24
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163 1.0 PENDAHULUAN Kesusasteraan Melayu merupakan ilmu yang wajib dihayati dan dipelajari khususnya bagi pelajar yang ingin mendalami ilmu pengajian Melayu. Sehubungan itu, tugasan BMM3163 iaitu Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu merupakan salah satu kursus yang mendedahkan para penutut ilmu untuk mendekatkan diri dengan genre kesusasteraan Melayu. Dalam tugasan ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan karya-karya kesusasteraan serta kaedah-kaedah yang dapat digunakan sebagai medium untuk mengkaji karya kesusasteraan Melayu itu. Tugasan ini telah memuatkan maklumat yang berkaitan dengan teknik atau kaedah yang sesuai yang dapat digunakan dalam mengkaji karya-karya kesusasteraan Melayu. Seperti yang diketahui secara umum, terdapat empat jenis kaedah yang sering digunakan iaitu kaedah global, kaedah struktural, kaedah fokus dan kaedah mengalami dan menghayati. Setiap satu keadah ini akan dihuraikan dalam penulisan tugasan ini. Sesuai dengan pepatah “ Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”, seseorang pengkaji itu tidak seharusnya hanya mengetahui ilmu tersebut, sebaliknya perlu juga diaplikasikan. Oleh itu, salah satu kaedah telah dipilih dan digunakan dalam mengkaji karya sasterawan negara. Ini juga merupakan langkah dalam apresiasi terhadap golongan sasterawan negara yang giat dalam penulisan karya Melayu sehingga mampu memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Justeru itu, tugasan ini diharap dapat memberikan input yang maksimum kepada para guru berkaitan ilmu karya

Genre Kesusasteraan Melayu Bmm3163

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

1.0 PENDAHULUAN

Kesusasteraan Melayu merupakan ilmu yang wajib dihayati dan dipelajari khususnya

bagi pelajar yang ingin mendalami ilmu pengajian Melayu. Sehubungan itu, tugasan

BMM3163 iaitu Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu merupakan

salah satu kursus yang mendedahkan para penutut ilmu untuk mendekatkan diri

dengan genre kesusasteraan Melayu. Dalam tugasan ini akan membincangkan

beberapa perkara berkaitan karya-karya kesusasteraan serta kaedah-kaedah yang

dapat digunakan sebagai medium untuk mengkaji karya kesusasteraan Melayu itu.

Tugasan ini telah memuatkan maklumat yang berkaitan dengan teknik atau

kaedah yang sesuai yang dapat digunakan dalam mengkaji karya-karya

kesusasteraan Melayu. Seperti yang diketahui secara umum, terdapat empat jenis

kaedah yang sering digunakan iaitu kaedah global, kaedah struktural, kaedah fokus

dan kaedah mengalami dan menghayati. Setiap satu keadah ini akan dihuraikan

dalam penulisan tugasan ini.

Sesuai dengan pepatah “ Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke

pangkal lengan”, seseorang pengkaji itu tidak seharusnya hanya mengetahui ilmu

tersebut, sebaliknya perlu juga diaplikasikan. Oleh itu, salah satu kaedah telah dipilih

dan digunakan dalam mengkaji karya sasterawan negara. Ini juga merupakan

langkah dalam apresiasi terhadap golongan sasterawan negara yang giat dalam

penulisan karya Melayu sehingga mampu memartabatkan bahasa Melayu di

persada dunia.

Justeru itu, tugasan ini diharap dapat memberikan input yang maksimum

kepada para guru berkaitan ilmu karya kesusasteraan yang amat penting untuk

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di sekolah rendah. Ini

seterusnya dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru untuk mengaplikasikan

teknik atau kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat

melahirkan guru yang berkualiti dan berketrampilan dalam semua aspek.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

2.0 KAEDAH-KAEDAH MENGKAJI KARYA KESUSASTERAAN MELAYU

2.1 Kaedah Struktural

Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya naratif

dengan meneliti struktur dalaman teks. Strukturalisme berasal daripada linguistik

Ferdinad de Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia melalui

persepsi dan deskripsi berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk melihat

sistem tanda.

Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan

oleh tokoh-tokoh selepasnya. Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa

memainkan peranan penting dalam pencarian makna. Makna itu pula bukanlah

sesuatu yang mudah dicari memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang

abstrak. Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu pula

membentuk struktur sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem

kehidupan. Fahaman dalam bidang kajian kesusasteraan ini turut menular di Asia

Tenggara. Kaedah struktural ini telah didefinisikan oleh Naapie (2005) yang

mengatakan bahawa kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan dalam

pengajaran kesusasteraan dengan menggunakan aspek-aspek kajian tertentu

seperti perwatakan, gaya bahasa, latar, tema, persoalan, mesej, amanat,

pengajaran, nilai murni, dan sebagainya secara teratur atau satu persatu.

Strukturalisme menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari

makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri. Menurut pendekatan ini, dalam

sesebuah itu terkandung makna sebenar dan pengkritik bertanggungjawab menyorot

dan menggeledah struktur teks tersebut. Teori ini melihat pembentukan kesatuan

teks dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan struktur yang kompleks. Segala

unsur yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan dianalisis dan dengan berbuat

demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan. Teori ini menekankan

elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks. Pengawal sesebuah teks itu ialah

segala unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada keseluruhan, transformasi,

regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi.

Pendekatan struktural yang digunakan dalam Pengajaran dan pembelajaran

kesusasteraan Melayu sekolah rendah bertujuan memahami aspek-aspek

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan

penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut

pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:

Rajah 1 : Pendekatan Struktural

Pendekatan struktural menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada

apa yang dihasilkan dengan menghuraikan aspek ekstrinsiknya dan melihat mutu

pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut. Karya sastera

dilihat sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri

ibarat sebuah rumah dengan melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa,

latar dan sudut pandangan serta memberi perhatian yang utama terhadap aspek-

aspek dan unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya.

Menurut C.T.Winchester (1960) kekuatan karya terletak pada teknik dan

kemahiran pengarang bercerita atau berkarya. Justeru, Pengajaran dan

Pembelajaran bersandarkan pendekatan struktural adalah memberi tumpuan dan

penelitian terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks. Struktur ini adalah

perkara-perkara dalaman (content) yang membentuk rangka dan membangunkan

sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa,

latar dan sudut pandangan (Mana Sikan,1983). Perhubungan antara elemen-elemen

Pendekatan Struktural

tema/persoalan

plot

watak dan perwatakan

teknikgaya

bahasa

sudut pandangan

latar

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

inilah yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai

fungsinya yang tersendiri.

Justeru, kaedah struktural ini dapat dikaitkan dengan salah satu kaedah

pengajaran iaitu kaedah induktif. Pelajar akan mencari pokok persoalan kemudian

beransur pada huraian-huraian yang sesuai. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi

mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar, karya sastera adalah sebagai buah fikiran

pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan,

manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan

terperinci terhadap komponen-komponen di atas. Kaedah ini dianggap memudahkan

pelajar mengkaji unsur estetika, artistik dan keunikan sastera dengan mengambil

kira aspek intinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi

pemahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan

secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini

bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

Terdapat dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu yang

pertama adalah dengan memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.

Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan

terhadap karya-karya kesusasteraan.

Manakala yang kedua pula adalah dengan menganggap bahawa sastera

memperoleh kedudukan tersendiri, iaitu ia bebas tanpa ada perhubungan dengan

pembaca. Falsafah di sebalik pendapat ini adalah sesuatu itu wujud bebas

bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Selain itu,

kaedah struktural ini juga dapat dikesan dengan beberapa ciri iaitu seperti dalam

jadual berikut:

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

Ciri-Ciri Kaedah StrukturalHubungan antara struktur-struktur kesusasteraan : tema, plot, watak perwatakan,

latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan lain-lain.

Menggunakan kaedah induktif

Mementingkan objektif tertentu elemen struktur sahaja

Unsur-unsur struktur diperkenal, kemudian dijelaskan secara terperinci.

