21
PELAJARAN 7 KOMUNIKASI LISAN: SYARAHAN 1.0 Pengenalan Dalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu daripada aspek komunikasi lisan iaitu syarahan. 2.0 Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajian ini, pelajar akan: 2.1 Memahami maksud komunikasi lisan. 2.2 Memahami bentuk-bentuk pengucapan. 2.3 Mampu memberikan ucapan secara praktikal. 2.4 Kemahiran melahirkan pendapat 3.0 Senarai Tajuk 3.1 Syarahan 3.2 Tujuan syarahan 3.3 Binaan sesuatu teks syarahan 3.4 Kemahiran memulakan syarahan 4.0 Istilah 4.1 Syarahan Syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai tentang sesuatu tajuk 4.2 Intonasi Nada naik turun suara dalam berturut atau berbahasa. 5.0 Tajuk

BKA Lesson 7 Syarahan

  • Upload
    yunohu

  • View
    153

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

aku cinta padanya!

Citation preview

Page 1: BKA Lesson 7 Syarahan

PELAJARAN 7KOMUNIKASI LISAN: SYARAHAN

1.0 PengenalanDalam tajuk ini, pelajar akan diperkenalkan dengan satu daripada aspek komunikasi lisan iaitu syarahan.

2.0 Hasil PembelajaranPada akhir pengajian ini, pelajar akan:2.1 Memahami maksud komunikasi lisan.2.2 Memahami bentuk-bentuk pengucapan.2.3 Mampu memberikan ucapan secara praktikal.2.4 Kemahiran melahirkan pendapat

3.0 Senarai Tajuk3.1 Syarahan3.2 Tujuan syarahan3.3 Binaan sesuatu teks syarahan3.4 Kemahiran memulakan syarahan

4.0 Istilah4.1 Syarahan

Syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai tentang sesuatu tajuk

4.2 IntonasiNada naik turun suara dalam berturut atau berbahasa.

5.0 Tajuk

Page 2: BKA Lesson 7 Syarahan

5.1 Persembahan

Maksud SyarahanApakah maksud syarahan? Syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai tentang sesuatu tajuk. Seperti juga dengan ucapan, syarahan adalah aktiviti komunikasi sehala. Maknanya, maklumat disampaikan secara sehala daripada penceramah kepada pendengar di hadapannya. Tujuan syarahan adalah untuk meyakinkan pendengarnya tentang apa yang ingin disampaikan.

Tujuan SyarahanJika ucapan lebih bersifat umum, syarahan pula lebih fokus pada matlamatnya. Antara tujuan syarahan adalah:

a) Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk, isu atau persoalan yang telah diketahui sebelumnya.

b) Memberi tahu tentang sesuatu yang baru tapi menarik seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik atau penting untuk diketahui.

c) Memberi keyakinan kepada pendengar tentang isu yang ingin disampaikan.

d) Mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang disampaikan.

Binaan/Format Sesuatu Teks Syarahan

Page 3: BKA Lesson 7 Syarahan

Binaan sesuatu teks syarahan adalah seperti berikut:

a) Pembuka kataOleh kerana syarahan selalunya berlaku dalam suatu majlis, maka pada bahagian awal syarahan, penyampai syarahan akan memulakan dengan pembuka kata. Ini termasuklah kata-kata aluan kepada pendengar atau penonton. Penyampai syarahan akan menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua yang hadir dan kepada pihak yang mengundangnya atau yang menganjurkan majlis tersebut.

b) PendahuluanPada bahagian ini, penyampai syarahan akan memberi pengenalan kepada tajuk atau isu yang ingin disampaikan. Biasanya, penceramah akan memberi definisi, takrif atau penjelasan awal tentang tajuk. Ini bertujuan untuk membuka kefahaman awal pendengar tentang isi-isi tajuk yang bakal dihuraikan kemudiannya.

c) Isi atau amanatBahagian isi adalah bahagian paling penting kerana di sinilah penceramah menghuraikan semua mesej yang ingin disampaikan.

d) Penutup kepada isiBahagian ini ialah bahagian untuk memberi ringkasan umum terhadap tajuk yang disampaikan tadi. Penyampai syarahan membuat rumusan terhadap semua hujahannya sebelum itu.

