22
Berbakti kepada ibu bapa Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL- BAKRI DINYATAKAN di sini dalam ruangan tafsir berkenaan dengan kelebihan serta tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa dengan melakukan ihsan. Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (al-Isra': 23) Ihsan yang dimaksudkan adalah penghormatan dan pengagungan yang berkaitan dengan peribadi. Sedang bila yang dimaksudkan dengan memberi manfaat material, maka kalimah yang digunakan adalah li, dan demikian dengan ayat ini lebih menekankan kebaktian pada penghormatan dan pengagungan peribadi kepada kedua-dua orang tua. Walaupun berbeza, namun pada akhirnya mesti difahami ihsan kepada orang tua yang diperintahkan agama Islam adalah bersikap sopan kepada kedua-duanya dalam ucapan dan perbuatan sesuai dengan adat kebiasaan masyarakat. Sehingga mereka merasa senang terhadap kita serta mencukupi keperluan-keperluan mereka yang sah dan wajar sesuai dengan kemampuan kita sebagai anak. Rujuklah kembali tafsiran al-Quran di dalam surah al- Nisa' pada ayat 34 yang bermaksud untuk memperoleh informasi yang lain tentang batas-batas bakti kepada orang tua. Pernah suatu ketika, Abdullah bin Amr mengisahkan yang bermaksud: "Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, lalu ia meminta kebenaran daripadanya untuk berjihad. Maka Baginda bertanya kepadanya: Adakah ibu bapa engkau masih

Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Berbakti kepada ibu bapaOleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL- BAKRI

DINYATAKAN di sini dalam ruangan tafsir berkenaan dengan kelebihan serta tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa dengan melakukan ihsan.

Allah SWT memerintahkan kepada kita untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa seperti yang dinaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. (al-Isra': 23)

Ihsan yang dimaksudkan adalah penghormatan dan pengagungan yang berkaitan dengan peribadi.

Sedang bila yang dimaksudkan dengan memberi manfaat material, maka kalimah yang digunakan adalah li, dan demikian dengan ayat ini lebih menekankan kebaktian pada penghormatan dan pengagungan peribadi kepada kedua-dua orang tua.

Walaupun berbeza, namun pada akhirnya mesti difahami ihsan kepada orang tua yang diperintahkan agama Islam adalah bersikap sopan kepada kedua-duanya dalam ucapan dan perbuatan sesuai dengan adat kebiasaan masyarakat. Sehingga mereka merasa senang terhadap kita serta mencukupi keperluan-keperluan mereka yang sah dan wajar sesuai dengan kemampuan kita sebagai anak.

Rujuklah kembali tafsiran al-Quran di dalam surah al-Nisa' pada ayat 34 yang bermaksud untuk memperoleh informasi yang lain tentang batas-batas bakti kepada orang tua.

Pernah suatu ketika, Abdullah bin Amr mengisahkan yang bermaksud: "Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, lalu ia meminta kebenaran daripadanya untuk berjihad. Maka Baginda bertanya kepadanya: Adakah ibu bapa engkau masih hidup? Dia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Maka hendaklah berbakti pada keduanya dikira engkau berjihad." (riwayat al-Bukahri (3004) dan Muslim (6668))

Antaranya pengajaran yang boleh di ambil berdasarkan nas dan hadis di atas adalah:

l Kelebihan jihad dan berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa lebih baik daripada jihad.

Page 2: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

l Sayid Qutub berkata: "Hubungan pertama selepas hubungan akidah ialah hubungan keluarga. Oleh kerana itu, penjelasan ayat ini menghubungkan kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa dengan kewajipan menyembah Allah untuk menerangkan betapa tingginya nilai berbuat baik kepada ibu bapa itu di sisi Allah SWT."

Antara cara dan adab berinteraksi dengan ibu bapa telah dinaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud: Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Isra': 23-24)

Sayid Qutub berkata: "Fitrah semula jadi yang mendorong kedua-dua ibu bapa berusaha membela anak-anak mereka dan membuat mereka sanggup berkorban apa sahaja walaupun diri mereka sendiri."

Jika tunas tumbuhan yang hijau menyedut segala makanan yang terdapat pada biji benih hingga akhirnya menjadi hancur.

