33
Perjuangan Serikandi Islam Teras Pemerkasaan Sahsiah Yakin kepada ALLAH: · Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya · Zinnirah merupakan seorang wanita berbangsa Rom · Beliau pernah dijual dan telah dibeli oleh Umar Al Khattab untuk dijadikan hamba sebelum memasuki Islam. · Pada awal keIslaman zinnirah, beliau melakukan amalan amalan Islam secara sembunyi supaya tidak diketahui oleh tuannya iaitu Umar Al Khattab yang ketika itu amat benci kepada orang Islam dan Rasulullah. · Zinnirah diseksa dan didera oleh tuannya setelah Umar tahu tentang keIslaman Zinnirah. · Beliau pernah disepak,ditendang,dan dijemur ditengah panas supaya beliau kembali keagama asal. · Dengan adanya kesabaran yang tinggi dalam diri, beliau tetap tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini demi mendapat kesenagan diakhirat kelak. Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya. Akhirnya , Allah memberi karmah kepad anya. Matanya yang buta itu dapat melih at kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya. . Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah. Posted by Aidil at Sunday, March 11, 2012

Azura - Syarahan Agama

  • Upload
    akram

  • View
    308

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 1/33

Perjuangan Serikandi Islam Teras Pemerkasaan Sahsiah

Yakin kepada ALLAH:

· Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang

muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya

· Zinnirah merupakan seorang wanita berbangsa Rom

· Beliau pernah dijual dan telah dibeli oleh Umar Al Khattab untuk dijadikan hamba sebelum memasukiIslam.

· Pada awal keIslaman zinnirah, beliau melakukan amalan amalan Islam secara sembunyi supaya tidakdiketahui oleh tuannya iaitu Umar Al Khattab yang ketika itu amat benci kepada orang Islam dan Rasulullah.

· Zinnirah diseksa dan didera oleh tuannya setelah Umar tahu tentang keIslaman Zinnirah.

· Beliau pernah disepak,ditendang,dan dijemur ditengah panas supaya beliau kembali keagama asal.

· Dengan adanya kesabaran yang tinggi dalam diri, beliau tetap tabah dan sabar dalam menghadapi ujianini demi mendapat kesenagan diakhirat kelak.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yangmengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam

kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalammenghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

Akhirnya , Allah memberi karmah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaranmatanya itu lebih bercahaya.

. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

Posted by Aidil at Sunday, March 11, 2012

Page 2: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 2/33

Teks syarahan agama 2010.

Tajuk :: Masjid Membina Keunggulan Ummah

Peringkat :: Daerah (Johan), Negeri (Naib Johan)

Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masayang setia, seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang

bermauduk “Pengimarahan Masjid Membina Keunggulan Ummah”. Secara konseptualnya, frasapengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatanberfaedah. Masjid pula, menurut Fatwa Lajnadah Imah ialah tempat yang disediakan untuk dilaksanakanatau ditunaikan solat lima waktu secara berjamaah di dalamnya. Sementara frasa “membina keunggulanummah” dapat saya konsepkan sebagai membangunkan masyarakat atau komuniti Muslim yang lebih baik,cekap dan ulung. Keunggulan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek, terutamanya dari segi kerohanian,sosial, pendidikan dan ekonomi umat. Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapattakrifkan sebagai proses menjalankan aktivti menghidupkan masjid dalam kalangan masyarakat mampumeningkatkan ketinggian mutu umat Islam seluruhnya.

Maka melalui syarahan saya pada pagi yang berkat ini, saya akan menghuraikan bagaimanakeunggulan umat dapat dicapai menerusi pelbagai aktiviti yang berfaedah yang dijalankan di masjid olehmuslimin dan muslimat.

Sidang hadirin paksi umat,

Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama : masjid pemangkin rohani umat. Tujuan utama

pembinaan masjid adalah sebagai tempat beribadat. Maka, hendaklah kita menghidupkan masjid denganibadat yang sesuai dengan maqasid atau tujuan utama pembinaan masjid. Allah s.w.t berfirman dalam surahal-Nur, ayat 36 :

Maksudnya : Di rumah-rumah (Allah) itu, diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya.

Ayat ini menjelaskan masjid perlu dipenuhi dengan aktiviti – aktiviti ibadah. Maka janganlah kita jadikan

masjid yang indah dan mahal ini hanya untuk berbangga atau sebagai pusat pelancongan sahaja, tetapiimarahkanlah masjid-masjid ini dengan aktiviti – aktiviti ibadat dengan sebaik-baiknya. Maka, ayuhlah kitamemastikan masjid kita diimarahkan mengikut maqasid pembinaanya yang utama.