Page 4: BKA Lesson 7 Syarahan

e) Penutup kepada syarahanIni adalah bahagian terakhir dalam sesuatu syarahan. Penceramah akan merakamkan penghargaannya kepada pihak pendengar dan penganjur majlis.

Kemahiran Memulakan SyarahanAda dua aspek penting dalam kemahiran memulakan sesuatu syarahan iaitu peringkat persediaan sebelum syarahan, dan peringkat permulaan ucapan.

a) Peringkat persediaanAntara langkah yang perlu dibuat pada peringkat ini adalah:

i) Mengetahui tujuan sebenar syarahan itu sama ada untuk menyampaikan maklumat, memberi kesedaran, atau percubaan untuk mempengaruhi pendengar.

ii) Menganalisa para pendengar dan majlis tersebut. Ini termasuklah memahami tujuan majlis tersebut diadakan; golongan yang bakal mendengar syarahan; jumlah pendengar sama ada ramai atau sedikit; tahap ilmu yang mereka ada iaitu sama ada tahap pengetahuan atau tahap pendidikan; jantina pendengar sama ada keseluruhannya lelaki; atau keseluruhannya perempuan, atau lebih ramai perempuan dari lelaki; dan umur pendengar, sama ada ramai yang tua, atau ramai yang muda.

Page 5: BKA Lesson 7 Syarahan

iii) Mengumpulkan maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis.

iv) Menganggarkan jangka masa yang telah ditetapkan untuk menyampaikan syarahan.

b) Peringkat permulaan ucapan: Peringkat permulaan ucapan amat penting untuk menarik minat para pendengar. Kemahiran berikut perlu dimiliki oleh penyampai syarahan:

i) Menyampaikan salam terlebih dahulu mengikut kesesuaian kelompok pendengar.

ii) Menyampaikan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, barisan jawatankuasa, pihak penganjur majlis, dif-dif kehormat (jika ada) dan para hadirin mengikut protokol.

iii) Menarik minat pendengar melalui: pernyataan fakta yang memberangsangkan; kenyataan yang provokatif; persoalan-persoalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu pendengar; petikan atau data yang memeranjatkan pendengar.

iv) Menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan.

Page 6: BKA Lesson 7 Syarahan

Kemahiran Melahirkan PendapatAntara perkara penting dalam syarahan ialah melahirkan pendapat atau pandangan yang dapat diterima oleh pendengar. Keberkesanan syarahan bergantung kepada kemampuan pensyarah menyampaikan pendapat atau pandangannya. Beberapa perkara perlu diambil kira untuk menjamin kemahiran melahirkan pendapat ini.

a) Pemilihan kataPemilihan kata-kata yang tepat dan sesuai akan menjamin ekspresi yang berkesan di samping mampu melahirkan pendapat dengan jelas dan terang. Kata-kata yang sesuai diperlukan untuk menggambarkan idea penceramah. Pemilihan kata-kata yang tidak sesuai akan menyebabkan pendengar kurang memahami idea-idea yang ingin disampaikan.

b) Penyusunan faktaFakta perlu disusun dengan teratur supaya idea keseluruhan dapat diterima dan difahami oleh pendengar.

c) Pemilihan ayatSelain dari pemilihan kata-kata yang sesuai, pemilihan ayat juga penting dalam sesuatu syarahan. Ayat yang terlalu panjang, atau berbelit-belit akan menjadikan pendengar keliru. Ayat yang salah dari segi tatabahasa juga akan menyebabkan pendengar kurang yakin dengan syarahan tersebut.

Page 7: BKA Lesson 7 Syarahan

d) Ringkas dan tepatHujahan yang berkesan ialah yang ringkas dan padat. Hujahan yang kurang berkesan ialah hujahan yang terlalu panjang dan meleret-leret. Hujahan yang terlalu luas skopnya juga akan menyebabkan pendengar hilang tumpuan pada tajuk yang ingin disyarahkan.