Pembelajaran dipandu guru, pelajar berbincangan mengikut acuan guru.

Bahan bantu belajar tidak dipentingkan, tetapi lebih berfokus pada pemahaman

pelajar pada struktur bahan sastera.

Sesuai di peringkat tinggi sahaja.

Jadual 1: Ciri-ciri Kaedah Struktural

Berdasarkan jadual 1, ciri-ciri yang dapat dilihat melalui kaedah ini adalah

mengfokuskan pada perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti

tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan

sebagainya yang membentuk keseluruhan karya. Dalam pengajaran dan

pembelajaran sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan

perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Selain itu, kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing

mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru

yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut.

Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira

aspek-aspek lain. Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum

pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci.

Kaedah ini juga merupakan pembelajaran yang berpusatkan guru. Ini kerana

menurut Naapie (2005) pembelajaran ini lebih banyak dipandu oleh guru. Walau

bagaimanapun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen

struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah

ditetapkan oleh guru.

Dari segi bahan bantu mengajar (BBM) pula tidak dipentingkan, tetapi kefahaman

elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

ringkas sahaja. Oleh itu, kaedah ini hanya sesuai sekiranya digunakan dalam

pengajaran ilmu kesusasteraan di peringkat tinggi sahaja.

5.2 Pendekatan Mengalami Menghayati

Pendekatan ini dikemukakan oleh Googman (1962) supaya sesuatu pengalaman itu

dikaji mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca itu sendiri. Menurut beliau,

pengalaman yang dilalui pembaca menentukan nilai sastera yang terkandung dalam

sesebuah teks bacaan. Ia dikaitkan dengan tekanan yang dialami oleh pembaca dan

sejauh mana pembaca dapat menghayati rakaman penulis melalui bahasa yang

disampaikan.

Pendekatan ini lebih menekankan penikmatan. Menurut Naapie (2005),

kaedah ini juga merupakan kaedah pengajaran kesusasteraan yang mementingkan

penghayatan pelajar terhadap sesuatu hasil karya sastera. Beliau mengatakan

bahawa pelajar akan menggunakan kaedah tersebut dengan melibatkan penceritaan

karya tersebut melalui pengalaman hidupnya, perasaan, dan pertimbangan diri

dalam menilai dan mengkaji karya sastera.

Justeru, aspek sastera yang dikaji perlu dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Guru menggunakan semua himpunan pengalaman pelajar bagi mendapat sesuatu

pengalaman baru. Pelajar biasanya didedahkan dengan beberapa persoalan di

dalam sesuatu aspek yang dikaji. Persoalan diinterpretasi sehingga ia benar-benar

dapat dirasakan.

Pengajaran tidak ditumpukan kepada objektif tertentu tetapi lebih kepada

mencungkil pengalaman pelajar. Guru perlu cekap menarik perhatian dan menarik

minat pelajar kepada cerita yang dikemukakan. Bahan bantu mengajar penting bagi

menyuburkan imaginasi pelajar. Perlu dilatih berfikiran kritis dan kreatif seperti

memberi pendapat, pertimbangan wajar, penilaian, kritikan dan sebagainya.

Pelajar boleh membuat simulasi sendiri supaya wujud kefahaman mendalam.

Kajian intrinsik termasuklah kerohanian, jiwa, nilai, hati nurani, kemanusiaan dan

kemasyarakatan, semangat, sifat keperwiraan, perasaan seni halus akan menusuk

ke jiwa pelajar. Kaedah ini boleh memberikan kepuasan dan meninggalkan kesan

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

yang mendalam di jiwa pelajar. Pelajar menggunakan pengalaman masing-masing

dalam menghadapi dan menanggapi karya sastera. Berikut merupakan senarai

ringkas bagi ciri-ciri kaedah mengalami dan menghayati:

Ciri-ciri Kaedah Mengalami dan MenghayatiMengutamakan pengalaman dan penghayatan pelajar

Guru sebagai pembimbing untuk murid mendapatkan emosi dan pengalaman

daripada karya.