Page 3: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 3/33

Hadirin warga dewan yang cendekia,

Beralih kepada bicara minda saya yang kedua : masjid pemangkin perkembangan ilmu. Sejak awalperkembangan Islam lagi, Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dandakwah. Masjid Nabawi ialah pusat ibadat, juga pusat pengajian Islam terunggul pada waktu itu. Pada zamankhalifah Ja’far al -Mansur pula, masjid Jami’ al -Mansur menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Bahkan, Universitial-Azhar sendiri berkembang daripada sebuah masjid. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah, ayat 11:

Maksudnya : Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu daripadakalangan kamu dengan beberapa darjat.

Namun kini kita dapati banyak masjid yang hanya didirikan solat berjamaah, tetapi tidak diimarahkan denganpengisian ilmu kepada ahli jamaah. Lebih menyedihkan ada masjid lengang seusai sahaja bulan Ramadan.Maka, seharusnya kita kembali menjadikan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruhmasyarakat kerana apabila masyarakat kita kaya dengan ilmu, keunggulan ummah akan jelas kelihatan.

Hadirin sidang kemasyarakatan;

Seterusnya beralih kepada mandala fikir saya yang ketiga; masjid sebagai sebagai pusat sosialmasyarakat. Masjid bukan tempat ibadat khusus semata-mata, bahkan sebagai pusat kegiatan masayarakat.

Aktiviti kemasyarakatan seperti walimatul urus, pusat kaunseling, tempat penginapan musafir dan lain-lainperlu diwujudkan di seluruh masjid. Jika diimbau sirah, masjid telah dijadikan pusat pentadbiran, syura danstrategi dakwah. Allah telah berfirman dalam surah al-Tawbah, ayat 18:

Maksudnya : Orang yang layak mengimarahkan (yakni menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakatserta tidak takut melainkan kepada Allah.

Masalah pandangan bahawa masjid hanya semata-mata sebagai tempat beribadat khusus dapatdikikis sekiranya semua masjid di negara ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti yang terdapat dimasjid Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Di masjid tersebut ditempatkan klinik, tadika, rumah musafir,pusat seni khat, dan pelbagai kemudahan untuk keperluan masyarakat setempat. Natijahnya, masjid inisentiasa menjadi pusat kegiatan sosial masyarakat sekitarnya. Jelaslah apabila masjid dijadikan sebagai pusatkegiatan sosial, masjid dapat membina masyarakat dan sosial yang unggul.

Sidang dewan sekalian,

Page 4: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 4/33

Seterusnya wacana minda saya yang keempat, “Masjid pemangkin penyatuan ummah’. Perpaduanialah elemen terpenting dalam menjana ummah gemilang. Pembinaan masjid Quba dan Masji d Nabawi diMadinah oleh Rasulullah membuktikan bahawa dengan wujudnya masjid, masyarakat akan dapat berkumpuldan bertanya khabar, menjadikan ukhuwah Islamiah dapat dijalinkan dengan lebih erat. Hal ini seterusnyamemangkin keunggulan ummah. Hal ini selari dengan perintah Allah seperti yang terkandung dalam surah AliImran, ayat 103:

Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan kamu bercerai berai...”

Malangnya kini ada pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat menyebarkan fitnah danmenimbulkan sengketa sesama umat. Jika hal ini berterussan sudah pasti keunggulan umat Islam akan pecah

berderai. Sewajarnya kita perlulah menghayati dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang mampumembina perpaduan sesama kita agar keunggulan umat terus terpelihar

Page 5: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 5/33

Page 6: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 6/33

pemurah yang berada dalam diri Thalhah membuatkan beliau mendermakan seluruh hartanya kepada fakir-fakir miskin tanpa meninggalkan sedikitpun hartanya. Sifat yang beginilah yang harus ada dalam diri setiapmanusia untuk menambahkan amal kebajikan kita didunia. Sabda Rasulullah S.A.W :

Yang bermaks ud: ‘ apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitusedekah jariah, ilmu yang dimafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.’

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,

Ketokohan sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang sentiasa ikhlas dan amanah. Fenomenapada hari ini menunjukkan bahawa perbuatan-perbuatan seperti pecah amanah, rasuah,fitnah dan lain-lainlagi,semakin membarah dalam jiwa umat Islam. Bagi mengurangkan perbuatan-perbuatan begini,umat Islampada masa kini harus mencontohi sifat Abu Ubaidah bin Jarrah yang merupakan seorang pemegang amanatumat dan Rasulullah. Rasulullah saw pernah bersabda:

maksudnya, "Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah AbuUbaidah bin Jarrah."

Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh Abu Ubaidah dari Rasulullah saw.