Gaya Penyampaian Yang MenarikIsi dan idea yang baik perlu disampaikan pula dengan gaya yang menarik. Aspek gaya lebih bersifat visual, iaitu pendengar dapat melihat dan memahaminya. Gaya yang menarik akan menyebabkan pendengar semakin tertarik dengan apa yang ingin disampaikan. Gaya yang menarik termasuklah mempunyai kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa dan gaya badan.

a) KelancaranSyarahan tidak boleh tersekat-sekat. Penceramah wajar menyampaikan ideanya dengan lancar dan menarik.

b) Nada dan intonasiNada dan intonasi yang beralun, iaitu mempunyai nada naik dan nada turun, akan lebih memikat pendengar. Tanpa nada dan intonasi, penceramah akan bersyarah seperti robot. Bunyi syarahan akan membosankan. Nada tinggi digunakan untuk menegaskan pendapat. Nada perlahan digunakan untuk merayu atau meminta simpati. Nada sederhana atau mesra digunakan untuk memujuk.

Page 8: BKA Lesson 7 Syarahan

Nada tinggi dan lantang untuk membakar emosi dan semangat pendengar.

c) Kecekapan berbahasaPenggunaan bahasa yang baik dan menarik akan menambah kemantapan gaya. Bahasa yang digunakan perlu sesuai dengan isi kandungan syarahan. Bahasa yang sesuai akan menarik hati pendengar.

d) Garak badanPenceramah yang berdiri tegak seperti tiang telefon sudah pasti tidak dapat menarik perhatian pendengar. Gerak badan perlu disusun sesuai dengan isi kandungan syarahan. Gerak badan yang dimaksudkan di sini termasuklah gerak tangan, gerak mata, dan gerak badan. Namun, gerak badan yang keterlaluan juga boleh mengurangkan minat pendengar.

Contoh syarahan:

MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis, dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini adalah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru

Page 9: BKA Lesson 7 Syarahan

selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikasikan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu, apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar.

Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya!

Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 10: BKA Lesson 7 Syarahan

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya.

Oleh itu, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru.

Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.Tuan-tuan dan puan-puan,

Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan

Page 11: BKA Lesson 7 Syarahan

bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku

Page 12: BKA Lesson 7 Syarahan

yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan

Page 13: BKA Lesson 7 Syarahan

diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku.

Jadi, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhirnya adalah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita.

Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang

Page 14: BKA Lesson 7 Syarahan

menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka.

Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun!

Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya

Page 15: BKA Lesson 7 Syarahan

membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.

Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.zanariah.myportal.my/

5.1.1Aktiviti

Tulis satu teks syarahan dengan tajuk ‘Kepentingan semangat Toleransi dalam Masyarakat Majmuk’.

6.0 Ringkasan

6.1 Syarahan ialah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai.

6.2 Syarahan bertujuan untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk, isu atau persoalan.

6.3 Syarahan juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pendengar tentang isu yang ingin disampaikan.

6.4 Binaan teks syarahan ialah pembuka kata, pendahuluan, isi atau amanat, penutup kepada isi dan penutup kepada syarahan.

Page 16: BKA Lesson 7 Syarahan

6.5 Kemahiran syarahan peringkat persediaan ialah mengetahui tujuan syarahan itu, menganalisa para pendengar, mengumpulkan maklumat dan menganggarkan masa syarahan.

6.6 Kemahiran peringkat permulaan ucapan ialah menyampaikan sapaan, menyampaikan kata-kata aluan, memberi fakta yang meyakinkan, dan memperkenalkan gambaran umum tentang tajuk.

6.7 Kemahiran melahirkan pendapat adalah aspek penting syarahan. Kemahiran melahirkan pendapat bermaksud kemahiran dalam pemilihan kata, kemahiran penyusunan fakta, kemahiran pemilihan ayat, dan kemahiran memberi hujahan yang ringkas dan padat.

6.8 Gaya penyampaian yang menarik memerlukan kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa dan gerak badan.

7.0 Latihan Kendiri

1. Apakah tujuan syarahan?2. Apakah peringkat-peringkat binaan sesuatu syarahan?3. Jelaskan unsur-unsur yang harus dipelihara apabila

melahirkan pendapat dalam syarahan.4. Buat satu teks syarahan dengan tajuk “Vandalisme dan

Penyelesaiannya.”

Jawapan:

Jawapan 1:

Page 17: BKA Lesson 7 Syarahan

Apakah tujuan syarahan?

Antara tujuan syarahan adalah untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk, isu atau persoalan yang telah diketahui sebelumnya; memberi tahu tentang sesuatu yang baru tapi menarik seperti peristiwa atau hal ehwal semasa yang menarik atau penting untuk diketahui; memberi keyakinan kepada pendengar tentang isu yang ingin disampaikan; dan mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang disampaikan.

