27
Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia. Bismilahhiramannirahim… Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini. Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai. Assalamualikum W.B.H Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Jauh berlayar si pedagang Cina , Singgah di Melaka menjual sutera . Bahasa melayu bahasa perantara , Tonggak utama perpaduan negara

teks syarahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: teks syarahan

 Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.Bismilahhiramannirahim…

         Kalau tidak kerana bintang,

         Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

         Kalau tidak kerana pidato,

         Tak akan saya berada disini.

        Datang bahtera dari Medan ,

        Singgah sebentar di laluan Kerai,

        Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

        Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum  W.B.H      

       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi

bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa

yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi

serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

  

        Jauh berlayar si pedagang Cina ,

            Singgah di Melaka menjual sutera .

        Bahasa melayu bahasa perantara ,

            Tonggak utama perpaduan negara

Page 2: teks syarahan

Hadirin dan hadirat yang dihormati

            Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara

cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri

pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum

seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi

ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini

membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat

berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk

seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan

kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan

penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara

berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan,

soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk

membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha

membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan

jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai

tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk

menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari

ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa

Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika

kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan

indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan

tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi

sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara

masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila

kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang

menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa

perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke

Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan

biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa

tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan

tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita

pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah

Page 3: teks syarahan

perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah

jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa

perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,

          Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah

faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk

meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa

menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam

bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa

Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa

bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat ‘kecinaan’,

kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.

          “Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau

pengsan ah”

          “Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”

          Pelatlah dengan pengaruh bahasa

natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar

maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah

Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu

terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman

daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses ‘kemalaysiaan’

sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap

kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa

Page 4: teks syarahan

kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok

untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan

dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah

payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa

Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam

kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

          Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah

tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu

pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara,

saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800

buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri.

Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang

sangat penting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu

ibarat masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah

tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh

itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam

pengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat

merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di

kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak

mahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada

pendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila

bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah

jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah

tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar

baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program

Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI)

dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak

perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya

pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya

kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Page 5: teks syarahan

Hadirin yang dirahmati,

          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin

mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang

memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang

kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah

anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh

itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita

kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

PERPADUAN PEMANGKIN WAWASAN NEGARA

Dicatat oleh Faizul Idham di 12:55 PG

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera... Nie teks pidato sya time anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu kat Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia pada 3/6/2011... KALO NAK COPY, JANGAN TIRU 100% YE...

Bissmillahirahmanirahim..  Hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji-panji keadilan, barisan penjaga masa yang setia dengan masanya untuk melihat detik-detik berharga, dif-dif kehormat yang disanjungi serta para hadirin pencetus arus kegemilangan Negara yang dikasihi, dekat dihati.Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Yellorukum Vanakkam, Ni Hao Ma, dan dalam bahasa kadazandusun, Kopisanangan Kumaa Toinsanan, dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan masa. Apa khabar, penutur Bahasa Melayu tercinta?Andai patah sayap rajawali, bertongkat juga saya kemari bukan untuk menjual pantun, tetapi semata-mata ingin membawa diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami dan mendalami maudhuq bicara yang bertajuk, “Perpaduan Pemangkin Wawasan Negara”.Hadirin Warga Berintegriti Yang Dikasihi,Maudhuq bicara hari ini sungguh indah. Oleh itu, marilah kita telusuri dan hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu, adalah lebih baik jika pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda, agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Perpaduan berasal daripada kata akar 'padu', yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh.

Page 6: teks syarahan

Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia yang memiliki pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi sebuah bangsa yang kuat.Dalam konsep 1 malaysia telah ditekankan oleh perdana menteri kita mengenai perpaduan yang merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam mencapai wawasan negara iaitu wawasan 2020. Kita semua sudah sedia maklum bahawa gagasan yang telah diperkenalkan itu adalah untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum yang kian pudar ditelan waktu. Dengan itu, saya bawakan kepada sidang hadirin sekalian, 3 teras perpaduan yang utama dengan nilai-nilai murni yang sangat penting dalam membina ketamadunan bangsa.Pertama, Prinsip Penerimaan yang seharusnya ada dalam diri kita. Kedua, Prinsip Kenegaraan yang seharusnya kita semaikan dalam diri masing-masing. Dan yang ketiga, Prinsip Keadilan Sosial semestinya ada dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

Tuan-tuan Dan Puan-puan Sekalian,Perpaduan pemangkin wawasan negara!!Berpaksikan cetusan minda yang pertama: Prinsip penerimaan; walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan atau agama dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai satu masyarakat yang harmoni. Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Setiap kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza.Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan negara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum.Pastinya Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya, peristiwa yang telah mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia itu wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.  Jadi, sudah terang lagikan bersuluh, keamanan sesuatu negara tidak akan terjamin jika perpaduan diketepikan.Hadirin Dan Hadirat Sekalian,Perpaduan asas wawasan 2020!!