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka yang berani,hebat dan sanggupbejuang bermati-matian untuk islam antara yang hebat itu adalah Ikramah bin Abu Jahal.Kalau dahulu hidup

dan matinya melawan Islam, kini beliau berjuang habis-habisan mempertahankan kalimah tauhid Islam.Ketika peperangan Yarmuk, tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian marakehadapan dengan berani dan menyerang tentera Rom yang sedang menggila. Meskipun sedemikian,tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemilang walaupun Ikramah sendiri yang terkorban.

Lihatlah hadirin dan hadirat sekalian,ketokohan sahabat Rasulullah dapat melahirkan seorang pejuang yangberani yang benar-benar memperjuangkan Islam . Lantas dapat melahirkan manusia yang benar-benarbertaqwa. Firman Allah dalam surah Al- Imran ayat 102:

Page 7: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 7/33

“wahai orang -orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Ikhwanul muslimin rahimakumullah,

Ketokohan sahabat Rasulullah juga mampu melahirkan insan yang bertanggunjawab. Sifat sebegini perlu adadalam setiap diri umat Islam bagi mengukuhkan lagi perjuangan Islam pada masa kini.

Membuka lipatan sejarah, bagaimana Ja’far bin Abu Thalib yang bertanggungjawab sebagai orang keduauntuk membawa bendera Islam ketika memerangi tentera Romawi di Muktah. Selepas Zaid bin Haritsahgugur, digantikan pula dengan Ja’far. Ketika beliau sedang menyerang musuh, tentera musuh telahmengayunkan pedang ke tangan kanannya yang sedang memegang bendera, kemudian dialihnya pulabendera ke tangan kirinya. Pihak musuh juga berjaya mencederakan tangan kirinya dan akhirnya beliau telahditikam dan gugur syahid demi mengangkat maruah Islam. Demikianlah pengorbanan yang dilakukan olehpara sahabat dalam memperjuangkan Islam.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Konklusinya, ketokohan sahabat Rasulullah model insan bestari dapat dicapai dengan lima perkara:

1. Dermawan

2. Ihklas dan amanah

3. Berani

Page 8: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 8/33

4. Bertanggungjawab

Akhir kata saya melabuhkan tirai syarahan saya dengan renungan kata-kata Luqmanul Hakim kepada anak

yang disayanginya.

Dunia ini ibarat lautan,

Ramai yang karam didalamnya,

Belayarlah-belayarlah keimanan dan ketaqwaan,

Mudah-mudahan kamu sampai ke seberang.

Page 9: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 9/33

GENERASI BERILMU PEMANGKIN TRANSFORMASI NEGARA

Baru-baru ini anak saya Farah Izzati (Ting. 2 SMKAK) telah menyertai pertandingan syarahan sempena MajlisTilawah Al-Quran dan telah menjadi johon Zon 4 juga Daerah Kota Setar tetapi kecundang di peringkatNegeri Kedah Darul Aman. Namun bagi saya kekalahan tersebut merupakan satu titik permulaan bagi FarahIzzati untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Berikut saya kongsikan dengan rakan-rakan blog keselurhansyarahan yang telah disampaikan...(Maaf sebab ayat-ayat Al-Quran tidak dapat dimuatkan. ada masalahteknikal yang saya sendiri tidak dapat selesaikan)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalungan apresiasi buat saudara peneraju agenda, kombinasi kehakiman yang pintar laksana, saudarapenjaga masa yang setia, dif-dif jemputan, para guru pendidik berwawasan seterusnya teman-rakansegandingan.

Tirai syarahan pada hari ini saya singkap dengan seuntai mauduk bicara berjudul ”Generasi BerilmuPemangkin Transformasi Negara”.

Menurut seorang pendakwah kontemporari, Dr. Danial Zainal Abidin, generasi berilmu ditakrifkan sebagaikumpulan individu yang berpengetahuan. Pemangkin pula merupakan tonggak. Manakala transformasinegara membawa maksud bentuk perubahan dan halatuju sesebuah negara.

Maka dapatlah disimpulkan kumpulan individu yang berpengetahuan menjadi tonggak kepada perubahandan kejayaan sesebuah negara.

Hadirin yang dihormati, hadirat yang disayangi,

Wacana Fikrah Pertama; Generasi Berilmu Asas Pembentukan Jati Diri.

Generasi yang bertunjangkan ilmu sudah tentu mempunyai jati diri yang kental. Mereka memiliki statuskeistimewaan di sisi Allah dan sanjungan sesama insan. Jaminan ini dirakamkan melalui firman Allah S.W.T

dalam surah al-Mujadilah ayat 11 :

Maksudnya : Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang

Page 10: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 10/33

yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat dan keistimewaan”

Ayat di atas menunjukkan jatidiri atau integriti amat penting namun ia semakin terhakis terutama dalamkalangan remaja. Pelbagai masalah melibatkan remaja seperti rempit, ponteng sekolah dan seumpamanyasemakin membarah. Mereka mungkin mendapat pelajaran dan maklumat tetapi gagal memperolehi ilmuyang bermanafaat.