Objektif adalah untuk penikmatan dan penghayatan teks sastera

Menggunakan kaedah deduktif, pelajar membaca secara keseluruhan, elemen

struktur disentuh secara tidak langsung.

Pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis, melalui teknik menyoal dan lain-lain.

Bahan bantu amat diperlukan untuk membantu pelajar menghayati dan

mendapatkan pengalaman.

Pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar.

Jadual 2: Ciri-ciri kaedah mengalami dan menghayati

Jadual 2, merupakan ciri-ciri bagi kaedah mengalami dan menghayati. Setiap

individu ada pengalaman tersendiri hasil daripada pengalaman lalu dan nilai

warisan. Pengalaman dan penghayatan pelajar diutamakan. Dalam kaedah ini, guru

membimbing pelajar dan mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.

Manakala, objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan

penghayatan. Analisis pengalaman pelajar sangat penting. BBM dan teknik menyoal

akan membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran. Pelajar perlu diberikan

peluang membaca karya-karya kesusasteraan dahulu dalam masa tertentu untuk

memperoleh kesan keseluruhan penghayatan. Elemen-elemen struktur akan

disentuh secara tidak langsung dalam perbincangan tentang keindahan karya.

Selain itu, para pelajar juga dilatih menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif.

Ini dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik. Bentuk soalan yang dicetuskan

pula haruslah soalan yang dapat mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan

dan penilaian para pelajar. Jawapan bagi setiap persoalan tersebut adalah

dipertimbangkan oleh pelajar dengan menggunakan daya kreatif dan imaginasi

masing-masing.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

Dari segi aktiviti pembelajaran pula, aktiviti-aktiviti pelajar bersama-sama bimbingan

guru amat dipentingkan. Para pelajar digalakkan melakonkan episod-episod sendiri

dan membincangkan persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran

masing- masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini

teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Ini akan menentukan penglibatan para

pelajar secara menyeluruh. Justeru, BBM amat penting dalam mewujudkan

penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai ialah pita rakaman,

gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara.

Pendekatan ini membantu guru mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan

hidup. Para pelajar juga dapat membina kemahiran menganalisis melalui aktiviti-

aktiviti yang dijalankan.

5.3 Pendekatan Global

Pendekatan global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya

berdrama. Menurut Naapie (2005), kaedah global merupakan kaedah pengajaran

kesusasteraan dengan melihat karya tersebut secara keseluruhan, dan bukannya

secara bahagian-bahagiannya. Selain itu, kaedah ini juga dinamakan sebagai

kaedah holistik, kerana sifat pengkajiannya yang dilakukan secara menyeluruh.

Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid

kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-

kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas. Terdapat 3 bentuk aktiviti yang

boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini:

Ciri-ciri Pendekatan Global Aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.

Aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.

Aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Jadual 3: Ciri-ciri pendekatan global

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

Pelaksanaan Kaedah Global

Bagi pelaksanaan kaedah global ini pula, pada langkah yang pertama murid

membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru. Seterusnya guru

akan meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.

selain itu, pelaksanaan kaedah global ini juga boleh dilakukan dalam suasana

informal iaitu guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti

berdasarkan watak yang diberi. Selaras itu, terdapat beberapa cadangan aktiviti

yang boleh dilakukan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran seperti:

Rajah 2: Cadangan aktiviti pengajaran kaedah global

5.4 Pendekatan Berfokus

Menurut Naapie (2005), kaedah berfokus merupakan kaedah pengajaran

kesusasteraan dengan memberikan fokus utama kepada salah satu aspek kajian

sastera dan membuat fokus sampingan terhadap satu atau lebih aspek lainnya.

