11
TAJUK : KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH GEMILANG Bismillahirahmanirahim…….. Assalamualaikum wrt…. Alhamdulillah….............................................. Yang dimuliakan pengacara majlis, barisan panel hakim yang menjunjung panji keadilan, penjaga masa seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah. Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH GEMILANGTerlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini. Frasa “keluarga muslim” adalah merujuk kepada ikatan kekeluargaan berdasarkan perkahwinan yang merealisasikan syariat Islam dalam hidup mereka . Manakala frasa ”ummah gemilang” menurut kamus dewan pula adalah bermaksud umat yang paling baik. Islam membuktikan kepada kita bahawa umat yang paling baik adalah dilahirkan dari kalangan keluarga muslim yang sudah tentu mempunyai teras agama Islam yang kukuh. Hujah saya yang pertama: 1) KELUARGA MUSLIM MENGETAHUI TUJUAN , TANGGUNGJAWAB SERTA HALATUJU MEREKA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH Allah S.W.T menciptakan makhluk di muka bumi ini dengan sebab dan tugas yang tersendiri. Firman Allah S.W.T : 1

Syarahan Agama MTQ.docx

  • Upload
    teazah

  • View
    397

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK : KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH GEMILANG

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum wrt.Alhamdulillah..............................................

Yang dimuliakan pengacara majlis, barisan panel hakim yangmenjunjung panji keadilan, penjaga masa seterusnya warga dewan yangdirahmati Allah.

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yangbertajuk KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH GEMILANGTerlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Frasa keluarga muslim adalah merujuk kepada ikatan kekeluargaan berdasarkan perkahwinan yang merealisasikan syariat Islam dalam hidup mereka .

Manakala frasa ummah gemilang menurut kamus dewan pula adalah bermaksud umat yang paling baik.Islam membuktikan kepada kita bahawa umat yang paling baik adalah dilahirkan dari kalangan keluarga muslim yang sudah tentu mempunyai teras agama Islam yang kukuh.Hujah saya yang pertama:

1) KELUARGA MUSLIM MENGETAHUI TUJUAN , TANGGUNGJAWAB SERTA HALATUJU MEREKA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAHAllah S.W.T menciptakan makhluk di muka bumi ini dengan sebab dan tugas yang tersendiri.Firman Allah S.W.T :.Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku. - Surah az-Zariyat: ayat 56.Allah telah menciptakan manusia untuk menggalas dua tugas utama,sebagai hamba dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini.

Manusia harus melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dalam semua aspek. Sudah pasti keluarga muslim akan mengikuti sistem moral dan akhlak yang telah disediakan oleh penciptanya.Sebagai khalifah Allah, manusia akan memakmurkan bumi serta sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan makhluk Allah yang lain..

Pelbagai usaha dilakukan untuk mendorong kearah pembinaan keluarga muslim contohnya rancangan family sarjana di tv kini.Ini membuktikan bahawa keluarga muslim yang mengetahui tujuan mereka dijadikan, mampu melahirkan ummah gemilang.

Hadirin sekelian,Hujah saya yang kedua,2) KELUARGA MUSLIM MENJADIKAN AL QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN HIDUPKeluarga Muslim sudah tentu berada pada landasan hidup yang sebenarnya bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w :.Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunahku. (Riwayat Imam Malik)Mengimbau kembali kisah keluarga Yassir yang sanggup menanggung penderaan semata-mata mempertahankan aqidah mereka. Malangnya pada hari ini kes murtad, ajaran sesat ayah Pin dan Black Metal umpamanya menghiasi media akibat daripada kerapuhan tunjang aqidah keluarga .Oleh itu jelaslah di sini, keluarga yang menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup sememangnya dapat membentuk ummah gemilang.

Sidang dewan yang dihormati sekelian,Hujah saya yang ketiga:3) KELUARGA MUSLIM MENCONTOHI AKHLAK DAN PERIBADI RASULULLAH S.A.W Tiada siapa dapat menafikan kesempurnaan akhlak junjungan kita Muhammad s.a.w. Perjalanan hidup baginda adalah contoh teladan terbaik bagi asas pembinaan ummah yang berjaya dunia dan akhirat.Firman Allah S.W.T dalam surah Al Qalam ayat 4 :.Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad sebagai role model untuk dicontohi oleh sekelian umat Islam dalam membina generasi akan datang. Sekiranya baginda tidak dicontohi maka berlakulah gejala-gejala sosial masakini seperti penderaan, pembuangan bayi, anak derhaka dan sumbang mahram.Dengan ini terbuktilah bahawa akhlak dan peribadi Rasulullah S.A.W perlu dicontohi bagi mewujudkan generasi gemilang lagi terbilang.