Page 7: teks syarahan

Meniti isi lembayung saya yang kedua; Prinsip Kenegaraan memupuk semangat nasionalisme. Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semangat nasionalisme mereka sudah semakin rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini dengan soalan “apa itu semangan nasionalisme?”.... Sayang, hanya beberapa orang sahaja yang dapat memberi jawapan. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1 Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.Lima Prinsip Rukun NegaraHarus Menjadi Cara Hidup KitaBukan Sekadar Ikrar SahajaSekali Sekala Dibaca SemataLima Prinsip Rukun NegaraTelah Menjadi Teras PerpaduanMembentuk Satu NegaraTanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Itulah bait-bait lagu 5 prinsip rukun negara yang seringkali berkumandang di corong-corong radio dan telivision. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam setiap insan juga merupakan jalan yang terbaik bagi kita untuk menyatu-padukan setiap kaum yang ada di malaysia. Malahan, perpaduan dalam prinsip rukun negara adalah yang pertama iaitu “Bahawasanya Negara Kita Malaysiamendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya”. Pada hari ini, apabila pertanyaan yang berbunyi “apakah itu rukun negara?’ diajukan kepada golongan muda (dan bahkan sebilangan orang dewasa), maka mereka akan segera menjawab bahawa rukun negara ada lima perkara.Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima teras seperti yang dinyanyikan itu atau seperti yang ditunjukkan dalam kaca TV saban hari. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hadirin Sidang Saksi Yang Dimuliakan,Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang ketiga. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Dalam konteks ini, semua golongan rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

Page 8: teks syarahan

Ibn Khaldun telah menekankan kepada kita bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah negara. Apabila tiadanya keadilan, maka jatuh dan hancurlah sesuatu negara itu.Apa yang lebih menyedihkan, jika diamati negara kita pada hari ini, kadar pengamal rasuah semakin meningkat. Ketidakadilan kadang kala mengisi ruangan dada akhbar. Ilmu tidak lagi diangkat, malah ketidakadilan sudah mula mendapat tempat. Ingatlah, kejatuhan negara Eropah Timur dan Presiden Romania suatu ketika dulu misalnya, berpunca daripada rasuah kerana pentadbiran negara itu mengaut keuntungan peribadi.Hadirin Sekalian,Laungan merdeka suatu ketika dulu merupakan hasil usaha permuafakatan antara kaum di negara kita. Persoalannya, mengapakah begitu pentingnya perpaduan kaum kepada sesebuah negara?Tanyalah Mahatma Ghandi ketika beliau berkelana mencari kehidupan di Afrika Selatan dan menakhoda rakyat India menuntut kemerdekaan daripada Inggeris, tanyalah Sun Yat Sen ketika beliau menghimpunkan kekuatan untuk mempelopori kebangkitan rakyat di negeri China; kesemua mereka akan bersetuju tentang betapa pentingnya perpaduan.Jika boleh dibangkitkan kembali Hitler, Churchill dan L.B Johnson, dipanggil mengadap Akihito, ‘anak tuhan matahari’ yang memerintah Jepun, pencorak budaya Aztek dan Hamurabbi, pembina tamadun Babylon serta bertanya kepada mereka, ‘pentingkah perpaduan?’ Nescaya mereka akan menangis dan menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan diri mereka dan bangsa manusia melanggari batas.Sedarilah, jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun bangsa itu adalah ditunjangi oleh semangat perpaduan yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kita haruslah bersyukur, kerana disaat negara lain diancam dengan rencaman isu keganasan, negara kita tetap gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni. Hal ini adalah kerana, segenap lapisan masyarakat telah menjadikan amalan hidup bersatu padu sebagai perencah kepada kemakmuran Malaysia. Keakraban dan permuafakatan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum telah melahirkan satu identiti negara yang dikagumi di peringkat global.Hadirin Dan Hadirat Sekalian,Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan bagi mengurangkan dan membasmi kemiskinan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dasar Perpaduan Nasional telahpun djalankan untuk memupuk perpaduan antara kaum bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telahpun diperkenalkan bagi mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Persoalannya, bolehkah dasar-dasar kerajaan ini mengecapi kejayaan jika perpaduan tidak didahulukan? (anda jawab..)Sidang Hadirin Yang Dikasihi Sekalian,Secara konklusinya, berdasarkan cetusan minda yang telah dicanang-canangkan oleh saya sebentar tadi jelaslah disini bahawa perpaduan adalah teras utama dalam membentuk sebuah negara yang harmoni sekaligus untuk merealisasikan matlamat negara. keamanan dan kemakmuran