Lihat sahaja betapa kentalnya jati diri Rasulullah – meskipun berhadapan dengan pelbagai dugaan dalamberdakwah namun integritinya tidak pernah goyah!

Maka jelaslah, generasi berilmu mampu membentuk jati diri yang berketrampilan.

Wacana Fikrah Kedua: Generasi Berilmu Asas Pemantapan Iman.

Hanya dengan ilmu, iman seseorang dapat dimantapkan.

Firman Allah :

Yang bermaksud; “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telahberiman, sedang mereka tidak diuji?”(Surah al -Ankabut, ayat 2).

Ayat di atas menjelaskan bahawa kekuatan iman hanya dapat dibuktikan setelah diuji dengan pelbagaiperkara. Isteri Fir’aun; Asiah binti Muzahim contohnya, kekuatan iman dan ketinggian ilmunya diuji

sehingga dibunuh oleh suaminya sendiri. Namun Asiah menggadai imannya tidak sesekali!

Dewasa ini berapa ramai yang sanggup menjadi seperti Asiah? Malahan kita sering dikejutkan dengankelemahan iman umat Islam. Ingatkah sidang dewan dengan kes Ariff Alfian Rosli, yang mengahwini kaumsejenisnya sendiri?

Konklusinya, hanya ilmu menjadi asas kemantapan iman seseorang.

Hadirin hadirat pewaris dunia,

Wacana Fikrah Ketiga: Generasi Berilmu Teras Sahsiah Umat Penggerak Transformasi Negara

Generasi yang dipupuk dengan ilmu pengetahuan tinggi akan melahirkan generasi bersahsiah terpujisehingga berupaya menjadi penggerak transformasi negara. Ini amat bersesuaian dengan Firman Allah dalamsurah an-Nahl ayat 43 :

Maksudnya: ”Maka bertanyalah kepada orang -orang yang berilmu-pengetahuan jika kamu tidakmengetahui”.

Ayat di atas menjelaskan betapa masyarakat yang berilmu mampu berubah kepada kehidupan yang lebihbaik.

Page 11: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 11/33

Kita lihat betapa terpujinya sahsiah seorang wanita di zaman Khalifah Omar Al-Khatab yang tidakmencampurkan susu dengan air meskipun diperintah oleh ibunya berulang kali. Atau seperti Datuk Jamhuri(Harian Metro 16 Mac 2012) – menawarkan kerja, rumah dan kereta untuk membantu seorang manusia?

Maka jelaslah, bahawa generasi mempunyai ilmu teras sahsiah terpuji akan menjadi umat penggeraktransformasi negara.

Wacana Fikrah Keempat; Generasi Berilmu Melahirkan Masyarakat Berwawasan Dan Berdaya Saing

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat : 110

Yang bermaksud : “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yangma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman ke pada Allah”

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yg terbaik, berwawasan, berdaya saingdan mampu mendepani cabaran berteraskan keimanan kepada Allah.

Sebenarnya sifat berwawasan dan berdaya saing ini dapat dilihat pada Tokoh Ulama Terulung Al-Biruni yangmengorbankan tenaga, harta dan masa untuk mengkaji ilmu putaran bumi 600 tahun lebih dahulu daripadaGalileo dan 700 tahun sebelum Newton.

Hari ini….mampukah kita, orang Islam menjadi masyarakat yang berwawasan dan berdaya sain g, mendahuluibangsa-bangsa lain? Atau sekurang-kurangnya menjadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar seorang jutawan dandermawan terbilang?

Justeru, bangunlah wahai generasi berwawasan cekalkan hati pandang ke hadapan demi kepentingan negarakita.

Sidang dewan sekalian,

Wacana Fikrah Kelima : Generasi Berilmu Tonggak Perpaduan Ummah

Tanpa perpaduan dan keharmonian berteraskan ilmu dan kefahaman akan hancurlah negara.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 10

Maksudnya : ”Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah-

belah”

Page 12: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 12/33

Page 13: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 13/33

Mengimbau kembali kisah keluarga Yassir yang sanggup menanggung penderaan semata-matamempertahankan aqidah mereka. Malangnya pada hari ini kes murtad, ajaran sesat Ayah Pin dan BlackMetal umpamanya menghiasi media akibat daripada kerapuhan tunjang aqidah.

Oleh itu jelaslah di sini, generasi yang menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup sememangnyadapat membentuk ummah gemilang.

