Upload
zila-cute
View
1.572
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
Reka Bentuk Pengajaran
Semua guru yang melaksanakan tugas dengan penuh komited perlu mengetahui apa yang
hendak dilakukan dan bagaimana merancang sesuatu pengajaran dan melaksanakanya. Reka
bentuk pengajaran adalah antara aspek yang penting dalam menghasilkan sebuah pengajaran
yang berkesan. Reka bentuk pengajaran sering dikaitkan dengan pembinaan pengajaran.
Kedua-dua aspek ini sebenarnya telah menjadi amalan harian guru-guru sekolah. Guru-guru
membuat reka bentuk pengajaran dan pembinaan pengajaran sebagai persediaan untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kepentingan reka bentuk
pengajaran dan pembinaan pengajaran kepada guru amat ketara dapat menentukan hala tuju
mereka dalam menjalankan tugas mendidik dan melahirkan modal insan yang berkualiti.
Reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional,
ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat
bidang utama iaitu reka bentuk sistem instruksional, reka bentuk mesej, strategi instruksional
dan ciri-ciri pelajar. Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau
sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan
instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau
menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej
melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk
menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang ketiga iaitu strategi instruksional melibatkan
proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti
urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk
mengukuhkan proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah
menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia 1
ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran. Secara ringkasnya, reka bentuk
pengajaran ini sebenarnya bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina
bahan pengajaran. Menurut Dick dan Reiser ( 1988 ), reka bentuk pengajaran ialah satu
proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang
dilakukan secara sistematik dan terancang. Manakala Richey ( 1986 ) pula menegaskan
bahawa reka bentuk pengajaran sebagai satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelengaraan bagi
suatu keadaan yang memudahkan pembelajaran. Ringkasnya reka bentuk pengajaran
merangkumi keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dari proses mereka
bentuk, membina, menilai hinggalah kepada mengurus pembelajaran. Terdapat enam
perkara asas yang merangkumi keseluruhan proses pengajaran iaitu menentukan
keperluan murid, menentukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian,
mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran, dan
menilai keseluruhan sistem.
Terdapat beberapa peranan reka bentuk pengajaran antaranya ialah pertama
meningkatkan profesion perguruan dimana guru-guru lebih bersedia dan dapat
meningkatkan kecekapan mereka dalam teknologi pengajaran, kedua ialah kefahaman
keperluan iaitu guru lebih memahami keperluan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai kefahaman dalam menentukan pengajaran dengan lebih
jelas dan efektif, ketiga iaitu penyelesaian masalah dimana pengetahuan yang luas dalam
kaedah pengajaran akan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
pengajaran dan terakhir ialah fokus pengajaran iaitu supaya guru apabila masuk kedalam
kelas lebih fokus terhadap pengajaran mereka. Reka bentuk pengajaran ini dapat
2
membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan
besar. Dalam perancangan reka bentuk pengajaran pertimbangan terhadap teori
pembelajaran dan pengajaran diberi penekanan. Dalam reka bentuk pengajaran, keadaan
pembelajaran diambil untuk mendapatkan kesan yang bermakna dalam proses pengajaran.
Keadaan pembelajaran baik secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar yang
dirancang dengan teliti dapat membantu seseorang melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Antara model-model reka bentuk pengajaran ialah model ASSURE, model Dick and
Carey, model ADDIE dan model Instructional design. Kesimpulanya, reka bentuk
pengajaran amat penting dalam pendidikan kerana pelaksanaan proses pengajaran
sememangnya memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik sebelum di laksanakan
bagi memastikan kebersanan dalam proses P&P yang dijalankan dan membuktikan
bahawa tahap profesionalisme dalam bidang perguruan ini dapat pengiktirafan semua
pihak kerana setiap perkara yang dibuat berdasarkan proses yang sistematik. Penilaian
juga merupakan aspek yang sentiasa diberi penekanan supaya reka bentuk pengajaran
sentiasa dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hal ini juga memastikan reka
bentuk pengajaran sentiasa seiring dengan perkembanagan pendidikan rasmi.