Fokus utama biasanya diberikan kepada aspek yang lebih menonjol dalam karya

berkenaan. Fokus utama (FU) dan fokus sampingan (FS) boleh juga saling bertukar,

terpulang kepada guru untuk menyesuaikannya. Justeru, kaedah ini cenderung

membicarakan karya sastera secara terperinci maka pendekatan ini memilih aspek

atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan

berfokus ialah pendekatan pengajaran yang menekankan sesuatu aspek tertentu

dalam sesebuah karya sastera bagi setiap pengajaran dan pembelajaran di samping

menyentuh aspek-aspek lain secara sampingan, contohnya:

lakonan berasaskan gambar

lakonan berasaskan skrip

lakonan guna topeng

lakonan guna cerita berlagu

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

Rajah 3 : Pendekatan Kaedah Berfokus

Menurut beliau. kajian yang dilakukan berdasarkan pendekatan ini boleh

menghasilkan pencerakinan yang kemas kerana adanya pemilihan fokus pada

aspek yang dibincangkan. Pembacaan yang dilakukan oleh pelajar juga akan

menjadi lebih bermakna kerana mereka boleh meneliti hal-hal yang tersirat dan tidak

terhad kepada perkara-perkara yang tersurat sahaja. Ciri-ciri pendekatan berfokus

adalah yang seperti berikut:

Ciri-ciri Pendekatan Berfokus

Kajian bermula dan berdasarkan aspek utama yang dibincangkan dalam sesebuah

karya sastera iaitu menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam

sesebuah karya untukdijadikan fokus utama.

Aspek yang dibincangkan menjadi fokus utama.

Perkara atau aspek lain menjadi fokus sampingan.

Fokus utama dan fokus sampingan saling berkaitan.

Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan bertulis

adalah penting.

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid secara aktif perlu diberi keutamaan. Ini dapat

dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan

Guru dan murid perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak

disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara

keseluruhan.

Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk menarik

minat pelajar

Kaedah Berfokus

Fokus Utama (FU)

plot

Fokus Sampingan

(FS)

watak

latar

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

Kelebihan menggunakan kaedah berfokus semasa proses pengajaran dan

pembelajaran adalah menjimatkan masa guru dan murid kerana tidak perlu

membincangkan semua aspek dalam semua karya. Malah kaedah ini akan menjadi

lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan sesuatu aspek bagi sesebuah

karya itu secara khusus dan semata– mata untuk memahami sesebuah karya.

Penggunaan kaedah berfokus boleh digunakan oleh seseorang guru dalam

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Contohnya,

untuk memahami gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya

bahasa maka teknik perbincangan atau sumbangsaran boleh digunakan dalam

aktiviti semasa proses PdP di dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, kaedah berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya

seseorang guru itu ingin memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa

mengabaikan isi - isi yang lain.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

3.0 ANALISIS KARYA SASTERAWAN NEGARA MENGGUNAKAN KAEDAH STRUKTURAL ( CERPEN ISRAK : ERDA ROSLAN KHAIRY )

3.1 Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang lelaki bernama Adam yang membawa

isterinya,Siti Hawa,dan dua orang anaknya iaitu Israk dan Mikraj ke rumah ibunya di

Kampung Sayong tidak jauh dari Sungai Perak. Isteri Adam menyedari bahawa

anak-anaknya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana kampung

terutamanya Israk.Hal ini disebabkan mereka menetap agak lama di Perth dan anak-

anak mereka dibesarkan di sana. Mereka sekeluarga cuba belajar menyesuaikan diri

dengan suasana dan kehidupan kampung yang serba kekurangan. Israk tidak mahu

mencuba makan buah durian,jering dan tempoyak. Israk juga menunjukkan

kebenciannya tinggal di rumah neneknya,Wah yang serba kekurangan itu

berbanding dengan rumahnya di bandar. Kekurangan yang terdapat di rumah Wah

menyebabkan Israk sentiasa berselisih pendapat dengan adiknya,Mikraj. Hal ini

disedari oleh Wah dan Wah menasihati mereka berdua agar tidak seperti anjing

dengan kucing. Pada 4 Oktober yang lalu,beberapa orang dari Majlis Daerah datang

ke rumah Wah untuk membeli rumah Wah yang akan dijadikan sebagai pusat

pelancongan,tetapi Wah dengan bantuan Lebai Saleh telah menolak tawaran itu

dengan baik.

