Sejarah kesusasteraan melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah kesusasteraan melayu

Citation preview

Sejarah kesusasteraan melayu

1. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

2. PENGERTIAN Sastera sejarah - karya sastera tradisi yang menggunakan/mengambil peristiwa-peristiwa sejarah sebagai sumber penulisan. Peristiwa-peristiwa itu meliputi sejarah sesebuah kerajaan, sejarah sesebuah negeri, asal-usul keturunan raja-raja, asal-usul kedatangan agama Islam dsb.

3. Peristiwa-peristiwa itu ditulis dengan memasukkan ciri-ciri sastera yang dapat dilihat dari segi teknik/gaya penceritaan, bentuk & bahasa bentuk ayat Sastera sejarah lazimnya ditulis dengan menggunakan judul/tajuk yang dimulai oleh Hikayat, Silsilah, Salasilah dan Tawarikh. Penulisnya dilakukan oleh golongan elit istana atas perintah raja.

4. TUJUAN Karya sastera - bercorak Sastera Sejarah dikarang untuk kegunaan istana & kegunaan orang-orang bangsawan Melayu. Tujuannya ialah untuk merakamkan kebesaran, ketinggian & kegemilangan sesebuah negara-kota/ kerajaan Melayu. Untuk menunjukkan/memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu -khususnya kebesaran yang dibuktikan dengan wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu yang besar seperti kerajaan Melayu Melaka, Acheh, Pasai, Kedah dll.

5. Penulisan karya bermula setelah kedatangan Islam ke alam Melayu, khususnya di Sumatera dan di Tanah Melayu. Istana merupakan pusat kegiatan sastera bertulis - sesebuah karya Sastera Sejarah dihasilkan atas perintah raja. Penulis atau penyusun karya ini adalah terdiri daripada kalangan istana iaitu dari kalangan pembesar yang memegag jawatan penting dalam sesebuah pemerintahan/ istana.

6. BENTUK Sastera sejarah ada dua jenis, iaitu jeni s prosa & puisi. Jenis prosa mengisahkan suatu p eristiwa yang panjang dan berlaku dalam jangka waktu yang lama seperti sejarah sesebuah kerajaan & negeri, asal-usul keturunan raja dll. Contohnya Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Acheh, Misa Melayu, Hikayat Merong Maha Wangsa dan Silsilah Raja-Raja Brunei.

7. Sastera sejarah jenis puisi ditulis dalam bentuk syair. Peristiwa-peristiwa sejarah yang dicatatkan merupakan peristiwa khusus yang berlaku dalam jangka waktu tertentu yang pendek. Contohnya Syair Perang Johor, Syair Singapura Terbakar dan lain-lain8. CIRI-CIRI Sastera sejarah ditulis - individu yang berkhidmat di istana atas perintah raja. Isi sastera sejarah memberikan gambaran yang berlebih-lebihan tentang seorang raja atau sebuah kerajaan. Gambaran itu juga bersifat dongeng & luar biasa kerana berlaku tokok-tambah dengan memasukkan unsur-unsur mitos. Misalnya, mitos tentang asal-usul pembukaan negeri dan asal-usul keturunan raja-raja. Gambaran bersifat dongeng itu merupakan pengaruh Hindu yang bertujuan mendewa-dewa dan mengangung-agungkan raja-raja.

9. STRUKTUR CERITA 3 bahagian :- Bahagian awal - mengisahkan asal-usul keturunan raja-raja, asal-usul pembukaan sesebuah negeri & asal-usul kedatangan ugama Islam; zaman awal sesebuah negara-kota itu. Bahagian pertengahan mengisahkan zaman kegemilangan sesebuah kerajaan atau negeri - bahagian cerita yang terpanjang dalam karya tersebut.

10. Bahagian akhir mengisahkan kejatuhan sesebuah kerajaan atau raja. Menceritakan kisah-kisah yang biasanya melibatkan kezaliman seseorang raja yang memerintah hingga menyebabkan merosotnya sesebuah negara-kota atau jatuhnya sesebuah kerajaan ke tangan kuasa penjajah yang lain.