3
Model reka bentuk instruksional ADDIE
Model reka bentuk instrusional ADDIE ialah merupakan satu sistem prosedur bagi membentuk
program pendidikan atau modul pembelajaran secara konsisten dan dapat dipercayai. Dalam
Model reka bentuk instruksional ADDIE terdapat lima komponen utama yang boleh digunakan
untuk merancang pengajaran yang sistematik. Komponen utama dalam Model ADDIE ialah
Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development(perkembangan), Implementation
(pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian). Dalam Model ADDIE, terdapat lima tahap atau unsur
bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pembentukan program pengajaran atau
modul pembelajaran. Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan,
tetapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu
tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (lihat Rajah 3.1 ).
Analisis
Reka Bentuk
Penilaian Formatif
Perkembangan
Pelaksanaan
Penilaian Sumatif
4
Rajah 3.1. Model ADDIE bagi reka bentuk pengajaran
Tahap analysis(analisis) merupakan asas bagi semua tahap yang lain dalam reka bentuk
pengajaran. Istilah analisis merujuk analisis seting pengajaran dan pelajar, termasuk identifikasi
keperluan khusus pelajar dan tujuan pengajaran. Dengan kata lain, analisis membabitkan proses
mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari. Pada tahap ini, masalah pengajaran, tujuan dan
objektif pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki
oleh sasaran pelajar dikenal pasti dengan teliti. Tahap analisis mungkin membabitkan
penggunaan teknik inkuiri atau kaedah kajian yang khusus seperti analisis atau taksiran
keperluan, analisis pelajar, analisis kandungan, analisis teknikal, analisis kerja, dan analisis
tugas. Antara lain, hasil atau output bagi tahap ini terdiri dari tujuan pengajaran dan satu senarai
tugas yang perlu diajar. Output tersebut akan menjadi input bagi tahap reka bentuk. Contohnya
guru perlu menganalisis sesuatu dengan berpandukan siapa kumpulan sasaran yang utama iaitu
pelajar dan berdasarkan kepada pelajar-pelajar contohnya didalam kelas, guru boleh
menganalisis pelajar berdasarkan dari perspektif ekonomi pelajar sama ada dari keluarga yang
berada, sederhana atau miskin, sosiobudaya iaitu berdasarkan latar belakang keluarga pelajar
samada pelajar dari keluarga yang kaya, sederhana atau kurang kemampuan, dari segi kelayakan
akademik pelajar iaitu pencapaian akademik pelajar sama ada lemah, baik atau sederhana dan
agama yang dianuti oleh pelajar mereka di sekolah. Selain itu, guru juga boleh memastikan
persekitan pembelajaran murid dalam keadaan selesa supaya pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan lancar.
. Tahap design( reka bentuk) pula membabitkan penggunaan output dari tahap analisis
untuk merancang strategi bagi membentuk pengajaran. Istilah reka bentuk merujuk reka bentuk
5
spesifikasi bagi konteks pembelajaran yang berkesan dan juga reka bentuk produk dan proses
untuk mencapai tujuan pembelajaran yang ditetapkan. Dengan kata lain, reka bentuk melibatkan
proses menjelaskan cara untuk mempelajari perkara tertentu. Pada tahap ini, objektif
pembelajaran dibentuk, pelajaran dirancang, butir ujian dibina, sumber pembelajaran dikenal
pasti, cara untuk mencapai tujuan pengajaran yang telah dikenal pasti pada tahap analisis
digariskan, dan asas pengajaran dikembangkan. Output bagi tahap reka bentuk akan menjadi
input kepada tahap perkembangan. Contoh bagi design(reka bentuk) ialah guru membuat
objektif pembelajaran berdasarkan topik yang ingin diajar supaya pada akhir pembelajaran guru
boleh nilai samada objektif pembelajaran berjaya dicapai atau tidak. Pada tahap ini juga, guru
boleh tentukan media dan kaedah yang sesuai, aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam kelas dan
kaedah menyampaian yang sesuai kepada pelajar.
Seterusnya, tahap development( perkembangan ) dibentuk berlandaskan kedua-dua
tahap analisis dan reka bentuk. Istilah perkembangan merujuk pembinaan semua artifak pelajar
dan pengurusan yang relevan. Dengan kata lain, perkembangan membabitkan proses penjanaan
dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini adalah untuk menjana
rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik
direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk, dan
semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan
dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat
simulasi serta perisian komputer seperti Geometer’s Sketchpad dan pengajaran berasaskan
komputer. Guru boleh memilih media pengajaran yang sesuai sebagai alat bantu mengajar sama
ada guru ingin mengunakan slaid,animasi,audio, dan video. Tetapi perlu diingatkan semasa set
induksi apa sahaja bahan yang digunakan semasa set induksi tidak dianggap sebagai bahan bantu 6
mengajar. Bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar adalah dua perkara yang
berbeza,dimana bahan bantu mengajar ialah merupakan isi pengajaran atau maklumat manakala
alat bantu mengajar adalah merupakan peralatan atau media yang digunakan untuk
menyampaikan pengajaran.