Jawapan 2:Peringkat-peringkat binaan sesuatu syarahan.

Ada lima peringkat dalam binaan sesuatu syarahan. Peringkat pertama ialah pembuka kata. Pada bahagian awal syarahan, pensyarah akan memulakan dengan pembuka kata. Ini termasuklah kata-kata aluan kepada pendengar atau penonton. Penceramah akan menyatakan rasa terima kasihnya kepada semua yang hadir dan kepada pihak yang mengundangnya atau yang menganjurkan majlis tersebut.

Peringkat kedua ialah pendahuluan. Pada bahagian ini, penceramah akan memberi pengenalan kepada tajuk atau isu yang ingin disampaikan. Biasanya, penceramah akan memberi definisi, takrif atau penjelasan awal tentang tajuk. Ini bertujuan untuk

Page 18: BKA Lesson 7 Syarahan

membuka kefahaman awal pendengar tentang isi-isi tajuk yang bakal dihuraikan kemudiannya.

Peringkat ketiga ialah isi atau amanat. Bahagian ini ialah bahagian paling penting kerana di sinilah penceramah menghuraikan semua mesej yang ingin disampaikan.

Bahagian keempat pula ialah bahagian penutup kepada isi. Bahagian ini ialah bahagian untuk memberi ringkasan umum terhadap tajuk yang disampaikan tadi. Penceramah membuat rumusan semula terhadap semua hujahannya sebelum itu.

Bahagian akhir ialah penutup kepada syarahan. Penceramah akan merakamkan penghargaannya kepada pihak pendengar dan penganjur majlis.

Jawapan 3:Unsur-unsur yang harus dipelihara dalam melahirkan pendapat dalam syarahan.

Ada beberapa unsur yang perlu dipelihara dalam melahirkan pandapat dalam syarahan. Antaranya ialah pemilihan kata. Pemilihan kata-kata yang tepat dan sesuai akan menjamin ekspresi yang berkesan di samping mampu melahirkan pendapat dengan jelas dan terang. Kata-kata yang sesuai diperlukan untuk menggambarkan idea penceramah. Pemilihan kata-kata yang tidak sesuai akan menyebabkan pendengar kurang memahami idea-idea yang ingin disampaikan.

Page 19: BKA Lesson 7 Syarahan

Unsur seterusnya ialah penyusunan fakta. Fakta perlu disusun dengan teratur supaya idea keseluruhan dapat diterima dan difahami oleh pendengar.

Seterusnya ialah pemilihan ayat. Ayat yang terlalu panjang, atau berbelit-belit akan menjadikan pendengar keliru. Ayat yang salah dari segi tatabahasa juga akan menyebabkan pendengar kurang yakin dengan syarahan tersebut.

Akhir sekali, hujahan yang berkesan ialah yang ringkas dan padat. Hujahan yang kurang berkesan ialah hujahan yang terlalu panjang dan meleret-leret. Hujahan yang terlalu luas skopnya juga akan menyebabkan pendengar hilang tumpuan pada tajuk yang ingin disyarahkan.

Jawapan 4:“ Vandalisme dan Penyelesaiannya”

Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, dan hadirin yang saya hormati. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah “ Vandalisme dan Penyelesaiannya ”.

Para hadirin yang saya muliakan.

Tahukah anda, apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme? Menurut Kamus Dewan, vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau

Page 20: BKA Lesson 7 Syarahan

merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah. Antara contoh-contoh vandalisme ialah merosakkan pondok telefon, paip bomba serta menconteng dinding bangunan , tandas, lif, dan juga perhentian bas.

Para hadirin sekalian,

Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja. Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak. Sebagai jalan keluar, mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka. Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah, merokok, mencuri, melepak, dan ponteng sekolah .

Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat. Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru. Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan.

Bagi mengatasi masalah ini, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan. Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata. Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada mereka.

Page 21: BKA Lesson 7 Syarahan

Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini. Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam .

Hadirin yang dihormati,

Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah. Dengan kerjasama semua pihak, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung.

Hadirin sekalian,Demikianlah syarahan saya untuk kali ini. Semoga perkara yang telah saya katakan dapat dijadikan pedoman.

Sekian, terima kasih