11. BUKTI SEJARAH Sastera Sejarah tidak disertai dengan tarikh-tarikh yang tepat & tidak dicatatkan langsung. Fakta sejarah boleh diperolehi melalui sumber-sumber sejarah yang lain seperti catatan-catatan pengembara melalui tulisan pada batu bersurat, prasasti dsb. Karya sastera sejarah juga merupakan dokumen sosial yang penting bagi mengetahui cara hidup & kebudayaan sesuatu masyarakat.

12. PENTARIKHAN Tidak mementingkan pertarikhan. Segala tarikh mengenai pemerintahan raja & tarikh berlakunya peristiwa tidak ada & menyebabkan sastera sejarah semacam laporan sahaja. Misalnya dalam Sejarah Melayu tentang pertabalan naik tkhta, kelahiran, menghantar utusan / menerima utusan, kemangkatan, peperangan - tidak dicatat tarikh & masa berlakunya. Peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku itu semacam laporan peristiwa demi peristiwa.

13. KISAH SEJARAH NEGARA-KOTA Kisah tentang negara-kota - menitikberatkan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan keturunan raja -> raja-raja yang besar atau dari benda yang ajaib, raja-raja sesuatu negeri itu adil, gagah perkasa, berani, berdaulat & dihormati, kebesaran raja-raja yang memerintah ditonjolkan melalui adat istiadat & perhubungan dengan negara-negara lain.14. FAKTA SEJARAH DAN BUKAN SEJARAH Kisah dalam karya sastera sejarah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwa yang betul, yang benar-benar fakta sejarah dengan kisah-kisah dongeng yang tidak berpijak di bumi nyata. Misalnya kisah kehidupan manusia di bawah laut, mengenai lembu yang boleh terbang & dari muntahnya lahir manusia, kisah padi & cacing gelang-gelang yang bertukar menjadi emas dll.

15. LATAR Cerita dalam karya yang bersifat Sastera Sejarah mengambil latar masa/ruang waktu yang amat panjang. Latar tempat pula tidak terbatas & ruang tempat pula amat luas. Latar masa mungkin meliputi beberapa generasi. Latar tempat misalnya istana, daerah pemerintahan atau negara-kota yang berkenaan, negeri-negeri luar yang ada hubungan dengan kerajaan/negara-kota yang diceritakan.

16. WATAK Watak terdiri daripada golongan istana. Cerita tertumpu kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku di istana iaitu di kalangan raja-raja & pembesar-pembesar negeri serta kerabat-kerabat. Ada juga menyentuh watak hulubalang yang beperanan penting untuk menegakkan kewujudan sesebuah kerajaan. Terdapat juga watak rakyat biasa namun bilangannya tidak ramai.17. GAYA PENCERITAAN Gaya penceritaan mementingkan kepada kegagahan & kemasyhuran raja-raja yang memerintah di samping menyanjung kedaulatan & kekuatan sesebuah negara-kota itu. Pengarang menunjukkan kelebihan, keistimewaan & kebesaran sesuatu negara-kota ialah dengan mengaitkannya dengan cerita-cerita metos & legenda.

18. FUNGSI Sastera sejarah merupakan sumber sejarah yang penting walaupun isinya mengandungi unsur-unsur mitos & legenda. Melalui sastera sejarah dapat dikenali tokoh-tokoh penting di kalangan masyarakat Melayu tradisi. Misalnya, melalui Hikayat Raja-Raja Pasai dapat diketahui dengan jelas Malik Al-Salih yang menjadi raja Pasai, manakala melalui Silsilah Raja-Raja Brunei dapat diketahui susur galur raja-raja Brunei. Sastera sejarah juga dapat memudahkan pengkajian bahasa dan budaya Melayu tradisi dibuat secara mendalam.