Tahap implementation (pelaksanaan) pula membabitkan penyampaian atau
pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik darjah, makmal
matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan komputer. Istilah pelaksanaan merujuk
pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem yang dibentuk dalam konteks pembelajaran yang
diharapkan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau
modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau
melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman
pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai kemahiran tertentu,
membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju, menyediakan prosedur bagi melatih
fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan mencuba pelajaran yang disediakan. Contohnya,
guru membuat perlaksanaan adalah berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian dimana didalam
RPH tersebut guru telah membuat terlebih dahulu apa yang ingin dilakukan seperti aktiviti
didalam kelas,media yang akan digunakan dan sebagainya. Guru hanya membuat perlaksanaan
berdasarkan apa yang telah dirancangkan. Oleh sebab itu, penyediaan RPH amat penting dan
hendaklah disusun dengan baik serta diteliti sebelum memulakan kelas.
Akhir sekali, tahap evaluation (penilaian) membabitkan pengukuran keberkesanan dan
keefisienan pengajaran. Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif
tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan kata lain,
7
penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan.
Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka bentuk pengajaran
seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan penilaian selepas pelaksanaan.
Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa membentuk sesuatu tahap dan antara
tahap. Tujuan penilaian ini adalah untuk memperbaiki pengajaran sebelum versi mutakhir
dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku selepas versi pengajaran mutakhir dilaksanakan.
Tujuan penilaian ini adalah untuk mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran.
Lazimnya, data dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran,
sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak. Contohnya guru perlu membuat penilaian
selepas pengajaran dilakukan bagi memastikan objektif pembelajaran pada akhir pembelajaran
dapat dicapai. Pentaksiran hendaklah dilakukan oleh guru pada tahap ini bagi memastikan proses
P&P yang dilakukan itu berjaya iaitu dengan membuat pentaksiran samada guru telah
menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar, kesan dan perubahan yang perlu dilakukan. Guru
hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa melakukan penambahbaikan
dari semasa ke semasa supaya pembelajaran yang dilakukan oleh guru berkesan dan berjaya serta
ianya dapat dicapai.
Nor Azillah Binti Aris
198469
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan
Tingkatan : 4 Cemerlang
8
Bilangan Pelajar : 25
Tarikh : 22 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 7.30 am – 8.10 am
Tema : Pengenalan kepada perakauanan
Subtema : Bentuk organisasi
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
(i) Menerangkan organisasi perniagaan serta ciri perniagaan
(ii) Membandingkan ciri-ciri setiap organisasi perniagaan
Bahan Bantu Mengajar : (i) Komputer & Skrin Putih
(ii) Buku Teks
Penerapan Nilai : (i) Keusahawanan
(ii) AmanahPengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui sejarah perakaunan dan
falsafah perakaunan
LANGKAH ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN/NILAI /BBM
Set Induksi
(3 min.)
Pengenalan kepada organisasi perniagaan
a. Guru bercerita kepada pelajar tentang organisasi perniagaan yang tersenarai didalam Bursa Saham Malaysia.
Langkah 1
(5 min.)
Mengenali ciri-ciri setiap organisasi perniagaan.
a. Pelajar ditunjukan gambar dan diterangkan setiap bentuk organisasi perniagaan dan disoal guru organisasi
a. Komputerb. Skrin putihc. Papan tulis
9
perniagaan yang terdapat disekitar kawasan sekolah serta ciri-ciri bentuk organisasi perniagaan.
Langkah 2
(2 min.)
Membezakan antara aspek-aspek dalam setiap organisasi perniagaan.
a. Pelajar telah diterangkan perbezaan setiap aspek dalam organisasi perniagaan.
a. Komputerb. Skrin putih
Langkah 3
Penilaian dan Pengukuhan
(1 min.)
Soalan latihan dalam kelas
a. Pelajar disoal oleh guru untuk membezakan jenis-jenis bentuk organisasi perniagaan berdasarkan foto yang diberikan.
a. Gambarfoto
Langkah 4
Penutup
(1 min.)