Page 9: teks syarahan

sesebuah negara bergantung kepada perpaduan antara kaum itu sendiri. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi Wawasan 2020.Tuan-Tuan Dan Puan-Puan, Para Pemuda Harapan Bangsa Sekalian,Sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat, yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Gunung sama didaki lurah sama dituruni, semoga… kesedaran kita hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni pada masa akan datang selaras dengan matlamat negara dalam mencapai wawasan 2020. Semaikanlah satu cita, satu impian, satu perpaduan, Satu Malaysia! Hidup Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Sekian, Wabilah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi ta`ala wabarakatuh. Terima kasih.

Berikut adalah teks syarahan pemenang pertandingan syarahan Bahasa Malaysia sekolah saya.

Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya

Page 10: teks syarahan

menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil.

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang bermaruah dan berdikari.

Saudara-saudari yang dihormati,Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.

Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah

Page 11: teks syarahan

melanda negara ini agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat akibat peristiwa pahit itu.

Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini.

Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan cinta akan negara.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”

Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu, kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.

Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.

Page 12: teks syarahan

Tasik Chini dipenuhi bunga,

Ada cerita terdapat naga;

Negara diancam huru-hara,

Perpaduan dengan Rukun Negara.

Sungai Pahang berjela-jela,

Naik rakit merentas desa;

Demi rakyat negara tercinta,

Perpaduan tonggak 1 Malaysia.

Pidato "Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum"

Posted by Faizul Idham 9:50 PG, under | 3 comments

Bissmillahirahmanirahim..  Hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.

Page 13: teks syarahan

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji-panji keadilan, barisan penjaga masa yang setia dengan masanya untuk melihat detik-detik berharga, dif-dif kehormat yang disanjungi serta para hadirin pencetus arus kegemilangan Negara yang dikasihi, dekat dihati.Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan masa. Apa khabar, penutur bahasa melayu tercinta?Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari bukan untuk menjual pantun, tetapi semata-mata ingin membawa diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami dan mendalami maudhuk bicara yang bertajuk, “Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum”.

Masih terngiang di telinga kita petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 yang berbunyi:

“1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”.

Hadirin sidang saksi warga berintegriti,

Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.

Maudhuq bicara hari ini sungguh indah. Oleh itu, marilah bersama kita telusuri dan hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu, adalah lebih baik jika pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda, agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tarikh 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu, beliau telah memperkenalkan satu konsep gagasan yang baru iaitu gagasan satu malaysia. Menurut epistimologi kamus dewan, gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa ”rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” menjadi wadah utama dalam memacu pentadbiran negara dan perpaduan kaum. 

Pembentukan gagasan ini bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum yang semakin pudar. Dengan itu, saya cerakinkan kepada 3 teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial utama yang terdapat dalam gagasan 1 malaysia buat tatapan minda kita semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Page 14: teks syarahan

Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan membawa maksud walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan atau agama dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai satu masyarakat yang harmoni. Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Pastinya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian mengetahui. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Jadi, sudah terang lagikan bersuluh, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah perpaduan kaum yang pernah terumbang-ambing di Negara kita suatu ketika dahulu.

Hadirin yang dihormati,Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.Meniti isi lembayung saya yang kedua iaitu Prinsip Kenegaraan memupuk semangat nasionalisme. Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semangat nasionalisme mereka sudah semakin rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini hanya beberapa orang sahaja yang dapat memberi jawapan, apa itu semangat nasionalisme? (anda jawab) Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1 Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum  lebih utuh.Tidak dapat dinafikan lagi, Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Bak kata pepatah “ sikit-sikit lama jadi bukit”.Sidang pendengar yang setia,

Page 15: teks syarahan

Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukanHadirin sekalian,Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-canangkan oleh saya sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial, jelaslah disini bahawa konsep 1 Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum.Tuan-tuan dan puan-puan, pada pemuda harapan bangsa sekalian, marilah kita bersama-sama merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.Wahai warga Malaysia sekalian, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat, yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Gunung sama didaki lurah sama dituruni, semoga… kesedaran kita hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Semaikanlah satu cita, satu impian, satu perpaduan, SATU MALAYSIA! Hidup Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Sekian, Wabilah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi ta`ala wabarakatuh. Terima kasih.

MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARASekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-

Page 16: teks syarahan

detiknya, dan salam penuh ukuwah buat warga dewan sekelian. ASSALAMUALAIKUM…PERDANA MENTERI MALAYSIA pernah berkata, kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi. Dan cara inilah sahaja kita dapat menjadikan bangsa kita ada keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dan sama-sama bina Negara maju.Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa modal insan satu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan Negara, pertumbuhan ekonomi, transformasi budaya dan peningkatan tamadun Negara.

Datang hamba, datang bermakna,Berdiri hamba, penuh bergaya,Bukan untuk membuang masa,Berkongsi ilmu itulah tujuannya. 

Bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang kukuh , hayatilah

MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA

Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan .Merujuk Kamus  Dewan Edisi ke-3

MODAL: wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk              berniagaINSAN: manusiaPEMACU: perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan yang lainPEMBANGUNAN: perihal membangun, usaha atau kegiatan membangunNEGARA: suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang diperintah oleh sebuah kerajaan .

Page 17: teks syarahan

Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah modal insan merupakan suatu harta yang dimiliki oleh manusia untuk mempertingkatkan nilai diri, manakala pemacu pembangunan Negara adalah  alat untuk mencapai kemajuan

Jelaslah bahawa modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan Negara. Rmk-9 telah meletakkan beberapa fasal yang harus direalisasikan alam tempoh 2005-2010. Antara cabarannya ialah memperkasakan modal insane. Fasal ke-2 bab yang ke 11, menyatakan pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada tahun 2020.Bagaimana untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?Pragmatic saya yang pertama ialahPEMBANTUKAN KEPERIBADIANModal insan tidak akan menjadi kenyataan jika peribadi seseorang itu tidak utuh. Kemunculan Negara industri pada tahun 2020 perlu diiringi dengan kemunculan masyarakat yang memiliki keperibadian tinggi selaras dengan keperluan Negara industri iaitu memiliki keyakinan diri, mampu bersaing,  dinamis dan mempunyai sifat-sifat untuk mengejar kejayaan.Cabaran wawasan 2020 yang ke-2  ialahMewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan  maju  dengan  keyakinan terhadap diri sendiri,  bangga  dengan  apa  yang  dicapai  serta  gagah    menghadapi pelbagai masalah.  Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai  kecemerlangan,  sedar  semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, pendidikan anak-anak dalam Islam, menyatakan, proses membentuk peribadi, ibubapa perlu menekankan beberapa perkara seperti pendidikan keimanan,moral, jasmani, dan nilai-nilai murni.ciri-ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya merupakan antara factor pembentukan keperibadian.

Page 18: teks syarahan

Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara. Pragmatik yang keduaModal dapat dibentuk melalui ilmu pengetahuan

ilmu pengtahuan melahirkan manusia yang unggul dan seimbang serta harmonis dalam pelbagai aspek. Bajet 2007 memberi peruntukan besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, daripada peruntukan RM33.4 bilion RM12.9 billion dikhususkan kementerian pelajaran, manakala pengajian tinggi (RM10.4 bilion) dan selebihnya untuk program latihan.

 Jika ilmu pengetahuan sudah mantap, sudah pasti ekonomi Negara akan

mampan. Antara teras RMK-9 ialah Meningkatkan keupayaan pengetahuan

dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Tun Dr. Mahathir mohd pernah menyatakan bahawa, Malaysia harus maju, bukan hanya dari dimensi ekonomi, malah hendaklah menjadi satu bangsa yang sepenuhnya maju dalam dimensi  dalam erti keadilan sosial, kestabilan poltik, sistem pemerintahan, mutu hidup, kebanggaan nasional  dan keyakinan diri.

Jelaslah ilmu pengetahuan dapat memantapkan ekonomi, sosial, dan politik seterusnya memacu pembangunan Negara selaras dengan Wawasan 2020.Pragmatic yang ke-3

Pembetukan modal insan yang berkemahiran tinggi.

Kemahiran amat penting dalam proses memajukan Negara. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis amat membantu memacu pembangunan Negara kepada yang lebih efiyen.

Page 19: teks syarahan

Pengetahuan luas dalam pelbagai bahasa membolehkan individu mengetahui lebih banyak ilmu pengetahuan.A.S. Horby dan E.C. Parnwell dalam The progressive English Dictionary mendifinisikan bahasa ialah perkataan atau pertuturan yang diterima dan difahami oleh satu bangsa atau Negara.bahasa juga berfungsi sebagai alat penyebaran dan pengabadian ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.Selain itu, bahasa juga adalah medium diplomasi dan perantaraan untuk manusia.Tanpa bahasa, individu tidak akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan pemupukan minda kelas pertama tidak akan wujud sama sekali.