Seterusnya hujah saya yang keempat :4) KELUARGA MUSLIM MAMPU MEMBATASKAN PERBUATAN YANG DILARANG DENGAN MENANGKIS ANASIR NEGATIFSejajar dengan arus pembangunan dan permodenan, anasir negatif turut mewarnai dunia masakini. Pelbagai anasir negatif dirancang musuh bertujuan menyesatkan manusia dari segi aqidah, akhlak serta pemikiran. Itulah dikatakan ujian Allah untuk menguji iman hambaNya.Firman Allah :.Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).Pelbagai ujian berbentuk anasir negative ini memerlukan iman yang kental serta aqidah yang mantap bagi menangkis serangan tersebut. Kes Ariff Alfian Rosli mengahwini lelaki Inggeris contohnya cukup menjatuhkan maruah umat Islam sedunia. Begitu juga dengan budaya skinhead,punk dan shuffle misalnya memerlukan penghayatan syariat yang kukuh. Bimbingan keluarga terutama untuk anak remaja sangat diperlukan masakini. Tanpa keluarga yang kukuh pegangan agama serta hubungan kekeluargaan , generasi akan datang pasti akan terpesong daripada landasan yang sebenar.Nah, inilah bukti betapa perlunya sebuah keluarga muslim bagi menjana ummah gemilang .Konklusinya, institusi keluarga yang bertunjangkan syariat Islam merupakan satu satunya cara bagi melahirkan generasi yang terbaik dari semua aspek merangkumi agama dan sahsiah.Dengan ini saya akhiri syarahan saya dengan ungkapan, Keluarga Muslim Asas Pembinaan Ummah Gemilang.Sekian.Wassalam

PERJUANGAN SRIKANDI ISLAM TERAS PEMERKASAAN SAHSIAH

BILPERKARAHURAIAN

1ISISrikandi Islam pembina generasi unggul

2HURAIANPeranan wanita sebagai srikandi Islam sesuatu generasi mampu membentuk sahsiah tidak dapat disangkal kerana pendidikan awal anak-anak adalah bermula dengan didikan wanita sebagai ibu. melentur buluh hendaklah dari rebungnya

3NASSurah al-furqan ayat 74:

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

4CONTOH SAHABATContoh paling jelas dan nyata kita lihat pada kesungguhan bonda Imam Syafie r.a yang sanggup mengharungi sejuta kepayahan demi melahirkan seorang tokoh ilmuan yang terbilang

5CONTOH SEMASASama juga seperti apa yang dilalui oleh seorang wanita yang pernah dinobatkan sebagai IBU MITHALI Pulau Pinang tahun 2006 Pn Gayah binti Osman yang mampu mendidik 10 orang anak bersendirian hingga menjadi anak-anak yang berjaya dan bersahsiah terpuji

6KESIMPULANJelas disini, peranan srikandi Islam dalam membina sebuah generasi yang unggul memang mampu dilaksanakan

Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup

Isi

1. Rezeki yang halal merupakan tuntutan agama.

-Mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama bagi menyempurnakan keperluan hidup. -Hadis riwayat daripada Ibnu Masud:Bermaksud, mencari yang halal adalah wajib ke atas setiap Muslim- riwayat Muslim.

-Para nabi dan rasul telah mempraktikkan dalam kehidupan mereka dengan melaksanakan kerja yang halal untuk mencari rezeki seperti berniaga dan menternak binatang.- Kerajaan telah melaksanakan logo halal bagi memastikan premis-premis perusahaan makanan halal dan bersih.- Jelaslah kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama.

2. Mencari rezeki yang halal adalah satu ibadah.- Mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengan kehendak syarak. - Firman Allah dalam surah al-mukminun :51 bermaksud makanlah rezeki yang halal dan lakukanlah amal soleh.- Rasulullah saw sendiri bekerja sebagai peniaga yang berjaya.- Wujudnya pelbagai peluang kerjaya yang halal sekarang seperti dalam bidang pertanian seperti ladang kelapa sawit.-Ternyata mencari rezeki yang halal adalah suatu ibadah.

3. Mencari rezeki yang halal dapat mengeratkan silaturrahim.- Hubungan silaturrahim sesama umat Islam di seluruh dunia dapat dipereratkan melalui muamalah Islam.- Firman Allah yang bermaksud,dan bertolong-tolonglah kamu di atas perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.(surah___)- Golongan Ansar member modal permulaan kepada golongan muhajirin sebagaimana berlaku kepada Abd Rahman B Auf. Bahkan Rasulullah saw sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada Yahudi.- Sistem muamalah yang berlaku di Malaysia seperti system perbankan Islam telah menjadi ikutan dan panduan dalam pelaksanaan sistem ekonomi semasa. Contohnya sistem gadaian Islam.-Jelas menunjukkan bahawa Sistem muamalah Islam dapat mengeratkan perpaduan global.

4. Rezeki yang halal dapat menjana ekonomi umat Islam.- Melalui aktiviti muamalah, sudah pasti akan menjana ekonomi umat Islam yang berada di setiap pelosok dunia.- Hadis nabi yang bermaksud:9/10 sumber rezeki ialah menerusi perniagaan. (riwayat____)-Malaysia yang terkenal dengan produk hub halal telah menjana ekonomi umat Islam di Malaysia.- Jelaslah bahawa ekonomi umat Islam akan lebih kukuh menerusi perniagaan rezeki yang halal.