Penutup a. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan di halaman 175 hingga 176 buku teks dan dihantar pada 25 Mac 2011
b. Pelajar memberi tumpuan sepanjang proses P&P,guru mengucapkan terima kasih dan memberi salam sebelum meninggalkan kelas.
a. Buku teks
Refleksi:
90% pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan dan pelajar memberi tumpuan
semasa guru mengajar. Secara keseluruhan proses P&P dianggap berjaya.
10
Ulasan Pensyarah:
11
Model Dick Dan Carey ( 1979 )
Model Dick dan Carey adalah model design instruksional yang dikembangkan oleh Walter Dick,
Lou Carey dan James O Carey. Model Dick dan Carey terdapat didalam Bukunya The
Systematic Design of Instruction edisi 6 tahun 2005. Perancangan Instruksional menurut sistem
pendekatan model Dick & Carey terdapat beberapa komponen yang terdapat di dalam proses
pengembangan dan perencanaan tersebut. Langkahnya ditunjukkan pada gambar rajah dibawah
ini. Model Dick dan Carey mengandungi Sembilan langkah iaitu kenal pasti matlamat
pengajaran, buat analisis pengajaran, kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk
murid, tulis objektif prestasi, bina item ujian rujukan kriteria, bina strategi pengajaran,
bina dan pilih bahan pengajaran, reka bentuk dan jalankan penilaian formatif dan langkah
yang terakhir ialah semak semula pengajaran. Dalam kesembilan langkah ini, hanya langkah
ketujuh sahaja yang akan digunakan dalam menyediakan bahan-bahan media dimana selaras
dengan Rancangan Pengajaran Harian diatas. Langkah ketujuh itu ialah bina dan pilih bahan
pengajaran. Bina dan pilih bahan pengajaran dimana bina bahan yang boleh membantu pelajar
mencapai objektif seperti modul buku panduan guru, transparensi, video, CD, bahan multimedia
berasaskan computer, laman web untuk e-learning dan sebagainya. Bahan dibina berasaskan
kepada peruntukan, kemudahan, pengalaman pelajar dan kemampuan guru dan sekolah.
12
Set Induksi
Sebelum memulakan pengajaran, guru akan melakukan set induksi selama 3-5minit. Berdasarkan
kepada model Dick dan Carey elemen ketujuh iaitu bina dan pilih bahan pengajaran . Contohnya
dalam subtopik bentuk organisasi, guru mengunakan teknik bercerita ( media personel )
mengunakan kemahiran berkomunikasi dimana guru itu adalah merupakan salah satu media.
Guru bercerita kepada pelajar tentang organisasi perniagaan yang terdapat didalam Bursa Saham
Malaysia. Teknik bercerita ini akan dapat menarik perhatian dimana pelajar akan berminat untuk
mendengar cerita yang disampaikan oleh guru terutama sekali apabila cerita yang disampaikan
oleh guru adalah merupakan sesuatu yang baru bagi diri mereka. Pada masa itu, guru adalah
merupakan media perantara ( media personel ) atau medium yang paling utama dimana guru
yang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelajar dan menyampaikan maklumat
kepada pelajar dengan mengunakan media yang ada pada seorang guru itu seperti itonasi suara
yang jelas dan boleh difahami, gaya atau penampilan yang menarik serta motivasi. Ini seterusnya
akan menarik minat mereka untuk mengetahui secara mendalam pembelajaran yang ingin
13
disampaikanoleh guru. Organisasi perniagaan yang terdapat didalam Bursa Saham Malaysia
sebernarnya terdiri daripada pelbagai bentuk organisasi perniagaan seperti perkongsian,syarikat
berhad, koperasi, milikan tunggal dan sebagainya, jadi guru hanya ingin memberikan gambaran
kepada pelajar sebelum guru memulakan pengajaran dengan lebih lanjut lagi. Ada kajian yang
menunjukan bahawa, tumpuan seseorang dewasa akan menurun selepas 10 minit pertama mereka
terdedah kepada stimulus dan pada peringkat set induksi ini guru hendaklah bijak dan
memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelajar supaya minat dan fokus pelajar
tidak lari daripada perngajaran yang ingin disampaikan dan pelajar sentiasa memberikan
tumpuan dalam pembelajaran kerana jika tidak maka pembelajaran tidak dapat disampaikan serta
tidak berkesan dan hasil pembelajaran tidak dapat dicapai.