Para hadirin yang terhormat,

Akhir kalam dapatlah saya simpulkan bahawa :

Tamadun Islam berkembang dengan kehebatan ilmu sehingga mampu menyumbang kecemerlanganluarbiasa kerana 7 fikrah yang saya telah nyatakan tadi. Iaitu Generasi Berilmu Asas Pembentukan Jati Diri;Pemantapan Iman, Teras Sahsiah Umat Penggerak Transformasi Negara, Melahirkan MasyarakatBerwawasan Dan Berdaya Saing, Tonggak Perpaduan Ummah, Pemantapan Keupayaan Kepimpinan Dan

Menjadikan Al-Quran Dan Hadis Sebagai Panduan.

Buat ikhtitam kalam, mari hayati bersama pantun ini:

Tanda berguru menjaga santun,

Segak bersampin di teratak bitara;

Generasi berilmu paksi tamadun,

Teras pemangkin transformasi negara.

Page 14: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 14/33

Page 15: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 15/33

Berlakunya kelonggaran dan ketidakfahaman remaja terhadap isu akidah ini adalah akibat daripadakekosongan ilmu dan kelompangan keyakinan yang menyebabkan anutan terhadap agama menjadi tidakteguh dan kukuh.

Keteguhan dan kekukuhan akidah bersumberkan pemahaman yang jelas terhadap pencipta dan jugapemahaman yang nyata terhadap kaitan wahyu Allah dengan penciptaan-Nya sebagai contoh.

Al-Quran memberikan asas yang sangat jelas tentang faktor ghaibiyat yang terhubung dengan faktor yangnyata supaya keyakinan kita terhadap wujudnya Allah dan kaitannya dengan alam ini menjadi teguh.

Dalam surah Al-Alaq, Allah menyebutkan khalaqal insanamin alaq... membawa makna bahawa kejadianmanusia itu bermula daripada seketul darah beku.

Dalam surah Al-Mukminun pula, Allah menyatakan bahawa punca kejadian manusia adalah daripada sari patitanah. Apakah kaitannya sari pati tanah dengan pokok-pokok dan buah-buahan yang menyumbang terhadapkejadian air mani?

Ia adalah sesuatu yang saintifik. Apabila kromosom X dan kromosom Y bertemu, ia menghasilkan zigot. Iadisebut dalam bahasa al-Quran sebagai nutfah.

Apabila proses pembenihan itu subur menghasilkan susuk dan bentuk, Allah tiupkan roh ke dalam embriotersebut. Ia menghasilkan manusia dalam rahim yang mempunyai kekuatan. Roh walaupun tidak nampak,tetapi bagi yang hidup merasakan ia ada.

Al-Quran menyebutkan roh itu adalah milik Allah dan yang diketahui oleh manusia hanyalah sedikit sekali.Adanya roh (yang ghaib) menyebabkan akal berfikir, hati merasa dan daya melakukan amal. Tanpa roh,seluruh jasad dan potensi yang ada pada manusia akan kaku dan tidak boleh berbuat apa-apa.

Asas berfikir seperti ini boleh menanamkan landasan akidah yang teguh di kalangan remaja. Mengkaji bendadan fenomena tidak terputus dengan hakikat Penciptaan. Daripadanya lahir hikmah yang tinggi memahamiyang nyata dengan ghaib.

Pertimbangan saintifik tidak hanya dalam batas akal, uji kaji dan hasil tetapi merentasi terhadap hikmah disebalik kejadian dan manfaatnya kepada manusia.

Page 16: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 16/33

Kelemahan akidah remaja, kelonggaran pemahaman ilmu, kealpaan melakukan reflektif terhadap kekuatantamadun silam menyebabkan para remaja mudah terpengaruh dengan fahaman popular Barat yangmenyesatkan.

Apabila kekaguman terhadap Barat sifatnya melampaui, pemahaman secara ritual dan berkala terhadapIslam tidak boleh menyebabkan para remaja memiliki kekentalan akidah tauhid.

Keadaan seperti ini mendedahkan remaja kepada kerosakan akhlak, kemuflisan ilmu Islami dan akhirnyamudah terjebak kepada fahaman hedonisme (berpoya-poya), melupakan agama, terjebak dengan ajaransesat dan juga boleh menjadi murtad.

Ilmu dan amal

Oleh itu, amat penting para remaja Islam memahami agamanya secara ilmu dan amal. Kadangkala pararemaja memiliki kekuatan rohani yang tinggi, tetapi lemah dalam amal Islamnya. Islam sebagai sistemkepercayaan perlu diperlihatkan dengan kekuatan amal.

Keindahan Islam sejak dahulu zaman tamadunnya hingga kini terlihat daripada pekerti dan amal manusia. Iniyang menyebabkan orang lain tertarik dengan Islam bukan sahaja kerana kebenaran yang terdapat dalam al-Quran dan agama ini, tetapi keindahan peribadi pemeluknya memiliki daya tarik yang tinggi.

Cabaran yang mendatangi zaman ini memerlukan remaja untuk sentiasa mencari jalan mempertingkatkanilmu dan pemantapan iman di samping keupayaan diri untuk memenuhi keperluan semasa dan masahadapan.