Pada suatu pagi,bekalan air paip di rumah Wah telah terputus menyebabkan

Mikraj telah menyuruh Israk mandi di sungai. Malangnya,ketika melalui rimbunan

semak untuk ke sungai,Israk telah terjatuh ke dalam sungai. Wah dengan pantas

menghulurkan sebatang kayu kepada Israk. Pada ketika itu Israk hanya berpaut

pada tali sauh yang sudah reput. Israk terselamat namun kakinya berdarah. Pada

malam itu,Israk lambat keluar dari biliknya. Apabila dia keluar,semua orang terkejut

apabila melihat dia memakai baju Melayu namun Israk bersikap selamba sahaja.

Mereka semakin terkejut apabila Israk meminta jering dan tempoyak daripada

ibunya.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

3.2 TEMA DAN PERSOALAN

3.2.1 Tema

Cerpen ini bertemakan perasaan tidak selesa warga kota terhadap suasana

dan kehidupan di kampung. Sebagai contoh,Israk berasa tidak selesa tinggal di

kampung neneknya yang serba kekurangan berbanding keadaan di kota yang

lengkap segala-galanya.

3.2.2 Persoalan:a) Merapatkan hubungan yang telah terputus

Contohnya, Adam membawa isteri dan kedua-dua anaknya ke kampung supaya

silaturahim dengan neneknya Wah tidak putus.

b) Sikap adik-beradik yang tidak sehaluan.

Contohnya, Israk dan adiknya Mikraj tidak sependapat menyebabkan mereka sering

bertengkar.

c) Pengalaman dapat mengubah sikap seseorang

Contohnya, Israk akhirnya mengubah sikapnya dengan makan jering dan tempoyak

apabila menyedari kebaikan neneknya yang sanggup menyelamatkannya.

d) Ketabahan hati dalam menempuh cabaran hidup

Contohnya,Wah begitu tabah membesarkan Adam walaupun tanpa suami di sisi.

3.3 PLOT

Semua peristiwa dalam cerpen ini tidak disusun secara kronologi. Terdapat imbas

kembali sejarah hidup Wah yang berkahwin dengan suaminya,Firdaus Frank

sehinggalah peristiwa kedatangan orang-orang dari Majlis Daerah untuk membeli

rumah Wah untuk dijadikan pusat pelancongan.

a) Cerita dimulakan dengan kedatangan Adam bersama-sama isteri dan kedua-

dua orang anaknya,Israk dan Mikraj ke rumah Wah di Kampung Sayong.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

b) Pada pertengahan cerita, berlaku konflik antara Israk yang tidak mampu

menyesuaikan diri di kampung dengan adiknya Mikraj yang boleh menerima

keadaan kampung dan corak hidup masyarakat kampung.

c) Plot mencapai klimaks ketika Israk terjatuh ke dalam sungai dan Wah pula

berusaha untuk menyelamatkan cucunya,dengan menghulurkan sebatang kayu

kepada Israk.

d) Pada peringkat peleraian,Israk berjaya diselamatkan. Pada ketika itu,Israk telah

mula menyedari akan pengorbanan seorang nenek yang tinggal di kampung. Dia

mula mengubah sikapnya dengan memakai baju Melayu dan ingin makan jering dan

tempoyak.

3.4 WATAK DAN PERWATAKAN

a) Wah Ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj

Sudah tua dan tinggal bersendirian di kampung.

Seorang wanita yang tabah menempuh dugaan membesarkan anaknya

walaupun tanpa suami di sisi.

Berpegang teguh pada amanah arwah ibunya dan tidak mahu menjualkan

rumah itu kepada Majlis Daerah.

Tidak mudah berkecil hati dengan sikap cucunya Israk yang seolah-olah

menghina cara hidup di kampung.

Berusaha untuk menyelamatkan cucunya yang terjatuh ke dalam sungai.

b) Israk

Anak Adam dan cucu kepada Wah.