Jika anak ayam dalam telur itu menyedut segala makanan yang terdapat dalam telur hingga akhirnya tinggal kulit, maka begitulah juga anak-anak manusia menyedut segala madu, kesihatan, daya usaha dan perhatian ibu bapa mereka hingga akhirnya mereka meningkat usia emas jika kedua-duanya dipanjangkan umur, namun begitu kedua-duanya tetap merasa bahagia dan senang hati.

Justeru, para ibu bapa tidak perlu berpesan supaya anak-anaknya menjaga dan membela anak-anak mereka, malah anak-anaklah yang perlu dibangkitkan kesedaran mereka dengan bersungguh-sungguh supaya mereka mengingatkan kewajipan mereka terhadap ibu bapa yang telah memberi seluruh madu kepada mereka hingga tua.

Di sinilah diterangkan perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa dalam bentuk keputusan daripada Allah SWT yang mendokong pengertian perintah yang wajib setelah menerangkan perintah yang wajib supaya menyembah Allah.

Al-Hafiz al-Bazzar dengan sanadnya daripada Buraidah daripada bapanya berkata: "Ada seorang lelaki sedang bertawaf sambil mengendongkan ibunya, lalu dia bertanya kepada Nabi SAW: Adakah hamba telah menunaikan

Page 3: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

haknya (hak ibunya)? Baginda menjawab: Tidak! Tidak dengan hanya sekali pandang sahaja."

Dengan menekuni sejarah salafussoleh, jelas menujukkan kepada kita bahawa terlalu banyak mereka yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapa. Antara contoh yang hebat yang berlaku kepada Usamah bin Zaid. Begitu juga kisah Saad Bin Abi Waqas dengan ibunya.

Sebenarnya, berbakti kepada kedua-dua ibu bapa tidak hanya dibataskan dengan hanya sambutan untuk Hari Ibu dan Hari Bapa sahaja. Akan tetapi sewajarnya ia dilangsungkan sepanjang masa keranA ibu bapalah menjadi penyebab kelahiran kita dan hidupnya kita dengan seadanya ini. Marilah sama-sama kita berbakti kepada kedua ibu bapa dengan bersungguh-sungguh.

Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang,

yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar

kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat

baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:

 

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan

janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua;

dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.

[al-Nisa’ 4:36][1]

 

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah

diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu

janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan

Page 4: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-

An’aam 6:151]

 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak

menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan

hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’

17:23]

 

 

Jika kita mengkaji ketiga-tiga ayat di atas, akan ditemui bahawa

ia memiliki tiga kesamaan:

 

Pertama:

 

Ayat-ayat di atas kesemuanya menghubungkan perintah

berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan

Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dalam susunan kata yang lain,

setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya,

yakni dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya

sahaja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada

kedua ibubapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa

besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk

berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan dan

tuntutan ini adalah “biasa-biasa” sahaja, nescaya Allah tidak

akan meletakkannya di tangga kedua selepas perintah

mentauhidkan-Nya.

 

Page 5: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Perlu difahami bahawa mentauhidkan Allah Subhanahu wa

Ta'ala tidak semata-mata dengan berkata “Tidak ada tuhan

melainkan Allah”. Apa yang tersemat di hati dan terukir di lisan

perlu dibuktikan kemantapan dan kemurniannya dengan

perbuatan, yakni amal ibadah. Seterusnya amal ibadah itu

terbahagi kepada dua jenis:

1. Ibadah yang bersifat “menegak (vertical)”, iaitu yang

melibatkan hubungan antara kita dengan AllahSubhanahu

wa Ta'ala. Ini adalah ibadah-ibadah yang masa, tempat

dan caranya telah ditentukan secara terperinci oleh Allah

dan Rasul-Nya. Wudhu’, solat, puasa, haji dan zikir

termasuk dalam kategori ini.