Pelbagai pergolakan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat ada kalanya menguji tahap ketahanandiri. Tanpa asas serta pemahaman yang betul terhadap akidah tauhid, remaja boleh terjebak denganperkara-perkara yang bertentangan dengan syariat agama.

Justeru, para remaja harus bertitik tolak dengan pemahaman akidah yang mantap atas dokongan ilmu yangbenar dan akhirnya bakal mampu menjadi agen perubahan terhadap kebaikan dan kesejahteraan umatmanusia.

Menjadi pengagum kepada kemajuan Barat adalah tidak salah sekiranya remaja sendiri berusaha untukmenghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk umat Islam dan manusia.

Page 17: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 17/33

Page 18: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 18/33

PERJUANGAN SRIKANDI ISLAM TERAS PEMERKASAAN SAHSIAH

BIL PERKARA HURAIAN

1 ISI Srikandi Islam pembina generasi unggul

2 HURAIAN Peranan wanita sebagai srikandi Islam sesuatu generasi mampu membentuk sahsiahtidak dapat disangkal kerana pendidikan awal anak-anak adalah bermula dengan didikan wanita sebagai ibu.“melentur buluh hendaklah dari rebungnya”

3 NAS Surah al-furqan ayat 74:

74. Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kamisebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan

kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

4 CONTOH SAHABAT Contoh paling jelas dan nyata kita lihat pada kesungguhan bonda ImamSyafie r.a yang sanggup mengharungi sejuta kepayahan demi melahirkan seorang tokoh ilmuan yangterbilang

5 CONTOH SEMASA Sama juga seperti apa yang dilalui oleh seorang wanita yang pernahdinobatkan sebagai IBU MITHALI Pulau Pinang tahun 2006 Pn Gayah binti Osman yang mampu mendidik 10orang anak bersendirian hingga menjadi anak-anak yang berjaya dan bersahsiah terpuji

6 KESIMPULAN Jelas disini, peranan srikandi Islam dalam membina sebuah generasi yang unggulmemang mampu dilaksanakan

Page 19: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 19/33

Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup

Isi

1. Rezeki yang halal merupakan tuntutan agama.

-Mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama bagi menyempurnakan keperluan hidup.

-Hadis riwayat darip ada Ibnu Mas’ud:

Bermaksud, mencari yang halal adalah wajib ke atas setiap Muslim- riwayat Muslim.

-Para nabi dan rasul telah mempraktikkan dalam kehidupan mereka dengan melaksanakan kerja yang halaluntuk mencari rezeki seperti berniaga dan menternak binatang.

- Kerajaan telah melaksanakan logo halal bagi memastikan premis-premis perusahaan makanan halal danbersih.

- Jelaslah kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama.

2. Mencari rezeki yang halal adalah satu ibadah.

- Mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengankehendak syarak.

- Firman Allah dalam surah al- mukminun :51 bermaksud ‘makanlah rezeki yang halal dan lakukanlah amalsoleh’.

- Rasulullah saw sendiri bekerja sebagai peniaga yang berjaya.

- Wujudnya pelbagai peluang kerjaya yang halal sekarang seperti dalam bidang pertanian seperti ladangkelapa sawit.

-Ternyata mencari rezeki yang halal adalah suatu ibadah.

3. Mencari rezeki yang halal dapat mengeratkan silaturrahim.

- Hubungan silaturrahim sesama umat Islam di seluruh dunia dapat dipereratkan melalui muamalah Islam.

Page 20: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 20/33

- Firman Allah yang bermaksud,”dan bertolong -tolonglah kamu di atas perkara kebaikan dan janganlah kamubertolong-tolongan dalam perkara dosa da n permusuhan”.(surah___)

- Golongan Ansar member modal permulaan kepada golongan muhajirin sebagaimana berlaku kepada AbdRahman B Auf. Bahkan Rasulullah saw sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada Yahudi.

- Sistem muamalah yang berlaku di Malaysia seperti system perbankan Islam telah menjadi ikutan danpanduan dalam pelaksanaan sistem ekonomi semasa. Contohnya sistem gadaian Islam.

-Jelas menunjukkan bahawa Sistem muamalah Islam dapat mengeratkan perpaduan global.

4. Rezeki yang halal dapat menjana ekonomi umat Islam.

- Melalui aktiviti muamalah, sudah pasti akan menjana ekonomi umat Islam yang berada di setiap pelosokdunia.

- Hadis nabi yang bermaksud:’9/10 sumber rezeki ialah menerusi perniagaan’. (riwayat____)

-Malaysia yang terkenal dengan produk hub halal telah menjana ekonomi umat Islam di Malaysia.