Langkah 1
Seterusnya isi pembelajaran iaitu mengenali ciri-ciri setiap organisasi perniagaan. Pelajar
ditunjukan gambar-gambar setiap bentuk organisasi perniagaan dengan mengunakan slaid yang
ditayangkan melalui skrin putih. Pelajar dapat melihat gambar contoh bagi setiap bentuk
organisasi perniagaan seperti kedai milikan tunggal ( Tukang jahit Aina ), perkongsiaan ( Pusat
Rawatan Idris & Daud), syarikat berhad (Waja Maju Berhad) dan koperasi ( Koperasi
Permodelan Felda ). Berdasarkan elemen ketujuh Dick dan Carey iaitu bina dan pilih bahan
pengajaran, guru memilih media tayang kaku iaitu dengan elemen visual sebagai bahan
pengajaran dimana gambar pada slaid yang ditayangkan di skrin putih itu adalah merupakan
salah satu elemen visual. Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang
dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran
14
dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk
paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan
lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan
pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding
rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses
pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan. Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual
tayangan dan visual bukan tayangan. Guru menghasilkan kepingan slaid sendiri dengan
mengunakan Microsoft Powerpoint. Perlu diingatkan bahawa Powerpoint bukan bahan bantu
mengajar tetapi alat bantu mengajar ( aplikasi) manakala slaid adalah merupakan bahan bantu
mengajar( media tayang kaku). Setiap slaid yang ditayangkan mempunyai gambar setiap bentuk
organisasi perniagaan dan guru menerangkan kepada pelajar berdasarkan setiap gamabar bentuk
organisasi perniagaan tersebut sebagai contoh milikan tunggal, selepas guru menunjukan gambar
kepada pelajar guru menerangkan serba sedikit mengenai ciri-ciri perniagaan milikan tunggal
seperti Perniagaan Aina berdasarkan gambar pada slaid. Jadi para pelajar dapat gambaran yang
lebih jelas dan mudah faham terutamanya pelajar yang tidak pernah mempunyai pengalaman
melihat gambar tersebut. Selepas itu guru mengunakan kemahiran menyoal kepada para pelajar
dimana guru merupakan sebagai media personel. Guru menyoal kepada para pelajar mengenai
bentuk organisasi perniagaan yang terdapat disekitar sekolah mereka dan pelajar akan
menyenaraikan beberapa ciri-ciri bentuk organisasi perniagaan di papan tulis. Papan tulis adalah
merupakan salah satu media paparan. Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara
yang betul dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan yang dapat
dimainkan oleh papan tulis sebelum memulakan sebarang pengajaran. Bagi Brown (1969), guru
15
yang berkebolehan dan cekap selalunya mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia
benar – benar efektif. Pelajar yang memahami ciri-ciri bentuk organisasi perniagaan akan dapat
menyenaraikan dipapan tulis dan dari situ guru dapat menilai samada pelajar memahami atau
tidak ciri-ciri bentuk organisasi perniagaan. Ini kerana kemahiran menyoal merupakan suatu
kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap
prestasi pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif
dan lebih merangsangkan. Guru menguji pengetahuan pelajar dengan mengunakan kemahiran
menyoal. Sebagai contoh nyatakan bentuk organisasi perniagaan yang terdapat disekitar sekolah
kamu?. Melalui peryoalan ini, guru dapat mengetahui samada pelajar memahami ciri-ciri bentuk
organisasi perniagaan yang telah diterangkan guru sebentar tadi. Jenis soalan yang dikemukan
boleh bertumpu atau bercapah.
Langkah 2
Seterusnya isi pembelajaran iaitu membezakan antara aspek-aspek perbezaan dalam setiap
organisasi perniagaan. Guru memilih untuk mengunakan media tayang kaku berserta elemen
animasi dimana guru menggunakan slaid sebagai bahan pengajaran manakala animasi untuk
memudahkan pelajar memahami perkaitan antara setiap aspek perbezaan dalam bentuk
organisasi perniagaan. Slaid yang ditunjukan kepada pelajar dengan mengunakan kata kunci
yang mudah difahami para pelajar, font tulisan yang jelas, latar belakang slaid yang tidak terlalu
kompleks serta warna tulisan yang bersesuian. Manakala animasi yang digunakan dalam slaid
tersebut adalah untuk memudahkan pelajar memahami serta membuat kaitan atau hubungan
perbezaan ciri organisasi perniagaan contohnya apabila guru ingin menerangkan aspek perbezaan
organisasi perniagaan, maka animasi ialah setiap aspek perbezaan dalam organisasi perniagaan
16
akan keluar satu persatu mengikut urutan dan hubung kait. Ini akan memudahkan pelajar
memahami dan melihat kaitan hubungan aspek perbezaan tersebut. Jika tiada animasi yang
dilakukan, contohnya aspek perbezaan itu ditunjukan secara keseluruhan bentuk organisasi
perniagaan maka pelajar tidak dapat melihat kaitan atau hubungan antara satu aspek perbezaan
organisasi perniagaan dengan yang lain.
Langkah 3
Seterusnya ialah soalan latihan dalam kelas dimana pelajar disoal oleh guru untuk membezakan
jenis-jenis bentuk organisasi perniagaan berdasarkan foto yang diberikan. Guru memilih media
bukan tayang iaitu gambar kaku dimana pelajar akan ditunjukan gambarfoto contohnya
Perniagaan Runcit Ali maka jenis bentuk organisasi perniagaan ialah milikan tunggal dan
seterusnya gambarfoto bagi setiap bentuk organisasi yang lain. Gambarfoto yang ditunjukan
mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran iaitu peringkat para pelajar dimana gambarfoto yang
jelas dan tidak terlalu kompleks. Pelajar akan minat untuk menjawab soalan guru jika
gambarfoto yang menarik dan dapat memberi sesuatu yang baru didalam pengajaran guru. Ini
kerana jika teknik pengajaran yang sama pada setiap masa, maka pelajar akan mudah bosan dan
tidak memberi tumpuan kepada pengajaran. Kemahiran menyoal disini adalah untuk melihat
sejauh mana pemahaman pelajar terhadap pengajaran yang guru telah sampaikan. Contohnya
guru boleh menunjukan gambarfoto dan meminta pelajar angkat tanggan untuk menjawab
soalan nyatakan jenis perniagaan pada gambar ini dan jelaskan ciri-ciri perniagaan ini. Selepas
itu,berikan masa dalam 1 minit untuk pelajar berfikir dan barulah memanggil seorang pelajar
untuk menjawab soalan tersebut. Ini juga adalah merupakan salah satu daripada penilaian yang
dilakukan kepada para pelajar terhadap pemngajaran yang telah dilakukan. Jika pelajar faham
17
dan boleh menjawab soalan itu, maka bermakna pembelajaran yang disampaikan oleh guru
berkesan dan hasil pembelajaran adalah berjaya. Maklum balas juga boleh dilihat daripada
aktiviti pengukuhan ini.
Langkah 4
Bagi penutup, pelajar diarahkan untuk menyiapkan tugasan di halaman 175 dan 176 di dalam
buku teks. Media yang dipilih oleh guru ialah media cetak dimana buku teks adalah merupakan
salah satu daripada media cetak selain keratan akhbar dan majalah. Media cetak terdiri daripada
media yang mempunyai banyak teks, perkataan dan juga gambar yang dicetak. Terdapat pelbagai
media cetak yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, buku
rujukan, modul pengajaran, majalah, surat khabar, jurnal, nota-nota yang dibuat oleh guru. Guru
memilih media cetak iaitu buku teks pada penutup kerana buku teks lebih memenuhi silibus dan
sukatan pelajaran berbanding buku-buku rujukan dan bagi subtopik tersebut iaitu bentuk
organisasi perniagaan selain untuk meningkatkan kefahaman para pelajar melalui latihan yang
diberikan.
Kesimpulan
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan
sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali
maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik,
elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran,
matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan
18
murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya
hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru. Model Dick dan Carey pada elemen ketujuh iaitu bina
dan pilih media pengajaran yang memainkan peranan penting. Guru memainkan peranan penting
walaubagaimana pun media yang digunakan hanya bahan bantu mengajar dan bukanlah sesuatu
yang penting kerana walau apa sekalipun, guru yang memainkan peranan penting dalam
pengajaran didalam kelas contohnya walaupun pengajaran dibantu oleh slaid tetapi dalam slaid
hanya ada key words tetapi penerangan guru yang perlu berikan dan bergitulah sebaliknya.
19