Kesimpulannya, pencarian rezeki yang halal akan menjamin keberkatan hidup manusia dunia dan akhirat.

Tajuk : Generasi Berilmu Penggerak Transformasi Negara

Isi 1: Generasi Berilmu Teras Sahsiah Umat Penggerak Transformasi Negara

Maju mundur sesebuah Negara bergantung kepada cara hidup penduduknya. Kalau elok sahsiahnya majulah Negara, tapi jika sebaliknya kita tahu natijahnya. Kewajipan menunaikan solat dan menuntut ilmu telah merubah masyarakat yang jahil kepada masyarakat berilmu yang pakar dalam pelbagai bidang sehingga mampu membina tamadun islam yang gemilang.Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 54 :

Maksudnya : wahai orang yang beriman, dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar.

Sejarah sudahpun membuktikan, keadaan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan islam adalah contoh terbaik untuk kita ambil pengajaran. Kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan dan kegelapan. Setelah datangnya nur islam yang menyeru manusia supaya mentauhidkan Allah, menuntut ilmu dan melaksanakan ibadat membawa satu perubahan yang besar. Maka jelaslah generasi berilmu akan berakhlak mulia seterusnya menjadi penggerak dalam transformasi Negara

Isi 2 : Generasi Berilmu penggerak ekonomi madani.

Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. ke arah melahirkan guna tenaga terlatih dan berdaya saing.Firman allah dalam surah al-araf ayat 96 :

Maksudnya : dan (tuhan berfirman lagi): kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi

Mengambil contoh cara Rasulullah s.a.w menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah sehingga mendapat keuntungan yang berlipat ganda.Oleh itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah mengenal pasti pembangunan modal insan sebagai salah satu teras utama dalam membawa transformasi negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.Jelaslah kepada kita bahawa generasi berilmu mampu menggerakkan ekonomi madani penjana tranformasi Negara.

Isi 3 : Generasi Berilmu perpaduan terpatri, penggerak transformasi

Perpaduan penting dalam kestabilan dan keharmonian kehidupan di bumi amnya dan Negara khususnya. Tanpa perpaduan dan persaudaraan akan hancurlah Negara. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 104 :

Maksudnya : dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan ( mengembangkan islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah ( buruk dan keji ). Dan mereka ( yang bersifat demikian ), ialah orang-orang yang berjaya.Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara islam kerana perpaduan umat islam, persaudaraan muhajirin dan ansar, disatukan dibawah bumbung masjid Quba. Sambutan rumah terbuka aidilfitri yang dijalankan setiap tahun boleh mengukuhkan perpaduan.

Isi 4 : Generasi Berilmu Pemantapan keupayaan kepimpinan

Kepimpinan yang berkesan mampu mencetuskan inspirasi serta memenangi hati dan fikiran sesebuah organisasi untuk membuat anjakan paradigma dan perubahan minda bagi melihat keadaan semasa dengan perspektif dan inisiatif baru, meningkatkan kreativiti dan inovasi, menyuburkan budaya ilmu serta menggalakkan warga organisasi mencabar status quo.Firman Allah dalam Surah Syura ayat 38 : Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhan mereka serta mendirikan solat dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.

Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Ziad yang ketika itu berusia 18 tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom. Begitu juga dengan kehebatan Muhammad al-Fateh membuka Kota Istanbul (Konstantinopal) ketika usia beliau 21 tahun.

Mengambil kata-kata dua sarjana terkenal di Amerika Syarikat, Rick Smolan dan Jennifer Erwitt dalam buku 24 hours in Cyberspace menganggap Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin politik yang paling bijaksana secara teknikalnya di atas planet bumi ini. Kita mahu melahirkan generasi baru berilmu yang sehebat Tun Dr Mahathir atau lebih daripada itu untuk memimpin dan menggerak transformasi Negara.

Contohnya, kita toleh sejarah palestin, iraq dan Afghanistan. Kehancuran yang berlaku di Negara ini disebabkan oleh hilangnya sifat persaudaraan dan rapuhnya perpaduan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275 :

Sabda Rasulullah s.aw :Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara islam kerana perpaduan umat islam, persaudaraan muhajirin dan ansar, disatukan dibawah bumbung masjid Quba. Saling bertukar idea dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Maksudnya disini solat itu bukanlah taklif yang

Generasi berilmu dan berkemahiran memberi sumber tenaga kerja berimpak besar dalam kemajuan ekonomi. Mereka boleh berperanan menyumbang tenaga, kemahiran dan mampu menjana kegemilangan ekonomi Negara. Membuka perniagaan halal yang berlandaskan prinsip jujur dan amanah. Penghayatan ibadat tersebut dapat menghindarkan diri daripada sifat bakhil, hasad dengki dan khianat serta tidak mengamalkan riba dan rasuah.

1