- Jelaslah bahawa ekonomi umat Islam akan lebih kukuh menerusi perniagaan rezeki yang halal.

Kesimpulannya, pencarian rezeki yang halal akan menjamin keberkatan hidup manusia dunia dan akhirat.

Tajuk : Generasi Berilmu Penggerak Transformasi Negara

Isi 1: Generasi Berilmu Teras Sahsiah Umat Penggerak Transformasi Negara

Maju mundur sesebuah Negara bergantung kepada cara hidup penduduknya. Kalau elok sahsiahnya majulahNegara, tapi jika sebaliknya ……kita tahu natijahnya. Kewajipan menunaikan solat dan menuntut ilmu telahmerubah masyarakat yang jahil kepada masyarakat berilmu yang pakar dalam pelbagai bidang sehinggamampu membina tamadun islam yang gemilang.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 54 :

Maksudnya : wahai orang yang beriman, dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripadaperbuatan keji dan mungkar.

Page 21: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 21/33

Sejarah sudahpun membuktikan, keadaan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan islam adalah contohterbaik untuk kita ambil pengajaran. Kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan dan kegelapan. Setelahdatangnya nur islam yang menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah, menuntut ilmu dan melaksanakanibadat membawa satu perubahan yang besar.

Maka jelaslah generasi berilmu akan berakhlak mulia seterusnya menjadi penggerak dalam transformasiNegara

Isi 2 : Generasi Berilmu penggerak ekonomi madani.

Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknyaserta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saingdan produktiviti negara. ke arah melahirkan guna tenaga terlatih dan berdaya saing.

Firman allah dalam surah al- a’raf ayat 96 :

Maksudnya : dan (tuhan berfirman lagi): kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,

tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya,dari langit dan bumi

Mengambil contoh cara Rasulullah s.a.w menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah sehinggamendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Oleh itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah mengenal pasti pembangunanmodal insan sebagai salah satu teras utama dalam membawa transformasi negara kepada ekonomiberasaskan pengetahuan.

Jelaslah kepada kita bahawa generasi berilmu mampu menggerakkan ekonomi madani penjana tranformasiNegara.

Isi 3 : Generasi Berilmu perpaduan terpatri, penggerak transformasi

Page 22: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 22/33

Page 23: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 23/33

Mengambil kata-kata dua sarjana terkenal di Amerika Syarikat, Rick Smolan dan Jennifer Erwitt dalam buku“24 hours in Cyberspace” menganggap Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin politik yang paling bijaksanasecara teknikalnya di atas planet bumi ini.

Kita mahu melahirkan generasi baru berilmu yang sehebat Tun Dr Mahathir atau lebih daripada itu untukmemimpin dan menggerak transformasi Negara.

Contohnya, kita toleh sejarah palestin, iraq dan Afghanistan. Kehancuran yang berlaku di Negara inidisebabkan oleh hilangnya sifat persaudaraan dan rapuhnya perpaduan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275 :

Sabda Rasulullah s.aw :

Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara islam kerana perpaduan umat islam, persaudaraan muhajirin danansar, disatukan dibawah bumbung masjid Quba. Saling bertukar idea dan nasihat menasihati antara satusama lain. Maksudnya disini solat itu bukanlah taklif yang

Page 24: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 24/33

Generasi berilmu dan berkemahiran memberi sumber tenaga kerja berimpak besar dalam kemajuanekonomi. Mereka boleh berperanan menyumbang tenaga, kemahiran dan mampu menjana kegemilanganekonomi Negara. Membuka perniagaan halal yang berlandaskan prinsip jujur dan amanah. Penghayatanibadat tersebut dapat menghindarkan diri daripada sifat bakhil, hasad dengki dan khianat serta tidakmengamalkan riba dan rasuah.

Page 25: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 25/33

Page 26: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 26/33

Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya

Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak

Apabila kita berumur 7 tahun,

Ibu menghantar kita ke sekolah

Kita membalas budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun,

Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen,

membawa kita shopping,

menghantar kita ke rumah kawan dll

Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih,

setiap kali Ibu menghantar kita

Page 27: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 27/33

Apabila kita berumur 11 tahun,

Ibu membelikan kita sebiji bola sepak

Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin

tingkap rumah jiran kita

Semasa kita berumur 12 tahun,

Ibu menasihatkan kita supaya tidak

terlalu banyak menonton TV

Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV,

sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah

Apabila kita berumur 13 tahun,

Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan

Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE"

Page 28: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 28/33

Apabila kita berumur 16 tahun,

Ibu inginkan dakapan setelah penat

dan baru balik bekerja sehari suntuk

Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di

dalam bilik

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan,

Ibu menangis gembira

Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut

malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan

Apabila kita berumur 19 tahun

Ibu membelanjakan wang yang banyak

untuk menhantar kita ke universiti,

Page 29: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 29/33

mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita

Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm

takut malu dilihat kawan-kawan

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin-

kita ada boyfriend/girlfriend ke?