2. Ibadah yang bersifat “mendatar (horizontal)”, iaitu yang

melibatkan hubungan antara kita dengan sesama

makhluk. Ini adalah ibadah-ibadah yang telah ditentukan

secara umum manakala perincian pengamalannya

diserahkan kepada manusia, selari dengan suasana

masing-masing. Berbuat baik kepada ibubapa, jiran,

sesama manusia, haiwan dan alam sekitar termasuk

dalam kategori ini. Pada waktu yang sama tidak berjumpa

dengan bomoh, tidak berdoa kepada sesama makhluk

dan tidak mempercayai kekuasaan tertentu pada kejadian

tertentu juga termasuk dalam kategori ini.

Berbuat baik kepada ibubapa termasuk salah satu bentuk

pembuktian akan kemantapan dan kemurnian tauhid kita

kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tidak sempurna tauhid

Page 6: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

seseorang yang hanya bersolat dan berpuasa akan tetapi dia

tidak mengendahkan hal ehwal ibubapanya. Demikian juga,

tidak sempurna tauhid seseorang jika dia hanya memerhatikan

ibubapanya sehingga melalaikan kewajipan solat, puasa dan

sebagainya. Ketauhidan seseorang hanya akan mencapai

tahap kesempurnaan jika dia memerhatikan dengan adil ibadah

yang bersifat menegak dan mendatar.

 

Demi kefahaman yang lebih baik, marilah kita ikuti penjelasan

Muhammad Quraish Syihab:

 

Ibadah, sebagaimana dikemukakan ketika mentafsir

(surah) al-Fatihah, bukan hanya sekadar ketaatan dan

ketundukan tetapi adalah suatu bentuk ketundukan dan

ketaatan yang mencapai puncaknya kerana ada rasa

keagungan dalam jiwa seseorang terhadap siapa yang

kepadanya dia mengabdi, serta sebagai dampak (hasil)

dari keyakinan bahawa pengabdian itu tertuju kepada

yang memiliki kekuasaan yang erti hakikatnya tidak

terjangkau. Begitu lebih kurang tulis Syekh Muhammad

Abduh.

Perintah beribadah dalam ayat ini (al-Nisa 4:36) bukan

saja ibadah ritual atau yang dikenali dengan Ibadah

Mahdhah,yakni ibadah yang cara, kadar dan waktunya

ditetapkan oleh Allah atau Rasul seperti shalat, zakat,

puasa dan haji, tetapi mencakup segala macam aktivitas

yang hendaknya dilakukan demi kerana Allah Subhanahu

Page 7: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

wa Ta'ala. Ibadah yang dimaksudkan adalah perwujudan

dari perintah-Nya:

 

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,

hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang

memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [al-An’aam

6:162].

 

Sementara ulama memahami perintah ibadah dalam ayat

ini dalam arti “tauhid praktis”, dimana amal-amal kebajikan

merupakan buah dari keyakinan kalbu atas keesaan

Allah Subhanahu wa Ta'ala.[2]

 

 

Sebelum beralih ke penjelasan seterusnya, ingin diterangkan

bahawa menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa

dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala juga

berlaku kepada umat-umat sebelumnya. Di antaranya ialah

Bani Israil dimana Allah berfirman:

 

Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan

Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah

melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa.”

[al-Baqarah 2:83]

 

 

Page 8: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Demikian juga Luqman[3], apabila beliau menasihati anaknya,

berbuat baik kepada ibubapa diletakkannya di tangga kedua

selepas tauhid:

 

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa

dia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku,

janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu

yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu

kezaliman yang besar. Dan Kami wajibkan manusia berbuat

baik kepada kedua ibubapanya.” [Luqman 31:13-14]

 

 

 

Kedua:

 

Dalam rangka memerintahkan berbuat baik kepada ibubapa,

Allah Subhanahu wa Ta'ala menggunakan perkataan Ihsan (

,yang bererti berbuat kebaikan yang sebaik-baiknya (إحسانا

melebihi kebiasaan. Penjelasan Muhammad Quraish Syihab

sekali lagi menjadi tumpuan:

 

Al-Qur’an menggunakan perkataan Ihsan (إحسانا)

sebanyak enam kali, lima di antaranya dalam konteks

berbakti kepada kedua orang tua. Kata Husn (حسن)

mencakup “Segala sesuatu yang menggembirakan dan

disenangi. Hasanah digunakan untuk menggambarkan

apa yang menggembirakan manusia kerana perolehan

Page 9: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

nikmat menyangkut diri (rohani), jasmani dan

keadaannya.” Demikian dirumuskan oleh pakar kosakata

al-Qur’an, ar-Ragib al-Asfahani.

 

Selanjutnya, menurut pakar tersebut,

kata Ihsan digunakan untuk dua hal; pertama: memberi

nikmat kepada pihak lain dan kedua: perbuatan baik.

Kerana itu, kata Ihsan lebih luas dari sekadar “memberi

nikmat atau nafkah”. Maknanya bahkan lebih tinggi dan

mendalam daripada kandungan makna “adil”, kerana adil

adalah “memperlakukan orang lain sama dengan

perlakuannya kepada anda”, sedangkan Ihsan adalah

“memperlakukannya lebih baik daripada perlakuannya

terhadap anda”. Adil adalah mengambil semua hak anda

dan/atau memberi semua hak orang lain

sedangkan Ihsan adalah “memberi lebih banyak daripada

apa yang harus anda berikan dan mengambil lebih sedikit

daripada apa yang seharusnya anda ambil”.[4]

 

 

 

Ketiga:

 

Apabila menyentuh ibubapa, ketiga-tiga ayat di atas

menggunakan perkataan bi (ب), iaitu wa bil walidain ihsana (

إحسانا Diingatkan bahawa firman-firman .(وبالوالدين

Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam al-Qur’an bukanlah

Page 10: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

sesuatu yang berlaku secara rambang, akan tetapi setiap

pilihan perkataan dan susunan ayat memiliki maksud dan

tujuannya yang tersendiri.

 

Dalam kes ini, Muhammad Quraish Syihab menjelaskan

maksud dan tujuan penggunaan perkataan bi (ب):

 

Al-Qur’an menggunakan kata penghubung bi ketika

berbicara tentang bakti kepada ibubapa: wa bil walidain

ihsana( إحسانا padahal bahasa juga (وبالوالدين

membenarkan penggunaan li (ل) yang bererti “untuk”

dan ila (إلى) yang bererti “kepada” sebagai penghubung

kata Ihsan.

 

Menurut pakar-pakar bahasa, kata ila (إلى) mengandung

makna “jarak” sedangkan Allah tidak menghendaki adanya

jarak walau sedikit pun dalam hubungan antara anak dan

orang tuanya. Anak harus selalu mendekat dan merasa

dekat kepada ibubapanya, bahkan kalau dapat

(hendaklah) dia melekat kepadanya. Kerana itu digunakan

kata bi yang mengandung ertiIlshaq (إلصاق) yakni

“kelekatan”. Kerana itulah, maka bakti yang

dipersembahkan oleh anak kepada orang tuanya, pada

hakikatnya bukan untuk ibubapanya tetapi untuk dirinya

sendiri. Itu pula sebab tidak dipilih kata penghubung li (ل)

yang mengandung makna “peruntukan”.[5]

 

Page 11: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Demikian tiga ayat yang saling berulang dan tiga kesamaan

dalam ayat-ayat tersebut yang menunjukkan kepada kita

betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan

untuk berbuat baik kepada mereka. Kebaikan yang

dipersembahkan kepada ibubapa kita hendaklah melebihi

daripada kebaikan yang biasa, bahkan sehingga menjadikan

kita sebegitu rapat dengan mereka. Lebih penting, berbuat baik

kepada ibubapa adalah pembuktian tauhid kepada

Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diterjemahkan dalam bentuk

perbuatan. Seterusnya marilah kita mengkaji tuntutan berbuat

baik kepada ibubapa menurut al-Sunnah.

  

[1] Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an dalam buku ini diambil

daripada Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-

Qur’an oleh Abdullah Basmeihrahimahullah, edisi cdrom The

Holy Qur’an v6.31 terbitan Harf IT (www.harf.com).

[2] Tafsir al-Mishbah, (Lentera Hati, Djuanda, 2000-2004), jld. 2,

ms. 415.