Berlagak sombong dan suka bermain gitar.

Tidak menghormati orang yang lebih tua.Sebagai contoh,dia menepis tangan

Wah apabila Wah mengusap kepalanya.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

Mementingkan diri dan tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Berubah sikap setelah diselamatkan oleh Wah.

c) Mikraj Adik kepada Israk.

Mudah menyesuaikan diri dengan keadaan kampung.

Meminati seni sastera.

Suka menegur sikap abangnya yang tidak suka hidup di kampung.

3.5 LATAR

3.5.1 Latar tempat: Rumah Wah di Kampung Sayong.

Sungai,tempat Wah menyelamatkan Israk yang terjatuh ke dalam sungai.

3.5.2 Latar masa: Masa sekarang,siang dan awal pagi.

3.5.3 Latar masyarakat: Masyarakat kampung yang sedar akan asal usulnya. Contohnya, Adam

membawa pulang isteri dan anak-anaknya untuk bertemu dengan Wah.

Masyarakat bandar yang memperlekeh kehidupan di Kampung.Contohnya,Israk

yang tidak suka makan durian,jering dan tempoyak.

Masyarakat bandar yang suka akan kehidupan di kampung.Contohnya,Mikraj

suka tinggal di kampung dan menasihati abangnya agar mencintai suasana

kampung.

3.6 GAYA BAHASA

a) Bahasa Inggeris : Contohnya, youghurt

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

b) Bahasa Arab : Contohnya,Wallahualam,al-Maidah

c) Sinkope : Contohnya,tak,nak,aje,ni

d) Hiperbola : Contohnya,Wah berasa rendah diri serendah

mutiara di lautan

e) Simile : Contohnya, Dia bagaikan gunung berapi

pendam,airnya pula macam air Sungai Kelang

laksana seorang primadona

f) Personifikasi : Contohnya,langsir menjilat lantai kayu merbau

g) Metafora : Contohnya, pucuk hati

h) Perumpamaan : Contohnya,carik-carik bulu ayam bercantum jua

akhirnya, macam anjing dengan kucing

i) Kata ganda : Contohnya, dalam-dalam,akhir-akhir,cucu-cucu

3.7 SUDUT PANDANGAN

Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga ketika menyampaikan

cerita.

Pengarang berada di luar lingkungan cerita.

Pengarang tidak menumpukan cerita pada watak Wah semata-mata tetapi dia

juga menggambarkan watak Israk dan Mikraj dengan terperinci.

3.8 NILAI

a)Kasih sayang : Contohnya,Wah sangat menyayangi anak dan cucu-cucunya.

b)Tabah : Contohnya,Wah tabah menghadapi ujian ketika dia

mengandungkan Adam sehinggalah suaminya meninggal dunia.

c) Pengorbanan :Contohnya,Wah sanggup memberanikan diri menyelamatkan

Israk yang terjatuh ke dalam sungai.

d) Kesabaran : Contohnya,Wah sentiasa sabra menghadapi kerenah Israk.

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU BMM3163

e) Bersyukur : Contohnya, Adam bersyukur dengan segala limpah rezeki yang

dikurniakan Tuhan.

f) Menghormati orang tua : Contohnya,Mikraj amat menghormati Wah.

g) Keberanian : Contohnya,Wah begitu berani menyelamatkan nyawa Israk

dengan menghulurkan sebatang kayu.

3.9 PENGAJARANa) Kita mestilah menghargai makanan tradisional.

b) Adik-beradik hendaklah berbaik-baik antara satu sama lain.

c) Kita mestilah menghormati orang tua.

d) Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri di tempat baru.

e) Kita hendaklah bersabar menghadapi cabaran hidup.

f) Kita mestilah menyayangi ibu kita yang telah membesarkan kita.

g) Janganlah kita lupa akan asal-usul kita.

h) Janganlah kita bersikap bodoh sombong.

BIBLIOGRAFINaapie Mat. (2005). Glosari pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Cerdik Publications

Sdn Bhd.