Kita membalas budi Ibu dengan berkata--- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita

Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam

ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan

tinggal dirumah sendiri- Ibu membelikan baju untuk kita memulakan

kerja baru

Page 30: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 30/33

Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu

tidak cantik kerana Ibu yang belikan

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga- Ibu menangis

gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita

Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat

tentang penjagaan bayi- anak kita

Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain

Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis

kenduri di kampung

Page 31: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 31/33

Kita membalas budi Ibu, dengan berkata- " saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan

dan kasih saying

Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan

membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan

terpaksa balik segera

Dan kemudian , pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah

kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat--- selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu--- dan

jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Page 32: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 32/33

Imam an-Nawawi pernah menceritakan bagaimana peran orangtua perempuan di belakang penguasaanImam Syafi‘i terhadap fiqh. Ibu Imam Syafi’i adalah seorang wanita berkecerdasan tinggi tapi miskin. Namunbisa dikatakan kesetiaannya berada di belakang sang anaklah yang menjadikan Imam Syafi’i menjadiilmuwan sejati hingga saat ini.

Di Mekkah, Imam Syafi ‘i dan ibunya tinggal di dekat Syi‘bu al -Khaif. Di sana, meski hidup tanpa suami, sangibu telah sukses menerjemahkan visi jangka panjang untuk membawa nama harum sang anak ke hadapanAllahuta’ala. Sekalipun hidup dalam sebatang kara, hal itu tidak menghalangi sang ibu untuk menempatkananaknya dalam kultur pendidikan agama yang terbaik di Mekkah.

Sang ibu sadar, ia tidak memiliki banyak uang, namun kecintaananya terhadap Allah dan buah hatinya, sangibu meluluhkan hati sang guru untuk rela mengajar Imam Syafi’i meski tanpa bayaran.

Sekalipun hidup dalam kemiskinan, kecintaan Imam Syafi’i tak sam a sekali membuatnya pantang menyerahdalam mencintai Islam dan menimba ilmu. Beliau sampai harus mengumpulkan pecahan tembikar, potongankulit, pelepah kurma, dan tulang unta semata-mata demi kecintaannya dalam menulis Islam. Sampai-sampaitempayan-tempayan milik ibunya penuh dengan tulang-tulang, pecahan tembikar, dan pelepah kurma yangtelah bertuliskan hadits-hadits Nabi.

Hingga pada usia sebelum beranjak ke 15 tahun, Imam Syafi’i menceritakan hasratnya kepada sang ibu yangsangat dikasihinya tentang sebuah keinginan seorang anak untuk menambah ilmu diluar Mekkah. Mulanyasang bunda menolak. Berat baginya melepaskan Syafi’i, dalam sebuah kondisi dimana beliau berharap kelakImam Syafi’i tetap berada bersamanya untuk menjaganya di hari tua.

Namun demi keta atan dan kecintaan Syafi’i kepada Ibundanya, maka mulanya beliau terpaksa membatalkankeinginannya itu. Meskipun demikian akhirnya sang ibunda mengizinkan Imam Syafi’i untuk memenuhihajatnya untuk menambah Ilmu Pengetahuan ke luar kota.

Sebelum melepaskan Syafi’i berangkat, ibunda Imam Syafi’i menjatuhkan doa ditengah rasa haru orangtuakandung memiliki anak yang telah jatuh hati pada ilmu,

“Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh,menuju keridhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut Ilmu Pengetahuan peninggalan Pesuruhmu.Oleh karena itu aku bermohon kepadaMu ya Allah permudahkanlah urusannya. PeliharakanlahkeselamatanNya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat sepulangnya nanti dengan dada yangpenuh dengan Ilmu Pengetahuan yang berguna, amin!”

Setelah usai berdo’a, sang ibu memeluk Syafi’i kecil dengan penuh kasih sayang bersama linangan air matamembanjiri jilbabnya. Ia sangat sedih betapa sang anak akan segera berpisah dengannya. Sambil mengelapair mata dari wajahnya, sang ibu berpesan,

“Pergilah anakku. Allah bersamamu. Insya -Allah engkau akan menjadi bintang Ilmu yang paling gemerlapandikemudian hari. Pergilah sekarang karena ibu telah ridha melepasmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan!” Subhanallah

Selepas mendengar doa itu, Imam Syafi’i mencium tangan sang ibu dan mengucapkan selamat tinggalkepada ibunya. Sambil meninggalkan wanita paling tegar dalam hidupnya itu, Imam Syafi’i melambaikan

Page 33: Azura - Syarahan Agama

8/12/2019 Azura - Syarahan Agama

http://slidepdf.com/reader/full/azura-syarahan-agama 33/33