[3] Siapakah Luqman? Berkata Ibn Katsir: “(Para tokoh) generasi

awal berbeza pendapat berkenaan Luqman, adakah beliau

seorang Nabi atau seorang hamba shalih yang bukan nabi? Di

antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka cenderung

kepada yang kedua (yakni seorang hamba shalih, bukan

seorang nabi).” [Tafsir Ibn Katsir, (edisi Cdrom The Holy

Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 12 surah Luqman)] Al-Qur’an

Page 12: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

dalam persoalan ini bersikap diam, kecuali sekadar

menerangkan bahawa Luqman adalah seorang yang telah

dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah Subhanahu wa

Ta'ala. Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman,

hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya):

Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya

kepadamu. [Luqman 31:12]

Apa yang tidak diterangkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bererti ia

tidak penting untuk diketahui oleh umat Islam. Maka tidak perlu

kita membazir masa dan tenaga untuk mengkaji lebih dalam

tentang persoalan ini atau apa-apa yang seumpama. Lebih

lanjut, rujuk buku saya Marilah Berkenalan Dengan al-

Qur’an terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

[4] Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 416-417.

[5] Tafsir al-Mishbah, jld. 2, ms. 417.

Page 13: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Anjuran untuk Berbakti kepada Orang tua dalam Al Quran

Para pembaca yang dicerahkan hatinya, menyambung lagi artikel sebelumnya mengenai berbakti kepada orang tua Part 2, silahkan buka artikel sebelumnya: Memaknai berbakti kepada orang tua.Dan di edisi kali ini akan lebih banyak menampilkan dalil dari Al-Qur’an yang menggambarkan betapa pentingnya berbakti kepada orang tua. Sebelum itu mari lihat pengertian dari berbakti kepada orang tua.

“Birrul walidaini” yaitu ihsan atau berbuat baik dan bakti kepada orang tua dengan memenuhi hak-hak kedua orang tua serta menaati perintah keduanya selama tidak melanggar syariat.

Page 14: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Lawan katanya yaitu “Aqqul walidaini”, yaitu durhaka kepada orang tua dengan melakukan apa yang menyakiti keduanya dengan berbuat jahat baik melalui perkataan ataupun perbuatan serta meninggalkan kebaikan kepada keduanya.

Hukum bakti kepada orang tua wajib ‘ainiy (mutlak) sedangkan durhaka kepada keduanya haram.

Bagaimana berbakti kepada orang tua menurut Al-Qur’an, sebagaimana ayat-ayat Al-Qur’an berikut :

1. Perkataan “Ah” saja termasuk suatu dosa kepada orang tua apalagi, membentak, memukul, atau hal lainnya yang lebih kejam. Selain itu juga perlu berlemah lembut kepada orang tua selalu mendoakan keduanya agar dikasihi oleh Allah SWT.

ي�ب�ل�غ�ن� ا �م� إ ان�ا س� إ�ح� ال�د�ي�ن� ب�ال�و� و� �ي�اه� إ إ�ال� ت�ع�ب�د�وا أ�ال� ب#ك� ر� و�ق�ض�ىا م� ه� ر� ت�ن�ه� و�ال� أ�ف, ا م� ل�ه� ل� ت�ق� ال� ف� ا م� ه� ك�ال� و�

أ� ا م� د�ه� أ�ح� ال�ك�ب�ر� ن�د�ك� ع�ا �ك�ر�يم �و�ال ق� ا م� ل�ه� ل� ة�.  و�ق� م� ح� الر� م�ن� الذ#ل7 ن�اح� ج� ا م� ل�ه� ف�ض� و�اخ�

ا �غ�ير ص� ب�ي�ان�ي ر� ا ك�م� ا م� ه� م� ح� ار� ب7 ر�   24- 23 اإلسراء. و�ق�ل�

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah

Page 15: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Al Isra(17):23)

 “Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Al Isra(17):24)

2. Perintah berbakti kepada orang tua setelah perintah untuk beribadah kepada Allah tanpa mempersekutukannya. Hal ini menggambarkan pentingnya berbakti kepada orang tua. Dalam ayat lain Allah SWT menjelaskan bahwa bersyukur kepada orang tua (dengan berbakti kepada keduanya) merupakan kesyukuran kepada Allah SWT, karena Allah menciptakan semua manusia dari rahim orang tua.

ي�ئ�ا ش� ب�ه� ر�ك�وا ت�ش� أ�ال� ع�ل�ي�ك�م� ب#ك�م� ر� م� ر� ح� ا م� �ت�ل� أ ا ت�ع�ال�و� ل� ق�. األنعام ان�ا س� إ�ح� ال�د�ي�ن� ب�ال�و� 151:  و�

yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, (Al-An’am 151).

3.  Meskipun orang tua menyuruh kepada suatu perbuatan yang menyekutukan Allah SWT, atau orang tua tersebut masih belum memeluk Islam, sikap berbakti kepada orang tua tetap

Page 16: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

menjadi suatu kewajiban oleh seorang anak tanpa harus mematuhi perintah mereka yang menyalahi syariat.

ال� ف� Kل�م ع� ب�ه� ل�ك� ل�ي�س� ا م� ب�ي ر�ك� ت�ش� أ�ن� ع�لى د�اك� اه� ج� إ�ن� و��ن�اب� أ م�ن� ب�يل� س� ات�ب�ع� و� ا �وف ع�ر� م� الد#ن�ي�ا ف�ي ا م� ب�ه� اح� و�ص� ا م� ت�ط�ع�ه�

ل�ون� ت�ع�م� ك�نت�م� ا ب�م� �ن�ب7ئ�ك�م� أ ف� ع�ك�م� ج� ر� م� �ل�ي� إ ث�م� �ل�ي� 15 لقمان [  إ

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, danpergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

4.  Jasa orang tua terutama ibu diungkapkan dalam suatu ayat Al-Qur’an, dimana seorang ibu rela berkorban dalam mengandung anaknya, kemudian menyusuinya. Semua jasa orang tua di kala anak masih kecil dan lemah perlu diingat dan dikenang untuk selamanya.

ال�ه� و�ف�ص� Sو�ه�ن ع�ل�ى ن�ا و�ه� ه� م#أ� ل�ت�ه� م� ح� ال�د�ي�ه� ب�و� ان� �نس� اإل� ي�ن�ا و�و�ص�

ير� ال�م�ص� �ل�ي� إ ال�د�ي�ك� ل�و� و� ل�ي ك�ر� اش� أ�ن� ي�ن� ع�ام� ] 14 لقمان [ ف�ي

Page 17: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

Untuk menutup part 3, ada sebuah kisah nyata yang diceritakan Rasulullah SAW, mengenai 3 orang yang terjebak dalam gua, kemudian berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amal saleh yang mereka lakukan agar Allah berkenan menolong mereka dari gua yang tertutupi batu-batu.

Salah satu orang dari mereka menyebutkan bahwa amal shalehnya ialah “aku memiliki orang tua yang telah usia lanjut, dan aku selalu mendahulukan kepentingan mereka dibandingkan keluarga dan hartaku, aku biasanya membawakan minuman (susu) bagi mereka dan tidak membiarkan siapapun meminumnya kecuali setelah mereka minum. Apabila ini merupakan merupakan amal shaleh yang mengharap ridha-Mu maka keluarkanlah kami dari gua ini."

Pada akhir cerita, setelah setiap orang menceritakan amal shalehnya maka akhirnya pintu gua yang tertutupi bebatuan akhirnya terbuka dan mereka akhirnya keluar dengan selamat.

Page 18: Berbakti Kepada Ibu Bapa -Syarahan

Marilah para sahabat kita merawat orang tua kita sebaik-baiknya, dan senantiasa mendahulukan kepentingan mereka. Merupakan suatu kesalahan bila terlalu memanjakan anak dan pasangan tetapi mengacuhkan kepentingan orang tua yang seharusnya dijunjung tinggi dalam suatu keluarga. Orang tua memang membutuhkan materi (uang) tetapi masih ada yang lebih penting bagi mereka yaitu kasih sayang. Menyapa, menanyakan kabar mereka, kesehatan mereka, apa yang mereka inginkan merupakan suatu hal sepele namun berarti besar bagi mereka.

Penulis: Azhar AlamArtikel: www.solusiislam.com