Mantan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa, kekreatifan merupakan kekuatan yang mutlak. jika kita menggunakannya dengan baik, kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar, dan jika kita sentiasa sanggup memperbetulkan kesilapan kita, kelemahan dalam menuju matlamat pasti tiada.

Kemahiran komunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dapat membina individu

yang memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan yang mampu

memacu pembangunan Negara

Pragmatic saya yang ke-4Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.

Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset  yang penting kepada Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif dalam dimensi pembangunan Negara.Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan tamadun manusia yang komprehensif,dan  inovatif.Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat  yang  sepenuhnya bermoral  dan beretika tinggi,  yang mana warganegaranya kukuh dalam  nilai agama, dan  kejiwaan  dan   didorong  oleh tahap etika  paling tinggi.

Page 20: teks syarahan

Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan kepada proses pembangunan Negara.

Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan  antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara.

Pragmatic saya yang ke-5 

Modal insan yang memiliki bakat kepimpinan

 

Bakat memimpin adalah kelayakan mejadi seorang pemimpin dari segi

mental yang baik dan moral yang unggul. Kerana semua agama

mengutamakan nilai-nilai ini sebagai pemimpin termasuk islam .  pemimpim

yang baik adalah seorang yang positif, dan boleh menerima kritikan selain

mempunyai idea yang bernas.

Imam Ghazali menggariskan beberapa ciri pemimpin, antaranya ialah mempunyai intelek yang tajam, berpengetahuan dan berfungsi, mempunyai keberanian, sayang kepada rakyat, berpandangan jauh serta benar-benar berazam. Pandangan Imam Ghazali ini juga tidak bercanggah dengan pandangan sarjana bukan islam seperti Plato dan Confucius.

Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan progresif.Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : sesungguhnya jawatan itu adalah kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan penuh tanggungjawabHadis ini membuktikan pemimpin yang adil merupakan tunjang dalam sesebuah Negara, tanpanya Negara tersebut pasti  kucar-kacir dan tidak membangun. Nampaklah kita bahawa tugas pemimpin itu bukan mudah, malah amat berat sekali.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana memiliki pemimpin yang berkaliber dan sedang berusaha untuk memajukan Negara. Modal

Page 21: teks syarahan

insan tidak akan sempurna andai nilai kepimpinan tiada dalam diri individu. Jelaslah modal insan pemacu pembangunan Negara.Pragmatic saya yang ke-6Modal insan yang memiliki daya saing dan azam yang jitu Keazaman untuk menjadi sebuah negara yang teguh, maju dan bersatu kekal utuh walaupun terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sehubungan ini, dasar dan rangka kerja pelaksanaan baru – Misi Nasional – telah disediakan untuk menggaris pendekatan yang akan dilaksana bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun yang akan datang.Misi  Nasional ialah rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020. Rangka kerja ini disediakan atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan acuan dan kemampuan sendiri,

Rasulullah pernah bersabda, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai ALLAH berbanding mukmin yang lemahMalaysia melaksanakan dasar dan program yang meningkatkan keupayaan bersaing di peringkat global; mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum; melalui penyertaan oleh semua pihak dalam proses pertumbuhan yang produktif dan berdaya saing.

Memiliki modal insan yang mempunyai semangat untuk bersaing dan mempunyai azam yang jitu pasti akan membawa Malaysia kepada kemajuan yang lebih pesat dan mampan.KESIMPULANNYA

1)  Dengan segala hujah saya yang kukuh, saya dapat merumuskan bahawa Dengan berpandukan keperibadian yang unggul, maka modal insane  mampu dilahirkan dan pasti wujud masyarakat yang bersdia untuk     mentadbir     Negara.

Page 22: teks syarahan

2)  Ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan segala cabangnya, pasti akan membawa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan Negara yang lain.3)   Kemhiran berkomunikasi dan berfikir perlu dipertingkatkan supaya Malaysia akan mencapai Negara maju pada tahun 2020.

4)    Akhlak yang unggul sebagai asset kepada Negara dalam pembangunan modal insane.5)    Kepimpinan yang baik akan memastikan proses pembangunan Negara

berjalan lancar.

6)     Nilai murni seperti daya saing dan azam yang jitu akan memantapkan lagi

pembangunan Negara.

Jelaslah bahawa modal insane amat member kesan yang mendalam dalam proses pembangunan Negara.Saya akhiri pidato saya pada hari yang mulia ini dengan serangkap  pantun, Loceng disana sudah berbunyi,Menjadi tanda suruh berhenti,Salah dan silap harap dimaafi,Semoga kita berjumpa lagi. Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum