayaan umat islam terdahulu dengan menakluki 2 per 3 dunia adalah hasil daripada amanah dalam beribadat seperti menunaikan solat di awal waktu secara berjemaah. Namun hari ini umat Islam begitu goyah jati diri sehingga sering ditindas dan mundur. Apabila kita kaji perkara ini dengan mendalam, semuanya berpunca dari kerapuhan amanah dalam ibadah seperti melengah-lengahkan solat yang merobek pembentukan muslim sejati. Maka benarlah bahawa amanah dalam ibadat melahirkan insan yang bersahsiah unggul.

Hadirin, Hadirat…Sidang dewan yang dihormati.

Page 3: Syarahan Kamil 2014

KEENAM: TAWADHUK DALAM IBADAT.

Tawadhuk dalam beribadat adalah pancaran hati yang suci murni dan penuh dengan rasa rendah diri kepada Allah. Allah menyukai sifat ini sebagaimana firmanNya di dalam surah Al-A’raaf ayat 55:

(Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan)

Gugur berderai air mata Saidina Umar Al Khattab apabila berdoa memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosa silam. Namun kini, lain pula halnya apabila berita tentang pembuangan bayi bagaikan tidak lekang dari dada-dada akhbar. Ini menunjukkan tahap kesombongan yang tidak segan silu melakukan dosa akan menjadi penghalang dalam pembentukan sahsiah unggul. Maka benarlah bahawa sifat tawadhuk mampu mengungguli setiap sahsiah insan.

Hadirin hadirat sekalian.

KETUJUH : SABAR DALAM BERIBADAT

Sabar dalam beribadat mampu melonjakkan kualiti ibadah yang dapat menjana peribadi muslim sejati. Allah telah menggandingkan sabar dengan ibadah yang paling utama iaitu solat melalui firmanNya di dalam surah Al-Baqarah ayat 45:

(Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang)

Rasulullah yang sememangnya telah dijanjikan syurga tetap terus bersabar mendirikan solat sehingga bengkak kakinya. Kesabaran Pn. Norlina Alawi dalam membela nasib anak yatim yang menghidap HIV positif wajar dicontohi dan diteladani. Hal ini membuktikan bahawa sabar dalam beribadat melahirkan insan yang bersahsiah unggul.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebagai konklusinya, khusyuk, istiqamah, ikhlas, kesempunaan ibadat, amanah, tawadhuk dan sabar dapat membina sahsiah insan yang unggul. Sekian. Wassalam.